The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH ASYIKIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02126453, 2021-04-19 02:19:30

BUKU PUASA RAMADHAN

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH ASYIKIN

PUASA RAMADHAN

Disediakan oleh: Ustazah Asyikin
Panitia Pendidikan Islam
SK Batu Kikir
72200 Batu Kikir
N.Sembilan

PUASA RAMADHAN

KANDUNGAN:

1. ERTI PUASA
2. SEJARAH PENSYARIATAN PUASA
3. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
4. NUZUL AL-QURAN
5. SYARAT WAJIB PUASA
6. RUKUN PUASA
7. NIAT PUASA
8. PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA BERPUASA
9. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
10. MEREKA YANG DIIZINKAN BERBUKA PUASA

PENDAHULUAN

Puasa merupakan Rukun Islam yang kedua. Sebagai umat Islam kita wajib
berpuasa di bulan Ramadhan

ERTI PUASA

Puasa (bahasa Arab: ‫ )صوم‬secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi
istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari berserta niat".

SEJARAH PENSYARIATAN PUASA
Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah. Sebelum ini,
ibadah puasa telah diamalkan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi
Muhammad SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
“ Wahai Orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan
antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja.
Kemudian umat Nabi Muhammad SAW secara khususnya telah difardhukan puasa pada bulan
Ramadan.
Dipetik dari kitab Al-fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Kelebihan bulan Ramadan

Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam mempercayai pada bulan
Ramadan, ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatulqadar atau Malam al-
Qadar. Lailatulqadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik
daripada 1,000 bulan. Dipercayai sesiapa yang beramal pada malam tersebut, sama seperti
beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Rasulullah mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya, dia tergolong daripada orang yang
amat rugi. Lailatulqadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat
tarikhnya. Lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan,
terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira
apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar
berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21
Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan isyak
secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat
subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah
berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah
bersolat sepanjang malam.”

(Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah : "Allah berfirman; "Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan
minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku.
Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali
ganda kecuali ibadah puasa. Hal ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku
sendiri yang akan memberi balasannya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

NUZUL AL-QURAN

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-
Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-
ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w.

Firman Allah S.W.T:
" Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan
kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w.
Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10
malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan
ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan
itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi
Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh
manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:

" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada
manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"

Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam
kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi
hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana
penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka
Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :

" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya".

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya
dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman.
Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran
dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:

"Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-
Quran ) dan rasulnya (hadis)"

Nabi berpesan:
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang
kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"

Syarat Wajib Puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan
Ramadan:

● Berakal/waras
● Baligh (cukup umur)
● Mampu/tidak uzur.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

● Berniat pada malam harinya
● Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam

matahari

Niat puasa

Lafaz Niat Yang Lengkap:
‫َنوَْيتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أََداِء فَرِْض رََمضَانَ هَذِهِ ال ّسَنَةِ َّلَِِلِ َتعَاَلى‬

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana Allah
Taala.

Perkara yang disunatkan ketika berpuasa

Pekara yang membatalkan puasa

Mereka yang diizinkan berbuka puasa sebelum waktunya

Sumber:
Al-Quran Al-Karim
Wikipedia Puasa
AlKafi LilFatawa


Click to View FlipBook Version