The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk Murid Tingkatan 4-5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munsyisal, 2020-01-02 05:23:51

SAKURA 4

Untuk Murid Tingkatan 4-5

Keywords: 4

BAHAGIAN A

BIL ISI KANDUNGAN MS
A1 Kebaikan-kebaikan Aplikasi Perniagaan dalam Talian 3

A2 Aktiviti-aktiviti untuk Menceriakan Kawasan Sekolah 9
A3 Kebaikan Penyertaan dalam Aktiviti Gotong-royong 11
A4 Kebaikan Amalan Rumah Terbuka 13

A5 Usaha-usaha bagi Mempopularkan Permainan Tradisional 15

A6 Kelebihan Belajar di Institusi Pengajian Tinggi 17

A7 Peranan Pemimpin Pelajar di Sekolah 20

Keistimewaan Penggunaan Media Sosial dalam Kehidupan
A8 22

Seharian

A9 Kesan-kesan Penerokaan Hutan Tanpa Kawalan 24

A10 Aktiviti Minggu Bahasa di Sekolah 26

A11 Manfaat-manfaat Hari Kantin Sekolah 28

1

BAHAGIAN B

BIL ISI KANDUNGAN MS

B1 Faedah Pelaburan dalam Saham Amanah 30

B2 Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku 41
45
B3 Peranan Keluarga bagi Memupuk Amalan Hormati Orang 50
Tua 54

B4 Langkah-langkah yang dilakukan oleh Ibu Bapa supaya
Anak-anak Berjaya dalam Kehidupan.

B5 Manfaat-manfaat Aktiviti ketika Cuti Persekolahan

B6 Aktiviti-aktiviti Positif yang Dapat Mengubah Tingkah Laku 58
Remaja 63

B7 Cabaran yang Dihadapi oleh Ibu Bapa bagi Memupuk Minat
Membaca dalam kalangan Generasi Muda.

B8 Peranan Keluarga bagi Mengatasi Gejala Sosial 67

B9 Manfaat-manfaat yang Diperoleh Masyarakat dan Negara 72
Melalui Pelancongan Sukan. 76

B10 Peranan Pelbagai Pihak untuk Memajukan Sektor
Pertanian.

2

A1. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan aplikasi
perniagaan dalam talian.

PERENGGAN PENDAHULUAN (PERENGGAN PERTAMA)

Perniagaan dalam talian ialah urus niaga yang tidak memerlukan
pertemuan bersemuka antara penjual dengan pembeli. Kedua-dua
pihak hanya berurus niaga melalui talian Internet. Tokoh peniaga dalam
talian ternama dunia iaitu Jack Ma mengatakan bahawa perniagaan
kreatif ini perlu dijadikan peluang oleh semua orang untuk menjual dan
membeli barangan secara terbuka. Perniagaan jenis ini sebenarnya
telah bertapak di Malaysia sejak dua dekad lalu. Kini, perniagaan
konvensional telah beranjak kepada perniagaan dalam talian secara
beransur-ansur. Sebagai persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan
aplikasi perniagaan dalam talian?

PERENGGAN ISI PERTAMA (PERENGGAN KEDUA)

Kebaikan major aplikasi perniagaan dalam talian ialah peniaga
mendapat keuntungan berlipat ganda. Antara contoh keuntungan besar
ini ialah peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sewaan premis dan
mereka juga mendapat stok barangan dengan kos yang murah.
Keuntungan ini berpunca daripada modal asas yang kecil tetapi
barangan yang dijual berharga seperti barangan dalam pasaran biasa.
Perniagaan melalui peranti membolehkan peniaga berkenaan
mendapat kuantiti pelanggan yang lebih banyak. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa aplikasi perniagaan dalam talian akan
menyebabkan peniaga mendapat laba berganda.

3

PERENGGAN ISI KEDUA (PERENGGAN KETIGA)

Selain itu, aplikasi perniagaan dalam talian juga akan
menyebabkan masyarakat dapat membeli-belah dengan selesa dan
tenang. Memilih barangan keperluan melalui laman web perniagaan
sambil bersantai di rumah merupakan contoh keselesaan yang
diperoleh masyarakat jika berurusan dengan peniaga yang
menggunakan aplikasi perniagaan dalam talian. Mereka hanya perlu
memilih barangan dan membayar seterusnya barangan keperluan
mereka akan sampai di depan pintu rumah dalam tempoh yang singkat.
Oleh itu, ternyatalah bahawa aplikasi perniagaan dalam talian
bermanfaat kepada masyarakat dari segi keselesaan dan ketenangan.

PERENGGAN ISI KETIGA (PERENGGAN KEEMPAT)

Di samping itu, aplikasi perniagaan dalam talian juga bermanfaat
kepada orang ramai dari segi penjimatan masa. Contoh terbaik
penjimatan masa dalam konteks ini ialah masyarakat tidak perlu
menghabiskan masa berjam-jam di pasar raya semata-mata untuk
membeli barangan keperluan. Mereka hanya perlu berada di rumah
atau di pejabat sambil melakukan pelbagai kerja sementara menunggu
barangan yang ditempah tiba. Masyarakat sekarang sangat
mengutamakan masa kerana bagi mereka masa umpama emas. Oleh
hal yang demikian, ternyatalah bahawa aplikasi perniagaan dalam talian
sungguh bermakna dalam aspek penjimatan masa.

4

PERENGGAN PENUTUPAN (PERENGGAN KELIMA)

Berdasarkan huraian idea tentang kebaikan aplikasi perniagaan
dalam talian, jelaslah bahawa inovasi ini perlu disambut oleh
masyarakat dengan hati terbuka. Semua pihak sama ada peniaga atau
pengguna perlu menggunakan metode jual beli ini dengan baik dan
jujur. Baik atau buruknya perniagaan dalam talian ini bergantung pada
sikap masyarakat itu sendiri. Masyarakat berharap supaya aplikasi
perniagaan dalam talian akan berkembang sehingga ke kawasan
pedalaman. Sebagai kesimpulannya, terlalu banyak kebaikan
pengaplikasian perniagaan dalam talian, hanya jauhari yang mengenal
manikam.

PENGGUNAAN DOMINAN DAN TUNJANG

BIL DOMINAN/TUNJANG P1 P2 P3 P4 P5 J

1 perniagaan dalam talian 5 3 3 2 4 17

2 kebaikan 11 1 2 2 7

3 aplikasi 1 2 3 2 3 11

JUMLAH 76 7 6 9

ANALISIS PERENGGAN PENDAHULUAN (PERENGGAN PERTAMA)

AYAT BINAAN
Ayat binaan takrifan:
Perniagaan dalam talian ialah urus niaga yang tidak memerlukan pertemuan bersemuka
antara penjual dengan pembeli.

Ayat binaan ehwal:
Kedua-dua pihak hanya berurus niaga melalui talian Internet sahaja.

5

AYAT TOKOH
Tokoh peniaga dalam talian ternama dunia iaitu Jack Ma mengatakan bahawa perniagaan
kreatif ini perlu dijadikan peluang oleh semua orang untuk menjual dan membeli barangan
secara terbuka.

AYAT SEJARAH
Perniagaan jenis ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak dua dekad lalu.

AYAT SEMASA
Kini, perniagaan konvensional telah beranjak kepada perniagaan dalam talian secara
beransur-ansur.

AYAT TANYA
Sebagai persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan aplikasi perniagaan dalam talian?

ANALISIS PERENGGAN ISI PERTAMA (PERENGGAN KEDUA)

AYAT JAWAPAN
Kebaikan major aplikasi perniagaan dalam talian ialah peniaga akan mendapat keuntungan
berlipat ganda.

AYAT CONTOH
Antara contoh keuntungan besar ini ialah peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sewaan
premis dan mereka juga mendapat stok barangan dengan kos yang murah.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Keuntungan ini berpunca daripada modal asas yang kecil tetapi barangan yang dijual
berharga seperti barangan dalam pasaran biasa.

Keadaan ini membolehkan peniaga berkenaan mendapat kuantiti pelanggan yang banyak.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Peniaga dalam talian dapat mengaplikasikan perniagaan melalui peranti sahaja.

AYAT SIMPUL dalam talian akan
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa aplikasi perniagaan
menyebabkan peniaga mendapat laba berganda.

6

ANALISIS PERENGGAN ISI KEDUA (PERENGGAN KETIGA)

AYAT JAWAPAN
Selain itu, aplikasi perniagaan dalam talian juga akan menyebabkan masyarakat dapat
membeli-belah dengan selesa dan tenang.

AYAT CONTOH
Memilih barangan keperluan melalui laman web perniagaan sambil bersantai di rumah
merupakan contoh keselesaan yang diperoleh masyarakat jika berurusan dengan peniaga
yang menggunakan aplikasi perniagaan dalam talian.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Mereka hanya perlu memilih barangan dan membayar seterusnya barangan keperluan
mereka akan sampai di depan pintu rumah dalam tempoh yang singkat.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Tiada

AYAT SIMPUL
Oleh itu, ternyatalah bahawa aplikasi perniagaan dalam talian bermanfaat kepada masyarakat
dari segi keselesaan dan ketenangan.

ANALISIS PERENGGAN ISI KETIGA (PERENGGAN KEEMPAT)

AYAT JAWAPAN
Aplikasi perniagaan dalam talian juga bermanfaat kepada orang ramai dari segi penjimatan
masa.

AYAT CONTOH
Contoh terbaik penjimatan masa dalam konteks ini ialah masyarakat tidak perlu
menghabiskan masa berjam-jam di pasar raya semata-mata untuk membeli barangan
keperluan.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Mereka hanya perlu berada di rumah atau di pejabat sambil melakukan pelbagai kerja
sementara menunggu barangan yang ditempah tiba.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Masyarakat sekarang sangat mengutamakan masa kerana bagi mereka masa umpama
emas.

7

AYAT SIMPUL
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa aplikasi perniagaan dalam talian sungguh
bermakna dalam aspek penjimatan masa.

ANALISIS PERENGGAN PENUTUPAN (PERENGGAN KELIMA)

AYAT TEGASAN
Berdasarkan huraian idea tentang kebaikan aplikasi perniagaan dalam talian, jelaslah bahawa
inovasi ini perlu disambut oleh masyarakat dengan hati terbuka.

AYAT AJAKAN
Semua pihak sama ada peniaga atau pengguna perlu menggunakan metode jual beli ini
dengan baik dan jujur.

Peluasan ayat ajakan:
Baik atau buruknya perniagaan dalam talian ini bergantung pada sikap masyarakat itu sendiri.

AYAT HARAPAN
Masyarakat berharap supaya aplikasi perniagaan dalam talian akan berkembang sehingga
kawasan pedalaman.

AYAT KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, terlalu banyak kebaikan pengaplikasian perniagaan dalam talian,
hanya jauhari yang mengenal manikam.

ANALISIS UNGKAPAN INDAH DAN KOSA KATA BERDARJAT TINGGI

PERENGGAN UNGKAPAN INDAH KKBT
Pendahuluan Kata-kata Jack Ma Pertemuan bersemuka

Isi 1 Laba berganda urus niaga
talian Internet

kreatif
secara terbuka

bertapak
konvensional

beranjak
Major

Berlipat ganda
Modal sewaan

Premis
Modal asas
Pasaran biasa
Mengaplikasikan

Peranti
kuantiti

8

Isi 2 TIADA Laman web
Tempoh
Isi 3 Masa umpama emas
bermanfaat
Penutupan Hati terbuka Bermanfaat
Hanya jauhari yang mengenal manikam
Konteks
aspek
Idea
Inovasi
metode

A2. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti untuk menceriakan
kawasan sekolah.

Setiap orang pernah belajar di sekolah. Ketika berada di bangku
sekolah merupakan momen paling menarik bagi setiap individu.
Seseorang tidak akan melupakan kenangan ketika berada di alam
persekolahan. Ungku Aziz iaitu tokoh pendidik pernah berkata bahawa
sekolah merupakan universiti pertama bagi setiap orang. Selepas
kemerdekaan, sekolah sentiasa diberi penambahbaikan oleh pihak
pengurusan agar kelihatan ceria dan menarik. Mutakhir , Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengadakan kempen keceriaan sekolah
melalui pelbagai aktiviti. Sebagai persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti
yang boleh dilakukan untuk menceriakan kawasan sekolah?

Pertandingan keceriaan merupakan salah satu aktiviti untuk
menceriakan kawasan sekolah. Sebagai contohnya, jawatankuasa
keceriaan sekolah boleh mengadakan pertandingan keceriaan antara
kelas atau antara dormitori bagi menggalakkan semua murid mencintai
keceriaan. Pertandingan ini boleh diadakan sepanjang tahun. Dalam
perhimpunan mingguan, guru yang bertugas bolehlah mengumumkan
pemenang agar semangat murid sentiasa membara. Aktiviti seperti ini
akan menggalakkan murid agar sentiasa peka tentang kebersihan dan

9

keceriaan. Oleh itu, ternyatalah bahawa pertandingan keceriaan
merupakan aktiviti yang dapat menceriakan kawasan sekolah.

Selain pertandingan keceriaan, sekolah juga boleh mengadakan
aktiviti bersama-sama masyarakat ke arah meningkatkan keceriaan
kawasan sekolah. Aktiviti gotong-royong secara berkala merupakan
contoh terbaik kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat.
Melalui sinergi ini, masyarakat akan menjadikan sekolah sebagai
institusi masyarakat yang penting dan perlu sentiasa ceria. Aktiviti
ganding bahu ini boleh diadakan secara berjadual. Jika sekolah
membuka langkah, masyarakat akan menyambutnya dengan berlapang
dada. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa aktiviti bersama-
sama masyarakat akan dapat menceriakan kawasan sekolah.

Selain itu, aktiviti kehijauan alam juga boleh dijadikan aspirasi
untuk menceriakan kawasan sekolah. Penanaman pokok dan
pembahagian kawasan keceriaan merupakan contoh aktiviti kehijauan
alam. Pihak sekolah boleh meminta jasa baik ibu bapa supaya
menyumbangkan sebatang pokok. Pokok-pokok yang ditanam itu akan
dijaga oleh unit beruniform berdasarkan pembahagian kawasan.
Melalui cara ini, pokok akan sentiasa terjaga, persekitaran kelihatan
menghijau, dan kawasan sekolah akan semakin ceria. Oleh itu,
terbuktilah bahawa keceriaan kawasan sekolah dapat direalisasikan
melalui aktiviti kehijauan alam yang disusun oleh pihak sekolah.

Berdasarkan huraian-huraian tersebut, ternyatalah bahawa
keceriaan merupakan momentum untuk melonjakkan semangat belajar.
Kawasan sekolah perlu sentiasa ceria supaya murid dan kulawangsa

10

sekolah sentiasa cinta akan institusi pendidikan ini. Kementerian
Pendidikan Malaysia sentiasa berharap supaya pemimpin sekolah
dapat memainkan peranan untuk menarik minat masyarakat bagi
menceriakan sekolah. Kesimpulannya, jika semua pihak sentiasa
bersedia untuk menyumbang jasa kepada sekolah ke arah keceriaan,
tentulah semua sekolah di negara ini akan menjadi sekolah di dalam
taman yang berjaya menarik minat murid untuk ke sekolah.

A3. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh masyarakat
melalui aktiviti gotong-royong.

Gotong-royong merupakan aktiviti yang dilakukan secara bersama-
sama oleh masyarakat. Kebiasaannya, aktiviti ini dirancang oleh
sesuatu organisasi bagi mencapai matlamat tertentu. Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah mengatakan
bahawa aktiviti yang dilakukan oleh komuniti mempunyai impak yang
baik dalam jangka panjang. Pada zaman dahulu, aktiviti gotong-royong
telah menjadi resam masyarakat. Walaupun aktiviti sedemikian semakin
berkurangan pada masa ini, namun kebaikan aktiviti ini masih tidak
dapat dinafikan. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh
masyarakat dalam aktiviti gotong-royong?

Melalui aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat berbakti secara
langsung kepada pihak lain. Sebagai contohnya, jika aktiviti ini
dirancang untuk membersihkan rumah penduduk yang uzur, tentulah
orang ramai dapat menyumbang tenaga dan masa untuk pemilik rumah
itu. Bakti yang dicurahkan oleh masyarakat sangat banyak tetapi

11

penyumbang jasa tidak mengenali pihak yang mendapat manfaat
daripada jasa tersebut. Melalui gotong-royong, penyumbang bakti akan
dapat melihat senyuman oleh penerima bakti yang dicurahkannya. Oleh
itu, jelaslah bahawa masyarakat dapat berbakti secara langsung
kepada pihak lain melalui aktiviti gotong-royong.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat menjalinkan
silaturahim dalam kalangan masyarakat. Sebagai contohnya, ahli
masyarakat yang muda akan dapat mengenali ahli masyarakat yang
lebih tua. Hubungan baik kedua-dua generasi ini akan menguatkan
ikatan kasih sayang. Ukhuwah yang terjalin akan menjadikan benteng
perpaduan semakin kukuh. Yang muda akan menghormati yang tua
manakala yang tua akan mengasihi yang muda. Momen seperti inilah
yang dapat membangkitkan rasa kesepunyaan dalam masyarakat. Oleh
itu, ternyatalah bahawa aktiviti gotong-royong sangat berfaedah kerana
aktiviti ini dapat menjalinkan silaturahim antara ahli masyarakat.

Selanjutnya, aktiviti gotong-royong menyebabkan masyarakat
mendapat faedah intrinsik. Hilangnya sifat keakuan dan mementingkan
diri merupakan contoh faedah intrinsik yang diperoleh masyarakat
melalui aktiviti ini. Fuqaha mengatakan bahawa masyarakat yang
kurang bersosial akan menyebabkan sikap buruk tersembunyi dalam
dirinya. Antara cara bagi membolehkan masyarakat membuang sikap
buruk adalah dengan mempraktikkan aktiviti gotong-royong. Tanpa
mengira status atau kedudukan, mereka akan bersatu hati untuk
menjayakan aktiviti ini. Tegasnya, aktiviti gotong-royong perlu
disuburkan kerana masyarakat akan mendapat faedah intrinsik.

12

Berdasarkan pandangan tentang faedah yang diperoleh
masyarakat melalui aktiviti gotong-royong, ternyatalah bahawa aktiviti
ini perlu menjadi tulang belakang masyarakat. Setiap individu perlu
membuang sikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing demi kebaikan bersama. Kerajaan sentiasa berharap
agar pemimpin masyarakat dapat memainkan peranan untuk
membudayakan amalan gotong-royong semula kerana dapat sama
laba, cicir sama rugi. Sebagai kesimpulannya, sinergi yang istiqamah
sesama ahli masyarakat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong akan
menyumbang kepada kestabilan sosial di negara ini.

A4. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan rumah terbuka.

Konsep rumah tebuka merujuk sesuatu majlis yang diadakan untuk
menjamu orang ramai sempena sesuatu perayaan. Rumah terbuka
menjadi amalan biasa di negara ini. Menurut Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan
negara dan kesejahteraan sosial Malaysia, iaitu Datuk Dr. Md. Farid Md.
Rafik, rumah terbuka merupakan salah satu indikator kesejahteraan
masyarakat. Rumah terbuka telah diadakan sejak zaman dahulu lagi.
Kini, rumah terbuka telah menjadi trend kerana kerajaan sendiri
mengajurkan rumah terbuka pada setiap tahun. Sebagai persoalannya,
apakah kebaikan rumah terbuka?

Rumah terbuka dapat menyatupadukan semua kaum di negara
ini. Kehadiran tetamu pelbagai kaum yang menjalinkan persahabatan

13

merupakan contoh berpadunya rakyat Malaysia yang bermula daripada
majlis rumah terbuka. Penganjur yang mengundang tetamu pelbagai
kaum juga merupakan petanda cinta kasih mereka terhadap perpaduan.
Bagi tuan rumah persendirian yang mengundang jiran-jiran akan
menyebabkan kemesraan dan kesepaduan hati sesama jiran terbentuk.
Oleh itu, jelaslah bahawa rumah terbuka yang diadakan oleh pelbagai
pihak mendatangkan impak baik dalam konteks menyatupadukan
semua kaum di negara ini.

Selain perpaduan, rumah terbuka yang dianjurkan juga
menyebabkan tuan rumah memperoleh ramai kenalan. Sebagai
contohnya, ahli keluarga yang mengundang rakan mereka untuk
dikenali oleh ahli keluarga yang lain di rumah terbuka menyebabkan
persahabatan menjadi semakin meluas. Yang belum kenal akan dapat
berkenalan, yang telah kenal-mengenali akan dapat meningkatkan
kemesraan. Hal yang sedemikian ini membolehkan mereka dapat
berurusan dalam pelbagai bidang. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa tuan rumah akan mendapat ramai kenalan apabila mereka
mengadakan rumah terbuka.

Selanjutnya, penganjuran rumah terbuka juga akan dapat
membantu perkembangan ekonomi negara. Kemasukan pelancong
asing untuk menikmati juadah selera Malaysia merupakan contoh
pengaliran wang masuk ke negara ini melalui konsep rumah terbuka.
Pelancong asing menunggu-nunggu musim perayaan untuk bertandang
ke negara ini. Ketika itu, mereka akan dapat menikmati pelbagai
juadah. Pada masa yang sama, mereka membawa sejumlah wang

14

untuk membeli-belah. Ekonomi negara dapat berkembang melalui
pendekatan ini. Oleh itu, terbuktilah bahawa rumah terbuka bermanfaat
dalam konteks perkembangan ekonomi negara.

Berdasarkan huraian bernas tentang kebaikan majlis rumah
terbuka terhadap tetamu, tuan rumah, dan negara jelaslah bahawa
amalan penganjuran rumah terbuka wajar diteruskan. Sesiapa sahaja
yang berkeupayaan untuk mengadakan majlis rumah terbuka perlu
sentiasa berlapang dada untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai.
Mereka hendaklah ikhlas ketika mengadakan majlis dan tiada udang di
balik batu. Pelbagai pihak tentulah berharap supaya majlis rumah
terbuka terus disuburkan dalam masyarakat. Sebagai kesimpulannya,
pemuisi bermadah bahawa baik buruk sesuatu drama pentas
bergantung pada pelakonnya bukan pentasnya.

A5. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha bagi mempopularkan
permainan tradisional.

Permainan tradisional ialah jenis-jenis permainan yang wujud
dalam sesuatu komuniti secara tekal. Setiap kaum mempunyai
permainan tradisional yang menjadi kebanggaan masing-masing.
Tokoh budaya negara iaitu Azah Aziz mengatakan bahawa permainan
tradisional merupakan faktor dominan eratnya silaturahim masyarakat
dahulu. Pada era 70-an, permainan tradisional dijadikan wahana oleh
pemimpin tempatan untuk menjalinkan ukhuwah. Sejak akhir-akhir ini,
permainan yang menjadi simbol kesatuan hati masyarakat ini semakin

15

terpinggir ditelan arus masa. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
dapat dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional?

Usaha utama yang dapat dilakukan untuk mempopularkan
permainan tradisional ialah pihak kerajaan perlu mengetengahkan
permainan ini. Pertandingan permainan tradisional antara kawasan
perumahan merupakan contoh usaha yang dimaksudkan. Jika bola
sepak sentiasa popular kerana ada pihak yang sentiasa menganjurkan
pertandingan , tentulah metode yang sama akan menghasilkan natijah
yang sama terhadap permainan tradisional. Orang tua-tua pernah
berkata bahawa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Oleh itu, jelaslah bahawa kerajaan perlu mengetengahkan permainan
tradisional ini supaya khazanah bangsa dapat dipopularkan semula.

Selain kerajaan, media massa juga boleh mempopularkan
permainan tradisional dengan mewara-warakan permainan ini. Sebagai
contohnya, televisyen swasta seperti Astro mengadakan rancangan
khas dalam usaha untuk menghangatkan populariti permainan
tradisional. Jika dikir barat menjadi popular disebabkan usaha pihak
Astro, tentulah permainan tradisional juga boleh mendapat impak yang
sama. Pujangga berkata bahawa hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih. Oleh itu, ternyatalah bahawa media massa boleh
memainkan peranan untuk mempopularkan permainan tradisional
dengan menyebarluaskan permainan berbudaya ini.

Selain itu, permainan tradisional dapat dipopularkan melalui ibu
bapa dengan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu permainan
tradisional kepada anak-anak. Memperkenalkan permainan layang-

16

layang kepada anak-anak merupakan salah satu contoh dalam
memperkatakan perkara ini. Wau Bulan atau Wau Kemetek perlu
disimpan di tempat yang dapat dilihat di persekitaran rumah supaya
semangat untuk mempopularkan permainan ini sentiasa membara
dalam hati seisi keluarga. Oleh itu, ternyatalah bahawa ibu bapa yang
memperkenalkan satu permainan tradisional kepada anak-anak mampu
mempopularkan permainan nenek moyang kita ini.

Bertitik tolak daripada perbincangan tentang usaha-usaha yang
dapat dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional,
terserlahlah bahawa permainan ini masih mempunyai masa depan yang
cerah. Kita perlu bangkit untuk sama-sama mempertahankan
permainan ini agar tidak lekang dek panas dan tidak reput dek hujan.
Semua anak bangsa mengharapkan agar segala langkah yang diambil
oleh pelbagai pihak akan dapat menyelamatkan permainan tradisional
ini daripada berkubur tanpa nisan. Sebagai kesimpulannya, permainan
tradisional merupakan citra bangsa Malaysia dan usaha bagi
mempopularkan permainan ini seharusnya menjadi iltizam kita.

A6. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan belajar di institusi
pengajian tinggi.

Belajar di institusi pengajian tinggi merupakan impian semua
orang. Pelajar yang menamatkan pengajian di sini akan menerima
diploma atau ijazah. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek
menyarankan supaya semua anggota masyarakat diberi peluang untuk
mendapatkan pengajian pada peringkat tinggi. Sejak awal

17

kemerdekaan, kerajaan telah menubuhkan institusi pengajian tinggi
awam bagi membuka peluang seluas-luasnya kepada masyarakat
untuk meningkatkan taraf kehidupan. Kini, institusi pengajian tinggi di
negara ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya,
apakah kelebihan belajar di institusi pengajian tinggi?

Seseorang yang belajar di institusi pengajian tinggi dapat memilih
jurusan yang diminatinya. Sebagai contohnya, seseorang yang
mempunyai kelulusan yang baik bagi mata pelajaran Biologi boleh
memilih bidang perubatan yang menjadi minatnya. Apabila seseorang
pelajar berminat dalam sesuatu bidang, dia akan berusaha sehingga
berjaya mencapai cita-citanya. Belajar dalam bidang yang diminati
menyebabkan pelajar akan meneroka pelbagai perkara baharu.
Kesungguhan inilah yang akan menghasilkan kejayaan. Oleh itu,
ternyatalah bahawa belajar di institusi pengajian tinggi memberikan
peluang kepada individu untuk memilih bidang yang diminatinya.

Selain itu, belajar di institusi pengajian tinggi juga membolehkan
pelajar menyuarakan pandangan. Bantahan terhadap kenaikan harga
barangan oleh mahasiswa merupakan contoh kebebasan dalam
menyuarakan pandangan. Apabila mereka mengasah tahap
keintelektualan secara konsisten, akan terjelmalah kreativiti dalam
pemikiran mereka. Institusi pengajian tinggi mengajar pelajar supaya
berani dalam menyuarakan pandangan berdasarkan fakta dan
bukannya retorik. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa
kebebasan dalam menyuarakan pandangan merupakan kelebihan bagi
seseorang yang belajar di institusi pengajian tinggi.

18

Dari perspektif yang lain, belajar di institusi pengajian tinggi
menjanjikan masa depan yang cerah. Kejayaan graduan menara
gading menjawat jawatan penting merupakan contoh masa depan cerah
yang dicapai oleh seseorang yang belajar di institusi pengajian tinggi.
Semua sektor berlumba-lumba untuk mendapatkan personel yang
mempunyai kelulusan daripada institusi pengajian tinggi. Terdapat
mahasiswa yang masih belajar telah dipinang oleh pelbagai agensi
supaya bekerja di tempat mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa masa
depan yang cerah merupakan kelebihan yang akan diperoleh sesiapa
sahaja yang belajar di institusi pengajian tinggi.

Berasaskan perbincangan ilmiah tentang kelebihan belajar di
institusi pengajian tinggi, terbuktilah bahawa premis ini perlu membuka
ruang seluas-luasnya kepada masyarakat agar semuanya dapat
menikmati pengajian pada peringkat tinggi. Institusi ini hendaklah dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi yang
setaraf di luar negara. Masyarakat sentiasa mengharapkan agar kualiti
sosioekonomi akan terus meningkat seiring dengan peningkatan jumlah
institusi pengajian tinggi. Sebagai kesimpulannya, institusi pengajian
tinggi melambangkan kehebatan negara dan graduan universiti
merupakan harapan nusa dan bangsa.

19

A7. Huraikan pendapat anda tentang peranan pemimpin pelajar di
sekolah.

Pemimpin pelajar merujuk pelajar yang dilantik sebagai pengawas
atau pemimpin organisasi lain. Sekolah merupakan medan untuk
mengasah bakat kepemimpinan. Kem-kem kepemimpinan telah
disusun oleh pihak sekolah supaya bakat kepemimpinan dapat
dicungkil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin
mengatakan bahawa setiap sekolah perlu membuka peluang kepada
pelajar untuk menjadi pemimpin. Sejak berabad-abad lalu, guru-guru
telah melantik ketua darjah sebagai asas untuk memimpin. Kini, bakat
kepemimpinan pelajar dapat diasah melalui kegiatan kokurikulum.
Persoalannya, apakah peranan pemimpin pelajar di sekolah?

Pemimpin pelajar berperanan sebagai penghubung antara murid
dengan pihak sekolah. Sebagai contohnya, pemimpin pelajar seperti
pengawas yang mengetahui masalah pelajar lain akan memberitahu
pihak sekolah supaya perkara itu dapat diselesaikan. Mereka bertindak
sebagai ‘wakil rakyat kecil’ di sekolah dengan menjaga kebajikan orang
lain. Pemimpin pelajar juga bertindak sebagai penyampai maklumat
daripada pihak sekolah kepada rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang
mereka perlu memujuk rakan-rakan agar mematuhi peraturan. Oleh itu,
jelaslah bahawa menjadi penghubung antara pihak sekolah dengan
pelajar merupakan peranan utama pemimpin pelajar di sekolah.

Selain berperanan sebagai penghubung antara pihak sekolah
dengan pelajar, pemimpin pelajar juga berperanan sebagai suri teladan.
Berpakaian kemas, menepati masa, dan mematuhi peraturan sekolah

20

merupakan contoh teladan yang biasanya ditunjukkan oleh pemimpin
pelajar. Mereka boleh dianggap sebagai idola kepada pelajar lain.
Gerak-geri mereka sentiasa mendapat perhatian bukan sahaja oleh
rakan-rakan tetapi juga oleh guru. Jika mereka tersilap langkah, guru
akan memberikan teguran untuk penambahbaikan. Oleh hal yang
demikian, pemimpin pelajar perlu dijana kerana mereka berperanan
penting sebagai suri teladan kepada pelajar lain.

Selain itu, pemimpin pelajar berperanan sebagai pasukan
pemastian standard. Memastikan pelajar datang awal ke sekolah
merupakan contoh pemastian standard yang diimplementasikan oleh
pengawas sebagai pemimpin pelajar. Semua orang dapat melihat
beberapa orang pengawas menunggu di pintu masuk sekolah untuk
memberi nasihat kepada pelajar yang lewat. Mereka juga mencatat
nama murid yang datang lewat sebagai peringatan. Tindakan ini
merupakan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin
muda. Oleh itu, ternyatalah bahawa peranan pemimpin pelajar sangat
baik kerana merekalah grup yang memastikan disiplin sekolah dipatuhi.

Berlandaskan penerangan tersebut, ternyatalah bahawa golongan
pemimpin pelajar menjadi citra sekolah. Pihak sekolah perlulah
mengasah bakat kepemimpinan pelajar supaya mereka muncul sebagai
pemimpin berintegriti kelak. Cerdik pandai pernah berkata bahawa
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bimbingan perlu diberikan
supaya mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Masyarakat
mengharapkan agar premis pendidikan sentiasa menghasilkan modal
insan yang berkualiti dalam aspek kepemimpinan. Kesimpulannya,

21

benarlah kata Pak Hamka bahawa pemimpin bukanlah yang ditunjuk-
tunjuk tetapi pemimpin mestilah yang diasuh dan dibimbing.

A8. Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan penggunaan
media sosial dalam kehidupan seseorang.

Penggunaan media sosial merupakan trend baharu masyarakat.
Media sosial ialah perantara terkini bagi menghubungkan seseorang
dengan seseorang yang lain. Menteri Komunikasi dan Multimedia
Malaysia, Tuan Gobind Singh Deo mengatakan bahawa penggunaan
media melambangkan kemajuan masyarakat. Penggunaan media
dalam kehidupan masyarakat bermula sejak dahulu lagi. Media berubah
berdasarkan keperluan semasa dan kini media sosial diterima oleh
masyarakat dunia sebagai alat paling canggih untuk membolehkan
manusia berurusan. Persoalannya, apakah keistimewaan penggunaan
media sosial dalam kehidupan seseorang?

Penggunaan media sosial membolehkan seseorang menerima
sesuatu berita dengan pantas. Sebagai contohnya, peristiwa tsunami
yang melanda Indonesia dapat diketahui oleh masyarakat di Malaysia
dalam tempoh kurang daripada seminit melalui pelbagai aplikasi. Berita
yang diterima itu membolehkan individu atau pihak-pihak tertentu
membuka langkah segera untuk bertindak jika mangsa itu mempunyai
kaitan dengan dirinya. Dengan kepantasan penyampaian berita,
peluang masih terbuka untuk pihak lain memberi bantuan. Oleh itu,
jelaslah bahawa penggunaan media sosial sangat penting kepada
seseorang kerana mereka dapat menerima berita dengan pantas.

22

Selain itu, penggunaan media sosial dapat mengeratkan ikatan
kekeluargaan. Grup ‘WhatsApp’ yang sangat popular dalam kalangan
masyarakat merupakan contoh dalam memperkatakan perkara ini.
Selain dapat bertanya khabar secara berkelompok, mereka juga dapat
berkongsi cerita suka duka dan informasi lain. Ahli keluarga yang jauh
dapat didekatkan melalui penggunaan media sosial manakala ahli
keluarga yang sudah dekat dapat dimesrakan lagi. Rakaman suara juga
dapat dilakukan bagi menyatakan sesuatu secara lebih jelas. Oleh hal
yang demikian, ternyatalah bahawa penggunaan media sosial memberi
impak besar dari segi silaturahim sesama ahli keluarga.

Selanjutnya, penggunaan media sosial dapat menemukan sahabat
lama yang telah terpisah. Peristiwa seseorang bertemu dengan rakan
sekolah semula setelah berpisah lebih 30 tahun merupakan contoh
keistimewaan penggunaan media sosial seperti ‘Facebook’. Kehidupan
akan menjadi lebih meriah dan sempurna apabila hajat untuk bertemu
dengan rakan lama telah tertunai. Penggunaan media sosial secara
baik juga akan mengeratkan persahabatan. Jika tiada media sosial,
tentulah peristiwa pertemuan semula sukar direalitikan. Tegasnya,
penggunaan media sosial sangat penting dalam usaha untuk
menemukan sahabat lama yang terpisah.

Berdasarkan huraian tentang keistimewaan penggunaan media
sosial, ternyatalah bahawa media alaf baharu ini sangat bermanfaat.
Masyarakat perlu menggunakan media ini sebaik-baiknya kerana baik
buruk sesuatu perkara bergantung sepenuhnya pada pengguna.
Pengguna yang baik akan menjadikan media sosial sentiasa baik dan

23

begitulah jika sebaliknya berlaku. Kerajaan mengharapkan supaya
rakyat dapat memaksimumkan penggunaan media sosial secara positif
demi kemajuan diri dan anak bangsa. Sebagai kesimpulannya, gunalah
segala keistimewaan dan kemudahan yang ada pada media sosial dan
janganlah sesekali menyalahgunakan kemudahan ini.

A9. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penerokaan
hutan tanpa kawalan.

Hutan ialah khazanah negara yang tidak ternilai harganya. Hutan
juga merupakan sumber utama keindahan alam ini. Tanpa hutan,
pemandangan manusia menjadi kosong dan kehidupan menjadi kurang
ceria. Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia iaitu Dato’ Prof. Dr. Hj.
Abd. Rahman Abd. Rahim mengatakan bahawa hutan bagaikan payung
yang meredupkan kehangatan dan menenteramkan emosi. Sejak
beberapa dekad dahulu, hutan yang menjadi kesayangan masyarakat
telah diteroka sedikit demi sedikit. Kini, penerokaan hutan tanpa
kawalan semakin membimbangkan orang ramai. Persoalannya,
apakah kesan-kesan penerokaan hutan tanpa kawalan?

Kesan utama penerokaan hutan tanpa kawalan dikhuatiri
menyebabkan bencana alam luar jangkaan. Gelongsoran tanah yang
berlaku di Cameron Highlands merupakan contoh kesan penerokaan
hutan tanpa kawalan. Pengusaha sayur-sayuran telah menarah lereng
bukit menyebabkan ikatan tanah menjadi longgar. Keadaan ini
bertambah buruk apabila hujan lebat yang mengakibatkan tanah runtuh.
Jika penerokaan hutan dikawal dengan baik oleh pihak berkuasa,

24

tentulah perkara sedemikan tidak akan berlaku. Oleh itu, ternyatalah
bahawa penerokaan hutan perlu dikawal kerana pengabaian dalam hal
ini akan menyebabkan berlakunya bencana alam tanpa diduga.

Selain bencana alam, penerokaan hutan tanpa kawalan juga akan
menyebabkan musnahnya habitat fauna. Pupusnya binatang seperti
harimau dan burung Murai Batu merupakan contoh kepupusan fauna
yang berlaku di negara kita. Tempat yang paling sesuai untuk haiwan
tentulah di hutan. Apabila tempat tinggal mereka dimusnahkan,
kehidupan makhluk ini terancam. Tempat binatang-binatang ini mencari
makan dan meneruskan kehidupan terancam oleh kegiatan manusia
yang rakus. Keadaan ini menyebabkan keseimbangan ekosistem
terjejas. Tegasnya, penerokaan hutan perlu dikawal kerana tindakan
sebaliknya akan menyebabkan terjejasnya habitat fauna.

Selanjutnya, penerokaan hutan tanpa kawalan juga akan
menyebabkan peningkatan suhu. Sebagai contohnya, keadaan cuaca
semakin panas di negara-negara Asia Tenggara disebabkan oleh
penerokaan hutan yang tidak terkawal. Suhu di negara-negara
berkenaan mencecah 40 darjah Celsius berbanding dua dekad lalu
yang hanya mencapai 27 darjah Celsius sahaja. Suhu yang melampau
ini akan menyebabkan ketidakselesaan terhadap manusia dan hidupan
lain. Kepanasan juga boleh mengundang pelbagai penyakit seperti
radang paru-paru, asma,dan batuk. Oleh itu, jelaslah bahawa suhu akan
meningkat jika penerokaan hutan dilakukan tanpa kawalan.

Bertitik tolak daripada perbincangan yang bernas tentang kesan-
kesan penerokaan hutan tanpa kawalan ternyatalah bahawa hutan

25

merupakan pelindung bagi segala hidupan termasuk manusia. Manusia
yang mempunyai akal fikiran mestilah berfikir panjang dalam tindakan
mereka terhadap alam sekitar termasuk hutan. Sikap mementingkan diri
sendiri perlu diketepikan kerana kehidupan kita saling bergantung.
Generasi masa depan tentulah mengharapkan generasi kini menjaga
hutan dengan baik kerana mereka juga mahu menjalani kehidupan yang
stabil seperti kehidupan kita kini. Kesimpulannya, hutan ialah amanah
Tuhan kepada kita dan kita mesti menjaga anugerah ini sebaik-baiknya.

A10. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti minggu bahasa di
sekolah.

Bahasa melambangkan bangsa. Ungkapan popular yang sering
didengari masyarakat ini bermaksud kepentingan penggunaan bahasa
yang baik. Datuk Dr. Awang Sariyan iaitu seorang pejuang bahasa
mengatakan bahawa kebijaksanaan dalam penggunaan bahasa
melambangkan kehebatan sesuatu bangsa. Sejak beberapa dekad
yang lalu, aktiviti berkaitan dengan bahasa sentiasa disemarakkan di
pelbagai premis terutamanya di sekolah. Kini, aktiviti bahasa menjadi
agenda wajib di semua sekolah atas galakan Kementerian Pendidikan
Malaysia sendiri. Persoalannya, apakah aktiviti yang sesuai diadakan
dalam program minggu bahasa di sekolah?

Aktiviti minggu bahasa di sekolah perlu dimulakan dengan program
motivasi bahasa. Sebagai contohnya, murid menyanyikan lagu
berkaitan dengan kecintaan terhadap bahasa dengan penuh semangat
setiap hari. Melalui lagu, murid akan menyedari kepentingan bahasa

26

dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak daripada lagu ini, guru boleh
menyerapkan aktiviti lain yang bersesuaian. Setelah murid mempunyai
semangat untuk melaksanakan aktiviti bahasa, barulah mereka akan
menjayakan aktiviti minggu bahasa dengan hati terbuka. Oleh itu,
jelaslah bahawa program motivasi bahasa perlu didahulukan bagi
menjayakan aktiviti dalam program minggu bahasa di sekolah.

Selain program motivasi, pihak sekolah juga boleh melaksanakan
aktiviti kreatif bagi menjayakan minggu bahasa di sekolah. Antara
contoh aktiviti tersebut ialah lukisan bahasa yang mencantumkan
kemahiran lukisan dan puisi. Aktiviti kreatif dalam bahasa dapat
menguja murid untuk menerokai bahasa. Daripada keterujaan itulah,
murid akan berasa cinta akan bahasa sendiri. Perasaan cinta akan
bahasa merupakan salah satu matlamat minggu bahasa. Aktiviti kreatif
dalam minggu bahasa boleh dipelbagaikan supaya merentas kurikulum.
Oleh itu, ternyatalah bahawa aktiviti kreatif sangat sesuai dijadikan
salah satu aktiviti dalam minggu bahasa di sekolah.

Selain itu, aktiviti yang boleh diadakan sempena minggu bahasa di
sekolah ialah pertandingan bahasa. Antara contoh pertandingan
tersebut ialah bahas dan balas pantun antara kelas. Pertandingan
bahas ialah suatu pertandingan yang memerlukan peserta
menggunakan bahasa yang baik untuk mengemukakan idea.
Pertandingan ini perlu dirancang dengan baik supaya dapat menarik
penyertaan yang banyak. Pertandingan ini akan membolehkan peserta
mengasah bakat dalam aspek penggunaan bahasa yang betul

27

berdasarkan konteks. Oleh itu, terserlah bahawa pertandingan bahasa
amat sesuai dijadikan aktiviti dalam minggu bahasa di sekolah.

Bertitik tolak daripada perbincangan tentang aktiviti yang sesuai
diadakan dalam program minggu bahasa di sekolah, jelaslah bahawa
niat yang suci sangat penting ke arah mendaulatkan bahasa kita.
Perancangan yang teratur juga perlu diambil kira kerana kata bijak
pandai, jika kita gagal untuk merancang bermakna kita merancang
untuk gagal. Pihak sekolah sentiasa diletakkan harapan supaya aktiviti
minggu bahasa di sekolah dapat menyemarakkan rasa cinta akan
bahasa dalam diri setiap murid. Kesimpulannya, dayung sudah di
tangan dan perahu sudah di air , maka mudiklah ke hulu untuk mencari
pangkal bahasa bagi menyerlahkan jati diri bangsa.

A11. Huraikan pendapat anda tentang manfaat Hari Kantin Sekolah kepada
murid.

Hari kantin merupakan aktiviti yang popular di sekolah. Pada hari
tersebut, kantin sekolah ditutup bagi membolehkan murid-murid berurus
niaga. Hari kantin bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-
murid mengalami proses jual beli di samping menggunakan bahasa
bertatasusila. Menteri Pembangunan Usahawan, Tuan Mohd Redzuan
Md Yusof mengatakan bahawa hari kantin merupakan wadah untuk
murid mencuba bakat dalam bidang usahawan. Suatu ketika dahulu,
peluang untuk mengadakan hari kantin amat terhad. Kini, aktiviti seperti
ini mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat. Persoalannya,
apakah manfaat Hari Kantin Sekolah kepada murid?

28

Hari Kantin Sekolah bermanfaat kepada murid dalam aspek
pengalaman. Sebagai contohnya, murid yang mengalami susah payah
berniaga kerana terpaksa membuat persediaan berjam-jam sebelum
berjual beli memberikan pengajaran berguna kepadanya. Pengalaman
ini akan digunakan oleh murid berkenaan ketika berurusan dalam
situasi sebenar. Pengalaman seperti ini sangat penting kepada murid
kerana mereka dapat mengamalkan segala nilai baik yang dipelajari di
dalam kelas seperti sabar dan sentiasa bersikap positif. Oleh itu,
jelaslah bahawa Hari Kantin Sekolah sangat bermanfaat kepada murid
kerana pengalaman merupakan guru terbaik kepada mereka.

Selain pengalaman, Hari Kantin Sekolah juga mendatangkan
manfaat kepada murid dalam aspek kerjasama. Perbincangan dalam
kumpulan sebelum menjayakan Hari Kantin Sekolah merupakan contoh
kerjasama sepasukan yang perlu dilalui oleh murid. Kerjasama seperti
ini sangat penting kerana tanpa kerjasama yang baik, urusan jual beli
tidak akan terlaksana. Pengaplikasian konsep kerjasama bagai aur
dengan tebing akan memberikan kefahaman kepada murid bahawa
kehidupan yang baik mesti berasaskan kerjasama dan tolak ansur. Oleh
hal yang demikian, ternyatalah bahawa konsep kerjasama merupakan
manfaat yang diperoleh murid ketika menjayakan Hari Kantin Sekolah.

Selain itu, konsep kongsi untung juga merupakan manfaat yang
diperoleh murid pada Hari Kantin Sekolah. Penjual, penyedia bahan,
dan tukang masak yang dibahagi-bahagikan keuntungan merupakan
contoh perkongsian keuntungan pada hari tersebut. Semua pihak yang
memberikan sumbangan bagi menjayakan urusan jual beli perlu

29

diberikan hak mereka. Konsep ikhtiar menjalani, untung menyudahi
telah diajar di dalam kelas. Murid juga akan memberikan sebahagian
keuntungan kepada persatuan yang diwakili sebagai tanda kesyukuran.
Oleh itu, ternyatalah bahawa konsep kongsi untung merupakan
manfaat yang diperoleh murid pada Hari Kantin Sekolah.

Bersumberkan perbincangan tentang manfaat yang diperoleh
murid pada Hari Kantin Sekolah, ternyatalah bahawa aktiviti ini wajar
disokong. Pihak sekolah perlu bertindak secara proaktif bagi
menjayakan program ini. Hasrat untuk menjadikan murid mengamalkan
nilai murni dalam kehidupan hendaklah diteruskan kerana, jika
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Masyarakat berharap semoga sekolah menjadikan hari kantin sebagai
wahana bagi menyemarakkan sikap berdikari murid. Kesimpulannya,
biarlah peribahasa adat periuk berkerak, adat lesung berdedak difahami
murid demi kehidupan masa depan yang lebih bermakna.

B1. Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia, anda telah menyertai

pertandingan syarahan yang bertajuk “Faedah-faedah Pelaburan
dalam Saham Amanah”.

Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
PENDAHULUAN (PERENGGAN PERTAMA)

Salam sejahtera. Yang Berusaha Encik Ali bin Ahmad, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Setia, yang berusaha barisan
kepimpinan sekolah, guru-guru, dan hadirin. Sempena Minggu Saham
Amanah Malaysia, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk

30

“Faedah-faedah Pelaburan dalam Saham Amanah”. Saham amanah
ialah skim pelaburan berkelompok daripada pelaburan orang ramai
menerusi dana amanah khusus yang diuruskan oleh pengurus dana
profesional. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid iaitu Ketua
Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional, pelaburan dalam saham
amanah bermakna seseorang menyerahkan wang untuk diniagakan
oleh pakar. Sejak dahulu lagi, tabungan secara konvensional telah
menjadi amalan masyarakat. Kini, tabungan bertukar kepada
pelaburan supaya penyimpan mendapat laba yang berganda. Sebagai
persoalannya, apakah faedah-faedah bagi seseorang yang melabur
dalam saham amanah?

PERENGGAN ISI PERTAMA (PERENGGAN KEDUA)

Pelaburan dalam saham amanah membolehkan seseorang
mempunyai mentaliti futuristik. Berfikir tentang kehidupan masa depan
seperti jangkaan tentang kondisi kehidupan merupakan contoh mentaliti
futuristik yang dimaksudkan. Mentaliti futuristik bermaksud pemikiran
yang melangkau jauh ke depan dalam kehidupan seseorang.
Seseorang tidak hanya memikirkan keadaan semasa seperti keperluan
makan minum seharian sahaja tetapi mereka memikirkan segala
kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan seperti sakit dan
kemalangan. Pemikiran seperti inilah yang akan wujud hasil daripada
pelaburan dalam saham amanah kerana saham itu sendiri bersifat
jangka panjang. Sekiranya terjadi malang tidak berbau maka pelaburan
dalam saham amanah dapat digunakan untuk tujuan itu. Oleh hal yang

31

demikian, ternyatalah bahawa pelaburan dalam saham amanah sangat
bermanfaat kepada pelabur kerana perkara ini dapat membentuk
mentaliti futuristik.

PERENGGAN ISI KEDUA (PERENGGAN KETIGA)

Hadirin yang dihormati,
Selain menjadikan pelabur bermentaliti futuristik, pelaburan dalam
saham amanah juga akan menjadikan seseseorang berjiwa patriotik.
Menyahut seruan pemimpin negara supaya melabur dalam saham
amanah merupakan contoh semangat patriotik yang tersemai dalam diri
seseorang. Patriotik ialah perasaan cinta akan negara yang mendalam.
Patriotisme bukan hanya digambarkan melalui kibaran Jalur Gemilang
tetapi walak ketaatan kepada pemimpin negara juga merupakan
lambang patriotisme. Pemimpin negara pula ialah orang yang
diamanahkan oleh rakyat untuk memakmurkan negara. Salah satu cara
untuk kemakmuran negara ialah strategi pelaburan dalam saham
amanah. Jika rakyat merealisasikan gagasan yang dibina oleh
pemimpin negara, prinsip sambil menyelam minum air akan terhasil.
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa faedah pelaburan dalam
saham amanah ialah seseorang akan dapat menyuburkan semangat
patriotik yang terpendam dalam dirinya melalui pelaburan tersebut.

PERENGGAN ISI KETIGA (PERENGGAN KEEMPAT)

Selain itu, pelaburan dalam saham amanah juga menjadikan
seseorang memiliki jiwa besar. Niat untuk membantu orang lain yang

32

tertanam dalam benak seseorang yang melabur dalam saham amanah
merupakan contoh besarnya jiwa pelabur tersebut. Seseorang yang
berjiwa besar akan sentiasa mengutamakan orang lain melampaui
dirinya sendiri. Prinsip bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing tidak wujud dalam hati seseorang yang memiliki jiwa
besar. Seseorang yang melabur dalam jangka panjang ini tentulah akan
menggunakan laba pelaburan tersebut untuk menaik taraf kehidupan
keluarga dan membantu orang yang memerlukan bantuan. Seseorang
yang berjiwa besar akan mengambil inisiatif untuk menyertai pelaburan
secara berjemaah supaya keuntungan pelaburan menjadi lebih besar
seterusnya menguntungkan banyak orang. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa jiwa besar yang berakar dalam diri pelabur merupakan
manfaat daripada pelaburan dalam saham amanah.

PERENGGAN ISI KEEMPAT (PERENGGAN KELIMA)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Dalam perspektif yang lain, melabur dalam saham amanah akan
memanfaatkan pelabur dalam konteks pemikiran holistik. Berfikir untuk
kepentingan negara dan masyarakat merupakan contoh pemikiran
holistik yang dimaksudkan itu. Pemikiran holistik ialah suatu daya fikir
secara meluas dan tidak tertumpu pada diri sendiri sahaja. Sikap
seperti peribahasa Melayu, memagar diri bagai aur akan diketepikan
sama sekali oleh pelabur ketika mengamalkan pemikiran seperti ini.
Pelaburan dalam saham amanah memberi ruang kepada pelabur
berfikiran holistik untuk menyumbang jasa kepada pembangunan

33

ekonomi negara dan pada masa yang sama mengetepikan kepentingan
diri. Melalui pelaburan tersebut, kerajaan dapat menggunakan
perkongsian keuntungan untuk mengurangkan jurang kaya miskin
dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, jelas dan nyatalah bahawa
seseorang yang melabur dalam saham amanah akan mendapat
manfaat dari segi pembentukan pemikiran holistik.

PERENGGAN ISI KELIMA (PERENGGAN KEENAM)

Pada dimensi lain, pelaburan dalam saham amanah dapat
meminimumkan risiko kerugian berbanding dengan pelaburan lain.
Pengurusan dana yang diterajui oleh pakar-pakar ekonomi dan
pelaburan profesional merupakan contoh dan bukti betapa minimumnya
kebarangkalian bagi seseorang untuk menghadapi kerugian melalui
pelaburan dalam saham amanah. Jika seseorang melabur dalam
pasaran saham terbuka, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko
naik turun saham yang tidak menentu. Dengan pelaburan yang dikawal
selia oleh kerajaan dan pakar pelaburan, risiko kerugian besar dapat
dielakkan. Kerajaan juga mempunyai tataurus pelaburan yang efisien.
Konsep peribahasa biar titik jangan tumpah cukup tepat untuk
dianalogikan dengan situasi pelaburan dalam saham amanah. Oleh hal
yang demikian, terserlahlah bahawa pelaburan dalam saham amanah
akan mengurangkan risiko kerugian berbanding dengan risiko yang
mungkin dihadapi oleh pelabur dalam pelaburan saham lain.

34

PERENGGAN PENUTUPAN (PERENGGAN KETUJUH)

Hadirin yang bijaksana,

Bertitik tolak daripada hujah berkaitan dengan faedah-faedah

pelaburan dalam saham amanah, ternyatalah bahawa golongan ini

merupakan orang yang bijaksana. Masyarakat perlu memahami

keperluan melabur dalam saham amanah kerana konsep laba sama

dibahagi begitu menyerlah dalam pelaburan ini. Kata orang tua-tua, jika

hendak belajar berenang , dapatkan itik dan jika hendak belajar

memanjat dapatkan tupai. Jika seseorang mahu melabur semestinya

pelaburan tersebut perlu diuruskan oleh pengurusan dana profesional

seperti yang terdapat dalam saham amanah. Pihak kerajaan yang

mengendalikan saham amanah seperti Amanah Saham Nasional

sentiasa berharap agar peratusan rakyat Malaysia yang melabur dalam

saham amanah meningkat. Kesimpulannya, dayung sudah di tangan

perahu sudah di air, segala-galanya bergantung pada diri sendiri sama

ada mahu memulakan pelaburan dalam saham amanah atau

sebaliknya.

PENGGUNAAN DOMINAN DAN TUNJANG

BIL DOMINAN/TUNJANG P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 J
1 Saham Amanah 4 4 4 3 3 4 5 27
2 faedah 2 1 1 1 2 018

3 Minggu Saham Amanah 1 0 0 0 0 001

Malaysia

4 syarahan 1 0 0 0 0 001

5 pelaburan 6 5 6 8 6 11 7 49

JUMLAH 14 10 11 12 11 15 13

35

ANALISIS PERENGGAN PENDAHULUAN (PERENGGAN PERTAMA)

AYAT BINAAN
Ayat binaan takrifan:
Saham Amanah ialah skim pelaburan berkelompok daripada pelaburan orang ramai menerusi
dana amanah khusus yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Ayat binaan ehwal:
Tiada

AYAT TOKOH
Menurut Tan Sri Sarji Abdul Hamid iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional,
pelaburan dalam saham amanah bermakna seseorang menyerahkan wang untuk diniagakan
oleh pakar.

AYAT SEJARAH
Sejak dahulu lagi, tabungan secara konvensional telah menjadi amalan masyarakat.

AYAT SEMASA
Kini, tabungan bertukar kepada pelaburan supaya penyimpan mendapat laba yang berganda.

AYAT TANYA
Sebagai persoalannya, apakah faedah-faedah bagi seseorang yang melabur dalam saham
amanah?

ANALISIS PERENGGAN ISI PERTAMA (PERENGGAN KEDUA)
AYAT JAWAPAN

Pelaburan dalam saham amanah membolehkan seseorang mempunyai mentaliti futuristik.

AYAT CONTOH
Berfikir tentang kehidupan masa depan merupakan contoh mentaliti futuristik yang dimiliki
oleh seseorang.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Mentaliti futuristik bermaksud pemikiran yang melangkau jauh ke depan dalam kehidupan
seseorang.

Pemikiran seperti inilah yang akan wujud hasil daripada pelaburan dalam saham amanah
kerana saham itu sendiri bersifat jangka panjang.

36

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Seseorang tidak hanya memikirkan keadaan semasa seperti keperluan makan minum
seharian sahaja tetapi mereka memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku pada
masa depan seperti sakit dan kemalangan.

Sekiranya terjadi malang tidak berbau dalam kehidupan maka pelaburan dalam saham
amanah dapat digunakan untuk tujuan itu.

AYAT SIMPUL
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa pelaburan dalam saham amanah sangat
bermanfaat kepada seseorang pelabur kerana perkara ini dapat membentuk mentaliti
futuristik.

ANALISIS PERENGGAN ISI KEDUA (PERENGGAN KETIGA)

AYAT JAWAPAN
Selain menjadikan pelabur bermentaliti futuristik, pelaburan dalam saham amanah juga akan
menjadikan seseseorang berjiwa patriotik.

AYAT CONTOH
Menyahut seruan pemimpin negara supaya melabur dalam saham amanah merupakan
contoh semangat patriotik yang tersemai dalam diri seseorang pelabur.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Jiwa patriotik bukan hanya digambarkan melalui kibaran Jalur Gemilang sahaja tetapi walak
ketaatan kepada pemimpin negara juga merupakan lambang patriotisme.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Pemimpin negara pula ialah orang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memakmurkan
negara.

Salah satu cara untuk kemakmuran negara ialah strategi pelaburan dalam saham amanah.

Jika rakyat merealisasikan gagasan yang dibina oleh pemimpin negara, prinsip sambil
menyelam minum air akan terhasil.

AYAT SIMPUL
Oleh itu, jelaslah bahawa faedah pelaburan dalam saham amanah ialah seseorang akan
dapat mengetengahkan semangat patriotik yang terpendam dalam dirinya melalui pelaburan
tersebut.

37

ANALISIS PERENGGAN ISI KETIGA (PERENGGAN KEEMPAT)

AYAT JAWAPAN
Selain itu, pelaburan dalam saham amanah juga menjadikan seseorang memiliki jiwa besar.

AYAT CONTOH
Niat untuk membantu orang lain yang tertanam dalam benak seseorang yang melabur dalam
saham amanah merupakan contoh besarnya jiwa pelabur tersebut.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Seseorang yang berjiwa besar akan sentiasa mengutamakan orang lain melampaui dirinya
sendiri.

Seseorang yang berjiwa besar sanggup mengambil inisiatif untuk membantu orang lain
seperti menyertai pelaburan secara berjemaah supaya keuntungan daripada pelaburan
menjadi lebih besar seterusnya menguntungkan banyak orang.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Seseorang yang melabur dalam jangka panjang ini tentulah akan menggunakan laba
pelaburan tersebut untuk menaik taraf kehidupan keluarga dan selebihnya adalah untuk
membantu orang yang memerlukan bantuan.

AYAT SIMPUL
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa jiwa besar yang berakar dalam diri pelabur
merupakan manfaat daripada pelaburan dalam saham amanah.

ANALISIS PERENGGAN ISI KEEMPAT (PERENGGAN KELIMA)

AYAT JAWAPAN
Dalam perspektif yang lain, melabur dalam saham amanah memanfaatkan pelabur dalam
konteks pemikiran holistik.

AYAT CONTOH
Seseorang yang berfikir untuk kepentingan negara dan masyarakat merupakan contoh
pemikiran holistik yang dimaksudkan itu.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Pemikiran holistik ialah suatu daya fikir secara meluas dan tidak tertumpu pada diri sendiri
sahaja.

Pelaburan dalam saham amanah memberi ruang kepada pelabur berfikiran holistik untuk
menyumbang jasa kepada pembangunan ekonomi negara.

38

Melalui pelaburan tersebut, kerajaan dapat menggunakan perkongsian keuntungan untuk
mengurangkan jurang kaya miskin dalam masyarakat.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Sikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing diketepikan sama
sekali ketika mengamalkan pemikiran seperti ini.

AYAT SIMPUL
Oleh hal yang demikian, jelas dan nyatalah bahawa seseorang yang melabur dalam saham
amanah akan mendapat manfaat dari segi pembentukan pemikiran holistik.

ANALISIS PERENGGAN ISI KELIMA (PERENGGAN KEENAM)
AYAT JAWAPAN

Pada dimensi lain, pelaburan dalam saham amanah dapat meminimumkan risiko kerugian
berbanding dengan pelaburan lain.

AYAT CONTOH
Pengurusan dana yang diterajui oleh pakar-pakar ekonomi dan pelaburan profesional
merupakan contoh dan bukti betapa minimumnya kebarangkalian bagi seseorang untuk
menghadapi kerugian melalui pelaburan dalam saham amanah.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT JAWAPAN
Jika seseorang melabur dalam pasaran saham terbuka, mereka terpaksa berhadapan dengan
risiko naik turun saham yang tidak menentu.
Konsep peribahasa biar titik jangan tumpah cukup tepat untuk dianalogikan dengan situasi
pelaburan dalam saham amanah.

AYAT HURAIAN DARIPADA AYAT CONTOH
Dengan pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan dan pakar pelaburan, risiko kerugian
besar tidak akan dihadapi oleh pelabur saham amanah.

AYAT SIMPUL
Oleh itu, terserlahlah bahawa pelaburan dalam saham amanah akan mengurangkan risiko
kerugian berbanding dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh pelabur dalam pelaburan
saham lain.

39

ANALISIS PERENGGAN PENUTUPAN (PERENGGAN KETUJUH)

AYAT TEGASAN
Bertitik tolak daripada hujah berkaitan dengan faedah-faedah bagi seseorang yang melabur
dalam saham amanah, ternyatalah bahawa golongan ini merupakan orang yang bijaksana.

AYAT AJAKAN
Masyarakat perlu memahami keperluan melabur dalam saham amanah kerana konsep laba
sama dibahagi begitu menyerlah dalam pelaburan ini. Kata orang tua-tua, jika hendak belajar
berenang , dapatkan itik dan jika hendak belajar memanjat dapatkan tupai. Jika seseorang
mahu melabur semestinya pelaburan tersebut perlu diuruskan oleh pengurusan dana
profesional seperti yang terdapat dalam saham amanah.

AYAT HARAPAN
Pihak kerajaan yang mengendalikan saham amanah seperti Amanah Saham Nasional
sentiasa berharap agar peratusan rakyat Malaysia yang melabur dalam saham amanah
meningkat setiap masa.

AYAT KESIMPULAN
Kesimpulannya, dayung sudah di tangan perahu sudah di air, segala-galanya bergantung
pada diri sendiri sama ada mahu memulakan pelaburan dalam saham amanah atau
sebaliknya.

ANALISIS UNGKAPAN INDAH DAN KOSA KATA BERDARJAT TINGGI

PERENGGAN UNGKAPAN INDAH KKBT
Pendahuluan Laba yang berganda Pengurus dana

Isi 1 Malang tidak berbau profesional
Konvensional
Isi 2 Sambal menyelam minum air Mentaliti futuristik
Bersifat jangka Panjang
Jiwa besar Berjiwa patriotik
Walak ketaatan
Isi 3 Laba Merealisasikan gagasan

berakar Benak
Menaik taraf
Isi 4 Bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing Inisiatif
Perspektif
Isi 5 Biar titik jangan tumpah Pemikiran holistik
Dimensi
Meminimumkan risiko
Pengurusan dana
Profesional
Pasaran saham terbuka

Risiko
Dianalogikan

40

Penutupan Laba sama dibahagi Bertitik tolak
Bijaksana
Jika hendak belajar berenang dapatkan itik, menyerlah
jika hendak beajar memanjat dapatkan tupai

Dayung sudah di tangan, sampan sudah di air

B2. Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
kesedaran diri, persekitaran, dan rakan sebaya.

Ulas pernyataan tersebut.

Tingkah laku merujuk perangai seseorang yang telah sebati dalam
kehidupannya. Seseorang tidak dapat bersikap sembunyi-sembunyi
puyuh untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza dengan keadaan
dirinya yang sebenar. Menurut Prof. Dr Kamaruddin Mohd Said iaitu
pakar Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tingkah laku
seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kesedaran diri,
persekitaran, dan rakan sebaya. Ada faktor yang mampu
mempengaruhi seseorang secara langsung dan ada faktor tertentu
yang bergabung dengan faktor lain dalam mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Ahli akademik membincangkan keadaan tingkah laku
seseorang sejak dahulu lagi. Akhir-akhir ini, ahli Sosiologi menjadikan
tingkah laku sebagai bahan kajian untuk menilai kualiti sesebuah
masyarakat kerana rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati. Sebagai
persoalannya, benarkah tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh faktor
kesedaran diri, persekitaran, dan rakan sebaya?

Pernyataan bahawa tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh
faktor kesedaran diri diyakini benar kerana manusia boleh berubah
berdasarkan usia. Sebagai contohnya, seseorang yang nakal akan

41

berubah watak menjadi lebih baik apabila usianya meningkat.
Kesedaran diri wujud daripada pengalaman yang dilaluinya sendiri
bertepatan dengan peningkatan usia. Hati kecilnya sendiri akan
berubah setelah berlaku kesedaran dalaman. Tingkah laku juga boleh
beranjak daripada perlakuan baik kepada perlakuan buruk dalam
kehidupan seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang yang melalui
proses pendidikan yang baik akan berjaya mengubah tingkah lakunya
sendiri ke arah kebaikan. Bersesuaian dengan peningkatan usia juga,
seseorang akan mengambil sikap dianjak layu, dianggur mati sebagai
prinsip hidupnya. Oleh itu, ternyatalah bahawa kesedaran diri
berlandaskan usia berjaya mempengaruhi tingkah laku seseorang ke
arah perlakuan yang berbeza berbanding sebelumnya.

Selain kesedaran diri, persekitaran juga ternyata benar sebagai
faktor yang mempengaruhi tingkah laku seseorang kerana persekitaran
manusia merupakan panduan kehidupan. Seseorang yang berjaya
dalam kehidupan disebabkan inspirasi daripada kejayaan orang lain
merupakan contoh betapa persekitaran mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kerana seseorang
dapat belajar daripada persekitaran kehidupannya. Neymar iaitu
pemain bola sepak ternama dunia berjaya dalam kariernya kerana
faktor persekitaran iaitu kemiskinan masyarakat yang mendesaknya
supaya berusaha ke arah kejayaan. Kemiskinan masyarakatlah yang
dijadikan panduan kehidupan oleh Neymar. Kini, beliau menjadi jutawan
dan dapat membantu orang lain disebabkan perubahan tingkah laku
yang berpunca daripada persekitaran. Oleh hal yang demikian,

42

ternyatalah bahawa persekitaran yang dijadikan panduan kehidupan
merupakan faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Selain itu, rakan sebaya juga telah dibuktikan benar sebagai faktor
yang mempengaruhi tingkah laku seseorang kerana golongan ini
mampu memberi dorongan. Sebagai contohnya, kejayaan pelajar
cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 iaitu Nur Amalina Che Bakri
dalam bidang perubatan London disebabkan usahanya yang gigih
berserta dorongan rakan sebayanya. Pengaruh rakan sebaya dikatakan
sangat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan
sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang kerana
mereka mempunyai banyak persamaan dari segi minat dan
kecenderungan. Hubungan seseorang dengan rakan sebaya bagai isi
dengan kuku juga menjadi faktor penting berlakunya perubahan tingkah
laku. Rakan sebaya yang baik tentulah akan mendorong seseorang ke
arah kebaikan. Oleh itu, benarlah bahawa faktor rakan sebaya
mempengaruhi tingkah laku seseorang disebabkan kuasa dorongan
yang kuat .

Selain faktor tunggal seperti yang telah diulas, gabungan faktor
kesedaran diri dan persekitaran juga diyakini benar sebagai elemen
yang mempengaruhi tingkah laku seseorang kerana kedua-duanya
saling berkait. Contoh ini dapat dilihat apabila pelajar cemerlang yang
didukung pula oleh keluarga yang bahagia akan membawa
kecemerlangan dalam pelajaran dan akhlak. Kesedaran diri tanpa
persekitaran yang ampuh umpama burung terbang menggunakan
sebelah sayap sahaja. Kesedaran diri akan memberi kekuatan dalaman

43

manakala persekitaran akan mempengaruhi seseorang secara luaran.
Walaupun faktor kesedaran diri dan persekitaran mampu berdiri sendiri
sebagai penyumbang kepada perubahan tingkah laku namun gabungan
kedua-dua faktor ini mampu memperkasakan perubahan tingkah laku
seseorang. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa gabungan dua
faktor iaitu kesedaran diri dan persekitaran mampu mengubah tingkah
laku seseorang disebabkan perkaitan rapat kedua-duanya.

Melihat dari sudut pandangan yang lain, gabungan faktor
kesedaran diri, persekitaran, dan rakan sebaya merupakan fakta benar
yang mempengaruhi tingkah laku seseorang kerana sumber yang
banyak membawa natijah yang lebih berkesan. Contoh jelas dalam
konteks ini ialah seseorang yang mempunyai kesedaran diri ke arah
kebaikan, berada pula dalam persekitaran masyarakat yang baik, dan
sentiasa berkawan dengan rakan sebaya yang positif selalunya akan
membentuk peribadi mulia. Jika ketiga-tiga indikator ini sentiasa ada
pada seseorang, keperibadiannya akan menjadi teguh. Menurut Prof.
Dr. Muhaya iaitu pakar motivasi keluarga, seseorang insan tidak mampu
hidup bersendirian kerana kehidupan itu sendiri memerlukan sokongan.
Ketiga-tiga faktor yang dijelaskan itu tentulah merupakan rencah
sokongan yang dimaksudkan. Oleh itu, ternyatalah bahawa gabungan
faktor-faktor tersebut mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang
disebabkan kekuatan gabungan ketiga-tiganya.

Hasil daripada kupasan tentang tingkah laku seseorang yang
dipengaruhi oleh faktor kesedaran diri, persekitaran, dan rakan sebaya,
jelaslah bahawa pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini dikatakan

44

demikian kerana seseorang tidak dapat mengubah tingkah lakunya
secara personal kerana manusia dan persekitaran saling bergantung.
Seseorang juga perlu memanfaatkan segala sumber yang ada di
persekitarannya untuk meningkatkan kualiti diri sendiri. Fuqaha pernah
menjelaskan bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Setiap orang berharap
agar berlaku perubahan dalam diri sendiri ke arah yang lebih baik kesan
daripada pengaruh kesedaran diri, persekitaran, dan rakan sebaya.
Perubahan tingkah laku bukan sahaja dapat memanfaatkan individu
bahkan masyarakat juga memperoleh faedahnya. Kesimpulannya,
seseorang perlu berfikir secara rasional ke arah penambahbaikan
kendiri kerana kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara.

B3. Amalan hormati orang yang lebih tua semakin berkurangan dalam
kalangan remaja kini.

Huraikan peranan keluarga bagi memupuk amalan tersebut.

Hormati orang yang lebih tua merupakan amalan terpuji.
Penghormatan terhadap golongan yang makan garam dulu ini cukup
sinonim dengan budaya masyarakat. Menurut Siti Zainon Ismail iaitu
tokoh budaya Malaysia, amalan hormati orang yang lebih tua
merupakan citra bangsa. Sejak dahulukala lagi, amalan murni ini diberi
penekanan oleh ketua keluarga ketika mendidik anak-anak. Seseorang
yang tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka menghormati
orang yang lebih tua akan dipandang jengkel oleh masyarakat.
Mutakhir, amalan sedemikian semakin kurang diamalkan oleh

45

masyarakat khususnya generasi muda. Kebanyakan remaja hanya
menghormati ahli keluarga sahaja. Keadaan yang sedemikian ini
menyebabkan keluarga perlu berperanan dengan lebih ampuh supaya
budaya hormat-menghormati kekal segar dalam masyarakat. Sebagai
persoalannya, apakah peranan keluarga bagi memupuk amalan hormati
orang yang lebih tua dalam kalangan remaja?

Peranan keluarga yang utama bagi memupuk amalan hormati
orang yang lebih tua dalam kalangan remaja ialah ketua keluarga perlu
menjadikan agama sebagai budaya dalam kehidupan. Contoh terbaik
dalam hal ini adalah seperti bapa yang sentiasa menghormati ibu
bapanya sendiri. Seorang bapa yang menyantuni ibu bapanya di
hadapan anak-anak sebenarnya telah menyerapkan budaya baik
kepada remaja secara langsung. Menjadikan agama sebagai budaya
bermakna mengamalkan agama secara syumul termasuklah amalan
hormati orang yang lebih tua. Budaya agama yang dipraktikkan oleh
ketua keluarga akan memantapkan budaya tersebut dalam diri remaja.
Budaya yang baik ini akan terus dijadikan amalan anak-anak remaja
secara konsisten kerana ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Oleh itu, ternyatalah bahawa ketua keluarga yang menjadikan agama
sebagai budaya mampu memupuk amalan hormati orang yang lebih tua
dalam kalangan remaja.

Selain itu, peranan keluarga bagi memupuk amalan hormati
orang yang lebih tua dalam kalangan remaja ialah ibu hendaklah
membiasakan anak-anak remaja dengan aktiviti kemasyarakatan.
Pelibatan remaja dalam aktiviti kenduri-kendara merupakan contoh

46

kebiasaan yang diserapkan oleh ibu terhadap anak remaja. Melalui
aktiviti sosial ini, remaja akan bergaul dengan ahli masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Remaja yang terdedah dengan
suasana sebenar akan membolehkan mereka belajar untuk
menghormati orang yang lebih tua. Panggilan hormat seperti abang,
kakak, dan pak cik akan diguna pakai ketika remaja bertemu dengan
tetamu lain. Panggilan yang sedemikian ini akan dapat memupuk
perasaan hormat-menghormati antara dua golongan ini. Oleh hal yang
demikian, ternyatalah bahawa ibu perlu membiasakan anak-anak
remaja dengan aktiviti kemasyarakatan supaya mereka dapat belajar
untuk menghormati orang yang lebih tua.

Dari perspektif yang lain, peranan keluarga bagi memupuk
amalan hormati orang yang lebih tua dalam kalangan remaja ialah ahli
keluarga yang dewasa bertindak sebagai kaunselor terhadap remaja.
Sebagai contohnya, kakak atau abang perlu sentiasa menasihati remaja
supaya menghormati orang lain yang lebih tua. Sebagai orang muda,
golongan ini sangat memerlukan seseorang untuk menasihati mereka
tentang amalan mahmudah. Kakak dan abang merupakan orang
terdekat dengan adik-adik remaja yang dapat mengemukakan buah
fikiran kepada golongan junior ini demi mengekalkan amalan mulia
tersebut. Bimbingan daripada kaunselor dalaman seperti kakak dan
abang sangat efisien kerana remaja yang menyayangi darah daging
mereka akan menerima nasihat dengan baik. Oleh hal yang demikian,
terbuktilah bahawa peranan ahli keluarga yang lebih dewasa seperti

47

kakak dan abang penting bagi mengembalikan perasaan hormat remaja
terhadap orang yang lebih tua.

Di samping itu, keluarga yang jauh juga mempunyai peranan untuk
memupuk amalan hormati orang yang lebih tua dalam kalangan remaja.
Contoh tepat dalam konteks ini ialah emak saudara dan bapa saudara
bau-bau bacang yang sentiasa cakna terhadap remaja akan
membangkitkan perasaan hormat sesama mereka. Adik-beradik jauh ini
perlu sentiasa bertanya khabar remaja dan memberi sokongan kepada
mereka. Peranan yang dimainkan oleh adik-beradik jauh ini akan
menyemarakkan semangat remaja untuk menghormati orang yang lebih
tua. Remaja yang sentiasa diambil berat akan berasa dihargai dan
menghormati orang tersebut. Bermula dari sinilah, remaja akan belajar
menghormati orang yang lebih tua dan beramal dengan amalan ini
secara konsisten. Oleh hal yang demikian, terserlahlah bahawa
peranan adik-beradik jauh tidak dapat dikesampingkan kerana mereka
mampu untuk memupuk amalan hormati orang yang lebih tua dalam
kalangan remaja.

Seterusnya, ketika membincangkan peranan keluarga bagi
memupuk amalan hormati orang yang lebih tua dalam kalangan remaja,
kita tidak dapat mengelak daripada memperkatakan sumbangan warga
emas iaitu datuk dan nenek yang memberikan pedoman kepada
remaja. Pemerhatian mendalam dan kiasan bersahaja daripada
golongan yang berpengalaman ini merupakan contoh sumbangan
mereka yang berterusan supaya remaja menghormati orang yang lebih
tua. Datuk dan nenek bagaikan penenang jiwa remaja yang sentiasa

48

bergolak dan kadang-kadang tekanan ini menyebabkan mereka tidak
menghormati orang lain. Komunikasi berkesan dan matang yang
diamalkan oleh datuk dan nenek akan mendatangkan impak positif di
samping perasaan hormat terhadap orang lain juga akan wujud dalam
diri remaja. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan datuk dan nenek sebagai
penasihat supaya remaja sentiasa menghormati orang yang lebih tua
tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Bersumberkan perbincangan dan olahan tentang peranan
keluarga bagi memupuk amalan hormati orang yang lebih tua dalam
kalangan remaja, ternyatalah bahawa setiap ahli keluarga perlu komited
bagi menjayakan misi penting ini. Pepatah Melayu seliang bagai tebu,
serumpun bagai serai perlulah diamalkan oleh setiap ahli keluarga bagi
memupuk amalan murni dalam kalangan remaja iaitu menghormati
orang yang lebih tua. Kita sentiasa bergantung harap agar setiap remaja
yang menjadi produk sesebuah keluarga dapat meneruskan tradisi
mulia masyarakat Malaysia yang sentiasa menghormati orang yang
lebih tua. Pemurnian akhlak remaja merupakan tanggungjawab seisi
keluarga ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Kesimpulannya, semua ahli keluarga perlu bekerja keras dan
berganding bahu bagi merealisasikan hasrat supaya remaja
menghormati orang yang lebih tua kerana manusia mengikhtiarkan
Tuhan mentakdirkan.

49

B4. Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memastikan anak-anak mereka
berjaya dalam kehidupan.

Ulas pernyataan tersebut.

Setiap insan mendambakan kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan
dalam bidang yang diterokai merupakan momen paling manis bagi
setiap individu. Kejayaan yang ditempa juga memberikan kepuasan
kepada seseorang. Antara moto yang sering disebut ketika seseorang
berbicara tentang kejayaan ialah usaha tangga kejayaan yang
bermaksud setiap kejayaan perlu dimulakan dengan usaha. Datuk Dr.
Syeikh Muzaffar Syukur iaitu angkasawan pertama Malaysia pernah
menukilkan bahawa kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha gigih.
Hujah tentang jalan ke arah kejayaan sering diperkatakan oleh pakar-
pakar motivasi dan cedekiawan sejak dulu lagi. Akhir-akhir ini, peranan
ibu bapa semakin terserlah dalam usaha untuk memberi bimbingan
kepada anak-anak ke arah kejayaan. Hal ini terjadi demikian kerana ibu
bapa semakin menyedari tanggungjawab mereka. Persoalannya,
apakah langkah yang yang dapat dilakukan oleh ibu bapa bagi
memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan ?

Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memberikan ilmu bagi
memastikan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Menyusun
strategi persekolahan merupakan contoh usaha ibu bapa untuk
memberikan ilmu kepada jantung hati mereka. Tanpa ilmu kontemporari
seperti teknologi, anak-anak sukar mencapai kejayaan. Ibu bapa yang
komited juga akan menyeimbangkan antara ilmu duniawi dengan ilmu
ukhrawi. Bagi merealisasikan hasrat ini, ibu bapa perlu menyerapkan

50


Click to View FlipBook Version