Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang sangat cantik
Setiap hari, rusa itu akan ketepi sungai untuk melihat bayang-bayangnya Dia sangat gembira dengan tanduknya dan berkata ‘oh cantiknya tandukku’
Namun,rusa itu sedih kerana tidak suka kepada kakinya yang kurus Rusa berkata ‘Hmm, lihatlah kakiku yang kurus ini. Aku mahu cantik dari kepala hingga hujung kaki’.
Tiba-tiba,rusa terdengar seekor anjing sedang menyalak. Rusa sedar anjing itu sedang menuju ke tempatnya
Rusa berasa sangat takut. Rusa berlari sekuat hati kerana ketakutan.
Ketika rusa berlari,tiba-tiba , tanduknya tersangkut di dahan sebatang pokok. Rusa berasa cemas dan takut apabila terdengar salakan anjing yang semakin dekat.
Akhirnya, rusa berasa sangat gembira kerana kakinya yang kuat tetapi kurus itu dapat menolongnya melepaskan diri.
Namun, rusa sangat sedih kerana tanduknya yang cantik itu patah.
Kini, rusa sedar kakinya itu membantu dia selamat daripada bahaya Rusa tidak lagi membenci kakinya. Dia juga tidak sombong seperti dahulu.
PENGAJARAN KECANTIKAN YANG DIMILIKI OLEH RUSA TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA KEBAIKAN KEPADANYA.