The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emyzaixora, 2021-04-24 23:05:22

Buku Skrap SMKSJ 2

Buku Skrap SMKSJ 2

Tokoh Dalam Kalangan
pimpinan Johor

Tokoh Pertama :

Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar

Biodata
Peserta

Nama Peserta: Siti Nurazlin Binti Azahar
Kelas: 4 Arif
Alamat E-mel: [email protected]
Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah
Alamat Sekolah:
SMK Seri Jementah,
KM 20, Jalan Muar,
85200 Jementah,
Segamat, Johor

PENDAHULUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat saya menyempurnakan buku skrap ini. Saya menyiapkan buku skrap ini bagi memenuhi keperluan penyertaan saya sebagai
salah seorang peserta dalam Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital yang dianjurkan oleh SLB Daerah Segamat. Buku skrap yang saya
jalankan ini ialah berkaitan tokoh dalam kalangan pimpinan Johor. Saya menyempurnakan buku skrap digital ini dalam masa 5 hari.

Buku skrap ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang biodata tokoh pemimpin, pendidikan tokoh yang dipilih, kerjaya
tokoh, sumbangan tokoh dan nilai kepimpinan yang boleh dicontohi.

Buku skrap yang saya laksanakan ini adalah secara individu. Namun begitu, data dan maklumat yang saya peroleh untuk menghasilkan
buku skrap digital ini sedikit sebanyak dibantu oleh guru bimbingan saya, iaitu Puan Afera binti Redzali manakala selebihnya adalah hasil
dari carian saya sendiri di Internet.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Nama Tokoh: Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar
Lahir: 12 Februari 1895, Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor, British
Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia: 19 Januari 1962 (umur 67)
Tempat persemadian: Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Parti politik: United Malays National Organisation (UMNO)
Pasangan: Rafeah Abdullah, Che Jamilah, Che Kah, Halimah Hussein
Hubungan: Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (cucu)

Mohamed Noah Omar Bin Orang Kaya Omar (besan)
Dato’ Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar)
Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid (anak saudara)
Syed Muhammad Naquib al-Attas (anak saudara)
Anak: Tun Hussein Bin Dato’ Onn
Ibu: Roquaiya Hanim
Bapa: Dato’ Jaafar Haji Muhammad
Pekerjaan: Menteri Besar

Roquaiya Hanim Tun Hussein bin Dato’ Onn

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar memulakan pendidikannya dalam sekolah Bahasa Melayu di Johor Bahru. Pada tahun 1904, dia pergi ke
England untuk menghadiri Sekolah Lodge Aldeburgh, sebuah sekolah swasta di Suffolk, bersama Tengku Mahkota hingga tahun 1909. Beliau
cemerlang dalam sukan dan menjadi kapten pasukan kriket dan bola sepak sekolah. Beliau kembali ke Tanah Melayu dan mendaftar di Kolej
Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tempat dia belajar di sana selama dua tahun dari 1910 hingga 1911.

Onn Jaafar menerima banyak anugerah dan pengiktirafan atas sumbangannya. Beliau diberi penghormatan atas titah Mahkota Johor
yang memberikannya gelaran Dato’ pada tahun 1940. Pada tahun 1947, beliau dianugerahkan sebagai Kelas Kedua (Panglima) Perintah
Keluarga Diraja yang Paling Dinilai dari Johor. Selain itu, beliau diberi penghormatan sebagai Komandan Ksatria Kehormat Empayar Inggeris
dari United Kingdom yang memberinya gelaran Sir pada tahun 1953.

Sekolah Lodge Aldeburgh, Suffolk, England

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

KERJAYA TOKOH

• Wartawan

Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 (umur 35) dan pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian
Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina
tidak segan berkebun sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang
Warta Malaya pada 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.

• Pegawai Daerah

Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, kemudian beliau berhenti kerana membantah dasar-dasar
jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman, pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam
oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga‘ di Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua
kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) antara Mac hingga April 1945.



• Presiden Pertama

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 40 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres
Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan
sultan-sultan Melayu. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

• Menteri Besar-Pengasas UMNO

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada
United Malay National Organisation (UMNO). Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan
diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti
dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu
Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam
diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.



• Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan
tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Onn Jaafar masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di
kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

SUMBANGAN TOKOH

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama
beliau dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu penubuhan UMNO pada 11
Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.

Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan usaha Onn Jaafar dalam memajukan
masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin
meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu
yang berlandaskan objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah
teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.

Semasa Onn Jaafar menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain
dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada
pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat
Melayu menceburi bidang ekonomi dan memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampung supaya menghasilkan produk bernilai
komersial. RIDA juga akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil
alih perniagaan tersebut. RIDA memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa
hadapan mereka akan datang.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Kejayaan Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar dalam usaha membebaskan negara dari penjajah dan menyatupadukan rakyat menunjukkan bahawa beliau
merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Antara nilai-nilai kepimpinan Onn Jaafar yang boleh diterapkan dalam diri generasi sekarang ialah sifat
bertanggungjawab. Untuk menjadi seorang pemimpin, sifat tersebut merupakan nilai paling utama yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh seseorang
pemimpin. Tanpa sfiat tanggungjawab seseorang pemimpin tidak akan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan betul. Sebagai contoh, Onn Jaafar
bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Beliau sanggup mengahwini balu adiknya dan beliau turut bertanggungjawab memimpin rakyat jelata
untuk menuntut kemerdekaan.

Selain itu, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar sentiasa mengamalkan nilai muafakat bagi mengeratkan hubungan dengan rakyat. Contohnya, Onn Jaafar
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan rakyat. Nilai muafakat sentiasa diamalkan semasa membuat sesuatu keputusan
kerana negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Hal ini kerana, permuafakatan masyarakat penting bagi memastikan perpaduan sentiasa
kukuh supaya keharmonian hidup rakyat terpelihara dengan baik.

Selanjutnya, nilai kepimpinan yang dapat dicontohi ialah nilai taat kepada kedua ibu bapa.
Nilai ini dapat dilihat apabila ikatan perkahwinan antara Onn Jaafar dan Che Kah tidak bertahan
lama disebabkan tidak mendapat restu daripada keluarga. Sebagai seorang anak, kita mestilah sentiasa
menghormati dan taat akan kedua ibu bapa agar hidup terus cemerlang.

Akhir sekali, nilai kepimpinan yang dapat diamalkan ialah nilai bersatu padu. Contohnya,
Onn Jaafar mencegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat. Nilai ini dapat menjaga keamanan
dan kedamaian negara. Tuntasnya terdapat banyak nilai kepimpinan yang boleh dicontohi dari Dato’ Sir
Onn Bin Dato’ Jaafar untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, baik, taat, bertanggungjawab dan cemerlang.

PENUTUP

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari 1962 akibat serangan jantung
dan jenazahnya telah disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham Dato‘ Jaafar
bin Haji Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.



SUMBER RUJUKAN

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
• http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html?m=1
• http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html?m=1
• https://issuu.com/nadiah894/docs/pertandingan

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version