SAINS
TAHUN 6
UNIT 9 : BAHAN BUANGAN
KENALI BAHAN BUANGAN
1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu
disimpan.
2. Bahan buangan berasal daripada pelbagai sumber: Kediaman, kilang, gerai
makanan, pasar, kenderaan bermotor, dan pertanian.
3. Jenis-Jenis Bahan Buangan:
TERBIODEGRADASIKAN ATAU TIDAK?
1. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan buangan yang boleh direputkan
oleh mikroorganisma.
Contoh: Bahan organik seperti sisa makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja.
2. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan buangan yang tidak boleh
direputkan oleh mikroorganisma.
Contoh: Kaca, plastik, logam, sisa toksik.
HARGAI BUMI KITA
1. Kita perlu menggunakan bahan buangan tidak terbiodegradasi secara
hemah kerana bahan- bahan ini tidak mereput jika dibuang dan akan
kekal di persekitaran kita buat jangka masa yang lama.
2. Bahan buangan tidak terbiodegradasikan akan:
• Menyumbang kepada pencemaran persekitaran
• Menyebabkan terjadinya bencana alam
• Memberi kesan kepada kesihatan kita
3. Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang akan
mendatangkan masalah:
• Pencemaran udara
• Pencemaran air
• Sakit dan penyakit
• Hujan asid
• Banjir kilat
• Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
• Kepupusan sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan
AMALAN PENGURUSAN BAHAN BUANGAN
1. Kehidupan lestari adalah amalan yang mengurangkan impak kepada
alam sekitar agar keindahan alam dapat dinikmati oleh generasi akan
datang.
2. Peranan kita dalam mengurus bahan buangan dengan cara terancang:
• Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas.
• Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan
sebelum dibuang.
• Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan
sisa minyak.
• Bahan buangan sisa makanan yang boleh direputkan boleh
dijadikan baja kompos.
• Amalan 3R(Reduce,Reuse, Recycle) dapat mengurangkan
longgokan bahan.
• Reduce: Kurangkan penggunaan bahan buangan seperti beg
plastik.
• Reuse: Guna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan
buangan.
• Recycle: Kitar semula bahan buangan menjadi produk yang
baharu.
• Menggunakan plastik terbiodegradasikan
• Membawa beg sendiri semasa membeli belah
• Menghasilkan makanan haiwan daripada bahan buangan
PENGURUSAN BAHAN BUANGAN SECARA TERANCANG
1. Bahan buangan biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Cara- cara bahan buangan dilupuskan:
• Bahan buangan dikutip dan dihantar ke pusat pengumpulan
sampah.
• Bahan buangan diasingkan mengikut jenis: Boleh kitar semula dan
tidak boleh kitar semula.
• Bahan buangan yang boleh dikitar semula dipadatkan dan
dihantar ke kilang pemprosesan untuk dijadikan bahan yang
baharu.
• Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar dalam
insinerator.
• Sisa daripada insinerator dihantar ke tapak pelupusan sampah
untuk dilupuskan.