The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashibah494, 2021-05-23 23:00:35

Pelan_Integriti_Organisasi_TLDM

Pelan_Integriti_Organisasi_TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

PELAN
INTEGRITI
ORGANISASI

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

“..setiap dari kita, ada peranan yang perlu
dilaksanakan bagi membangunkan negara
ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi,
laksanakanlah tugas yang digalas dengan
penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan
berintegriti. Kita harus sentiasa berusaha untuk
mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul
sebagai yang terbaik agar dunia menghormati
kita..”

YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Mantan Perdana Menteri Malaysia

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI
TLDM

Cetakan Pertama 2018
@ Hak Cipta Tentera Laut Diraja Malaysia
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada
dengan cara eletronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik

hak cipta terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:
Markas Tentera Laut
Bahagian Inspektorat Jeneral
Tkt 17.13, Wisma Pertahanan
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-20714581
Faks: 03-26929407
Email: [email protected]

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

INTEGRITI

“Manusia yang bekerja kerana didorong
oleh rasa wajib dan bertanggungjawab
akan gembira dan seronok mengerjakan
pekerjaannya” - Prof. Hamka

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

(a) (b) (c)

AWALAN

Kata-kata Aluan Panglima Tentera Laut i

Prakata Inspektor Jeneral ii

BAB 1: PENDAHULUAN

1001 Latar Belakang 1

1002 Definisi Integriti 2

1003 Definisi Tadbir Urus 2

1004 Konsep PIO TLDM 2

1005 Objektif PIO TLDM 3

1006 Tekad Integriti Tentera Laut Diraja Malaysia 3

1007 Definisi Integriti Organisasi 4

1008 Definisi Ketenteraan 4

1009 Visi PIO TLDM 4

1010 Misi PIO TLDM 4

1011 Peta Strategi Integriti TLDM 5

1012 Punca Kuasa 6

BAB 2: INTEGRITI DAN TADBIR URUS DALAM SISTEM PEMERINTAHAN, PRO-
FESIONALISME DAN BUDAYA TLDM

2001 Cogan kata TLDM 7

2002 Peranan Warga TLDM Berintegriti 7

2003 Mekanisme Membudayakan Anggota TLDM Berintegriti 8

2004 Ikrar Kesatria 11

2005 Ikrar Pegawai Bertauliah 12

2006 Ikrar Bebas Rasuah 13

2007 Ikrar Integriti Korporat 16

2008 Nilai-Nilai Teras TLDM 19
2009 Amalan Integrity Pact 21

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

(a) (b) (c)

BAB 3: MEKANISME PENGURUSAN INTEGRITI TLDM 23
27
3001 Fungsi, Struktur Organisasi Dan Mekanisme Integriti 28
29
3002 Contoh Format Laporan Jawatankuasa Integriti 30
Dan Tadbir Urus (JITU)
31
3003 Struktur Organisasi Integriti TLDM 32
33
3004 Pemantauan Oleh JITU TLDM 34
35
3005 Bidang Tugas Pegawai dan Anggota Cawangan Integriti 38
3006 TLDM 39

Bidang Tugas Pegawai Integriti Di Markas Pemerintahan, 41
Formasi Dan Unit 41
43
3007 Latihan Dan Pembangunan Integriti TLDM
45
3008 Tanggungjawab Pegawai Yang Telah Menghadiri Kursus
CeIO Dan Kursus IMC 48
49
3009 Modul Latihan Integriti TLDM 50
52
3010 Pelan Intervensi TLDM

3011 Sistem E-Aduan

3012 Senarai Semak Pengurusan Integriti Dan Pengurusan Nilai &
Etika Dalam System Star Rating (SSR) Dan Audit Kesiagaan

BAB 4: STRATEGI PELAKSANAAN INTEGRITI TLDM

4001 Strategi Pelaksanaan Integriti TLDM

4002 Strategi 1 : Memantapkan Tadbir Urus

4003 Strategi 2 : Meningkatkan Keberkesanan Sistem Dan Pen-
4004 yampaian Perkhidmatan

Strategi 3 : Memperkasa Tindakan Pengesanan, Punitif dan
Pemulihan

4005 Strategi 4 : Memperkasa Pembudayaan Nilai-Nilai Murni Dan
Kod Etika

4006 Strategi 5 : Meningkatkan Pengurusan Pelanggan

4007 Strategi 6 : Membina Pemuafakatan Dengan Pihak
Berkepentingan.

4008 Laporan Pencemaran Integriti Dalam TLDM

1

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

(a) (b) (c)

BAB 5: FAKTOR MEMPENGARUHI INTEGRITI 53
55
5001 Faktor Mempengaruhi Integriti 56

5002 Faktor Kemerosotan Integriti 57
57
5003 Faktor Kecemerlangan Integriti 61

BAB 6: PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI 63
64
6001 Latar Belakang Dan Program Pengukuhan Integriti
67
6002 Strategi Dan Objektif Pelan Pengukuhan Integriti 71
76
6003 Perundangan Dan Perlakuan Tidak Berintegriti 78
79
BAB 7: PENUTUP

7001 Penilaian Pencapaian

7002 Soalan Kaji Selidik:Soalan Kajian Kefahaman Terhadap
Integriti 1

7003 Soalan Kaji Selidik:Soalan Kajian Kefahaman Terhadap
Integriti 2

7004 Kajian Pengetahuan dan Amalan Integriti (KPAI) ATM

Rujukan

Glosari

Penghargaan

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM (c)
32
JADUAL 34
39
(a) (b) 60
1. Kursus Integriti
2. Modul Latihan Integriti TLDM (c)
3. Pengurusan Integriti Di Dalam Senarai Semak SSR 26
4. Proses Pembentukan Integriti 28
52
CARTA 55
56
(a) (b)
1. Pelaporan JITU (c)
2. Struktur Organisasi Integriti TLDM 5
3. Laporan Pencemaran Integriti Dalam TLDM 6
4. Faktor Yang Menjejaskan Integriti 10
5. Faktor Kecemerlangan Integriti 27
37
GAMBARAJAH

(a) (b)
1. Peta Strategi Integriti TLDM
2. Punca Kuasa Pengamalan Integriti Di Dalam TLDM
3. Mekanisme Pembudayaan Anggota TLDM Berintegriti
4. Contoh Borang Pelaporan JITU
5. Pelan Intervensi TLDM

1

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

SAMUDERA RAYA
SEMBOYAN ANGKATAN LAUT KITA

DVI SISAIMUDERA RAYA
MENJAGA PANTAI IBU PERTIWI
ANGKATAN LADAURTIYAANNGKGARKAREMDUIBRKEAL DAN
VERSATIL MENJELANG 2030
DARI BARAT SAMPAI KE TIMUR

ITULAHMPIASNI TAI MALAYSIA
TIAP SAAT BERJAGA

MELINDDI UTENNGGIAKHESDAAMUULDAETRAANRADYAAN
KEPENTINGAN MARITIM NEGARA

PERWIRA DAN SATRIA
ANGKATAN LAUT DIRAJA

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

KATA-KATA ALUAN
PANGLIMA TENTERA LAUT

Salam Sejahtera dan Salam 1 TLDM

Tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia
memerlukan Panglima, Pegawai, Pegawai Waran, Bintara dan Laskar yang mempunyai
tahap integriti, kejujuran intelek dan profesionalisme yang tinggi terutama apabila
diharapkan sebagai perisai pertahanan maritim negara. Ini adalah kerana setiap warga
TLDM telah diamanahkan  untuk mengoperasi, menyelenggara dan  menjaga aset serta
kelengkapan  yang berbilion ringgit dengan efektif dan efisien. Setiap  perancangan,
pelaksanaan dan penambahbaikan yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada fakta dan
ketelitian profesional yang sewajarnya. Keberhasilan yang cemerlang dan berprestasi
tinggi memberikan impak yang bermanfaat kepada pengukuhan akauntabiliti markas
pemerintahan, markas formasi dan unit  serta seterusnya menyumbang kepada dividen
keselamatan, sosial, ekonomi dan akhirnya kepada kesejahteraan rakyat dan keamanan
sejagat.
 
Penyediaan Pelan Integriti Organisasi TLDM ini adalah selari dengan Pelan
Integriti Nasional, Pelan Integriti Kementerian Pertahanan dan Pelan Integriti  Angkatan
Tentera Malaysia serta ia berperanan sebagai kawalan yang efektif kepada agenda integriti
untuk memperkukuhkan identiti TLDM selaku organisasi ketenteraan yang kredibel dan
versatil. Oleh yang demikian, komitmen daripada semua lapisan warga TLDM amat
diharapkan bagi merealisasikan pelan ini. Saya yakin pelan ini akan menjadi penyebaran
budaya berintegriti di dalam TLDM khasnya dan ATM amnya.
 
Pelan ini akan disemak dari masa ke masa untuk memastikan ia sentiasa relevan
dengan perubahan persekitaran semasa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
memberi kerjasama dalam penyediaan Pelan ini. Akhir kalam, saya sudahi dengan lafaz
yang mulia, Wabillahitaifiq wal hidayah wasalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

TAN SRI AHMAD KAMARULZAMAN BIN HJ AHMAD BADARUDDIN
Laksamana
Panglima Tentera Laut

i

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

Prakata

INSPEKTOR JENERAL

Salam Sejahtera dan Salam 1 TLDM


Penerbitan buku ini seiring dengan Penubuhan Jawatankusa Integriti dan Tadbir
Urus melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014, Pelan Integriti Nasional.
Saya yakin dengan pelan yang digubal ini dapat memperkasakan lagi kegiatan dan aktiviti
yang berteraskan penerapan budaya berintegriti warga TLDM.

Inisiatif menerbitkan buku pelan ini adalah salah satu usaha TLDM meningkatkan
lagi integriti dalam TLDM. Dengan 6 Strategi Pelaksanaan Integriti yang digariskan di dalam
Pelan Integriti Organisasi TLDM dan 4 Nilai Teras iaitu Kemulian, Kesetiaan, Keberanian
dan Kebanggaan, semuanya dapat membantu dan meningkatkan integriti warga TLDM.
TLDM juga akan sentiasa melaksanakan program kesedaran dan penambahbaikan
berhubung dasar serta perundangan integriti, di samping memperkasa sistem dan
prosedur penyampaian perkhidmatan bagi menangani gejala rasuah, penyelewengan
dan salahguna kuasa. Tidak ketinggalan juga langkah mempromosi dan membudayakan
hidup berintegriti warga TLDM kepada masyarakat akan sentiasa dilaksanakan secara
berterusan. Usaha menyeluruh permuafakatan dengan pihak berkepentingan turut
dilaksanakan bagi mencapai keputusan yang lebih bermanfaat.

Saya berharap dengan kewujudan buku ini dapat memberi manfaat dan kesedaran
kepada setiap peringkat warga TLDM dalam usaha memperkasakan nilai-nilai murni dalam
pengurusan dan pentadbiran TLDM. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlbat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan
penerbitan PIO TLDM ini. Sekian, salam 1 TLDM.

DATO’ GANESH NAVARATNAM
Laksamana Muda

Inspektor Jeneral

ii

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

BAB 1
PENDAHULUAN

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

1001 LATAR BELAKANG

1. Sistem Tadbir Urus yang terbaik
dalam organisasi dan budaya kerja
berkualiti adalah merupakan landasan
penting dalam meningkatkan keyakinan
warga TLDM terhadap keupayaan
organisasi dalam melaksanakan
dasar yang telah dimandatkan. TLDM
akan terus mengambil langkah untuk
memantapkan agenda integriti bagi
menentukan warga TLDM yang
menjunjung dan menegakkan prinsip
integriti serta akauntabiliti ke arah
mencapai sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

2. Kerajaan telah memutuskan di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun
2009 iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus. Arahan ini menetapkan
semua Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dikehendaki menubuhkan
Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di peringkat kementerian, jabatan dan
agensi masing-masing.

3. Selanjutnya, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi
awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Unit ini bertujuan untuk
memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral
dan etika yang kukuh untuk meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat
membendung kesalahan tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi
dalam kalangan penjawat awam.

4. Melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014, Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 14 Mac 2014 telah bersetuju supaya usaha pemantapan keutuhan
sistem pengurusan pentadbiran organisasi terus dipertingkatkan melalui penubuhan
Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) bagi menggantikan Jawatankuasa
Keutuhan Tadbir Urus (JKTU). Sejajar dengan keperluan ini, TLDM telah menubuhkan
JITU di peringkat TLDM di bawah tanggungjawab Bahagian Inspektorat Jeneral.

5. Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah
pun menubuhkan Unit Integriti masing-masing bagi memenuhi hasrat Kerajaan. Oleh
yang demikian, Cawangan Integriti TLDM ditubuhkan supaya TLDM seiring dalam
memperkasa agenda integriti tersebut.

1

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

6. Menyedari betapa pentingnya budaya integriti diterapkan dalam diri setiap warga
TLDM maka pengurusan tertinggi TLDM telah meletakkan integriti di tempat yang teratas
dalam Empat Nilai Teras TLDM (Sumber: PA BRL 2) iaitu:

a. Kemuliaan (Honour).
b. Kesetiaan (Loyalty).
c. Keberanian (Courage).
d. Kebanggaan (Pride).

1002 DEFINISI INTEGRITI

1. Istilah integriti merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris integrity yang berasal
dari perkataan Latin iaitu integritās membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik.

2. Secara umumnya integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan
padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan tingkah laku seseorang.
Ia harus berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari. Integriti dibahagikan kepada tiga
peringkat seperti berikut sebagaimana termaktub dalam Pelan Integriti ATM.

1003 DEFINISI TADBIR URUS

Integriti dan tadbir urus dalam TLDM dilaksanakan selaras dengan gagasan
Kerajaan yang memberi penekanan terhadap perubahan dan penambahbaikan
berterusan bagi memudahkan prosedur yang rumit dan panjang, mengelakkan kerenah
birokrasi serta memberi khidmat yang mesra pelanggan. Penekanan juga turut diberikan
kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dengan memberi penekanan
kepada amalan yang telus, cepat, cekap, berkesan dan tepat.

1004 KONSEP PIO TLDM

1. Buku Pelan Integriti Organisasi TLDM ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan
di samping mengambil kira perkembangan semasa daripada ATM dan agensi kerajaan
yang lain serta pengalaman di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha menerbitkan buku
ini merangkumkan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara dan Ikrar Kesatria
dalam mendukung prinsip Perlembagaan Malaysia.

2. Buku ini juga merupakan satu panduan dan hala tuju komprehensif yang
merangkumi penghuraian integriti, strategi pelaksanaan, pelan tindakan dan pelaporan
serta penambahbaikan untuk semua warga TLDM dalam membudayakan integriti di
dalam organisasi. Kewujudan dan pelaksanaan seluruh kandungan buku ini akan dapat
menggerakkan serta mentransformasikan budaya integriti dalam TLDM. Penerbitan buku
ini merupakan suatu usaha luhur dalam mendukung pelbagai inisiatif kerajaan antaranya
ialah; Pelan Integriti Nasional (PIN), Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI-
PCI) serta usaha pembanterasan rasuah sebagai salah satu daripada tujuh Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)”.

2

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

1005 OBJEKTIF PIO TLDM

1. Objektif penerbitan PIO TLDM ini adalah seperti berikut:

a. Memberi panduan yang
komprehensif kepada warga TLDM dalam
pengurusan integriti organisasi.

b. Memberi kesedaran dan
penambahbaikan berhubung Dasar dan
Perundangan Integriti dalam TLDM.

c. Menentukan sistem dan prosedur
penyampaian perkhidmatan TLDM dapat
menangani gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

d. Melaksanakanpenguatkuasaansistempengesanan,punitifdanpemulihan
dalam TLDM terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan
undang-undang dan peraturan sedia ada.

e. Membudayakan Nilai-nilai Murni dan Kod Etika dalam TLDM berdasarkan
kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.

f. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab warga TLDM dan peranan yang
harus dilaksanakan oleh Markas Pemerintahan/Markas Formasi/ Unit.

g. Menggerakkan usaha pencegahan dan menangani jenayah rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa.

1006 TEKAD INTEGRITI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1. Sasaran Tekad Integriti TLDM yang digariskan ialah seperti berikut:

a. Meningkatkan kesedaran dan penambahbaikan berhubung dasar dan
perundangan integriti dalam TLDM.

b. Memperkemas sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan TLDM
bagi menangani gejala rasuah.

c. Menguatkuasakan sistem pengesahan, punitif dan pemulihan dalam
undang-undang dan peraturan sedia ada.

d. Memperkasa pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika dalam TLDM
berdasarkan kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.

3

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

e. Mempromosikan peranan dan tanggungjawab TLDM dalam kalangan
anggota dan masyarakat bagi mendidik masyarakat bahawa memelihara
keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

f. Menggalakkan permuafakatan TLDM dengan pihak berkepentingan ke
arah satu keputusan yang lebih bermanfaat, tepat dan komprehensif.

1007 DEFINISI INTEGRITI ORGANISASI

Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika,
piagam pelanggan atau sistem proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.
Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan
sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya sesuatu organisasi.

1008 DEFINISI KETENTERAAN

Integriti ketenteraan merujuk kepada anggota tentera dan pasukan yang diberi
amanah dalam mempertahankan Negara. Selaras dengan prinsip-prinsip peperangan,
nilai integriti juga terdapat di dalamnya sebagai tonggak yang utuh. Begitu juga dengan
keselarian tingkah laku ketenteraan amat merujuk kepada nilai-nilai pengorbanan dan
perjuangan, taat setia, benar, berani, jujur dan ikhlas, menepati masa (punctuality)
serta konsisten, sememangnya merupakan nilai-nilai yang memupuk ke arah keutuhan
integriti. Integriti ketenteraan harus dilihat sebagai kod tingkah laku (code of behaviour)
yang amat berisiko tinggi kerana mengambil kira matlamat tentera adalah berhadapan
dengan musuh sama ada membunuh musuh atau terbunuh di dalam berbagai-bagai
dimensi konflik (dimension of conflict) atau spektrum peperangan (war spectrum).

1009 VISI PIO TLDM

‘TENTERA LAUT BERINTEGRITI’

TLDM bermatlamat untuk memastikan #Navy People menjadi insan yang
berakhlak terpuji dengan menyediakan PIO TLDM yang komprehensif. Apabila TLDM
mempunyai anggota yang bersih daripada segala gejala rasuah, penyelewengan dan
salah guna kuasa, maka organisasinya menjadi role model, dihormati dan dan boleh
dipercayai.

1010 MISI PIO TLDM

‘MENJADIKAN INTEGRITI, ETIKA DAN DISIPLIN KETENTERAAN SATU BUDAYA
DAN AMALAN BERTERUSAN’

Misi ini akan dicapai dengan menerapkan budaya kerja yang berintegriti dan
berterusan. Sejajar dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni seorang insan serta
etika dan disiplin tentera TLDM mampu merealisasikan integriti di setiap peringkat
organisasi. Bagi menjadikan misi ini suatu realiti 5 teras strategi yang telah digarap
hendaklah dijadikan panduan. Strategi pelaksanaan integriti TLDM sepertimana
digariskan di dalam Bab 4 pelan ini.

4

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

1011 PETA STRATEGI INTEGRITI TLDM

VISI
TENTERA LAUT BERINTEGRITI

MISI MENJADIKAN INTEGRITI, ETIKA DAN DISIPLIN
KETENTERAAN SATU BUDAYA DAN AMALAN BERTERUSAN

KEANGGOTAAN KEPIMPINAN KEUTUHAN KEMAMPANAN PEMBUDAYAAN
BERAMANAH BERTELADAN SISTEM DAN STRUKTUR DAN BERTERUSAN
PROSEDUR
INSTITUSI
STRATEGI

a. Melaksana program nilai diri a. Melaksana program a. Memperkasa tindakan a. Memantapkan tadbir a. Melaksana kaji selidik
individu kepimpinan b. Melaksana ujian
b. Melaksana program/aktiviti b. Melaksana program/ pengesanan, punitif dan urus psikometri
berdasar pangkat dan posisi aktiviti pengurusan dan c. Melaksana hari bersa-
semasa strategi kepimpinan pemulihan b. Meningkatkan pengu- ma pelanggan
c. Menerapkan pengetahuan c. Meningkatkan d. Melaksana kajian
kerohanian penglibatan pemimpin b. Melaksana program rusan pelanggan pengetahuan dan
d. Menerapkan pengetahuan dalam aktiviti peringkat amalan integriti
psikologi dan kaunseling nasional kepatuhan kepada c. Mengembangkan e. Melaksana kajian
e. Memperkasa pembudayaan kepuasan pelanggan
nilai-nilai murni dan kod etika arahan dan dasar budaya yang kreatif dan dan warga
f. Melaksana program kesedaran
integriti c. Meningkatkan berinovasi
g. Membina insan berpengeta-
huan, berkemahiran, beretika, keberkesanan sistem d. Membina pemua-
berintegriti dan bertanggung-
jawab dan penyampaian fakatan dengan pihak
h. Meningkatkan taraf kesihatan
i. Meningkatkan penerapan, perkhidmatan berkepentingan
penghayatan dan pengamalan
nilai-nilai murni

NILAI TERAS KEMULIAAN KESETIAAN KEBERANIAN KEBANGGAAN

Gambarajah 1: Peta Strategi Integriti TLDM

5

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

1012 PUNCA KUASA
Punca Kuasa Cawangan Integriti, Bahagian Inspektorat Jeneral, yang
bertanggungjawab bagi membentuk dasar integriti adalah seperti ditunjukkan dalam
gambarajah di bawah. Bagi menentukan pelaksanaan dasar ini tercapai, cawangan
ini juga bertanggungjawab merancang, menyelaras mengkoordinasi dan memantau
pelaksanaan integriti di semua Markas dan Unit.

Gambarajah 2: Punca Kuasa Pengamalan Integriti Di Dalam TLDM

“Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil
dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu
mengetahui.”

Surah Al-Baqarah : 42

6

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

BAB 2

INTEGRITI DAN
TADBIR URUS
DALAM SISTEM

PEMERINTAHAN,
PROFESIONALISME
DAN BUDAYA TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2001 COGAN KATA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1. Rujuk Perintah Majlis Angkatan Tentera bertarikh Mac 1979 telah memaklumkan
bahawa rangkai kata “Sedia Berkorban” dijadikan cogan kata untuk TLDM. Makna
perkataan dan makna cogan kata seperti berikut:

2. Makna Perkataan.

a. Sedia. Siap, di dalam keadaan sempurna, di dalam keadaan berjaga-jaga
atas pengawasan yang teliti.

b. Berkorban. Berbakti tanpa mengharapkan balasan, rela kehilangan/
menyerahkan sesuatu untuk kepentingan lain.

3. Makna Cogan kata.

Siap atau sanggup untuk menghadapi sebarang kesusahan dan dengan sukarela
kehilangan sesuatu, walau nyawa sekalipun, demi untuk kepentingan nusa dan bangsa.

2002 PERANAN WARGA TLDM BERINTEGRITI

1. Persekitaran organisasi perkhidmatan TLDM yang cemerlang harus membendung
peluang dan ruang pencemaran integriti dalam kalangan warganya. Setiap warga TLDM
harus memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan integriti sebagai budaya
dalam kehidupan seharian bermula dari rumah sebagai mana termaktub di dalam empat
Nilai Teras TLDM.

2. Seterusnya, setiap warga TLDM berperanan membentuk budaya kerja sihat seperti
amanah, ketepatan waktu, menyampaikan maklumat yang tepat, memberi perkhidmatan
terbaik, komunikasi berkesan dengan pegawai atasan (superior), rakan sekerja (peers)
dan juga anggota bawahan (subordinates).

3. Amalan integriti bukan sahaja mesti dibudayakan oleh setiap warga TLDM dalam
organisasi tetapi nilai-nilai murni merupakan tuntutan di dalam kehidupan seharian serta
setiap agama. Integriti yang asas termasuklah perkara seperti “curi tulang”, tuntutan
palsu, memalsukan dokumen, masuk kerja lewat, menggunakan pakir yang dikhaskan,
buli, penagihan najis dadah, menggunakan staf/barang/kemudahan pejabat/kenderaan
jabatan untuk urusan peribadi, pilih kasih dan sebagainya yang mana isu-isu integriti
sedemikian sering berlaku dalam kalangan majoriti dan dianggap remeh.

4. Usaha-usaha berterusan untuk kelestarian pengukuhan integriti dalam TLDM
hendaklah sentiasa dilihat sebagai salah satu wadah yang positif dalam usaha
meningkatkan lagi kredibiliti dan reputasi TLDM di mata masyarakat dan negara ini juga
dipentas antarabangsa.

7

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2003 MEKANISME MEMBUDAYAKAN ANGGOTA TLDM BERINTEGRITI

1. Mekanisme Pembudayaan Integriti Dalam TLDM. Sistem Bahagian TLDM
(SB TLDM) (Sumber: Pelan Integriti ATM di mukasurat 17 hingga 19) merupakan satu
sistem asas dalam pengurusan anggota untuk penyebaran maklumat, pemantauan,
pengawasan disiplin, latihan, pembangunan dan kebajikan anggota yang digunakan
oleh semua peringkat pengurusan TLDM. Sistem ini membolehkan Pegawai dan Bintara
Bahagian mengumpul anggota bagi membincangkan dan mengenalpasti permasalahan
kerja, pasukan dan individu di dalam sesebuah unit. Mengamalkan sistem tersebut
secara langsung akan dapat memantau perkembangan dan prestasi anggota sepanjang
mereka berada di dalam sesebuah unit. Pembudayaan integriti dalam TLDM pula akan
membantu Pegawai dan Bintara Bahagian dalam usaha untuk menjaga kebajikan
anggota di bawah kepimpinan mereka. Di dalam pelan ini TLDM menggariskan SB
TLDM sebagai satu mekanisme bagi membudayakan integriti oleh Pegawai dan Bintara
Bahagian dalam menguruskan anggota di sesebuah organisasi.

2. Penerangan bagi setiap mekanisme pembudayaan integriti dalam TLDM seperti
berikut:

a. Perwatakan Tentera. Perlakuan dan akhlak yang murni selaras dengan
peranan dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain dari
itu perwatakan tentera adalah melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran dan
tidak mementingkan diri sendiri dan sedia berkorban apa sahaja sama ada harta
atau nyawa sekalipun demikian mempertahan maruah ketenteraan.

b. Pergaulan & Esprit de Corps. Hubungan antara anggota yang amat
kuat dan mempunyai semangat kekitaan atau setia kawan yang amat kuat dalam
organisasi.

c. Tatasusila. Merupakan sikap yang mencerminkan adat sopan santun
dan budi pekerti yang baik dalam diri anggota, walaupun sikap tegas diterapkan
membentuk keperibadian dalam ketenteraan.

d. Pemerintahan & Tadbir Urus yang Baik. Menanamkan azam untuk
terus berlatih dan berusaha meningkat kemahiran dan kepakaran dalam bidang
masing-masing serta meningkatkan tadbir urus dalam organisasi. Ini adalah
penting bagi memastikan TLDM sentiasa dilandasan profesionalisme, efisien dan
efektif.

e. Kewibawaan & Kualiti Kepimpinan. Pemimpin di pelbagai peringkat
terus menguatkuasakan peraturan dan disiplin di kalangan anggota. Selain dari
itu para pemimpin di pelbagai peringkat juga mampu dijadikan contoh teladan
atau role model dalam menghayati disiplin ketenteraan di kalangan anggota.

f. Amanah. Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri
anggota dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.

8

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

g. Pengetahuan & Kemampuan. Anggota TLDM haruslah mempunyai
kemahiran dan kemampuan yang tinggi sesuai dengan peranannya
mempertahankan negara. Hal ini dapat dijelaskan apabila seseorang
anggota itu adalah mahir dalam operasi tempur atau manuver atau sentiasa
peka serta mampu menghadapi segala ancaman yang membahayakan
dan kelangsungan hidup bangsa dan negara. Anggota TLDM juga harus
memiliki kemampuan berfikir, matang serta bertanggungjawab terhadap
keselamatan bangsa dan negara serta berfikir dan bertindak secara
komprehensif, kreatif, produktif, efektif dan memiliki semangat juang yang tinggi.

h. Tatacara Pemakaian Tentera. Setiap anggota TLDM akan disertakan
dengan uniform tentera namum pemakaian yang betul akan memperlihatkan
kesegakan kekemasan dan keterampilan sebenar anggota tentera.

i. Agama & Adat Resam. Anggota TLDM diberi kebebasan dalam
beragama dengan kepercayaan kepada Tuhan dan kebiasaan yang
lazim dilakukan sejak turun-temurun dengan harmoni dan tolarensi.

k. Aktiviti Regimental. Merupakan aktiviti yang dicipta oleh pemerintah
untuk mengekalkan tradisi dan adat resam ketenteraan. Aktiviti regimental
juga melibatkan sesuatu penugasan ketenteraan yang dilaksanakan
melalui sistem yang tetap dan teratur yang diwarisi berabad lamanya
tetapi masih sesuai mengikut perkembangan dan peredaran semasa.

l. Aktiviti Sukan. Dijadikan aktiviti harian dan penglibatan anggota
akan mampu melahirkan anggota yang sihat tubuh badan, cergas dan
minda yang baik untuk melaksanakan tugas yang dipertanggingjawabkan.

m. Penyuburan Nilai & Ethos Ketenteraan. Sentiasa menghargai
dan mempertabatkan anggota yang memberikan sepenuh kehidupan dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang disandang sepanjang berkhidmat.

n. Mendekati Anggota Bawahan. Peringkat atasan atau yang terkanan
perlu sentiasa menghampiri anggota bawahan dalam memahami kebajikan,
keperluan dan permasalahan yang disembunyikan oleh anggota dan ini
menyebabkan kekurangan tumpuan anggota dalam tugas yang diberi.

o. Membenteras Salah Guna Tenaga Manusia. Perbuatan atau tindakan
anggota TLDM yang tidak menggunakan sesuatu sebagaimana yang sepatutnya.
Ini membuat anggota hilang pertimbangan dan menggunakan kekerasan dalam
tindakan.

9

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

p. Mempamer Sifat Gagah, Agresif, Kemas, Segak Digeruni. Anggota
TLDM hendaklah sentiasa mempamerkannya dalam tugas harian agar dijadikan
contoh dan melaksanakan tugas dengan tegas, dihormati di dalam mahupun luar
perkhidmatan.
q. Membenteras Jenayah Salah Laku. Menegakkan peraturan dan disiplin
merupakan sebahagian dari aspek kehidupan ketenteraan. Oleh yang demikian
adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap anggota untuk mematuhi disiplin dan
peraturan. Sebarang pelanggaran disiplin walaupun kecil perlu diambil tindakan
segera, telus, tepat dan bijaksana.

17 MEKANISME PEMBUDAYAAN INTEGRITI DALAM TLDM

PEMINBTUKEDAGRYRIATIATENIRITINALTEDGMRITI

Gambarajah 3: Mekanisme Pembudayaan Anggota TLDM Berintegriti
(Sumber: Pelan Integriti ATM)

10

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2004 IKRAR KESATRIA

Setiap anggota yang berkhidmat wajib berpegang teguh dan mematuhi Ikrar
Kesatria. Ikrar ini merupakan aku janji dari seluruh anggota dalam memupuk nilai
ketaatsetiaan dan membimbing mereka ke arah merealisasikan hasrat membudaya
dan mengukuhkan nilai-nilai integriti di dalam ATM. Ikrar tersebut adalah seperti
berikut:

IKRAR KESATRIA

 Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya.

 Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya
Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah.

 Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi
Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera.

 Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.

 Menyimpan Rahsia Negara Dengan Seketat-ketatnya.

a. Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya. Beriman kepada
Tuhan bererti mengakui adanya Tuhan serta yakin kepada kudrat dan iradatNya.
Bertaqwa kepadaNya bererti taat bagi menjalankan suruhanNya.

b. Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya
Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah. Setia kepada negara dalam
apa jua situasi mahupun keadaan dan sedia berkorban jiwa dan nyawa serta
tidak akan menyerah diri kepada musuh dalam mempertahankan negara.
Ia adalah satu sifat yang mulia bagi setiap anggota-anggota tentera sebagai
benteng pertahanan negara.

c. Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi
Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera. Berpegang kuat terhadap
disiplin tentera yang terdiri dari undang-undang, peraturan, arahan serta kod
etika tingkah laku dalam ATM dan menjunjung tinggi sikap kepahlawanan dan
maruah diri serta organisasi ATM. Ia yang bertujuan untuk menjamin adanya
pengendalian dan penyatuan tekad, sikap demi kelancaran pelaksanaan tugas.

11

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

d. Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.
Mendahulukan tugas dan menganggap ia amanah yang penting perlu ditunaikan
dengan penuh kejujuran dan ketulusan mengikut peraturan dan panduan yang
ditetapkan serta menjalankan dengan penuh tanggungjawab dan kerelaan tanpa
mempersoalkan keuntungan untuk diri sendiri.
2005 IKRAR PEGAWAI BERTAULIAH
Setiap Pegawai Bertauliah di dalam TLDM akan melafazkan Ikrar Pegawai Taat
Setia Perwira semasa majlis pentauliahan. Ikrar ini merupakan aku janji seorang pegawai
yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi memupuk nilai ketaatsetiaan
terhadap pemimpin dan bangsa dan negara. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

IKRAR PEGAWAI TAAT SETIA PERWIRA
Ampun Tuanku

Patik, sesungguhnya berikrar tetap akan
taat setia ke bawah Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertua Agong. Patik mengaku akan

mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan Negara.

Patik, sebagai Pegawai Tentera juga
berikrar akan melaksanakan
segala

kewajipan dan tanggungjawab serta
sentiasa menjaga tatatertib dan tradisi

Angkatan Tentera.
Ampun Tuanku

12

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2006 IKRAR BEBAS RASUAH

1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal tahun 2017. IBR ini
memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin dan warga
sesebuah organisasi secara sukarela atas kapasiti sebagai individu. Ia memastikan
setiap individu yang menandatangani
ikrar tersebut akan mewujudkan sifat
bertanggungjawab dan menyedarkannya
bahawa satu akuan telah dibuat dan ia
perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas di
samping menjauhkan diri daripada sebarang
perlakuan rasuah. Keterbukaan dan sifat
kebertanggungjawaban yang dipamerkan
oleh barisan kepimpinan dan warga
TLDM untuk menandatangani IBR turut
membuktikan bahawa usaha membanteras
dan memerangi rasuah bukanlah
tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi
TLDM semata-mata. Ianya merupakan
amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh
seluruh ahli warga TLDM, khususnya yang
berkhidmat di Markas dan unit TLDM, bagi memastikan tentera laut ini bebas daripada
sebarang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

2. Pelaksanaan IBR melibatkan 3 proses yang merangkumi pembacaan IBR, Liabiliti
Nilai Keutamaan dan Tindakan Pemerintah. Aktiviti yang terlibat dalam proses ini adalah
seperti berikut:

a. Pembacaan IBR. IBR akan dilafazkan oleh semua individu Warga
TLDM secara berkumpulan ataupun berseorangan yang disaksikan oleh pihak
atasan. Sebarang pindaan atau perubahan kandungan IBR tidak dibenarkan oleh
pihak SPRM.

b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. Ikrar ini merupakan pernyataan yang
tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Walau bagaimanapun
dengan menandatangani Sijil IBR, setiap individu telah menunjukkan komitmen
dan berjanji di dalam dirinya bahawa rasuah adalah suatu perlakuan yang mesti
dijauhi dan dielakkan.

c. Tindakan Pemerintah. Semua Markas Pemerintahan, Markas Formasi
dan Unit dikehendaki memperkenalkan inisiatif ini kepada semua warganya bagi
mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan di
dalam pelaksanaan inisiatif IBR:

13

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM


(1) Fasa Kesedaran. Setiap Panglima di Markas Pemerintahan dan Markas
Formasi akan menerangkan kepada subordinat di bawah pentadbiran
masing- masing tentang objektif pelaksanaan IBR. Objektif IBR adalah seperti berikut:

(a) Mendapatkan komitmen pimpinan dan semua peringkat organisasi
dalam usaha pembanterasan rasuah.

(b) Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah.

(c) Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga
organisasi.

(d) Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan
organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar boleh dilakukan secara berasingan sama ada
di Markas ataupun di Unit. Setiap individu dikehendaki melafazkan ikrar dan menurunkan
tandatangan sebagai tanda persetujuan. Sesi lafaz ikrar oleh Panglima Pemerintahan
dan Panglima Wilayah Laut dibuat dengan disaksikan oleh wakil SPRM. Bagi warga
Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit, sesi lafaz ikrar pula adalah disaksikan
oleh Panglima Pemerintahan atau wakilnya.

(3) Fasa Penyerahan Sijil IBR. Sijil IBR yang disaksikan oleh wakil SPRM
hendaklah dibuat satu salinan untuk diserahkan kepada SPRM. Penyerahan sesalinan
sijil IBR kepada SPRM mengikut kawasan.

(4) Fasa Dokumentasi. Sijil IBR perlu disimpan bersama Dokumen Perkhidmatan
BAT D 55 bagi Pegawai TLDM dan BAT 74 bagi anggota LLP. Setiap Pegawai Tadbir
Markas dan Pegawai Bahagian dikehendaki menyenaraikan Sijil IBR sebagai salah satu
dokumen rasmi apabila berlakunya pertukaran perjawatan.

“Setiap daging yang tumbuh dari
makanan yang haram, maka nerakalah
tempat yang selayaknya.”

Riwayat at-Termizi

14

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
(Corruption Free Pledge)

Saya, .....................................................................................................No. Kad
Pengenalan: .................adalah dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa
sepanjang perkhidmatan saya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia,:

i. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta
dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah
guna kuasa;

ii. Saya akan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan
salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah
dan salah guna kuasa;

iii. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan
salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana
pihak yang berurusan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia;

iv. Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya tidak akan
melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam
apa-apa jua urusan berkaitan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia; dan

v. Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna
kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.

Tandatangan :

Nama :

No.Kad Pengenalan :

Jawatan :

Tarikh :

Disaksikan Oleh :

Tandatangan :

Nama :

No.Kad Pengenalan :

Jawatan :

Tarikh :

15

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2007 IKRAR INTEGRITI KORPORAT

1. Salah satu daripada objekif strategik di dalam Pelan Strategik TLDM (PS1320)
adalah usaha untuk menambah baik integriti dan tadbir urus. Objekif strategik ini
diwujudkan selaras dengan hasrat Kerajaan membanteras rasuah sebagai salah daripada
tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan
(GTP). Justeru, TLDM dalam menyokong usaha murni ini telah pun memperkenalkan
pelbagai kaedah kawalan dalaman bagi membanteras atau mencegah amalan rasuah
melalui mekanisme pengauditan dan pemberi maklumat (whistle blower).

2. Walaupun mekanisme ini dapat menambah baik keadaan semasa namun pihak
pengurusan tertinggi berpandangan bahawa ia dapat dipertingkatkan lagi dengan
mendapatkan komitmen bersepadu daripada pihak syarikat yang berurusan dengan
TLDM. Inisiatif mewujudkan satu ikrar yang akan dibuat oleh syarikat dilihat sebagai satu
usaha pro-aktif dalam mencegah kegiatan atau perlakuan rasuah di dalam TLDM. Ikrar
ini dinamakan lkrar Integriti Korporat TLDM yang akan menggariskan lima lafaz ikrar
berpaksikan kepada pencegahan rasuah. Inisiatif ini akan menyumbang kepada usaha
memperkasakan lagi nilai integriti di kalangan semua pihak sama ada TLDM mahupun
pihak syarikat agar lebih telus, efisien dan berintegriti. Aktiviti yang terlibat dalam proses
ini adalah seperti berikut:

a. Pelaksanaan. Pemakaian lkrar lntegriti Korporat lkrar ini perlu
diguna pakai bagi semua syarikat yang berurusan atau yang
mempunyai hasrat untuk berurusan dengan TLDM. Keutamaan diberikan
kepada syarikat yang tidak terlibat dengan kontrak kerajaan yang
telah menandatangani Surat Akuan Janji Pembida atau Pembida Berjaya.

b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. lkar ini merupakan dokumen
yang tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Keengganan pihak
syarikat untuk membuat ikrar ini atau pelanggaran kepada mana-mana lafaz
ikrar tidak menjadi satu kesalahan. Dokumen ini juga tidak boleh dijadikan
salah satu dokumen sebagai syarat wajib bagi sebarang permohonan
pembekalan atau perkhidmatan yang dimohon oleh mana-mana syarikat.
Dengan menandatangani ikrar ini, syarikat tersebut hanya boleh diberikan
keutamaan berbanding syarikat yarg tidak turut serta di dalam pelaksanaan
inisiatif ini.

c. Tindakan Pemerintahan. Semua Markas Pemerintahan dan
Markas Formasi telah memperkenalkan inisiatif ini kepada semua syarikat
syarikat yang menjalankan urusniaga dengan TLDM. Saranan, galakan dan
dorongan kepada syarikat-syarikat untuk melibatkan diri di dalam inisiatif ini akan
mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan
di dalam pelaksanaan lnisiatif Ikrar lntegiti Korporat:



16

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

(1) Fasa Kesedaran. Sesi penerangan mengenai inisiatif llK dibuat
kepada semua syarikat yang berurusan dengan Markas. Pihak TLDM
akan memastikan mereka memahami bahawa lIK adalah bersesuaian
dengan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
melaksanakan Coorperate Integrity Pledge (ClP) melalui Coorperate
lntegrity System Malaysia (CISM). la juga adalah bertepatan dengan
Tekad Ketiga Pelan lntegriti Nasional (PlN) iaitu meningkatkan tadbir urus
korporat, etika perniagaan dan tanggung jawab korporat. Sila dapatkan
bantuan wakil SPRM negeri untuk sesi penerangan ini sebagai moderator
atau pemudah cara.

(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar ini dilaksanakan secara
berasingan sama ada di markas ataupun di premis syarikat.
Pengurus atau wakil bermandat syarikat dikehendaki melafazkan
kandungan llK dan menurunkan tandatangan sebagai tanda
persetujuan. Sesi ini dikoordinasikan oleh Pegawai Sidang markas
dan disaksikan oleh wakil bermandat daripada markas berkaitan.

(3) Fasa Penyerahan Sijil lkrar Integriti Korporat. Acara ini dilakukan
dalam sebarang majlis rasmi yang bersesuaian secara berkumpulan.
Jemputan terdiri daripada wakli SPRM dan perkhidmatan lain. Liputan
media akan diaturkan dan acara ini akan diuar-uarkan secara meluas
melalui media elektronik, sosial dan cetak.

(4) Fasa Dokumentasi. Salinan ikrar yang telah ditandatangani
oleh kedua dua pihak akan dimajukan kepada Cawangan lntegriti
Bahagian Inspektorat Jeneral, Mk TL. Senarai penerima sijil llK pula
akan dimaklumkan kepada Bahagian Materiel dan Cawangan Undang-
Undang, Mk TL untuk didaftarkan sebagai rekod dan untuk rujukan apabila
diperlukan. Sebarang perubahan kepada senarai ini akan dimaklumkan
dengan segera.

(5) Inisiatif ini diharapkan akan memperkukuhkan usaha TLDM bagi
menambah baik lagi integriti dan tadbir urus di semua peringkat selain
daripada memberi kesedaran serta peringatan kepada syarikat-syarikat
yang berurusan dengan TLDM.

17

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

SIJIL IKRAR INTEGRITI KORPORAT

Bahawasanya kami, seluruh warga ....................... (Nama Syarikat & No Pendaftaran
Syarikat).....dengan suci hati berikrar:

TIDAK AKAN melalui mana-mana pekerja atau perwakilan atau agen
melakukan apa-apa kesalahan rasuah di bawah mana-mana undang-undang seperti
Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan; DAN

TIDAK AKAN melakukan apa-apa bentuk amalan atau aktiviti perniagaan
yang memerlukan atau menggalakkan pekerja-pekerja atau perwakilan atau agen
untuk melakukan sesuatu kesalahan; DAN

BERSAMA-SAMA rakan perniagaan atau mana-mana institusi TLDM atau
mana-mana warga TLDM untuk mewujudkan suasana perniagaan yang bebas dari
rasuah; DAN

BERPEGANG TEGUH kepada prinsip-prinsip anti rasuah ketika melakukan
perniagaan atau sebarang perhubungan sesama syarikat atau dengan mana-mana
institusi atau warga TLDM; DAN

MELAPORKAN sebarang aktiviti atau perlakuan meminta atau menggalakkan
rasuah atau sogokan oleh mana-mana warga TLDM.

Diikrarkan oleh: Disaksikan oleh:

Bagi pihak ( Nama Syarikat) Bagi pihak TLDM



....................................... ........................................

(Nama Wakil Syarikat) (Pangkat dan Nama)

(Jawatan) (Jawatan)



Tarikh:

18

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

2008 NILAI-NILAI TERAS TLDM (Sumber: PA BRL 2)

Visi TLDM Angkatan Laut Yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030
Misi TLDM
Cogan Kata TLDM Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara
Nilai Teras TLDM
Sedia Berkorban

Kemuliaan
Kesetiaan
Keberanian
Kebanggaan

Nilai Teras ialah,

“sumber kekuatan moral untuk membentuk sikap, gaya dan budaya hidup bagi mendokong
misi serta visi TLDM.”

Nilai Teras diperlukan sebagai,

• Panduan di dalam pembentukan sahsiah diri warga.
• Panduan untuk pelaksanaan kerja yang cemerlang.
• Peringatan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
• Pendokong cogan kata, misi dan visi.
• Penyumbang kepada peningkatan prestasi dan pencapaian TLDM.

Nilai Teras digunakan,

“untuk kehidupan seharian pada setiap masa dan dalam semua keadaan”.

Nilai Teras diterapkan melalui,

• Pengajaran dan Pembelajaran.
• ‘Kepimpinan Melalui Teladan’.

KEMULIAAN ialah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas,

bertanggungjawab dan profesional demi kebaikan organisasi.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "Saya MESTI,

• Mengamal nilai-nilai murni berpandukan kepada kepercayaan agama.
• Melaksana tugas yang terbaik sama ada susah atau sukar.
• Mencapai yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas.
• Menghormati maruah orang lain tanpa mengira pangkat, agama dan
keturunan.
• Menghindari daripada sebarang perlakuan yang menjurus kepada jenayah,
rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan unsur-unsur negatif yang
boleh memudaratkan diri, perkhidmatan dan negara.

19

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

• Meletakkan kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia melebihi kepentingan
peribadi.

KESETIAAN ialah semangat setia kawan kepada rakan sekerja dan ketaatan yang

tidak berbelah bahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta Negara.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "Saya MESTI,

• Mempertahankan kedaulatan Negara dalam apa jua keadaan.
• Memegang teguh amanah yang diberikan dan tidak berpaling tadah kepada
rakan sekerja dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
• Menyokong dan mempertahankan sebarang keputusan bersama.
• Mematuhi arahan dan peraturan.
• Sentiasa bersama dalam masa senang mahupun susah.

KEBERANIAN ialah semangat keperwiraan dan berpegang teguh kepada kebenaran

serta bertanggungjawab terhadap semua tindakan saya.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "Saya MESTI,

• Memiliki semangat juang yang tinggi.
• Melapor sebarang aktiviti jenayah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan
atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan, moral dan etika.
• Memperbetul perkara yang tidak betul.
• Mencabar proses sedia ada ke arah penambahbaikan diri dan organisasi.

KEBANGGAAN ialah berkhidmat sebagai anggota tentera laut dengan penuh rasa

megah, komited dan berdedikasi.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "Saya MESTI,

• Menjaga nama baik dan mengharumkan nama Tentera Laut Diraja Malaysia.
• Menyumbang idea yang kreatif dan inovatif untuk penambahbaikan
organisasi.
• Memiliki dan memegang teguh nilai Kemuliaan, Kesetiaan serta Keberanian
dalam diri.
• Menjadi contoh terbaik dan mempamerkan disiplin ketenteraan yang tertinggi.
• Mengamalkan penjimatan kos dalam setiap pelaksanaan tugas.
• Menggandakan usaha dalam setiap tugas bagi mencapai hasil yang melebihi
jangkaan.
• Melaksanakan tugas yang berkualiti dan menepati masa.

20

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

BANGGA BERKHIDMAT
(Lagu Nilai Teras TLDM)

Berteraskan Empat Nilai Murni
Jadi Pemangkin Misi dan Visi
Menjana Tekad Untuk Berbakti
Bangga Berkhidmat Sentiasa Disegani

Kemuliaan, Berhati Luhur
Kesetiaan, Patuh dan Taat
Keberanian, Sedia Berkorban
Kebanggaan, Rela Berkhidmat

Ikrar TLDM Sekata
Berkhidmat Dengan Bangga

Capai Wawasan Mulia
Tentera Laut Bertaraf Dunia

Lagu: Badan Kesenian (BAKES) TLDM
Lirik: Bahagian Pengurusan Strategik & BAKES TLDM

2009 AMALAN INTEGRITY PACT

1. Integrity Pact adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Transparency
International dalam membantu sesebuah Negara (Kerajaan), Institusi Perniagaan dan
masyarakat umum dalam usaha membendung rasuah dalam proses perolehan/pembelian.
Satu garis panduan telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.10
tahun 2010 yang meminta setiap syarikat-syarikat luar negara dan syarikat-syarikat
dalam negara untuk menandatangani Integrity Pact dalam memenuhi syarat proses
perolehan kerajaan.

2. ATM melalui Markas Angkatan Tentera telah membuat pengarahan melalui
Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia (PAAT) Bil 1/12 kepada Unit Bawahan agar
prosedur ini dipatuhi. Melalui pelaksanaan Integrity Pact ini ATM dapat meningkatkan
integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan. Kementerian Kewangan telah
memperluaskan skop ini kepada ATM yang terlibat secara langsung dalam pengendalian
proses perolehan.

3. Oleh itu syarikat-syarikat yang berurusan dengan TLDM digalakkan untuk
melaksanakan Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge). Ikrar Integriti Korporat
menggariskan prinsip-prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat bagi
mewujudkan komitmen syarikat ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil,
telus dan bebas dari rasuah.

21

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM
4. Templat Integrity Pact. Di bawah adalah contoh Integrity Pact
yang diambil daripada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.10 tahun 2010.

22

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

BAB 3
MEKANISME
PENGURUSAN
INTEGRITI TLDM

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

3001 FUNGSI, STRUKTUR ORGANISASI DAN MEKANISME INTEGRITI

1. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus ATM
pda 24 Sep 14, setiap Markas Perkhidmatan dikehendaki mewujudkan Sel Integriti
selaras dengan penubuhan Sel Integriti di peringkat ATM.

2. Pelaksanaan Pengurusan Integriti yang sistematik dari peringkat Markas Tentera
Laut hingga ke peringkat Markas/Pasukan/Unit dihuraikan seperti berikut:

a. Peringkat Markas Tentera Laut. Merancang, menyelaras serta memantau
pelaksanaan agenda integriti terhadap semua peringkat di Markas Formasi.
Seksyen ini akan dikoordinasikan oleh Pegawai Integriti Bertauliah/Certified
Integrity Officer (CeIO) mengikut arahan dan peraturan semasa yang dikeluarkan.

b. Peringkat Markas. Menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda
integriti di peringkat Pangkalan/Unit. Seorang pegawai berkelayakan Integriti
Management Course (IMC) hendaklah dilantik sebagai Pegawai Integriti
Markas (Tugas Tambahan) oleh Pegawai Memerintah. Pegawai tersebut akan
bertanggungjawab kepada Panglima dan menjadi perantaraan Markas Tentera
Laut dan Pangkalan/Unit.

c. Peringkat Pangkalan/Unit. Menyelaras pelaksanaan agenda integriti
di peringkat Pangkalan/Unit. Seorang pegawai berkelayakan IMC hendaklah
dilantik sebagai Pegawai Integriti Pangkalan/Unit (Tugas Tambahan) oleh
Komander Pangkalan/Pegawai Memerintah. Pegawai tersebut akan
bertanggungjawab kepada Komander Pangkalan/Pegawai Memerintah
Komandan dan menjadi perantaraan Markas Formasi.

3. Pembudayaan integriti dapat diwujudkan dengan menubuhkan Jawatankuasa
Integriti dan Tadbir Urus (JITU). Oleh itu, JITU dalam TLDM dibahagikan mengikut
Markas Tentera Laut, Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit. Keahlian JITU
mestilah berperanan dengan efektif dan mengadakan mesyuarat secara berkala, namun
mesyuarat JITU yang hendak dilaksanakan boleh diubahsuai, digabung atau distruktur
dengan jawatankuasa-jawatankuasa pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan
pertindihan tugas dan mesyuarat yang akan diadakan.

4. Keahlian JITU di Markas Pemerintahan dan Formasi dalam TLDM seperti
berikut:

a. JITU TLDM.

(1) Pengerusi : Panglima Tentera Laut.

(2) Naib Pengerusi : Timbalan Tentera Laut.

23

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

(3) Ahli: IJ TLDM.

AKS JUTRA/Pengarah Kanan Kejuruteraan.

AKS MAT/Pengarah Kanan Materiel.

AKS TAD/PS 1 Undang-Undang.

IJ/Pengarah Pengurusan Audit & Integriti.

Provos Marsyal.

(4) Setiausaha : Pegawai Staf Integriti.

b. JITU Markas Pemerintahan.

(1) Pengerusi: Panglima Markas Pemerintahan.

(2) Naib Pengerusi: Timbalan Panglima.

(3) Ahli: Panglima-panglima Formasi.

(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Markas Pemerintahan.

c. JITU Markas Formasi.

(1) Pengerusi: Panglima Markas Formasi.

(2) Naib Pengerusi: Ketua Staf.

(3) Ahli: Pegawai-pegawai Memerintah Pasukan.
(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Markas Formasi.


d. JITU Unit.

(1) Pengerusi: Pegawai Memerintah.

(2) Naib Pengerusi: Timbalan Pegawai Memerintah.

(3) Ahli: Pegawai-pegawai Unit.

(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Unit.

24

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

5. Peranan JITU adalah merangkumi 6 Terma Rujukan seperti yang telah diperincikan
di dalam Pelan Integriti ATM Edisi Kedua, bab 4 perenggan 14 seperti berikut:

a. Dasar dan Perundangan.

b. Sistem dan Prosedur Penyampaian Perkhidmatan.

c. Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan.

d. Pembudayaan Nilai-nilai Murni dan Kod Etika.

e. Pengurusan Pelanggan.

f. Membina Pemuafakatan dengan Pihak Berkepentingan.

6. Kekerapan Mesyuarat. Mesyuarat JITU dilaksanakan sebanyak 3 penggal
setahun iaitu, Penggal 1 (Jan hingga Apr), Penggal 2 (Mei hingga Ogos) dan Penggal
3 (Sep hingga Dis). Isu integriti yang dibincangkan di dalam mesyuarat JITU hendaklah
dilaporkan ke mesyuarat JITU yang lebih tinggi mengikut format yang ditetapkan seperti
contoh di Perenggan 3002 di dalam Pelan ini.

7. Organisasi Integriti TLDM. Inspektor Jeneral adalah Ketua Integriti TLDM.
Setiap lepasan CeIO dan IMC hendaklah memajukan rancangan dan laporan pelaksanaan
program/aktiviti integriti di organisasi masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Lepasan CeIO akan ditempatkan di peringkat Markas manakala lepasan IMC pula akan
adalah diperingkat unit. Bahagian Inspektorat Jeneral akan sentiasa memantau program
dan aktiviti yang dilaksanakan di Markas dan unit-unit.

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya)”

Al-Baqarah: 188

25

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

8. Struktur Pelaporan JITU.

Peringkat Kebangsaan JITU Kebangsaan Pengerusi: YB Menteri di
Peringkat Kementerian JITU KEMENTAH Jabatan Perdana Menteri

Pengerusi: YB Menteri
Pertahanan

Peringkat ATM JITU ATM Pengerusi: PAT
Peringkat Markas ATM JKK JITU ATM
Pengerusi: KS Markas
ATM

Peringkat TLDM JITU TLDM

JITU Markas Pemerintahan Rujuk: PIO TLDM
JITU Markas Formasi Seksyen 3001

JITU Unit

Carta 1 : Pelaporan JITU

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan TANGANNYA,
jika tidak mampu, maka ubahlah dengan LISANNYA, jika tidak mampu, maka
(tolaklah) dengan HATINYA, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman”

Riwayat Muslim

26

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM
3002 CONTOH FORMAT LAPORAN JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR
URUS (JITU)

LAPORAN JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR
URUS

BILANGAN ......... TAHUN .......

Gambarajah 4: Contoh Borang Pelaporan JITU (Sumber: Pelan Integriti ATM)

27

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM
3003 STRUKTUR ORGANISASI INTEGRITI TLDM

Carta 2: Struktur Organisasi Integriti TLDM

Nota: Rujuk PIO TLDM Seksyen 3001 Siri 7.

28

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

3004 PEMANTAUAN OLEH JITU TLDM

1. Secara umumnya, semua unit integriti yang ditubuhkan menyediakan pelaporan
dan menentukan tindakan diambil bagi JITU di peringkat ATM dan Kementerian
Pertahanan berdasarkan enam (6) teras tugas iaitu:

a. Tadbir Urus.

(1) Memastikan tadbir urus TLDM yang melibatkan isu integriti bagi

membendung salah laku tatatertib serta pelanggaran

tatakelakuan dan etika TLDM dilaksanakan secara efektif.

(2) Bertindak sebagai Sekretariat dalam hal-hal yang melibatkan

tadbir urus melalui pengharmonian maklum balas di antara bahagian-

bahagian.

(3) Menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesahan

pelanggaran integriti yang melibatkan isu dasar serta sistem dan prosedur

kepada Sekretariat JITU untuk tindakan selanjutnya oleh pasukan

berkenaan.

(4) Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta

pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur dalam TLDM

kepada peringkat Sekretariat JITU ATM.

b. Pengukuhan Integriti. Mengenal pasti permasalahan dan mereka bentuk
inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah.

2. Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman dan luaran yang diperolehi dan
membuat analisa berkaitan jenis kesalahan, permasalahan, kekerapan kesalahan, dan
sebagainya.

a. Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam
TLDM.

b. Memantapkan amalan nilai-nilai murni dan mengurangkan kes-kes
pencemaran Integriti melalui program kesedaran (awareness), ceramah/bengkel
kursus dan pemantauan kerja-kerja penguatkuasaan oleh agensi yang berkaitan.

c. Pengesanan dan Pengesahan.

(1) Mengesan dan mengesahkan aduan pencemaran integriti,
salah laku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja warga
TLDM serta memastikan tindakan susulan diambil.

(2) Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan

wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika TLDM serta

mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi

tindakan susulan.

29

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

(3) Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku

tatatertib.

d. Pengurusan Aduan.

(1) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan
maklumat mengenai salah laku tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan
dan etika kerja TLDM.

(2) Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau
luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salah
laku tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika kerja TLDM.

(3) Menguruskan saluran aduan samada dengan mewujudkan atau
mengasingkan saluran aduan/maklumat khusus untuk salah laku tatatertib
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja TLDM kepada staf
dalaman dan pihak luar.

e. Pematuhan.

(1) Memantau pematuhan terhadap dasar, undang-undang dan
peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

(2) Melaksanakan dan/atau bekerjasama dengan unit-unit pematuhan
khusus seperti Inspektorat Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia, bahagian
audit dalaman jika perlu dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelanggaran
tatakelakuan dan ketidakpatuhan prosedur kerja bagi tindakan susulan
oleh Cawangan Integriti dalam aspek tatatertib.

f. Tatatertib.

(1) Bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berkaitan
dalam pengurusan kes tatatertib.

(2) Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk
mengenal pasti isu, kepakaran, sektor bagi cadangan penambahbaikan
penginstitusian integriti di TLDM.

3005 BIDANG TUGAS PEGAWAI DAN ANGGOTA CAWANGAN INTEGRITI TLDM

1. Menyelaras dan menyelia program integriti.

2. Melaporkan mengenai pelanggaran integriti.

3. Menerima, mengesan dan mengesahkan aduan.

4. Menyelia maklumbalas laporan balas pelanggaran integriti.

30

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

5. Melaksanakan program pemulihan untuk pelanggaran integriti di peringkat TLDM.
6. Mengkoordinat penerbitan artikel dan hebahan integriti daripada Markas
Pemerintahan dan Formasi.
7. Membantu tadbir urus dan integriti jawatankuasa pengukuhan di peringkat ATM.
8. Menasihati aspek pengukuhan mengenai perkara-perkara integriti serta
mengawasi sistem penyampaian organisasi.
9. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Unit Integriti KEMENTAH,
Unit Integriti Markas ATM dan cawangan serta sel integriti di Markas Pemerintahan dan
Formasi.
10. Mengkoordinat arahan semasa berkaitan pengisytiharan harta pegawai dan
anggota TLDM.
11. Memastikan BRL 63 Manual Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus dikemaskini
berdasarkan keperluan dan arahan semasa.
12. Memastikan pematuhan peraturan dan prosedur organisasi.
3006 BIDANG TUGAS PEGAWAI INTEGRITI DI MARKAS PEMERINTAHAN,
FORMASI DAN UNIT
1. Menyelaras dan menyelia program integriti.
2. Melaporkan mengenai pelanggaran integriti.
3. Menerima, mengesan dan mengesahkan aduan.
4. Menyelia maklum balas laporan balas pelanggaran integriti.
5. Melaksanakan program pemulihan untuk pelanggaran integriti.
6. Menerbitkan artikel dan hebahan integriti.
7. Membantu tadbir urus dan integriti jawatankuasa pengukuhan di peringkat Markas
Pemerintahan, Formasi dan Unit.
8. Menasihati aspek pengukuhan mengenai perkara-perkara integriti serta
mengawasi sistem penyampaian organisasi.
9. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Integriti di Bahagian
Inspektorat Jeneral, Mk TL.

31

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

10. Memastikan pematuhan arahan semasa berkaitan pengisytiharan harta pegawai dan
anggota di Markas Pemerintahan, Formasi dan Unit.

11. Memastikan pematuhan peraturan dan prosedur organisasi.

3007 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INTEGRITI TLDM

Bagi menentukan kesinambungan kompetensi dalam bidang integriti, pegawai dan
anggota TLDM perlu dilatih melalui berbagai program sedia ada. Antara inisiatif yang boleh
dilakukan adalah seperti berikut:

a. Pegawai Memerintah dan Pegawai TLDM yang dilantik sebagai Pegawai Integriti
dan Jurulatih untuk mengajar subjek integriti hendaklah mengikuti kursus berikut:

BIL KURSUS ANJURAN SIRI CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e)

1. Kursus Certified Akademi 3 Siri setiap * Untuk: PS 1 Integriti.
Integrity Officer- Pencegahan tahun PS 2 Integriti
CeIO Rasuah
Malaysia

2. Kursus Pengurusan IIM – ATM 4 Siri setiap * Untuk: Pegawai
Integriti ATM tahun memegang jawatan penting
(hot spot) melibatkan
integriti

3. Kursus INTAN dan IIM 4 Siri setiap * Untuk: PS Audit Integriti,

Kejurulatihan tahun PS Integriti di Caw Integriti,

‘TOT’ Integriti PS Integriti Perkhidmatan,

ATM Jurulatih Integriti TLDM



Jadual 1: Kursus Integriti (Sumber: Pelan Integriti ATM)

b. Merangka kursus-kursus khas untuk pegawai dan anggota dengan
kerjasama Institut Integriti Malaysia atau Akademi Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, atau lain-lain agensi yang berkaitan.

c. Subjek integriti dijadikan subjek wajib dalam semua kursus yang
dilaksanakan di pusat-pusat latihan TLDM terutamanya kursus asas dan kursus
kerjaya.

d. Membangunkan Modul Latihan Integriti seperti di Jadual sebagai latihan
berterusan kepada kumpulan sasar tiga golongan utama iaitu;

(1) Pegawai.

(2) Pegawai Waren dan Bintara.

(3) Anggota berpangkat Laskar Kanan ke bawah.

32

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

e. Pegawai dan anggota yang telah terlatih dalam bidang integriti dihantar
menghadiri seminar, latihan, bengkel, konvensyen, kursus lanjutan dan
seumpamanya untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi tahap kompetensi.
f. Mewujudkan pelan pembangunan integriti untuk jangka pendek dan
jangka panjang.
g. Panglima Pemerintahan hendaklah memastikan program dan aktiviti
integriti di kawasan tanggungjawab dilaksanakan oleh anggota yang telah
menghadiri kursus-kursus di Seksyen 3007, Jadual 1.
h. Mewujudkan pelan pembangunan integriti TLDM yang boleh digunapakai
di setiap peringkat latihan adalah seperti di jadual Modul Latihan Integriti TLDM.
3008 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS CEIO
DAN KURSUS IMC
Hasil pembelajaran daripada ini, pegawai yang terlatih ini mesti
dipertanggungjawabkan dengan tugasan seperti berikut:
a. Mengkoordinasi dan melaksanakan program integriti Markas/Unit.
b. Melaporkan keberkesanan perlaksanaan dan pencapaian integriti.
c. Memperkasa pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika dalam TLDM
berdasarkan kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.
d. Mempromosikan peranan dan tanggungjawab TLDM di kalangan anggota
bagi mendidik anggota bahawa memelihara keselamatan adalah tanggungjawab
bersama.
e. Menggalakkan permuafakatan TLDM dengan pihak berkepentingan ke
arah satu keputusan yang lebih bermanfaat, tepat dan komprehensif.
f. Menganalisis maklum balas pencapaian integriti di kalangan anggota ke
arah memartabatkan organisasi yang cekap, bersih dan amanah.
g. Mewujudkan program pemulihan/pemantapan integriti di kalangan
anggota.
h. Membantu memperkasa pengurusan sistem pentadbiran organisasi.

33


Click to View FlipBook Version