The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thisowner8, 2021-03-15 05:06:48

Hikayat Sang Kancil, Kerbau

Pre School Digital Book

Keywords: sangkancil,sangbuaya,sangkerba

Pada suatu masa dahulu, tinggal seekor kancil
sedang berkeliaran di sebuah hutan . Hutan itu
terletak berhampiran dengan sebuah sungai.
Kelihatan Sang Kancil ingin meminum air sungai
tersebut.



Kebetulan sewaktu Sang Kancil sedang
berkeliaran di tepi sungai terdapat seekor
kerbau. Kelihatan Sang Kerbau itu sedang leka
meragut rumput sehingga tidak menyedari
akan kehadiran Sang Kancil.



Sewaktu Sang Kerbau sedang leka meragut
rumput kelihatan Sang Buaya sedang
memerhati nya dari jarak jauh. Sang Buaya
berniat untuk memakan Sang Kerbau itu.



Sang Buaya pun mulai mendekati Sang Kerbau
yang leka meragut rumput sedikit demi sedikit
tanpa disedarinya. Kelihatan Sang Kerbau tidak
menyedari akan kehadiran Sang Buaya.



Sewaktu Sang Buaya mendekati Sang Kerbau itu,
tanpa sengaja Sang Kancil tertoleh melihat
situasi itu. Kelihatan Sang Kancil berasa terkejut.
Sang Kancil bimbang akan situasi Sang Kerbau
yang tidak dapat melarikan diri dari Sang Buaya.



Sang Monyet yang turut melihat situasi itu pun
berasa terkejut. Sang Monyet membuat bising
sambil melompat pada dahan pokok agar Sang
Kerbau menyedari situasi tersebut.



Oleh kerana Sang Monyet melompat pada dahan
itu dengan loncatan yang kuat. Tiba-tiba
dahan pokok itu jatuh menimpa ke atas Sang
Buaya . Kelihatan Sang Kerbau cuba mendekati
Sang Buaya.



Sang Buaya cuba meminta simpati dari Sang
Kerbau. Sang Kerbau yang melihat keadaan Sang
Buaya berasa simpati akan nasib nya itu. Sang
Buaya meminta pertolongan daripada Sang
Kerbau untuk mengangkat dahan pokok .



Oleh akan kasihan nasib Sang Buaya itu, Sang
Kerbau pun memberi pertolongan kepada Sang
Buaya. Kelihatan Sang Kerbau cuba mengangkat
dahan pokok yang menimpa ke atas Sang Buaya.



Sebaik sahaja Sang Kerbau mengangkat dahan
pokok dari badan Sang Buaya. Tiba-tiba Sang
Buaya menginggit kaki Sang Kerbau. Kelihatan
Sang Kerbau menjerit kesakitan akibat digigit
oleh Sang Buaya.



Melihat akan situasi itu lalu Sang Kancil tampil
memberi pertolongan kepada Sang Kerbau . Sang
Kancil terus mendapat idea setelah melihat
situasi yang dihadapi oleh Sang Kerbau.



Sang Kancil mengatakan tidak mempercayai
bahawa Sang Kerbau membantu Sang Buaya dan
mahukan bukti. Sang Buaya berasa tercabar dan
meluahkan kaki Sang Kerbau. Lalu Sang Buaya
meminta untuk meletakkan dahan pokok kembali.



Sang Kerbau pun meletakkan kembali dahan
pokok ke atas Sang Buaya. Setelah meletakkan
dahan pokok ke atas Sang Buaya lalu Sang
Kerbau melarikan diri. Kelihatan Sang Buaya
berang melihat situasi itu.



Sang Buaya yang melihat kejadian itu berasa
menyesal kerana meluahkan kaki Sang Kerbau.
Sang Buaya berasa tertipu akan helah Sang
Kancil . Kelihatan Sang Buaya menangis kerana
melepaskan Sang Kerbau dengan begitu sahaja.


Click to View FlipBook Version