PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN HASIL DALAM NEGERI SEREMBAN
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN HASIL DALAM NEGERI
SEREMBAN
Selepas ini disebut “Pertubuhan”
(2) Takrif Nama :
(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
D/A LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, SEREMBAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
D/A LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, SEREMBAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak
boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
(1) Matlamat Persatuan adalah:
a) Untuk memberi peluang dan kemudahan yang bersesuaian kepada
ahli-ahli Pertubuhan dalam usaha mengembangkan atau mengasah
bakat mereka di dalam sukan dan aktiviti-aktiviti seumpamanya dalam
melahirkan semangat berpasukan antara ahli-ahli.
1
b) Untuk menjaga hal ehwal kebajikan setiap ahli mengikut
peraturan yang diputuskan secara majoriti dalam mesyuarat
Jawatankuasa dari masa kesemasa.
c) Untuk menganjurkan lawatan-lawatan dan kunjungan-kunjungan
sebagai aktiviti pembelajaran, kebudayaan dan rekreasi.
d) Untuk membuat perancangan, timbal balik atau sebaliknya dengan
pertubuhan, persatuan dan kelab lain bagi tujuan menikmati kebajikan
dan kemudahan yang ditawarkan oleh pertubuhan/persatuan dan kelab
tersebut.
e) Untuk menganjurkan kejohanan tahunan di antara ahli-ahli dalam
pelbagai sukan dan permainan.
f) Untuk menjalankan apa-apa pelaburan yang difikirkan oleh
Jawatankuasa adalah wajar untuk meningkatkan tabungan Pertubuhan.
g) Untuk memungut atau mentadbir dana bagi tujuan membantu
mencapai matlamat di atas.
h) Untuk membeli, memajak atau sebagai pertukaran, menyewa atau
sebaliknya memiliki harta boleh alih atau harta tidak alih serta apa-apa
hak dan keistimewaan yang dianggap perlu atau mudah atau selesa bagi
tujuan-tujuan Pertubuhan dan untuk memperbaiki, memajukan,
mengurus, menjual,memajak, menggadai, melupuskan, ‘turn to account’
atau sebaliknya berurusan dengan mana-mana bahagian harta
Pertubuhan.
FASAL 4 KEAHLIAN
Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:-
Ahli Biasa
i) Permohonan untuk menjadi ahli biasa hendaklah dikemukakan
kepada Setiausaha Kehormat di dalam borang yang telah ditetapkan
oleh Ahli Jawatankuasa.
ii) Keahlian adalah terbuka kepada mana-mana kakitangan yang
bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Seremban.
(iii) Kesemua permohonan keahlian hendaklah disertai dengan yuran
kemasukan sebanyak RM5 dan sebulan yuran keahlian seperti dalam
Jadual 1.
(iv) Tarikh berkuatkuasa seseorang kakitangan dianggap menjadi ahli
ialah pada tarikh permohonan dibuat tertakluk kepada kelulusan dari Ahli
Jawatankuasa.
2
(v) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti
yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan
yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan
dan berhaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
Mana-mana ahli yang berhasrat untuk berhenti/meletakkan jawatan
daripada Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dan
mengemukakan pemberhentian / perletakan jawatan tersebut kepada
Setiausaha dalam tempoh 2 minggu terlebih dahulu untuk kelulusan Ahli
Jawatankuasa Adalah menjadi kewajipan setiap ahli yang ingin
berhenti / meletakkan jawatan untuk menyelesaikan segala yuran atau
hutang yang tertunggak sebelum Ahli Jawatankuasa boleh
mempertimbangkan permohonan untuk menerima.
Ahli yang akan bertukar cawangan akan gugur keahliannya dan apa-
apa lebihan yuran akan dipulangkan kembali setelah kelulusan Ahli
Jawatankuasa.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
a) Semua ahli hendaklah membayar pendahuluan keahlian pada
hari pertama setiap bulan yang mana akan sepadan dengan gaji beliau
mengikut kadar yang terkandung di dalam Jadual 1.
b) Ahli-ahli yang yurannya tertunggak melebihi 5 bulan tidak dibenarkan
untuk menikmati kemudahan dan keistimewaan Pertubuhan dan akan
dilarang daripada memegang apa-apa jawatan atau menerima
kebajikan sehingga tunggakan tersebut dijelaskan sepenuhnya.
c) Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-
apa bentuk dan sumbangan yang diterima dan akan diisytiharkan di
dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
d) Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-
lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh
Pertubuhan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,
memajukan dan menjalankan tujuan Pertubuhan dan tiada sebahagian
pun daripada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurang- kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi atau dua kali jumlah AJK, mengikut mana yang kurang,
3
hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan akan diadakan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31hb Mac setiap dwi tahunan pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat adalah bagi
tujuan-tujuan berikut:
a) Untuk mengesahkan minit-minit bagi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
yang diadakan pada tahun sebelumnya.
b) Untuk menerima dan jika diluluskan, mengedarkan Laporan
Tahunan dan Penyata Akaun bagi tahun berakhir 31hb Disember bagi
tahun kewangan seterusnya.
c) Sekiranya berlaku sebarang kelewatan atau penangguhan keatas
Mesyuarat Agung,Setiausaha Kehormat hendaklah melakukan tindakan
sewajarnya selaras dengan peruntukan yang telah digariskan oleh Akta
Pertubuhan 1966.
d) Untuk memilih pemegang-pemegang jawatan.
e) Untuk melantik Juruaudit Kehormat.
f) Untuk melaksanakan perkara-perkara lain yang mana sekurang-
kurangnya notis bertulis diberikan 7 hari sebelum itu diberikan kepada
Setiausaha Kehormat.
g) Pindaan-pindaan ke atas peraturan seperti di Peraturan 18.
Mesyuarat Agung Luarbiasa
Mesyuarat Agung Luarbiasa Pertubuhan:
a) Apabila Majlis Eksekutif mendapati perlu atau;
b) Atas permohonan bertulis tidak kurang daripada 20 ahli bermanfaat
menyatakan tujuan dan alasan- alasan bagi mesyuarat tersebut.
c) Mesyuarat akan dikumpulkan bagi satu tarikh dalam tempoh 15 hari
daripada penerimaan permohonan tersebut.
d) Peraturan dan korum dan penangguhan bagi Mesyuarat Agung
Tahunan adalah juga terpakai bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa,
dengan syarat bahawa sekiranya tiada korum hadir pada Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang dituntut ahli-ahli, mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan segera.
4
Resolusi Tiada usul atau resolusi akan dibangkitkan pada mana- mana
Mesyuarat Agung melainkan jika telah dimaklumkan terlebih dahulu
secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat tidak kurang daripada
tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat.
FASAL 8 JAWATANKUASA
a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai
Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan:-
i) Seorang Presiden
ii) Seorang Naib Presiden 1
iii) Seorang Naib Presiden 2
iv) Seorang Setiausaha Kehormat
v) Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
vi) Seorang Bendahari Kehormat
vii) Seorang Penolong Bendahari Kehormat
viii) Sembilan orang Ahli Jawatankuasa
b) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah
dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara
mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
Semua pegawai boleh dipilih semula tiap- tiap tahun.
c) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelolakan mengaturkan kerja-kerja
harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah
boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya
dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung
Tahunan.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
a) Presiden
i) Presiden bertanggungjawab untuk mempengerusikan Mesyuarat
Agung, Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
serta memastikan urusan- urusan Pertubuhan dijalankan dengan cara
yang betul dan demokrasi.
ii) Sekiranya sesuatu jawatan yang menjadi kosong dalam Ahli
Jawatankuasa, Presiden dengan budibicaranya akan melantik seorang
ahli untuk mengisi kekosongan tersebut. Pegawai yang dilantik akan
memegang jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang
akan datang.
b) Naib Presiden 1
i) Naib Presiden 1 akan membantu Presiden menjalankan tugas-
tugas Presiden.
5
ii) Dalam keadaan jawatan Presiden menjadi kosong, Naib Presiden
1 dengan secara automatik akan menjadi Presiden sehingga
Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.
iii) Naib Presiden 1 bertanggungjawab mengendalikan Biro Ekonomi bagi
menjana pendapatan kepada kewangan Pertubuhan.
c) Naib Presiden 2
Naib-Naib Presiden akan membantu Presiden menjalankan tugas-
tugas Presiden.
i) Naib Presiden 2 akan membantu menjalankan tugas-tugas Naib
Presiden 1.
ii) Naib Presiden 2 bertanggungjawab mengendalikan Biro Sukan bagi
Pertubuhan.
d) Setiausaha Kehormat
i) Mengatur kesemua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.
ii) Merekod dan menyimpan minit bagi mesyuarat-mesyuarat tersebut.
Minit bagi mesyuarat-mesyuarat tersebut hendaklah diedarkan dalam
tempoh 2 minggu selepas tarikh mesyuarat-mesyuarat tersebut.
iii) Menjalankan semua koresponden bagi pihak Pertubuhan.
iv) Menjadi penyimpan bagi semua laporan dan rekod Pertubuhan.
v) Menyimpan inventori bagi semua harta Pertubuhan dan daftar
keahlian yang mengandungi butir- butir ahli Pertubuhan.
vi) Menjalankan arahan-arahan Ahli Jawatankuasa dari semasa ke
semasa.
e) Penolong Setiausaha Kehormat
Membantu Setiausaha Kehormat menjalankan tugas beliau dan
bertindak bagi pihaknya ketika ketiadaan beliau.
f) Bendahari Kehormat
i) Menyimpan buku-buku akaun yang lengkap untuk diserahkan kepada
juruaudit kehormat pada penutup tahun kewangan dan pada masa
yang difikirkan sesuai oleh Juruaudit Kehormat.
ii) Menyediakan dan mengesahkan penyata akaun tahunan pada
penutup setiap tahun kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan
menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab diatas ketepatannya.
iii) Menyimpan tidak lebih daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia
Dua Ribu Sahaja) dalam bentuk tunai pada sesuatu masa dan tunai
yang berlebihan perlu didepositkan atas nama Pertubuhan ke dalam
bank yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa.
6
Pengeluaran wang hendaklah ditandatangani oleh mana-mana dua
daripada berikut:
a. Presiden
b. Naib Presiden
c. Setiausaha Kehormat
d. Bendahari Kehormat
iv) Hendaklah apabila bagi sesuatu tujuan yang dibenarkan oleh Fasal 4,
memastikan:
a. Perbelanjaan melebihi RM500.00 pada setiap ketika menerima
saksi Ahli Jawatankuasa.
b. Perbelanjaan melebihi RM10,000.00 pada setiap ketika menerima
persetujuan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luarbiasa.
g) Penolong Bendahari Kehormat
Membantu Bendahari Kehormat menjalankan tugas beliau dan bertindak
bagi pihaknya ketika ketiadaan beliau.
FASAL 10 KEWANGAN
a) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-
undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang
berfaedah bagi menjalankan tujuan- tujuan Pertubuhan, termasuklah
belanja pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan pegawai- pegawai dan
kakitangan yang bergaji.
b) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada
RM2,000.00(DUA RIBU SAHAJA)pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam
akaun bank Pertubuhan.
c) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan
hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan
Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari
maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang
Pertubuhan.
d) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan
berakhir pada 31hb Disember setiap tahun.
FASAL 11 JURUAUDIT
Juruaudit hendaklah:
i) Mengaudit dan mengesahkan semua penyata akaun Pertubuhan bagi
satu tahun kewangan;
ii)Menyediakan laporan kewangan untuk dibentangkan pada Mesyuarat
Agung Dwi Tahunan.
7
iii) Apabila difikirkan perlu menyemak dan memeriksa buku-buku
akaun/atau inventori bagi harta pertubuhan dan melaporkannya kepada
Ahli Jawatankuasa/atau ahli-ahli Pertubuhan.
Dua orang Juruaudit yang dilantik bagi tujuan di atas tidak boleh
menjadi pemegang jawatan pertubuhan dan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
a) Harta yang tidak boleh dialih bagi Pertubuhan hendaklah didaftar atas
nama Pertubuhan dan segala surat cara yang berkaitan dengan harta
itu adalah sah berkuatkuasa seolah-olah suratcara itu telah
disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat
bahawa suratcara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan
Pertubuhan ini yang terdiri daripada Presiden, Setiausaha dan
Bendahari yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah
disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan
dimeterikan dengan meteri Pertubuhan.
b) Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh dijual, ditarik balik atau
dipindah hak milik melainkan dengan mendapat kelulusan dan kuasa
yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Pengurusan
a) Pengurusan pertubuhan adalah terletak di bawah kuasa Ahli
Jawatankuasa.
b) Ahli Jawatankuasa boleh melantik mana-mana individu untuk
menganggotai mana-mana Jawatankuasa Kecil/Jawatankuasa Kerja
yang difikirkan perlu untuk melaksanakan program bagi mencapai
objektif yang telah digariskan di Fasal 4.
c) Semua Ahli Jawatankuasa adalah tertakluk kepada peraturan dan
undang- undang yang digariskan dalam Akta Pertubuhan 1966.
Pemilihan dan Pengundian
a) Ahli Jawatankuasa akan dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan
dengan kiraan tangan.
b) Perjalanan pengendalian undi secara kertas undi atau pengundian
bertulis rahsia adalah terserah kepada budibicara Presiden.
Korum
Pada Mesyuarat Agung Tahunan/Mesyuarat Agung Luarbiasa Tahunan,
sekurang- kurangnya lebih daripada separuh daripada jumlah
keseluruhan keahlian Pertubuhan dikehendaki membentuk korum.
8
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat untuk
membincangkan dan membuat keputusan dalam melaksanakan
tanggungjawab pengurusan berkaitan dengan fungsi dan objektif
Pertubuhan seperti yang digariskan oleh Fasal 4.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
Pengarah Cawangan adalah dilantik sebagai penasihat/penaung bagi
Pertubuhan ini.
FASAL 15 LARANGAN
a) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta
Rumah Judi Terbuka,1953 adalah dilarang dimainkan di premis
Pertubuhan.
b) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta
Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada
mana-mana ahlinya.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Tiada peraturan yang akan dipinda melainkan pada Mesyuarat Agung
DwiTahunan dan tiada pindaan kepada mana-mana peraturan akan
beroperasi tanpa mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan
terlebih dahulu.
FASAL 17 PEMBUBARAN
a) Pertubuhan tidak akan dibubarkan tanpa persutujuan dua pertiga
daripada jumlah keahlian yang diberikan pada Mesyuarat Agung
yang dikumpulkan bagi tujuan tersebut.
b) Di dalam perkara pertubuhan dibubarkan, kesemua hutang dan
tanggungan dilakukan menurut hukum dan undang-undang bagi pihak
kelab hendaklah dilangsaikan sepenuhnya dan lebihan dana
didermakan kepada badan-badan amal.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1.Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
9
Keterangan
Bulatan melambangkan kesepaduan dan bersatu hati.
3 orang melambangkan semangat, setiakawan, sepakat, kerjasama
dan muhibbah.
Biru melambangkan ketenangan, keharmonian, warna kehidupan
sihat, kesetiaan, kemanusiaan dan kebajikan.
Kuning melambangkan keunggulan, keceriaan, bebas, cergas dan
berusaha untuk maju.
Merah melambangkan keberanian dan semangat yang membara
menuju ke arah kecemerlangan sukan.
Putih melambangkan kesucian dan kebersihan.
3. Lencana
-
Keterangan
-
10