The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainadamia2003, 2021-11-08 01:44:21

test bi

test

Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan terbaik untuk segala penyelesaian
masalah, isu dan krisis dalam kehidupan manusia.Ini seiring dengan hadis di Riwayat Imam
Malik iaitu “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat
selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-
Nya.Al quran dan sunnah memainkan peranan yang penting terutama dari aspek aqidah,
ibadah, ekonomi,politik kebajikan dan sosial bagi umat islam dalam membentuk manusia
yang berakhlak mulia.

Dari aspek aqidah ialah memberi petunjuk kepada manusia iaitu mencari hidayah
Allah sebagai panduan dalam kehidupan.Hidayah merupakan bimbingan hati dari Allah
dalam membuat sesuatu keputusan yang betul dan pastilah keputusan itu kerana mencari
redha Allah.Jika kita berpegang kepada al quran dan sunnah ia akan membawa kepada
hidayah dan pentunjuk jalan yang benar dalam apa jua perkara dalam kehidupan.Sebagai
contoh di dalam al quran surah al Baqarah ayat 195 yang bermaksud “dan berbuat baiklah,
kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.Di samping itu,
Rasulullah SAW juga menyatakan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang
menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya
tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan
nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka
itu sedikit pun (hadis Riwayat Muslim)”.Oleh itu,jelaslah disini bahawa Allah menyuruh kita
untuk berbuat baik sesama manusia, jadi kita sebagai umat islam haruslah berbuat baik
kepada semua orang.

Dari aspek ibadah ialah membaca Al quran dan hadis merupakan ibadat dan
mendapat pahala.Ini seiring dengan hadis Riwayat al-baihaqi iaitu ” Sebaik-baik ibadat
umatku adalah membaca al-Quran”.Selain itu,di dalam surah al fatir ayat 29 juga
menyatakan “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap
mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,
secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang
tidak akan mengalami kerugian.” Ini bermakna orang yang membaca al-Quran dan sunnah
tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang
banyak.

Dari aspek ekonomi ialah menyucikan harta benda melalui zakat bagi merapatkan
jurang antara miskin dan kaya.Dalam surah An-Nur ayat 56 yang bermaksud “dan dirikanlah
kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada rasul supaya kamu
beroleh rahmat”.Selain itu,hadis yang diriwayatkan oleh ibnu umar RA turut menyatakan
sabda Rasulullah “sesungguhnya Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan

Ramadhan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum
(makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan
(Riwayat Imam Muslim)”. Jelaslah disini kita wajib mendirikan solat dan membayar zakat.
Zakat memainkan peranan penting dalam menangani masalah pengangguran. Antara sebab
utama yang menyumbang kepada pengangguran ialah kemiskinan. Orang yang miskin tidak
mempunyai modal yang minimum untuk menjalankan sesuatu perusahaan atau pekerjaan.
Oleh itu, jika sistem zakat berjalan, sudah tentu orang yang miskin berhak menerima
bahagiannya dan membolehkan mereka menjalankan perusahaan yang dirancang sesuai
dengan kemahiran dan kelayakan yang ada pada mereka.

Dari segi aspek politik pula mentadbir negara berpandukan peraturan yang
ditetapkan oleh Allah.Untuk mengukuhkan ketegasan islam terhadap sifat-sifat yang buruk
maka di dalam masyarakat islam sebahagian daripada perbuatan yang terbit daripada sifat
buruk dianggap sebagai jenayah dan dikenakan hukuman hudud berdasarkan ayat al quran
yang bermaksud “Adapun orang laki-laki maupun perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya (sebagai) balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai
siksaan dari Allah. Dan Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.(surah al maidah ayat 38)”.
Peraturan dan hukuman yang ditetapkan untuk memelihara keluhuran akhlak anggota
masyarakat tidak mengira pangkat, sesiapa yang bersalah akan menerima hukuman . Di
samping itu, dalam sejarah kepimpinan Islam, Rasulullah s.a.w adalah merupakan pemimpin
umat Islam yang pertama berjaya membentuk sebuah negara Islam di Madinah Al-
Munawarah. Sekalipun penduduk Madinah mempunyai berbagai-bagai suku kaum dan
bangsa, namun dengan kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah mereka dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai. Keadilan Rasulullah sebagai seorang pemimpin amat terserlah
dalam banyak perkara. Ini berdasarkan hadis daripada Saidatina Aisyah bahawa Rasulullah
bersabda ”Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah binti
Muhammad mencuri nescaya akan ku potong tangannya”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dari aspek kebajikan ialah mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana
hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud : “sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan
orang dari kalangan mereka dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain
daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah
(Riwayat at- tabarani)”. Islam menggalakkan kita untuk menolong antara satu sama lain
terutama golongan fakir miskin,anak yatim mahupun orang yang berada di dalam
kesusahan.Kita dapat menolong orang dengan bersedekah,menginfakan harta atau
membuat kebaikkan seperti yang dinyatakan di dalam surah al–Baqarah ayat 195 yang
bermaksud “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesunggunhya

Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Oleh itu, jelaslah al quran berperanan
mendidik kita untuk melakukan kebajikkan dengan meringankan bebanan orang sekeliling.

Dari aspek sosial ialah islam melarang menzalimi diri sendiri,keluarga,sesama
makhluk dan mengingatkan bahawa kemakmuran dan kejayaan sesuatu kaum adalah
berdasarkan sikap kaum itu sendiri.Jika baik kelakuan kaumnya,maka baiklah kehidupan
dan sosial mereka.Hal ini adalah berdasarkan surah al–Ra’du ayat 11 yang bermaksud “bagi
manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran,di muka dan
dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah, sesungguhnya Allah tidak merubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka taka da
yang dapat menolaknya, dan tak ada pelindung bagi mereka selain Allah”. Ayat ini
menerangkan tentang kezaliman manusia dan menjelaskan bahawa kebangkitan dan
keruntuhan suatu bangsa tergantung pada sikap dan tingkah laku mereka sendiri.
Kezaliman dalam ayat ini sebagai tanda rosaknya kemakmuran suatu bangsa. Ini seiring
dengan hadis riawayat imam muslim , daripada Jubair bin Muth’im bersabda: Bahawa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Tidak akan masuk syurga bagi yang
memutuskan silaturrahim. .Oleh itu, kita mestilah mengeratkan hubungan sillaturrahim
dengan jiran tetangga,masyarakat mahupun berlainan bangsa dan bersama sama menjaga
keharmonian serta berdoa agar negara kita dilindungi oleh Allah.

Kesimpulannya , kita mestilah berpegang teguh dengan al quran dan as sunnah
dalam kehidupan kita agar kehidupan kita diberkati oleh Allah dan dikurniakan syurga.


Click to View FlipBook Version