Perjanjian Tambahan 1 PERJANJIAN TAMBAHAN PERJANJIAN TAMBAHAN INI ini diperbuat pada haribulan , 2022 [selepas daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian ini”]. DI ANTARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA yang beralamat di 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “ASWARA”) di satu pihak; DAN DOCUMENT TECHNOLOGIES SDN BHD (No. Syarikat: 743377-U) sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan mempunyai alamat berdaftar di Unit D11-1- 1, Dana 1 Commercial Centre, Jalan PJU 1A/46, Petaling, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Syarikat”) di pihak yang satu lagi. ASWARA dan Syarikat secara individu boleh dirujuk sebagai “Pihak” dan secara kolektifnya dirujuk sebagai “Pihak-Pihak”. BAHAWASANYA :- A. Melalui Perjanjian/Dokumen Kontrak bertarikh ........................ (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian Prinsipal”) yang telah dimasuki dan ditandatangani oleh Kedua-dua Pihak yang tersebut di atas, Kerajaan berhasrat untuk melantik Syarikat bagi mendapatkan Perkhidmatan Sewaan dan Bacaan Meter bagi dua puluh lima (25) unit Mesin Penyalin selama tiga (3) tahun di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dan Syarikat telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan kepada ASWARA tertakluk kepada termaterma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini. B. Oleh kerana berlaku beberapa keadaan yang memerlukan perubahan terma dan syarat Perjanjian prinsipal tersebut, kedua-Pihak bersetuju untuk memasuki Perjanjian ini untuk menjelaskan dan memperincikan persefahaman yang telah dicapai dan seterusnya meminda beberapa terma dan syarat Perjanjian prinsipal tersebut. C. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa selain daripada terma-terma dan syarat-syarat tambahan dan pindaan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini, lain-lain terma dan syarat yang terkandung di dalam Perjanjian prinsipal adalah kekal sah dan berkuatkuasa. MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERSETUJUI OLEH SEMUA PIHAK BAHAWA:- 1. TAMBAHAN Walaupun Perjanjian ini bertindak hanya sebagai tambahan kepada Perjanjian Prinsipal, Perjanjian ini hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian Prinsipal dan hanya terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang dinyatakan di sini akan mengatasi terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Prinsipal. Lain-lain terma dan syarat di dalam Perjanjian Prinsipal adalah kekal berkuatkuasa seperti sedia ada.
Perjanjian Tambahan 2 2. PERLEPASAN BAYARAN 2.1 Menurut terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian Prinsipal, bayaran kadar penggunaan mesin penyalin yang telah dibuat oleh ASWARA kepada Syarikat ASWARA adalah untuk keseluruhan tempoh Perjanjian Prinsipal tersebut iaitu selama tiga (3) tahun ataupun tiga puluh enam (36) bulan dari tarikh Perjanjian Prinsipal. Namun begitu oleh kerana keadaankeadaan yang tidak dapat dielakkan kadar penggunaan oleh ASWARA adalah melebihi jangkaan dan dianggarkan akan melebihi kadar maksimum jauh lebih awal daripada tempoh Perjanjian ini. 2.2 Pihak Syarikat memahami keadaan ini dan bersetuju untuk mengecualikan ASWARA daripada membayar kadar penggunaan mesin penyalin sehingga tamat tempoh Perjanjian ini dan tidak mengenakan sebarang bayaran di atas kadar penggunaan mesin penyalin yang terlebih daripada kadar sepatutnya itu dan hanya menerima bayaran yang telah dibuat oleh ASWARA sebelum ini. 3. PENGHANTARAN MESIN PENYALIN 3.1 Seperti yang diperakui dan disahkan oleh kedua-dua pihak, pihak Syarikat telah gagal mematuhi terma dan syarat Perjanjian Prinsipal apabila Syarikat gagal untuk membekalkan dan menyerahkan mesin penyalin dalam jumlah yang cukup pada masa yang telah ditetapkan. 3.2 Sebagai balasan daripada persetujuan pihak Syarikat untuk mengecualikan ASWARA daripada membayar kadar penggunaan mesin penyalin, ASWARA bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Syarikat di atas kegagalan tersebut. 4. PENGESAHAN TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN PRINSIPAL Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini, pihak-pihak di sini mengesahkan Perjanjian Prinsipal adalah sah dan kekal berkuatkuasa sepenuhnya daripada tarikh ianya ditandatangani dan disempurnakan. Perjanjian Prinsipal dan Perjanjian ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai satu dokumen dan kesemua rujukan yang dibuat di dalam Perjanjian ini adalah merujuk kepada Perjanjian Prinsipal dan terma-terma dan syarat-syarat berkenaan telah dipinda oleh Perjanjian ini. 5. MASA Masa adalah intipati dan dianggap penting di dalam Perjanjian ini. 6. WAKIL DIRI TERIKAT Perjanjian ini adalah mengikat wasi dan pentadbir dan wakil diri dan pemegang serahhak setiap pihak.
Perjanjian Tambahan 3 7. KOS Kesemua pihak bersetuju bahawa kos untuk menyedia dan melaksanakan Perjanjian ini, termasuklah kos guaman dan duti setem hendaklah ditanggung oleh pihak Syarikat. -Klausa Perjanjian Tamat-
Perjanjian Tambahan 4 PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai mereka masing-masing pada hari dan tahun yang tersebut di atas. Untuk dan bagi pihak Dihadapan: ASWARA Tandatangan ............................ Tandatangan Saksi .............................. Nama Penuh ............................ Nama Penuh .............................. No. Kad Pengenalan ............................ No. Kad Pengenalan .............................. Jawatan ............................ Jawatan .............................. Tarikh ............................ Tarikh ............................. Untuk dan bagi pihak Dihadapan: DOCUMENT TECHNOLOGIES SDN BHD (No.Syarikat: 743377-U) Tandatangan ............................ Tandatangan Saksi .............................. Nama Penuh ............................ Nama Penuh .............................. No. Kad Pengenalan ............................ No. Kad Pengenalan .............................. Jawatan ............................ Jawatan .............................. Cap Syarikat ........................... Cap Syarikat .............................. Tarikh ........................... Tarikh ..............................