The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziera265, 2021-04-07 01:58:05

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

NO 144, JALAN PARAMESWARA
75000 BANDA HILIR, MELAKA

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- 46

TARIKH : 10 APRIL 2021
HARI : SABTU
MASA : 8.30- 11.00 PAGI
TEMPAT : LACRISTA HOTEL MELAKA

NO. TEL: 06-2838180
NO. FAKS: 06-2838182
E-MEL:[email protected]

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 1
2 UCAPAN ALUAN GURU BESAR 2
3 UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN YANG DI-PERTUA PIBG SESI 3

2019/2020 4
4 SURAT MAKLUMAN TARIKH MESYUARAT 5
5 ATUR CARA MAJLIS 6
6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE
7
45 & 46 8
7 AGENDA MESYUARAT 9-10
8 SENARAI JAWATANKUASA PIBG 2019/2020 11-21
9 KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 22
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 43 23-25
11 REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2019/2020 27-29
12 PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN PIBG 2019/2020 30
13 LAPORAN KEWANGAN 2019-2020 30
14 SENARAI PELAJAR CEMERLANG UPSR -2019 31
15 SENARAI NAMA GURU KELAS TAMBAHAN TAHUN 6, 2019
16 PENGHARGAAN

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

1

UCAPAN GURU BESAR SK CIJ 1, MELAKA

Yang dihormati, Encik Daniel Ang Yam Seng, selaku YDP PIBG SK CIJ 1,sesi 2019/2020.
Ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa SK CIJ 1, Melaka.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Pertama, izinkan saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada YDP dan ajk PIBG

yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Kita perlu sedar bahawa aktiviti sebegini adalah penting untuk merapatkan lagi
hubungan antara kami dan komuniti luar amnya serta secara khususnya dengan ibu bapa.

Hadirin yang dihormati,
Umum sedia maklum bahawa penularan Covid-19 yang melanda negara kita sejak Mac

2019 telah menjurus kepada berlakunya pelbagai perubahan. Baik dari segi pendidikan, ekonomi mahupun sosial. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah dengan sokongan PIBG akan sentiasa berdiri teguh mendidik anak-anak murid di CIJ 1 selari
dengan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM. Sebagai Guru Besar di sekolah ini, saya memohon agar kita sama-sama
berganding bahu dalam menjayakan segala program yang telah, sedang dan akan dirancang untuk kecemerlangan anak
tuan-tuan dan puan-puan semua.

Hadirin sekalian,
Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada sekolah selari

dengan pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Komuniti Setempat ke arah pencapaian aspirasi murid dan peningkatan prasarana
sekolah.Sarana Ibu bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan anak dalam
pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana ibu bapa merangkumi empat elemen meliputi penyediaan suasana pembelajaran
di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak, dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Justeru, ibu
bapa juga perlu mengambil tahu soal pembelajaran, kebolehan disiplin, kemajuan anak masing-masing serta mengamalkan
komunikasi rapat dengan guru dan pentadbiran sekolah.

Hadirin yang dihormati,
Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata-mata. Kami sebagai guru hanya memberi

pengetahuan dan murid-murid bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan hilang jika tidak
diulangkaji atau diasah. Di sinilah letaknya peranan anda semua sebagai ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong
dan menggalakkan anak-anak belajar, mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah. Dua tahun saya di sekolah
ini, saya telah dapat saksikan perubahan landskap persekitaran dan fizikal sekolah ini. Bukan mengubah sepenuhnya tetapi
penambahbaikan dan pengubahsuaian yang perlu bagi menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid. Keceriaan dalam
pembelajaran dapat memberi kuasa tambahan kepada motivasi murid-murid untuk belajar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan AJK PIBG 2019 / 2020 yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam semua program sekolah serta yang memberi sokongan padu dari segi tenaga,
moral dan kewangan kepada pihak sekolah. Semoga hubungan antara PIBG dan sekolah bertambah erat lagi untuk
membawa kepada pencapaian ke tahap yang lebih membanggakan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid.

Sekian, terima kasih.

…………………………….
(ONG KWEE BEE)
Guru Besar,
SK Convent Infant Jesus 1, Melaka.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

2

UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG SK CIJ 1, MELAKA

Yang Berusaha Guru Besar SK CIJ 1, Puan Ong Kwee Bee,

Yang dihormati barisan Guru-guru Penolong Kanan SK CIJ 1,
Puan Sakinah Ibrahim-GPK Pentadbiran,
Puan Robiah Said - GPK Hal Ehwal Murid,
GPK Ko Ku – Encik Gentis Paul A/L Gnanaprakasam,
guru-guru, ajk PIBG dan ibu bapa sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada

semua yang hadir pada hari ini kerana kehadiran kalian hari ini telah membolehkan kita meneruskan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-45 dan seterusnya yang ke-46. Saya amat berbesar hati atas keprihatinan dan tindakan bijak
kalian untuk hadir pada hari ini walaupun kita sekarang masih lagi dengan isu COVID-19. Kehadiran ini
menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru
sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa
depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG Sesi 2019-2020 yang telah memberikan komitmen yang
tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan dalam jawatankuasa PIBG sekolah.

Hadirin sekalian,
Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-

alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun
konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan
anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli bersama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi
penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik dan proaktif dalam segala bidang yang diceburi.

Hadirin yang dihormati,
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG,

Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), barisan pentadbiran sekolah, guru-guru dan ibu bapa SK CIJ 1 kerana telah
sama-sama berganding bahu dan berpimpin tangan dalam usaha menambahbaik dan merealisasikan harapan
sekolah ke arah peningkatan enrolment murid. Justeru, kami sebagai ibu bapa berjanji akan menjadi tulang
belakang kepada phak sekolah yang tidak pernah menunjukkan jemu mereka dalam usaha melahirkan generasi
yang terbilang ke arah kejayaan masa hadapan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini. Saya berharap agar AJK PIBG sesi
2021-2022 yang terpilih dan dilantik dapat menjayakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik
mungkin.

Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Convent
Infant Jesus kali ke-46.

Sekian, terima kasih.

…………………………..
(DANIEL ANG YAM SENG)
YDP PIBG, SK Convent Infant Jesus 1, Melaka.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1),

144, JALAN PARAMESWARA, TEL : 06-2838180

75000 MELAKA Kod Sekolah: MBB2048

Rujukan Kami : SKCIJ(1)M:100-13/1/4 ( )

Tarikh : 12 MAC 2021.

Kepada :
Ibu Bapa/ Penjaga/ Waris Murid
SK Convent Infant Jesus 1,

Melaka.

Tuan/Puan/Cik

MAKLUMAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN
CONVENT INFANT JESUS 1 KALI KE-46 TAHUN 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 akan diadakan pada
ketetapan berikut:

Tarikh : 10 April 2021
Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi
Tempat : LaCrista Hotel Melaka

2. Sehubungan dengan itu, Tuan/ Puan adalah djemput untuk menghadiri mesyuarat agung
tersebut.

3. Sekiranya tuan puan mempunyai usul atau cadangan, sila tekan link yang diberi
https://forms.gle/aRhw9VuvAcvaVYuN6 . Link akan dibuka hingga 18 Mac 2021 ( Khamis ). Usul
akan dibaca sekiranya tuan puan hadir ke mesyuarat agung tersebut.

4. Kerjasama dan kehadiran tuan/ puan amat diharapkan demi meningkatkan martabat PIBG SK
CIJ1 dan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

”PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
”MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA,MENGGAMIT DUNIA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................

(PN. NOR HADIJAH BINTI OMAR@MAHMUD)
Setiausaha PIBG,

SK CIJ 1

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

4

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CONVENT
INFANT JESUS 1, MELAKA KALI KE - 46

8.30 pagi : Pendaftaran Kehadiran Ibu Bapa dan Guru
8.45 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Melaka Maju Jaya
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar SK Convent Infant Jesus 1,
Melaka
Ucapan Yang Di-Pertua PIBG
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG, SK CIJ 1

9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ 1 kali ke-45
10.00 pagi dimulakan
11.00 pagi
: Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ 1 kali ke-46
dijalankan

: Majlis Bersurai

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

5

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT PIBG
KALI KE-46

Penasihat : Puan Ong Kwee Bee (Guru Besar)

Ex-Officio : Puan Sakinah binti Ibrahim
Ex-Officio : Puan Robiah binti Said

Ex-Officio : Encik Gentis Paul a/l Gnanaprakasam
Yang Di-Pertua PIBG : Encik Daniel Ang Yam Seng

Naib Yang Di-Pertua PIBG : Encik Mohd Jackie bin Abdullah

Setiausaha : Puan Nor Hadijah binti Omar@ Mahmud
Naib Setiausaha : Puan Nurul Ain binti Abdullah

Bendahari : Puan Siti Azerah binti Mohd Yasin
Naib Bendahari : Puan Kavitha A/P Krishnan

PENYAMBUT TETAMU PENDAFTARAN
1. Puan Sakinah binti Ibrahim PJK 1. Puan Zubaidah binti Sulaiman
2. Puan Robiah binti Said 2. Puan Chandra Mala a/p Veliappan
3. Encik Gentis Paul a/l Gnanaprakasam 3. Puan Nor Azira binti Ab Razak

JURUACARA BACAAN DOA

1. Encik Nor Faisal bin Mohd Nor 1. Encik Afiq Aiman bin Aznan

2. Puan Normala binti Isa

FOTOGRAFI

PERSIAPAN TEMPAT (kerusi dan meja) 1. Puan Bindu a/p Shashikant Doshi

1. Puan Nithya a/p Subramaniam 2. Puan Kavitha a/p Krishnan

2. Puan Zalina binti Hashim

BUKU PROGRAM

PENCATAT PENCALONAN & 1. Puan Nor Hadijah binti Omar@Mahmud

KEPUTUSAN

1. Encik Zairil bin Ab Rahman 2. Puan Siti Azerah binti Mohd Yasin

2. Encik Wilson Wee Kam Poh 3. Puan Nurul Ain binti Abdullah

BROSUR PENCATAT MINIT
1. Puan Azalia binti Mohd Wahi 1. Puan Khatijah binti Mohamad
2. Puan Elmi binti Che’ Mahmood 2. Puan Rosfadzelah Jusoh

SIARAYA PERSEMBAHAN MONTAJ
1. Encik Ahmad Saufi bin Mokhtar 1. Encik Zulfaqar bin Shafie
2. Encik Sufian Sauri bin Ahmad 2. Puan Low Kai Lin
3. Encik Bryan Lee Boon Long 3. Encik Afiq Aiman bin Aznan

SIJIL DOKUMENTASI
1. Puan Halimatun Sa’adiah binti Zawawi 1. Puan Esther Tan Mei Choo
2. Puan Munah binti Mahat 2. Cik Nor Baizura binti Ismail

SUHU, IMBAS MYSEJAHTERA DAN MINUMAN
SANITASI
1. Puan Rasidah binti Abdullah 1. Puan Leong Yit Yuen
2. Puan Norlela binti Rahmat
2. Puan Hafizah binti Jaafar
3 Encik Manimaran a/l Palamandy

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CONVENT
INFANT JESUS 1, MELAKA KALI KE- 46

BIL PERKARA
Ucapan Yang Di-Pertua PIBG SK Convent Infant Jesus 1,

1.0
Melaka.
Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali

2.0
ke-44

3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Agung kali ke-44
4.0 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG

tahun 2019 sesi 2019 -2020.
5.0 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan berakhir 31

Disember 2019 dan 2020
6.0 Pembentangan usul
7.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019 - 2020
8.0 Pelantikan Pengerusi Sementara
9.0 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021 – 2022 ( 2 tahun )

9.1 Pelantikan Yang Di-Pertua PIBG
9.2 Pelantikan Naib Yang Di-Pertua PIBG
9.3 Pelantikan Naib Setiausaha
9.4 Pelantikan Naib Bendahari
9.5 Pelantikan AJK Ibu Bapa
9.6 Pemilihan Juruaudit dalaman
10.0 Hal-hal lain
11.0 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

7

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019 / 2020

Penasihat : Puan Ong Kwee Bee (Guru Besar)

Ex-Official : Puan Sakinah binti Ibrahim PJK

- GPK Pentadbiran

Ex-Official : Puan Robiah binti Said - GPK Hal Ehwal Murid

Ex-Official : Encik Gentis Paul a/l Gnanaprakasam

- GPK Kokurikulum

Yang Di-Pertua PIBG : Encik Daniel Ang Yam Seng

Naib Yang Di-Pertua PIBG : Encik Mohd Jackie bin Abdullah

Setiausaha : Puan Nor Hadijah binti Omar@ Mahmud

Naib Setiausaha : Puan Nurul Ain binti Abdullah

Bendahari : Puan Siti Azerah binti Mohd Yasin

Naib Bendahari : Puan Kavitha A/P Krishnan

AJK Guru : 1. Puan Rasidah binti Abdullah
2. Puan Zubaidah binti Sulaiman
3. Cik Mazliza binti Said
4. Encik Nor faisal bin Mohd Nor
5. Puan Khatijah binti Mohamad
6. Encik Ahmad Saufi bin Mokhtar

AJK Ibu Bapa 1. Encik Wilson Wee Kam Poh
2. Puan Norlela binti Rahmat
3. Puan Nithya A/P Subramaniam
4. Puan Bindu A/P Shashikant Doshi
5. Datin Siti Ainah binti Mimo
6. Encik Bryan Lee Boon Long
7. Encik Manimaran A/L Palamandy

Pemeriksa Kira-Kira : 1. Puan Leong Yit Yuen
2. Puan Halimatun Sa’adiah binti Zawawi

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

8

KEHADIRAN IBU BAPA DAN PENJAGA
KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

BIL NAMA IBU BAPA NAMA ANAK TAHUN
1 ANBANANTHAN A/L SAMY DAS RASHIKA 1M
2 MOHD JACKIE ABDULLAH SERI DAYANA 1M
3 MOHD HAFES TAHA ZARA ADRIANA SOFFEA 1M
4 SANIAH BINTI ABDUL RAHIM RANIA ARISSA 1M
5 SYARIFAH RUBIAHTUL ADAWIYAH PUTERI QALESYA HUMAIRA 1M
6 MOGAN LOHGESWARI THIVIYA LAKSHMI 1M
7 IZREEN JULIANA HANA AMANI/ HANI QISYA 1M
8 MOHD FAUZEMIE YUSOF AUNI 1M
9 SALIPAHWATI ZAINUDDIN NURSAFEA DHAMIEA INSYIRAH 1B
10 NITHIYA LINEYSHA 1B
11 MOHD NAJMI B. JAAFAR HAIFA ZAHIRAH 1B
12 BALAMURUGAN A/L RICHAD 1B
KAVEESHA
DANIAL SITI RAISHA HUDA 1B
13 MOHD SYAFIQ B SHABULDIN CHERLY LEE ZHI ZHIN 2M
14 BRYAN LEE BOON LONG NOORKHATEEJA 2M
15 NOORAIN MOHD NORDIN MARISSA AYESHA 2M
16 MARLING BTE FAUZI ALESSANDRA AIN 2M
17 DATIN SITI AINAH MIMO DENNA ALEXANDRA 2M
18 JUSTINA ANIS DZAKIYAH 2M
19 SITI FATIMAH RAHUMATULLAH SITI NUR AIN 2B
20 MAZALINAH ANDREA AMANINA 3M
21 DATIN SITI AINAH MIMO VERONICA WEE 3M
22 JANICE HATAMOSA/WILSON KIRTHARA PRIYA 3M
23 SURESH RAO /THEVISWARY DANIA ALEESYA 3M
24 JUHAH TARMIZI WONG HUI THENG 3M
25 WONG SENG KOON VERONICA 3M
26 WILSON WEE KAM POH VERONICA 3M
27 ALEESYA AL-ZAHRA 3B
SITI SYAKIRAH 3B
28 MARDIAH BT HUSIN SERI DAMIA 3B
29 NORHAMIZAN MAT AMIN NUR BALQIS 4M
30 MOHD JACKIE ALYANA 4M
31 SITI SHAFINA BT ROSLI ARISSA AMRAN 4M
32 AZALIA WAHI DIVEHSSHA SIVA KUMAR 4M
33 HARINA YUSOF LAILA ZAAFIAH 4M
34 KAVITHA KRISHNAN SITI NURLEELA 4B
35 FANI WINAULI DELYS 4B
36 MAZALINA AMIRAH 4B
37 JUSTINA NURHAZIQAH ALISHA 4B
38 SITI KHADIJAH ZAINUN TEE SHU FERN 5M
39 NORLELA BINTI RAHMAT
40 LEONG YIT YUEN 9

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

41 SURESH RAO NAGESWARY 5M
42 WONG SENG KOON WONG HUI WAI 5B
43 MOHD FAIRUL NADIAH QISTINA 5B
44 DANIEL ANG CAYLEIGNA ANG 6M
45 ELMI CHE MAHMOOD HARISSA 6M
46 SAMIDAS A/L SIMMON JESLYN NAOMI 6M
47 ROHANIM ABD RAHMAN AUNI QISTINA IMAN 6M
48 MARY A/P PEDRO SHAYNA 6M
49 NORHAMIZAN MAT AMIN SITI BATRISYIA 6M
50 KHALID ABD RAHMAN FATIN MARDHIAH 6M
51 MARDIAH BT HUSIN AYUMI INSYIRAH AMIR 6M
52 MANIMARAN A/L PALAMANDU JISHALINI 6M
53 BINDU A/P SHASHIKANT DOSHI DRASHTTI 6B
54 JUPPRI B. IDRIS EVELYN NAZIRA 6B
55 SALIPAH WATI ZAINUDDIN NURSAMIERA DHIEYA 6B
56 LATHA A/P R.MANOHARAN AWENASHINI 6B

JEMPUTAN 061212-04-0426
060106-08-0366
1 LISA ANANDA MAE KRISHNAN 690617-10-6202
061004-04-0114
2 ISSHANI ANANDA 061216-04-0116

3 SHOBA PATHMANATAHAN ( IBU) G115980
061229-07-0082
4 MAWADDAH BT. SULAIMAN 761225-14-5662

5 AIDA NUR AFIFAH BT. ANUAR

6 ANUAR B. AHMAD (BAPA)

7 ELISHA HO PUI YAN

8 CHOO LEE NNA (IBU)

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -44

SEKOLAH CONVENT INFANT JESUS(1),MELAKA
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

HARI : SABTU
TARIKH
MASA : 23 FEBRUARI 2019

KEHADIRAN : 9.00 PAGI

: 1. Guru - 23

2. Ibu Bapa - 56

3. Pekerja - 4

4. Sukarela - 4

5. Jemputan - 8

1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG SKCIJ(1), PEMANGKU GURU BESAR, PN.
SAKINAH BT. IBRAHIM P.J.K
1.0 Puan Sakinah mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-44.
1.1 Beliau turut berharap melalui kerjasama dan komitmen yang baik antara PIBG
dan pihak sekolah dapat membantu meningkatkan kecemerlangan murid.

2.0 UCAPAN YDP PIBG SKCIJ(1), ENCIK DANIEL ANG YAM SENG
2.1 YDP, Encik Daniel mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga murid ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44. Beliau turut berterima kasih dan
mengucapkan tahniah kepada ibu bapa atas kehadiran dan telah menunjukkan
komitmen yang baik untuk membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak.
2.2 Beliau turut berterima kasih kepada semua ajk atas sumbangan dalam mencari
dana, sumbangan tenaga mahupun wang ringgit yang telah diberikan kepada
pihak sekolah bagi menjayakan semua program sekolah dengan jayanya.
2.3 YDP turut mengalu-alukan sumbangan daripada para ibu bapa yang dermawan
untuk terus menyumbang demi kejayaan anak-anak.
2.4 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pihak sekolah atas
semua kejayaan yang telah dapat dicapai dalam bidang kokurikulum dan
akademik.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

11

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-43
3.1 Encik Daniel selaku YDP PIBG ,membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali
ke-43 seperti yang tercatat dalam muka surat 11 hingga 16.
3.2 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-43 telah diterima dan diluluskan sebulat suara
tanpa sebarang pindaan.
Pencadang: Puan Norain
Penyokong: Encik Bryan Lee Boon Long.

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG
4.1 YDP, Encik Danial membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan seperti yang
tercatat pada muka surat 18 hingga 19.
4.2 Encik Manivanan mempersoalkan sumbangan motosikal yang telah diberikan
kepada salah seorang ibu.
4.3 Encik Danial menjelaskan bahawa sumbangan tersebut merupakan sumbangan
daripada beberapa orang persendirian dan tidak melibatkan dana dari PIBG.
4.4 Puan Kavitha mencadangkan agar Laporan Aktiviti Tahunan disahkan dan telah
disokong oleh Encik Manimaran.

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 31 JANUARI 2019
5.1 Encik Kelvin membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31
Januari 2019.
5.2 Encik Samidas meminta agar AJK PIBG dapat menjelaskan butiran Lain-lain
Hal (MISC) dengan lebih terperinci memandangkan jumlah yang diperuntukkan
agar besar iaitu sebanyak RM 10,370.10.
5.3 Encik Kelvin menjelaskan semua perbelanjaan yang menggunakan dana PIBG
telah digunakan secara berhemah dan sebaiknya demi kepentingan seluruh
warga sekolah khususnya murid-murid.
5.4 Encik Kelvin turut menjelaskan antara perbelanjaan yang digunakan adalah
untuk membeli 2 buah air-cooler mudahalih yang sedang digunakan di dalam
dewan semasa mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

12

5.5 Encik Daniel, selaku YDP PIBG menerima teguran daripada Encik Samidas dan
akan memastikan segala butiran perbelanjaan wang PIBG dinyatakan dengan
jelas dan terperinci pada masa akan datang.

6.0 PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL IBU BAPA
6.1 Encik Daniel memaklumkan mesyuarat hanya akan membaca dan
membahaskan usul yang dicadangkan oleh ibu bapa atau penjaga yang hadir
sahaja.
6.2 Encik Mohd Syafiq Shabudin mencadangkan agar diadakan Kelab Memanah di
sekolah.
Jawapan:
Encik Gentis Poul, GPK Kokurikulum memaklumkan kos sukan memanah
adalah sangat tinggi berbanding sukan lain terutama dari segi peralatannya.
Selain itu, Encik Poul turut memaklumkan sukan memanah memerlukan padang
atau kawasan yang luas sebagai lapang sasar dan SKCIJ(1) mempunyai
kawasan padang yang terhad. Walau bagaimanapun, Encik Poul mengucapkan
terima kasih atas cadangan yang diutarakan.

6.3 Puan Janice Hatumasa mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan
kelas tuisyen berbayar selepas waktu sekolah bagi mata pelajaran Matematik,
Bahasa Melayu, dan Sains.
Jawapan:
Puan Sakinah memaklumkan cadangan ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat
bersama guru untuk mengenalpasti guru-guru yang berminat untuk mengadakan
kelas tuisyen tersebut.

6.4 Datin Siti Ainah Mimo mencadangkan pihak sekolah dapat membina sekurang-
kurangnya sebuah tandas duduk untuk kemudahan dan keselesaan murid. Selain
itu, beliau turut mencadangkan pihak sekolah agar dapat mengadakan program
seperti “Book Week”, “Career Week”, “Carnival Day”, “National Week”, dan
sebagainya untuk memberi inspirasi kepada murid-murid.
Jawapan:

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

13

Puan Sakinah mengucapkan terima kasih atas cadangan yang baik untuk
membina tandas duduk. Beliau akan memanjangkan perkara ini dengan
berbincang dengan pihak LPS untuk tujuan pengubahsuaian struktur bangunan.
Berkenaan dengan isu kedua, Puan Sakinah menjelaskan pihak sekolah
sememangnya telah menjalankan dan akan sentiasa padat dengan program-
program seperti yang dicadangkan sepanjang tahun.

6.5 Encik Ahmad Nadzrol bin Mohd Som mencadangkan agar pihak sekolah dapat
menambah bilangan komputer memandangkan murid terpaksa berkongsi
komputer semasa sesi pembelajaran di Bilik Komputer.
Jawapan:
Puan Sakinah memaklumkan pihak sekolah pada masa sekarang dalam usaha
mengenalpasti bilangan komputer yang masih elok dan masih boleh digunakan.
Sebaik sahaja proses ini selesai, pihak sekolah akan berusaha dengan bantuan
PIBG bagi mencari sumbangan komputer.
Encik Daniel mengalu-alukan ibu bapa dan penjaga yang ingin memberikan
sumbangan komputer kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid.

6.6 Puan Nithiya A/P Subramaniam mencadangkan agar pihak sekolah dapat
mengemaskini akaun facebook sekolah (usul 1) supaya ibu bapa dapat melihat
aktiviti anak-anak di sekolah. Selain itu juga sebagai salah satu cara untuk
menarik minat bakal murid ke SKCIJ(1). Puan Nithiya turut mencadangkan
agar subjek bukan teras seperti Pendidikan Moral dan Seni diberi penekanan
sewajarnya (usul 2) dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti semasa pdpc
subjek tersebut. Beliau turut mencadangkan agar pengumuman di perhimpunan
diadakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu,
beliau turut mencadangkan agar pemilihan atlet sekolah untuk ke pertandingan
MSSM perlu dibuat dan dijalankan ke atas murid-murid seawal tahun 3 bagi
membolehkan murid dan guru mempunyai lebih masa untuk berlatih dan
membuat persediaan. Beliau turut mencadangkan agar satu bilik persalinan
dapat disediakan oleh pihak sekolah untuk memudahkan murid-murid menukar
pakaian.
Jawapan:

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

14

Puan Sakinah akan mengambil maklum perkara ini dan akan memastikan guru
yang bertanggunjawab untuk mengemaskini akaun facebook tersebut. Berkaitan
isu kedua, Puan Sakinah memandang serius perkara ini dan akan memastikan
pdpc Pendidikan Moral dan Seni dijalankan dengan baik. Selain itu, pihak
sekolah sememangnya telah pun menjalankan pengumuman dan penggunaan
dwibahasa khususnya semasa menerima pelawat dari luar untuk menunjukkan
bakat murid. Namun demikian, perkara ini boleh ditambahbaik dengan
menjadikan murid sebagai pengerusi majlis untuk majlis sambutan perayaan.
Untuk pengetahuan semua, sudut pidato telah pun diwujudkan oleh pihak
sekolah di perpustakaan sebagai salah satu inisiatif melahirkan murid yang
berkeyakinan dan berkebolehan. Encik Daniel memaklumkan bahawa bilik
persalinan ini tidak dapat diadakan buat masa ini kerana ketiadaan bilik yang
sesuai. Puan Sakinah memaklumkan bahawa bilik persalinan pernah
diwujudkan di bilik stor bahagian belakang bangunan sekolah bersebelahan
tandas murid. Namun, disebabkan kedudukannya yang difikirkan tidak selamat,
maka bilik tersebut tidak lagi digunakan sebagai bilik persalinan.

6.7 Puan Leong Yit Yuen mencadangkan agar guru tidak memberikan kerja rumah
kepada murid pada hari Isnin memandangkan murid perlu menjalani aktiviti
kokurikulum hingga pukul 5 petang. Murid akan menjadi terlalu penat untuk
menyiapkan kerja rumah. Selain itu, beliau turut mencadangkan beg sekolah
murid dapat diletakkan di sebelah meja murid bagi menjimatkan masa murid
mengambil dan menyimpan buku semasa di dalam kelas.
Jawapan:
Puan Sakinah memaklumkan guru-guru memang telah diingatkan agar tidak
memberikan kerja rumah pada hari Isnin. Namun, sekiranyan masih diberikan
kerja rumah pada hari Isnin, guru tidak akan meminta murid menghantarnya
pada hari Selasa. Ini akan memberikan peluang dan lebih masa kepada murid
untuk menyiapkan kerja rumah. Berkaitan isu kedua, amalan menyusun beg di
bahagian belakang kelas telah pun menjadi salah satu amalan baik di SKCIJ(1).
Oleh yang demikian perkara ini akan diteruskan dan akan mendidik murid
supaya lebih berdisiplin dan bijak menguruskan masa. Murid telah pun diajar
untuk mengeluarkan semua buku yang diperlukan untuk subjek-subjek sebelum

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

15

rehat dikeluarkan pada awal pagi dan diletakkan di bawah meja masing-masing
dan menyimpannya kembali serta mengeluarkan buku-buku untuk subjek
selepas rehat sebelum waktu masa pertama selepas rehat bermula. Dengan cara
ini, secara tidak langung tiada isu murid melengahkan masa kerana semua buku
yang diperlukan telah pun disediakan di bawah meja masing-masing.

6.8 Puan Anne Samidas mencadangkan pihak sekolah dapat menambah tempoh
masa rehat 20 minit. Beliau turut mencadangkan agar semua kelas dapat
dipasang dengan alat penghawa dingin untuk keselesaan murid.
Jawapan:
Puan Sakinah memaklumkan pihak sekolah tidak dapat melaksanakan cadangan
tersebut kerana penggunaan kantin SKCIJ(1) berkongsi dengan murid
SKCIJ(2). Penambahan waktu rehat hingga 20 minit juga tidak dapat
dilaksanakan kerana hal ini akan mengganggu perjalanan jadual waktu
persekolahan. Encik Daniel memaklumkan memasang alat pendingin hawa di
kelas-kelas juga tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan daripada
pihak kerajaan untuk tujuan tersebut.

7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2019
7.0 YDP PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2018/2019 dan
mencadangkan agar pengerusi sementara dilantik agar dapat meneruskan
agenda mesyuarat.

8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
8.1 Puan Bindu telah mencadangkan agar En. Daniel dilantik sebagai pengerusi
sementara bagi meneruskan agenda Pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020
dan telah disokong oleh Encik Kelvin.
8.2 Encik Daniel meneruskan agenda pelantikan AJK PIBG Sesi 2019/2020.

9.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020
9.1 Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020 yang
telah dilantik dan seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli.
9.2 Puan Sakinah binti Ibrahim iaitu GPK Pentadbiran SKCIJ(1) akan kekal sebagai

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

16

Penasihat PIBG Sesi 2019/2020 sehingga hadirnya Guru Besar baru di
SKCIJ(1).
9.3 Senarai ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020

Penasihat : Pn. Sakinah binti Ibrahim P.J.K - pemangku

Guru Besar

( memegang jawatan Penasihat PIBG dari 23 Februari 2019 hingga April 2019)

: Pn. Ong Kwee Bee - Guru Besar

(memegang jawatan Penasihat PIBG dari April 2019 hingga kini)

Yang Di-Pertua PIBG : En. Daniel Ang Yam Seng

Naib Yang Di-Pertua PIBG : En. Mohd Jackie bin Abdullah

Setiausaha : Pn. Nor Hadijah binti Omar@ Mahmud

Naib Setiausaha : Pn. Nurul Ain binti Abdullah

Bendahari : Pn. Siti Azerah binti Mohd Yasin

Naib Bendahari : Pn. Kavitha A/P Krishnan

AJK Guru : 1. Pn. Rasidah binti Abdullah
AJK Ibu Bapa 2. Pn. Zubaidah binti Sulaiman
Pemeriksa Kira-Kira 3. Cik Mazliza binti Said
4. En. Norfaisal bin Mohd Nor
5. Pn. Khatijah binti Mohamad
6. En. Ahmad Saufi bin Mokhtar
7. En. Zaki bin Ghazali – telah berpindah
1. En. Bryan Lee Boon Long
2. En. Wilson Wee Kam Poh
3. Pn. Norlela binti Rahmat
4. En. Manimaran A/L Palamandy
5. Pn. Nithiya A/P Subramaniam
6. Pn. Bindu A/P Shahikant Doshi
7. Datin Siti Ainah binti Mimo
: 1. Pn. Leong Yit Yuen
2. Pn. Halimatun Sa’adiah binti Zawawi

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

17

10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Puan Siti Khadijah bertanya mengenai sumbangan pakaian dan token untuk
murid gimrama artistik.
10.2 Encik Danial memaklumkan pada kebiasaannya akan ada sumbangan yang
diberikan kepada murid-murid yang akan menyertai pertandingan bagi
mewakili sekolah.
10.3 Encik Bryan mencadangkan agar pihak sekolah dapat mewujudkan sukan hoki.
Ini kerana, ada dalam kalangan ibu bapa yang sanggup membantu dan
mempunyai kemahiran melatih pasukan hoki sekolah. Dari aspek tempat
latihan, Encik Bryan memaklumkan pihak sekolah boleh menggunakan padang
sekolah High School. Pihak sekolah cuma menguruskan pergerakan murid ke
tempat latihan sahaja.
10.4 Encik Poul mengucapkan terima kasih atas cadangan dan akan meneliti dan
berbincang semula dengan guru-guru mengenai cadangan ini.
10.5 Puan Mary mencadangkan agar pengusaha kantin dapat ditambah kepada kantin
makanan Melayu dan kantin makanan Cina.
10.6 Puan Sakinah memaklumkan cadangan ini sukar dilaksanakan kerana
penggunaan kantin adalah berkongsi dengan SKCIJ(2). Selain itu, bangunan
sekolah ini adalah di bawah seliaan pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS).
Segala cadangan penambahbaikan perlu mendapat persetujuan daripada pihak
LPS. Namun demikian, pihak sekolah akan memanjangkan cadangan ini kepada
pihak LPS untuk dibincangkan bersama.
10.7 Puan Siti Khadijah memaklumkan tandas murid kotor dan ada pam yang rosak
dan tidak berfungsi.
10.8 Puan Sakinah memaklumkan kedudukan pam yang agak tinggi menyukarkan
murid untuk mengepam tandas. Namun, pihak sekolah telah pun cuba mengatasi
masalah ini dengan menggunakan tali untuk menarik pam. Walau
bagaimanapun, hal ini dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah ini secara
keseluruhannya. Pihak sekolah telah pun memaklumkan kepada pihak LPS
untuk cadangan pengubahsuaian tandas agar sesuai untuk murid-murid sekolah
rendah.
10.9 Puan Sakinah memaklumkan pekerja pembersihan swasta di sekolah ini telah
berkurang seorang. Namun tindakan akan diambil untuk memastikan tandas

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

18

dibersihkan 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, selepas rehat dan sebelum waktu
pulang.
10.10 Encik Kelvin menyatakan pada tahun lepas (2018), terdapat subjek teras yang
tidak habis silibus. Beliau memohon pihak sekolah memandang serius hal ini.
10.11 Puan Sakinah mengambil maklum hal ini dan guru berkenaan telah pun
menggantikannya dengan kelas tambahan di luar waktu sekolah hanya untuk
menghabiskan silibus. Namun, beliau akan mengadakan mesyuarat guru bagi
mencari penyelesaian kepada masalah tidak dapat menghabiskan silibus ini.
10.12 Encik Zulfaqar menyatakan tiada isu tidak habis silibus kerana beliau telah pun
memberikan latihan dan soalan yang merangkumi semua topik dalam silibus
dan berbincang dengan murid. Hal ini berlaku kerana pihak sekolah dan guru
terikat dengan pelbagai aktiviti yang sangat padat sepanjang tahun yang juga
memerlukan komitmen daripada guru-guru.
10.13 Encik Sivakumar A/L Subramaniam tidak bersetuju dengan kenyataan Encik
Zulfaqar dan berpendapat guru seharusnya mengikut sukatan yang telah
disediakan oleh pihak kementerian dan mengajar murid mengikut tempoh yang
telah dicadangkan untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran dalam
sesuatu subjek dengan baik. Beliau turut meminta agar guru lebih
mementingkan tugas hakiki guru iaitu mengajar murid daripada tugas-tugas
lain.
10.14 Puan Zahara menyatakan pihak sekolah memohon maaf atas isu ini dan berjanji
akan memperbaiki kelemahan dan mencari solusi masalah tidak habis silibus
ini. Beliau turut menambah, pihak kementerian sekarang adalah sangat
mementingkan kemenjadian murid. Perkara ini akan dapat dicapai melalui
program-program yang diadakan di sekolah. Tahap pemikiran murid sekolah
rendah adalah berbeza dengan pelajar dewasa. Semua guru sentiasa
mengharapkan kejayaan murid dan perkara ini hanya dapat dicapai sekiranya
ada kerjasama yang baik antara guru dan ibu bapa.
10.15 Encik Anbananthan A/L Samy Das memaklumkan ada kerja rumah anak yang
tidak disemak dalam tempoh yang lama. Selain itu, beliau turut memaklumkan
tiada tindakan yang diambil oleh guru ke atas kehilangan buku anaknya. Beliau
menyatakan guru sepatutnya mengambil serius perkara ini dan mencari buku
tersebut.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

19

10.4 Puan Sakinah memaklumkan akan memandang isu guru tidak menyemak kerja
rumah yang diberikan sebagai salah satu isu yang serius. Beliau akan
memastikan guru-guru menyemak dan menghantar buku latihan murid kepada
GPK untuk semakan dan pengesahan.

10.5 Beliau memaklumkan juga akan berusaha menyelesaikan isu buku anak Encik
Anbananthan yang hilang itu secepat mungkin.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN
11.0 Encik Daniel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan
kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap
agar semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan
tanggungjawab dengan baik serta bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
melaksanakan program dan dapat menjaga kebajikan anak-anak di SKCIJ(1),
Melaka.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh,

……………………….
PN. SITI AZERAH BINTI MOHD YASIN
PENCATAT PERTAMA

……………………….
CIK NOR BAIZURA BINTI ISMAIL
PENCATAT KEDUA

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

20

Disemak oleh,

……………………….
(PN. NOR HADIJAH BINTI OMAR@MAHMUD)
SETIAUSAHA PIBG SKCIJ 1, MELAKA.

…………………………
(ENCIK DANIEL ANG YAM SENG)
YDP PIBG SKCIJ(1), MELAKA.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

21

SENARAI KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT AJK
PIBG

TARIKH MESYUARAT

BIL NAMA 2019 2020 2021

1 Encik Daniel Ang Yam Seng 9/4 24/7 22/1 10/1 13/2 7/8 9/3 22/3
2 En. Mohd Jackie bin Abdullah
3 Puan Nor Hadijah binti Omar @ 0

Mahmud /////// /
4 Puan Nurul Ain binti Abdullah
5 Puan Siti Azerah binti Mohd Yasin /X/ /X/ / /
6 Pn. Kavitha A/P Krishnan
7 Puan Ong Kwee Bee /////// /
8 Puan Sakinah binti Ibrahim PJK
9 Puan Siti Zahara binti Hamid / CUTI SAKIT / /
10 Puan Robiah binti Said
11 Encik Gentis Paul A/L Gnanaprakasam / / / /X/ / /
12 Encik Wilson Wee Kam Poh
13 Puan Nithiya A/P Subramaniam / XXX / /X X
14 Encik Bryan Lee Boon Long
15 Puan Norlela binti Rahmat /////// /
16 Puan Bindu A/P Shashikant Doshi
17 Puan Leong Yit Yuen /X/ / / / / /
18 Encik Manimaran A/L Palamandy
19 Datin Aina binti Mimo // BERSARA
20 Puan Zubaidah binti Sulaiman
21 Puan Rasidah binti Abdullah --///// /
22 Encik Ahmad Saufi bin Mokhtar
23 Encik Norfaisal bin Mohd Nor /////// /
24 Puan Halimatun Sa’adiah binti Zawawi
25 Cik Mazlizah binti Mohd Said /////// /

/X/ / / / / /

/ XXX / /X X

/ / / / / /X X

/X/ / / / / /

/ / / XXXX X

/ /X/ / /X /

//// PINDAH

/ / / / / /X /

/////// /

/ / XXXXX X

/ / / XXXX X

/ /X/ / /X X

/ / / / / CS MENINGG
AL

HADIR 24 16 17 17 17 18 13 15
TIDAK HADIR - 766659 7
JUMLAH 24 23 23 23 23 23 22 22

CATATAN:
X : THB : Tidak Hadir Bersebab

- : Belum berkhidmat di SK CIJ 1

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

22

PENGLIBATAN & SUMBANGAN PIBG
( 2019 – 2020 )

5 AKTIVITI UTAMA PIBG DAN SEKOLAH
(PELAPORAN SARANA SEKOLAH)

1. Pendaftaran Tahun 1, 2020 31 Disember 2019

2. Hari Sukan 27 Februari 2020
3. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 23 Februari 2019
4. Hari Terbuka / Pelaporan Sekolah Jun 2019
5. Hari Kualiti Sekolah 18 November 2019
6. Har Penetapan Target UPSR 31 Januari 2020

KERJASAMA PIBG DAN SK CIJ 1

1. Sambutan Perayaan Peringkat sekolah Sumbangan hamper untuk

i) Tahun Baru Cina pertandingan dan pemberian duit
ii) Hari Raya Puasa raya kepada murid-murid.
iii) Deepavali
iv) Krismass

2. Kejohanan Merentas Desa Pemberian roti dan minuman serta

pingat pertandingan kepada murid-
murid.

3. Program Sambutan Air Sedunia peringkat Penglibatan agensi swasta melalui
sekolah perjanjian kerjasama dalam program
sekolah.

4. Hari Guru Bekerjasama dengan pihak sekolah
memohon sumbangan untuk hadiah

pertandingan acara sambutan Hari
Guru.

5. Mesin Penapis Air Pemasangan mesin penapis air di
luar bilik sains untuk kemudahan

minuman air sejuk dan suam kepada
murid-murid.

6. Makanan bagi calon UPSR 2019 – Minggu Menampung bayaran makan murid-
UPSR murid Tahun 6 semasa UPSR 2019.

7. Lawatan ke Rumah Warga Emas -Seri Kenanga Menggalakkan ibu bapa SKCIJ 1

Cheng terlibat secara langsung dalam

program-program lawatan dan

sumbangan ke rumah-rumah

kebajikan di Melaka.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

23

8. Pendingin hawa di bilik-bilik khas Pemasangan alat pendingin hawa di
pusat sumber, bilik gerakan dan
9. PERKISS -Pertandingan Kutipan Terbanyak
Barang Kitar Semula. bilik-bilik bahasa komunikasi.

Jalinan kerjasama penjualan barang
kitar semula di permis agensi dan
syarikat yang terlibat.

10. Gotong Royong Keceriaan Sekolah Program kerjasama menceriakan
kawasan menunggu murid dan taman-
taman sekolah.

11. Pertandingan Senamrobik Milo Menyumbang tenaga dan menunjukkan
komitmen yang tinggi semasa murid-
murid menyertai latihan senamrobik
sempena Pertandingan Senamrobik
Milo peringkat kebangsaan.

12. Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri Memberi sokongan moral kepada
Melaka pada 31 Ogos 2019 peserta perbarisan sekolah iaitu
pasukan Pandu Puteri Tunas sepanjang
sesi latihan perbarisan dan sambutan
Hari Kebangsaan peringkat negeri
Melaka.

13. Sambutan Hari Kebangsaan Menyumbang hadiah pertandingan
sempena sambutan bulan

kebangsaan.

14. Pertandingan inovasi daripada barang kitar Penglibatan ibu bapa dalam program
semula sekolah dan komuniti setempat.

15. Kemudahan mesin fotostat Pembayaran sewa bulanan dan
penggunaan mesin fotostat.

16. Token Penyertaan Pertandingan Pemberian token kepada murid-
murid yang berjaya dalam

penyertaan pertandingan di
peringkat negeri, kebangsaan dan

antarabangsa (2019).

17 Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah Lawatan ke Safari Park Resort di

pada 4 November 2019 A’Famosa, Alor Gajah.

18. Walkie Talkie Penggunaan walkie talkie oleh guru

bertugas semasa murid-murid
pulang sekolah.

19. E-waste Penggerak bersama untuk
pertandingan e-waste peringkat
negeri dan kebangsaan.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

24

JALINAN KERJASAMA PIBG bersama
AGENSI LUAR (kerajaan dan swasta) SERTA ORANG PERSEORANGAN

1. Sumbangan Perayaan Kerjasama dengan pihak NGO,
penyumbang orang perseorangan
2. Sumbangan ikhsan PKP dan institusi pengajian tinggi dalam
memberi sumbangan barangan
3. Sumbangan wang tunai keperluan harian seperti makanan
4. Jom Plogging -Sehati Sejiwa Sempena Hari dan minuman sempena sambutan
perayaan:
Alam Sekitar
5. Bengkel Membuat Baja Kompos -Takakurra i) Tahun Baru Cina
6. Keceriaan Taman Ceria
7. Penambahbaikan di Taman Herba ke arah ii) Hari Raya Puasa

kelestarian alam sekitar sekolah iii) Deepavali
8. Sambutan Hari Kanak-kanak
iv) Krismass

Kerjasama dengan pihak NGO,
penyumbang orang perseorangan
dan institusi pengajian tinggi dalam
memberi sumbangan barangan
keperluan harian seperti makanan
dan minuman kepada keluarga yang
sangat terkesan dengan penularan
Covid-19.

Bekerjasama dengan pihak
penyumbang dalam memberi
sumbangan wang tunai kepada
murid yang menghadapi penyakit
jantung.

Menyertai program anjuran Jabatan
Alam Sekitar dan SWCORP
(30/6/2020)

Kerjasama dengan SWCORP dalam
bengkel penjagaan alam sekitar
anjuran bersama Kelab Pencinta
Alam Sekolah. (24/8/2019)

Kerjasama dengan pihak penyumbang
untuk program lestari sekolah seperti
sumbangan benih pokok, anak ikan dan
sabut kelapa.

Kerjasama dengan Pengurus Taman
Buaya Melaka dan orang perseorangan
dalam pembiayaan kerja-kerja
penambahbaikan, keceriaan dan
penanaman pokok herba di taman herba
sekolah.

Penglibatan ajk PIBG dan komuniti
luar dalam aktiviti permainan untuk

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

25

murid-murid sempena sambutan
Hari Kanak-kanak 2019 peringkat

sekolah.

9. Tuaian Air Hujan di tandas Kerjasama dengan pihak UPM -

pemasangan tuaian air hujan di
tandas

-Fungsi tuaian air hujan adalah
sebagai tangki penyimpan air hujan

semasa hujan untuk membolehkan

air mengalir masuk ke tangki
pengepam di tandas.

10. Sambutan Hari Sukan Mencari sumbangan untuk
pembayaran sewa khemah
sempena sambutan Hari Sukan
sekolah

11. Program Water Audit dan Perasmian Bekerjasama dengan pihak UPM
Tuaian Air Hujan semasa program water audit dan
perasmian tuaian air hujan.

12. Projek Pengumpulan Barang Kitar Semula Bekerjasama dengan agensi luar
dalam menggalakkan aktiviti
pengumpulan barang kitar semula
di syarikat atau permis-permis
bukan kerajaan. Ini bertujuan,
membantu pihak sekolah

menjayakan penerapan amalan
3R ke pihak luar sekolah pula.

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

26

PENYATA KEWANGAN PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

27

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

28

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

29

SENARAI NAMA MURID SK. CONVENT INFANT
JESUS 1,

CEMERLANG UPSR 2019

BIL NAMA MURID KEPUTUSAN

1 CAYLEIGNA ANG SEW HUAY 6A
2 CELINE ONG XINYING 6A
3 TAN YING XUAN 6A
4 KHEERTIKA DHARMENDARAN RAO 6A

SENARAI NAMA GURU KELAS TAMBAHAN TAHUN
6, 2019

BIL NAMA GURU
1 PUAN ZUBAIDAH BINTI SULAIMAN
2 PUAN NOR HADIJAH BINTI OMAR@MAHMUD
3 PN. AZALIA BINTI MUHAMAD WAHI
4 PN. SITI AZERAH BINTI MOHD. YASIN
5 PUAN HAFIZAH BINTI JAAFAR
6 PN. ESTHER TAN MEI CHOO
7 CIK MAZLIZA BINTI MOHD. SAID
8 PN. NOR AZIRA BINTI AB. RAZAK
9 PN. ELMI BINTI CHE’ MAHMOOD

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

30

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Jawatankuasa induk Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK CIJ
1, sesi 2019-2020 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih kepada:

GURU BESAR SK CIJ 1, MELAKA
YDP PIBG SK CIJ 1

GURU-GURU PENOLONG KANAN SK CIJ 1
AJK PIBG SK CIJ 1

GURU – GURU SK CIJ 1
STAF SOKONGAN

PARA IBU BAPA DAN PENJAGA
SEMUA WARGA SK CIJ 1

Serta

semua pihak yang menyumbang secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG
SK CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Kali ke- 45 & 46

~ TERIMA KASIH ~

Mesyuarat Agung PIBG SK CIJ1 Kali ke -46

31


Click to View FlipBook Version