1
KRONOLOGI PENGIKTIRAFAN GEORGE TOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN
DUNIA
7 Julai adalah cuti umum bagi Pulau Pinang yang bertujuan menyambut ulang
tahun perasmian bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD)
oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengiktirafan itu akan menarik minat lebih ramai pelancong berkunjung ke
kedua-dua bandar berkenaan, di samping menarik minat para pengkaji
tempatan dan antarabangsa untuk membuat kajian terhadap tapak warisan
itu.
Pengiktirafan ini bukan sahaja sekadar pengiktirafan kepada negara dalam
mengurus tadbir tapak warisan sejarah, bahkan juga adalah pengiktirafan
daripada badan antarabangsa tentang keupayaan Malaysia dalam
memelihara dan memulihara tapak-tapak warisan yang mempunyai nilai
tinggi.
Dalam mengecapi pengiktirafan ini, terdapat beberapa perkara yang
diperjuangkan bagi mencalonkan George Town ini sebagai tapak warisan
dunia.
2
Peristiwa ini berlaku pada 1998 iaitu Malaysia menghantar dokumen bagi
menyatakan niat mencalonkan George Town dan Melaka sebagai tapak
warisan.
Penyenaraian Melaka dan George Town berdasarkan kriteria yang digariskan
para 77 ‘Operational Guideline for Implementation’ oleh Persidangan Warisan
Dunia. (World Heritage Convention) Pencalonan Melaka dan George Town
sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of Malacca: Melaka and George Town’
bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat. Pada tahun 2005, dokumen
pertama dihantar bagi pencalonan Melaka dan George Town ke senarai
warisan dunia UNESCO di World Heritage Centre (WHC) yang berpusat di
Paris. Namun demikian, permohonan tersebut ditolak atas beberapa masalah
teknikal yang tidak mencapai tahap kriteria Unesco.
Atas hasrat untuk menjadikan George Town dan Melaka sebagai tapak
warisan dunia yang bernilai, dokumen dihantar semula ke WHC dan menjelang
Mac 2007, penerimaan surat pengesahan daripada UNESCO, menandakan
semua kriteria UNESCO bagi pencalonan TWD dipenuhi. Oleh itu, George Town
dan Melaka mendapat garis panduan daripada UNESCO untuk menguruskan
tapak warisan seperti pembahagian kawasan teras dan penampan di George
Town.
3
Pada Julai 2007, jawatankuasa di UNESCO telah bermesyuarat di
Christchurch, New Zealand telah mengesahkan secara formal pencalonan
Melaka dan George Town. Kedua-dua tapak itu akan dinilai pada tarikh yang
ditetapkan oleh International Council on Monuments and Sites (ICOMOS)
Pada 24 hingga 31 Ogos 2007, Melaka dan George Town menerima lawatan
penilaian daripada seorang pakar yang dilantik oleh ICOMOS iaitu Prof. David
Lung dari Hong Kong.
Proses ini berterusan sehingga Jun 2008 iaitu berlaku penghantaran
maklumat tambahan serta maklum balas, sebagaimana yang diminta oleh
ICOMOS bagi proses penilaian lanjutan. Pada 7 Julai 2008, Melaka dan George
Town dengan rasminya telah diisytiharkan oleh WHC sebagai tapak warisan
kebudayaan dunia.
Manakala, pada 1 Ogos 2008 sambutan bagi pengisytiharan oleh WHC sebagai
tapak warisan kebudayaan dunia telah diadakan di Bandaraya Melaka.
Penetapan 7 Julai sebagai hari cuti umum telah diwartakan dalam Warta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan Surat Pekeliling
mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan, Agensi
Persekutuan dan Negeri serta Ketua Pengarah Pelajaran.
Pada bulan November 2008 majlis diadakan di Dataran Merdeka
disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
4
Upacara perasmian penerimaan plak dan watikah pengiktirafan daripada
UNESCO kepada kerajaan Malaysia dilaksanakan dengan penuh adat istiadat
kerajaan Melayu lama termasuk perarakan bergajah dan berkuda.
Sumber : Berita Kampus, USM
5
GEORGE TOWN, PULAU PINANG
George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat
tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua
selepas Melaka serta ibu negeri kepada Pulau Pinang di timur lautnya. George
Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh
berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri
ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George
Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun
telah menjadi bandaraya lama negara seperti Bandaraya Melaka.
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun
Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi
500,000 orang, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan
bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah
Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung
Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi
bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala
Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan
Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah
kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir
separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga
hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
6
George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di
Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa
Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang
jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini.
Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan
tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah
Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana
mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat
menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil
kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan
oleh bandar raya ini.
Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau
Pinang.
SEJARAH BANDAR RAYA
Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung
Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan
pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur.
7
Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah
Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan
Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (Capt.137). Status Bandar Raya telah diberikan
kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of
United Kingdom) pada 1 Januari 1957.
Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan
Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan
percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar
Pulau Pinang lalu dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan.
Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan
Pulau Pinang telah digantikan dengan nama Majlis Perbandaran Pulau Pinang
dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar
Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau
Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan
meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran
Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah
seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan
Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan
8
melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
diubah dengan menambah kawasan tebus guna.
Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada
Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014
mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran
Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773 km persegi menjadikan keluasan Majlis kini
305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga
merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah
perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576). Pengiktirafan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan
Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam.
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah
bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah
sempadan MPPP dan seterusnya menaik taraf MPPP kepada MBPP. Selaras
dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1
Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[7]
9
SEJARAH ASAL
Pada asalnya, penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown
memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung
Penaga ini berasal daripada tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum),
yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai
pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.
GEOGRAFI
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown
merupakan bandar raya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur
dan Johor Bahru dan ia terletak di dalam Zon Metropolitan Georgetown yang
juga merupakan zon metropolitan kedua terbesar di Malaysia yang terletak
di utara tanah air. Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan
merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah
besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown
terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak
tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai
berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.
10
SEJARAH
Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya ialah kepunyaan Kedah tetapi
diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan
Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang menyatakan Syarikat
Hindia Timur British akan memberikan perlindungan daripada serangan Siam
dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light menaikkan bendera Union
Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu
di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street
(Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan
Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) ialah jalan-jalan yang pertama dibina di
Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalan raya
yang hendak dibangunkan. Selepas itu, Church Street (Lebuh Gereja), Bishop
Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh
Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh)
dibina. Jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.
Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas
dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang
dibangunkan di koloni-koloni Belanda.
11
Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit
malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan, Northam Road (Jalan
Sultan Ahmad Shah).
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/George_Town,_Pulau_Pinang
12
13