The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainadamia2003, 2023-04-09 03:48:37

prosedur pengurusan tingkah laku hiperaktif

pendidikan khas

PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU Presented By Aina & Icha Hiperaktif SIRI PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


ISI KANDUNGAN Kata Pengantar 1 Pengenalan 2 Prosedur Pelaksanaan Pengurusan Tingkah Laku 3 1.Mengenalpasti dan Memilih Tingkah Laku Sasaran 4 2. Mengumpul dan Merekod Data Baseline 6 3. Mengenalpasti dan Menentukan Peneguhan 8 4. Merancang Program Intervensi 10 5. Melaksanakan Program Intervensi 12 6. Merekod Data Intervensi 14 7. Menilai Keberkesanan Intervensi 15 Penutup 16 Rujukan 17


KATA-KATA PENGANTAR Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin dan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu Puan Norashikin dan semua pihak yang terlibat secara langsung atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus Inl. Doa dan harapan kami agar semua akan sentiasa dirahmati oleh Tuhan Yang Maha Esa sepanjang hayat. Ahli kumpulan : Nur Aina Damia Binti Aznul Hisham 2021292340325 Khairunnisa Binti Roslan 2021292340319


PENGENALAN Tingkah laku hiperaktif merupakan satu perilaku disruptif (mengganggu) dan ia mampu menjejaskan kelancaran dan keberkesanana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas (Mardiah Mahmor et al., 2021) Hiperaktif ini boleh dikategorikan sebagal satu bentuk masalah tingkah laku mencabar Jenis Masalah Emosi dan Tingkah Laku (Emotional and Behavioral Problems, ED) yang cenderung berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Idayu Badilla Idris et al., 2019). Dalam konteks Pendidikan Khas, golongan yang terkesan adalah guru dan murld-murid termasuklah murid bermasalah itu sendiri. Justeru, satu prosedur pengurusan tingkah laku mestilah diadakan. Menurut Yusof Malie et.al. (2019) , Teori Behaviourisme yang menyatakan "tingkah laku manusia dapat dikawal dan diramal" berkait rapat dengan objektif penghasilan buku ini aiitu bagi membantu guru mengawal tingkah laku hiperaktif murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku mengetengahkan Teknik 7M


Apabila seorang murid didapati mempunyai masalah hiperaktif, tindakan yang perlu diambil akan bergantung kepada situasi dan keperluan individu. Berikut adalah beberapa prosedur yang boleh diambil: SITUASI Mengamati dan Merekod Tingkah Laku: Penting untuk mengamati dan merekod tingkah laku murid untuk memahami tahap hiperaktif yang dialami. Ini membantu untuk menentukan strategi dan kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar dalam situasi tertentu. Berbincang dengan Murid : Bertanyalah kepada murid mengenai perasaan mereka dan cabaran yang dihadapi ketika hiperaktif. Dengan cara ini, kita dapat memahami perspektif murid dan menawarkan sokongan yang sesuai. Rancang Rancangan Pembelajaran: Rancangan pembelajaran yang fleksibel dan menarik dapat membantu mengurangkan tahap hiperaktif pada pelajar. Mencipta rutin yang jelas dan teratur dalam pembelajaran, serta memberikan aktiviti yang menarik dan bervariasi boleh membantu mengurangkan masalah hiperaktif pada murid. Penyesuaian Pembelajaran: Penyesuaian dalam pembelajaran boleh membantu murid hiperaktif untuk terlibat dengan lebih baik dalam aktiviti pembelajaran. Ini boleh termasuk memanipulasi persekitaran pembelajaran, penggunaan teknologi, serta memberikan strategi pembelajaran yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid Berbincang dengan Ibu bapa: Ibu bapa atau penjaga penting dalam membantu murid menguruskan masalah hiperaktif. Berbincanglah dengan mereka dan kongsikan rekod tingkah laku yang telah dikumpulkan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai tingkah laku murid di rumah. Sokongan Kaunseling: Sokongan kaunseling boleh membantu pelajar untuk menguruskan emosi dan tekanan yang berkaitan dengan masalah hiperaktif. Kaunseling juga dapat membantu mengidentifikasi strategi pengurusan diri yang sesuai dan efektif bagi murid. Rujukan ke Pakar: Jika perlu, murid boleh dirujuk ke pakar seperti psikologi atau pakar psikiatri untuk penilaian dan rawatan lanjut. Ini dapat membantu pelajar untuk menguruskan tahap hiperaktif yang lebih serius dan kompleks.


aspek TINDAKAN GURU SITUASI Observasi: Guru perlu mengobservasi pelajar tersebut untuk mengenal pasti tanda-tanda hiperaktif yang biasanya melibatkan kekurangtenangan, tidak dapat duduk diam, dan selalu bergerak. Pemeriksaan: Guru perlu memeriksa rekod pelajar tersebut untuk mengenal pasti sejarah keluarga, riwayat perubatan, atau apa-apa penyakit lain yang mungkin berkaitan dengan hiperaktif. Hubungi ibu bapa: Guru perlu menghubungi ibu bapa pelajar tersebut untuk berbincang mengenai masalah hiperaktif yang didapati. Guru juga perlu memberitahu ibu bapa tentang tindakan yang telah diambil dan merujuk kepada pakar jika diperlukan. Berbincang dengan pelajar: Guru perlu berbincang dengan pelajar tersebut untuk memahami perasaannya dan memberikan sokongan kepada pelajar. Berikan panduan: Guru perlu memberikan panduan kepada pelajar tentang cara menguruskan masalah hiperaktif seperti mengekalkan keadaan tenang dan mengelak daripada situasi yang membolehkan mereka menjadi lebih hiperaktif. Kolaborasi dengan pakar: Guru perlu berkolaborasi dengan pakar psikologi atau pakar perubatan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan bagi menangani masalah hiperaktif pelajar tersebut. Konsisten: Guru perlu memastikan bahawa tindakan yang diambil konsisten dan melibatkan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan pelajar tersebut, seperti ibu bapa, pakar dan pihak sekolah.


PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU HIPERAKTIF Mengenal pasti & memilih sasaran Mengumpul data baseline Menentukan peneguhan Merancang program intervensi Melaksanakan intervensi Merekod data Menilai, refleksi & menambah baik


kerap mengggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan masa kelihatan kekok. Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor Tidak fokus/tidak berminat. Terlalu agresif, tidak berdisiplin. Suka bermain dan mengusik orang. Cepat terpengaruhi suka meniru gaya atau perwatakan orang lain. Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap dianjurkan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Terdapat juga tingkah laku hiperaktif yang diterjemahkan melalui sifat IMPULSIF dan KURANG PENUMPUAN di dalam kelas. Antaranya adalah: tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku Mengenal pasti & memilih tingkah laku jenis tingkah laku


PILIH hanya SATU tingkah laku sasaran secara SPESIFIK pada satu-satu masa. Krieria pemilihan tingkah laku adalah yang : Kemudian, ANALISIS tingkah laku murid berdasarkan CIRI-CIRI HIPERAKTIF. Oleh kerana tingkah laku hiperaktif tergolong dalam kategori disruptif (mengganggu), maka ciri yang berkaitan adalah IMPULSIF dan KURANG PENUMPUAN semasa sesi PdP. Seterusnya, guru perlu memutuskan POLA PERUBAHAN sama ada inginkan tingkah laku itu meningkat atau menurun. Tingkah laku yang dipilih mestilah mestilah boleh diperhatikan dan diukur perlakuannya. Akhir sekali, nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan at bertulis. Panduan memilih tingkah laku sasaran membahayakan diri dan orang lain boleh mengganggu pembelajaran dan murid lain tidak sesuai dengan umurnya terlalu kerap berlaku terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu menyebabkan murid lain menjauhkan diri Contoh: "Abu (bukan nama sebenar) mempamerkan tingkah laku hiperaktif iaitu bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali setiap setengah jam."


Maklumat terkumpul dalam tempoh tertentu dikenali sebagai data baseline. Tujuan data dikumpul adalah untuk mengetahui corak tingkah laku dan tujuan berlakunya tingkah laku sedemikian (Rajasree Karunamoorthy, 2021). Tingkah laku dapat diperhati dan diukur berdasarkan kaedah 5W1H menggunakan teknik-teknik pemerhatian yang digunakan. Memerhati dan Mengumpul Data kekerapan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid Pengumpulan maklumat dapat dijalankan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan tinjauan. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala mengikut keperluan yang dirancang. Pelaksanaan pemerhatian memerlukan instrument tertentu untuk merekod maklumat. Instrument yang digunakan adalah melalui senarai semak, borang soal selidik dan teknik-teknik pemerhatian. mengumpul dan merekod data baseline kaedah 5W1H Who- Mentukan murid yang mempunyai masalah tingkah laku What - Masalah tingkah laku yang hendak diurus When - Bila tingkah laku sasaran berlaku Where - Tempat tingkah laku berlaku Why- Sebab tingkah laku berlaku How - Strategi, peneguhan dan Intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan tingkah laku contoh rekod anekdot Teknik 5W1H Rekod Naratif Rekod Anekdot Rekod Naratif Anekdot Rekod Kejadian Rekod Kekerapan Rekod Jangka Masa Rekod Sampel Masa


Menurut Tan P.Y. dan Tan M.T. (2017), peneguhan adalah penting untuk meningkatkan minat serta motivasi seseorang murid itu dalam melakukan aktiviti yang diikuti ataupun untuk meningkatkan dan mengurangkan tingkah lakunya Ekonomi token Menurut Adi Fahrudin (2016), MBPK akan memperoleh token daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Token tersebut boleh ditukar dengan hadiah atau sesuatu yang bernilai modeling Proses pembelajaran yang meliputi pemerhatian dan peniruan. Guru adalah role model yang semestinya menunjukkan demostrasi yang jelas dan menarik pujian Memberikan pujian seperti: "Bagusnya!" & "Awak memang hebat!" memberikan sesuautu ganjaraan setelah perlakuan yang diingini itu ditunjukkan, yang menyebaabkan perlakuan itu diulang dan diperkuatkan lagi Peneguhan positif rangsangan serta-merta yang tidak menyenangkan selepas tingkah laku ditunjukkan Peneguhan negatif Pengasingan MBPK dalam masa tertentu. Observational time-out (boleh akses dengan PdP guru) .Exclusion time-out (tidak boleh akses dengan PdP guru) Seclusion (di bilik time-out) hukuman Menurut Liong (2022), hukuman melibatkan fizikal atau psiokologikal contoh : melambatkan waktu balik@rehat kejemuan Aktiviti dilakukan sehingga murid itu jemu dan akhirnya akan berhenti dengan sendiri. Contoh mengetuk meja time-out Mengenalpasti dan menentukan peneguhan


MERANCANG PROGRAM INTERVENSI Perancangan sangat penting untuk memastikan prosedur berjalan lancar dan efektif serta mencapai matlamat yang ditetapkan (Hawthorne, 2021). Terdapat tiga perkara yang perlu diberi penekanan dalam sesuatu intervensi. Mengambil kira tahap kefungsian dan keupayaan pembelajaran MBPK Perlu merujuk 6 domain Pendidikan Khas Fokus hanya kepada tingkah laku sasaran yang telah dipilih sahaja Perancangan program intervensi pengurusan tingkah laku merupakan sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Justeru, ia perlu berpandukan DSKPPK dan Domain Pendidikan Khas (Bahagian Pendidikan Khas, 2019). 1. Doma in Kognitif 2 . Doma in B aha s a & Komuni k a s i 3 . Doma in Tingk ah L a ku 4 . Doma in Sos ioemos i 5 . Doma in Motor K a s a r 6 . Doma in Motor Ha lus


CADANGAN INTERVENSI BERDASARKAN KAJIAN Menurut Yusop Malie et al. (2019), antara cadangan lain bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif adalah seperti berikut: 1.Peneguhan Sosial2. Terapi Main PENEGUHAN SOSIAL Berikan penequhan yang telah ditentukan sepertimana Langkah 2: MENENTUKAN PENEGUHAN. TERAPI MAIN Suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional yang mampu: • Mengurangkan masalah tingkah laku mengganggu • Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal, kepercaydan, dan keyakinan diri Merawat gangquan perkembangan normal. Dalam kajian tersebut, penyelidik menyedari bahawa Fariz (bukan nama sebenar) mempunyai perhatian yang pendek tetapi mudah tertarik dengan benda-benda baru. Oleh itu, dia telah digalakkan untuk terlibat secara maksimum dalam aktiviti intervensi berikut:. -1) Ktraftangan daripada surat khabar; 2) menyertai aktiviti "mini library' 3) komunikasi dua hala; 4) aktiviti senam Seni 1Malaysia; dan 5) gotong- royong membersihkan halaman pusat PDK. Berdasarkan kajian, penulis mendeduksikan intervensi mengikut tiga bentuk pendekatan iaitu secara verbal (lisan), fizikal (perbuatan) dan tingkah laku. VERBAL Memuji Menyanyi Bertanya soalan Senaman "Pembugar" Menconteng kertas Mewarna lukisan bergambar Time's out "Pembugar" Aktiviti selingan yang dijalankan bagi mengembalikan tumpuan dan menjadikan murid kembali cerdas dan bertenaga untuk meneruskan proses PdP. la hanya memerlukan masa paling lama 5 minit. TIPS: Intervensi yang ingin dilaksanakan mestilah melibatkan aktiviti yang mampu mengembangkan potensi domain MBPK. FIZIKAL TINGKAH LAKU


Program intervensi merupakan suatu aktiviti yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid. Intervensi dilakukan secara berperingkat; • Fasa Pra Intervensi •Fasa Intervensi •Fasa Selepas Intervensi MELAKSANAKAN PROGRAM INTERVENSI Pra Intervensi Merujuk kepada peringkat penqumpulan maklumat pelajar yang dikenali sebagai baseline period. Melaksanakan 5W1H yang telah dinyatakan dalam perancangan. 1)Memilih tingkah laku hiperaktif yang tidak dapat duduk diam di dalam kelas Contoh Pengumpulan Maklumat Pra Intervensi 2)Mengumpul maklumat melalui pemerhatian, tinjauan dan temu bual 3)Kerap berlari, melompat dan memanjat 4)Merancang program intervensi untuk masalah hiperaktif yang dipilih


Setelah menentukan peneguhan dan merancang intervensi, guru dapat melaksanakan program intervensi yang sudah dirancang. Intervensi yang dilaksanakan untuk mengawal masalah hiperaktif yang tidak dapat duduk diam adalah melakukan aktiviti mewarna tau penghasilan kraf tangan daripada surat khabar Tempoh pelaksanaan intervensi dicatat dan kekerapan tingkah laku yang hendak diubah juga direkodkan semasa intervensi dilakukan. FASA INTERVENSI Lembaran Kerja Aktiviti Mewarna Murid Hiperaktif FASA SELEPAS INTERVENSI Membuat penilaian untuk mengetahui keberkesanan intervensi. Membuat perbandingan data-data sebelum dan selepas intervensi. Perbandingan data akan dipindahkan ke dalam bentuk histogram.


MEREKOD DATA INTERVENSI Berikut merupakan histogram yang menunjukkan tingkah laku ditunjukkan oleh MBPK hiperaktif sebelum dan selepas mengaplikasikan intervensi


MENILAI KEBERKESANAN INTERVENSI Intervensi yang dilaksanakan dapat diteguhkan melalui peneguhan positif dan negatif untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini. Pelaksanaan peneguhan dalam intervensi mengekalkan murid untuk terus mengamalkan tingkah laku yang dingini. Intervensi melalui aktiviti mewarna dapat menarik minat murid untuk fokus walau pun murid hanya dapat fokus mewarna dalam tempoh masa 1 sehingga 2 minit Kesimpulannya, intervensi aktiviti mewarna yang disokong melalui peneguhan berkesan mengurangkan tingkah laku hiperaktif murid di dalam kelas


Kesimpulannya, prosedur pengurusan tingkah laku hiperaktif yang dibawakan oleh penulis mengetengahkan Pendekatan 7M. Kesemua langkah yang dikemukakan diharapkan dapat mengawal masalah tingkah laku mencabar ini bagi menjamin keberkesanan PdP seterusnya mengembangkan potensi MBPK secara optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. PENUTUP


Noor Azreena A Aziz & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2018). Token Economy to Improve Concentration among Students with Learning Disabilities in Primary School. Journal of ICSAR, 20,32-36 http://journal2.um.ac.id/index.php/icsar/article/view/2003/1598 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan dan Soalan Lazim Pengurusan Murid Berkeperluan Khas. Pekeliling dan Garis Panduan Pendidikan Khas. https://www.moe.gov.my/muatturn/pekeliling-dan-garis-panduan/pendidikan-khas/? limit=20&limitstart=0 Liong, K. T. (2022). Prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku. [PowerPoint slides). https://drive.google.com/file/d/16_T6Vt_bQoi_Q45sRgZINnwgp7lJz ohO/view Rajasree Karunamoorthy. (2021). Laporan modifikasi tingkah laku. https://pdfcoffee.com/laporan-modifikasi-tingkah-laku-pdf-free.html Yusof Malie, Fatimah Az-Zahra, Nur Farhana Kamel, Nurulain Pusa, Ririn Yichasiani & Sabariah Ahmad. (2019). Penglibatan dalam aktiviti bagi mengurangkan masalah tingkah laku hiperaktif. Proceedings International Conference on Teaching and Education (ICoTE), 2, 21-26. https://www.researchgate.net/publication/339787090_PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI BAGI MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH_LAKU_HIPERAKTIF Liong, K.T.. (2022). Strategi pengurusasn tingkah laku. [Powerpoint slides] https://drive.google.com/file/d/INLAhsTXajMZi-LhbYJ6gcZ5DauuEfcE/view Adi Fharudin. (2016). Teknik ekonomi token dalam pengubahan perilaku klien. Informasi, 17(3), 139-143. file:///C:/Users/ASUS/Downloads/arifin,+1.+EDISI+3+Tahun+2012++ (Adi+Fahrudin+139+-+143).pdf Tan, P.Y. & Tan, M.T. (2017). Kesan teknik peneguhan terhadap minat dan prestasi murid tahun tiga dalam sains di Kuching. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2017/SN/ AN%20PEI%20YEE/TAN%20PEI%20YEE.pdf RUJUKAN Bahagian Pendidikan Khas. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Tahap 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/05_Mei/SLIDE_T ERKINI_PENATARAN_PBD_MBK_2019.pdf Mardiah Mahmor & Kamariah Abu Bakar. (2021). Kesan Intervensi Terhadap Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-KanaK Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 442-453 https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12938/66722


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version