The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiinsofiiya, 2022-05-27 05:04:34

sumber kaedah fiqh

sumber kaedah fiqh

SUMBER KAEDAH
FIQH

NAMA AHLI KUMPULAN

1) AIN SOFIYA BINTI ANUAR (1001)
2) NUR RABIATUL ADAWIYAH (1016)
3) MARDHIAH BINTI MOHD ISKANDAR ZULKARNAIN
(1006)
4) NUR AINA BINTI MAHAT (1012)

ISI KANDUNGAN 1

1) PENGENALAN 2
1) AL - QURAN 3
2) AL - HADIS 4
3) ATHSAR SAHABAT (PENDAPAT SAHABAT) 5
4) IJTIHAD FUQAHA
6) PENUTUP 6

PENGENALAN

DARI SEGI BAHASA
- Kaedah merupakan jamak bagi perkataan qawaid. Ia membawa maksud

asas , dasar atau pun asal. Perkataan qawaid mempunyai beberapa
sandaran daripada Al-quran

DARI SEGI ISTILAH
- AL-JURJANI = Persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas kesemua cabang
DR. MAHMUD ISMAIL = Hukum fiqh yang berbentuk umum yang dapat diketahui hukum

darinya bagi persoalan cabang dari pelbagai bab
IBN AL-SUBKI = Iaitu sesuatu yang kulli ( keseluruhan ) yang boleh diaplikasikan kepada

juzuk - juzuk yang banyak, serta dapat difahami hukum darinya
AL - HAMAWI = Iaitu hukum akhthari ( pilihan ) dan bukan kulli ( keseluruhan ) yang boleh

diaplikasikan kepada kebanyakan juzuk-juzuk untuk mengetahui hukum daripadanya

AL - QURAN

Al-Quran merupakan sumber hukum utama dalam
Islam yang sesuai dipraktikkan untuk semua

zaman dan masa. Ia menjadi panduan kepada para
ulama dalam melakukan ijtihad untuk

mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh daripada isi
kandungan.

AL - HADIS

Rasulullah S.A.W dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan keistimewaan
"jawami al Kalim" yang bermaksud ucapan yang ringkas tetapi mempunyai
makna yang mendalam.
Melalui penelitian mendalam yang dibuat oleh para ulama, banyak hadis
baginda yang mengandungi lafaz-lafaz yang boleh dijadikan sebagai lafaz
kepada kaedah-kaedah fiqh.
Antara lafaz hadis yang dijadikan sebagai lafaz kaedah antaranya al-din, al-
nasihah, al Muslimun a'la syurutihim dan lain-lain lagi.

ATHSAR SAHABAT
(PENDAPAT SAHABAT)

Para sahabat merupakan insan yang bertuah kerana dapat hidup dan
menimba ilmu secara langsung daripada Rasulullah S.A.W.
Begitu juga dengan para tabieen yang dapat menimba ilmu daripada para
sahabat banyak terkesan dengan cara Rasulullah SAW dalam memahami nas-
nas syarak semasa menerangkan falsafah syariah islamiah.
Lantaran itu banyak ucapan dan kata-kata sahabat dan para tabieen yang
mengandungi kaedah-kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan dalam
mengeluarkan hukum.

IJTIHAD FUQAHA

Ditakrifkan sebagai usaha sepenuh daya dalam memahami hukum syarak.
Amalan ijtihad telah diamalkan oleh Rasulullah sendiri serta para sahabat ketika
berjauhan dengan baginda s.a.w. Dalam konteks ijtihad sebagai sumber kaedah,
para fuqaha berusaha dengan mengerah segala kemampuan yang ada untuk
mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh dari sumber-sumber syarak sama ada
berdasarkan lafaz syarak atau lafaz yang dibentuk oleh mereka sendiri.

PENUTUP

Konsep fiqh pada sisi umumnya adalah bertujuan untuk
menyesuaikan hukum islam dalam domain mutaghayyirat iaitu
komponen furu' yang boleh berubah dengan persekitaran dan uruf
sesebuah masyarakat Islam. Sedia dimaklumi bahawa elemen-
elemen penting seperti masa, zaman dan persekitaran berbeza
memberikan implikasi berbeza terhadap hukum. Perubahan hukum
berdasarkan faktor pembolehubah inilah yang dirumuskan dalam
gagasan fiqh semasa. Dari sini kita dapat merumuskan bahawa
implikas fiqh semasa dalam kehidupan umat islam membolehkan

mereka sentiasa megadaptasi syariat islam dalam dunia
kontemporari yang penuh mencabar ini


Click to View FlipBook Version