KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Konvensyen HORIZON BAHARU Peringkat PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Perpustakaan NEGARA MALAYSIA KIK 4 SEPTEMBER 2023(ISNIN) 9:30 pagi - 1:00 tengah hari ARAS 10, PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Atur Cara 8.30 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi 12.45 tengah hari 1.00 tengah hari Panel Juri Encik Mohammad Harith Shahrizan Ketua Penolong Pengarah Kanan, M52 Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Encik Mohammad Naqiuddin Mat Salleh Penolong Pengarah Kanan, M41 Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Bil. Nama Kumpulan Bahagian Nama Projek 1. OPTIMIS PUSAT PENYERAHAN TERBITAN NEGARA SISTEM PENGKALAN DATA SURAT KHABAR KOLEKSI NEGARA 2. HELP SQUAD PNM SUB AKTIVITI PERDANA & BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PNM.TECHDESK 3. ANGGUN CENDANA BAHAGIAN SUMBER ELEKTRONIK VIDEO ON DEMAND (VOD) FASA BAHARU 4. SCRIPTORIUM PUSAT KEBANGSAAN MANUSKRIP MELAYU APLIKASI MSS RUJUK 5. SPEKTRUM PUSAT BIBLIGRAFI NEGARA & BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOLEKSI PENGKELASAN KOD WARNA BAGI BAHAN PERPUSTAKAAN 6. ELIB PAN PERLIS E-HADIR 7. SKUAD PROPUS BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN MODUL PEMPROFILAN PUSTAKAWAN (PROPUS) 8. M.E.S.R.A PUSAT RUJUKAN MALAYSIANA & LUAR NEGARA SISTEM STATISTIK KAUNTER PERKHIDMATAN MALAYSIANA BERSEPADU (COUNTERSTATS) Kumpulan-kumpulan KIK : Pendaftaran peserta : Ketibaan Jemputan dan Juri : Ketibaan Ketua Pengarah PNM : Lagu Negaraku : Lagu Malaysia Inovatif : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa : Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah PNM : Pembentangan Kumpulan KIK dan Sesi Soal Jawab : Ulasan Keseluruhan Juri : Penyampaian Hadiah : Jamuan Tengah Hari : Majlis Bersurai Perpustakaan NEGARA MALAYSIA KIK
GARIS PANDUAN PENYERTAAN/PENCALONAN KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) TAHUN 2023 Disediakan oleh: BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA (BPSA)
1 1. PENGENALAN Garis panduan ini bertujuan untuk menggariskan tatacara penyertaan ke Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Tahun 2023 serta memberi kefahaman yang jelas kepada warga PNM bagi perkara berikut:- (i) Panduan ini dihasilkan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2016 mengenai Panduan Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK); (ii) Memaklumkan bahawa penyertaan projek KIK dinilai berdasarkan kepada kriteria dalam format Horizon Baharu KIK seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan (iii) Memaklumkan mengenai Syarat-Syarat Penyertaan, Kriteria Penilaian dan Skema Pemarkahan Horizon Baharu KIK PNM. 2. OBJEKTIF Objektif Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat PNM adalah untuk: 2.1 Melahirkan satu kumpulan KIK yang kreatif dan produktif serta terbaik untuk mewakili Jabatan tanpa mengira kedudukan dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi; GARIS PANDUAN PENYERTAAN/PENCALONAN KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) TAHUN 2023
2 2.2 Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan; 2.3 Menjana pemikiran kreatif dan kritis untuk mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif; 2.4 Penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati secara meluas dalam memberi impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan; 2.5 Memperolehi peluang dan pengalaman di Konvensyen Horizon Baharu KIK di Peringkat Kementerian atau Kebangsaan. 3. KATEGORI PENYERTAAN Penyertaan KIK terbahagi kepada (2) kategori iaitu: 3.1 Inovasi Sosial a) Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh. b) Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangukan sesuatu inovasi.
3 c) Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah: i. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. ii. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat. iii. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka. Rajah 1: Kategori bagi Bidang Inovasi Sosial dan Contoh Projek yang Dihasilkan 3.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan a) Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan.
4 b) Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatan kepuasan hati pelanggan. c) Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses oleh rakyat. d) Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah: i. Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi dan Budaya Kerja; ii. Kewangan dan Aset; iii. Pengurusan Perhubungan Pelanggan; iv. Pengurusan Sumber Manusia; v. Pengurusan Projek Pembangunan; dan vi. Pembangunan Teknologi Makluat dan Komunikasi (ICT). e) Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah: i. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan; ii. Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia; iii. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini; dan
5 iv. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan. Rajah 2: Kategori bagi Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan Contoh Projek yang Dihasilkan Rajah 3: Bidang Inovasi dalam KIK, Kategori Inovasi dan Tahap Keberhasilan
6 4. KRITERIA PROJEK Lima (5) kriteria yang perlu diambil kira oleh KIK di peringkat awal penghasilan projek bagi memastikan projek yang dipilih berjaya dilaksanakan dan seterusnya berpotensi untuk dikembangkan ditunjukkan pada Rajah 4. Rajah 4: Kriteria Penghasilan Projek Yang Berpotensi Untuk Dikembangkan Organisasi - Meningkat kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Pelanggan - Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi ekspetasi pelanggan. Rakyat - Memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi. IMPAK POSTITIF YANG TINGGI DAN MENYELURUH
7 5. PEMBENTUKAN KUMPULAN 5.1 KIK Primer Sekumpulan warga PNM yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi 10 orang yang berkongsi fungsi dengan Bahagian/Unit lain di dalam PNM untuk bekerjasama melaksanakan projek KIK. 5.2 KIK Hibrid a. Sekumpulan warga PNM yang bersilang fungsi dengan warga agensi Kerajaan/Jabatan/Industri dan/atau Komuniti yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid. Bilangan ahli sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi 10 orang yang dan didaftarkan di bawah projek KIK PNM. b. Pelaksanaan KIK Hibrid boleh dilaksanakan dengan tiga (3) kaedah iaitu: i. Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Kementerian/Jabatan/Agensi yang berbeza; ii. Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Jabatan/Agensi di bawah Kementerian yang sama; iii. Kombinasi/penggabungan ahli kumpulan KIK daripada Kementerian/Jabatan/Agensi dengan komuniti (contohnya: Persatuan Penduduk, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebagainya.)
8 6. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Syarat-syarat penyertaan seperti berikut: (i) Penyertaan adalah dibuka kepada semua KIK daripada semua Bahagian/ Unit di PNM termasuk Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. (ii) Projek kumpulan mestilah telah selesai dilaksanakan dan diseragamkan sebelum pertandingan pada tahun semasa. (iii) Projek KIK yang dikemukakan hendaklah merupakan projek yang belum pernah dipertandingkan dalam mana-mana Konvensyen Horizon Baharu KIK peringkat Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun-tahun sebelumnya. (iv) Pencalonan menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK PNM 2023 hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing dengan menggunakan borang penyertaan di Lampiran A. (v) Bilangan maksima keahlian setiap kumpulan dihadkan kepada 10 orang sahaja termasuk ketua kumpulan. (vi) Pihak urus setia berhak menerima atau menolak penyertaan dari manamana kumpulan yang tidak memenuhi syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Pemilihan kumpulan yang layak menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat PNM Tahun 2023 adalah muktamad. (vii) Saringan penyertaan dibuat terlebih dahulu dan hanya kumpulan yang berjaya sahaja menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat PNM Tahun 2023. (viii) Keputusan panel bagi setiap peringkat penilaian pertandingan adalah muktamad.
9 7. PENILAIAN PROJEK Skema pemarkahan bagi pelaksanaan Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat PNM adalah seperti berikut:
10 7.1 PEMERIKSAAN PROJEK KIK Panel penilai yang dilantik akan menilai setiap projek KIK berdasarkan kriteria penilaian bagi tujuan berikut: (i) Pemeriksaan terhadap validitasi/kesahihan data dan sumber data projek; dan (ii) Pemeriksaan terhadap penyeragaman projek dan penilaian kumpulan.
11 7.2 PENILAIAN PERSEMBAHAN PROJEK KIK Semua kumpulan dikehendaki bersiap sedia lima (5) minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Persembahan KIK berdasarkan kriteria penilaian dan skema pemarkahan seperti berikut: (i) Persembahan montaj (sekiranya ada) adalah dihadkan tidak melebihi satu (1) minit; (ii) Tempoh masa persembahan projek untuk setiap kumpulan adalah selama 10 minit. Masa persembahan akan bermula selepas perkataan pertama disebutkan oleh kumpulan; (iii) Loceng permulaan akan dibunyikan setelah tamat lima (5) minit masa persediaan sekiranya tiada permulaan oleh kumpulan. Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak sekali setelah cukup lapan (8) minit; dan loceng penamat akan dibunyikan sebanyak dua kali setelah cukup 10 minit persembahan; dan (iv) Penilaian akan dijalankan oleh ahli-ahli Panel Penilai. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad. 7.3 PENILAIAN DOKUMENTASI PROJEK KIK Penilaian dokumentasi projek diadakan secara bersemuka antara panel dan peserta berdasarkan kriteria penilaian dan skema pemarkahan. Tempoh sesi soal jawab untuk setiap kumpulan adalah selama lima (5) minit untuk menjawab soalan-soalan daripada ahli panel penilai secara terperinci mengenai projek berdasarkan dokumen yang telah dikemukakan.
12 7.4 PENILAIAN PAMERAN PROJEK KIK Penilaian ke atas kreativiti dan inovasi kumpulan dalam mempamer dan mempromosikan projek yang dipertandingkan berdasarkan kriteria penilaian dan skema pemarkahan. Tempoh sesi demonstrasi adalah selama 10 minit untuk menerangkan hasil dan impak projek 8. GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN KEDUDUKAN GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN Johan RM3,000.00 Sijil Penghargaan Naib Johan RM2,000.00 Sijil Penghargaan Tempat Ketiga RM1,000.00 Sijil Penghargaan Saguhati Sijil Penghargaan 9. TATACARA PENYERTAAN Bahagian yang berminat untuk menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK perlu menyempurnakan tindakan-tindakan berikut: (i) Melengkapkan Borang Penyertaan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PNM Tahun 2023 seperti pada Lampiran A; (ii) Mengisi Senarai Semak Penyertaan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PNM Tahun 2023 seperti pada Lampiran B dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Bahagian;
13 (iii) Menyediakan dokumen projek KIK termasuk laporan dan slaid persembahan sebanyak empat (4) salinan secara bercetak dan satu (1) salinan dalam bentuk softcopy (Microsoft Power Point dan PDF) dalam satu (1) keping cakera padat (CD); (iv) Semua penyertaan dalam KIK perlu mengikut Panduan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah dikeluarkan oleh pihak MAMPU; (v) Mengemukakan Borang Permohonan bersama-sama dokumen selewatlewatnya jam 4.30 petang sebelum atau pada 21 Julai 2023 (Jumaat) kepada: URUS SETIA KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia 232 Jln Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur u.p.: Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Unit Kualiti dan Inovasi No. Tel: 03-2687 1777 / 1801 E-mel: [email protected]