Tema : 11 Rancangkan ekonomi kita
Unit 33: Kad dan Diriku
Standard Kandungan 3.3
Standard Pembelajaran 3.3.3
Objektif
1.Murid membaca teks dengan
sebutan yang betul.
2.Mengenal pasti pengurusan kad
kredit secara bertanggungjawab.
3.Menjawab soalan pemahaman
secara kritis dan kreatif.
Kriteria kejayaan
Murid menulis jawapan
pemahaman bagi lima soalan
secara kritis dan kreatif.
Cikgu Selvi pergi ke
bank untuk memohon
kad kredit.
Jika kita banyak
berbelanja dengan
menggunakan kad
kredit kita peroleh
-----------.
Pada pendapat saya,
Cikgu Selvi perlu
menggunakan kad
kredit.
Kita boleh berbelanja
dengan menggunakan
kad kredit di pasar
raya, hospital dan
stesen minyak.
- Pengguna tidak perlu membawa
wang tunai
- Mudah dan cepat
- Kehilangan wang tunai dapat
dielakkan
- Pengguna boleh dapatkan mata
ganjaran.
1. Dapat menjejak dan menyelia perbelanjaan
Setiap transaksi direkodkan secara automatik dan kita akan mendapat penyata lengkap
mengenai tabiat perbelanjaan kita. Sebagai contoh, kita tahu berapa yang telah dibelanjakan
setiap bulan untuk mengisi minyak, membeli keperluan dapur, membeli-belah dan lain-lain.
Jika menggunakan wang tunai perlu menulis secara manual satu-satu.
Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang halatuju perbelanjaan, kita boleh
mengelakkan daripada terlebih belanja dan ianya dapat menggalakkan tabiat perbelanjaan
yang baik.
2. Kemudahan dan keselesaan
Kad kredit membolehkan kita berurusan dengan lebih mudah; baik
dalam menempah tiket kapalterbang, hotel, sewa kereta dan
sebagainya. Dalam kes-kes kecemasan juga, ia sangat berguna sebagai
pendahuluan apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dijangka.
Perbelanjaan yang dicaj pada kad kredit biasanya tidak dikenakan
sebarang faedah selama 20 hari, jadi kita dapat melengahkan
pembayaran dan menggunakan wang tersebut ke instrumen pelaburan
lain buat sementara waktu yang boleh mendapat pulangan (walaupun
sedikit, apabila dijumlahkan dalam setahun pasti akan mengumpul
nilai).
3. Perlindungan pengguna
Perbelanjaan dengan kad kredit adalah dilindungi, dan sebarang akses
yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan kita
secara terus. Segala transaksi yang tidak sah boleh
dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian
(dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut.Kebanyakan bank
juga menyediakan insurans perjalanan secara percuma
dengan penggunaan kad kredit mereka.
4. Ganjaran
Setiap ringgit yang dibelanjakan dengan kad kredit akan
melayakkan kita mengumpul mata ganjaran. Untuk tempoh
yang lama, mata ganjaran ini akan terkumpul dengan banyak
dan boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik yang
ditawarkan oleh pihak bank; biasanya baucer membeli
belah/petrol, barangan elektrik ataupun ganjaran perjalanan
(miles) daripada syarikat penerbangan.
Rumusan