The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS) v1.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaila.fawwaz, 2020-09-04 05:03:21

MODUL HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS) v1.0

MODUL HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS) v1.0

2020

MODUL

HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS)
V1.0

Disediakan oleh:
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

0

2020

PANEL PEMBINA MODUL HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS) V1.0

1) En. Mohd Saudi bin Abdullah
Guru Cemerlang Bahasa Arab
SMKA Maahad Hamidiah, Selangor

2) Pn. Zuliana binti Mohd Syukor
Guru Cemerlang Bahasa Arab
SMKA Segamat, Johor

3) Pn. Nor’aeida binti Ab.Wahid
Guru Cemerlang Bahasa Arab
SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor

4) Pn. Sumaiyah binti Sulaiman
SMKA Putrajaya, WP Putrajaya

5) Pn. Hafifah binti Halim
SMKA Putrajaya, WP Putrajaya

6) Pn. Siti Hawa binti Abd. Halim
SMKA Putrajaya, WP Putrajaya

7) Pn. Suriani binti Komeng
SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, WP Kuala Lumpur

8) En. Mohd Firdaus bin Mazani
SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, WP Kuala Lumpur

9) En. Muhd Aimaduddin bin Mohamed Rabeh
SAM Sultan Hisamuddin, Selangor

10) En. Muhammad Izzuan bin Zulkifly
SAM Pasir Panjang, Selangor

11) En. Abdul Wahid bin Abdul Ghani
SBPI Sabak Bernam, Selangor

12) En. Mohd Said bin Samshuddin
SMK Telok Gadong, Selangor

13) En. Akram Hijri bin Abdullah Akhili
SMK Tinggi Klang, Selangor

14) En. Mohd Norsyam bin Abdul Rahman (Penyelaras)
Bahagian Pendidikan Islam,KPM

1

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Kuiz Bahasa Arab )‫(اختبار الذكاء‬
SASARAN
5-8 minit
TINDAKAN
Semua murid
KAEDAH
PELAKSANAAN Guru & Panitia Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
Tempat : Tapak Perhimpunan/ Kelas
Kuiz Lisan
1. Soalan kuiz hendaklah dibina berdasarkan DSKP
mengikut aras tingkatan secara interaktif
2. Soalan dibacakan oleh guru dengan suara yang jelas
dengan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.
3. Murid yang ingin menjawab hendaklah mengangkat
tangan
4. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberi
ganjaran mengikut kreativiti guru
5. Bagi murid yang tidak berjaya menjawab dengan betul,
soalan dibuka kepada pelajar lain sehingga ada pelajar
yang berjaya menjawab
6. Guru hendaklah memberi ulasan dan peneguhan pada
akhir aktiviti

Kuiz Digital

1. Soalan kuiz hendaklah dibina mengikut DSKP mengikut
tingkatan ataupun tahap yang interaktif

2. Soalan dibina dengan menggunakan aplikasi yang
bersesuaian seperti Kahoot, Quizizz, Socrative, Google
Classroom dan lain-lain

3. Murid menjawab soalan kuiz dengan peranti yang
bersesuaian seperti : Komputer, Tablet dan flash card

4. Murid yang mendapat skor tertinggi diberi ganjaran

5.. Guru hendaklah memberi ulasan dan peneguhan pada
akhir aktiviti

*Guru bebas untuk memilih kaedah pelaksanaan yang
sesuai mengikut kreativiti masing-masing

2

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Melukis Karikatur/Komik )‫(رسم كاريكاتير‬
SASARAN
Bulanan
TINDAKAN
Semua murid
KAEDAH
PELAKSANAAN Guru & Panitia Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
Salinan Keras (hardcopy)
1. Tema lukisan boleh mengikut DSKP, aktiviti harian murid
atau nilai-nilai murni.
2. Tempoh pelaksanaan mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing.
3. Karikatur/komik yang dilukis mesti disertakan dialog
bahasa Arab.
4. Semua lukisan komik dinilai oleh guru.
5. Aspek yang dinilai meliputi kreativiti pelajar, gaya bahasa
dan nilai murni yang diterapkan dalam lukisan.
6. Lukisan yang terpilih boleh dipaparkan di sudut bahasa
Arab atau buletin bahasa Arab sekolah.

Salinan Lembut (softcopy)

1. Tema lukisan boleh mengikut DSKP, aktiviti harian
pelajar atau nilai-nilai murni

2. Antara aplikasi yang dicadangkan adobe photoshop,
illustrator, power point, paint dan lain-lain

3. Tempoh pelaksanaan mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing

4. Semua lukisan komik dinilai oleh guru

5. Aspek yang dinilai meliputi kreativiti pelajar, keaslian
lukisan, gaya bahasa dan nilai murni yang diterapkan dalam
lukisan

6. Lukisan yang terpilih boleh dicetak dan dipaparkan di
sudut bahasa Arab atau buletin sekolah

* Murid diberi kebebasan dengan syarat tidak menyentuh
isu yang sensitif dan kontroversi.

3

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Penulisan Rencana ‫كتابة المقالة‬
SASARAN
Bulanan
TINDAKAN
Semua murid
KAEDAH
PELAKSANAAN Guru & Panitia Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:

Salinan Keras (hardcopy)

1. Tema penulisan berkaitan nilai-nilai murni dan isu
semasa.

2. Tempoh pelaksanaan mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing

3. Semua karya hendaklah asli dan tiada unsur plagiat.
Sebarang petikan fakta dan maklumat lain hendaklah
dinyatakan punca sumber dan rujukan yang berkenaan.

4. Aspek yang dinilai meliputi kreativiti pelajar, gaya
bahasa dan nilai murni yang diterapkan dalam penulisan

5. Penulisan yang terpilih boleh diterbitkan di dalam
buletin bahasa Arab sekolah dan dipaparkan di sudut
bahasa Arab.

Salinan lembut (softcopy)

1. Tema penulisan hendaklah mengikut DSKP, aktiviti
harian pelajar atau nilai-nilai murni dengan menggunakan
aplikasi Microsoft Word, Notes atau apa-apa yang
bersesuaian

2. Tempoh pelaksanaan mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing

3. Semua penulisan hendaklah asli dan tiada unsur
plagiat. Sebarang petikan fakta dan lain hendaklah
dinyatakan punca sumber dan rujukan yang berkenaan.

4. Aspek yang dinilai meliputi kreativiti pelajar, gaya
bahasa dan nilai murni yang diterapkan dalam penulisan

5. Penulisan yang terpilih boleh diterbitkan di dalam
buletin sekolah dan dipaparkan di sudut bahasa Arab
atau buletin sekolah

* Murid diberi kebebasan dengan syarat tidak menyentuh
isu yang sensitif dan kontroversi

4

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Buletin Bahasa Arab Sekolah )‫(النشرة المدرسية‬
SASARAN Bulanan
Semua murid
TINDAKAN Panitia Bahasa Arab & Persatuan Bahasa Arab
Pilihan Pelaksanaan:
KAEDAH
PELAKSANAAN Tempat : Sekolah

1. Kandungan mestilah mengandungi maklumat-maklumat
berkaitan bahasa Arab serta elemen-elemen lain yang
bersesuaian, hasil kreativiti murid dan guru.
2. Buletin boleh diterbitkan dalam bentuk bercetak ataupun
digital yang mudah diakses oleh murid dan warga sekolah.

5

2020

NAMA AKTIVITI InstaHavoc #Arabiya2020
Harian/ Bulanan/ Sepanjang tahun
TEMPAH MASA Semua murid
SASARAN Guru & Panitia Bahasa Arab
Pilihan Pelaksanaan
TINDAKAN

KAEDAH
PELAKSANAAN

1. Murid membuat rakaman video berdurasi 1 minit dengan
ungkapan dialog bahasa Arab dalam apa jua topik dan di
mana-mana sahaja.

2. Video yang dirakam perlu dikongsi melalui aplikasi
Instagram dengan menggunakan tanda pagar
#Arabiya2020.

3. Video boleh mengikut dskp, aktiviti harian murid atau
nilai-nilai murni.

4. Pihak sekolah boleh menilai secara bulanan bagi
menggalakkan penyertaan murid.

5. Aspek yang dinilai meliputi kreativiti murid dan nilai murni
yang diterapkan dalam video.

6. Video yang terpilih boleh dimuatnaik ataupun dikongsi
dalam laman web sekolah.

* Murid diberi kebebasan dengan syarat tidak menyentuh
isu yang sensitif dan kontroversi

6

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Perbualan Harian )‫(الحوار اليومي‬
SASARAN
Setiap hari & 5 minit sebelum memulakan pdpc/luar kelas
TINDAKAN
Semua murid
KAEDAH
PELAKSANAAN Semua guru mata pelajaran bahasa Arab

Pilihan pelaksanaan
1. Guru menggalakkan penggunaan bahasa arab dalam
percakapan harian murid.
2. Guru sentiasa menggunakan perkataan-perkataan harian
dalam komunikasi.
3. Guru memulakan dialog bahasa arab bersama murid.

4. Tema perbualan menengah rendah: – ‫المدرسة – الفصل – المكتبة‬
‫الملعب – المطعم‬

5. Tema perbualan menengah atas : ‫القضايا المعاصرة‬

6. Boleh diterapkan di luar bilik darjah.

7

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
Coral Speaking )‫(كلام جماعي‬
SASARAN
TINDAKAN Bulanan ( Cadangan: 2 kali setahun)
KAEDAH Khamis (3 – 5 ptg)
PELAKSANAAN
Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian

Persatuan Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
1. Setiap rumah sukan perlu menghantar 2 kumpulan kalam
jamaie/pengisian mahrajan

2. Tempoh masa setiap persembahan adalah 5 -8 minit

3. Tema persembahan adalah berdasarkan dokumen

standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) ( – ‫الضمائر – الأفعال‬
‫) التحيّات – الأدوات‬/nilai

4. Aspek yang dinilai adalah isi, bahasa, gaya persembahan
serta kreativiti murid.

5. Ganjaran boleh diberikan mengikut kesesuaian seperti
hadiah atau mata rumah sukan.

8

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
Eja dengan betul )‫(هجئ صحيحا‬
SASARAN
TINDAKAN Mingguan
KAEDAH Perhimpunan pagi setiap hari Khamis (10 minit)
PELAKSANAAN
Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian

Guru Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
1. Guru/murid yang dilantik akan memberi 4 perkataan Arab
secara terbuka.
2. Pemilihan perkataan adalah bebas mengikut kesesuaian
semasa.
3. Perkataan yang sama tidak perlu diulang kepada murid
yang lain jika jawapan pertama salah.
4. Hadiah akan diberikan secara terus bagi murid yang
menjawab dengan tepat.

9

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
Deklamasi puisi )‫(امسية الشعر‬
SASARAN
TINDAKAN Mingguan
KAEDAH
PELAKSANAAN Perhimpunan pagi setiap hari khamis (10 minit)

Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian

Guru Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
1. Cadangan perlaksanaan pada hari Khamis pada
waktu rehat menengah atas dan Pra U di kantin
sekolah, sudut pidato, aktiviti program dan lain-lain.
2. Penyampai dalam kalangan murid menengah atas
dan Pra U yang terpilih dan telah dilatih (Cadangan :
giliran mengikut kelas) sama ada individu atau
berkumpulan.
3. Cara penyampaian dimulakan dengan tatacara
berikut :
- Kata-kata aluan (pengenalan diri)
- Penyampaian teks syi’ir daripada sukatan
pelajaran sedia ada.
- Teks syi’ir ciptaan pelajar sendiri mengikut
rima akhir.
- Contoh tema syi’ir :
1. Berbentuk nasihat
2. Kenegaraan
3. Islamik
4. Nilai murni

10

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPOH MASA Madrasati.FM )‫(الإذاعة المدرسية‬
SASARAN
Mingguan (10 minit) / Hari Khamis
TINDAKAN
Semua murid
KAEDAH
PELAKSANAAN Persatuan Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan
1.Cadangan perlaksanaan pada hari Khamis mengikut
masa yang bersesuaian.
2. Penyampai dalam kalangan murid/ kumpulan yang terpilih
dan telah dilatih ( Cadangan : Penubuhan Studio Arabi )
3. Cara penyampaian dimulakan dengan tatacara berikut :
- Dimulakan dengan lagun tema Tahun Bahasa Arab 2020
- Kata aluan/Bacaan Doa/ Bacaan al-Quran
- Berita terkini ( Contoh : Warna Pagi..)
- Info aktiviti ( Contoh : Kehadiran tetamu, guru baru dll)
- Jemputan tetamu Iza’ah
- Informasi yang berkaitan dengan Sekolah ( Contoh :
Kantin , Promosi Koperasi, Kursus dll)
- Tokoh-tokoh tersohor ( mengikut dalam sukatan dll)
- Memperkenal perkataan baru hari ini ( Contoh : Jalur
Bahasa
- Isu semasa negara dan dunia
- Kuiz spontan ( Contoh : Tahjiah / Imlak/
- Kisah Saya ( Pelajar jemputan )
- Hikam Wa Amthal
- Memainkan lagu arab / lagu berlirik sukatan -didik hibur
- Penutup lagu tema Al-Arabiyyat2020

11

2020

NAMA AKTIVITI )‫(اللعبة اللغة العربية‬
TEMPAH MASA Waktu PdPc dan aktiviti persatuan

SASARAN Semua murid

TINDAKAN Guru mata pelajaran dan Persatuan Bahasa Arab
KAEDAH
PELAKSANAAN Pilihan Pelaksanaan:
1. Cadangan perlaksanaan pada setiap hari mengikut
waktu PdPc atau waktu aktiviti yang bersesuaian.
2. Permainan boleh dijalankan secara individu atau
berkumpulan .
3. Setiap permainan perlu dirancang mengikut
kemahiran sedia ada ( Mendengar, bertutur,
membaca dan menulis )

4. Cadangan permainan mengikut Kemahiran
Mendengar :
- Ajuk suara binatang atau lagu/muzik.
- Meneka bunyi daripada audio. ( Contoh :
Mengetuk meja/ menyelak buku/ bunyi ombak)
- Mendengar daripada bacaan. ( Contoh : Super
spontan - )
- Betulkan kesalahan ayat atau perkataan yang
salah.
- Memahami arahan dan melakonkan. ( Contoh
: “ Pergi ke kanan… “WAZE”)
- Pertandingan “Membuka Kamus”

5. Cadangan permainan mengikut Kemahiran Bertutur :
- Mengulang semula apa yang diperdengarkan.
- Kuiz
- Meneka nama individu dan benda . ( Contoh:
Tunjuk gambar orang, benda, pemandangan
dan lain-lain)
- “Taalum bil Ghina’”
- "Kelas Kelainan Upaya". ( Pelajar memberikan
perkataan atau ayat kepada pelajar pertama
dan pelajar tersebut membacakan kepada
kawan yang lain tanpa suara. Manakala
rakannya melihat pergerakan mulut untuk
meneka perkataan atau ayat tersebut)

12

2020

6. Cadangan permainan mengikut Kemahiran Membaca
:
- Memadankan kad yang tertulis perkataan,
ungkapan atau ayat daripada hasil bacaannya.
- Puzzle
- Membaca teks tanpa baris.
- Mengaplikasikan arahan hasil daripada
bacaannya. ( Contoh: Mengikut arahan cara
bermain monopoli)

7. Cadangan permainan mengikut Kemahiran Menulis :
- Menulis dialog hiwar dalam ruangan komik
yang disediakan.
- Pertandingan menulis surat/poster/kad
ucapan/biodata/
- Scrabble menulis.
- Teka silang kata.
- Meneka lakonan atau lukisan dalam bentuk
menulis.

13

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA Khattab Milenia )‫(خطاب ميلينيا‬
SASARAN 10 minit
Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian
TINDAKAN Guru mata pelajaran bahasa Arab
Pilihan Pelaksanaan
KAEDAH 1. Cadangan perlaksanaan pada hari Khamis pada waktu
PELAKSANAAN rehat di kantin sekolah atau sudut pidato.

2. Penyampai dalam kalangan murid yang terpilih dan telah
dilatih ( Cadangan : Giliran mengikut kelas).

3. Teks disarankan daripada sukatan pelajaran/nilai.

4. Cara penyampaian dimulakan dengan tatacara berikut

- Kata aluan
- Pengenalan diri
- Penyampaian pidato

14

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
‫( مخيم عربي‬Edisi Murid)
SASARAN
TINDAKAN Satu / Dua hari ( boleh diselaraskan dengan Mahrajan
KAEDAH Arabiy)
PELAKSANAAN
Semua murid

Panitia Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan
1. Dilaksanakan dalam tempoh satu/dua hari mengikut

kesesuaian pihak sekolah.
2. Pembahagian murid secara berkumpulan.
3. Pengisian aktiviti berdasarkan DSKP.
4. Cadangan aktiviti:
 Ice breaking (Man Ana)

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan. Pelajar diminta
bertaaruf dengan ahli kumpulan berbahasa Arab.
 Eksplorasi bahasa Arab (Mughamarah Arabiyyah)
Beberapa check point disediakan.
Antara cadangan aktiviti:
Al-Alghaz (teka-teki), almawaqif (situasi)@at-ta’birat al-
yaumiyyah (ungkapan harian), tasrif feel, I’dad wajbah
arabiyyah (penyediaan makanan Arab) dan
sebagainya.
 Nughanni Ma’an
Pelajar diberi satu tema berdasarkan sukatan pelajaran
contohnya “Isim dan Feel”. Pelajar diminta mereka lagu
berdasarkan tema. Seterusnya mempersembahkan
mengikut giliran.
 Penutup dan penyampaian hadiah

* Aktiviti boleh disesuaikan dengan tahap dan
penguasaan bahasa Arab murid di sekolah masing-
masing

15

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
SASARAN ‫( إقرأ تربة‬pakej NILAM)
TINDAKAN
Mingguan
KAEDAH
PELAKSANAAN Semua murid

Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Jawatankuasa
Nilam Sekolah

Pilihan Pelaksanaan:
1. Pelajar membaca buku berbahasa Arab sama ada

dipinjam dari perpustakaan atau koleksi sendiri.
2. Bahan bacaan juga boleh berbentuk elektronik@PDF

yang diperolehi dari internet.
3. Pelajar mengisi maklumat buku serta rumusan yang

dibaca dalam buku Nilam.
4. Sekiranya bahan bacaan daripada internet,perlu ditulis

maklumat sumber dalam buku Nilam.
5. Sebagai galakan, murid yang paling banyak membaca

buku/bahan bahasa Arab akan diberi ganjaran berupa
hadiah/token dalam perhimpunan.

* Program ini memerlukan kerjasama daripada
Jawatankuasa Nilam Sekolah.

16

NAMA AKTIVITI 2020
TEMPAH MASA
Sindibad Junior )‫(مغامرة سندباد‬
SASARAN
TINDAKAN Sepanjang tahun / Boleh diselaraskan dengan Mahrajan
KAEDAH Arabiy)
PELAKSANAAN
Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian

Panitia Bahasa Arab / Persatuan Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan
 Aktiviti ini dilaksanakan berkonsepkan ‘explorace’.
 Boleh dilakukan di dalam kawasan sekolah atau tempat

rekreasi yang sesuai.
 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
 Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan warm up

(Taskhin) berbahasa Arab.
 Sesi pertama ice breaking.
 Terdapat beberapa check point disediakan. Pada setiap

check point disediakan ‘clue’ bagi check point
berikutnya. Contoh: “sebuah kotak di bawah pokok
belakang surau”.
 Setiap kumpulan perlu melakukan aktiviti yang
disediakan di check point yang disediakan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah permainan
bahasa seperti telefon rosak (hawatif muattalah), kata-
kata tanpa isyarat (kalam biduni isyarah), isyarat tanpa
kata-kata (isyarah biduni kalam), kawad kaki berbahasa
Arab, kuiz yang berkaitan PdPc, melukis peta dan
melabel perkataan berbahasa Arab dan sebagainya.

* Aktiviti boleh disesuaikan dengan tahap dan
penguasaan bahasa Arab pelajar
 Setelah tamat semua aktiviti, disusuli dengan acara
penutup..
 Hadiah disampaikan kepada pemenang.

17

NAMA AKTIVITI 2020

TEMPAH MASA ‫( دقائق العربية‬pakej NILAM)
SASARAN
Mingguan
TINDAKAN
Semua murid mengikut rumah sukan/mengikut kesesuaian
KAEDAH
PELAKSANAAN Panitia Bahasa Arab

Pilihan Pelaksanaan:
 Sekolah menetapkan satu masa iaitu selama lima minit

dalam perhimpunan.
 Semua murid dikehendaki membaca satu bahan

berbahasa Arab.
 Pihak panitia menyediakan bahan bacaan bercetak

berbahasa Arab dan diedar kepada semua murid.
Contohnya kata-kata hikmah dan huraiannya atau
keratan akhbar.
 Guru bertugas boleh memanggil wakil murid bagi
membuat rumusan bahan yang telah dibaca.
 Bahan dipulangkan semula kepada guru.
 Boleh disesuaikan mengikut kesesuaian di sekolah
masing-masing.

18

2020

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Modul Hari Bahasa Arab Sekolah (HBAS) V0.1

Edaran 2020
19


Click to View FlipBook Version