The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PIBG cover 2021-merged-compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najhar1612, 2021-04-06 21:06:18

BUKU PROGRAM PIBG cover 2021-merged-compressed

BUKU PROGRAM PIBG cover 2021-merged-compressed

Google Meet
10 April 2021 (Sabtu)

8.00 pagi

Dirasmikan oleh :
Pn Ruzaidah binti Majid

Guru Besar
SK Terap

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 KATA ALUAN YDP PIBG 1

2 KATA ALUAN GURU 2

BESAR

3 AJK PIBG SESI 2020/2021 3

4 AJK PELAKSANA 4

MESYUARAT AGUNG PIBG

KE-44

5 ATURCARA MAJLIS 5

6 AGENDA MESYUARAT 6

7 MINIT MESYUARAT AGUNG 7-9

PIBG KALI KE-43

8 PENYATA KEWANGAN 10-11

9 LAPORAN AKTIVITI 12

10 PENGHARGAAN 13

Tinta Yang Di-Pertua PIBG

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T ,tuhan kita semua, kerana masih diberi kesempatan
kepada kita untuk menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Kebangsaan Terap

bagi kali yang ke -44 pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan dialu-alukan untuk memberi pendapat dan
komentar demi kejayaan perjumpaan ini dengan penuh ikhlas, sabar dan berintegriti.

Waris dan guru merupakan suatu pakej yang tidak boleh dipisahkan, ibarat bumi dan air hujan. Tanpa
kerjasama dan kesalingan mendidik, usaha guru menjadi sia-sia belaka.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Tanah yang gembur akan berupaya mengekstrak sepenuhnya air hujan lalu menumbuhkan biji-bijian. Tapi
malangnya, dalam masa kita memanusiakan anak bangsa, terkadang kita bersua dengan tanah poros yang
tidak tahu menadah air hujan atau tanah keras yang memboikot laluan cairan. Di sinilah letaknya peranan
ibu bapa dan guru untuk memecah masalah.

Untuk melestarikan tranformasi pendidikan, terkadang kita perlu menjana “silence examples” untuk
menstrukturkan semula masyarakat tanah poros dan tanah keras. Generasi digital tidak suka dileteri tetapi
mudah meniru gaya hidup orang dewasa. Kata orang bijak pandai, janganlah berangan-angan menjadi
seekor rama-rama yang cantik kalau tidak mampu melalui zaman ulat bulu yang hodoh.

Kekangan teknologi, ditambah lagi dengan terpaan Covid 19, guru bertambah kekok dan terkedu. Maka di
sini kita akan berbincang tentang isu ini dari hati ke hati, agar matlamat sekolah tidak menjadi lesu.
Kegiatan kurikulum dan ko kurikulum dipasarkan secara online. Dalam masa sama banyaklah serbah serbih
yang mewarnai pembelajaran anak-anak kita. PDPR atau pendidikan online mengambil tempat seketika.
Ketika inilah ,ibu bapa dapat merasai jerih payah guru untuk mendidik anak . Tahniah kepada yang
memahami dan bekerjasama dengan sekolah.

Tuan-tuan,
Tuah telah datang melamar Terap, Puan Ruzaidah datang ke sini . Kelihatan dia pontang panting

mengangkat Sekolah Terap agar senada dengan sekolah di luar sana. Kita dapat merasai denyut
nadinya , Tahniah Puan Ruzaidah. Meski ada lekuk dan gaung, kami akan menyokong puan demi
anak bangsa. Cuma kami perlu dibagi tahu cara dan ilmu. Jika ada yang mendurhakai peraturan,
pimpinlah kami dengan penuh kasih sayang, pasti hasilnya lumayan.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan patuhilah SOP agar kita
selamat . Sekian , terima kasih.

jj

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 1

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah
kepada AJK PIBG, para ibu bapa dan guru-guru semua SK Terap yang dapat mengikuti mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-44 yang diadakan buat pertama kali nya melalui pelantar Google Meet.
Para hadirin sekalian,

Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk hasilan guru-guru
yang cemerlang. Manakala kedua-duanya itu pula hasil dari persekitaran sekolah yang turut
cemerlang. Saya yakin sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap professional guru-guru dapat
menggalakkan penyertaan waris dan komuniti untuk sama-sama memikul tanggungjawab
memastikan kejayaan anak-anak kita di sekolah ini.

Selaku penasihat PIBG saya benar-benar berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin
dengan bersama menyelesaikan masalah di sekolah terutamanya masalah ponteng. Pihak sekolah
dan PIBG perlu berusaha menggarap idea bagi membangunkan prasarana sekolah agar anak-anak
kita dapat mengikuti program kurikulum dan kokurikulum dengan lebih kondusif dan efisien.

Situasi pembelajaran dalam norma baru (PdPR) yang menggunakan medium telegram
menyebabkan banyak kekangan dan cabaran telah dihadapi oleh kita bersama . Jadi, saya mewakili
pihak sekolah dan PIBG menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak
sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekali gus dapat menyuntik semangat
untuk terus belajar dan berusaha dengan gigih.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik
Alias bin Sa’ari yang banyak memberi sokongan yang begitu baik dalam bentuk kewangan mahupun
idea-idea yang bernas. Ingin saya nyatakan di sini bahawa barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi
dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Syabas dan tahniah
kepada semua pihak dan semoga mesyuarat agung PIBG kali ke-44 ini akan menjadi pemangkin
yang berterusan kepada kecemerlangan sekolah ini.
Akhirnya, dengan rasa sukacitanya saya merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Terap kali ke-44
tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 2

JAWATANKUASA INDUK PIBG
SK TERAP SESI 2020/2021

PENASIHAT : EN. MOHD AKHIR BIN ISMAIL

(GURU BESAR SK TERAP)

YANG DIPERTUA : EN.ALIAS BIN SAARI

NAIB YANG DIPERTUA : EN. MUHAMED ASMAWI BIN AZMAN

SETIAUSAHA : EN. MOHD SYAZILI BIN MAT

BENDAHARI : EN. MURSHID BIN ARSHAD

AJK GURU :- : TN.HJ ABDUL TALIB BIN ABDUL RASHIP

PN. SITI MURNI BINTI SHAFIAI

PN. AZURA BINTI ABU BAKAR

EN. MOHD AZIZUL BIN JAUDIN

PN. YUSNITA BINTI CHE HASSAN

PN. NURUL NISAA BINTI AZALI

JURUAUDIT SEKOLAH : PN. HAFIZAH BINTI OSMAN

JURUAUDIT WARIS : PN. UMI KALSOM BT KASSIM

AJK WARIS :-

KG TERAP : EN. SALAHUDDIN MD YUSOF

: PN. HATIJAH BT SALLEH

KG BENDANG SARA : EN. ROSLI BIN CHE ANI

: PN. SITI FATIMAH BT CHE MEY

KG BATU 10 : PN. SUNNITA BINTI MOHD GHANI

: PN. NAZERAH BT HUSSEN

KG BATU 12 : EN. MOHD ZUBIR BIN ABDULLAH

LDG. ANAK KULIM : EN. WAN AZRI SHAM BIN WAN AZME

LDG SOMME : EN. ROSLAN BIN SAAD

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 3

JAWATANKUASA
PELAKSANA

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 4

8.00 pagi ATURCARA
9.00 pagi MESYUARAT AGUNG PIBG
9.10 pagi
9.20 pagi KALI KE-44

9.50 pagi -Para tetamu mendaftar masuk ke Google Meet
10.30 pagi -Bacaan doa
10.40 pagi -Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG
-Ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung
oleh Guru Besar SK Terap ( Puan Ruzaidah Bt
Majid)
-Paparan profil Murid Cemerlang Tahun 6
tahun 2020
-Paparan kejayaan murid beraktiviti tahun
2020
-Pelantikan Pengerusi Mesyuarat sementara
-Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 bermula
-Ucapan penggulungan (YDP/GB)
Majlis selesai dan bersurai
-Majlis bersurai.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 5

1) ALUAN PENGERUSI MESYUARAT

2) PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG
LEPAS (2020)
SETIAUSAHA MEMBENTANG MINIT MESYUARAT AGUNG 2019 (EN. MOHD
SYAZILI)
- CADANGAN PENERIMAAN
- SOKONGAN UNTUK PENERIMAAN

3) LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2020
SETIAUSAHA MEMBACA LAPORAN AKTIVITI 2020
- CADANGAN PENERIMAAN
- SOKONGAN UNTUK PENERIMAAN

4) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN TAHUN LEPAS
(2020)
BENDAHARI MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN 2020 (ENCIK MURSHID
ARSHAD)
- CADANGAN PENGESAHAN
- SOKONGAN UNTUK PENGESAHAN

5) PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
GURU BESAR MEMBACA USUL ATAU CADANGAN DAN MEMBERI RESPON
PERKARA TERSEBUT

6) HAL-HAL LAIN
- PENCALONAN
- UNDIAN

7) UCAPAN PENANGGUHAN
YDP MEMBUAT SESI UCAPAN PENGGULUNGAN SERTA UCAPAN
PENANGGUHAN MESYUARAT.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TERAP

09800 SERDANG, KEDAH

TARIKH : 8 MAC 2020

HARI : AHAD

MASA : 2:00 PETANG

KEHADIRAN : 135 ORANG

PERASMI :

DR. RAJWANI BINTI MD ZAIN

Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar (SSSU),

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia

1. ALUAN PENGERUSI

En. Alias Bin Saari selaku pengerusi sementara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar,
Setiausaha PIBG, guru-guru serta waris-waris kerana sudi hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke-43 bagi tahun
2020.

2. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausaha iaitu En. Mohd Syazili Bin Mat membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-42. Pn Siti
Fatimah Binti Che May mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disokong oleh Pn Nurul
Nisaa Binti Azali @ Ghazali.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG LALU

Bendahari PIBG iaitu En. Murshid Bin Arshad membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2019. En
Salehuddin Bin Mohd Yusuf mencadangkan penyata kewangan bagi tahun 2019 diterima dan disokong
oleh En Roslan Bin Saad.

4. LAPORAN AKTIVITI 2019

Setiausaha melaporkan aktiviti PIBG bagi tahun 2019. Berikut adalah senarai aktiviti yang telah
dijalankan :

i. Mengadakan mesyuarat AJK kali pertama 2019 pada 24 Februari 2019.

ii. Merancang aktiviti-aktiviti yang membantu kecemerlangan murid.

iii. Bekerjasama dan membantu dalam semua program anjuran sekolah :

- Perjumpaan waris murid Tahun 6

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 7

- Program motivasi
- Kejohanan Sukan Sekolah
- Hari Anugerah Cemerlang
iv. Menyumbang tenaga kemahiran dan kepakaran untuk keceriaan sekolah seperti mengecat
bangunan dan kelas, ubahsuai kedudukan peralatan, baik pulih peralatan kecil seperti kipas, lampu
dan paip yang bocor.
v. Bekerjasama mengurus dan menyediakan khemah-khemah untuk Hari Kejohanan Sukan Sekolah.
vi. Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 pada 17 Mac 2019.
vii. Menyumbang dana untuk beberapa program sekolah melibatkan murid dan waris.
- Program motivasi dan penetapan target
- Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
- Solat hajat murid UPSR bersama waris
- Hari Anugerah Cemerlang 2019
- Hari Kejohanan Sukan Sekolah 2019
viii. Menggerakkan belia Kampung Terap dalam aktiviti membasuh dan menyelenggara sekolah semasa
bencana banjir kilat 2019.
ix. Menguruskan dan menyumbang bayaran lori bagi mengangkut sofa dari Ibu Pejabat SSM Kuala
Lumpur ke SK Terap.
x. Perbincangan dapatan usul dan cadangan pada 2 Mac 2020.
5. PEMBENTANGAN USUL
Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Akhir Bin Ismail berucap selaku Penasihat dan mengingatkan para
hadirin bahawa usul-usul yang diambil kira mestilah berkaitan dengan pentadbiran PIBG serta terikat
dengan perlembagaan. Usul-usul dari pihak waris merupakan cadangan atau saranan untuk kebaikan
anak-anak di sekolah.
Cadangan / Usul 1 - Pn Zaiton Binti Isa
Selaraskan waktu pulang murid Tahap 1 dan Tahap 2 bagi memudahkan ibu bapa
mengambil anak masing-masing.
GB – Sekolah telah terikat dengan bilangan waktu belajar yang telah
ditetapkan oleh pihak KPM.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 8

Cadangan / Usul 2 - Pn Siti Hajar Binti Azizan
Diwujudkan group WhatsApp waris bagi kelas 2 Nilam bagi memudahkan penyampaian sebarang
maklumat.
GB – Medium Facebook telah diwujudkan bagi menyampaikan sebarang maklumat. Cadangan untuk
mewujudkan Group WhatsApp akan dibincangkan kerana ia melibatkan waktu luar kerja guru-guru.
Malahan, sebarang maklumat berkaitan program yang akan dijalankan telah dimaklumkan menerusi
surat edaran kepada waris masing-masing. Namun begitu, perbincangan dalam kalangan guru-guru
kelas akan dibuat bagi memutuskan perkara berkenaan.
Cadangan / Usul 3 – En Murshid Bin Arshad
Mencadangkan jumlah sumbangan bagi setiap keluarga dikekalkan sebanyak RM20. Mohd Zubir Bin
Abdullah memberi sokongan mewakili waris.
6. PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2018/2019
En Alias selaku pengerusi sementara PIBG membubarkan AJK PIBG SK Terap bagi Tahun 2018/2019.
7. PELANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2020/2021
Rujuk lampiran A
8. UCAPAN PENANGGUHAN
YDP PIBG iaitu En. Alias Bin Sa’ari mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiausaha, bendahari dan
Guru Besar. Beliau memohon kerjasama agar semua pihak dapat hadir bagi menjayakan sesuatu
program yang dianjurkan atau dilaksanakan.
Guru Besar mengalu-alukan sebarang sumbangan dan buah fikiran daripada semua ibu bapa dan waris.
Jika terdapat sebarang perkara yang ingin diketengahkan boleh berjumpa dengan Guru Besar. Pihak
sekolah mengharapkan pihak waris dapat mengemukakan sebarang tindakan dan tidak perlu menunggu
sesuatu usul untuk dibahaskan semasa Mesyuarat Agung.
YDP PIBG membuat ucapan penangguhan pada jam 5:30petang dengan mengucapkan penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua AJK, para guru dan para waris yang menjalankan tugas masing-
masing.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 9

PENYATA KEWANGAN 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 10

LAPORAN KEWANGAN 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 11

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2020

1. Mengadakan mesyuarat AJK pertama 2020 (09 Feb 2020)
2. Merancang aktiviti-aktiviti membantu kecemerlangan murid
3. Berkerjasama dan membantu dalam semua program anjuran/aktiviti sekolah

- Perjumpaan waris murid tahun 6 – ( hari pelaporan )
- Motivasi/program bersama UUM
- Mengurus kerja-kerja penebangan pokok persekitaran sekolah dengan

kerjasama En. Rizal AJK Ladang Anak Kulim
- Kejohanan Sukan Sekolah
4. Menyumbang tenaga kemahiran dan kepakaran untuk keceriaan sekolah
seperti mengecat bangunan & kelas, ubahsuai kedudukan peralatan, baik
pulih peralatan kecil seperti kipas,lampu atau paip bocor.
5. Berkerjasama mengurus dan menyediakan khemah-khemah untuk hari
Kejohanan Sukan Sekolah (1 Mac 2020)
6. Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 (8 Mac 2020)
7. Menyumbang dana untuk beberapa program Sekolah melibatkan murid dan
waris
- Motivasi dan penetapan target
- Hari Anugerah Cemerlang 2019
- Hari Kejohanan Sukan Sekolah
- Menaik taraf sistem audio surau sekolah
8. Perbincangan berkaitan dapatan usul-usul waris bersama Guru Besar selaku
penasihat PIBG SK Terap – 4 Mac 2021.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 12

Sekalung Budi

Seluruh warga SK Terap mengucapkan
setinggi-tinggi dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-44.

Yang Dipertua PIBG
Naib Yang Dipertua PIBG
AJK PIBG SK Terap
Pentadbir SK Terap
Para Ibu Bapa
Guru-guru
Staf Sokongan

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 13


Click to View FlipBook Version