The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ratu8184, 2021-07-09 01:04:24

KOLEKSI CERITA HAIWAN ( SIRI 1 )

ARNAB YANG PEMALAS


Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan


seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang.


Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”

“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada


petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di

bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu


kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab.

“Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.




Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat


sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata

tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa


lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai

menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan


turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.

“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat


sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang

pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok

sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR




Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya


merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit

yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain.


Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.




"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.Kedua-dua

kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.




Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan


mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan

dipakaikan gelang merah.




Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang


menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki

kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka


apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu


melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.



Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi


kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR




Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama


Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor

keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan


terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan

makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada


suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba

mereka terserempak dengan seekor singa.




Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea


untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan

kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa


itu,”kata Joe. Joe berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan

makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh


menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah

lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!”


jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak

mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan


menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,

singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua

sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU




Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.


Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan

mempermain-mainkan mereka.




Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!


Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan

bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.


Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan

memakan mereka tanpa belas kasihan.




Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!


Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat

mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai


Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari,

Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka


seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka.

Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”


Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi

di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia

menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua


menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-


mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony

tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.


Click to View FlipBook Version