Realiti Sebenar Bangsa Melayu-Cina Sebelum dan Selepas perang Dunia ke-2
Alhamdullillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana telah memberikan peluang untuk saya menyiapkan tugasan komik ini. Pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa selaku pensyarah subjek Sejarah Gunaan kerana memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan komik ini. Tidak lupa juga diucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan kerana telah banyak memberi sokongan serta membantu saya dalam proses pencarian bahan kajian. Komik ini hanya menceritakan serba serbi mengenai sejarah hubungan Melayu-Cina sebelum dan selepas perang dunia ke-2. Namun, saya percaya bahawa komik ini secara tidak langsung mampu memberi manfaat dan pengetahuan kepada pembaca. Prakata
Isi kandungan Pengenalan Fahaman Tentang Kaum Dan Etnik Hubungan Melayu Cina Sebelum Perang Dunia Ke-2 Hubungan Melayu Cina Selepas Perang Dunia Ke-2 Kesimpulan Rujukan 1 2 3-9 10-12 13 14 Muka surat
Terdapat 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Etnik bermaksud sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Okey murid-murid, Cikgu nak tanya kamu.. Siapa tahu apa yang dimaksudkan oleh “kaum”ataupun“etnik”? Okey Faiz, Cikgu nak tanya kamu.. Kaum apa yang menetap di Tanah Melayu sejak dahulu lagi? Realiti sebenar bangsa Melayu-Cina sebelum dan selepas perang Dunia ke-2 Fakta atau Auta Etnik ini boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.
Mereka hidup bahagia antara satu sama lain Kalau korang semua nk tahu sebenarnya, hubungan antara etnik sebelum perang sangatlah bertentangan. Masing-masing mengamalkan kehidupan berkelompok, terutamanya orang Cina. Orang cina memandang rendah terhadap orang melayu. Mereka juga menganggap orang melayu merupakan bangsa yang malas dan mundur. Masyarakat yang saling bantu membantu Hurmm, Saya pulak rasa masyarakat terdahulu sering bergaduh. Betul kan cikgu? Hari ini kita akan belajar tentang macam mana kehidupan masyarakat sebelum Perang Dunia yang ke-2. Siapa tahu, apa yang reality sebenar yang berlaku ketika itu? Cikgu, kenapa mereka hidup Betul tu Zam. Masyarakat berkelompok? zaman dahulu memang hidup berkelompok, tidak seperti zaman kini. Ini disebabkan, kehidupan antara kaum berbeza dari segi ekonomi tempat tinggal dan pendidikan. Kalau kamu nak tahu, orang Melayu tinggal di laut dan sungai, manakala orang Cina tinggal di bandar,pekan dan orang India pula tinggal di estet. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar berinteraksi antara satu sama lain Hubungan Antara Etnik Sebelum PerangDunia Ke-2
... Betul, betul! Semua yang kamu jawab betul.Kamu tahu tak, walaupoon Kehidupan yang berbeza ini agak menyukarkan ketiga-tiga kaum ini untuk berinteraksi antara satu sama lain namun keadaan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu adalah tenteram kerana tiada konflik antara kaum. Orang India bekerja sebagai buruh di ladang Orang Cina tinggal di Kawasan pekan atau bandar dan terlibat dalam pekerjaan melibatkan perniagaan dan perlombongan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan Orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan Orang India merupakan buruh estet yang sering menghabiskan hari mereka di estet sebagai kawasan untuk bekerja mahupun sebagai tempat tinggal. Orang Melayu tinggal berhampiran laut atau sungai dan bekerja sebagai petani atau nelayan. Ada sesiapa nak terangkan tak, apa yang Cikgu tulis di depan ini?
Ouhh, faham-faham.Kiranya pada awalnya masyarakat hidup dengan aman la kan. Yup.betul! Tujuan utama kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah untuk menjalankan aktiviti perdagangan, perlombongan, dan peladangan. Orang Cina tidak langsung berminat untuk masuk campur dengan politik tempatan dan isu kerakyatan juga tidak pernah timbul kerana orang Melayu sedar bahawa imigran Cina bukanlah permastautin tetap di Tanah Melayu. Jadi, hak ketuanan orang melayu tidak tergugat pada ketika itu. Cikgu saya nak tanya, macam mana pula tercetusnya konflik antara kaum? Okey murid-murid, Cikgu akan cerita serba sedikit apa yang belaku.Pada awalnya, kemasukan imigran ke Tanah Melayu ini tidak mendatangkan sebarang masalah kepada hubungan etnik. Orang Melayu tidak merasakan bahawa kedudukan mereka sebagai penduduk tempatan terancam oleh imigran Cina, kerana majoriti orang Cina tidak mempunyai niat untuk menetap secara kekal di Tanah Melayu. Mereka menggelar diri mereka perantau yang hanya menetap di negara ini buat sementara waktu, selari dengan salah satu daripada prinsip asas dalam ajaran Dr. Sun yang menyatakan orang Cina tetap berwarganegara China walaupun dimana mereka berada.
Hasil campur tangan British ini telah memudahkan urusan penghijrahan imigran dari China dan India ini menjadi semakin mudah dan meluas kan Cikgu. Okey sebelum Cikgu mula cerita tentang bagaimana konflik mula berlaku, Cikgu mahu tanya siapa di sini dia rasa dia nak cuba jawab soalan Amin itu? Cikgu,saya nak cuba. Saya rasa kan konflik mula muncul setelah ada campur tangan daripada British ,betul tak Cikgu? Punca perbalahan antara melayu dan cina Dasar British Ramai imigran luar Menuntut hak yang sama Betul apa yang Hana jawab itu. Dasar British lah punca berlaku konflik antara kaum. Hal ini kerana British telah membawa masuk lebih ramai imigran secara tidak terkawal ke Tanah Melayu sehingga tahun 1930. Tujuan imigran-imigran ini kononya dibawa masuk secara besar-besaran oleh pihak British untuk membantu dalam Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu, walhal sebenarnya bertujuan untuk mengaut lebih banyak keuntungan di bumi Melayu demi memenuhi permintaan pasaran Eropah. Ishh! Tak patutnya mereka buat macam itu.
Bilangan imigran adalah lebih ramai berbanding penduduk tempatan sendiri. Penduduk melayu mula rasa resah dengan kebanjiran imigran luar yang sangat ramai Kebanjiran imigran telah menghakis nilai Kemelayuan-Islam dalam aspek sosiobudaya yang bertentangan dengan nilai induk Masyarakat Melayu. Okey murid-murid, apakah kesan daripada kemasukan imigran yang banyak itu? Hal ini disebabkan oleh peminggiran ekonomi oleh pihak British yang tidak menggalakkan orang Melayu untuk menjalankan kegiatan ekonomi komersial di kawasan bandar menyebabkan orang Melayu terus hidup dalam kemiskinan, berbeza dengan orang Cina. Pihak British dianggap pro-Cina yang mengaut keuntungan di bumi Melayu tanpa mengambil berat tentang keadaan ekonomi orang Melayu. Iya tepat sekali. Keadaan tersebut menyebabkan orang Melayu terus hidup dalam kemiskinan sementara penjajah british dan pendatang Cina menikmati kehidupan yang kaya-raya dengan hasil bumi di Tanah Melayu. KesankebanjiranImigran? Kringggg!!!!!! Masa dah tamat..Sambung pembelajaran pada esok hari. Betul tu! Semua yang kamu jawab benar sekali. Tapi Cikgu nak tanya, kenapa pulak Orang melayu mula berasa bimbang tentang kehadiran mereka itu?
Jepun membela nasib orang melayu. Betul apa yang kamu katakan. Tapi apakah buktinya? Dasar pendudukan Jepun di Tanah Melayu lebih memanfaatkan orang Melayu berbanding orang Cina Orang Cina dan Jepun saling bermusuhan. Murid-murid tahu tak, sepanjang pendudukan Jepun, orang Cina bukan sahaja tidak mendapat peluang direkrut dalam pentadbiran, malah, mereka dilayan dengan sangat teruk oleh Jepun. Okey murid-murid, semalam kamu dah belajar tentang kesan kemasukan imigran ke tanah melayu dengan Cikgu Suraya dan Cikgu Azizah kan.. Buktinya, apabila berlaku kekosongan kakitangan, orang Melayu yang akan direkrut untuk mengisi jawatan tersebut. Sebagai contohnya, kakitangan kerajaan, polis tentera ( kempetei ), tentera tambahan ( heiho ) , skuad jikeidan , tentera sukarela giyugun dan unit khas Jepun. Ouhh patutlah ramai orang Cina yang tidak tahan dengan kekejaman pentadbiran Jepun telah melarikan diri ke kawasan pendalaman. Manakala sebahagian daripada orang Cina telah menyertai MPAJA (Malayan’s People Anti-Japanese Army ) yang ditubuhkan untuk menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. SetelahpendudukanJepundiTanahMelayu Keesokan harinya... Jadi harini Cikgu akan sambung subtopik semalam. Sebelum tu..Cikgu nak tanya kamu semua, setelah pendudukan jepun ke Tanah Melayu, apa pulak perubahan yang berlaku?
Jepun memarahi orang Cina kerana Orang Cina pada waktu itu, telah memboikot barangan Jepun, mengadakan perarakan anti-Jepun dan menyalurkan dana sumbangan kepada China. Yup.betul! ... Dasar Jepun keatas orang Cina telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap orang Melayu yang dikatakan menikmati pelbagai keistimewaan sementara orang Cina hidup dalam ketakutan akibat kekejaman tentera Jepun yang bertindak membalas dendam ke atas kaum Cina di Tanah Melayu semasa Perang China-Jepun. Kaum Cina di Tanah Melayu telah menunjukkan sokongan mereka terhadap negara China semasa perang tersebut berlaku. Oleh itu, Jepun telah menjalankan dasar Sook Ching iaitu pembersihan etnik Cina dengan kejam sebagai pembalasan dendam ke atas orang Cina yang mengorbankan lebih daripada 40,000 orang Cina termasuklah golongan wanita, bayi dan kanak-kanak.. Haa lagi ?? Apa lagi punca Jepun memarahi Orang Cina ?
Faham Cikgu. Yup.betul! ... Terima Kasih Cikgu. Okey murid-murid, kita sudahpun mengetahui hubungan Melayu-Cina sebelum perang. Jadi kamu semua faham tak pembelajaran hari ini? Nanti Cikgu Suraya dan Cikgu Azizah akan sambung semula untuk bahagian seterusnya.
Hurmm, saya rasa saya tahu. Selapas perang tu, munculnya sebuah parti kan Cikgu...Tapi saya lupa laa, apa nama parti tersebut..hehee Kamu semua tahu tak apa yang terjadi antara kaum-kaum tersebut? CINA Okey murid-murid, harini kita teruskan pula dengan subtopik yang baru iaitu hubungan melayu dan cina selepas perang dunia ke-2. Adakah mereka saling bermusuhan? HubunganEtnikMelayuDanCina SelepasPerangDuniaKedua Hurmm kami kurang pasti jawapannya. MELAYU
Setelah berlaku pengunduran Jepun dan peralihan British ke atas Tanah Melayu. Huru-hara berlaku di antara kedua-dua kaum Melayu dan Cina tersebut. Hal ini kerana mereka saling curiga-mencurigai sesama sendiri. Di samping itu, munculnya PKM (Parti Komunis Malaya) yang dipelopori oleh masyarakat Cina. PKM asalnya ditubuhkan untuk bekerjasama dengan pihak Britih bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Okey nampaknya ramai lagi yang belum tahu tentang subtopik ini. Baiklah Cikgu akan serahkan kedapa Cikgu Suraya ceritakan kepada kamu. Semua berikan perhatian yee.. Pada ketika itu, PKM telah membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan pihak Jepun. Haaa.. kamu semua rasa apa yang telah PKM lakukan? PKM menjalankan undang-undang sendiri dan bertindak menubuhkan mahkamah tidak sah untuk menjatuhkan hukuman mati mengikut peraturan mereka. PKM telah melakukan kekejaman dan membunuh ramai orang yang tidak berdosa yang dianggap pembelot. Sesiapa yang ditangkap oleh PKM dianggap pesalah secara langsung dan dihukum bunuh.
Ouhh kiranya pada waktu itu mereka saling berbalas serangan la kann... Hurmm..Cikgu, saya nak tanya, adakah tercetus pergaduhan yang besar tak? Ada.. Antara pergaduhan terbesar yang telah berlaku ialah pergaduhan di Raub, Pahang pada tahun 1946 telah mengorbankan seramai 200 orang Cina dan 7 orang Melayu. Kemunculan PKM telah mewujudkan rasa gelisah dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbang kepada berlakunya beberapa siri pergaduhan dan rusuhan antara kaum di Tanah Melayu. Orang Melayu sedar yang mereka tidak hanya boleh berdiam diri selepas melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM. Oleh itu, orang Melayu mula membuat serangan balas terhadap orang Cina di kawasan pedalaman. Siapa nak bagi satu contoh serangan balas? Saya Cikgu sayaaaa...Antara contoh serangan balas ialah daripada kumpulan Haji Salleh Abdul Karim atau dikenali sebagai Kiyai Salleh menentang orang Cina MPAJA di Batu Pahat.
Faham Cikgu. Yup.betul! ... Okey murid-murid, sampai di sini sahaja kelas kita pada hari ini. Kesimpulannya, jelas dapat dilihat bahawa konflik antara kaum ini semakin tegang dan tiada persefahaman antara kedua-dua kaum. Okey semua faham? Terima Kasih Cikgu.
Buku Azmi Arifin, Abdul Rahman Haji Ismail, 'Di sebalik tabir' sejarah politik Malaysia 1945-1957, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2016. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation of Malaya, Singapore: Singapore University Press, 1987. Hj. Mohamad Khadafi Hj. Rofie, Hubungan Etnik Di Malaysia: Realiti dan Cabaran, Sungai Petani: Pencetak Dikwang, 2010. Leon Comber, 13 May 1969: The Darkest Day in Malaysian History, Singapore: Marshall Cavendish Editions, 2009. Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah, Latifah Abdul Latiff, Siti Norbaya Mat Yacob Anita Ismail, Hubungan Etnik, Bandar Baru Nilai: USIM Universiti Sains Islam Malaysia, 2018. Mohamed Ali Haniffa, Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945- 1955), Kedah: Universiti Utara Malaysia Press, 2022. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993. Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi MARA, 2010. Wan Hashim, terj. Mohd daud Mat Din, Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2014. Jurnal Suhana Saad, 2012. Krisis Politik Melayu dan Pembinaan Negara Bangsa: Malaysia Journal of Society and Space. Sharifah Darmia Sharif Adam, Irma Wani Othman,Jais Abdul Hamid, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Siti Aidah Lukin @ Lokin & Budi Anto Mohd Tamring. Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum Dan Selepas Merdeka Di Malaysia. Journal Of Law, Government And Communication. Rujukan