TOKOH TOKOH KEMERDEKAAN
NAMA PENUH :NUR QURRATU AINI
BINTI ZAIDI
NAMA KELAS : 6 AL GHAZALI
NAMA GURU : PUAN SHAZIRA BT YUSUF
KANDUNGAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
Perdana Menteri Pertama
Pentadbiran
31 Ogos 1957 – 22 September 1970
Gelaran
Bapa Kemerdekaan
Tarikh lahir
8 Februari 1903
Asal
Alor Setar, Kedah
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sejarah Universiti Cambridge, United Kingdom
Portfolio:
Menteri Dalam Negeri (1960-1970), Menteri Belia dan Sukan (1964-1966), Menteri Luar Negeri (1957-1959),
Menteri Dalam Negeri(1955-1957) dan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957).
Ahli Parlimen
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah dan ia dikenal sebagai Istana Pelamin, Tunku
marupakan anak lelaki ke tujuh dan anak ke dua puluh pada Sultan Abdul Hamid Halim
Shah , Sultan Kedah ke-24. Ibunya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid gadis
berdarah gahara, adalah anak padusi Luang Naraborirak (Kleb), seorang pajabaik daerah Thailand.
Kelahiran Tunku disambut sacara biasa saja kearan beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah bin Sultan Abdul Hamid, telah berumur 30 tahun ketika
itu.
Ketika datuk , Tunku disabuik Awang kerana wajahnya yang segak tidak seperti adik-beradiknya
yang lain. Dia bebas bermain di lua istana, dia pernah membantu team sepak bola di desanya.
Tunku biasa mengendap buruang dan melastik, serta bermain lumpur sampai inya
menderita penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku mamulakan pandidikannya pada tahun 1909 pada sebuah sekolah dasar Melayu di Jalan
Baru, Alor Setar. Kerana Biasa dengan bahasa Siam di rumahnya, baliau belajar bahasa Malayu di
di sakolah tersebut. Ada juga guru yang dating ke rumahnya untuk mengakar bahasa inggeris.
Tunku seterusnya berpindah ke sekolah pemeritahan bahasa inggeris yang kini disebut Kolej Sultan
Abdul Hamid. Di saan beliau belajar di sekolah sehingga tenghari dan mengaji pada waktu petang.
Tuanku Abdul Rahman Pernah Menjadi Ketua Malaysia dalam konfrontasi Indonesia Malaysia
TUNKU ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Kedua
Pentadbiran
22 September 1970 – 14 Januari 1976
Gelaran
Bapa Pembangunan
Tarikh lahir
11 Mac 1922
Asal
Pekan Pahang
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Lincoln’s Inn, United Kingdom
Portfolio:
Menteri Luar Negeri (1970-1975), Timbalan Perdana Menteri Pertama (1957-1970),
Menteri Pertahanan (1957-1970), Menteri Pembangunan Luar Bandar (1957-1970), Menteri Dalam Negeri (1967-1969),
Menteri Pendidikan (1952-1957) dan Menteri Besar Pahang Ketiga (1 Februari -15 Jun 1955)
Ahli Parlimen
Pekan (1959-1976)
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kerjaya
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.
Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai
Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan
Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar
pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan
beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi
Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan
kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti
Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal pada tahun
1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di
berdekatan Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan
Garis masa
1934 (12 tahun) : Melanjutkan pengajian ke peringkat menengan di Maktab Kuala kangsar.
1947 (25 tahun): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
undang-undang di London .
1950 (28 tahun); menerima ijazah undang-undang dari Lincon’s Inn. Sekembali ke tanah air, beliau
menyertai Perkhidmatan Awam dan beliau juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Amno.
1951 (29 tahun); dilantik sebagai Timbalan Presiden Amno .
1952 (30 tahun); dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
1955 (33 tahun); menjadi menteri besar Pahang yang termuda . Bila Parti Perikatan memenangi
pilihan raya umum, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku
Abdul Rahman.
1956 (34 tahun): berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai
rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britian.
1957 (35 tahun): selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan .
1959 (37 tahun): dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) oleh yang di-Pertuan
Agong Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959
yang membawa gelaran Tun .
1969 (47 tahun):selepas persilisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun ,
keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan yang dikenali Majlis Gerakan Negara
TUN HUSSEIN BIN DATO ONN
Perdana Menteri Ketiga
Pentadbiran
15 Januari 1976 – 16 Julai 1981
Gelaran
Bapa Perpaduan
Tarikh lahir
12 Februari 1922
Asal
Johor Bahru, Johor
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Lincoln’s Inn, United Kingdom
Gabungan
Barisan Nasional
Parti
UMNO
Portfolio:
Timbalan Perdana Menteri Ketiga (1973-1976), Menteri Pertahanan (1979-1981), Menteri Wilayah
Persekutuan (1978-1980), Menteri Kewangan (1974-1976), Menteri Perdagangan dan Industri (1973-1974)
dan Menteri Pendidikan (1970-1973).
Ahli Parlimen
Johor Bahru Timur (1971-1974) dan Sri Gading (1974-1981).
Ahli Dewan Undangan Negeri
Pendidikan
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary
School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor
Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada
tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India.
Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat
di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai
pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Garis masa
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO.
1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of
Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang
DiPertua UMNO
1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi
UMNO) pada Jun.
1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis
Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak.
Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO
sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir Mohamad.
1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat
kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh
Pentadbiran
16 Julai 1981 – 30 October 2003 dan 10 Mei 2018 – 1 Mac 2020
Gelaran
Bapa Pemodenan
Tarikh lahir
10 July 1925
Asal
Alor Setar, Kedah
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Nasional Singapura
Portfolio: Menteri Kewangan (2001-2003), Menteri Dalam Negeri (1986-1999), Menteri Pertahanan
(1981-1986), Timbalan Perdana Menteri Keempat (1976-1981), Menteri Perdagangan dan Industri
(1978-1981), Menteri Pendidikan (1974-1978) dan Senator (1973-1974).
Ahli Parlimen
Kota Setar Selatan (1964-1969), Kubang Pasu (1974-2004) dan Langkawi 2018-kini).
Ahli Dewan Undangan Negeri
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas
lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini Kolej
Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di
era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan
kemudiannya berniaga pisang goreng. Selepas tamat Perang Dunia II, beliau menyambung
pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Pada dasarnya, Mahathir ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang, namun beliau harus melupakan hasratnya kerana tidak mendapat biasiswa dalam bidang
yang diminatinya. Sebaliknya, beliau mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam
bidang perubatan.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
Sekolah Melayu, Seberang Perak, Alor Setar
Goverment English School, Alor Setar
Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Malaya
Garis masa 100 Hari Pertama Kepimpinan Mahathir
10 Mei 2018:
o Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh
12 Mei 2018:
o Majlis Orang Penting telah dibentuk sebagai lembaga penasihat kerajaan, ahli lembaga
pengarah
o # Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia
o # Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
o # Tan Sri Hassan Merican, bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
o # Robert Kuok, jutawan Malaysia berpangkalan di Hong Kong
o # Profesor Jomo Kwame Sundaram, ahli ekonomi terkemuka
o Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Mohamad Sabu dinamakan tiga jawatan kabinet
tertinggi
o Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan isteri Rosmah Mansor dilarang meninggalkan
negara
o Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN
13 Mei 2018
o Mahathir mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memulangkan cukai yang dikutip
'secara haram'
14 Mei 2018
o Peguam Negara Mohamed Apandi Ali meneruskan cuti tanpa rekod, tugas yang diambil alih
oleh pendakwa raya
o Ketua SPRM Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan
o Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah telah dipendekkan,
dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam
o Mahathir berkata undang-undang mengenai berita palsu akan ditakrifkan dengan jelas
o Mahathir berkata pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dikaji semula
15 Mei 2018
o Jabatan Audit mengumumkan laporan 1MDBnya
o Majlis Orang Penting Menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai pembaharuan institusi,
jawatankuasa termasuk:
o # Hakim Mahkamah Rayuan yang diputuskan Datuk KC Vohrah;
o # Hakim Mahkamah Rayuan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk
Mah Weng Kwai;
o # Presiden Persatuan Patriot Nasional Brigadier Jeneral (Rtd) Datuk Mohamed Arshad Raji;
o # Profesor Undang-undang Emeritus Universiti Malaya Tunku Abdul Rahman Profesor Datuk
Dr Shad Saleem Faruqi;
o Presiden Hakim dan Presiden Majlis Peguam, bekas Presiden Datuk Ambiga Sreenevasan
o Apandi Ali, Irwan Serigar, Dzulkifli dan bekas KPN Khalid Abu Bakar dihalang meninggalkan
negara
16 Mei 2018
o Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh
o Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga dihalang daripada meninggalkan negara ini
o Polis mencari rumah Najib
o Kerajaan mengumumkan GST akan berkadar sifar berkuat kuasa pada 1 Jun 2018
o Mahathir memecat 17,000 pelantik politik dari perkhidmatan awam
o Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan.
o Kementerian diarahkan untuk menghentikan penggunaan slogan 1Malaysia
o Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) telah dihentikan
o Mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan jawatankuasa-jawatankuasa yang
o dilantik secara politik ditangguhkan
17 Mei 2018
o Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan, dan Wan Azizah sebagai menteri
kebajikan dan wanita
o Pencarian polis di rumah Najib berterusan
o Polis menahan lelaki kerana menghina Mahathir
o Kementerian Kewangan memulakan pembaharuan fiskal
18 Mei 2018
o Mengundurkan pelantikannya sebagai menteri pendidikan berdasarkan janjinya dengan
perlembagaan
20 Mei 2018
o Bekas eksekutif petugas kebangsaan PetroSaudi, Xavier Andre Justo bertemu Mahathir[141]
21 Mei 2018
o Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB serta mendakwa orang
yang melakukan kesalahan dan mendapatkan aset yang berkaitan. Pasukan petugas akan
diketuai bersama oleh bekas peguam negara Abdul Gani Patail, bekas ketua SPRM Abu Kassim
Mohamed, ketua SPRM semasa Mohd Shukri Abdull dan bekas ketua cawangan khas Abdul
Hamid Bador.
o Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri persekutuan secara
rasmi bersumpah sebagai anggota kabinet.
22 Mei 2018
o Bekas PM Najib Razak dibawa masuk untuk disoal siasat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM)[142]
28 Mei 2018
o Mahathir telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu
membayar pampasan sebanyak RM500 juta. Ia diumumkan sebelum perbincangan
mengenainya dibuat di kabinet.[143]
30 Mei 2018
o Mahathir mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia
1 Jun 2018
o Mahathir memansuhkan GST.
12 Jun 2018
o Mahathir bertemu Perdana Menteri Jepun Shinzō Abe di Jepun.
10 Julai 2018
o Tun Dr. Mahathir meraikah ulang tahun kelahirannya ke-93.[144][145]
3 Ogos 2018
o Mahathir bertemu dengan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo di Pejabat Perdana Menteri di
Putrajaya.
TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Perdana Menteri Kelima
Pentadbiran
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
Gelaran
Bapa Pembangunan Modal Insan
Tarikh lahir
26 November 1939
Asal
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Malaya
Portfolio:
Menteri Pertahanan (2008-2009), Menteri Kewangan (2003-2008), Menteri Keselamatan Dalam Negeri (2004-
2008), Menteri Dalam Negeri (1999-2004), Timbalan Perdana Menteri Kelapan (1999-2003), Menteri Luar Negeri
(1991-1999), Menteri Pendidikan (1984-1986) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (1981-1984).
Ahli Parlimen
Kepala Batas (1978-2013)
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang,
beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit
Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan
kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun
setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian
dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima
Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti
Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong
Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah
ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk
mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah
kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama
pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada
tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober
2005, Endon meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak
2003.[8]
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne
Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi
kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau
ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya,
yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi "Ku Cari Damai Abadi" yang
mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih
daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang
dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku
terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam
hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil
menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[9]
Garis masa
1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya;
menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood
1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan
Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971). 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan. 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di
Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga
1981).
1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(sehingga 1984).
1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO
sehingga 1990.
1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi
Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).1996 (umur 57): Menjadi Naib
Presiden UMNO.
1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober
2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi
tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober
DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Keenam
Pentadbiran
3 April 2009 – 9 May 2018
Gelaran
Bapa Transformasi
Tarikh lahir
23 Julai 1953
Asal
Pekan, Pahang
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perindustrian Universiti Nottingham, United Kingdom
Portfolio:
Menteri Kewangan (2008-2018), Timbalan Perdana Menteri Kesembilan (2004-2009:), Menteri Pertahanan (1999-
2008), Menteri Pendidikan (1995-1999), Menteri Pertahanan (1990-1995), Menteri Belia dan Sukan (1987-1990),
Menteri Belia dan Sukan (1986-1987) dan Menteri Besar Pahang ke-12 (1982-1986).
Ahli Parlimen
Pekan (1986-kini)
Ahli Dewan Undangan Negeri
Bandar Pekan (1982-1986)
Kerjaya politik
Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau biasa dikenal dengan nama Najib
Razak adalah anak lelaki tertua dari perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul
Razak Datuk Hussein dengan istrinya Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Najib Razak lahir
di Kuala Lipis, Pahang, Federasi Malaya pada tanggal 23 Juli 1953. Setelah
menyelesaikan studinya di University of Nottingham pada tahun 1974 di bidang ekonomi
industri Najib Razak kembali ke Malaysia dan bergabung dengan perusahaan minyak
nasional, Petronas.
Memasuki tahun 1976, Najib Razak memutuskan untuk mengikuti jejak ayahnya dengan
mulai menjajal dunia politik untuk pertama kalinya. Dia memilih berkoalisi dengan Front
Nasional yang kala itu berkuasa untuk maju ke pemilihan parlemen kota Pekan yang
mengalami kekosongan kekuasaan setelah ditinggal Tun Abdul Razak Hussein meninggal
dunia. Di sini Najib Razak akhirnya terpilih sebagai anggota parlemen pada usia yang
sangat muda 23 tahun.
Setelah kemenangannya yang mutlak sebagai Anggota Parlemen pada tahun 1976, Najib
Razak kemudian ditunjuk untuk menjabat Deputi Menteri Energi, Telekomunikasi dan
Tulisan. Disaat yang sama, dia juga menjabat sebagai Deputi Pendidikan dan Deputi
Menteri Keuangan. Pada tahun 1982, Najib Razak memenangkan pemilihan umum di
Pekan Bandar dan kemudian dia diangkat menjadi Menteri Besar Pahang sampai dengan
tahun 1986. Akhir tahun 1986, Najib Razak ditunjuk untuk menjadi Menteri Kebudayaan,
Pemuda dan Olahraga. Di bawah kepemimpinannya, Malaysia berhasil menorehkan
prestasi salah satunya adalah dengan diperolehnya medali emas di Sea Games Untuk kali
pertamanya.
Pada tahun 1990, Najib Razak diangkat menjadi Menteri Pertahanan, posisi yang dalam
pemerintah sejajar dengan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad. Najib Razak
mulai melakukan langkah modernisasi Angkatan Bersenjata, bergerak ke arah kekuatan
tempur lebih yang lebih cekatan sehingga mampu menangani setiap ancaman
konvensional. Selani itu, Najib Razak juga meningkatkan kesejahteraan angkatan
bersenjata dengan memperbaiki perumahan fasilitas serta memberikan tunjangan.
Tahun 1995, Najib Razak diminta untuk memberikan pelayanan jauh lebih menonjol, yakni
dengan memindahkannya ke Departemen Pendidikan. Selama masa jabatannya, sistem
pendidikan negara Malaysia mengalami reformasi besar dengan berjalannya enam
peraturan perundang-undangan dan UU Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk
memfasilitasi setiap sistem pendidikan.
Dia kembali menjabat sebagai Menteri Pertahanan sampai September 2008 sampai dia
beralih menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008 pada masa pemerintahan Datuk Sri
Abdullah. Pada tanggal 2 April 2009, Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri sebagai
Perdana Menteri dan keesokannya Najib Razak disumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang baru menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Perdana Menteri Kelapan
Pentadbiran
1Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Gelaran
Tarikh lahir
15 Mei 1947
Asal
Muar, Johor
Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu Universiti Malaya
Gabungan
Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional
Parti
UMNO dan Bersatu
Portfolio:
Menteri Dalam Negeri (2018-2020), Timbalan Perdana Menteri ke-10 (2009-2015), Menteri Pendidikan (2009-
2015), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(2004-2008), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Belia dan Sukan
(1995-1999) dan Menteri Besar Johor ke-13 (1986-1995).
Ahli Parlimen
Pagoh (1995-kini) dan Pagoh (1978-1986)
Ahli Dewan Undangan Negeri
Gambir (2018-kini) dan Bukit Serampang (1986-1995)
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan
Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau
kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya memperolehi Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).
Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam
kumpulan pintar atau genius.[8] Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.
Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan
membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai
bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas[9] tetapi beliau tidak
memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi
amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya
menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan
begitu mudah.
Garis Masa
1947: Dilahirkan di Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim, Malayan Union (kini Malaysia)
pada 15 Mei
1954 (7 tahun): Mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar
1957 (10 tahun): Bertukar ke sekolah aliran Inggeris di Sekolah Kebangsaan Ismail, Muar
1960 (13 tahun): Meneruskan pelajaran sekolah menengah di Government English School, Muar
1968 (21 tahun): Memulakan pengajian bagi ijazah sarjana muda di Universiti Malaya
1970 (23 tahun): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian
Melayu di Universiti Malaya
1971 (24 tahun) dilantik menjadi Bendahari UMNO Muar-Pagoh dan Pengerusi UMNO Cawangan
Permatang Pasir
1972 (25 tahun): Berkahwin dengan Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman
1974 (27 tahun): Dianugerahi Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS) (II) oleh Sultan Ismail
ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
1976 (29 tahun): Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
1978 (31 tahun): Menang kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Parlimen Malaysia buat
kali yang pertama
1979 (32 tahun): Dianugerahi Bintang Sultan Ismail Pangkat Pertama (BSI) (II) oleh Sultan Ismail
ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
1980 (33 tahun): Dianugerahi Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum
Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
1981 (34 tahun): Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
1982 (35 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Timbalan Menteri
WIlayah Persekutuan Malaysia; dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim; dilantik
sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1983 (36 tahun): Bertukar portfolio menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
1984 (37 tahun): Bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tidak cukup undian
1985 (38 tahun): Dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, menewaskan Tan Sri Othman
Saat
1986 (39 tahun): Bertanding di kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan berjaya memenangi
kerusi Dewan Negeri tersebut; dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim yang ke-13
1988 (41 tahun): Dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan
Sri oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong Malaysia (Sultan
Johor Darul Ta'zim)
1990 (43 tahun): Mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang; dilantik sebagai Menteri
Besar Johor Darul Ta'zim buat penggal kedua; bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi
tewas
1991 (44 tahun): Dianugerahi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' Sri
Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum
Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'zim; dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
1993 (46 tahun): Memenangi jawatan Naib Presiden UMNO buat kali yang pertama
1995 (48 tahun): Bertanding semula dii kerusi Parlimen Pagoh dan memenanginya; dilantik
sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
1996 (49 tahun): Tidak berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
1999 (52 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
PENGHARGAAN
Alhamdulullah bersyukur kepada Allah SWT, akhirnya saya telah menyiapkan tugasan
projek sejarah iaitu Tokoh-Tokoh Kemerdekaan bagi 2021 .
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah iaitu Puan Shazira bt
Yusoff yang telah banyak membantu memberi maklumat untuk saya menyiapkan tugasan
ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang
telah banyak memberi sokongan moral dan membantu saya untuk mencari maklumat untuk
menyiapkan tugasan ini.
Dengan menyiapkan tugasan saya ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu baru
khususnya dalam bidang IT, dan pengurusan menyiap sebuah buku skrap.
RUJUKAN
https://min.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Hussein
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_bin_Ahmad_Badawi
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin