COMPUTER SYSTEM AND NETWORK PROCUREMENT
1 Teknologi awan (Cloud Technology) 1. Ia adalah pembangunan dan penggunaan teknologi pengkomputeran berasaskan internet ("awan"). 2. Teknologi "di dalam awan" yang membantu pengguna mengawal infrastruktur tanpa perlu pengetahuan dan kepakaran yang mendalam. 3. Ia melibatkan peruntukan sumber-sumber yang diskalakan secara dinamik dan dimayakan sebagai satu perkhidmatan di internet. 5. Istilah awan sebagai satu metafora bagi Internet.
Pengkomputeran Awan Perbandingan Tradisional Hosting Kos jualan mengikut permintaan. Kos Melibatkan Kos yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan. Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masa. Kebolehcapaian Waktu tertentu sahaja seperti waktu pejabat. Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smart phone sahaja. Pengurusan Sistem Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama. 2 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan tradisional hosting
3 REVOLUSI SISTEM KOMPUTER DAN TEKNOLOGI RANGKAIAN Kategori Pengkomputeran Awan Vendor akan membekalkan infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan berinteraksi dengan pengguna melalui Front End Portal. Vendor bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada aplikasi dan data, maka pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana sahaja - Web based email, kawalan inventori, pemprosesan pangkalan data. Iaas seperti Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API) untuk membolehkan capaian/configure virtual server dan storan masingmasing. Pada masa ini, syarikat hanya perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja. Paas bermaksud sebagai satu set alat pembangunan perisian /produk yang dihoskan oleh mana-mana pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian /aplikasi dilakukan di internet. Contohnya ialah GoogleApps.
Alamat : www.pixlr.com Alamat: http://www.google.com Kegunaan : Aplikasi suntingan imej. Kegunaan : Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail). Kelebihan : Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi. Kelebihan : Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui internet tanpa install perisian dalam komputer boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'. 4 REVOLUSI SISTEM KOMPUTER DAN TEKNOLOGI RANGKAIAN Contoh aplikasi cloud computing
Alamat: http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail. Alamat: www.live-documents.com Kegunaan : Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian. Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu SkyDrive. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing. Kegunaan: Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian. Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah (4sharing) Boleh import dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs 5 Contoh aplikasi cloud computing
Alamat: http://www.evernote.com Alamat: http://www.dropbox.com Kegunaan: Untuk nota atau catatan Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB. Kelebihan: Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya. Kelebihan: Ruang storan yang besar iaitu 2GB Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan. Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di atas awan. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain. Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana. 6 Contoh aplikasi cloud computing
No. Kelebihan Penerangan 1 Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format) Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 2 Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum. 3 Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah. 4 Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. Kemampuan sharing PC to PC audio dan video. 5 Kebolehcapaian fail yang meluas. Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet. 6 Kebolehpercayaan data penyimpanan Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan. Website menggunakan secured connection https. 7 Ruang storan yang tiada had Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had. 8 Mengurangkan kos Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. 7 Kelebihan Pengkomputeran Awan
pengkomputeran Mobile adalah "mengambil komputer dan semua fail yang diperlukan serta perisian dan keluar ke lapangan (wikipedia). Secara umum, untuk menjelaskan kemampuan seseorang menggunakan teknologi mobile wireles, dengan kata lain adalah kemampuan untuk menggunakan peranti pengkomputeran, ketika bergerak atau menukar lokasi. 8 Kekurangan Sistem Pengkomputeran Awan Pengkomputeran Mudah Alih (Mobile Computing)
9 MOF MOF merupakan singkatan bagi ‘Ministry of Finance’ ataupun dikenali sebagai Kementerian Kewangan Malaysia Objektif :- - Menggubal dan melaksanakan dasar fizikal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan. - Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara - Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah. - Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. - Lesen atau Sijil Kementerian Kewangan / MOF atau lebih dikenali sebagai sijil MOF adalah satu sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat anda sebagai tanda syarat anda boleh menjalankan perniagaan dengan Kerajaan Malaysia. la perlu didaftarkan melalui sistem perolehan kerajaan atau eperolehan. Di dalam sijil ini akan dinyatakan kepala bidang yang mewakili jenis perniagaan yang dibenarkan, diberikan mengikut permohonan semasa anda mendaftarkan Sijil Kewangan tersebut.
10 ePEROLEHAN e-Perolehan pula adalah sistem perolehan elektronik yang dibangunkan oleh syarikat Commece Dot Com (CDC) bagi memudahkan aktiviti perolehan (pembelian) Kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Kerajaan dari proses secara manual ke cara elektronik menerusi internet 24 jam sehari. Bahagian Perolehan Kerajaan merupakan salah satu bahagian di bawah Kementerian Kewangan yang menguruskan segala urusan di mana ia:- - Memberi perkhidmatan yang cekap, adil dan berkesan berdasarkan prosedur yang ditetapkan. - Memproses permohonan pendaftaran Kontraktor dan Firma Perunding tertakluk kepada permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat dalam tempoh yang ditetapkan. Pembekal hanya perlu memuatnaikkan (upload) katalog produk dan perkhidmatan mereka untuk dilihat oleh pegawai Kerajaan (PTJ) dari komputer pada bila-bila masa sahaja. Jika anda berminat untuk menyertai sebutharga / tender, anda juga boleh melakukannya melalui sistem ePerolehan. Semuanya kini di hujung jari anda. Segala urusan pendaftaran syarikat kontraktor atau pembekal, mesti melalui laman web eperolehan iaitu di www.eperolehan.com.my. Web eperolehan ini diuruskan oleh syarikat Commerce dot Com Sdn Bhd. Sijil pendaftaran syarikat ini amat perlu bagi setiap syarikat yang ingin menyertai tender atau sebut harga kerajaan.
11 Proses Pembelian
12 Tujuan Proses Pembelian Proses pembelian barangan / peralatan ini mestilah mengikut prosedur syarikat yang betul. Proses pembelian ini mestilah dilakukan dengan susunan yang betul seperti Borang Permohonan, Surat Sebutharga, Pesanan Pembelian dan sebagainya bergantung kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat. Proses pembelian adalah satu proses yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu barangan / peralatan dari pihak lain (pembekal). Terdapat beberapa cara atau proses pembelian ini dilakukan seperti pembelian terus, pembelian secara sebutharga,pembelian secara tender dan sebagainya. Proses pembelian ini bergantung kepada prosedur pejabat.
13 KEBAIKAN SISTEM KOD - Dapat mengetahui keseluruhan peralatan yang terdapat di syarikat atau premis dan fungsi peralatan tersebut. - Memastikan semua peralatan keselamatan di pejabat sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi. - Memudahkan untuk proses pengiraan dan proses penyelenggaraan. - Mengetahui kedudukan atau lokasi peralatan tersebut. - Penyediaan koding peralatan ialah dengan membuat nombor kod pada peralatan pejabat seperti meja, kerusi, printer dan peralatan pejabat lain. - Contoh nombor kod yang biasa digunakan ialah (TRE/TK4/MK3/SK/23-03). - Untuk melakukan sesuatu penyelenggaraan peralatan pejabat, bangunan dan sebagainya memerlukan prosedur penyelenggaraan yang sistematik untuk memastikan setiap tindakan yang diambil mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat. - Secara keseluruhan untuk melakukan proses penyelenggaraan mempunyai carta aliran penyelenggaraan yang lengkap seperti mengisi borang aduan kerosakan, memeriksa borang aduan sama ada benar atau palsu, memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut dan beberapa langkah lain yang perlu dilakukan.
14 WARRANTY CLAIMS MAKSUD WARRANTY CLAIMS Merupakan satu borang atau dokumen yang disertakan bersama untuk sesuatu pembelian barang yang mempunyai jaminan. Biasanya, sesuatu jaminan mempunyai tempoh yang tertentu bergantung kepada jenis barangan dan syarikat pengeluar itu sendiri. Contohnya seperti pembelian komputer, peti sejuk dan pelbagai jenis barang lain lagi. Dengan adanya borang Warranty Claims setiap barang yang telah dibeli, setiap barang yang rosak tetapi mestilah berada dalam tempoh jaminan, boleh menuntut balik barang tersebut sama ada dalam bentuk membaik pulih atau tukar baru. SIAPA YANG TERLIBAT Pembeli dan pembekal akan terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Borang Warranty akan dimiliki oleh pemilik dan pembekal sebagai bukti pembelian. Ini akan memudahkan proses untuk menuntut kembali barang rosak yang masih di dalam proses jaminan. TEMPOH URUSAN Di dalam suatu urusan untuk menuntut semula barangan yang rosak tersebut di mana barangan tersebut masih di dalam tempoh jaminan, biasanya ia bergantung kepada pihak pembekal. Sekiranya pihak pembekal tersebut cepat, maka cepatlah juga operasi menuntut jaminan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat terbabit. Tempoh tersebut adalah tidak tentu, sebagai satu contoh, kebiasaannya proses untuk menuntut semula barangan tersebut akan memakan masa sekurang-kurangnya sebulan.
15 WARRANTY CLAIMS Kad Warranty PROSEDUR PENGGUNAAN Hanya barang yang didapati rosak dan masih di dalam tempoh jaminan. Contohnya, sebuah komputer dibeli daripada sebuah syarikat tempatan dan mengalami kerosakan, maka pembeli berhak menuntut kembali jaminan secara percuma. Ada juga kerosakan atau masalah yang tidak boleh dituntut jaminannya. Contohnya, jika kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian pembeli. Namun begitu, bukan semua barang yang dibeli mempunyai tempoh jaminan. Boleh dikatakan, barangan yang mempunyai harga agak tinggi dan berkualiti sahaja yang mempunyai jaminan. Ini adalah untuk meningkatklan kadar jualan barangan tersebut dan mendapatkan keuntungan bagi sesebuah syarikat.
16 Lesen Perisian Komputer KATEGORI PERISIAN Perisian komputer terdiri daripada progam-program yang membolehkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas tertentu. Perisian pengendalian Membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya. Sistem pengoperasian bermaksud segala perisian yang digunakan untuk antaramuka platform di mana ia digunakan sebagai sumber utama bagi sesebuah komputer tersebut. Contohnya seperti Windows 98, 7, 8 dan XP. Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan membuat perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain. Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya. Perisian yang digunakan adalah digunakan membuat kerja rutin. Contohnya seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan Norton Antivirus.
17 Perisian bebas ialah perisian yang boleh digunakan, dikaji, diubah, disalin dan diedarkan kepada orang lain secara bebas Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software). - Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja. - Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu : • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
18 - Lesen perisian merupakan perisian yang digunakan pada sesebuah komputer untuk menggunakan perisian secara sah. - Bagi penggunaan lesen perisian untuk kegunaan perisian aplikasi mestilah mempunyai permit yang sah daripada badan bertanggungjawab. - Konsep perniagaan, lesen amatlah diperlukan untuk menandakan perniagaan tersebut dijalankan secara halal atau mempunyai permit yang sah. - Ini adalah untuk membuktikan perisian yang digunakan oleh sesebuah komputer atau syarikat mempunyai permit yang sah. - Penggunaan perisian yang asal (original) adalah sangat penting. - Ini adalah untuk mengelakkan daripada dikenakan saman bagi penggunaan perisian cetak rompak. Penggunaan cetak rompak juga boleh menyebabkan sistem komputer diserang oleh Virus. Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian. Lesen perisian terbahagi kepada dua kategori, iaitu lesen hak milik dan lesen sumber terbuka. Berikut ialah keterangan mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis lesen ini : - Lesen hak milik dengan lesen ini, pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan perisian tersebut atau lebih, tetapi tidak memindah milik perisian tersebut kepada pengguna. Oleh itu, si pengguna hendaklah bersetuju dengan lesen tersebut dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian itu. Dengan mengedarkan salinan perisian proprietari kepada orang lain, sama ada secara percuma atau berbayar, pemilik perisian dapat mengekalkan hak miliknya terhadap perisian itu dan mengenakan kekangan sebanyak mana yang dia suka. Contoh perisian dengan lesen hak milik ialah perisian-perisian yang dikeluarkan oleh Microsoft dan lain-lain dan kebanyakan syarikat dagangan. - Lesen sumber terbuka lesen ini merupakan 'songsang' bagi lesen hak milik. Dengan lesen ini, pemilik perisian bukan sahaja membenarkan orang lain menggunakan perisian itu, malah menyerahkan hak si pengguna untuk 'memiliki' perisian itu. Perbuatan ini samalah seperti memindah milik barang-barang harian. Terpulang kepada pengguna untuk bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen tersebut. Sekiranya dia tidak bersetuju, dia boleh terus menggunakan perisian tersebut. Namun, jika dia bersetuju, dia diberikan hakhak tambahan, umpamanya hak untuk mengedarkan salinan perisian tersebut kepada orang lain pula. Lesen sumber terbuka yang paling popular ialah Lesen Awam Am GNU yang dihasilkan oleh Yayasan Perisian Bebas. Semua perisian yang dilepaskan oleh projek GNU diedarkan dengan lesen ini.
19 KATEGORI / KELAS LESEN Lesen Seumur hidup - Boleh digunakan untuk seumur hidup bagi sebuah komputer atau beberapa komputer mengikut kepada kadar yang dibenarkan oleh syarikat perlesenan tersebut. - Dengan pembelian sekali sahaja, ini menyebabkan ia mempunyai harga agak tinggi berbanding dengan lesen yang tamat tempohnya. - Contohnya seperti lesen Windows 98, digunakan sebagai system pengoperasian komputer. Lesen Bertempoh - Mempunyai tamat tempoh tamatnya sendiri. - Contohnya seperti lesen kenderaan motor, lesen perniagaan dan lesen penggunaan perisian seperti Norton Antivirus dan Microsoft Office. - Bagi pembayaran pembaharuan lesen ini, akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. Lesen Percubaan - Dikeluarkan dalam bentuk sementara,di mana ia tidak lagi memenuhi kesemua ciri-ciri yang diperlukan oleh program tersebut. - Pengeluarannya adalah terhad. - Contohnya seperti penggunaan games dan antivirus.