SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. Tajuk kajian 1
2
2. Senarai kandungan 3
4
3. Penghargaan 5
4. Pendahuluan 6
5. Objektif kajian 7
6. Kawasan kajian 8
7. Kaedah kajian 8
8. Dapatan kajian
9
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang
latar belakang kawasan kajian. 10
2. Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan 10
guna tanah di kawasan kajian.
11
3. Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian
dan menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna tanah 13
berkenaan 14
15
4. Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
5. Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha – usaha
untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
PENGHARGAAN
Saya, Siti Aisyah binti Ismail selaku pelajar tingkatan 3 ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti Ismail
selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menyiapkan tuasan ini dan menyediakan
pelbagai kemudahan dari segi peralatan dan sebagainya.
Tidak ketinggalan kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Puan
Arhamni binti Robian diatas segala bimbingan , nasihat dan tunjuk
ajarnya kepada saya dan rakan - rakan sepanjang menjalankan kajian
ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada bapa saya, iaitu Encik
Ismail bin Ahmad yang telah banyak memberi sokongan dari segi moral,
perbelanjaan dan sebagainya kepada saya serta mengorbankan
masanya untuk membantu saya mengumpulkan maklumat tentang
kajian yang saya jalankan.
Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih saya kepada rakan
saya iaitu, Syarifah Syamimi Basyirah binti Syed Mohd Nazri yang telah
banyak membantu saya dalam capaian maklumat dan tidak lupa juga
kepada rakan – rakan sekelas yang telah banyak membantu saya dari
segi perkongsian idea, pendapat dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia bagi subjek Geografi
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar
tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk Kajian Guna Tanah (Pertanian) di Mukim Padang
Lalang.
Tujuan saya memilih kawasan Mukim Padang Lalang ini kerana kawasan ini
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, ini memudahkan lagi
saya menjalankan kajian dan mengenal pasti keadaan sebenar kawasan
kajian saya.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya dan rakan – rakan telah kami
manfaatkan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyiapkan kajian tentang guna tanah ini. Tempoh kajian yang diberikan
kepada kami adalah selama sebulan.
Saya telah menemu ramah dan soal selidik seramai 3 orang responden yang
terdiri daripada jiran – jiran saya yang terpilih untuk mendapatkan maklumat
terkini tentang latar belakang kawasan kajian dengan tepat disamping
mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal
pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar
yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha – usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.
Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja
bagi melengkapkan kajian tentang guna tnah di kawasan saya ini. Semua data
dan maklumat yang dipilih telah direkod.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara – perkara seperti berikut :
✓ Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar
belakang kawasan kajian.
✓ Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna
tanah di kawasan kajian.
✓ Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
✓ Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap
alam sekitar di kawasan kajian.
✓ Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha – usaha untuk
mengatasi kesan guna tanah tersebut.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di Mukim Padang Lalang, Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempuyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar
adalah ibu negeri Kedah. Terdapat 34 buah mukim di dalamnya dan salah
satu mukim yang terdapat di daerah ini adalah Padang Lalang.
Lokasi kawasan kajian ini adalah di sebelah utara Semenanjung Malaysia
dan jaraknya kira – kira 9 kilometer dari bandar Pusat Bandar (kawasan
perindustrian utama). Boleh dikatakan Padang Lalang merupakan pinggir
bandar. Ini kerana setiap kegiatan atau keterlibatan pembangunan yang
berlaku di bandar turut memberi impak kepada pembangunan kawasan ini.
Kawasan kajian ini terletak di kawasan bentuk muka bumi yang bertanah
pamah. Kawasannya juga luas dan rata serta terletak berhampiran dengan
pinggir laut yang sentiasa mengadap ke arah perairan Selat Melaka.
Kawasan ini juga mempunyai tanah jenis aluvium yang menggalakkan
penanaman padi.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan tiga kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat
dan data. Antaranya ialah :
1) Kaedah Pemerhatian – Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat
menghasilkan peta lakaran kawasan kajian dan tempat – tempat yang
terlibat berkaitan guna tanah di Padang Lalang. Tidak dapat saya nafikan,
kaedah ini yang paling banyak saya gunakan untuk membuat tugasan ini.
2)Rujukan Internet – Kaedah ini juga banyak saya gunakan bagi
mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian saya dan
mengkaji faktor – faktor yang mempengaruhi kegiatan di dalamnya.
3)Kaedah Temu Bual – Saya telah menemu bual beberapa orang
penduduk bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kegiatan
pertanian yang terdapat di Padang Lalang. Mereka adalah orang yang
sudah lama menetap di kawasan tersebut dan tahu keadaan kawasan
kampung. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Ismail bin Ahmad,
58 tahun; memberikan maklumat tentang kesan pertanian di kawasan
kajian. Beliau adalah seorang petani yang mengusahakan penanaman padi
serta penanaman jagung secara kecil – kecilan setelah beliau berhenti
berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah kerajaan.
DAPATAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Padang Lalang adalah salah sebuah mukim yang tidak asing lagi
penduduknya dengan kegiatan bertani. Biarpun kini sudah ramai anak muda
yang menjawat jawatan yang bagus, namun kegiatan pertanian di sini masih
giat dijalankan. Antara tanaman utama yang terdapat di sini ialah
penanaman padi. Kebanyakan penduduk di sini menjadikan kegiatan ini bagi
menampung keperluan kewangan mereka. Di samping itu, ada juga
penduduk yang menanam pokok jagung sebagai punca rezeki tambahan.
Selain itu, terdapat juga segelintir penduduk yang mengambil kesempatan
untuk membuka warung , gerai dan kedai secara kecil - kecilan bagi
menjana pendapatan disamping aktiviti ini telah meningkatkan taraf ekonomi
dan kuasa beli di kawasan ini. Secara keseluruhannya, guna tanah di
Padang Lalang adalah lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian
terutamanya penanaman padi.
Seperti yang kita sedia maklum, kegiatan pertanian dipengaruhi oleh
faktornya dan membawa banyak kesan kepada kita sama ada kesan positif
mahupun sebaliknya. Perkara ini akan saya huraikan di halaman seterusnya.
IMEJ DARI GOOGLE MAP SEBAGAI RUJUKAN
MELUKIS PETA
PETA LAKAR YANG DILUKIS OLEH MURID
TAFSIRAN PETA :
Peta lakar menunjukkan Padang Lalang yang terletak di kawasan tanah
pamah yang luas dan rata. Terdapat beberapa batang sungai yang mengairi
kawasan ini dan memberi manfaat kepada kegiatan utama penduduk di
sekitarnya. Berdasarkan kepada faktor fizikalnya yang bertanah pamah, rata
dan luas membolehkan aktiviti penanaman padi dijalankan. Secara
pemerhatiannya, hampir keseluruhan kawasan ini diliputi dengan petak –
petak sawah padi. Selain itu, jenis tanih yang terdapat di kawasan ini adalah
jenis tanih aluvium yang dapat menampung air selama beberapa hari dan
dapat memastikan kesuburan tanaman kerana sesuai dengan keperluan
tumbuhan jenis padi yang memerlukan air yang bertakung mengikut
peringkat pertumbuhannya. Kesannya, sebahagian penduduk di sini
merupakan para petani yang mengusahakan tanaman padi. Petempatan di
kawasan ini turut menjadi perhatian dengan kemudahan awam seperti
sekolah, pejabat pos, rumah kedai, masjid dan balai polis. Kilang pemproses
padi juga turut dibuka di kawasan ini sekalgus membuka peluang pekerjaan
kepada golongan muda. Petempatan di Kg. Kubang Bongor, Kg. Kubang
Siam, Kg. Padang Lalang mempunyai pola petempatan jenis berjajar. Taman
Aroma pula memiliki petempatan jenis berpusat. Jalan raya pula menjadi
penghubung utama sebagai jalan masuk dan keluar bagi penduduk di sini.
Jambatan pula menghubungkan dua perkampungan yang terpisah.
JENIS GUNA TANAH UTAMA DAN FAKTOR
YANG MEMPENGARUHINYA
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati satu jenis guna
tanah utama di Padang Lalang ialah pertanian yang meliputi penanaman
padi secara keseluruhannya. Saya juga telah mengenal pasti satu faktor
yang telah mempengaruhi kegiatan penanaman padi di kawasan ini, iaitu:
Jenis saliran di kawasan kajian adalah bersaliran baik
Kebanyakan punca saliran air di padang Lalang adalah bersaliran baik. Ini
kerana sungai – sungai dan parit – parit di sini sentiasa bergerak dan
mengalir ke pinggir laut. Kesan daripada gerakan air ini, ia mengubah
komposisi nutrien yang dibawa bersama air dan menjadikan air tersebut
sesuai digunakan bagi penanaman padi supaya kekal subur.
KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM
SEKITAR
Menurut beberapa orang responden yang telah saya temu bual, mereka
menyatakan beberapa kesan penanaman padi terhadap alam sekitar.
Berikut merupakan maklumat yang saya dapat melalui sesi temu bual
tersebut dan siap saya perhalusinya dengan teliti sekali.
1)Tanah menjadi kurang berasid
Penggunaan baja dan racun serangga akan menyebabkan tanah menjadi
kurang subur. Ini kerana asid di dalam tanah telah dineutralkan alkali yang
terdapat di dalam penggunaan baja dan racun itu menjadikan komposisi
tanah sedikit beralkali. Hal ini menimbulkan kerisauan para petani
sekiranya tanah ini sudah lagi tidak subur dan tidak lagi sesuai digunakan
untuk penanaman padi.
2)Pencemaran bunyi
Pengoperasian jentera dan mesin padi siang dan malam mengakibatkan
terhasil bunyi – bunyi yang bising. Keadaan ini jelas sekali memberikan
penduduk rasa kurang selesa dan tidak nyaman.
3)Pencemaran udara
Sekali lagi, penggunaan racun serangga juga boleh mengakibatkan udara
kita hirup tidak bersih kerana bahan- bahan kimia tersebut bercampur
dengan komposisi udara yang terdapat di sekeliling kita. Jika keadaan ini
berterusan, penduduk mungkin mendapat penyakit serius berkaitan laluan
pernafasan seperti emfisema dan sebagainya.
CADANGAN MENANGANI MASALAH/KESAN
GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR
Berikut merupakan beberapa cadangan/pendapat yang boleh saya
kemukakan bagi membantu penduduk setempat dalam menangani kesan-
kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kediaman mereka :
1)Elakkan penggunaan bahan/racun yang tinggi kandungan pestisid
Para petani haruslah menitikberatkan kesejahteraan alam sekitar dengan
mengelakkan penggunan bahan atau racun yang tinggi dengan kandungan
pestisid. Sekiranya tindakan ini diambil, kandungan nutrien dalam tanah
akan kekal dan memastikan ianya subur untuk kegiatan-kegiatan pertanian
yang lain. Selain itu, mereka juga mendapatkan manfaat kerana tanah yang
subur menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti dan elok.
2)Penciptaan mesin-mesin yang lebih senyap dengan motor yang lebih
berkuasa
Penggunaan motor yang lebih berkuasa dalam bidang penciptaan teknologi
mesin adalah amat penting bagi menghasilkan jentera - jentera dan mesin -
mesin yang lebih cekap dan tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising.
Oleh itu, kerajaan perlu bertindak pantas mengeluarkan mesin-mesin yang
kurang bising ini bagi kegunaan para petani supaya hasil tuaian adalah lebih
cepat disamping menurangkan pencemaran bunyi yang terdapat di kawasan
yang terlibat.
3)Penggunaan racun perosak yang diluluskan oleh Lembaga Racun
Perosak
Lembaga Racun Perosak merupakan jabatan yang bertanggungjawab
meluluskan sebarang penggunaan racun supaya alam sekitar kita sentiasa
bersih, selamat serta terhindar dari mudharat. Oleh yang demikian, para
petani amatlah digalakkan untuk menggunakan racun atau bahan yang
diluluskan dan disyorkan oleh jabatan ini.
RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di Padang Lalang ini telah memberi kepada
saya pengalaman dan informasi yang sangat berguna. Melalui kajian ini,
saya dapat mengenalpasti jenis guna tanah utama di Padang Lalang.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan memahami definisi guna
tanah dengan jelas.Begitu juga dengan faktor yang mempengaruhi guna
tanah serta beberapa kesan yang dihadapi penduduk akibat daripada guna
tanah utama di kawasan ini iaitu penanaman padi.
Setelah semua maklumat dikumpulkan, saya dapat memberikan
beberapa cadangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna
tanah yang sedang dan telah berlaku di Padang Lalang.
Akhir kalam, saya ingin mengajak penduduk di mukim Padang Lalang
ini untuk sama- sama menjalankan aktiviti guna tanah dengan sebaik
mungkin dan memanfaatkannya dengan penuh berhemah. Bagi para petani
pula, gunalah racun yang terbaik dan tidak memudaratkan persekitaran
kita. Ini demikian supaya tidak menjejaskan persekitaran kita akibat
daripada perbuatan diri kita sendiri. Saya mengakui betapa bertuahnya
menjadi salah seorang penduduk di Padang Lalang ini kerana kebaikan
yang diperoleh dari tanahnya.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku Teks
-Zabri Zakaria. (2007). Fenomena Alam Semula Jadi. Kuala Lumpur: Cipta
Publishing
-Abd Rahim Md Nor. (2004). Geografi Tingkatan 3. Shah Alam: Cerdik
Publications Sdn. Bhd.
Laman sesawang
1) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Padang_Lalang,_Kota_Setar
2) https://ms.history-hub.com/apa-itu-alluvium
3) https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/lembaga-racun.html
4) https://pku.upm.edu.my/artikel/racun_makhluk_perosak_pestisid_kawa
n_atau_lawan_-46437
5) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Racun_makhluk_perosak
Orang sumber
1) Encik Ismail bin Ahmad, 57 tahun, No 40 B, Kampung Kubang Bongor,
Alor Janggus, 06250, Alor Setar, Kedah.
2) Puan Latipah binti Ahmad, 61 tahun, No 102, Kampung Kubang
Bongor, Alor Janggus, 06250, Alor Setar, Kedah.