The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berita JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Web JMM, 2020-08-06 22:14:52

Berita JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020)

Berita JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020)

Keywords: berita jmm,jmm,buletin jmm,muzium,jabatan muzium,muzium malaysia,berita,kurator

JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN,
SENI & BUDAYA

BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321

Menarik di dalam

PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA
YANG HILANG

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK

MENYINGKAP KESENIAN ANDING
DALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

KDeAtRuI MaEJPA engarah

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Edisi buletin kali ini memaparkan
Malaysia pada 25 Januari 2020. Sehingga kini, Perasmian Pameran Kerajaan Negara
terdapat 8,674 kes yang disahkan dan sebanyak Kota yang Hilang dan Pesona Malaysia
8,481 kes telah pulih dengan hanya 121 kematian. (The Lost Kingdoms Enchanting
Walaupun badai ancaman COVID-19 di Malaysia kian Malaysia) yang telah dilaksanakan
reda, namun tidak dinafikan bahawa dalam tempoh sebelum tempoh Perintah
masa singkat, pandemik ini telah memberikan impak Kawalan Pergerakan (PKP).
besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Bukan Turut dimuatkan juga pelbagai
sahaja dari segi peningkatan kadar pengangguran program permuziuman yang
dan ketidaktentuan ekonomi, bahkan sektor-sektor dijalankan oleh 20 buah
lain turut merasai tempias pandemik tersebut dan muzium persekutuan di bawah
tidak terkecuali sektor permuziuman juga. Jabatan Muzium Malaysia
sebelum, semasa dan
Dari perspektif permuziuman di Malaysia, selepas PKP.
kecanggihan teknologi dibantu kurator yang
kreatif mampu membawa orang awam melihat dan Akhir kata, tahniah
meneroka muzium secara maya atau lebih tepat dan syabas diucapkan
secara dalam talian. Norma baharu ini secara tidak kepada Sidang Redaksi
langsung memberikan impak kepada pelan strategik serta semua pihak yang
setiap muzium di samping mengubah sasaran dan gigih bagi merealisasikan
perancangan sedia ada. Malah, tidak mustahil juga Berita JMM Bil. 1/2020.
landskap permuziuman terutamanya dari aspek cara
kerja, perubahan Prosedur Operasi Standard (SOP), Datuk Kamarul Baharin bin
tarikan pelawat dan sebagainya akan terus kekal A.Kasim
bersama arus perubahan semasa untuk tempoh Ketua Pengarah
waktu yang panjang. Jabatan Muzium Malaysia

EDITORIAL

m-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN, PENASIHAT DITERBITKAN OLEH
SENI & BUDAYA Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim Jabatan Muzium Malaysia
MUZIUM MALAYSIA Jalan Damansara
KETUA EDITOR 50566 Kuala Lumpur
BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321 Mohd Azmi bin Mohd Yusof Tel : (+603) 2267 1000,

ADAT MUZIUM DIRAJA MUZIUM PERAK EDITOR (+603) 2282 6255
RI SEMBILAN KUALA LUMPUR TAIPING PERAK Mohd Khairill bin Jemangin Faks : (+603) 2282 6434
Mokhtar bin Tamby Ahmad https://www.jmm.gov.my
ATANG, MUZIUM ARKEOLOGI MUZIUM SUNGAI LEMBING,
K LEMBAH BUJANG, KEDAH PAHANG PENYELARAS REKABENTUK dan DICETAK OLEH
Nor Hasni binti Che Hassan Reka Cetak Sdn Bhd
F ORANG ASLI, MUZIUM SENI BINA MALAYSIA, MUZIUM KOTA KUALA KEDAH, Hamidah binti Mohd Tahir No. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat
MPUR BANDAR HILIR, MELAKA KEDAH Roseanida binti Abdul Kadir 16/13D, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor
BIL NASIONAL, MUZIUM KOTA JOHOR LAMA, MUZIUM LABUAN, FOTOGRAFI www.rekacetak.com
NG JOHOR LABUAN Unit Sumber Media
Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali.
L NEGARA, MUZIUM MARIN LABUAN, MUZIUM LUKUT, Menarik di dalam EDARAN Berita ini boleh dimuat turun daripada
MPUR LABUAN NEGERI SEMBILAN Unit Perpustakaan laman web JMM.
PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA
YANG HILANG

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK

MENYINGKAP KESENIAN ANDING
DALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

Jabatan Muzium Malaysia
Damansara 50566, Kuala Lumpur.

(+603) 2284-9103 [email protected]

RASIONAL GAMBAR MUKA
DEPAN
Perasmian Pameran Negara
Kota Yang Hilang pada 29
Januari 2020

KANDUNGAN

JILID 30 / BIL.1/2020
JANUARI - APRIL

4 Perasmian Pameran Kerajaan 04
Negara Kota yang Hilang dan
Pesona Malaysia 11
(The Lost Kingdoms & Enchanting 12
Malaysia Exhibitions)
20
7 Tanya Kurator Live@Facebook
9 Bermalam Di Muzium Galeria BERITA JMM | 1/2020
3
Perdana - Yayasan Wiba Prima 2020

10 Pameran Peralatan Pertanian
Tradisional Sempena Pesta Angin
Timur Negeri Perlis

11 Pameran Sempena Pelancaran “Jom
ke Sekolah”

12 Berita Bergambar
14 Menyingkap Kesenian Anding dalam

Aspek Perubatan Etnik Kedayan

16 Lawatan DYTM Raja Puan Besar
Perak Raja Nazhatul Shima ke
Muzium Perak

17 Lawatan Kerja dari Perbadanan
Muzium Negeri Melaka (PERZIM) ke
Muzium Perak

18 Industri Tenunan Songket
20 Pemeliharaan Koleksi; Satu

Pencegahan Awal Kesinambungan
Budaya

PROGRAM UTAMA KNYDMPEAREAEAASNRMGNLIAAGANAPPJRAYHMEAEASSRIAAILNOKANANONTAGA

DISEDIAKAN OLEH:
Siti Munirah binti Kasim,
Muzium Ethnologi Dunia Melayu

29 JANUARI 2020 - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) julung-julung kalinya telah mengadakan perasmian bagi
dua buah pameran serentak iaitu Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) dan Pameran Pesona
Malaysia (Enchanting Malaysia) serta pelancaran Kalendar Acara 2020 bagi program anjuran Jabatan Muzium
Malaysia. Majlils perasmian ini telah dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuklah wakil-wakil muzium dari negara
ASEAN yang turut sama meminjamkan koleksi artifak negara mereka untuk pameran The Lost Kingdoms. Majlis
ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan,
Seni Dan Budaya Malaysia. Menerusi ucapan beliau, YBhg Dato’ Dr. KSU merakamkan setinggi ucapan syabas
dan tahniah kepada Jabatan Muzium Malaysia kerana berjaya mengadakan Pameran Negara Kota yang Hilang
dan Pameran Pesona Malaysia kerana kedua-duanya memaparkan sejarah ketamadunan bangsa serta warisan
budaya sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, agama, budaya dan warisan. Konsep dan
tema pameran yang dipaparkan ini sangat dekat dengan sejarah budaya bangsa dan menarik untuk dikongsi
dengan masyarakat luar terutamanya pengunjung luar negara. Menurut beliau lagi program sebegini dapat
BERITA JMM | 1/2020
4

PROGRAM UTAMA

menarik lebih ramai pengunjung melawat muzium dan pameran dan program yang dirancang di bawah
sekaligus merancakkan lagi sambutan tahun Melawat JMM berjalan dengan lancar.
Malaysia 2020.
Serba sedikit maklumat latar belakang mengenai
Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) kedua-dua pameran ini;
iaitu YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim
turut serta dalam majlis ini bagi menyampaikan Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost
ucapan aluan kepada tetamu jemputan yang Kingdoms) dalam konteks ini merujuk kepada
hadir. Beliau berharap dengan adanya pameran kerajaan-kerajaan atau negara kota (city-state)
sebegini, masyarakat akan dapat menimba dan yang pernah menjadi pusat pemerintahan sesebuah
meluaskan ilmu berkaitan sejarah warisan negara kerajaan yang telah hilang atau lupus pada zaman
dan pada masa yang sama mempromosikan moden. Sehingga kini, bukti kewujudan kerajaan-
keunikan Malaysia kepada pelancong tempatan kerajaan awal di Nusantara yang bersifat negara
dan luar. Selain itu, penganjuran pameran sebegini kota ini masih lagi dapat dilihat dari beberapa
menurut beliau mampu membawa JMM ke tahap aspek seperti binaan dan tinggalan kota, candi, batu
global kerana Pameran Negara Kota Yang Hilang bertulis (prasasti dan inskripsi) dalam bentuk bahasa
(The Lost Kingdoms) turut melibatkan jalinan Melayu kuno dan sanskrit serta lain-lain artifak hasil
kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia jumpaan arkeologi umpamanya di Lembah Bujang
dengan beberapa buah muzium luar negara dan Sungai Batu (Malaysia), My Son, Phan Rang, Oc
iaitu Museum Nasional Indonesia dan National Eo (Vietnam), Angkor Wat, Preah Viher, Sambor
Museum of Cambodia. Kerjasama sebegini penting Preikok (Cambodia), Candi Prambanan, Candi
sebagai usaha memartabatkan kualiti pameran Burobudor, Candi Sukuh, Trowulan (Indonesia) dan
serta program JMM setanding dengan program Takua Pa dan Yarang (Thailand).
antarabangsa lainnya. Pada masa yang sama,
YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim Negara Kota ini telah wujud sekitar abad ke
menekankan peri pentingnya perkongsian ilmu 1 Masihi sehingga 14 Masihi dan mempunyai
yang dapat memberi kesedaran kepada generasi pengaruh yang besar dalam politik, ekonomi
muda khususnya bahawa kerajaan-kerajaan awal ini dan sosial yang merangkumi kebudayaan serta
keberadaannya di Nusantara adalah sangat panjang kepercayaan masyarakat pada zaman tersebut.
dan pernah mencapai ketamadunan kerajaan yang Jumlah keseluruhan koleksi artifak yang dipamerkan
gemilang pada satu ketika dahulu malahan kesannya di dalam pameran ini adalah sebanyak 103 koleksi.
dapat dilihat sehingga ke hari ini serta keunikan Pameran ini merupakan kerjasama Jabatan Muzium
yang wujud di Malaysia mampu mempesonakan Malaysia (JMM) dengan Kerajaan Cambodia dan
dunia. Beliau juga turut sama merakamkan sekalung Indonesia turut melibatkan pinjaman sebanyak 14
penghargaan ada ucapan terima kasih kepada buah artifak daripada kedua buah negara tersebut
semua bahagian dan unit yang komited memastikan manakala baki sebanyak 89 buah artifak merupakan
koleksi Jabatan Muzium Malaysia.

BERITA JMM | 1/2020
5

PROGRAM UTAMA Pameran Pesona Malaysia bertujuan untuk pada abad ke-8 hingga ke-15 masehi. Selain
memperkenalkan kepelbagaian budaya dan keindahan muka buminya, Malaysia turut menjadi
kekayaan khazanah negara kepada masyarakat pusat pertembungan budaya sejak zaman-berzaman
tempatan dan juga pelancong luar negara dengan sehingga melahirkan masyarakat yang kaya dengan
mempersembahkan 32 koleksi terpilih Jabatan pelbagai bangsa, budaya, bahasa, adat-resam,
Muzium Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya, kepercayaan dan cara hidup.
kepelbagaian kaum dan etnik serta alam semula jadi
di Malaysia. Keindahan dan keunikan Malaysia telah Majlis perasmian ini turut diserikan dengan Majlis
mula diperkatakan melalui catatan para pedagang Pelancaran Kalendar Acara 2020 bagi program
dan pelayar sama ada dari Eropah, China, India anjuran Jabatan Muzium Malaysia yang telah disusun
dan Timur Tengah sejak dahulu lagi. Kedudukan untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Malaysia
geografinya yang terletak di persimpangan antara 2020, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) komited
Asia dan Eropah begitu strategik dan menjadi untuk membantu kementerian mencapai sasaran
laluan perdagangan utama di Nusantara sehingga 30 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini. JMM
mendapat jolokan ‘Emporium of the East’ atau ‘Pusat juga telah merancang sebanyak 140 program yang
Perdagangan Timur’. mampu dijadikan produk pelancongan negara
bagi menarik pelancong selaras dengan Wawasan
Keunikan flora dan faunanya juga menjadi tarikan Kemakmuran Bersama yang dilancarkan oleh
utama negara ini di samping limpahan hasil bumi Perdana Menteri baru-baru ini. Antara Pameran yang
meliputi darat serta laut yang pernah direkodkan dirancang adalah seperti Pameran Firaun, Pameran
sebagai komoditi utama perdagangan dalam catatan Paranormal, Pameran Ular, Pameran Emas serta
sejarah khususnya semasa zaman kegemilangan beberapa program signature JMM seperti Nostalgia
Empayar Kesultanan Melaka dan kepulauan Borneo Anak Kampung dan Denai Malam. Semua ini bakal
membawa satu nafas baru dalam era permuziuman
negara sepertimana yang digariskan dalam Dasar
Permuziuman Negara 2020.

Walau bagaimanapun kedua-dua Pameran Negara
Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) dan Pameran
Pesona Malaysia (Enchanting Malaysia) terpaksa
melabuh tirainya lebih awal daripada perancangannya
selaras dengan Penguatkuasaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini
akibat penularan wabak COVID-19. Namun demikian,
sepanjang tempoh pameran berlangsung, penerimaan
pengunjung amat memberangsangkan. Daripada
maklum balas yang diterima, pameran seterusnya
anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) seharusnya
diperkemas, ditambahbaik dan dipertingkatkan lagi
untuk mencapai kepuasan para pelawat khususnya
terhadap pameran berteraskan warisan sejarah.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan pameran ini telah
berjaya menepati objektif yang cuba diketengahkan
sebelum ini. Pengunjung dapat melihat secara
dekat artifak yang selama ini hanya dibicarakan
menerusi buku sejarah dan menepati dengan apa yang
diperjuangkan oleh dunia permuziuman itu sendiri,
“seeing is believing”. Ternyata program seperti ini
berpotensi untuk berpotensi menarik kehadiran lebih
ramai pengunjung ke muzium disamping menjadikan
muzium terus relevan dengan peranan dan fungsinya
peranan dan fungsinya dalam menyebarluas warisan
sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi negara
kepada para pelancong tempatan dan juga luar negara.

BERITA JMM | 1/2020
6

TLAIVNEY@AFKAUCREBATOOORK

DISEDIAKAN OLEH:
Juliyana binti Othman,
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

Pandemik Covid-19 yang dikenali kepada masyarakat, Jabatan Muzium Malaysia
sebagai pandemik koronavirus ialah telah mengambil inisiatif menjalankan aktiviti
wabak penyakit koronavirus 2019 yang permuziuman secara online di media sosial
berterusan secara global dan berpunca facebook Jabatan Muzium Malaysia dengan
daripada koronavirus sehingga boleh menganjurkan program Tanya Kurator LIVE@
menyebabkan sindrom pernafasan akut facebook. Dalam segmen ini para penonton
teruk. Wabak ini mula dikesan pada boleh bertanya secara terus di ruangan
pertengahan bulan Disember 2019 di comment facebook kepada kurator berkenaan.
Wuhan, China dan telah diisytiharkan Tanya Kurator LIVE@facebook telah bermula
sebagai pandemik oleh Pertubuhan pada 17 April 2020, jam 10 pagi dimulakan
Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac dengan Encik Muhammad Azam bin Adnan,
2020. Sehingga 18 April 2020, lebih Kurator Muzium Negara dengan tajuk Koleksi
daripada 2.3 juta kes Covid-19 telah Al-Quran Melayu Tulisan Tangan di Muzium
dilaporkan melanda lebih 180 buah Negara. Berikut adalah kurator-kurator yang
negara. Negara Malaysia tidak terkecuali terlibat dengan Tanya Kurator LIVE@facebook
daripada pandemik Covid-19 ini apabila
telah disahkan merebak pada 25 Januari
2020. Sehingga 18 Mei 2020, terdapat
6,941 kes yang disahkan dengan sebanyak
5,615 kes telah pulih dan discaj serta 113
kes kematian. Berikutan peningkatan kes
positif yang mendadak pada Mac 2020
di di seluruh negara maka Perdana Menteri
Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan
Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
dengan mengambil kira saranan dan nasihat
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
telah mengumumkan perlaksanaan perintah
berkurung separa negara atau lebih dikenali
sebagai Perintah Kawalan Pergerakan daripada
18 Mac hingga 9 Jun 2020 secara berperingkat
bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan
ini, segala aktiviti berkaitan permuziuman telah
terhenti. Namun begitu, bagi memastikan segala
penyampaian ilmu tetap dapat disampaikan

BERITA JMM | 1/2020
7

PROGRAM PERMUZIUMAN iaitu Puan Rosidah binti Abdullah, Pengarah tajuk The Lost Kingdom: Legasi dari Aspek
Muzium Tekstil Negara dengan tajuk Batik Kesenian dan Kebudayaan pada 4 Mei 2020.
Kotak: Teknik dan Asal Kejadian pada 20 April Puan Shenna Anak Skem, Kurator Muzium
2020. Encik Asmawi bin Mohamed Yunos, Ketua Tekstil Negara dengan tajuk Adat dan Tradisi
Muzium, Muzium Seni Kraf Orang Asli dengan Pemakaian Tradisional Masyarakat Iban di
tajuk Manifestasi Ukiran Dalam Ritual dan Sarawak pada 8 Mei 2020. Encik Zamrul Amri
Kepercayaan Orang Asli pada 22 April 2020. bin Zakaria, Pengarah Muzium Negara dengan
Puan Munirah binti Kasim, Kurator Muzium tajuk Aplikasi Preventif dalam Penjagaan Koleksi
Etnologi Dunia Melayu dengan tajuk Pelayaran pada 8 Mei 2020 dan Encik Badrul Hisham bin
Dunia Melayu pada 24 April 2020. Encik Abd. Rahman, Kurator Bahagian Pengurusan
Mokhtar bin Tamby Ahmad, Pengarah Muzium Koleksi dengan tajuk Nostalgia Raya: Acuan
Muzik dengan tajuk Muzik Masyarakat Sabah Tradisi Warisan Kita pada 22 Mei 2020.
pada 26 April 2020. Cik Sitti Rabia binti Abd
Rahman, Timbalan Pengarah Muzium Negara Semoga dengan program seumpama ini akan
dengan tajuk Koleksi Terpilih Muzium Negara membantu Jabatan Muzium Muzium agar dapat
pada 28 April 2020. Encik Nasrulamiazam bin terus menyalurkan maklumat yang berterusan
Mohd Nasir, Pengarah Muzium Adat dengan kepada orang ramai khususnya pencinta sejarah
di Malaysia.

BERITA JMM | 1/2020
8

BGWAEIRBLEMARAPIALRAIPMMEARDD2IA0MN2U0AZ-IUYAMYASAN PROGRAM PERMUZIUMAN

DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Nazhif Bin Mohamed Kassim,
Galeria Perdana

Pada 6 hingga 7 Februari 2020 Galeria Perdana telah personaliti masing-masing yang dikendalikan oleh
menerima seramai 120 penyertaan pelajar yang akan pelatih dari Real Leaders Solutions atas jemputan
menduduki PT3 dan SPM dari enam buah sekolah Yayasan Wiba Prima.
sekitar Langkawi iaitu SMK Mahsuri, SMK Kedawang,
SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang, Maktab Mahmud Bagi menyemai nilai-nilai rohani dalam diri pelajar,
dan Kolej Vokasional Langkawi. Program Bermalam satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh Encik
yang berteraskan motivasi pelajar pada kali ini adalah Amirul Aiman bin Amirul Iskandar. Setelah selesai
jalinan kerjasama antara Galeria Perdana dan Yayasan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, program
Wiba Prima turut melibatkan seramai 12 orang ini diteruskan dengan aktiviti Tresure Hunt@GP yang
fasilitator sukarela yang terdiri daripada guru-guru bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang
sekolah menengah di sekitar Langkawi. kejayaan negara semasa era Perdana Menteri ke-4.

Pada hari pertama dimulakan dengan sesi Pada hari kedua program dimulakan dengan acara
pendaftaran peserta, taklimat penyertaan program senampagi yang disertai oleh pelajar dan fasilitator
dan keselamatan oleh Pegawai Tadbir Galeria sebelum diteruskan dengan Program Kemahiran
Perdana iaitu Tuan Haji Mohamad Najib bin Adnan. Free Hand Visualization Skills yang membantu
Para pelajar telah dibahagikan kepada 12 buah dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di
kumpulan sebelum sesi ice breaking oleh mengikut kalangan pelajar. Majlis penutup program ini telah
kumpulan masing-masing. Seterusnya mereka disempurnakan oleh CEO Yayasan Wiba Prima,
berpeluang untuk bersama-sama dalam Bengkel En Amirul Aiman bin Amirul Iskandar. Program ini
Kenali Personaliti Belajar Pelajar yang memberi berlangsung dengan jayanya serta dapat memberi
panduan untuk mereka mengenalpasti personaliti pengetahuan dan motivasi kepada para peserta yang
belajar dan cara belajar paling efektif berdasarkan terlibat pelajar dalam mencapai kejayaan disamping
menghargai sejarah dan jasa para pemimpin negara.

BERITA JMM | 1/2020
9

PROGRAM PERMUZIUMAN TSPPAEIERMMMTEAURPNARIENANNNPETAERRGAAPLDEEAISTRSAIOITNNAPAELARNLGISIN

DISEDIAKAN OLEH:
Nurul Azlida binti Ghozali,
Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang, Perlis sekali lagi terlibat padi, pukul bantal, kebaya Perlis, teka berat padi,
dalam program Pesta Angin Timur (PAT) 2020 gusti lengan, kota jerami dan aktiviti permainan
yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan wau moden. Majlis perasmian PAT 2020 telah
Kesenian Negeri Perlis (JKKN) bermula pada 28 disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin
Februari hingga 1 Mac 2020. Program ikonik Perlis Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja
yang berlangsung selama 3 hari ini bermula dari Negeri Perlis. Antara objektif utama program
jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata masyarakat mengenai peralatan tradisional
Ayer Perlis. Antara agensi kerajaan lain yang penanaman padi, mempromosikan sejarah Kota
terlibat dalam pameran adalah Jabatan Warisan Kayang di Muzium Kota Kayang kepada semua
Negara, Kraftangan Malaysia, Jabatan Pertanian, lapisan masyarakat dan memperkukuh fungsi dan
Jabatan Perhutanan, Angkatan Tentera Malaysia, peranan muzium sebagai pusat sumber ilmu dan
Jabatan Perangkaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan rujukan bagi semua lapisan masyarakat. Pameran
Kesihatan, Jabatan Perhilitan, MADA, KEMAS, Peralatan Pertanian Tradisional Muzium Kota
AADK MARA, ADABI dan TNB. Muzium Kota Kayang Kayang telah menerima kunjungan pelawat seramai
terlibat dalam menjayakan program pameran 6,000 orang sepanjang 3 hari tersebut. Program
agensi kerajaan di Perlis dengan mempamerkan ini dapat menarik masyarakat luar dan dalam negeri
koleksi berasaskan peralatan pertanian tradisional Perlis untuk mengenali Muzium Kota Kayang
di samping mengadakan promosi “Muzium Kita melalui pameran, aktiviti kuiz dan demostrasi yang
Tamadun Kita”. Pelbagai acara telah disusun diadakan semasa program berlangsung. Secara
bagi menarik kedatangan pengunjung seperti tidak langsung turut dapat mempromosikan aktiviti
senam seni, pertandingan bendang padang, futsal dan fungsi Jabatan Muzium Malaysia dan muzium-
bendang, lumba kerbau besi, lumba gerek bendang, muzium Iain yang terdapat di Malaysia melalui
pertandingan burung, pertandingan mengemping edaran pamplet kepada pengunjung.

BERITA JMM | 1/2020
10

PELSPASEAEN“KMMJCOOAEPLMRREAAANKHNNAE” PROGRAM PERMUZIUMAN
DISEDIAKAN OLEH:
Noraini binti Hassan,
Muzium Matang

Pada 17 Februari 2020, Muzium Matang telah Bagi memberi kefahaman dan impak yang besar
mengadakan pameran “Inspirasi Pelajar Inovasi kepada pelajar, Muzium Matang turut mengadakan
Muzium (IPIM)” bersempena pelancaran Program aktiviti-aktiviti seperti demostrasi jumpaan artifak
“Jom Ke Sekolah” yang berlangsung di Sekolah duit syiling. Ia adalah salah satu kaedah perolehan
Menengah Kebangsaan Matang. Program kolaborasi artifak melalui sumber cari gali. Manakala aktiviti
antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di demostrasi ikatan tengkolok membolehkan pelajar
Raja Malaysia ini bermatlamat untuk menggalakkan mempelajari dan mencuba teknik membuat ikatan
kehadiran murid ke sekolah dan mengelakkan gejala tengkolok seperti ikatan ayam patah kepak dan
ponteng sekolah serta mencegah salah laku murid ikatan mumbang belah dua. Pelajar-pelajar juga
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah. Program berpeluang menguji ketajaman minda dengan
ini telah dirasmikan oleh ASP Rahimi bin Abd mencuba permainan melengkapkan puzzle gambar-
Rahman (Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis gambar tokoh seperti Ngah Ibrahim, Datuk Maharaja
Daerah Taiping). Lela dan Datuk Sagor. Selain tayangan video, para
pelajar turut berpeluang menguji kefahaman mereka
Menerusi pameran “Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium” dengan menyertai kuiz yang dianjurkan berdasarkan
(IPIM) Muzium Matang telah mengambil peluang ini pameran yang disediakan dan memenangi hadiah-
untuk memberi pengetahuan kepada pelajar dan hadiah menarik yang telah sediakan oleh pihak
guru pengenai modul pembelajaran (IPIM). IPIM Muzium Matang.
merupakan antara usaha pihak Jabatan Muzium
Malaysia dalam menyokong Falsafah Pendidikan Pameran ini telah mendapat sambutan yang amat
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang harmonis, menggalakkan kerana seramai 500 orang pelajar,
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta guru dan komuniti setempat telah berkunjung
jasmani dengan menerapkan kaedah pendidikan ke pameran tersebut. Dengan adanya program
secara menghiburkan. Secara tidak langsung ia juga seperti ini, pastinya akan dapat mengukuhkan
dapat memberikan kelainan untuk memupuk minat peranan muzium sebagai penyokong perkembangan
murid terhadap sejarah negara. pendidikan negara. Pembabitan muzium dalam
pendidikan negara sebenarnya memberi kelebihan
kepada murid sekolah untuk merasai makna
sejarah dan mengetahui lebih mendalam warisan
negara yang perlu dipertahankan dan difahami dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang patriotik
dan cintakan negara,” .

BERITA JMM | 1/2020
11

BERITA BERGAMBAR PrPPoM2eegT9urlraalzaJakjaimakulnisrmmuaIIannnar(soiaItpP2vaiI0anrM2as0i)si

LaAwgGda1uaat3nlnaeFgndreiKbeSaroleuiPmgtaeiaraarisdun2ias0wkan2eeh0ala Lawatan Kedutaan
Arab ke Muzium
BERITA JMM | 1/2020
12 Negara
05 Februari 2020

Bicara@Muzium BERITA BERGAMBAR
Kerajaan
SeKl0aS2mUMakatecdJ2aM0t2aM0ng
B2u6LkaFtneibgdrkuaaansriuL2ek0ga2a-0si

MP2ruo0Izgs2itru0aamnDmai@LSSaeaMmmtSuaaKnrOaAk
14-15 Mac 2020

BERITA JMM | 1/2020
13

PROGRAM PERMUZIUMAN Tarian Anding yang dipersembahkan bagi meraikan majlis-majlis keramaian

MKEESNEYNIINAGNKAANPDING

DALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN
DISEDIAKAN OLEH:
Zainon Halon,
Muzium Chimney

Perubatan tradisi etnik Kedayan amat berkait rapat berkomunikasi dengan dewa-dewi. Unsur-unsur
dengan pengaruh semangat alam, makhluk-makhluk pemujaan ini dikatakan mempunyai pengaruh
halus dan roh nenek moyang yang dipercayai hasil asimilasi budaya masyarakat dari Tanah
mempengaruhi serta menjaga kehidupan. Oleh Jawa iaitu tempat asal usul orang-orang Kedayan
yang demikian peranan bomoh, dukun atau selain kepercayaan Hindu yang dibawa masuk dari
pawang dilihat penting sebagai pengantara yang pertapakan Kerajaan Majapahit dan Srivijaya di
memiliki ilmu tinggi bagi melakukan upacara ritual Borneo seawal tahun 400 Masihi.
memohon pertolongan kuasa-kuasa ghaib, kekuatan
mahupun kesembuhan bagi pesakit. Lazimnya Tarian berunsur pemujaan yang dikenali sebagai
tarian yang mengandungi pergerakan khas turut Tarian Anding pada dasarnya diiringi nyanyian bacaan
digunakan sebagai pelengkap merealisasikan teknik mantera. Nyanyian dan tarian dipersembahkan
pengubatan berkesan mengubati penyakit lahiriah seiring bagi mengubati pesakit tenat setelah pelbagai
mahupun batiniah. ikhtiar dengan menggunakan ubat-ubatan biasa
tidak dapat menyembuhkan penyakit terutamanya
Dalam kehidupan etnik Kadayan, bomoh dan penyakit yang melibatkan gangguan makhluk-
dukun dianggap sebagai pakar untuk berhubung makkluk halus. Keluarga pesakit lazimnya akan beralih
dengan kuasa-kuasa ghaib atau disebut juga “Uang kepada bomoh Anding yang mampu berkomunikasi
Alus” (makhluk halus). Ketika upacara mengubati dengan “dewa-dewi di kayangan” melalui tarian
pesakit, bomoh Kadayan bersama pembantunya dan nyanyian mereka. Penyanyi utama yang akan
akan mempersembahkan tarian sebagai satu cara memimpin pemujaan biasanya bomoh wanita yang

BERITA JMM | 1/2020
14

mempunyai suara yang lunak bagi menghidupkan Kaduhung-kaduhung ia lompat karatang PROGRAM PERMUZIUMAN
tarian berkenaan. Bagi melakukan upacara pemujaan, Daun salupih di langit jatuhlah kecewa hu
terdapat peraturan ketat yang perlu dipatuhi bagi Di langitlah sudah ngili, ngili aku talajuulah datang
setiap pemain Anding. Pakaian mestilah berwarna Indaku mungki, indaku mungki, jiwa babuangku jiwa hu.
hitam sepenuhnya dengan tanjak dan kasut atau
sandal yang berwarna tertentu. Antara alat muzik Bakas ku ngambil jua posing panawaa
yang lazimnya digunakan ialah biola, tangkung, Pargilah membawa inda lagi sabuting, nayi silalah
guritik (dua buah beliong dan dua batang paku untuk Sila aku membuka tawaaku tawas
memalu gendang) dan dumbak (rebana). Menurut Tawaaku ngili, tawaaku ngili jua tuun daie kepadaku
orang-orang Kadayan dahulunya Anding terbahagi Allah.
kepada tiga jenis iaitu Anding Rimba, Anding Mambang
dan Anding Biasa yang mempunyai gerak tari yang Walaupun Anding merupakan sebahagian daripada
sama tetapi berbeza tujuannya. warisan kesenian tradisi etnik Kadayan namun
ia masih kurang diketahui oleh masyarakat dan
Apabila kemenyan dibakar, si penyanyi utama sebahagian besar generasi baru Kadayan sendiri
iaitu bomoh wanita akan berdendang memuja kerana tarian ini tidak lagi diamalkan terutamanya
makhluk-makhluk halus manakala bomoh lelaki tarian Anding yang melibatkan unsur-unsur
akan melakukan gerak tari mengalai sehingga pemujaan makhluk ghaib. Fungsi tarian Anding
beliau dimasuki roh makhluk ghaib. Ketika bomoh sudah berubah sejajar dengan perubahan masyarakat
diresapi kuasa ghaib, beliau akan mula berkomunikasi Kadayan yang telah menerima Islam sebagai
dengan dewa dewi atau makhluk halus di dalam satu pegangan hidup. Liuk lintuk tarian yang dikatakan
bahasa yang lain yang tidak difahami oleh sesiapa menggambarkan pergerakan makhluk-makhluk
bagi tujuan berunding atau tawar menawar dengan halus seperti pergerakan membongkok kini hanya
kuasa ghaib tersebut. Selain itu, bomoh akan menari menjadi simbolik bagi menghormati para tetamu
sambil mengibas-ngibaskan daun atau selembar kain yang dihiburkan. Justeru melalui pelbagai usaha
di kedua-dua belah tangan, justeru menyebabkan penyelidikan dan pendokumentasian berkenaan
pergerakannya harus sentiasa membongkok. Tarian Anding diharap akan dapat mengekal,
Manakala seikat mayang pinang digantung di mempromosi seterusnya memartabatkan tarian
ruangan tengah rumah dan di sekelilingnya dihiasi kebudayaan ini sebagai elemen citra budaya warisan
dengan gantungan pelbagai jenis bunga-bungaan pelbagai etnik di Malaysia.
yang mungkin bertujuan menarik kehadiran makhluk
halus yang diseru. Bukan itu, malah roh dewa-dewi
tersebut turut dijamu dengan pelbagai jenis hidangan.
Bait-bait lirik nyanyian Anding mempamerkan niat
sebenar bomoh tersebut menyeru dewa dewi turun
ke bumi bagi membantunya mengubati penyakit
yang dideritai oleh pesakit. Antara bait-bait lirik
nyanyian tarian Anding adalah seperti berikut:

Hi dangan hiyang-hiyangku dangan
Tuun tah kau, tuun tah kau daie kayangan
Datanglah untuk manjamu hidangan-hidangan
Hidangan yang talah kami sediakan.

La bapang jualah kami dahulu
Biarlah jati, jati jualah umah kami
Hii lah bapang, bapang jualah kami dahulu
Bang yang mati, ia mati tanggungan bumi.
La salasih, la salasih la pisang pawana
Daun ia hidup, jatinnya jati inda ia hidup
Mangasi-mangailah kau ia tawaakau
Owanglah mati, owanglah mati jua ianyaku hidup.

BERITA JMM | 1/2020
15

PROGRAM PERMUZIUMAN DPPNSMHLUEYAUARIWTAZZMAMAHNITAUKAANBRMTRKEAUAESPJLAJAEARRAK

DISEDIAKAN OLEH:
Zairul Hida binti Hamdan,
Muzium Perak

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Raja Nazhatul
Shima binti Almarhum Sultan Idris A’afifullah Shah merupakan
ahli kerabat Diraja Perak dari Istana Iskandariah Bukit Chandan,
Kuala Kangsar Perak telah berkenan melawat Muzium Perak
pada 08 Januari 2020. Keberangkatan DYTM Raja Puan Besar
diiringi bersama anakanda YM Syed Idris Alsagoff dan YM
Raja Nor Azwina. Turut hadir semasa lawatan ini ialah Pegawai
Daerah Larut Matang Selama, Tuan Mohamed Akmal bin
Dahalan dan Penolong Pegawai Daerah, Puan Salwa Haslinda
binti Che Ros. Tetamu Kehormat ini dibawa melawat galeri
pameran sementara Pameran Cutam: Keunikan Kesenian Silam,
pameran tetap dan perpustakaan Muzium Perak. Taklimat
ringkas berkaitan pameran setiap galeri dan Pameran Cutam
telah diberikan oleh Puan Zairul Hida binti Hamdan dan Encik
Selvaraju a/l M. Pichaimutu.

BERITA JMM | 1/2020

16

(PNPLAPEEWEEARRGTRAABENZRKAKIEMIDRJMAA)DNKEARLAEI ANMKMUAZUIZUIMUM PROGRAM PERMUZIUMAN

DISEDIAKAN OLEH:
Zairul Hida binti Hamdan,
Muzium Perak

Pada 07 Januari 2020 (Selasa), Pegawai dan ke galeri pameran tetap, Pameran Cutam:
kakitangan dari Perbadanan Muzium Negeri Keunikan Kesenian Silam dan perpustakaan
Melaka (PERZIM) yang diketuai oleh Pengurus Muzium Perak. Rombongan ini telah disambut
Besar, Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman dan diiringi oleh Puan Zarinah binti Sarifan,
telah mengadakan lawatan kerja ke Muzium Pengarah Muzium Perak dan beberapa orang
Perak. Pihak PERZIM telah dibawa melawat kakitangan Muzium Perak.

BERITA JMM | 1/2020
17

PROGRAM PERMUZIUMAN SongketTINEDNUUSNTARNI
DISEDIAKAN OLEH:
Perkataan songket berasal daripada perkataan Roseanida binti Abdul Kadir,
sungkit iaitu sejenis teknik menyungkit tenunan Bahagian Penyelidikan dan
kain. Industri tenunan songket telah berkembang Dokumentasi
dengan pesat terutama di negeri-negeri pantai
timur seperti Kelantan dan Terengganu. Songket sehelai kain songket. Antara proses-prosesnya
menggunakan teknik tenunan dimana benang adalah seperti proses mencelup benang, proses
emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. menerai atau melerai benang, proses menganing,
Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan proses menggulung, proses menyampak, proses
struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. mengarat, proses menyongket dan proses
Songket juga lambang kehalusan seni tenunan menenun. Oleh sebab itu tidak dinafikan harga
Melayu yang diwarisi zaman berzaman. sehelai songket tenun adalah mahal, bukan
Kemahiran kreativiti tukang tenun terserlah sahaja mengambil masa yang panjang untuk
melalui pengolahan corak dan hasil tenunan menghasilkan sehelai kain songket tapi proses
yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang- membuatnya adalah rumit. Harga songket juga
pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi akan bergantung kepada kualiti dan jenis benang
perkembangan tenunan tempatan. yang digunakan. Seseorang penenun mengambil
masa selama enam minggu untuk menyiapkan
Pada zaman silam motif dan warna yang terdapat sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20
pada tenunan songket melambangkan kedudukan hingga 40 meter. Bunga atau hiasan di kepala kain
seseorang. Secara tradisi songket ditenun dengan di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau
menggunakan benang sutera halus serta benang ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
emas dan kebiasaannya kain songket dipakai seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam
oleh keluarga kerabat Raja Melayu, golongan dan sebagainya. Sesuatu yang mengagumkan
bangsawan dan orang besar negeri. Meskipun tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak
songket mempunyai corak benang yang rumit, melakar corak songket di atas kertas sebelum
permintaan songket amat tinggi dan pemasaran kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya idea
songket juga popular di luar negara. Ini kerana tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi
kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak yang tinggi dan unik.
songket ketika itu menggambarkan pangkat
dan kedudukan tinggi seseorang. Kini, songket Motif yang digunakan untuk menenun songket
di komersialkan menjadi baju pengantin, sampin diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-
baju melayu mahupun busana kurung harian. motif songket yang banyak dipasaran adalah seperti
Keanggunan kain songket selain dijadikan sebagai motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif
pakaian tradisi ia juga turut diilhamkan pada alam/benda dan motif kuih. Corak kain songket
pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai lazimnya terdiri dari susunan bunga penuh, susunan
gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. bunga bertabur, susunan bercorak, songket corak
berdiri, songket corak melintang songket corak siku
Pada masa kini kain songket ditenun dengan benang keluang, songket corak tapak catur dan songket
kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat corak pucuk rebung. Antara yang popular adalah tiga
biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis sahaja iaitu Songket bercorak penuh, corak bertabur
tertentu. Terdapat sekitar lapan proses yang perlu dan susunan bercorak.
dilalui oleh seorang penenun untuk menghasilkan

BERITA JMM | 1/2020
18

Songket Corak Penuh jubah konvokesyen universiti tempatan. Selain PROGRAM PERMUZIUMAN
pakaian, kain songket juga dihasilkan sebagai kain
Corak penuh bersulam juga dikenali songket Cuban. ela. Kain ini kemudiannya digunakan untuk membuat
Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi pelbagai jenis barang seperti sarung kusyen, beg
keseluruhan kain. Corak ini biasanya digunakan di tangan, alas meja, alas pinggan dan barang-barang
bahagian utama kain atau badan kain. untuk cenderamata seperti fail eksekutif, kotak
barang kemas dan sebagainya. Ada juga songket
Songket Corak Bunga Tabur yang ditenun khas untuk dijadikan perhiasan dinding.
Songket yang dibuat begini berbentuk bunga,
Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat tumbuh-tumbuhan dan tulisan khat. Harga kain
atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga songket didasarkan kepada kehalusan tenunannya.
yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah Kehalusan tenunan dapat dinilai dari segi kerumitan
cermai, bunga buah kesemak bunga pecah empat, proses menyongket bunga-bunga, jenis benang yang
bunga bintang dan bunga sinar matahari. Taburan digunakan sama ada sutera, kapas atau poliester
pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan juga menentukan kelembutan, seri dan mutu kain
corak di kepala dan kaki kain. tersebut.

Songket Susunan Bercorak Pemakaian songket pada masa kini semakin meluas
dan semakin mendapat permintaan tinggi. Ramai
Susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau pereka fesyen telah mereka cipta fesyen baju
melintang. Songket corak jalur mempunyai dua berasaskan kain songket bagi menggalakkan lebih
jenis jalur, iaitu jalur berdiri dan jalur melintang. ramai suka memakai songket dan fabrik songket
Corak jalur ini sesuai untuk orang lelaki. Kain telah dijadikan sebagai fabrik utama dalam rekaan
songket kegunaan wanita biasanya mengandungi baju terkini seperti baju kurung moden, baju kurung
lebih banyak benang emas dan motif-motif jalur tradisional, baju Melayu dan juga potongan peplum.
yang halus seperti bunga kerongsang berantai, siku Dengan cara ini, pemakaian kain songket tidak
keluang dan potong seri kaya. Songket tapak catur mungkin akan ketinggalan zaman. Bahkan akan lebih
terdapat pada kain sarung dan samping. Ia diperbuat menyerlah di masa akan datang dalam dunia fesyen.
daripada benang tenunan yang berwarna-warni dan
diilhamkan oleh corak papan catur.

Pucuk rebung adalah motif yang sering terdapat
pada bahagian kepala kain, dan kadang-kadang pada
kaki atau tepi kain songket. Motif pucuk rebung juga
dikenali sebagai motif tumpal dan berbentuk tiga
segi. Antara motif yang terdapat pada kain songket
berasaskan pucuk rebung ialah pucuk rebung lawi
ayam, pucuk rebung kendung, pucuk rebung gigi
bota dan pucuk rebung tunjuk langit. Motif-motif
kecil yang berada dalam pucuk rebung ialah bunga
tiga dara, gigi yu, bunga bintang, tampuk manggis,
tudung celak, bunga cengkih dan lain-lain lagi. Motif-
motif ini cukup menarik dan menghiasi bahagian
kepala kain sarung atau samping dan juga punca
kain selendang.

Kegunaan

Pada masa dahulu, kain songket merupakan pakaian
kaum bangsawan. Pada masa itu, songket terdapat
pada kain samping, tanjak, kain sarung limar, kain
sarung, kain panjang atau kain punca potong,
baju belah labuh, baju kurung, baju kebaya dan
kain selendang. Kini, kain songket digunakan
oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai pakaian
pengantin, pakaian penari tradisional, pakaian
semasa menghadiri majlis rasmi, dan hiasan pada

BERITA JMM | 1/2020
19

PROGRAM PERMUZIUMAN

PKOEMLEEKLSIHI AARRTAIAFANK

SATU PENCEGAHAN
AWAL KESINAMBUNGAN
BUDAYA

DISEDIAKAN OLEH:
Nor Jawahir binti Raduian,
Bahagian Pengurusan Konservasi

Koleksi artifak adalah nadi utama sesebuah pameran kerana tanpa koleksi maka tiadalah tarikan dan
makna sesebuah pameran yang dilangsungkan. Oleh yang demikian pemeliharaan dan penjagaan
penuh koleksi artifak adalah tanggungjawab bagi semua pihak di dalam bidang permuziuman.
Proses pemeliharaan adalah satu proses tindakan awal yang perlu dititik beratkan oleh semua
penjaga muzium, supaya koleksi yang dipamerkan dapat berada di dalam sesebuah muzium dalam
jangka masa yang panjang dan sentiasa terpelihara sepanjang tempoh peragaan ataupun apabila
disimpan di dalam repositori.

Bagi menjamin jangka hayat koleksi, Bahagian Pengurusan Konservasi telah mengambil inisiatif
dengan melakukan naziran ke beberapa buah muzium. Sebanyak sembilan naziran telah dilakukan
di serata Muzium-Muzium Wilayah iaitu Muzium Adat, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium
Labuan, Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Kota Kayang, Muzium Arkeologi Lembah Bujang,

BERITA JMM | 1/2020

20

PROGRAM PERMUZIUMAN

Muzium Kota Johor Lama, Muzium Seni Bina dan organik, tips dan senarai semak adalah seperti
Muzium Sungai Lembing . Antara perkara yang berikut:
diperhatikan semasa naziran berlangsung adalah
dari aspek pemantauan persekitaran galeri, ü Pastikan objek bersifat organik terhindar
kawalan makhluk perosak, sistem sokongan daripada cahaya matahari, suhu stabil iaitu
dan juga naziran berkaitan dengan pengurusan 18°C - 22°C dan dalam keadaan kelembapan
risiko. relatif yang sederhana iaitu 45% hingga
55%.
Objektif utama naziran ini adalah untuk
memastikan artifak yang dipamerkan atau ü Pastikan pemeriksaan berkala dilakukan bagi
disimpan di dalam muzium sentiasa berada memastikan ketiadaan serangga perosak.
di dalam keadaan baik serta terkawal. Secara
umumnya, proses konservasi boleh dilaksanakan ü Pastikan sokongan secara dalaman dan
melalui dua jenis pendekatan iaitu pendekatan luaran, jangan sesekali menggunakan paku
kuratif dan pendekatan preventif. Konservasi kepada objek untuk menggantung objek
kuratif lebih tertumpu kepada rawatan, untuk peragaan.
manakala preventif pula tertumpu kepada
penjagaan dan perlindungan artifak daripada ü Gunakan kotak bebas asid dan kertas bebas
agen pemusnah. asid untuk pembungkusan dan penyimpanan.

Sepanjang naziran dijalankan, kebanyakan ü Jangan sesekali menggunakan air sebagai
koleksi yang berada di pameran dan berisiko agen pembersihan.
adalah koleksi yang berunsurkan bahan organik;
seperti tekstil dan kayu. Perkara yang perlu Tips dan senarai semak ini boleh diambil sebagai
diambil berat adalah kawalan suhu, kawalan satu langkah awal bagi pemeliharaan koleksi
kelembapan, kawalan pencahayaan dan kawalan di muzium- muzium. Tindakan yang sedikit,
debu dan udara di sekeliling galeri. Bagi apabila diamalkan sentiasa akan memberi
pendedahan awal pemeliharaan koleksi bahan kesan jangka masa panjang. Ini adalah satu
pencegahan awal bagi memastikan koleksi
yang merupakan satu bukti budaya dapat
dipanjangkan kesinambungannya sehingga ke
akhirnya.

BERITA JMM | 1/2020
21

PROGRAM PERMUZIUMAN PPEERRIGNETRAAHKKAANWALAN

DISEDIAKAN OLEH:
Mohd Syahrul bin Ab. Ghani,
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

Pandemik COVID-19 telah mendorong kerajaan dan lawak bila terdapatnya insiden perebutan
untuk memperkenalkan Perintah Kawalan dan pergaduhan di pasaraya yang telah
Pergerakan (PKP) sebagai satu langkah untuk diviralkan di media sosial. Betapa masyarakat
mengenal pasti individu yang telah terkena dunia sedang mengalami ketakutan dan panik
wabak serta mengurangkan risiko penularannya ketika itu. Manusia berhadapan dengan isu
secara berleluasa. Tepat jam 10 malam waktu kesihatan mental dan psikologi. Kota menjadi
Malaysia pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri sunyi tanpa kehadiran manusia dan kenderaan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bermotor, seolah-olah terdapat “Zombie” di
berucap secara langsung di kaca televisyen luar sana yang membuatkan manusia menjadi
bagi mengisytiharkan Perintah Kawalan paranoid dan berhati-hati ketika keluar. Kesan
Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan ini bukan sahaja dilihat dari sudut yang negatif
dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tetapi juga meninggalkan kesan yang positif.
dan Akta Polis 1967. Melalui PKP ini terdapat Alamlam kembali kepada fitrah bila kurangnya
beberapa larangan yang mesti dipatuhi oleh penggunaan kenderaan bermotor dan kilang-
setiap rakyat Malaysia. kilang berhenti beroperasi yang menyebabkan
kualiti udara dan alam menjadi bertambah baik.
PKP telah banyak mengubah amalan hidup
masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan Penularan Corona Virus telah membawa satu
seharian. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh perubahan besar dalam kehidupan harian
pihak kerajaan supaya masyarakat mematuhi masyarakat. Malaysia juga telah terkesan
operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan. setelah wabak ini dikesan penularannya di
Banyak larangan dan SOP dikeluarkan dari akhir bulan Disember 2019. Namun kerajaan
semasa ke semasa berdasarkan keadaan. Dalam telah mengambil pelbagai langkah untuk
norma baru ini, sistem bekerja dari rumah mengekang penularan ini menjadi lebih buruk.
diperkenalkan, pemakaian penutup hidung dan Pengenalan kepada norma baru kehidupan
mulut menjadi wajib, penggunaan media sosial telah memberi pelbagai reaksi dan cabaran
dan medium atas talian dipertingkatkan. Di kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani
awal tempoh PKP hanya ketua keluarga sahaja kehidupan. Penjarakkan sosial, pengasingan,
dibenarkan untuk keluar mendapatkan bekalan pematuhan kepada SOP dan juga kuarantin
makanan di pasaraya. Semasa PKP, ada individu telah menjadi satu cara hidup baharu yang
yang begitu panik membeli sehinggakan tidak dapat dilupakan bagi setiap warga negara.
barangan runcit basah seperti telur ayam Walaupun begitu hidup perlu diteruskan
dan sayur-sayuran hampir kehabisan stok dan harus menerima norma-norma baru ini
di pasaraya. Di negara Barat pula, isu untuk sehinggalah terdapatnya penawar virus ini
mendapatkan tisu tandas menjadi bahan kejutan dihasilkan bagi kesejahteraan semua.

BERITA JMM | 1/2020
22

BERITA JMM | 1/2020
23

Muzium-Muzium di Bawah

JABATAN MUZIUM MALAYSIA

MUZIUM NEGARA MUZIUM ADAT MUZIUM DIRAJA MUZIUM PERAK
KUALA LUMPUR JELEBU, NEGERI SEMBILAN KUALA LUMPUR TAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, MUZIUM MATANG, MUZIUM ARKEOLOGI MUZIUM SUNGAI LEMBING,
LANGKAWI PERAK LEMBAH BUJANG, KEDAH PAHANG

MUZIUM CHIMNEY, MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI, MUZIUM SENI BINA MALAYSIA, MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,
LABUAN KUALA LUMPUR BANDAR HILIR, MELAKA KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG, MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL, MUZIUM KOTA JOHOR LAMA, MUZIUM LABUAN,
PERLIS SEPANG JOHOR LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU, MUZIUM TEKSTIL NEGARA, MUZIUM MARIN LABUAN, MUZIUM LUKUT,
KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR LABUAN NEGERI SEMBILAN

Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur.

(+603) 2267-1000 (+603) 2284-9103 [email protected]


Click to View FlipBook Version