The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainadamia2003, 2024-03-27 00:31:25

Simba Si Raja Rimba

khairunnisa binti roslan

SIMBA SI RAJA RIMBA SIMBA SI RAJA RIMBA Khairunnisa Roslan


Pada zaman dahulu, ada seekor singa yang bernama Simba. Raja Salahudin melantik Simba sebagai raja binatang. Raja binatang ini digelar sebagai Raja Rimba.


Semua haiwan di dalam hutan bersetuju dengan pelantikan itu kerana keputusan daripada Raja Salahudin. Raja Salahudin juga meminta agar Raja Rimba memerintah dengan adil.


Raja Rimba berasa megah dan angkuh. Simba berasa dirinya kuat dan gagah serta boleh berbuat apa sahaja yang diingini.


Pada suatu hari Raja Rimba berfikir, "Aku ini raja. Aku mesti gunakan kuasa aku untuk bersenang-lenang." Haiwanhaiwan lain mesti bekerja untuknya. Raja Rimba akan memaksa semua haiwan supaya mendengar arahannya.


Beta mahu kamu panggil semua binatang menghadap beta sekarang juga. Baik, tuanku.


Burung helang terbang untuk menyampaikan titah Raja Rimba kepada semua binatang. Burung helang bertemu dengan harimau. "Raja Rimba bertitah agar semua haiwan datang menghadap baginda." katanya kepada harimau. Harimau mengangguk dan pergi menghadap Raja Rimba.


Burung helang bertemu dengan rusa. “Raja Rimba suruh menghadap. " katanya kepada rusa. Rusa mengangguk dan pergi menghadap Raja Rimba.


Raja Rimba bertitah agar kamu berkumpul di tempatnya. Baik, helang.


Akhirnya, burung helang telah memberitahu semua binatang untuk menghadap Raja Rimba. Semua haiwan telah pun pergi menghadap Raja Rimba.


Wahai rakyatku sekalian! Tentu kamu semua ingin tahu tujuan beta memanggil kamu.


Semua haiwan memandang Raja Rimba. Semua haiwan menunggu titah Raja Rimba selanjutnya. Mereka berharap Raja Rimba akan menyampaikan berita gembira.


"Beta mahu memberi tugas kepada kamu semua. " titah Raja Rimba. Semua haiwan saling memandang dan terkejut.


Sang tupai, kera dan monyet hendaklah menyediakan buah-buahan untuk beta setiap hari. Rama-rama, lebah dan burung kelicap mesti menyediakan madu setiap hari. Seterusnya, memerang mesti bawakan ikan kepada beta .


Tuanku, patik sendiri sukar untuk mendapatkan ikan. Bagaimanakah patik dapat menyediakan ikan untuk tuanku? Haiwan-haiwan lain juga sukar mencari makanan untuk dirinya sendiri. ) )


Raja Rimba marah mendengar kata memerang. "Jangan cuba menderhaka. Itu tugas kamu, faham! Jika tidak menjalankan tugas, kamu akan dihukum." titah Raja Rimba lagi. Raja Rimba terus memberikan tugas kepada haiwan-haiwan yang lain. Raja Rimba menyebut semua nama haiwan sehingga tiada seekor haiwan pun yang tertinggal.


Musang tidak puas hati dengan tugasnya. Musang dikehendaki menyediakan susu setiap pagi. Musang pun bertanya, "Di manakah patik hendak mencari susu itu?"


Apakah hukuman yang tuanku maksudkan jika patik gagal mendapatkan susu? Jangan ingkar. Beta mahu, tiap-tiap pagi mesti ada susu. Jika tiada, buruk padahnya.


"Sesiapa yang tidak dapat menjalankan tugasnya, maka akan dibunuh." titah Raja Rimba. Raja Rimba menjadi semakin garang dan bengis. Raja Rimba menunjukkan taringnya yang tajam itu. Semua binatang terkejut dan takut mendengar titah Raja Rimba. Semua binatang memandang antara satu sama lain. Sesetengah binatang menggelengkan kepala.


"Beta telah melantik pengawal-pengawal untuk mengawasi kamu. Helang dilantik sebagai pengintip. Helang akan mengintip sesiapa yang cuba melarikan diri." titah Raja Rimba lagi. Semua binatang memandang helang. Helang berasa bangga. Helang mengembangkan sayap lalu menggerakgerakkannya.


"Ular sawa dan harimau pula akan menghukum sesiapa yang gagal menjalankan tugas. Ingat, tiada siapa yang boleh abaikan perintah beta." titah Raja Rimba lagi. Ular sawa dan harimau berasa bangga. Selepas perhimpunan selesai, semua binatang pulang ke tempat masingmasing. Semua haiwan berasa takut.


Keesokan hari, semua haiwan mula menjalankan tugas masing-masing. Ada yang mencari buah-buahan. Ada yang memancing ikan. Ada yang memotong kayu. Semuanya bekerja untuk Raja Rimba.


Kehidupan haiwan di hutan semakin hari semakin susah. Semua binatang itu tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Beberapa ekor binatang telah jatuh sakit. Raja Rimba terus bersikap zalim. Haiwanhaiwan yang gagal menjalankan tugas dikenakan hukuman. Semua haiwan hidup dalam ketakutan.


Raja kita zalim dan kejam. Kita mesti mencari jalan untuk melepaskan diri. Betul kata kamu, rusa. Kita mesti bersatu hati dan bermuafakat. Kita mesti mencari jalan melawan kekejaman Raja Rimba.


Ya, memang benar. Jika kita bermuafakat, semua masalah boleh diatasi. Mari kita bersatu mencari keadilan. Akan tetapi, bagaimanakah caranya?


Saya ada satu cadangan. Tidakkah kamu ingat, siapa yang melantik Simba menjadi raja? Raja Salahudin yang lantik.


Oleh itu, mari kita lapor perbuatan Raja Rimba itu kepada Raja Salahudin. Baginda tentu tidak suka akan kezaliman.


Ya! Raja Salahudin sangat baik dan adil. Oleh itu, tentu baginda tidak suka Raja Rimba memerintah dengan zalim. Mari kita menghadap Raja Salahudin sekarang juga. Ayuh, Ayuh!


Haiwan - haiwan itu pun pergi menemui Raja Salahudin. "Baiklah, apakah hajat kamu semua?" titah Raja Kamarudin apabila semua binatang datang menghadap. Kelawar tampil ke hadapan. Kelawar menjadi wakil semua haiwan dan menceritakan segala kezaliman Raja Rimba itu.


Cis, beta tidak sangka begitu zalim perbuatan Simba! Beta telah berpesan kepada Simba agar memerintah dengan adil. Baiklah, Sang Merpati, sampaikan arahan kepada Simba agar datang menghadap beta sekarang juga.


Burung merpati pun pergi memanggil Raja Rimba. Tidak lama kemudian, Simba pun datang menghadap. Wajahnya pucat. Simba sedang ketakutan. Tubuhnya menggigil. Simba tahu bahawa Raja Salahudin murka kepadanya.


Rupa-rupanya kamu tidak amanah. Kamu zalim pada haiwan-haiwan lain. Kamu tidak dapat memerintah dengan adil. Oleh itu, mulai hari ini, kamu bukan lagi seorang Raja Rimba.


Saya mohon maaf dan menyesal atas segala perbuatan yang telah saya lakukan. Simba mengaku salah dan menyesal atas perbuatannya. Simba meminta maaf kepada semua binatang kerana bersikap tidak adil dan tidak amanah. Mulai hari itu, semua haiwan kembali hidup dengan aman. -Tamat-


Glosari murka bengis bertitah tampil menghadap bermuafakat pengintip marah, meradang tidak berbelas kasihan, kejam, zalim datang atau melangkah ke hadapan berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat berkata, memberi perintah menghala ke orang yang mengintai, memata-matai


berani Kita haruslah bersikap berani untuk menegakkan kebenaran. Nilai dan pengajaran adil Kita hendaklah sentiasa bersikap adil terhadap orang lain. berkerjasama Kita mestilah saling berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. bijak Kita haruslah bijak dalam membuat keputusan supaya tidak membebankan orang lain.


Click to View FlipBook Version