The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-45219829, 2021-01-19 08:39:54

MENDRAF POLA BADAN DAN LENGAN

PART 1

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik C, garis terus menegak ke bawah. Dari Titik B, garis terus melintang.
Cantumkan kedua-dua ukuran tersebut membentuk kotak empat segi.

panduanbajukurung.com@ copyright 51

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Bahagi AC kepada empat bahagian yang sama besar. Tanda Titik E, F, G.

Contoh ukuran:
AC = 39.5 sm

39.5 dibahagi empat = 9.9 sm
A-E = E-F = F-G = G-C = 9.9 sm

panduanbajukurung.com@ copyright 52

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik E, F, G terus garis hingga ke bawah.

panduanbajukurung.com@ copyright 53

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Untuk melakar garisan yang menyambungkan Titik F dan Titik H anda perlu merujuk
kepada lukisan pola bahagian lengan belakang baju yang telah dilukis.

panduanbajukurung.com@ copyright 54

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah
Caranya:

Rujuk gambar di atas yang merupakan pola baju yang telah dilukis sebelum ini. Lihat
bahagian yang dibulatkan dengan warna hijau. Ini adalah bahagian lubang lengan yang
akan disambung dengan bahagian lengan baju. Dengan menggunakan pembaris
pembentuk yang digunakan ketika melakar bahagian tersebut, ukur panjang garisan
yang menyambungkan Titik JLM.

panduanbajukurung.com@ copyright 55

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur sedikit demi sedikit menggunakan pembaris pembentuk. Sesuaikan bentuk
pembaris dan bentuk lubang lengan untuk mendapat ukuran. Tandakan dengan pen
sedikit demi sedikit bagi memudahkan anda membuat kiraan. Bahagian yang diukur
ditunjukkan dengan garisan merah di dalam gambar.

panduanbajukurung.com@ copyright 56

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Bahagian tersebut diukur sedikit demi sedikit dengan menyesuaikannya dengan bentuk
pembaris pembentuk.

Nota:
Anda juga boleh menggunakan seutas benang untuk mengukur bahagian tersebut.
Ambil benang dan letak selari mengikut bahagian bengkok tersebut. Kemudian ukur
kepanjangan benang tersebut menggunakan pita pengukur. Walaubagaimanapun,
terpulang kepada keselesaan anda manakah teknik yang lebih disukai. Saya lebih suka
mengukurnya menggunakan pembaris pembentuk.

panduanbajukurung.com@ copyright 57

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Contoh Ukuran yang didapati dari ukuran di atas = 21 sm

Bermula dari Titik F, dengan menggunakan pembaris, buat satu garisan lurus yang
mencecah mana-mana bahagian di garisan menegak AB dengan kepanjangan 21 sm.
Tandakan dengan Titik H.

panduanbajukurung.com@ copyright 58

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Gunakan pembaris bagi menentukan kedudukan Titik F ke H.

panduanbajukurung.com@ copyright 59

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik H, terus garis melintang dan tandakan dengan Titik I. Sambungkan Titik F
dengan Titik I.

panduanbajukurung.com@ copyright 60

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur panjang AH, dan bahagikan kepada tiga.

Contoh ukuran:
AH = 7.5 sm
7.5 dibahagi 3 = 2.5 sm

Jadi, ukur 2.5 sm dari Titik E dan tandakan dengan Titik J. Kemudian, garis lurus Titik J
dan Titik H.

panduanbajukurung.com@ copyright 61

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Titik K berada di tengah-tengah garisan antara Titik H dan Titik J.

panduanbajukurung.com@ copyright 62

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik K, turunkan selari ke bawah 1 sm. Titik tersebut tidak semestinya mencecah
garisan. Tandakan dengan Titik L.

panduanbajukurung.com@ copyright 63

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik F, ukur 2 sm dan tandakan dengan Titik M.

panduanbajukurung.com@ copyright 64

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titik FMJLH menggunakan pembaris pembentuk. Sesuaikan pembaris
pembentuk dengan titik-titik tersebut untuk mendapat lakaran seperti garisan biru di
atas.

Sambungkan titik-titik tersebut satu persatu. Sambung Titik F dan Titik M, Sambung Titik
M dan Titik J, dan seterusnya bagi melengkapkan garisan biru seperti yang ditunjukkan
di atas. Bentuk pola lengan pada bahagian ini untuk lain-lain baju seperti blouse, jubah,
kebaya dan sebagainya juga sama seperti ini, yang membezakannya hanyalah saiz dan
ukuran standard yang digunakan bagi sesuatu jenis baju.

panduanbajukurung.com@ copyright 65

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pembaris pembentuk digunakan untuk menyambung Titik FMJLH.

panduanbajukurung.com@ copyright 66

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur 2 sm dari Titik F dan tandakan dengan Titik N.

panduanbajukurung.com@ copyright 67

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda Titik O yang berada di tengah-tengah garisan.

panduanbajukurung.com@ copyright 68

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda Titik P yang berada di tengah-tengah garisan antara Titik O dan Titik I.

panduanbajukurung.com@ copyright 69

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik P, buat satu garisan lurus selari ke bawah dengan ukuran 1.5 sm. Tandakan
dengan Titik Q.

panduanbajukurung.com@ copyright 70

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titik FNOQI menggunakan pembaris pembentuk. Sambung satu persatu
seperti yang dilakukan sebelum ini.

panduanbajukurung.com@ copyright 71

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik B, ukur 5 sm dan Tandakan dengan R. Ukur juga 5 sm dari Titik D dan tandakan
dengan S.

BR = SD
Garis lurus HR dan IS

Jika menggunakan baju contoh, lihat bentuk lengan bahagian tersebut. Lihat perbezaan
ukuran antara pangkal dan hujung lengan untuk menentukan jarak BR dan jarak SD.

panduanbajukurung.com@ copyright 72

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur 1.5 sm dari Titik B, tandakan dengan Titik X. Ukur juga 1.5 sm dari Titik D, tandakan
dengan Titik Y.

Kemudian, garis lurus XZ dan YZ.
BX = DY

panduanbajukurung.com@ copyright 73

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola yang telah siap dilukis di tanda dengan warna biru di sekelilingnya.

panduanbajukurung.com@ copyright 74

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola sebenar yang telah siap dilukis. Lukisan di atas menunjukkan pola yang dilukis
menggunakan ‘marker’ bagi memudahkan pembelajaran. Lukis pola menggunakan
pensil sahaja, ‘marker’ tidak diperlukan.

Ketepikan pola, jangan gunting pola terlebih dahulu.

Tanda bahagian belakang dan hadapan pola seperti gambar di atas bagi mengelakkan
kekeliruan.

panduanbajukurung.com@ copyright 75

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

SAMAKAN UKURAN SAIZ POLA BADAN DAN LENGAN

Ukuran panjang pola BELAKANG badan perlulah sama panjang dengan ukuran panjang
pola belakang lengan.
Ukuran panjang pola HADAPAN badan perlulah sama panjang dengan ukuran panjang
pola hadapan lengan.

Bagi menyamakan panjang pola badan dan tangan, beberapa langkah berikut boleh 76
dilakukan:
1) Mengurangkan/ melebihkan lengkung pada bahagian pola lengan.
2) Mengurangkan/ Melebihkan lengkung pada bahagian pola badan.
Buat tambahan dan pengurangan saiz menggunakan dua kaedah di atas bagi
menyamakan saiz kedua-dua bahagian tersebut. Utamakan kaedah pertama iaitu
mengurangkan/ melebihkan lengkung pada bahagian pola lengan.

NOTA: Walaupun panjang bahagian yang akan disambungkan tidak sama panjang,
dengan kaedah yang betul (ditunjukkan di dalam bab seterusnya) ianya tetap boleh
disambungkan.

Selepas menyamakan saiz bahagian tersebut, gunting sekeliling pola badan dan lengan.
Kedua-dua pola tersebut sedia digunakan untuk memotong bahagian badan dan lengan
baju.

TAMAT.

panduanbajukurung.com@ copyright


Click to View FlipBook Version