LAPORAN TAHUNAN 2021 51
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
9.0 Sistem Tempahan Fasiliti JMM
Sistem Tempahan Fasiliti telah dibangunkan secara dalaman oleh UTM. Sistem tersebut bertujuan
untuk menempah bilik mesyuarat oleh warga JMM secara dalam talian. Ini memudahkan Unit
Pembangunan dan Pengurusan Harta selaku penyelaras untuk menguruskan tempahan. Sistem
tersebut telah mula digunapakai oleh warga JMM pada Disember 2021.
www.tempahan.jmm.gov.my
10.0 Network Attached Storage (NAS) Pendigitalan Buku Nadir
Pada tahun ini, UTM telah melaksanakan perolehan NAS Storage bagi menyimpan buku-buku nadir
yang telah didigitalkan. Unit Perpustakaan telah mula menggunakan NAS Storage ini bermula
Oktober 2021.
Gambar NAS Storage yang dipasang di Bilik Server IT
52 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
11.0 Pembangunan Kompetensi Warga JMM
Nama Kursus Tarikh/ Tempat Penerangan
Objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan aplikasi persidangan video iaitu
Zoom Meeting untuk mengendalikan kursus dan mesyuarat
secara dalam talian. Penceramah bagi kursus ini ialah
Encik Mohamad Khairie bin Malak.
Kursus Persidangan 9-10 Mac 2021
Video Dalam Talian
Kursus Microsoft Excel 24-25 Mac 2021 Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan teknik dan
Basic kemahiran penggunaan perisian Microsoft Excel serta
mempelajari kaedah melaksanakan proses hubung kait
diantara worksheet dan workbook. Penceramah bagi
kursus ini ialah Puan Siti Norhayati Md Yusof dari MITI.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan tunjuk
ajar penggunaan kalender di dalam e-mel IceWarp.
Penceramah bagi kursus ini ialah Encik Mohamad Khairie
bin Malak.
Kursus MyGovUC 2.0 29 Mac 2021
- Modul Pengurusan
Emel (Perkongsian
Kalender)
LAPORAN TAHUNAN 2021 53
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Taklimat penggunaan Sistem SPOT-Me adalah untuk
memberikan tunjuk ajar cara-cara membuat penetapan
kediaman bagi Modul Bekerja Dari Rumah semasa tempoh
PKP, mendaftar masuk dan keluar rekod kehadiran serta
laporan kehadiran. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Zam
Zarina Ishak dan Encik Thllaikumaran a/l Segaran.
Taklimat penggunaan 9 Jun, 21 Jun dan
sistem Spot-Me 28 Jun 2021
Kursus Penghasilan Kursus ini adalah berkaitan penggunaan Canva dan
Grafik Kreatif dan penggunaan OBS. Aplikasi Canva ini banyak digunakan
Teknik “Live Setup” bagi memudahkan penghasilan grafik iaitu poster dan
Menggunakan Aplikasi persembahan slide. Kursus ini dikendalikan oleh What
TheFoo Solutions Sdn Bhd.
Canva dan OBS
7-8 Oktober 2021
12.0 Migrasi Perkhidmatan MyGovUC 2.0
Perkhidmatan MyGovUC 2.0 Icewarp telah berakhir tempoh perkhidmatannya pada 31 Januari
2021 dan perkhidmatan MyGovUC 2.0 berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2021. MyGovUC
2.0 telah bertukar platform dan platform yang digunakan adalah Google Work Space (GWS).
Pelaksanaan solusi baharu ini bertujuan memastikan perkhidmatan MyGovUC 2.0 yang disediakan
oleh Kerajaan memenuhi keperluan semasa selaras dengan Pelan Pendigitalan Strategik Sektor
Awam.
Selain itu, pelaksanaan ini juga bertujuan untuk memastikan ketersediaan perkhidmatan komunikasi
dan kolaboratif MyGovUC 2.0 mencapai tahap optimum agar penggunaan perkhidmatan
MyGovUC 2.0 di kalangan penjawat awam dapat ditingkatkan secara menyeluruh dan selamat
untuk digunakan.
54 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
UNIT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA
Unit Pembangunan merupakan salah satu unit di bawah pentadbiran Unit Pembangunan dan
Pengurusan Harta. Unit ini dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Unit Pembangunan dan pengurusan
Harta yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah gred (S48) yang bertanggungjawab terus
terhadap pentadbiran dan operasi kedua-dua seksyen ini. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan
Harta adalah salah satu Program di bawah iaitu Bahagian Dasar dan Pembangunan yang diketuai
oleh seorang Pengarah gred (S54).
Objektif Utama Unit Pembangunan dan Pengurusan Harta ialah bagi memastikan semua Projek/
Program Pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-11 di mana JMM sebagai agensi
pelaksana, dapat dilaksana dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pencapaian prestasi
kemajuan fizikal dan kewangan setiap projek menjadi indek pengukuran pencapaian dan prestasi JMM
secara keseluruhannya.
Di samping itu, unit ini juga turut melaksanakan projek-projek di bawah peruntukan lain yang diperolehi
melalui belanja mengurus atau wang amanah. Selain itu, objektif unit ini juga untuk menyelenggara
dan membaik pulih kemudahan-kemudahan awam dan melaksanakan pemantauan perkhidmatan
syarikat-syarikat penyelenggaraan yang beroperasi di semua muzium-muzium.
1.0 Pencapaian Kerja Tahun 2021
BIL RINGKASAN AKTIVITI/PROJEK PETUNJUK PRESTASI PENCAPAIAN SEBENAR
(KUANTITI / KUALITI / MASA / KOS) (RM)
1.1 Projek Pemuliharaan Dan Pelantikan Perunding Utama oleh pihak RM20,000,000.00(DE)
Pemeliharaan Muzium Diraja JKR
1.2 Cadangan Projek Pembangunan Penyediaan Kertas Cadangan Projek,
Muzium Alam Semulajadi CI dan CFM kepada pihak MOTAC untuk RM150,000,000.00(DE)
dimasukkan ke dalam SPP II
Cadangan Projek Pembangunan Mengemukakan Kertas Cadangan
Projek, CI dan CFM kepada pihak
1.3 Semula Muzium Negara Dan MOTAC untuk dimasukkan ke dalam RM250,000,000.00(DE)
Pembangunan Ibu Pejabat Jabatan SPP II 100%
Muzium Malaysia Yang Baharu
1.4 Pengurusan Kontrak Dan Perjanjian 1 kontrak - RM399,351.60
• Kebersihan dan Lanskap 8 kontrak - RM2,853,238.46
• Kawalan Keselamatan 4 kontrak - RM93,048.00
• Pest Control 5 kontrak - RM152,371.40
• Mesin Penyalin
• Penyelenggaraan Sistem Elektrik 1 kontrak - RM138,900.00
dan Penyaman Udara Secara
Bermasa
• Penyelenggaraan Sistem
Penyaman Udara Berkala
• Penyewaan Bangunan (Jrp)
• Sewaan Premis Jmm (Secara
Kontrak)
• TENDER
- Lanskap 1 kontrak - RM39,600.00
- Keselamatan 1 kontrak - RM258,746.40
15 kontrak - RM855,120.00
1 kontrak - RM925,680.00
1 kontrak - RM1,162,017.79
LAPORAN TAHUNAN 2021 55
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
UNIT PEROLEHAN
Pengurusan Perolehan 2021
1.0 Perolehan Secara Tender (> RM500,000) Pengurusan Perolehan
JENIS JUMLAH TENDER YANG TELAH Sebutharga
PEROLEHAN DILAKSANAKAN B: 11 Projek
BIL JUMLAH NILAI PEROLEHAN
RM
BEKALAN 0 0 Sebutharga Pembelian/
A: 48 Projek Lantikan Terus :
59 Projek
PERKHIDMATAN 2 2,021,923.20
KERJA 0 0
JUMLAH 2 2,021,923.20
2.0 Perolehan Secara Sebut Harga (>RM20,000-RM500,000)
JENIS JUMLAH TENDER YANG TELAH DILAKSANAKAN
PEROLEHAN
BIL JUMLAH NILAI PEROLEHAN
RM
BEKALAN 7 683,968.98
PERKHIDMATAN 36 7,049,286.24
KERJA 23 4,977,469.00
JUMLAH 66 12,710,724.22
3.0 Perolehan Secara e-Bidding JUMLAH TENDER YANG TELAH DILAKSANAKAN
BIL JUMLAH NILAI PEROLEHAN RM
JENIS PEROLEHAN
TIADA
BEKALAN
PERKHIDMATAN
KERJA
JUMLAH
4.0 Maklumat melalui Rundingan Terus / Tender Terhad
MAKLUMAT MELALUI RUNDINGAN TERUS / TENDER TERHAD
RUNDINGAN TERUS BIL JUMLAH NILAI PEROLEHAN RM
1 97,523.50
TENDER TERHAD TIADA
56 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN KOLEKSI
Bahagian Pengurusan Koleksi berperanan untuk mendokong misi dan visi Jabatan Muzium Malaysia
dalam memartabat dan melestari koleksi artifak negara melalui perolehan dan pembangunan koleksi,
pendokumentasian, inventori dan pengaksesan maklumat koleksi, serta penjagaan dan penstoran
koleksi. Kategori koleksi adalah terdiri dari koleksi arkeologi, koleksi etnologi dan koleksi spesimen alam
semulajadi. Bahagian Pengurusan Koleksi terdiri daripada empat (4) unit seperti berikut:
i. Unit Perolehan Artifak
ii. Unit Inventori Artifak
iii. Unit Arkib dan Pendaftaran Elektronik
iv. Unit Perkhidmatan Repositori
Fungsi Bahagian Pengurusan Koleksi adalah seperti berikut:
i. Pembangunan Koleksi
Memastikan pembangunan koleksi dipelihara dan disimpan sebagai khazanah warisan
negara menerusi proses perolehan artifak yang terancang.
ii. Pendokumentasian Koleksi
Memastikan semua maklumat koleksi direkod, disimpan dan diurus dengan tepat dan
sistematik
iii. Penjagaan Koleksi
Memastikan pemeliharaan koleksi yang merangkumi prinsip, kaedah, teknik, prosedur
dan amalan yang perlu bagi mengekalkan integriti bahan, kestabilan kandungan bahan,
keselamatan tempat dan persekitaran ruang penyimpanan.
iv. Pengaksesan Koleksi
Memastikan pengaksesan maklumat koleksi dilaksanakan secara sistematik dan selamat
bagi tujuan pinjaman, pameran, penyelidikan dan pendidikan muzium.
1.0 Pencapaian Utama Bahagian Pengurusan Koleksi
Bahagian Pengurusan Koleksi telah berjaya merangka dan melaksanakan lima (5) aktiviti utama
sepanjang tahun 2021. Unit-unit tertentu bertanggungjawab sebagai penyelaras aktiviti ini dan
dibantu oleh pegawai dan kakitangan dari unit yang lain di bawah Bahagian Pengurusan Koleksi.
Perincian adalah seperti berikut:
BIL PENCAPAIAN UTAMA TEMPOH SASARAN PENCAPAIAN SEBENAR
1 Perolehan Harta Kebudayaan Jan - Dis 2021 100 koleksi 110 koleksi
2 Pendigitalan data koleksi ke dalam sistem Jan - Dis 2021 4,500 koleksi 4652 data
MUSECORE
7 - 26 Mac 1,800 koleksi 1,800 koleksi
Pengklasifian, pembungkusan, dan 2021
3 pemindahan koleksi bagi Projek Naik Taraf 1 garis panduan 1 garis panduan
Jan - Nov 2021 1 garis panduan 1 garis panduan
Galeria Perdana, di Langkawi, Kedah
Jan - Okt 2021 1 pelancaran 1 pelancaran
4 Garis Panduan Tatacara dan Kehilangan 7 Dis 2021 program program
Hapus Kira Koleksi
5 Garis Panduan dan Pelancaran Kempen
Derma Koleksi
LAPORAN TAHUNAN 2021 57
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
PENCAPAIAN 2021
120% 110% 100% 100%
100%
80% 103.38%
60%
40% 100%
20%
0%
Perolehan Harta Pendigitalan Koleksi Pembungkusan & Garis Panduan Garis Panduan &
Kebudayaan MUSECORE Pemindahan Tatacara Pelancaran Kempen
Koleksi di Galeria Kehilangan & Derma Koleksi
Perdana Hapus Kira Koleksi
SASARAN: SASARAN: SASARAN:
100 koleksi 1,800 koleksi 1 garis panduan
PENCAPAIAN: PENCAPAIAN: & 1 program
110 koleksi 1,800 koleksi
PENCAPAIAN:
(Secara hadiah) 1 garis panduan
& 1 program
SASARAN: SASARAN:
4,500 data 1 garis panduan
PENCAPAIAN: PENCAPAIAN:
4,652 data 1 garis panduan
1.1 Perolehan Harta Kebudayaan
Penyelaras: Unit Perolehan Artifak
Perolehan Harta Kebudayaan (PHK) adalah sejajar dengan visi dan objektif utama Jabatan Muzium
Malaysia iaitu untuk melaksanakan pengumpulan artifak bagi tujuan penyimpanan, pemeliharaan,
pemuliharaan dan pengekalan khazanah warisan negara. Perolehan Harta Kebudayaan pada tahun
2021 terbahagi kepada dua (2) kaedah perolehan iaitu secara pembelian dan hadiah.
i. Perolehan Harta Kebudayaan Secara Pembelian
Pada tahun 2021, Bahagian Pengurusan Koleksi telah berjaya melaksanakan proses penilaian
ke atas 80 unit koleksi artifak yang terdiri daripada tujuh (7) unit koleksi numismatik, dua
(2) unit koleksi senjata, 19 unit koleksi tekstil dan 52 unit koleksi alat dan perusahaan yang
ditawarkan oleh enam (6) orang individu bagi tujuan Perolehan Harta Kebudayaan, Jabatan
Muzium Malaysia. Proses ini diselaraskan oleh Unit Perolehan Artifak dengan dibantu oleh
unit-unit yang lain.
58 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Penilaian koleksi artifak ini adalah dibuat secara berperingkat memandangkan koleksi artifak
yang ditawarkan adalah pelbagai dan dalam jumlah yang besar. Ini juga untuk memastikan
proses penilaian dilaksanakan dengan teliti dan berintegriti. Proses perolehan artifak ini akan
selesai selewat-lewatnya pada bulan Mac 2022 dengan peruntukan sebanyak RM 100,000.00.
Perolehan Harta Kebudayaan secara Pembelian :
80 Koleksi
Alat dan Perusahaan 10 20 30 40 50 60
Tekstil
Senjata
Numismatik
0
Kerja-kerja penilaian dan perolehan koleksi Perolehan Harta Kebudayaan
LAPORAN TAHUNAN 2021 59
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Kerja-kerja penilaian dan p
ii. Perolehan Harta Kebudayaan secara Hadiah
Perolehan Harta Kebudayaan secara hadiah adalah koleksi persendirian yang didermakan
oleh individu kepada Jabatan Muzium Malaysia. Pada tahun 2021, Bahagian Pengurusan
Koleksi telah menerima sejumlah 110 koleksi yang terdiri daripada koleksi sampul surat,
spesimen, dan pelbagai jenis koleksi etnologi seperti wau, ukiran kayu dan tekstil daripada
lima (5) orang pembekal.
BIL NAMA PENDERMA JENIS KOLEKSI JUMLAH KOLEKSI
1 Mohd Faudzi b. Sulaiman Koleksi Matawang 8
2 Istana Negara Koleksi Throne Chair 2
3 Mohammad Sani Tay bin Abdullah Koleksi Keris 1
4 Pos Malaysia Berhad Koleksi Sampul Surat 3
5 Dr. Farish A.Noor Koleksi Etnologi (Pelbagai) 96
110
JUMLAH KESELURUHAN
Antara koleksi-koleksi yang diperolehi melalui Perolehan Harta Kebudayaan secara hadiah
1.2 Pendigitalan Koleksi bagi Sistem MUSECORE
Penyelaras: Unit Arkib dan Pendaftaran Elektronik
Sistem Museum Unified System for Conservation, Registration, Research and Exhibition
(MUSECORE) adalah sebuah sistem pembangunan data koleksi Jabatan Muzium Malaysia
secara terancang dan sistematik. Sistem ini membolehkan kemasukan data, pendokumentasian,
pengaksesan maklumat dan penstoran data dilaksanakan secara efisyen dan selamat.
Pada tahun 2021, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mensasarkan Key Performance Indicator
(KPI) sebanyak 10,000 data koleksi untuk didaftar masuk ke dalam sistem MUSECORE. Walaupun
begitu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berfasa dan Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua (2) bulan pada pertengahan tahun
telah dilaksanakan di Malaysia berikutan Pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Situasi ini
telah mengakibatkan kekangan dalam merealisasikan sasaran KPI sepertimana yang dirancang
memandangkan akses sistem MUSECORE hanya terhad di pejabat JMM sahaja.
60 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
KPI sistem MUSECORE JMM telah ditetapkan kepada 4,500 data koleksi pada tahun 2021.
Perincian adalah seperti berikut:
BIL. UNIT JUMLAH
1 Unit Arkib dan Perkhidmatan Repositori 3,125
(Penyelaras)
2 Unit Perolehan Artifak 500
3 Unit Inventori Artifak 500
4 Unit Perkhidmatan Repositori 527
4,652
JUMLAH
Jumlah kemasukan data MUSECORE pada tahun 2021 mengikut unit
1000 DATA MUSECORE : 4652
900
800
700
600
500
400
300
200
100
0
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Series 1 395 91 211 419 637 71 220 362 643 863 556 184
1.3 Pengklasifian, Pembungkusan, dan Pemindahan Koleksi bagi Projek Naik Taraf Galeria
Perdana di Langkawi, Kedah
Penyelaras: Unit Perkhidmatan Repositori
Unit Perkhidmatan Repositori terlibat dengan projek naik taraf Galeria Perdana bagi
membantu kerja-kerja pengklasifikasian, pembungkusan pemindahan dan penyimpanan
koleksi. Kerja-kerja pembungkusan di Galeria Perdana telah berlangsung dari 7 Mac 2021
hingga 26 Mac 2021 di mana Unit Perkhidmatan Repositori adalah sebagai penyelaras dan
dibantu oleh kakitangan dari unit-unit Bahagian Pengurusan Koleksi. Sejumlah 1,800 koleksi
telah berjaya diklasifikasi, didokumentasi, dibungkus dan dipindahkan ke ruang transit
sementara.
LAPORAN TAHUNAN 2021 61
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Objektif program ini yang diselaraskan oleh Unit Perkhidmatan Repositori adalah seperti berikut:
i. Melaksanakan kerja-kerja dokumentasi dan penilaian kondisi koleksi di Blok A dan Blok B (aras
bawah dan satu) secara sistematik bagi memastikan koleksi berada dalam keadaan kondusif
sebelum kerja-kerja pembungkusan dan pemindahan dilaksanakan.
ii. Melaksanakan kerja-kerja merekod, pembungkusan dan pengklasifikasian koleksi secara
sistematik sebelum kerja-kerja pemindahan dilaksanakan di ruangan transit sementara di Blok
A dan Blok B (Aras bawah).
iii. Melaksanakan kerja-kerja pemindahan koleksi ke ruangan transit sementara di Blok A dan
Blok B (Aras bawah) bagi memudahkan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja naik
taraf pameran di Galeria Perdana.
Kerja-kerja pengklasifikasian, pembungkusan, dan pemindahan koleksi bagi projek naik
taraf Galeria Perdana (GP), di Langkawi, Kedah
1.4 Garis Panduan Tatacara Kehilangan dan Hapus Kira Koleksi
Garis Panduan Tatacara Pengurusan Koleksi (Kehilangan dan Hapus Kira) adalah satu garis panduan
yang komprehensif, dirangka bagi menguruskan kes-kes kehilangan koleksi dan penyimpanan rekod
koleksi tersebut, agar dilaksanakan secara terancang dan mengikut standard yang ditetapkan.
Garis panduan ini adalah sebahagian daripada perancangan bagi aktiviti pengurusan keselamatan
artifak yang akan dilaksanakan pada tahun 2022.
1.5 Garis Panduan dan Program Kempen Derma Koleksi
Garis Panduan dan Kempen Derma Koleksi adalah bertujuan bagi melindungi dan melestari
khazanah warisan negara melalui sumbangan koleksi peribadi masyarakat yang bernilai dari sudut
sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi kepada Jabatan Muzium Malaysia. Garis Panduan ini
mengandungi kriteria dan prosedur yang membantu penderma untuk menyumbangkan koleksi
kepada muzium dengan cara yang betul dan terancang.
Kempen Derma Koleksi ini adalah satu bentuk promosi menggunakan pelbagai medium iaitu media
sosial, media cetak dan media elektronik bagi menghebahkan dan menggalakkan masyarakat untuk
menyumbang koleksi peribadi yang mempunyai signifikan dari sudut sejarah, seni, budaya dan alam
semula jadi negara kepada Jabatan Muzium Malaysia. Kempen ini mensasarkan perolehan seperti
koleksi kemerdekaan, tekstil, perhiasan diri, senjata, permainan tradisional, hasil kraftangan, alat
pertukangan dan perusahaan, serta koleksi alam semula jadi negara.
Pelancaran Kempen Derma Koleksi telah adakan pada 7 Disember 2021 dan seramai tujuh (7) orang
penderma telah hadir untuk menerima sijil penghargaan dan cenderahati bagi sumbangan koleksi
mereka bagi tahun 2020 – 2021 kepada Jabatan Muzium Malaysia. Perincian adalah seperti berikut:
62 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BIL NAMA PENDERMA PERINCIAN KOLEKSI
1 Istana Negara 2 Koleksi Throne Chair
2 Dr. Farish A.Noor 96 Koleksi Etnologi (Pelbagai)
3 Pos Malaysia Berhad 3 Koleksi Sampul Surat
4 Mohammad Sani Tay bin Abdullah 1 Koleksi Keris
5 Zainal Arifin Khalid 1 Kain Songket
6 Mohd Faudzi bin Sulaiman 8 Koleksi Matawang
7 En Azrul bin Bakar @ Abdullah 29 Haiwan Spesimen
Pelancaran Pameran Keajaiban Kehidupan Abadi dan Pelancaran Kempen
Derma Koleksi yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri
Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
2.0 Pencapaian Aktiviti Unit-Unit
Selain daripada pencapaian utama Bahagian Pengurusan Koleksi, unit-unit di bawah bahagian
ini juga telah berjaya melaksanakan beberapa program hakiki di bawah unit masing-masing iaitu:
2.1 Unit Perolehan Artifak
Unit Perolehan Artifak bertanggungjawab untuk merancang pembangunan koleksi dari segi
perolehan warisan kebudayaan, sejarah dan alam semulajadi negara dalam bentuk artifak, ekofak,
spesimen serta dokumen-dokumen berkaitan dan memastikan pendaftaran koleksi didaftarkan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan merancang pelupusan koleksi.
Pencapaian program pada tahun 2021 di bawah unit Perolehan Artifak adalah seperti berikut:
i. Perolehan Harta Kebudayaan
* Rujuk Perkara 1.1: Perolehan Harta Kebudayaan
ii. Menyelaras semakan semula pendaftaran dan pendokumentasian perolehan koleksi
Jabatan Muzium Malaysia
LAPORAN TAHUNAN 2021 63
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Pemurnian data perolehan koleksi Jabatan Muzium Malaysia telah dilaksanakan melalui semakan semula
pendaftaran dan pendokumentasian koleksi Jabatan Muzium Malaysia. Aktiviti telah dilaksanakan di
Repositori Utama dan Repositori Bangi dan sebanyak 800 data perolehan koleksi telah dikemas kini.
iii. Pelaksanaan Bengkel Mata Wang Malaysia
Bengkel Mata Wang Malaysia telah dilaksanakan secara atas talian pada 1 – 2 September 2021
di Jabatan Muzium Malaysia. Objektif bengkel ini adalah untuk mempelajari tatacara penilaian,
pengredan, pembersihan dan penyimpanan mata wang syiling Malaysia. Bengkel ini telah
disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Niew Cheng Kok atau Mr. Dickson, naib Presiden
II, Malaysia Numismatic Society. Selain dari pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium Malaysia,
bengkel ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Muzium Negeri serta Bank Negara.
iv. Garis Panduan dan Pelancaran Kempen Derma Koleksi
* Rujuk Perkara 1.5: Garis Panduan dan Pelancaran Kempen Derma Koleksi
2.2 Unit Inventori Koleksi Artifak
Unit Inventori Koleksi Artifak bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan kerja-kerja
inventori dan pengkatalogan secara terancang dan sistematik. Ini bagi memastikan perolehan
dan pendokumentasian maklumat koleksi artifak adalah lengkap, tepat dan mudah untuk dirujuk
bagi tujuan penyelidikan, pameran dan pemuliharaan koleksi artifak negara.
Pencapaian program pada tahun 2021 di bawah unit Inventori Koleksi Artifak adalah seperti berikut:
i. Pendokumentasian Koleksi
Pendokumentasian koleksi adalah bagi tujuan pengisian pameran, penyelidikan dan pinjaman
yang dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Koleksi. Antara kerja-kerja pendokumentasian koleksi
termasuklah mengambil ukuran, gambar dan pencarian maklumat mengenai koleksi. Pelaksanaan
pendokumentasikan koleksi ini turut bertujuan untuk mengemaskini rekod dan memudahkan
kemasukan data koleksi secara berkala ke dalam sistem MUSECORE.
ii. Pencalonan Objek Warisan
Unit Inventori Koleksi Artifak turut terlibat dengan beberapa sesi bengkel anjuran jabatan. dan
salah satu ialah Bengkel Pencalonan Objek Warisan dan UNESCO. Bengkel bertujuan untuk
memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kakitangan Bahagian Pengurusan koleksi dan
muzium-muzium berkaitan pencalonan koleksi sebagai Objek Warisan di peringkat kebangsaan
dan UNESCO. Bengkel ini telah diadakan secara zoom atas talian bersama tiga (3) orang pegawai
dari Jabatan Warisan Negara iaitu Puan Nor Azimah binti Supa’at, Puan Rokiah Binti Abdul Samad
dan Cik Ida Farhanatul Adawiyah Binti Abu Bakar. Bengkel ini telah berlangsung pada 17 November
2021.
64 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sekitar gambar-gambar Bengkel Pencalonan Objek Warisan dan UNESCO pada 17 November 2021
Selain itu juga, tiga (3) pencalonan objek warisan telah dipilih untuk ke peringkat penyelidikan oleh
Jabatan Warisan Negara iaitu gerabak kereta api dan tikar ciur di Muzium Perak, serta rangka paus
Indian Fin di Muzium Labuan.
Gambar tiga (3) koleksi bagi pencalanon Objek Warisan. Dari kiri gerabak kereta api,
rangka paus dan tikar ciur.
iii. Pembungkusan dan Pemulangan Koleksi Muzium Nasional Indonesia
Aktiviti pembungkusan dan pemulangan koleksi Muzium Nasional Indonesia yang dipinjamkan
bagi tujuan pameran The Lost Kingdom telah dilaksanakan sekitar bulan Julai 2021.
Mesyuarat dan kerja-kerja pembungkusan dan pemulangan koleksi Muzium
Nasional Indonesia
LAPORAN TAHUNAN 2021 65
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
2.3 Unit Arkib dan Perkhidmatan Elektronik
Objektif utama Unit Arkib dan Pendaftaran Elektronik adalah menguruskan penyimpanan dan
pengumpulan yang berkualiti dan sistematik berkaitan semua maklumat-maklumat serta bahan-
bahan yang penting sekitar warisan harta kebudayaan, serta melaksanakan pinjaman bagi
pameran, seminar, ceramah dan sebagainya.
Pencapaian program pada tahun 2021 di bawah Unit Arkib dan Perkhidmatan Elektronik adalah
seperti berikut:
i. Pendigitalan Koleksi bagi Sistem MUSECORE
* Rujuk Perkara 1.2: Pendigitalan Koleksi bagi Sistem MUSECORE
ii. Pinjaman Koleksi
Statistik Pinjaman:
PERKARA AGENSI LUAR JUMLAH INSTITUSI JUMLAH JMM JUMLAH
KOLEKSI KOLEKSI KOLEKSI
Muzium Tekstil Negara
PINJAMAN PERZIM 13 Muzium Negara 1
M.E.D.M 90
Arena Futsal FAM 1 2
Bhgn Pameran &
Pengembangan 3
- 16
34
Muzium Perak 146
Muzium Diraja
-6
JUMLAH 2 14
iii. Penyelidikan Koleksi
Arahan melaksanakan PKPD dan PKP pada seluruh negeri mengakibatkan para penyelidik mungkin
sukar untuk membuat penyelidikan koleksi di Jabatan. Para penyelidik memerlukan dan gemar
membuat penyelidikan secara bersemuka dengan pegawai dan melihat koleksi secara fizikal.
Statistik Penyelidikan Pemantauan dan Semakan Koleksi
PENYELIDIKAN AGENSI / INSTITUSI / KOLEKSI LAIN-LAIN CATATAN (RUJUKAN/
JABATAN SEBAB)
AGENSI LUAR Arkeologi (Pahang) -
JMM Muzium Pahang Baju Berayat - Pameran
Muzium Negara Dokumentasi
JUMLAH 2
66 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
iv. Pemantauan dan semakan koleksi
Pemantauan dan semakan koleksi telah dapat dilaksanakan pada akhir tahun 2021 bagi dua (2) muzium
iaitu:
a. Muzium Negara
Semakan bagi koleksi artifak di Muzium Negara telah dilaksanakan dari 15 hingga 21 Disember
2021 bagi menyelaras maklumat yang telah didaftar masuk ke dalam sistem MUSECORE.
Koleksi Muzium Negara yang telah di daftarkan ke dalam sistem MUSECORE berjumlah 1,185
terdiri dari pelbagai jenis koleksi dari empat (4) galeri tetap dan pameran yang berada di
luar.
b. Muzium Tekstil Negara
Pelaksanaan naziran bagi koleksi artifak di Muzium Tekstil Negara (MTN) telah dilakukan pada
20 Disember 2021 bagi menyelaras maklumat yang telah didaftar masuk ke dalam sistem
MUSECORE dengan koleksi artifak yang dipamerkan di muzium ini. Rekod sistem MUSECORE,
terdapat 394 koleksi yang telah didaftar masuk ke dalam sistem.
2.4 Unit Perkhidmatan Repositori
Unit Perkhidmatan Repositori bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan perancangan
strategik bagi memastikan ruang penyimpanan dan fasiliti di repositori sentiasa selamat dan
kondusif mengikut standard piawaian yang ditetapkan agar koleksi berada dalam keadaan tersedia
untuk digunakan pada bila-bila masa. Ini termasuk merancang dan melaksanakan secara efisyen
dan sistematik sistem penyimpanan dan pengendalian koleksi, kawalan keselamatan fizikal dan
persekitaran, dan penyelarasan dan penyelenggaran koleksi bagi tujuan konservasi dan preservasi.
Pencapaian program pada tahun 2021 di bawah Unit Perkhidmatan Repositori adalah seperti
berikut:
i. Program Pengklasifikasian, Pembungkusan, Pemindahan Koleksi bagi Projek Naik Taraf
Galeria Perdana (GP), Langkawai, Kedah.
* Rujuk Perkara 1.1: Program Pengklasifikasian, Pembungkusan, Pemindahan Koleksi
bagi Projek Naik Taraf Galeria Perdana (GP), Langkawai, Kedah.
ii. Program Penyusunan Semula Koleksi Numismatik (Matawang Kertas Dan Kupon) di
Bilik Kebal Bagi Tujuan Melengkapkan Data MUSECORE.
Bagi tahun 2021, Unit Perkhidmatan Repositori telah meneruskan penyusunan koleksi matawang.
LAPORAN TAHUNAN 2021 67
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BIL KATEGORI KOLEKSI JUMLAH
1 Board of Commissioners Currency Malaya 107 Koleksi
2 Board of Commissioners Currency Malaya & British Borneo 22 Koleksi
3 The Government of the Straits Settlements 40 Koleksi
4 The British North Borneo Company 72 Koleksi
5 The Government of Sarawak 20 koleksi
6 Private Currency (Johor, Selangor, Sungai Buloh dan Perak) 17 koleksi
7 Matawang Palsu 38 Koleksi
8 British Malaya Rubber Export Coupon 15 koleksi
9 FMS War Loan Bond Coupon
10 FMS Rubber Export Coupon 7 koleksi
11 Straits Settlements Mainland Rubber Export Coupon 67 koleksi
12 Johor Rubber Export Coupon 6 Koleksi
13 Kelantan Rubber Export Coupon 5 koleksi
14 Terengganu Rubber Export Coupon 6 koleksi
15 Kedah Rubber Export Coupon 3 koleksi
16 Penang Island Rubber Export Coupon 1 koleksi
17 Sarawak Rubber Export Coupon 2 koleksi
18 Straits Settlements Queen Victoria Currency 10 koleksi
19 Matawang Ringgit Bank Negara 100 koleksi
JUMLAH KESELURUHAN 16 koleksi
554 koleksi
iii. Program Lawatan dan Penyelidikan
UPR juga menerima kunjungan penyelidik yang terdiri daripada pelajar dan stake holder bagi
memberi pendedahan berkenaan penyimpanan, penjagaan dan kepelbagaian koleksi khazanah
negara. Antaranya ialah:
BIL TARIKH LAWATAN
1 20 September 2021 Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Timbalan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Lawatan Kerja YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Abd. Rahman,
2 25 Oktober 2021 Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan,
Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan
3 9 November 2021 Lawatan Kerja Rasmi Oleh Pihak Perbadanan Adat Melayu & Warisan
Negeri Selangor (PADAT)
4 13 -16 Disember 2021 Kajian Dokumentasi Tembikar Pra-Sejarah oleh Pusat Penyelidikan
Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
68 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Kunjungan hormat YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia
Lawatan Kerja YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Abd. Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan
Negeri Kelantan
Wakil dari PADAT mengenalpasti senarai koleksi setem dan perkhidmatan pos yang
diperolehi oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia bagi cadangan pengisian Muzium
Setem.
Penyelidikan Tembikar Pra Sejarah Oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM
LAPORAN TAHUNAN 2021 69
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
iv. Program Housekeeping
Bagi memastikan koleksi di repositori berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat, beberapa siri
kerja housekeeping iaitu pembersihan repositori tetap dijalankan. Dalam pelaksanaan kerja ini, Unit
Perkhidmatan Repositori telah melakukan beberapa operasi iaitu:
a. Menyisih sampah sarap di sekitar ruang penyimpanan koleksi repositori.
b. Menyusun atur koleksi di dalam ruang penyimpanan koleksi repositori.
c. Menyapu sampah, habuk dan debu di sekitar ruang ruang penyimpanan koleksi
repositori.
d. Mengelap lantai di dalam ruang ruang penyimpanan koleksi repositori.
BIL REPOSITORI TARIKH NAMA STAF YANG TERLIBAT
25 – 28
1 Repositori Lukut Oktober 2021 1) Encik Ahmad Zulkarnain bin Alias
16 Disember 2021 2) Encik Ahmadmiswan bin Sohiman
Repositori Cengal, Kasturi 3) Mohd Hazuan bin Sanusi
2 dan Stor Transit (Muzium 23 Disember 2021 4) Muhammad Hafiz bin Zulkifli
Diraja) 1) Ahmadmiswan bin Sohiman
2) Azmi bin Mat
3 Repositori Utama JMM dan 3) Muhammad Hafiz bin Zulkifli
Repositori Kereta 4) Mohd Anas bin Abd Rahman
1) Norasmah binti Abu Samah
2) Awang Ku Mohd Fadli bin Awang Besar
3) Ahmadmiswan bin Sohiman
4) Mohd Ruzi bin Sulaiman
5) Muhammad Hafiz bin Zulkifli
6) Hasliza binti Hanafi
7) Mohd Anas bin Abd Rahman
8) Mohd Hazuan bin Sanusi
9) Noor Farah binti Mohd Amin
10)Zainab binti Ab Hadi
70 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Menyusun atur koleksi di Repositori Lukut
Pembersihan repositori yang melibatkan kerja-kerja menyapu dan mengemop
lantai, dan membersihkan habuk pada koleksi
v. Maklumat Rekod Konservasi Artifak bagi Tahun 2021
UPR turut bertanggungjawab mengenal pasti artifak yang memerlukan pemulihan dan membuat
permohonan untuk kerja-kerja konservasi koleksi berkenaan. Perincian jumlah koleksi yang telah di
hantar ke Bahagian Pengurusan Konservasi adalah seperti berikut:
BIL BULAN KUANTITI KOLEKSI
1 Februari JUMLAH KESELURUHAN 35
2 Mac 3
3 April 1
4 Ogos 4
5 Oktober 15
6 November 10
68
LAPORAN TAHUNAN 2021 71
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN KONSERVASI
Bahagian Pengurusan Konservasi bertanggungjawab dalam perancangan, penyelarasan dan
pemantauan aktiviti konservasi koleksi artifak Jabatan Muzium Malaysia. Bahagian ini komited dalam
memastikan koleksi artifak Jabatan sama ada di makmal, repositori, dan galeri muzium sentiasa berada
dalam keadaan yang baik melalui kerja-kerja konservasi dan pemantauan artifak. Sebagai pusat
rujukan, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti konservasi seperti
lawatan, kursus dan latihan, khidmat nasihat serta program-program konservasi kepada masyarakat.
Bagi mendokong objektif dan fungsi bahagian, Bahagian Pengurusan Konservasi ini dibahagikan
kepada tiga (3) unit iaitu Unit Konservasi Bahan Organik, Unit Konservasi Bahan Bukan Organik dan
Unit Konservasi Preventif.
UNIT FUNGSI FUNGSI BERSAMA
Bahan Organik
Bahan Bukan Organik Merancang dan melaksanakan kerja-ker- • Penyelidikan
ja konservasi artifak organik seperti kayu, • Pendokumentasian
Preventif tekstil dan kertas • Lawatan
• Khidmat Nasihat
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja • Kursus/Latihan
konservasi artifak bukan organik seperti • Program Konservasi
logam dan seramik.
Melaksanakan pemantauan persekitaran
artifak di repositori dan galeri melibatkan
pemantauan suhu, kelembapan bandin-
gan, cahaya, makhluk perosak dan pengu-
rusan bencana.
1.0 Konservasi Artifak Secara Kuratif
Konservasi artifak secara kuratif melibatkan kerja-kerja kuratif artifak samaada dari bahan organik
dan Bahan Bukan Organik di makmal atau di lapangan. Kerja konservasi artifak adalah proses
secara langsung untuk menghentikan atau meminimakan kerosakan artifak yang telah berlaku
menggunakan bahan dan peralatan yang tertentu oleh konservator di bahagian Pengurusan
Konservasi. Berikut merupakan senarai aktiviti-aktiviti konservasi artifak yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun.
Jumlah artifak dari bahan organik dan bukan organik yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021:
BULAN BAHAN ORGANIK Bahan Bukan Organik JUMLAH
JANUARI - 1 1
FEBRUARI - 7 7
1,247 5 1,252
MAC 2 8 10
APRIL - 1 1
- - -
MEI - - -
JUN 1 - 1
JULAI
OGOS
7 2 LAPORAN TAHUNAN 2021 13 - 13
JABATAN MUZIUM MALAYSIA 2 68
- --
SEPTEMBER 2 -2
OKTOBER 1,267 28 1,295
NOVEMBER
DISEMBER
JUMLAH
2.0 Konservasi Artifak Secara Preventif
Konservasi artifak secara preventif adalah di bawah seliaan unit Preventif, di mana aktiviti-
aktiviti seperti sokongan, penilaian kondisi dilaksanakan di makmal, repositori atau di galeri-galeri
muzium. Aktiviti ini adalah untuk memastikan koleksi artifak sentiasa dalam keadaan yang baik
dan terlindung dari risiko kerosakan oleh agen-agen kerosakan yang wujud di persekitaran artifak.
Berikut merupakan senarai aktiviti-aktiviti pemantauan artifak yang telah dilaksanakan sepanjang
tahun.
Jumlah aktiviti sokongan dan penilaian kondisi artifak yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021:
BULAN SOKONGAN KOTAK FUMIGASI LAIN LAIN PENILAIAN KONDISI
JANUARI 6 6 64 - -
FEBRUARI 1244 -- - 5
MAC - -- 1 2,103
APRIL 2 51 - -
MEI - -- - 121
JUN - -- - 1
JULAI - -- - -
OGOS - -- - -
- -- - 1
SEPTEMBER - -- - -
OKTOBER - -- - 57
NOVEMBER 2 -- - 64
DISEMBER 57 64 1 -
JUMLAH 1,254 2,352
3.0 Lawatan
Aktiviti lawatan ini adalah kunjungan dari jabatan, agensi, persatuan, institusi pendidikan dan
individu ke Bahagian Pengurusan Konservasi bagi mengkaji, mempelajari dan memahami kerja-kerja
pemeliharaan dan pemuliharaan artifak dan kepentingannya kepada negara. Berikut merupakan
senarai aktiviti-aktiviti lawatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.
BULAN PERKARA MUZIUM/AGENSI JUMLAH PELAWAT
ASWARA 17
MAC Lawatan Pelajar Sijil Aswara MOTAC 7
SEPTEMBER Lawatan dari YB Timbalan Menteri MOTAC
LAPORAN TAHUNAN 2021 73
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Lawatan Kerja YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam PMNK 6
bin Rahman. JK Perpaduan Masyarakat,
OKTOBER Kebudayaan, Warisan & Pelancongan Negeri
Kelantan
Lawatan Kerja Malaysian Football League MFL 3
NOVEMBER Lawatan kerja Muzium Diraja Abu Bakar 14
DISEMBER Lawatan Industri dari Agensi Nuklear Malaysia Muzium Diraja Abu 15
Bakar, Johor 62
Agensi Nuklear
Malaysia
JUMLAH
4.0 Kursus / Latihan
Kursus dan latihan ini adalah pembelajaran mengenai kerja-kerja konservasi artifak yang ditawarkan
oleh Bahagian Pengurusan Konservasi kepada umum. Ini termasuk kursus atau bengkel konservasi
artifak dan penempatan sementara pegawai, kakitangan, dan pelajar dari agensi luar dan institusi
Pendidikan bagi tujuan latihan dan pendidikan. Berikut merupakan senarai kursus dan latihan yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun.
BULAN KURSUS/PENEMPATAN TARIKH
OGOS Kursus dalam talian Pra-Bengkel Restorasi Pesawat Avon 9 – 10 Ogos 2021
SEPTEMBER Sabre F-86 28 September 2021
Webinar Pengangkutan Air Tradisional (Perahu) 2
JUMLAH
5.0 Khidmat Nasihat
Khidmat nasihat adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan Konservasi
berdasarkan kepada permohonan oleh individu, agensi dan institusi. Aktiviti ini merangkumi khidmat
nasihat berkenaan dengan kerja-kerja konservasi dan sokongan artifak, serta aspek-aspek yang
harus dititikberatkan dalam pengurusan artifak di galeri dan repositori. Berikut merupakan senarai
khidmat nasihat yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.
74 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BULAN PERKARA MUZIUM/AGENSI
FEBRUARI
Pengukuran relau untuk pembuatan replikasi bagi Jeniang & Sg Batu, Sg Petani
MAC pengisian pameran di galeri 2, Muzium Arkeologi Lembah Kedah
Bujang.
Galeria Perdana, Pulau Lang-
Penilaian kondisi koleksi sempena naiktaraf Galeria kawi
Perdana
MALB, Kedah
Penilaian kondisi koleksi untuk pengisian galeri 2 dan kerja-
kerja ‘touch up’ relau
APRIL Penyelidikan Trofi HMS Malaya Eddy Current Testing. Agensi Nuklear Malaysia
PADAT, Shah Alam
Khidmat nasihat dan lawatan ke bangunan yang akan
dijadikan Muzium Tekstil Selangor Jabatan Warisan Negara
Khidmat Konservasi bagi 11 artifak
OGOS Pemasangan datalogger di galeri Muzium Tekstil Negara Muzium Tekstil Negara
SEPTEMBER Program Naziran Berkala Muzium Diraja
Program Naziran Berkala Repositori Muzium Alam Semu-
NOVEMBER Khidmat nasihat bagi pemindahan dan sokongan artifak lajadi
di repositori
Galeria Perdana, Langkawi
JUMLAH
10
6.0 Program
Program konservasi adalah berdasarkan kepada penglibatan Bahagian Pengurusan Konservasi
dalam akvititi-aktiviti yang dianjurkan samaada oleh Jabatan Muzium Malaysia ataupun Jabatan
atau agensi yang berkaitan. Berikut merupakan senarai program konservasi yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun.
BULAN PERKARA MUZIUM/AGENSI LOKASI
OGOS Jabatan Muzium
Penggambaran Bendera Malaysia Pertama Media Prima
NOVEMBER Malaysia
Penggambaran Piala HMS Malaysia Football
Malaya Sempena Ulang League (MFL) & Jabatan Muzium
Tahun ke-100 Malaysia
Media Prima
Perlawanan Akhir Bola Stadium Putra
Sepak Piala Malaysia - Malaysia Football Bukit Jalil
Membawa Piala HMS League (MFL)
Malaya ke Stadium Putra
Bukit Jalil
LAPORAN TAHUNAN 2021 75
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
7.0 Lampiran Bergambar
Kerja-Kerja Penilaian Kondisi bagi Naiktaraf Galeria Perdana, Pulau Langkawi
Pemasangan Persampelan Udara di Proses Fumigasi Rangka Gua Cha
Rooftop JMM
76 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Naziran di Repositori JMM Naziran Muzium DiRaja
Naziran Repositori Muzium Alam Konservasi & Restorasi Pintu Gerbang
Semulajadi
Lawatan Malaysia Football League (MFL) ke JMM
LAPORAN TAHUNAN 2021 77
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Kunjungan Hormat dari Agensi Nuklear Malaysia
Penggambaran Bendera Malaysia Pertama
Penggambaran Piala HMS Malaya sempena Ulang Tahun ke 100
78 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Lawatan Pelajar Sijil Aswara ke Bahagian Pengurusan Konservasi
Pengukuran relau untuk pembuatan replikasi bagi pengisian pameran di galeri 2, MALB
Penghasilan replika relau
LAPORAN TAHUNAN 2021 79
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Penyelidikan Trofi HMS Malaya menggunakan Teknik Eddy Current Testing oleh Agensi Nuklear
Malaysia
Kursus dalam talian Pra-Bengkel Restorasi Pesawat Avon Sabre F-86
80 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Webinar Pengangkutan Air Tradisional (Perahu)
Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia -
Membawa Piala HMS Malaya ke Stadium Putra Bukit Jalil
LAPORAN TAHUNAN 2021 81
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
LAPORAN
SEKTOR
PERMUZIUMAN
82 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
SEKTOR PERMUZIUMAN
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 22 BUAH MUZIUM
KOMUNIKASI PAMERAN DAN PENYELIDIKAN JABATAN MUZIUM
KORPORAT PENGEMBANGAN
DAN MALAYSIA
DOKUMENTASI
• bertanggungjawab • bertanggungjawab • bertanggungjawab • terdiri daripada
dalam mempromosi dalam dalam Muzium Negara,
dan memasarkan perancangan, perancangan, Muzium Alam
22 buah Muzium di pelaksanaan dan pelaksanaan dan Semulajadi, Muzium
bawah JMM dan pemantauan penyelarasan Etnologi Dunia
semua Pameran/ terhadap program Melayu, Muzium
Program/ Aktiviti pelaksanaan penyelidikan Tekstil Negara,
yang diadakan program khidmat di Jabatan, Muzium Perak,
sepanjang tahun. nasihat pameran, meningkatkan hasil Muzium Arkeologi
program outreach penyelidikan dalam Lembah Bujang,
(pengembangan) bidang sejarah, Muzium Kota
dan program kebudayaan dan Kayang, Muzium
pendokumentasian alam semula jadi Adat, Muzium Sg.
dalam bentuk serta penerbitan Lembing, Muzium
fotografi dan video. hasil penyelidikan Seni Bina Malaysia,
sebagai koleksi Muzium Seni Kraf
• terdiri daripada Jabatan dan Orang Asli, Muzium
Unit Perkhidmatan sebagai sumber Kota Kuala Kedah,
Muzium, Unit rujukan penyelidik. Galeria Perdana,
Pendidikan Muzium Muzium Diraja,
dan Unit Sumber • terdiri daripada Muzium Automobil
Media. Unit Penyelidikan, Nasional, Muzium
Unit Penerbitan dan Matang, Muzium
Dokumentasi serta Kota Johor Lama,
Unit Perpustakaan. Muzium Lukut,
Muzium Muzik,
Muzium Labuan,
Muzium Chimney
dan Muzium Marin
Labuan
LAPORAN TAHUNAN 2021 83
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
LAPORAN
SEKTOR
PERMUZIUMAN
Sektor Permuziuman merupakan sektor yang bertanggungjawab
merancang dan memantau aktiviti/program yang dijalankan oleh
muzium-muzium persekutuan yang diketuai oleh Encik Mohd Razaimi
bin Hamat. Sektor Permuziuman terdiri daripada tiga (3) bahagian
utama iaitu:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (BKK)
Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab dalam mempromosi dan memasarkan 22 buah
muzium dan semua program/aktiviti yang diadakan sepanjang tahun di JMM. Tahun 2021 juga
menyaksikan tempoh penutupan muzium yang lebih panjang berbanding tahun 2020. Impaknya, tahun
ini menunjukkan kemerosotan statistik pelawat berbanding dari tahun-tahun sebelumnya. Walau
bagaimanapun di bawah fasa 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah membolehkan muzium-
muzium di bawah JMM dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan
kerajaan sehingga ianya beroperasi semula sepenuhnya dan dibuka kepada pelawat dengan sebanyak
tujuh (7) muzium di bawah JMM termasuk Muzium Negara telah dibuka semula bermula 2hb. Oktober
2021. Jumlah sasaran pelawat yang ditetapkan pada tahun 2021 adalah sebanyak 300,000 orang.
Jumlah ini merupakan hasil penilaian semula sasaran susulan suasana pandemik yang masih belum
pulih sepenuhnya. Ia menjadikan sasaran tahun ini sebagai sasaran terendah berbanding tahun-
tahun sebelumnya. Sehingga 31 Disember 2021, JMM berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu
sebanyak 359,265 orang pelawat. BKK juga telah berjaya mencapai KPI yang telah disasarkan dalam
mempromosikan muzium di pelbagai platform serta penganjuran program/aktiviti yang berkaitan
dengan fungsi dan peranannya.
84 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.0 Program Dan Aktiviti
1.1 MJSMeadMjluisnBiaagP:PieaTrnaashdmuemniai2nk0,2E1PpaidmeemraiknDaBnaEjundeKmuirku,nPga:meBraunsaKnuaasaSEepmaansjaSnegrtaZPaemlaannc,araPnaKmaelreanndarWAacbaarka
Tarikh : 3 Mac 2021
Medium : Dalam Talian (Facebook JMM)
Masa : 3.00 Petang
Anjuran/Kerjasama : Jabatan Muzium Malaysia
Objektif :
i. Membuat hebahan dan mempromosikan kepada orang ramai dan pengamal media
pameran/program/aktiviti Jabatan Muzium Malaysia
ii. Menjadikan muzium sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara
Majlis Perasmian Pameran Baju Kurung: Busana Sepanjang Zaman, Pameran Wabak Sedunia:
Pandemik, Epidemik dan Endemik, Pameran Kuasa Emas Serta Pelancaran Kalendar Acara JMM Bagi
Tahun 2021 diadakan secara maya. Majlis ini bersiaran secara langsung melalui media facebook rasmi
Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBhg. Datuk Kamarul
Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah JMM diikuti ucapan perasmian dan pelancaran oleh YB Dato’
Sri Hajah Nancy Sukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Pada tahun 2021,
JMM mensasarkan sebanyak 135 program dan aktiviti yang melibatkan lapan (8) signature program,
sembilan (9) program utama dan lapan (8) pameran sementara yang akan dilaksanakan oleh 22 buah
muzium di bawah pentadbiran JMM. Majlis ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada pada jam 4.00
petang dengan tontonan sebanyak 2,000 views.
LAPORAN TAHUNAN 2021 85
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.2 Majlis Pelancaran Dasar Permuziuman Negara & Kempen Kembali Ke Muzium
Tarikh : 6 April 2021
Anjuran : Jabatan Muzium Malaysia
Objektif :
i. Menyemarakkan sektor pelancongan dan menyuburkan rasa cinta kepada khazanah
warizan negara
ii. Menentukan hala tuju muzium untuk impak jangka panjang dan masa hadapan institusi
permuziuman
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC) pada 6 April 2021, jam 9.15 pagi bertempat di Dataran Muzium Negara. Turut
hadir ialah YBhg Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan
Muzium Malaysia (JMM), pegawai-pegawai kanan MOTAC, Ketua-ketua Jabatan/Agensi, pegawai-
pegawai kanan JMM, Pengarah/Ketua Muzium, kakitangan JMM dan pengamal media. Majlis ini
diadakan secara fizikal dan turut disiarkan secara langsung melalui media Facebook rasmi JMM. Dasar
Permuziuman Negara dan Garis Panduan ini memperlihatkan satu inisiatif berterusan JMM dalam
menyediakan satu panduan dan rujukan am dalam pengoperasian muzium yang lebih teratur dan
komprehensif. Selain itu, menerusi inisiatif Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik,
pihak Kementerian turut memberi sokongan padu kepada penganjuran kempen “Kembali ke Muzium”
oleh JMM bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan dan menyuburkan rasa cinta kepada khazanah
warisan negara. Majlis turut diselitkan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang video program
signature JMM & muzium-muzium JMM yang aktif melaksanakan program secara atas talian serta
penyampaian bakul makanan kepada Pemandu Pelancong dengan kerjasama MOTAC KL/Putrajaya.
86 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.3 Program Jerayawara Kempen Kembali Ke Muzium Siri 1: Perak
Tarikh : 10 hingga 11 April 2021
Medium : Fizikal
Tempat : Muzium Perak
Kerjasama : Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Objektif :
i. Memperkenalkan dan memberi pengetahuan kepada orang ramai berkaitan adat,
budaya dan kehidupan masyarakat Orang Asli.
ii. Menjadikan muzium antara tarikan dan destinasi pelancongan utama negara
Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan domestik, JMM telah
melancarkan siri ke-2 program Jerayarawa Kempen Kembali ke Muzium di Muzium Perak bagi menarik
masyarakat tempatan berkunjung ke muzium. Program yang berlangsung selama dua hari ini diadakan
secara fizikal dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan turut disiarkan secara langsung
melalui Facebook rasmi Jabatan Muzium Malaysia. Bertemakan “Kenali Masyarakat Orang Asli”, program
ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat. Ia dilaksanakan menerusi
kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA). Melalui program ini, pengunjung
dapat mempelajari adat dan budaya, kehidupan seharian masyarakat orang asli. Pelbagai aktiviti
menarik telah diadakan. Termasuklah wacana, pameran, persembahan kebudayaan, demonstrasi,
jualan kraftangan, permainan tradisional dan pertandingan mewarna. Perasmian program ini telah
disempurnakan oleh YBrs. En. Norazman bin Othman, TKSU (Pengurusan) MOTAC pada 10 April 2021.
Turut hadir ialah YB Encik Ahmad Saidi bin. Mohamad Daud, Pengerusi JK Pendidikan, Pengajian
Tinggi dan Sumber Manusia dan Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan
Muzium Malaysia, pegawai-pegawai kanan JMM dan pengamal media. Keseluruhannya, program ini
telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan merekodkan seramai 2,089 pengunjung
sepanjang tempoh ia berlangsung.
LAPORAN TAHUNAN 2021 87
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.4 Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2021
Tarikh : 13 hingga 17 Julai 2021
Medium : Dalam Talian (Facebook JMM)
Anjuran : Jabatan Muzium Malaysia
Objektif :
i. Memastikan muzium terus kekal relevan bukan sahaja demi kelestarian sejarah, budaya
dan warisan alam semulajadi tetapi juga untuk kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat seluruhnya
ii. Sebagai menghargai usaha dan dedikasi komuniti muzium dalam pembangunan
masyarakat
Hari Muzium Antarabangsa (HMA) diraikan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada tanggal 18 Mei
setiap tahun dan merupakan tahun yang ke-25 penganjurannya sejak ia pertama kali disambut di
Peringkat Kebangsaan pada tahun 1997. Sambutan tahun ini julung kalinya diadakan secara maya
bermula 13 hingga 18 September 2021 menerusi Facebook rasmi JMM sebagai perantara. Tema
sambutan pada tahun ini ialah The Future of Museums: Recover and Reimagines atau “Masa Hadapan
Muzium: Pemulihan dan Pencitraan”. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy
Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah disiarkan pada 13 September
2021, jam 10.00 pagi. HMA kali ini mempelawa semua ahli profesional muzium dan komuniti untuk
mencipta dan memikirkan semula, seterusnya berkongsi kaedah baru dalam mewujudkan nilai, model
baru bagi institusi sejarah dan budaya serta mencari kaedah penyelesaian yang inovatif dalam
mendepani cabaran sosial, ekonomi dan persekitaran semasa. Pelbagai aktiviti menarik telah telah
diatur seperti pameran maya serta beberapa siri pertandingan seperti e-sukan iaitu FIFA 21, PUBG dan
Mobile Legend, e-kuiz, pertandingan rekabentuk muzium masa hadapan, pertandingan nyanyian lagu
terkini dan tradisional, pertandingan persembahan kebudayaan kreatif dan pertandingan cabaran
pantun kreatif. Selain itu, program Selawat & Ceramah Agama @ Muzium serta Webinar Antarabangsa.
88 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.5 Sesi Walkabout Datuk Wira Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan,
Seni Dan Budaya (MOTAC) Ke Muzium Negara Sempena Pengoperasian Semula Muzium-Muzium
Di Bawah JMM
Tarikh : 1 Oktober 2021 (Jumaat)
Lokasi : Muzium Negara
Masa : 11.30 pagi
Anjuran/Kerjasama : Jabatan Muzium Malaysia
Objektif :
i. Sebagai tanda rasmi pembukaan Muzium Negara dan muzium-muzium di bawah
pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) kepada orang ramai bermula 2 Okt 2021
ii. Mewar-warkan kepada orang ramai berkaitan prosedur operasi standard atau SOP
yang perlu dipatuhi pelawat semasa kunjungan ke muzium-muzium di bawah JMM
Susulan pengumuman Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada industri kreatif pada 9hb.
September 2021, YBhg Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Timbalan Menteri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengadakan satu sesi walkabout
sempena pengoperasian semula muzium-muzium di bawah JMM. Pada sesi walkabout ini, Datuk Wira
KSU melakukan lawatan rasmi ke Muzium Negara bagi meninjau persiapan dan prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan kepada pelawat sebelum ianya dibuka pada 2 Oktober 2021. Selain
Muzium Negara, enam (6) lagi muzium di bawah JMM yang turut dibuka serentak ialah Muzium Etnologi
Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Muzium Muzik, Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur,
Muzium Automobil Nasional di Selangor, Muzium Seni Bina Malaysia di Melaka dan Muzium Arkeologi
Lembah Bujang di Kedah (pameran luar sahaja). Waktu operasi muzium JMM yang berada di negeri
Fasa 1, 2 dan 3 bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali Isnin minggu pertama
setiap bulan. Sesi ini turut dihadiri YBrs. Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)
MOTAC; Serta pegawai kanan MOTAC dan YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim Ketua Pengarah,
Jabatan Muzium Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2021 89
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.6 Minggu Budaya Malaysia (Malaysia Culture Week)
Tarikh : 25 hingga 30 Oktober 2021
Medium : Dalam Talian (Laman Sesawang MBM dan Facebook JMM)
Kerjasama : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Objektif :
i. Menterjemahkan strategi dasar kebudayaan negara (DAKEN) 2021 dalam bentuk
penganjuran berskala antarabangsa bagi tujuan promosi seni, budaya dan warisan
negara
ii. Memperkasakan fungsi dan tanggungjawab agensi dalam menggariskan strategik dan
pelan tindakan berdasarkan teras kebudayaan
Minggu Budaya Malaysia ini merupakan salah satu signature program bagi Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Program ini bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan
seni, budaya dan warisan serta kepelbagaian cara hidup di Malaysia yang mencerminkan kehidupan
bersatu dalam kepelbagaian unity in diversity kepada masyarakat antarabangsa. Tahun ini, ia
dilaksanakan pertama kalinya secara hybrid dan digitalisasi dengan tema “Bangkit Asal” yang
membawa maksud mengangkat atau menghidupkan kembali seni budaya dan warisan negara yang
kian dilupakan. Setiap agensi akan menyediakan produk dan pengisian untuk dimuatnaik dalam
laman sesawang rasmi Minggu Budaya Malaysia iaitu www.mbm2021.com bermula pada 25 hingga 30
Disember 2021. Jabatan Muzium Malaysia telah memaparkan rakaman video yang berdurasi selama 20-
30 minit yang menceritakan keseluruhan core business jabatan iaitu konservasi, pameran, koleksi dan
penyelidikan. Penampilan 2 segmen temubual dengan topik Busana Tradisional: Citra Wajah Malaysia
oleh Puan Zubaidah binti Sual dan Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah JMM, selain
segmen Gerus Kilauan Tekstil dan Jom Ikat Celup oleh Muzium Tekstil Negara.
90 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.7 Majlis Perasmian Pameran Keajaiban Taksidermi: Kehidupan Abadi Dan Pelancaran Kempen
Derma Koleksi
Tarikh : 7 Disember 2021
Medium : Fizikal
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dataran Muzium Negara
Objektif :
i. Menarik perhatian masyarakat mengenai seni taksidermi di samping menghargai dan
menghayati kepentingannya ke arah melestari khazanah fauna negara
ii. Meningkatkan kepekaan dan keprihatinan masyarakat terhadap warisan sejarah, seni,
budaya dan alam semulajadi negara melalui pelaksanaan aktiviti penyelidikan, pameran
dan pendidikan muzium
Majlis Perasmian Pameran Keajaiban Taksidermi: Kehidupan Abadi dan Pelancaran Kempen Derma
Koleksi telah diadakan secara fizikal. Pameran yang bermula dari 18 Oktober 2021 sehingga 18 Mac
2022 bertempat di Galeri 2 JMM ini memperlihatkan perkembangan taksidermi di Malaysia menerusi
pelbagai koleksi spesimen yang menarik hasil sentuhan kakitangan Bahagian Ilmu Kejadian di samping
perkongsian pengalaman bekas ahli taksidermi muzium. Daripada 126 koleksi fauna terpilih yang
dipamerkan, sebahagian besar terdiri daripada koleksi haiwan yang diawet pada tahun 1960-an. Ia
termasuklah burung kuang raya jantan dengan posisi sedang mengigal yang diawet pada tahun
1963. Secara keseluruhannya, spesimen yang dipamerkan terdiri daripada mamalia, reptilia, avian,
amfibia, ikan, skeleton dan tengkorak gajah asia. Pada majlis yang sama, Kempen Derma Koleksi yang
bertujuan mempromosi dan menggalakkan masyarakat untuk menyumbang artifak persendirian yang
mempunyai nilai sejarah, seni, budaya dan alam semulajadi kepada pihak muzium juga dilancarkan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC).
LAPORAN TAHUNAN 2021 91
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
1.8 Lawatan YB Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia Sempena Kempen Penyemarakan
Pelancongan Domestik
Tarikh : 23 Mac 2021
Lokasi : Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka
Anjuran/Kerjasama : Jabatan Muzium Malaysia/ MOTAC
Objektif :
i. Mempromosikan muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan
muzium-muzium di Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
ii. Sebagai langkah pemulihan dan membantu industri pelancongan untuk bangkit semula.
Sebagai satu langkah pemulihan ke arah membantu industri pelancongan negara, Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memfokuskan kepada tugas khas untuk
menggalakkan pelancongan domestik negara. Industri pelancongan mula menunjukkan perkembangan
positif apabila ianya dibuka semula selepas ditutup susulan pelaksanaan PKP. MOTAC mengambl
inisiatif membantu agensi-agensi di bawahnya termasuklah JMM untuk menjadikan muzium sebagai
salah satu destinasi pilihan pengunjung. Sehubungan dengan itu, YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, pegawai-pegawai kanan MOTAC serta pengamal
media telah turun padang menerusi sesi lawatan ini.
92 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
2.0 Kolaborasi Pengiklanan Bersama Media Prima
2.1 Jejak Rasul TV3
Tarikh Siaran : 9 April 2021 sehingga 8 Mei 2021
Masa : 6.30 petang
Medium : Televisyen
Saluran : TV3
Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah berkolaborasi bersama Media Prima Berhad bagi terbitan
rancangan Jejak Rasul pada edisi ke-27. Jejak Rasul merupakan sebuah rancangan dokumentari
bercorak Islamik yang ditayangkan di TV3 sejak tahun 1996 dan bersiaran sepanjang bulan Ramadan.
Program ini memaparkan perkongsian mengenai catatan sejarah, tempat dan bukti peninggalan
Rasul atau anbiya’ dan kisah ulama silam dan berlatarkan lokasi di seluruh pelusuk dunia. Jejak Rasul
kali ini telah menukar konsep dengan menjelajah ke beberapa buah negeri di tanah air bagi menjejaki
sumbangan pendakwah pewaris anbiya’ di Tanah Melayu khususnya dalam memperkenalkan Islam
kepada sultan dan penduduk di negara ini serta sumbangan yang diberikan pada kemajuan dan
perkembangan islam tanah air. Rancangan ini juga membawakan wawancara pakar-pakar yang
mengulas topik berkaitan bersandarkan fakta sejarah, artifak silam, tapak arkeologi serta monumen
penting dan terawal yang berkaitan dengan pengaruh islam. Dengan tajuk “Ulama Pewaris Rasul’
program ini diterbitkan sebanyak 15 episod dan bersiaran pada 9 April hingga 8 Mei 2021 iaitu pada
setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang. Muzium-muzium yang terlibat ialah Muzium Negara,
Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Negeri Kelantan dan Muzium
Negeri Terengganu. Jumlah tontonan paling tinggi yang direkodkan untuk program ini mencecah 2.2
juta tontonan. Program ini juga diulang tayang pada setiap Sabtu dan Ahad di TV9, jam 10.30 malam.
LAPORAN TAHUNAN 2021 93
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
2.2 Dokumentari Jalur Gemilang TV9 & TV3
Tarikh Siaran : 16 Sept 2021 (TV9), 28 Sept 2021 (TV3)
Medium : Televisyen
Saluran : TV9 dan TV3
Kemerdekaan: Menjulang Takzim Jalur Gemilang ini berdurasi selama 30 minit dan berkisarkan mengenai
bendera Malaysia “Jalur Gemilang” dengan subjek utama iaitu Bendera Persekutuan Tanah Melayu
rasmi pertama yang dimiliki JMM. Justeru, objektif utama kolaborasi ini adalah untuk menyemarakkan
sambutan Bulan Kebangsaan dengan menyebarluas kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat
khususnya generasi muda mengenai status dan kedudukan bendera negara yang sewajarnya dijaga
dan dihormati serta dibanggakan seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian besar lokasi penggambaran
adalah tertumpu di Muzium Negara dan beberapa lokasi di ibu pejabat JMM iaitu di Makmal Konservasi
dan juga di repositori. Selain memberi tumpuan kepada bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu
yang dikibarkan pada malam tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, penonton juga diberikan
pendedahan mengenai pemilihan nama ‘Jalur Gemilang’ menerusi penampilan khas Tn. Hj. Redzuan
Tumin iaitu bekas Timbalan Ketua Pengarah JMM (ketika itu dikenali sebagai Jabatan Muzium dan
Antikuiti). Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencadangkan nama “Jalur Gemilang”,
iaitu nama khas bendera Malaysia yang telah diumumkan pada tahun 1997 oleh Perdana Menteri ketika
itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dokumentari ini telah disiarkan pada 16 September 2021, jam 8.30
malam di saluran TV9. Program ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga
dipilih untuk diulang siaran di saluran TV3 jam 9.30 malam. Malah, sebelum itu juga telah diberi liputan
menerusi Buletin Utama yang bersiaran langsung pada 17 Sept. 2021. Pancaran siaran tanpa had serta
akses secara percuma ke seluruh negara menyebabkan platform ini berjaya menembusi kumpulan
sasar yang jauh lebih luas berbanding capaian menerusi platform media sosial yang sering digunakan
JMM. Program ini juga ditayangkan di youtube TV3 Malaysia Official dan kedua-dua tayangan
dokumentari ini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1,719,278 penonton dengan nilai media berjumlah
RM1,360,000.00
94 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
3.0 Promosi Tematik Dan Program Dalam Talian Jabatan Muzium Malaysia
Pada tahun 2021, Bahagian Komunikasi Korporat telah menjalankan promosi tematik dan melaksanakan
program dalam talian di beberapa lokasi serta memuatnaik aktiviti secara maya menerusi Facebook
Rasmi Jabatan Muzium Malaysia. Pelbagai pengisian dilakukan bagi menyampaikan informasi kepada
masyarakat bersesuaian dengan konsep penggunaan media sosial secara optimum masa kini. Di
antaranya termasuklah Program Tanya Kurator, Diari Muzium dan segmen Nak Tahu Tak serta beberapa
program lain.
Sebagai tunjang utama kepada hebahan dan promosi, BKK tampil dengan program terbaru atas talian
iaitu Diari Muzium. Program ini memaparkan koleksi pilihan menarik yang terdapat di dalam muzium-
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Selain itu, hebahan lain turut menghiasi laman rasmi
Facebook Jabatan Muzium Malaysia seperti promosi pameran terkini iaitu Pameran Kuasa Emas dan
Pameran Keajaiban Taksidermi: Kehidupan Abadi.
Pelaksanaan promosi dan hebahan pengoperasian semula muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium
Malaysia secara fizikal turut dilakukan di beberapa lokasi sebagai platform bertemu para pengunjung.
Brosur mengenai muzium dan program diagihkan kepada para pelawat selain meletakkannya di
kaunter pertanyaan dan kaunter tiket Muzium Negara, Muzium Tekstil Negara, Muzium Diraja, Muzium
Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu.
LAPORAN TAHUNAN 2021 95
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
3.1 Promosi Tematik
BIL TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT
Hotel di Melaka:
- Ibis Hotel, Melaka
- Rivero Boutique Hotel, Melaka
1 23 Mac Promosi muzium-muzium di bawah Jabatan - Hatten Hotel, Melaka
2021 Muzium Malaysia sempena Program Jerayawara - Bayou Lagoon Park Resort,
YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia ke Zon Selatan (Muzium Seni Bina Melaka
Malaysia). - Swiss Garden Hotel, Melaka
- Eco Tree Hotel, Melaka
- Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh
- Aurora Hotel
- Swan Garden Hotel Melaka
- Hotel Heritage
Hotel di Taiping, Perak:
- Beverly Hotel
- Hotel Seri Malaysia Taiping
- Hotel Grand Baron
- Novotel Hotel Taiping
2 10 dan 11 Promosi muzium-muzium di bawah Jabatan - Sense Hotel Taiping
April 2021 Muzium Malaysia sempena Program Jerayawara - Flemington Hotel
Kempen Kembali ke Muzium Siri 1 di Muzium Perak.
- Hotel Taiping Perdana
- Komal Hotel
- Legend Inn Taiping
- SSL Traders Hotel
Promosi sempena pengoperasian semula muzium-
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Muzium Tekstil Negara
3 9 Okt 2021 Hebahan Pameran Keajaiban Taksidermi: Muzium Seni Kraf Orang Asli
Kehidupan Abadi bakal berlangsung di Galeri 2 Muzium Etnologi Dunia Melayu
JMM.
Promosi sempena pengoperasian semula muzium-
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Pameran Kuasa Emas, Galeri 1 JMM
4 16 Okt 2021 Hebahan Pameran Keajaiban Taksidermi:
Kehidupan Abadi bakal berlangsung di Galeri 2
JMM. Pameran Alat-alat Muzik Tradisional
Malaysia, Galeri Muzik JMM
Kuiz Mingguan pengunjung pameran.
Promosi sempena pengoperasian semula muzium-
5 19 Okt 2021 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Pameran Keajaiban Taksidermi:
Kehidupan Abadi, Galeri 2 JMM
Kuiz Mingguan pengunjung pameran.
24 Okt Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Pameran Kuasa Emas, Galeri 1 JMM
2021 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia.
6
Kuiz Mingguan pengunjung pameran.
96 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
7 4 Nov 2021 Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Dewan Tengah Muzium Negara
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia.
8 7 Nov 2021 Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Dewan Tengah Muzium Negara
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia.
Hotel di Alor Setar, Kedah:
9 13 Nov Promosi sempena pengoperasian semula muzium- - Hotel Seri Malaysia Alor Setar
2021 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia - Royale Signature Hotel
sempena Program Bicara@Muzium - Grand Alora Hotel
- The Leverage Business Hotel
Muzium Kota Kuala Kedah – - Raia Hotel
200 tahun Musuh Perang Bisik “Ketokohan dan - Starcity Hotel
Keperwiraan”. - The Jerai Hotel Alor Setar
- Hotel Darul Aman Alor Setar
- JP Hotel
- Fuller Hotel
Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Pameran Kuasa Emas, Galeri 1 JMM
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Pameran Keajaiban Taksidermi:
Kehidupan Abadi, Galeri 2 JMM
10 20 Nov
2021
Kuiz Mingguan pengunjung pameran. Pameran Alat-alat Muzik Tradisional
Malaysia, Galeri Muzik JMM.
Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Dataran Muzium Negara
muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia.
Promosi aktiviti program Nostalgia Anak Kampung
11 27 Nov Promosi hebahan dijalankan diluar Ibu Pejabat Hotel di Ipoh:
2021 JMM sempena: - Impiana Hotel
- Hotel Seri Malaysia Ipoh
- Bicara@Muzium: Menelusuri Jejak Tengku - Merton Hotel
Menteri di Muzium Matang, Perak. - M Roof Hotel & Residence
- M Boutique Hotel
- Ritz Garden Hotel
- The Regency Garden Hotel
- Artworks Hotel
- Program MSL bersama Komuniti di - WEIL Hotel
Muzium Sungai Lembing, Pahang.
LAPORAN TAHUNAN 2021 97
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
12 28 Nov Promosi sempena pengoperasian semula muzium- Dataran Muzium Negara
2021 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Muzium Seni Kraf Orang Asli
Muzium Etnologi Dunia Melayu
Promosi aktiviti program Nostalgia Anak Kampung
Promosi sempena pengoperasian semula muzium- - Stadium Nasional Bukit Jalil
- Axiata Arena
13 30 Nov muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia
2021 sempena Roadshow Piala HMS Malaya sempena
Final Piala Malaysia 2021.
Hotel di Seremban:
Promosi sempena pengoperasian semula muzium- - Muzium Negeri Sembilan
- Royale Chulan Seremban Hotel
14 2 Dis 2021 muzium di bawah JMM sempena Program Bicara@ - Klana Resort Seremban
Muzium – Muzium Adat (Adat Temenggung di - Palm Seremban Hotel
- One Heritage Hotel
Malaysia)
- Sutera Hotel Seremban
98 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
LAPORAN TAHUNAN 2021 99
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
4.0 Promosi / Program Dalam Talian
BIL TARIKH PROGRAM/AKTIVITI PLATFORM TEMPAT
Jabatan
1 10 Feb Hebahan program terbaru JMM iaitu Diari Muzium melalui Facebook live Muzium
Malaysia
2021 FB JMM. JMM
Galeri Muzik,
2 11 Feb Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada Rakaman Jabatan
2021 12 Feb 2021, program atas talian terbaharu JMM DIARI diterbitkan Muzium
MUZIUM memaparkan keunikan di sebalik peralatan muzik di Facebook Malaysia
yang digunakan oleh masyarakat Cina yang dipamerkan di JMM
Galeri Muzik, JMM. Muzium Seni
Asia, Universiti
3 23 Feb Program Bual Bicara Tempayan Dan Martaban – Ciri-Ciri Facebook live Malaya
2021 Dan Identifikasi Tempayan Dari China. JMM Muzium Tekstil
Negara
SIRI 1 - DIARI MUZIUM memaparkan keunikan di sebalik Rakaman
Jabatan
4 26 Feb busana baju kurung dalam kalangan masyarakat Melayu. diterbitkan Muzium
2021 Pameran Baju Kurung: Busana Sepanjang Zaman yang di Facebook Malaysia
berlangsung di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara. JMM Muzium
Automobil
Majlis Perasmian Pameran Baju Kurung: Busana Sepanjang Nasional
Zaman; Pameran Wabak Sedunia: Pandemik, Epidemik Muzium Tekstil
Negara
5 3 Mac Dan Endemik; dan Pameran Kuasa Emas Serta Pelancaran Facebook live
2021 Kalendar Acara JMM Bagi Tahun 2021. JMM Dewan Tengah
Muzium Negara
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy
Hj. Shukri, Menteri MOTAC. RTM,
Angkasapuri
6 6 Mac Hebahan pengoperasian semula muzium muzium di bawah Rakaman
2021 pentadbiran JMM selepas tempoh Perintah Kawalan diterbitkan Galeri 1, JMM
Pergerakan PKP dengan pematuhan SOP. di Facebook
JMM Muzium Seni
Kraf Orang Asli
7 11 Mac SIRI 2 – DIARI MUZIUM memaparkan keunikan di sebalik Rakaman
2021 busana Baju Kurung Teluk Belanga dalam kalangan diterbitkan Muzium
masyarakat Melayu. Kunjungi Pameran Baju Kurung: Busana di Facebook Etnologi Dunia
Sepanjang Zaman yang berlangsung di Galeri Saindera, JMM Melayu
Muzium Tekstil Negara.
8 13 Mac Hebahan promosi Pameran Wabak Dunia Pandemik, Facebook live
2021 Epidemik Dan Endemik sedang berlangsung di Muzium JMM
Negara.
9 14 Mac Hebahan berkenaan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia Facebook live
2021 bersama YBrs. Encik Mohd Razaimi bin Hamat, Timbalan JMM
Ketua Pengarah (Permuziuman) JMM.
10 14 Mac Hebahan Pameran Kuasa Emas melalui FB JMM. Rakaman
2021 diterbitkan di
FB JMM
11 20 Mac Hebahan promosi berkenaan program Living Museum Day@ Facebook live
2021 MSKOA yang berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2021 di JMM
MSKOA.
Paparan menerusi FB Jabatan Muzium Malaysia mengenai Rakaman
12 21 Mac kepelbagaian aspek sosio budaya masyarakat Melayu diterbitkan
2021 khususnya di Malaysia yg dipaparkan di galeri pameran di Facebook
MEDM. JMM
100 LAPORAN TAHUNAN 2021
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
BIL TARIKH PROGRAM/AKTIVITI PLATFORM TEMPAT
13 26 Mac SIRI 3 – DIARI MUZIUM memaparkan keunikan di sebalik Rakaman Muzium Tekstil
2021 busana Baju Melayu Cekak Musang dalam kalangan diterbitkan Negara
masyarakat Melayu. Kunjungi Pameran Baju Kurung: Busana di Facebook
Sepanjang Zaman yang berlangsung di Galeri Saindera, JMM
Muzium Tekstil Negara.
14 26 Mac Hebahan promosi Program Living Museum Day @ MSKOA Facebook live Muzium Seni
2021 2021 yang diadakan mulai 27 hingga 28 Mac 2021 di MSKOA. JMM Kraf Orang Asli
Pameran
15 27 Mac Hebahan promosi mengenai Pameran Kalendar Lunar Cina Facebook live Kalendar Lunar
2021 yang berlangsung di Galeri 2, JMM. JMM Cina, Galeri 2,
JMM
Rakaman
16 27 Mac Hebahan Program Living Museum Day @ MSKOA 2021 yang diterbitkan Muzium Seni
Kraf Orang Asli
2021 diadakan mulai 27 hingga 28 Mac 2021 melalui FB JMM. di Facebook
JMM
17 28 Mac Hebahan hari kedua Program Living Museum Day @ MSKOA Facebook live Muzium Seni
2021 2021 yang diadakan mulai 27 hingga 28 Mac 2021 di MSKOA. JMM Kraf Orang Asli
18 28 Mac Hebahan promosi mengenai demonstrasi dan jualan teh Facebook live Pameran
2021 cina, sempena Pameran Lunar Kalendar Cina di Galeri 2, JMM Kalendar Lunar
JMM. Cina, Galeri 2,
JMM
Pameran
19 3 Apr Hebahan promosi mengenai aktiviti sempena Pameran Facebook live Kalendar Lunar
2021 Kalendar Lunar Cina di Galeri 2, JMM. JMM Cina, Galeri 2,
JMM
Majlis Pelancaran Dasar Permuziuman Negara Dan Kempen
20 6 Apr “Kembali ke Muzium” di Dataran Muzium Negara. Majlis Facebook live Dataran
2021 disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, JMM Muzium Negara
Menteri MOTAC
21 7 Apr Majlis Pelancaran Dasar Permuziuman Negara dan Kempen Rakaman Jabatan
2021 “Kembali ke Muzium” di Dataran Muzium Negara. Majlis diterbitkan di Muzium
disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, FB JMM Malaysia
Menteri MOTAC
22 8 Apr Program Bicara@Muzium - Rumah Melayu Melaka Facebook live Muzium Seni
2021 disampaikan oleh Pn. Fadhilah bt Mohd Nasir, Politeknik JMM Bina Malaysia
Merlimau Melaka.
23 9 Apr Diari Muzium Rakaman Muzium
2021 Siri 1: Muzium Automobil Nasional diterbitkan di Automobil
FB JMM Nasional
24 10 Apr Hebahan promosi Program Jerayawara Kempen Kembali ke Facebook live Muzium Perak,
2021 Muzium Siri 1 dan Pameran Orang Asli: Identiti dan Tradisi JMM Taiping
25 10 Apr Majlis Pelancaran Jerayawara Siri 1 Kempen “Kembali ke Facebook live Muzium Perak,
2021 Muzium”. JMM Taiping
26 10 Apr Program Bicara@Muzium: Wacana Orang Asli Facebook live Muzium Perak,
2021
JMM Taiping
27 29 Apr Program Bicara@Muzium: Bugis di Negeri Sembilan Facebook live Muzium Lukut
2021 JMM
28 29 Apr Diari Muzium Rakaman Muzium
2021 Siri 2: Muzium Automobil Nasional. diterbitkan di Automobil
FB JMM Nasional