Sungai Batu Sungai Batu ISSUE NO.05 JANUARY 2025 TAPAK ARKEOLOGI
Isikandungan 01 PENGENALAN ARKEOLOGI 07 HUBUNGAN KEDAH DAN SUNGAI BATU 03 LOKASI KAJIAN 09 FUNGSI SUNGAI BATU 05 PENYELIDIKAN ESKAVASI DAN BUKTI 14 RUMUSAN
Saya Nur Alya Afrina sebagai penulis, berharap agar penulisan buku ini dapat memeberikan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan tapak arkeologi Sungai Batu serta tersebar luas di kalangan masyarakat. Saya juga berharap bahawa informasi tentang penemuan dan kajian arkeologi di Sungai Batu dapat membangkitkan minat dan penghargaan terhadap warisan sejarah dan kebudayaan kita.Buku ini juga penting buat generasi kini agar dapat turut serta mencelikkan marhaen dan pemerintah untuk terus memeluk khazanah tinggalan bangsa. Semoga perjuangan mereka memastikan Sungai Batu ini kekal bernafas dikenang, lalu inspirasi daripadanya dipegang untuk mempertahankan pula lebih banyak khazanah bangsa yang sedang ditelan zaman. DaripadaPenulis: NurAlyaAfrinaBintiMohdFarizal 299144
Prakata DR. NAIZATUL AKMA BINTI MOHD MOKHTAR JANUARY 2025 | ISSUE NO 05
SpecialPlace: SungaiBatu
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 01 Pengenalan
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 02 TapakArkeologi merupakansalah satuwarisan khazanahnegara kita.
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 LOKASI TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU: 03
Tapak arkeologi Sungai Batu memiliki makna besar dalam memahami sejarah prasejarah Malaysia. Penemuan-penemuan di tapak ini membantu mengungkap kehidupan dan kebudayaan manusia pada zaman kuno, termasuk sistem ekonomi, sosial, dan kepercayaan mereka. Informasi dari tapak arkeologi Sungai Batu membantu merangkai kembali sejarah awal manusia di kawasan ini dan warisan budaya Malaysia secara keseluruhan. Tapak arkeologi Sungai Batu terletak bersebelahan dengan MRSM Merbok. Sejarah yang tersimpan di celahan bata-bata merah yang bersisa kini sudah tersingkap. Pentarikhan yang direkodkan melalui penyelidikan ke atas tinggalan-tinggalan di atas tapak ini selama 9 tahun menandakan Tamadun Sungai Batu mendahului tamadun lain di Asia Tenggara. Tapak Sungai Batu yang berusia 2000 tahun diberi pengiktirafan sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara oleh Profesor Stephen Oppenheimer dari Universiti Oxford semasa persidangan antarabangsa Kedah Tua 2016. JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 1104
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 05
06
PerkaitanantaraKedahTua danSungaiBatu Terdapat hubungan sejarah antara Kedah Tua dan tamadun prasejarah yang berkembang di Sungai Batu. Kemungkinan ada interaksi antara penduduk Kedah Tua dengan masyarakat prasejarah di Sungai Batu, terutama dalam hal perdagangan dan pertukaran budaya. Tembikar, alat-alat batu, dan barang-barang lain yang ditemukan di Sungai Batu mungkin merupakan hasil interaksi antara penduduk Kedah Tua dengan komuniti di sekitarnya. Pentadbiran dan Kehidupan: Penemuan arkeologi di Sungai Batu memberikan pandangan tentang struktur sosial, kehidupan ekonomi, dan sistem kepercayaan masyarakat prasejarah. Sejarah Kedah Tua, sebagai salah satu pusat pentadbiran dan kebudayaan, dapat memberikan konteks yang lebih luas tentang peranan Kedah dalam pertukaran budaya dan hubungan antarabangsa pada zaman prasejarah. Dengan menggabungkan pengetahuan tentang Kedah Tua dan penemuan arkeologi di Sungai Batu, kita dapat mengaitkan dan memahami sejarah awal wilayah ini dengan lebih baik. Informasi dari kedua sumber ini memberikan gambaran yang lengkap tentang evolusi tamadun dan kehidupan manusia di Kedah sejak zaman purba. JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 07
Sejarah tamadun di Sungai Batu merujuk kepada perkembangan budaya dan kehidupan manusia di kawasan Sungai Batu, Kedah, Malaysia, terutamanya pada zaman prasejarah. Sungai Batu dikenali sebagai tapak arkeologi yang penting di Malaysia dengan penemuan-penemuan yang memberi gambaran tentang tamadun prasejarah yang berkembang di sana. Sebelum zaman penjajahan dan penemuan moden, kawasan Sungai Batu adalah tempat yang penting bagi masyarakat prasejarah. Penemuan artefak seperti alat-alat batu, tembikar, dan struktur bangunan kuno di tapak ini menunjukkan bahawa manusia telah mendiami kawasan ini sejak zaman purba. Tembikar yang ditemui memberikan petunjuk tentang kemahiran seni dan teknologi mereka pada masa itu. Penemuan kapak batu, mata panah, dan perkakas lain menunjukkan bahawa aktiviti pemburuan, pengumpulan, dan hidup berkomuniti telah berlaku di Sungai Batu. Selain itu, penemuan struktur bangunan kuno seperti situs penghunian atau tempat ibadah menunjukkan organisasi sosial dan keagamaan masyarakat prasejarah di kawasan ini. Penting untuk diingat bahawa sejarah tamadun Sungai Batu didokumentasikan melalui penemuan arkeologi, dan penelitian lanjutan terus dilakukan untuk memahami lebih mendalam kehidupan manusia purba di sini. Sungai Batu adalah bukti kaya akan warisan sejarah Malaysia, dan penemuan di situs ini memberi sumbangan yang penting kepada pengetahuan arkeologi dan sejarah prasejarah kawasan ini. S ej arah tamadun 08
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 09 Fungsi Tapak Arkeologi Sungai Batu
BUKTI KEHEBATAN TAMADUN MELAYU ZAMAN DAHULU TempatPeleburanBesi 10 Pentinguntuksejarah
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 11 Lambakan tuyere, digunakan dalam pemprosesan lebur besi Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4km persegi di Sungai Batu, Kedah membuktikan kewujudan sebuah tamadun prasejarahan bangsa melayu kuno seawal 788 Sebelum Masihi yang terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi dan merupakan sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara dan juga meletakkan tamadun awal Sungai Batu lebih tua dari pengasasan Rom kuno. Penemuan ekskavasi ini bermula dari permintaan Jabatan Warisan Negara (JWN) agar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melengkapkan data kawasan Lembah Bujang. Permintaan ini dibuat kerana berdasarkan rekod Geographike Hyphegesis, Ptolemy menyatakan terdapat sistem dagangan diantara dunia Barat dan Timur melalui laluan Semenanjung Emas (Golden Chersonese) yang lebih dikenali sebagai Malay Peninsular pada abad pertama.
Sungai Batu juga dicatatkan sebagai tamadun tertua di semenanjung Malaya. Namun sesuatu yang tidak begitu difahami oleh kita adalah apakah yang dimaksudkan dengan penyataan 'tertua' bagi tamadun ini. Penemuan ini bermaksud bangsa Melayu juga adalah bangsa yang sudah lama ada dan sudah tua sama seperti bangsa-bangsa utama dunia. Antara penemuan paling manis yang berjaya diterokai melalui tinggalan-tinggalan ini adalah - Kedah pada satu masa dahulu ialah tempat di mana besi diambil bagi seluruh dunia. Mungkin bijih besinya juga antara yang dieksport bagi tujuan pencampuran bijih-bijih besi dari benua lain. Apa yang nyata, di Kedahlah bijih besi dileburkan untuk dieksport ke seluruh dunia. Sungai Batu juga terkenal sebagai lokasi (pengeluaran) bijih besi, di mana bijih besi dileburkan untuk menghasilkan besi berkualiti tinggi sebelum dihantar ke seluruh dunia, terutamanya ke wilayah tropika dan sub-tropika. Disebabkan kualiti berkualiti tinggi ini, besi ini biasanya dikenali sebagai “Qalai” dan sering digunakan untuk pembuatan senjata. Penemuan bijih besi di sungai batu menunjukkan buat pertama kalinya kita menemui satu data dan bukti tamadun bukan sahaja untuk negara tetapi juga Asia Tenggara. masyarakat Kedah tua sudah mengeksport jongkong besi hampir keseluruh dunia sehingga dunia mengenali Kedah tua dengan gelaran besi. contohnya kataha iaitu nama lain bagi kedah dalam bahasa sanskrit bermakna mangkuk besi-besi manakala India mengenali kedah dengan panggilan kadaram yang bermaksud bijih hitam besi serta Di dalam catatan Al-Kindi pada abad ke-9 juga pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai(Kalah) dan Hindi.Arab mengenali kedah sebagai qalah iaitu bijih besi. Dengan itu, jelaslah menunjukkan kedah merupakan pembekal jongkong besi. 12
Bukti tamadun dan asal-usul bangsa Melayu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan teknologi yang sangat tinggi. Untuk merasa lebih bangga dan sayangkan negara yang bertuah ini dan menikmati tinggalan sejarah di depan mata. Tapak tamadun dunia ini adalah satu tempat yang sama hebatnya dengan Angkor Wat, Cambodia dan Candi Borobudur, Indonesia. Menghayati ilmu orang asal yang cukup tinggi di Asia Tenggara sehingga mampu mengeksport besi seawal tahun 788 Sebelum Masihi. Berpotensi menjana sumber ekonomi lumayan untuk warga tempatan pada masa akan datang. JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 13 Lima sebab kenapa tapak ini wajib dikunjungi adalah:-
Kesimpulannya, Tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang ini merupakan tapak bersejarah yang penting dan dikenali lebih ramai lagi jika diuruskan dengan betul dan mendapat kerjasama dari masyarakat setempat sebagai pihak yang berkepentingan dalam proses menjaga dan mengekalkan kebudayaan setempat. Di tapak arkeologi ini, semua proses penyelidikan dijalankan dan para pengunjung boleh melihat artifak-artifak lama yang ditemukan sekaligus, meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah silam negeri Kedah. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat menarik perhatian ramai pihak melabur dalam penyelidikan ini. Menurut Nur Dini Mohd Noh (2021), untuk meneruskan projek penyelidikan dan pemuliharaan tapak arkeologi ini memerlukan peruntukan yang besar untuk menjadikan kawasan ini sebagai produk arkeopelancongan terkemuka. Tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang ini perlu bersaing dengan tapak-tapak arkeologi lain yang telah lama ditemui dan sistem pengurusan akan menjadi lebih baik dengan kerjasama komuniti. Penemuan artifak di Sungai Batu ini membantu arkeologi memahami perkembangan sejarah manusia di Malaysia dan Asia Tenggara secara keseluruhan. Tapak arkeologi Sungai Batu kini dilindungi sebagai tapak warisan kebangsaan, dan usaha pemuliharaan terus dilakukan untuk memastikan warisan budaya ini dihormati dan dipelihara untuk generasi akan datang. SekianTerimaKasih 14
JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 13 Dato’V. Nadarajan. (2011). Bujang Valley, The Wonde that was Ancient Kedah. Kuan Press Sdn Bhd. Mokhtar Saidin. (2010). Bukti Prasejarah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Dini. (2019) .Perjuangan Sungai Batu: Sebuah Memoir. The Patriots Publication. Naizatul Akma Mohd Mokhtar dan Mokhtar Saidin. 2018. Sumbangan Lembah Bujang Terhadap Industri Besi di Malaysia. MELAYU, Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2(11): 183-200 Naizatul Akma Mohd Mokhtar dan Mokhtar Saidin. 2018. Budaya Material Industri Besi di Komplex Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Jurnal Arkeologi Malaysia 31(2): 29-39 Nasha Rodziadi Khaw, Gooi Liang Jun, Mokhtar Saidin, Naizatul Akma Mohd Mokhtar dan Mohd Hasfarisham Abd Halim (2021). The Sungai Batu Archaeological complex : Re-Assessing The Emergence of Ancient Kedah. Journal of Malaysian Studies. Vol.39, 117-152. Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun and Mokhtar Saidin (2017), "Kedah Tua: Satu Cerakinan Sumber India", Jurnal Arkeologi Malaysia Vol.30, No.2: 11-20 Rujukan
14