The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jebontek, 2022-07-09 11:55:55

HARI RAYA AIDILADHA

HARI RAYA AIDILADHA

HARI RAYA AIDILADHA

PSS SMK PUTERI AMPANG, KUALA LUMPUR

Kandungan

• Hari Raya Aidiladha
• Ibadah Korban
• Ibadah Korban Dalam

Norma Baharu
• Penukaran Kelambu

Kaabah

Hari Raya

Aidiladha, Hari Raya

Korban atau Hari

Raya Haji merupakan

perayaan yang

disambut umat Islam

di seluruh dunia.

Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut

pada hari ke-10, ke-11,

ke-12 dan ke-13 bulan

Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan

Takbir Aidiladha pada

malam 10 Zulhijjah,

diikuti dengan solat sunat

Aidiladha serta khutbah

Aidiladha di pagi 10

Zulhijjah, diikuti dengan

ibadah korban yang boleh

dilakukan sama ada 10,

11, 12 atau siang 13

Zulhijjah, semua waktu ini

dipanggil Hari Tasyrik.

• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu

yang istimewa kerana ia keistimewaan Aidiladha

merupakan hari untuk umat dan hari Tasyrik ialah

Islam mengingati ibadat korban. Ibadat

pengorbanan Nabi Ibrahim korban ini hanya boleh

a.s dalam menunaikan dilakukan pada empat hari

perintah Allah dan bermula waktu selepas

kesabaran anaknya Nabi khatib menyampaikan

Ismail a.s dalam memenuhi khutbah Aidiladha

perintah Allah SWT. sehingga sebelum

tenggelam matahari pada

hari ke-13 Zulhijjah.

Korban bermaksud
menjalankan perintah

agama atau taat
kepada perintah Allah

kerana ingin
mendekatkan diri

kepada-Nya.

Pada hari raya,

umat Islam disunatkan

mengenakan pakaian

cantik, bersih dan

mengenakan wangi-

wangian. Pada pagi Hari

Raya Korban, umat

Islam menunaikan

sembahyang sunat Hari

Raya sebanyak 2 rakaat

dengan 7 takbir pada

rakaat pertama diikuti 5

takbir pada rakaat

kedua.

• Pada kebiasaannya solat

sunat Aidiladha dicepatkan

sedikit berbanding solat

sunat Aidilfitri. Hikmahnya

adalah bagi memberi lebih

banyak masa untuk

penyembelihan

korban.Hikmah dilewatkan

sedikit solat sunat Aidilfitri

adalah bagi memberi peluang

bagi mereka yang belum

membayar zakat menunaikan

kewajipan mereka dan

disunatkan makan dahulu

sebelum pergi ke masjid.

• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada
bulan Zulhijjah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh
penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang
Arafah, di luar bandar Mekah

IBADAH
KORBAN

Apa itu ibadah
korban?

• Ibadah ini merupakan
penyembelihan
binatang ternakan
untuk mendekatkan
diri kepada Allah
Taala pada hari Raya
Haji dan 3 hari
Tasyrik.

Syarat sah sembelihan

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara
Sah
• Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
• Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun atau gigi

hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur
TETAPI melebihi 6 bulan

Binatang yang tidak
boleh dijadikan korban

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
• Buta
• Tempang
• Bunting

Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu
seperti:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduk

• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging

• Dilahirkan tidak berekor
• Tertanggal sebahagian giginya

• Tidak mempunyai zakar
• Binatang yang dikebiri

Fadhilat Ibadah
Korban

• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah)

bagi setiap bulu binatang
korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah
Taala
• Membentuk peribadi ikhlas,
bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani
dan sosial

Siapa yang perlu
melakukan
ibadah korban?

Golongan yang
mempunyai lebihan
harta sebanyak
nilaian harga binatang
korban daripada
keperluan dan
keperluan orang di
bawah
tanggungannya.

Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?

• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau

bermusafir
• Berkemampuan

Apakah pembahagian
daging korban yang
afdal?

Ini bagi mereka yang melakukan
korban sunat:

• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban
dan ahli keluarganya

• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan
miskin

• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran-jiran

IBADAH
KORBAN

dalam norma baharu

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Kelambu Kaabah
(Kiswah) ditukar
pada 9 Zulhijjah iaitu
hari wukuf bagi
mereka yang
mengerjakan haji
dan sehari sebelum
Aidiladha.

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Kain Kiswah berukuran
14 m tinggi dan 47 m
Panjang. Ia terdiri
daripada lima lapisan
kain, termasuk tirai
yang menutup pintu
Kaabah, yang dijahit
serta disulam kainnya,
yang mengambil masa
lapan hingga sembilan
bulan untuk disiapkan.

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Antara kalimah atau
ayat yang tertera pada
kiswah itu ialah kalimah
syahadah, surah Ali
Imran ayat 96, al-
Baqarah ayat 144,
surah al-Fatihah dan
surah al-Ikhlas.

Sumber
rujukan:

Berita Harian, 15 Ogos 2018

Wikipedia Bahasa Melayu,
ensiklopedia bebas

Blog : Cara Pelaksanaan
Ibadah Korban

Blog : Apakah Pembahagian
Daging Korban Yang Afdal?

Jabatan Agama Islam Pahang

IKHLAS DARIPADA :
PSS SMK PUTERI AMPANG, KUALA LUMPUR


Click to View FlipBook Version