The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sila lihat bahan untuk mengetahui kandungan pembelajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68360086, 2021-08-19 05:20:43

PDPR 05 OGOS 2021

Sila lihat bahan untuk mengetahui kandungan pembelajaran

BAHASA MELAYU

5 AZALEA

KHAMIS [05 OGOS 2021]

TEMA 6 :
SAINS, TEKNOLOGI DAN

INOVASI

UNIT 17 :
MESRA TEKNOLOGI

Rakaman dari Udara
Teknologi Imbasan Wajah

Standard pembelajaran, objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul,intonasi dan gaya yang sesuai.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat bercerita dengan
sebutan yang betul,intonasi dan gaya yang sesuai.

Murid dapat bercerita dengan sebutan yang betul,intonasi
dan gaya yang sesuai.

Rakaman dari Udara





Mereka berkumpul di tepi padang untuk melihat demonstrasi.
Mereka teruja melihat alat teknologi yang canggih itu.
Pegawai pertanian menerangkan bahawa alat tersebut
dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat
kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara.

Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi
menerbangkan dron. Dron diterbangkan mengelilingi ruang
udara di atas mereka dan bangunan sekolah. Murid-murid
teruja dan seronok lalu melambai tangan kerana sedar
gambar mereka dirakam.



Pegawai pertanian menjelaskan bahawa dron kini dron
digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan
barang dan bantuan kesihatan seperti menghantar ubat-
ubatan semasa kecemasan.

Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian.
Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur
racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron
digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan
mengesan penjenayah.

Teknologi Imbasan Wajah











mesin mengenal pasti 30 titik sudut
mata dan kemudian data murid
disimpan.

kehadiran murid dengan tepat dan
masalah disiplin murid.

kerana sistem disambungkan
dengan aplikasi Pepatih Mysekolah
yang memaparkan kes disiplin dan
masalah murid serta boleh diakses
oleh ibu bapa dan pentadbir.



Amira : Apakah maklumat yang ingin abang kongsikan?

Azim : Abang ingin berkongsi maklumat tentang kelebihan teknologi
imbasan wajah. Teknologi ini membantu merekodkan
maklumat kehadiran murid dengan lebih cepat, mudah dan
tepat. Selain itu, teknologi ini juga membantu pihak sekolah
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid.
Teknologi imbasan wajah juga menjimatkan masa guru kerana
guru tidak perlu lagi menanda buku rekod kedatangan murid.

Amira : Mengapakah teknologi imbasan wajah dapat menangani
masalah disiplin murid?

Azim : Teknologi imbasan wajah dapat menangani masalah disiplin
murid seperti ketidakhadiran murid kerana ibu bapa dapat
memantau kehadiran dan disiplin anak-anak dari rumah.
Dengan kerjasama dan sokongan ibu bapa, disiplin murid
dapat dikawal agar-agar murid sentiasa cemerlang.

Rajin Petua Kejayaan







TUGASAN

Murid tulis dialog Amira dan abangnya, Azim tentang teknologi
imbasan wajah.
Murid tulis perumpaan bagai lebah mengumpulkan
madu dalam tulisan Jawi (3 kali) dan hias.
TUGASAN DIBUAT DALAM BUKU TULIS PEMAHAMAN.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version