PUSAT SUMBER
SK TELOK KUMBAR
JIRIM
1
Mengenal Jirim
1. Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh
dilihat, disentuh atau dirasa.
2. Jirim boleh wujud dalam 3 keadaan:
• Pepejal
• Cecair
• Gas.
Sifat Keadaan Jirim
1. Berikut menunjukkan ciri-ciri pepejal, cecair dan gas:
2
Tiga Keadaan Air
1. Air wujud dalam tiga keadaan, iaitu:
• Pepejal (ais)
• Cecair (air)
• Gas (wap air)
2. Apabila air dipanaskan dan disejukkan, ia akan berubah kepada bentuk yang
lain.
Perubahan Keadaan Air / Jirim
1. Air boleh berubah daripada satu keadaan jirim kepada keadaan jirim yang
lain.
2. Air dan jirim boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan, peleburan,
pendidihan, penyejatan dan kondensasi.
3. Jadual berikut menunjukkan ringkasan perubahan keadaan bahan bagi
setiap proses.
3
Peleburan
1. Peleburan ialah proses perubahan pepejal, menjadi cecair.
2. Contohnya apabila ais dipanaskan atau dibiarkan pada suhu bilik, ais
akan melebur menjadi air.
Pendidihan dan pengewapan
1. Pendidihan ialah proses perubahan cecair menjadi gas.
2. Air (cecair) berubah menjadi wap air (gas)apabila dipanaskan sehingga
mendidih.
o
3. Takat didih air ialah 100 C
Penyejatan
1. Penyejatan adalah proses perubahan cecair menjadi gas.
2. Proses penyejatan berlaku hanya pada permukaan cecair.
3. Penyejatan berlaku apabila cecair terdedah kepada haba.
4. Penyejatan berlaku pada sebarang suhu.
5. Hal ini berbeza daripada pendidihan kerana proses pendidihan berlaku
apabila air dipanaskan sehingga mencapai suhu yang tertentu
Pembekuan
1. Pembekuan ialah proses perubahan cecair menjadi pepejal.
2. Air akan membeku menjadi air apabila disejukbekukan sehingga takat beku.
o
3. Takat beku ais adalah 0 C
4
Kondensasi
1. Kondensasi ialah proses perubahan gas menjadi cecair.
2. Wap air (gas) berubah menjadi air apabila disejukkan
a) Apabila ketulan ais di dalam gelas dibiarkan bebrapa ketika, titisan air
akan terbentuk di luar gelas itu.
b) Hal ini adalah disebabkan wap air di dalam udara sekitar telah disejukkan
apabila tersentuh dinding luar gelas yang sejuk.
Kitaran Air Semula Jadi
1. Maksud:
Proses berulang di mana pergerakan air dari permukaan Bumi ke udara
dan akhirnya turun ke permukaan Bumi semula.
2. Sepanjang proses kitaran ini, beberapa proses perubahan keadaan air
berlaku:
• Air di bumi akan tersejat sebagai wap air dan naik ke atas:
Cecair -> Gas (Penyejatan)
• Wap air yang terkumpul akan membentuk awan.
• Dalam suatu tempoh masa, awan terkondensasi menjadi hujan:
Gas -> Cecair (Kondensasi)
5
Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi
1. Kitaran air semula jadi sangat penting untuk:
• Membekalkan sumber air bersih yang berterusan kepada semua
hidupan.
• Memastikan bekalan air di Bumi sentiasa mencukupi.
• Menyejukkan permukaan Bumi.
2. Kitaran air semula jadi yang terjejas akan menyukarkan kehidupan dan
akan menyebabkan bencana, kematian, dan kemusnahan.
Sumber Air Semula Jadi
• Sungai
• Tasik
• Telaga
• Mata air
• Lautan
Kepentingan Kebersihan Sumber Air
1. Air sangat penting kepada semua hidupan di Bumi:
• Mengekalkan suhu Bumi supaya tidak meningkat dan menyebabkan
pemanasan global
• Memelihara hidupan akuatik.
• Membekalkan sumber air bersih dan tidak tercemar.
• Untuk minum, membasuh dan mandi.
6
• Diperlukan untuk menjalankan pelbagai proses hidup.
• Sebagai bahan mentah dalam industri makanan.
2. Berikut ialah langkah-langkah untuk memastikan sumber air sentiasa
bersih:
• Elakkan membuang sampah dan bahan toksik ke dalam sungai.
• Bina kilang jauh dari laut, sungai, dan tasik.
• Rawat kumbahan dari rumah, kilang dan kawasan pertanian sebelum
melepaskannya ke dalam sungai atau laut.
• Kawal penggunaan baja dan racun perosak di kawasan pertanian.
7