0 MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN PING PONG MSSD PERAK TENGAH TAHUN 2023 LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 12 DAN 18 TAHUN TARIKH : 18 MEI 2023 HARI : KHAMIS MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK GERAKAN SARJANA HADIR : 1. En Baharuddin b. Shaid 2. En Zainal Abidin B Masri 3. Pn Hjh Noor Asmah binti Hashim 4. Pn Razisah binti Sahak 5. Pn Nurul Hana Sabrina binti Hood 6. En Mohd Adzha bin Abdul Manan 7. En Megat Azmuniaddin Jamalulail bin Megat Jamaluddin 8. En Idris bin Mohd Hassim 9. Pn Nurulshiqah binti Zanal Bidin 10. Pn Yusrina Sajidah binti Abdul Rahim 11. Pn Nurul Syazwani binti Nor Azmal 12. Pn Nor Khafizah binti Nawawi 13. Pn Norida binti Abas 14. En Ismail B Shaari 15. En Mior Shahrizan bin Mohd Redhuan 16. Pn Hapipah binti Othman 17. Pn Noor Azwani binti Hassim 18. Pn Teh Ramlah Bt Abu Bakar 19. Pn Nor Asmah binti Ramli 20. En Samsudin bin Moin 21. Pn Noor Hafiza binti Omar 22. En Ismail bin Razali 23. En Muhammad Zul Helmi Zamsuri 24. En Mohd Zamree bin Daud 25. En Syahmin bin Zainal Abidin 26. En Ahmad Tarmizi bin Talib 27. En Mohamad Disa B Abdul Samad 28. En Mohd Rashid bin Shafie 29. Pn Siti Fatimah binti Mohd Yin 30. Pn Nafisah binti Azmi 31. En Abdulqodir bin Asim 32. Pn Sakinah Bt Yahya 33. Pn Norhafizah Mohd Kasim 34. Pn Siti Nur Balqis binti Ibrahim
1 1. UCAPAN ALU - ALUAN PENGERUSI (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SARJANA) 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan membaca surah Al-Fatihah 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua wakil guru penasihat Ping Pong daerah Perak Tengah dengan ucapan terima kasih atas kehadiran yang sangat memberangsangkan. 1.3 Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan kerana SARJANA menjadi bidan terjun bagi Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah pada tahun ini 1.4 Pengerusi memaklumkan pada tahun 2022, acara Ping Pong telah mencapai ke peringkat negeri dan berharap pada tahun ini Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah ini dapat memberikan kecemerlangan 1.5 Pengerusi memaklumkan tarikh dan tempat bagi Kejohanan MSSD Perak Tengah pada tahun 2023: Tarikh : 14 Jun 2023 (Rendah) : 15 Jun 2023 (Menengah) Tempat : Dewan Tan Sri Ramli, SARJANA, Kampong Gajah Peserta : 4 orang peserta bagi setiap sekolah 1.6 Pengerusi memaklumkan sumber kewangan agak tipis pada tahun 2022, justeru pada tahun 2023 yuran pertandingan terpaksa dinaikkan kepada RM 15 kepada setiap peserta berbanding RM 10 pada tahun 2022. Ini berikutan kos barang yang semakin meningkat dan mengelak permasalahan di masa akan datang. 1.7 Pengerusi memaklumkan SK Lambor Kiri menjadi tuan rumah Bersama SARJANA bagi pertandingan Ping Pong bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun. Tindakan: Makluman 2. PASCA NILAI PING PONG MSSPK 2022 2.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil guru penasihat yang hadir serta mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat Kejohanan MSSD Perak Tengah Ping Pong bagi tahun 2022. 2.2 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah mengucapkan terima kasih kepada Pn Salawati, En Faizol Yahya, En Jamil kerana sampai ke MSSPK Kuala Kangsar pada tahun 2022 2.3 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan pada bulan Julai 2022, Kontinjen Perak Tengah telah mencapai:
2 LELAKI (BAWAH 18 TAHUN) 2 orang mencapai pusingan 2 2 orang mencapai pusingan 1 PEREMPUAN (BAWAH 18 TAHUN) 1 orang mencapai pusingan 3 2 orang mencapai pusingan 2 LELAKI (BAWAH 12 TAHUN) (SK DATO’ SAGOR) 2 orang mencapai pusingan 3 (kalah dengan Kinta Utara) 1 orang mencapai pusingan 1 PEREMPUAN (BAWAH 12 TAHUN) 1 orang mencapai pusingan 3 2.4 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan Perak Tengah mendapat tempat ke 8 daripada 12 daerah dengan memungut jumlah mata sebanyak 74 Perak Tengah rugi dari segi penyertaan. Tindakan : Makluman 3 KEJOHANAN PING PONG MSSD PERAK TENGAH 2023 3.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan tarikh-tarikh penting berkaitan Kejohanan MSSD Ping Pong seperti berikut: i. Mesyuarat Penyelarasan : 18 Mei 2023 ii. Tarikh Tutup Penyertaan : 7 Jun 2023 iii. Tarikh Pertandingan Bawah 12 Tahun : 14 Jun 2023 iv. Tarikh Pertandingan Bawah 18 Tahun : 15 Jun 2023 v. Tarikh Latihan Pusat Pasukan : 4-5 Julai 2023 vi. Tarikh MSSPK Ping Pong : 7-9 Julai 2023 3.2 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan En Azuwan akan menghadiri mesyuarat pada 22 Mei 2023 di JPN Perak samada MSSD Ping Pong boleh dilaksanakan atau pun ditangguhkan pada tarikh lain. 3.3 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan SARJANA menjadi tuan rumah berikutan mempunyai kelebihan terdapat banyak meja Ping Pong yang boleh digunakan untuk Kejohanan MSSD Ping Pong Perak Tengah. Tindakan : Makluman
3 4 PERATURAN & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (IITF) dan Peraturan- peraturan am MSSPk / MSSM yang berkuatkuasa kini. Tindakan : Makluman 4.2 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 4.2.1 Acara perseorangan sahaja bagi lelaki dan perempuan bawah 12 dan 18 tahun. Tindakan : Makluman 4.3 PENYERTAAN 4.3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar i. 4 orang pemain acara perseorangan lelaki ii. 4 orang pemain acara perseorangan perempuan Tindakan : Makluman 4.4 SISTEM PERTANDINGAN 4.4.1 Pertandingan dijalankan secara kalah singkir 4.4.2 Keutamaan pemain “seeding” diadakan 4.4.3 Setiap perlawanan diputuskan dengan 3 set kemenangan daripada 5 set sehingga ke peringkat akhir. Tindakan : Makluman 4.5 KELEWATAN 4.5.1 Pemain -pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan bermula. Peruntukan masa 15 minit akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat. Setelah itu kemenangan akan diberikan kepada pihak lawannya dengan catatan “3-0”. Tindakan : Makluman 4.6 PAKAIAN 4.6.1 Pemain-pemain dibenarkan memakai apa jua jenis warna pakaian kecuali warna putih. Sekiranya pakaian tersebut mempunyai logo berwarna putih, pastikan ia tidak boleh lebih besar daripada saiz bola ping pong. Tindakan : Makluman 4.7 BUTIR-BUTIR PENGENALAN
4 4.7.1 Bagi setiap pemain salinan kad pengenalan akan digunakan sebagai dokumen pengesahan had umur. Pengesahan salinan kad pengenalan oleh Pengetua/GPK sekolah berkenaan hendaklah sama dengan pengesahan borang M01/R01 yang disediakan. 4.7.2 Pemain-pemain yang menyertai pertandingan mesti menyerahkan surat kebenaran ibu bapa yang disediakan oleh sekolah masing-masing. 4.7.3 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen seperti 4.7.1 dan 4.7.2 di atas tidak dibenarkan bertanding. 4.7.4 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding. Tindakan : Makluman 4.8 ALATAN 4.8.1 Meja berukuran panjang 2.74 meter, lebar 1.525-meter dan permukaan meja berada dalam keadaan mengufuk 0.76-meter dari atas lantai. 4.8.2 Bola ping pong yang disediakan oleh pihak pengelola pertandingan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut: i. Jenis : Nitakku Premium ii. Warna : Putih iii. Ukuran : 40+ 4.8.3 Bat ping pong hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh ITTF, iaitu warna bat sama ada merah atau hitam dan mempunyai lambang kelulusan ITTF/ JTTA. Tindakan : Makluman 4.9 BAYARAN PENYERTAAN 4.9.1 Bayaran penyertaan yang dikenakan bagi setiap sekolah adalah mengikut bilangan pemain yang berdaftar. Mesyuarat bersetuju dengan bayaran yuran RM15 bagi setiap pemain. 4.9.2 Bayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun melalui CEK atas nama: SEK. MEN. RAJA DR. NAZRIN SHAH (MENENGAH) BANK ISLAM (08-0310100-16-69-2) SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBOR KIRI (RENDAH) RHB BANK BERHAD-AYER TAWAR (20803400024415) Tindakan : Makluman 4.10 BANTAHAN
5 4.10.1 Bantahan hendaklah dicatatkan dalam borang bantahan rasmi yang telah disediakan. 4.10.2 Borang bantahan rasmi tersebut perlu ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam selepas tamat perlawanan. 4.10.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak berasas. Tindakan : Makluman 4.11 JURI RAYUAN 4.11.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ping Pong Daerah Perak Tengah, En Adzha memaklumkan bahawa juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Teknik 1 ii. Pengerusi Teknik 2 iii. Referee iv. Ketua Pengadil v. Pengurus Pasukan Tiga Buah Sekolah Berkecuali. Tindakan : Makluman 4.12 PENDAFTARAN PENGELOLA 4.12.1 Senarai nama pemain dalam borang yang ditentukan hendaklah dihantar kepada pengelola Pertandingan Ping Pong MSSD Perak Tengah sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 Jun 2023 (Jumaat) pada jam 12 tengah hari. Pendaftaran selepas tarikh tersebut tidak akan diterima. 4.12.2 Pengesahan bilangan pemain yang berdaftar juga dibuat selewatlewatnya pada 7 Jun 2023 (Jumaat) pada jam 12 tengah hari. Penambahan bilangan pemain selepas tarikh tersebut tidak akan diterima. Tindakan : Makluman 4.13 PENGADIL 4.13.1 Barisan pengadil adalah dilantik oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Pasukan Ping Pong MSSD Perak Tengah Tahun 2023 Tindakan : Makluman 4.14 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 4.14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
6 Tindakan : Makluman 5 PEMILIHAN ATLET, PENGURUS & JURULATIH SERTA LATIHAN PUSAT 5.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan peserta yang memasuki semi-final automatik atlet tersebut akan dibawa ke MSSPK. 5.2 Peserta yang kalah di peringkat suku akhir juga akan di bawa ke peringkat MSSPK. 5.3 Peserta bagi MSSPK akan dibawa 4 orang bagi setiap kategori. 5.4 Latihan Pusat akan dijalankan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 4 & 5 Julai 2023 (Selasa dan Rabu) Masa : 9 pagi-5 petang Tempat : SARJANA 5.5 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan sekiranya pemain Perak Tengah terpilih untuk ke peringkat MSSM di Sarawak, Perak Tengah akan memberi wang ringgit kepada pemain tersebut. 5.6 MSSM akan dijalankan di Sarawak pada 26- 30 Julai 2023 (termaktub kepada perubahan) Tindakan : Makluman 6 KURSUS KEJURULATIHAN/KEPENGADILAN 6.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan terdapat 2 orang Pengerusi Teknik pada tahun 2022. 6.2 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pegawai Teknik Ping Pong untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan dan Kepengadilan pada tiga kali pada hari Sabtu dengan bayaran sebanyak RM100. 6.3 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan sesiapa yang lulus ujian dan Kursus Kejurulatihan dan Kepengadilan Ping Pong tersebut layak menjadi Pengadil peringkat kebangsaan. Tindakan : Makluman 7 PROGRAM PEMBANGUNAN 7.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong daerah Perak Tengah, En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan program pembangunan akan dijalankan SMK Dato’ Sagor.
7 7.2 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan terdapat beberapa orang pemain boleh diketengahkan dalam kategori bawah 18 tahun. 7.3 En Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan komitmen daripada ibu bapa yang boleh menaikkan semangat dan mencungkil bakat murid-murid dalam Kejohanan Ping Pong. Tindakan : Makluman 8 HAL-HAL LAIN 8.1 En Mohd Rashid bin Shafie mencadangkan setiap sekolah menghantar 5 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan bagi Kejohanan MSSD Ping Pong Perak Tengah Tahun 2023 Tindakan: Makluman 8.2 Encik Mohd Adzha bin Abdul Manan membenarkan sekolah menghantar maksima 5 orang peserta bagi Kejohanan MSSD Ping Pong Perak Tengah bergantung kepada penyertaan Tindakan: Makluman 8.3 Pn Hjh Noor Asmah binti Hashim, Guru Besar SK Lambor Kiri memaklumkan Jawatankuasa Kerja Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah 2023 (boleh rujuk Lampiran) Tindakan: Makluman 8.4 Encik Baharuddin, Timbalan PPD UPBM Perak Tengah memohon untuk menghantar senarai nama urusetia kepada PPD Perak Tengah bagi memudahkan PPD mengeluarkan surat untuk guru-guru bertugas 8.5 Encik Zainal (PK Kokurikulum SARJANA) memaklumkan pembayaran yuran bagi Sekolah Rendah boleh dibuat atas akaun SK Lambor Kiri manakala bagi Sekolah Menengah boleh dibuat atas akaun SARJANA 8.6 Bayaran yuran penyertaan dan pendaftaran boleh dibuat menggunakan CEK atau TUNAI sebelum atau selewatnya 7 Jun 2023 Tindakan: Makluman 8.7 Encik Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan borang pendaftaran akan dimasukkan di dalam group whatsapp MSSD Ping Pong Perak Tengah 2023 secara Google Form. Tiada lagi borang pendaftaran secara hardcopy. 8.8 Encik Mohd Adzha bin Abdul Manan memaklumkan tarikh akhir mengisi borang pendaftaran secara Google Form pada 7 Jun 2023. 8.9 Encik Mohd Adzha bin Abdul Manan juga memaklumkan pendaftaran pemain yang diisi di dalam Google Form mestilah disusun mengikut kedudukan yang paling hebat sehingga ke bawah.
8 Tindakan: Makluman 9 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru penasihat yang hadir ke mesyuarat penyelarasan pada petang ini. 9.2 Mesyuarat ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al- ‘Asr 9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Disediakan oleh, _______________________________ (PN NURUL SYAZWANI BINTI NOR AZMAL) Setiausaha Ping Pong SK Lambor Kiri Disemak oleh, _____________________________________ (PN RAZISAH BINTI SAHAK ) PK Kokurikulum SK Lambor Kiri. Disahkan oleh , __________________________________ (PN HJH NOOR ASMAH BT HASHIM) Guru Besar SK Lambor Kiri.
9 LAMPIRAN JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN PING PONG MSSD PERAK TENGAH TAHUN 2023 Penaung : Pengawai Pendidikan Daerah Perak Tengh Penasihat : Tn. Haji Mohd Fathilah bin Mohd Noor Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah Ex Officio : En. Ahmad Azuwan bin Ismail Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid PPD PT Pengerusi 1 :En Ahmad Tazally B Mohamad Zain Pengetua SARJANA Pengerusi 2 : Pn Hjh Noor Asmah binti Hashim Guru Besar SK Lambor Kiri Timbalan Pengerusi 1 : En Zainal Abidin B Masri PK Kokurikulum SARJANA Timbalan Pengerusi 2 : Pn Razisah binti Sahak PK Kokurikulum SK Lambor Kiri Setiausaha : Pn Puteri Nur Aisyah Bt Megat Muhammad Hatim SARJANA Bendahari : Pn Razana @ Normala Bt Abdul Rahman PK Pentadbiran SARJANA Penasihat Teknik : En Mohd Adzha B Abdul Manan PTPS Ping Pong Daerah Perak Tengah (SM) Tn Hj Megat Azmuniaddin Jamalulail B Megat Jamaluddin PTPS Ping Pong Daerah Perak Tengah (SR)
10 JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN PING PONG SR MSSD PERAK TENGAH 2023 Urusetia Pendaftaran SK Lambor Kiri SARJANA Sambutan dan Keselamatan Barisan Pentadbir SARJANA SK Lambor Kiri Hadiah & Sijil SARJANA SK Lambor Kiri Statistik & Keputusan SK Bota Kiri Peralatan dan Persiapan Gelanggang/ Banner SK Selat Pulau Teknikal dan Kepengadilan Hakim/Pengadil Kejohanan SK Iskandar Shah Minuman/Makanan Pegawai dan Pengadil SK Seberang Perak SK Sg Besar Buku Program SK Bota Kanan Juruacara Pertandingan & Majlis Penutup SK Dato Sagor (Juruacara Pertandingan) SK Changkat Lada 3 (Majlis Penutup) Kecemasan/Keselamatan/ Lalu lintas SK Pulau Tiga Kiri SK Bukit Chupak Kawalan Kebersihan Sk Lengkuas/SRAR Al Hidayah / Sri Nurul Iman Juru Gambar SK Teluk Bakong Laporan & Dokumentasi SK Pasir Kubu