Nota Sains
Tahun 4
Unit 8 : BAHAN
PUSAT SUMBER
SK TELOK KUMBAR
SUMBER ASAS BAHAN
1. Sumber asas boleh menghasilkan
bahan-bahan untuk membuat
pelbagai objek.
2. Terdapat 4 sumber asas: Tumbuhan,
Haiwan, Batuan, Petroleum.
SIFAT BAHAN
Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
• Kebolehan menyerap air
• Kebolehan terapung di
• permukaan air
• Kekenyalan bahan
• Konduktor dan penebat elektrik
• Konduktor dan penebat haba
• Kebolehan penembusan cahaya
Kebolehan menyerap air
Terdapat bahan yang boleh menyerap air
dan bahan yang kalis air.
Bahan yang menyerap air menjadi basah
apabila terkena air.
Bahan yang tidak menyerap air disebut
bahan kalis air.
Kebolehan terapung di permukaan air
Terdapat bahan yang terapung di atas
permukaan air dan bahan yang tengelam
di dalam air.
Kekenyalan bahan
Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan
yang dapat kembali ke bentuk asal apabila
diregangkan atau dimampatkan.
Terdapat bahan yang kenyal dan bahan
yang tidak kenyal.
Konduktor dan penebat elektrik
Setiap bahan bersifat sama ada
konduktor atau penebat elektrik.
Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh
mengalirkan arus elektrik.
Penebat elektrik ialah bahan yang tidak
boleh mengalirkan arus elektrik
Konduktor dan Penebat Haba
Terdapat bahan yang bersifat konduktor
haba dan penebat haba.
Konduktor haba ialah bahan yang
membenarkan haba mengalir melaluinya
dengan baik dan cepat.
Penebat haba ialah bahan yang tidak
membenarkan haba melaluinya dengan
baik.
Kebolehan Penembusan Cahaya
Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan
penembusan cahaya yang tersendiri.
Bahan lut sinar ialah bahan yang
membenarkan cahaya melaluinya.
Bahan lut cahaya ialah bahan yang
membenarkan sebahagian cahaya
melaluinya.
Bahan legap ialah bahan yang menghalang
cahaya melaluinya
APLIKASI SIFAT BAHAN
1. Pengetahuan tentang sifat sesuatu
bahan adalah penting dalam mereka
cipta sesuatu objek.
2. Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian
dapat memastikan objek yang dicipta
dapat berfungsi dengan baik mengikut
keperluannya.
3. Langkah-langkah mereka cipta model
dengan mengaplikasikan pengetahuan
tentang sifat bahan:
❖ Mengenal pasti masalah
❖ Menjana idea
❖ Membuat lakaran idea
❖ Menyediakan alat dan bahan
❖ Membina model
PEMILIHAN JENIS BAHAN DAN MEREKA
CIPTA OBJEK
1. Sesuatu objek dicipta berdasarkan
kesesuaian sifat bhaan dengan fungsi
objek tersebut.
2. Pemilihan jenis bahan yang digunakan
untuk mereka cipta sesuatu objek adalah
penting untuk memastikan objek
tersebut dapat berfungsi dengan baik
dan sesuai untuk digunakan
TERIMA KASIH
KERANA
MEMBACA
PUSAT SUMBER
SK TELOK KUMBAR