The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterinursyafiqa21, 2022-07-18 13:09:36

SIDANG REDAKSI MAJALAH KMK 2021 (1)

SIDANG REDAKSI MAJALAH KMK 2021 (1)

Dengan ingatan tulus ikhlas:
Kepunyaan:_________________

_________________

Daripada:
Cikgu Umpang,Sidang redaksi &
Pelajar Kesusasteraan Melayu

ISI KANDUNGAN

1..BINGKASAN BICARA

2..GAMBAR PENCAPAIAN PELAJAR
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BIDANG
AKADEMIK

3. PUTERA DAN PUTERI KESUSASTERAAN
MELAYU KOMUNIKATIF SESI
2020-2021

4. GAMBAR KENANG-KENANGAN
5. TINTA SASTERA

6.UCAPAN PERPISAHAN



CIKGU UMPANG ANAK SEE

Guru Subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Salam Sejahtera dan Salam Pembuka Bicara,

Sebelum itu,saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak didik
sastera yang amat saya sayangi sekalian.Mendidik kalian sepanjang 2 tahun setengah
memberikan banyak kenangan dan memori yang tidak dapat dilupakan.Kita telah mengharungi
pelbagai onak dan duri bersama sepanjang tahun sebelumnya dan saya bersyukur kerana diberi
kesempatan dan kepercayaan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kalian semua.
Walaupun begitu,Sebagai Guru Subjek…Sememangnya tugas saya untuk menegur dan memberi
tunjuk ajar kepada anak didik saya yang dianggap sebagai anak sendiri…Saya amat berbesar hati
dan cukup gembira kerana diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam majalah
sepanjang jalan kenangan yang dibuat khas untuk subjek Kesesasteraan Melayu.Ini merupakan
hadiah dan kenangan yang begitu bermakna buat saya sepanjang menjadi guru subjek.

Tidak dapat dinafikan lagi,setiap saat dan detik terakhir bersama kalian dirasakan begitu sedih
untuk melepaskan kalian pergi dari bimbingan dan tunjuk ajar.Semoga anak murid cikgu sentiasa
selamat dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM.

ATIRAH NURSYAFIQAH BINTI NOORLEY EDOSMERA

Ketua Kesusasteraan Melayu 2021

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Umpang kerana memberi peluang
kepada saya untuk menulis kata-kata dalam Majalah Sepanjang Jalan Kenangan Ruang Rindu Ingatan Anak
Sastera 2021 dan memberi kepercayaan kepada saya dalam menyandang
jawatan sebagai Ketua Kesusasteraan Melayu 2021.
Sepanjang saya mendalami subjek Kesusasteraan Melayu sejak dari Tingkatan 4,
saya telah mempelajari banyak perkara.
Dari kosong pengetahuan pada mulanya, kini banyak membuka mata saya dalam menghasilkan karya yang
pelbagai. Contohnya, menulis puisi dan pantun. Walaupun mula-mula kita berasa sukar, namun janganlah kita
mudah berputus asa kerana adanya guru sentiasa mendidik dan membantu sehingga kita dapat menguasainya.
Selain itu, janganlah memandang remeh terhadap subjek ini kerana subjek ini mendorong kita lebih memahami
keunikan Bahasa Melayu sejak dari dahulu lagi. Ribuan terima kasih buat Cikgu Umpang kerana sanggup
berkorban mendidik anak-anak sastera untuk menjadi insan yang mahir dalam bidang Kesusasteraan Melayu
tanpa mengira masa dan tenaga.
Dalam menongkah zaman pandemik ini, saya berasa sangat sedih kerana tidak banyak meluangkan masa
bersama-sama. Pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan seperti selalunya. Tambahan pula, sesi pembelajaran
bersemuka di sekolah juga kurang dilakukan. Banyak masa telah hilang yang sepatutnya digunakan untuk fokus
dalam menghadapi peperiksaan SPM yang mendatang. Walaubagaimanapun, saya yakin, kami akan membuat
yang terbaik dalam menduduki peperiksaan SPM melalui tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada salah dan silap,
terkasar bahasa dan ada kekurangan serta kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang berada dalam kelas
Kesusasteraan Melayu. Segala kenangan yang dilalui akan sentiasa terpahat di sanubari. Semoga penghasilan
majalah coretan kisah anak-anak sastera 2021 ini menjadi inspirasi buat para pelajar untuk sentiasa meminati
bidang Kesusasteraan Melayu.

Sekian, terima kasih.
Menggamit rindu pada mentari,
Sayangnya candra belum berganti;
Kenangan Bersama memahat memori,
Tetap bertakhta di lubuk hati.

NUR NAZRIEL BIN HAMDAN
Putera Sastera 2021

Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Umpang kerana memberikan saya

kesempatan untuk mencoretkan kata-kata di dalam Majalah Sepanjang Jalan Kenangan Ruang Rindu Ingatan
Anak Sastera 2021.

Selama dua tahun berada di kelas Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) bersama kawan-kawan dan
Cikgu Umpang, saya berasa gembira dan banyak hal yang telah saya pelajari. Walaupun tempoh pandemik
yang berpanjangan dan menghalang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), guru kami tetap berdedikasi dan
mencuba pelbagai cara untuk memastikan kami anak-anak sastera menerima ilmu yang secukupnya. Walaupun
pahit dan tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya kami menempuhi dua tahun ini dengan penuh gigih dan
sabar.

Terima kasih kerana memberikan saya sepenuh kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Putera
Sastera sesi 2021. Peluang ini tidak akan saya sia-sia kan dan akan saya gunakan untuk terus membimbing
rakan-rakan sastera untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
(KMK).

Harapan saya agar kami anak-anak sastera mampu merealisasikan impian guru kami. Segala tunjuk ajar
akan kami aplikasikan tidak kira semasa di sekolah mahupun pada masa hadapan. Ribuan terima kasih kami
rakamkan kepada Cikgu Umpang atas kegigihan beliau dlam mendidik kami. Semoga coretan kasih ini dapat
menjadi kenangan dan bukti perjalanan kami sepanjang dua tahun ini.

Sekian,terima kasih.

ASCELYNA AVRILL ANAK PATRICK

Puteri Sastera 2021

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Sebelum mencoretkan lebih lagi kata-kata, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesempatan untuk
berada dalam Majalah Sepanjang Jalan Kenangan Ruang Rindu Ingatan Anak Sastera 2021. Ribuan terima
kasih juga saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menyandang jawatan Puteri
Sastera 2021. Perjalanan sebagai anak sastera dalam dua tahun ini sememangnya bukan mudah bagi kami.
Namun begitu, dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru kami yang tidak pernah jemu mencurahkan
ilmu walaupun dalam talian. Beliau juga pernah menulis serangkap pantun,

Bukan rotan sebarang rotan,

Tumbuh meliar di atas batu;

Jika di hati ada keraguan,

Sudikan bertanya hamba membantu.

Walaupun masa kita bersama tidaklah panjang, namun kami anak-anak sastera sangat menghargai setiap
masa-masa itu. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang
tempoh bersama ini. Semestinya kami ada kalanya tidak memberi kerjasama, tidak sedar akan tanggungjawab
kami. Namun, kami berjanji untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.Dengan kesempatan ini,
saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Umpang yang sangat banyak membantu
mengembangkan bakat kami anak-anak sastera dalam dunia penulisan dan pengkaryaan. Setiap usaha untuk
membuka peluang dan ruang sepanjang kami di sekolah ini untuk berkarya dan menulis adalah tidak terhingga.
Dalam tempoh ini juga, kami telah diasah dan dididik untuk berkarya dengan bebas. Dengan itu, harapan saya
agar kami anak-anak sastera akan terus berkarya di mana saja kami berada.

Berharap agar majalah ini mampu menjadi kenangan dan pengubat rindu terhadap masa-masa kami di
sekolah ini, di kelas ini. Sekian, terima kasih.

Sekali Sastera, Sastera Selamanya

GAMBAR PENCAPAIAN
PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU

DALAM BIDANG AKADEMIK

GAMBAR PENCAPAIAN PELAJAR
KMK DALAM BIDANG AKADEMIK

GAMBAR PENCAPAIAN PELAJAR
KMK DALAM BIDANG AKADEMIK

PUTERA DAN PUTERI
KESUSASTERAAN

MELAYU KOMUNIKATIF SESI
2020-2021

SIDANG REDAKSI MAJALAH

Ketua Putera Sastera Ketua Pelajar Sastera Ketua Puteri Sastera
Nur Nazriel Atirah Nursyafiqah Ascelyna Avrill

Penolong Putera Sastera Penolong Puteri Sastera
Aiman Hizami Nur Fitri Najihah

Setiausaha Penolong Setiausaha
Puteri Nur Syafiqa Mohd Aszawie

Ketua Editor
Nur Huznina

Penolong Editor
Hishamuddin

PUTERA DAN PUTERI KELAS
SASTERA 2021

AIMAN HIZAMI BIN ALYSSA NALAM ANAK JIN CATHELINA WARDENA CLAUDIA KLARISSA
MAHMUD KALIMANTO 5A1 ROOJA ANAK BARAYNE ANAK PIRIY
5A1
5A1 5A1

ELLIYANA BINTI YUSUF HISHAMUDDIN MOHD JANCY ROSE ANAK KAROLINE LEANEY
5A1 NAZZURUDDIN LAYANG ANAK JUNEY
5A1 5A1 5A1

NUR HUZNINA BINTI NUR MASTUYAH BINTI NUR NAZRIEL BIN NURUL IZZAH BINTI
ABDUL RAHMAN AMIR HAMDAN FADILAH
5A1 5A1 5A1 5A1

SAMSON ANAK USIN AINNUL SYAQIRAH DAYANG IMRATUN NATRAH HAZEL GUNING ANAK
5A1 BINTI HAJEMI BINTI ABANG MAHADALI LOUIS UNGGANG
5A2 5A2 5A2

JENNIFER ANAK USIN JULITTA REGINA ANAK MAGDELINE ANAK BAJA MODH ASZAWIE BIN
5A2 JACKSON BARAYAN 5A2 ALI
5A2
5A2

MOHD PIRDAUS BIN NICSHERRIENA JELENDAI NORSALFIKA BINTI PUTERI NUR SYAFIQA
AZMAN ANAK NICHOLAS JULAI JANUARY BINTI ABDULLAH
5A2 5A2 5A2
5A2

ROLLAND ANDERSON ASCELYNA AVRILL ATIRAH NURSYAFIQAH NUR FITRI NAJIHAH
ANAK SULAIMAN ANAK PATRICK BINTI NOORLEY BINTI MUHAMMED
5A2 5S1 EDOSMERA
5S1 5S2

CRISCENCIA FATIN FAZANA BINTI URSULA ANAK SAGA
SYLVIANNA ANAK MAK MOHAMMED JUMALI 5A1

5S2 5S2

GAMBAR
KENANG-KENANGAN

GAMBAR KENANG-KENANGAN





TINTA SASTERA

Ilmu Itu Abadi
Nukilan Cikgu Umpang Anak See

Ilmu
bekalan kehidupan

buat kita
agar tidak tergelincir
di lembah kedustaan.

Ilmu
kunci keimanan
untuk kita kenal
kata-kata Tuhan.

Ilmu
hiasan diri
sopan dan budi
menjauhi yang jahil.

Ilmu
bukan emas permata bandingnya.
ilmu tidak terungkap sebuah kata.
ilmu membawa kita kepada sang Pencipta.

Abadi.

Hidup
Nukilan Nur Huznina

Bukan salah hujan yang turun
bukan sila mentari yang panas
bukan senja pergi menghilang
bukan gelap malam yang sepi.

Ketika ia telah menyatu pada segenap jiwa penyaksi
seluruhnya pasti akan terisi

seluruhnya akan kembali terang.

Menangislah
bicara pada yang di langit

jika itu satu cara
yang menawar gundahmu.

Setiap bentuk ujian engkau lalui
resah bermain di relung hati
istirehatlah

kembalilah senyum di rona langit.

Sampai kita bersua lagi
berkongsi sebuku jiwa
seakan saat malam gelap
yang mengerti kita lebih dari yang lain.

Meradong,

.

ENAM OGOS
Nukilan Mohd Aszawie

Kegelapan menyelimuti alam semesta
Langit yang sebelumnya kelam

Kini terpancar warna putih biru dengan
Awan dan mentari yang indah ciptaan tuhan

Cahaya terang memancar dari sang surya
Yang membenam di ufuk timur,

Dan mengantar sore tiba di hadapan ini
Setelah lama menyinari hari
Sang surya hampir pergi

Sang surya meninggalkan diriku sendiri
Dipetang bulan Ogos yang bermakna
Tanggal enam tanggal bererti
Menyambutnya dengan perasaan peri
Dengan rasa syukur kepada tuhan
Lahirnya seorang insan
Mencipta warkah buat kenangan.

Maradong
6.8.2004

SULIT
Nukilan Nurfitri Najihah

Ruang kamar
Dimana aku menangis
Meluah segala isi hati

Kepada dinding putih

Yang tiada jawaban

Saat itu
Aku tak berdaya
Hatiku terluka
Jiwaku terseksa
Mulut memnbungkan tak terkata

Namun begitu
Resahku hilang terbang
Tinggi nun ke angkasaraya
Suasana kini pun berubah

Gelap menjadi terang
Sepi menjadi riang

Aku sedari
Bahawa ketenangan itu
Takkan bertahan lama

Takkan menungguku
Kerana masa tetap berdetik

Tiada jeda antaranya

30.11.2021

MENTALITI RAPUH
Nukilan Nur Haina Fazrina

Rupa manusia biasa
Bagai sudah sempurna hidupnya
Kurangnya tiada,jauh sekali cela Cuma

Mentalnya jadi bualan utama
Adakah ia sudah cukup ilmu di dada?

Mentaliti kini khilaf apa?
Yang petah bicara sanjungan tinggi ke awan
Yang diam seribu bahasa dilabel ‘tak bernyawa’

Soal rupa?
Apabila indah rupanya,dipuji
Melambung oleh mereka cacat mentalnya
Namun,jika hodoh menghias wajah
Hanya cacian dan hinaan dikirim sang ‘mentaliti rosak’

Apa kisah di sebalik pergaduhan?
Insan berkaliber dalam teater

Disokong melangit walaupun dosanya
Seluas lautan

Tetapi manusia naif,dipandang jijik
Walaupun bicaranya mulia dan benar

Itulah mentaliti orang kita,membela
Orang yang “membunuh” orang tak berdosa

Kerana buta
Kerana hidup atas dasar manusia

Kerana iman kurang di dada

Persoalannya,sampai bila?
Hingga nyawa melayang takkan kembali?

Saat meronta di padang mahsyar
Untuk memohon maaf? Atau

Apabila neraka menyeru rakus

MIMPI MEMORI
Nukilan Samson Anak Usin

Saat sedar dari mimpi di pagi
Begitulsh rutin harian pelajar
Kehidupannya manis bukan gula

Tetapi masin bukan garam
Kekadang manisnya rasa madu
Benar-benar kisah waktu dahulu

Sejak itu dibangku sekolah

Tahun-tahun pelajar dieranya
Beredar zaman meningkat usia
Otak menampung berjuta ingatan

Menimba ilmu di arus waktu
Yang dulu mendapat

Yang kemudian ketinggalan
Tiada adil kepada pecundang

Gelar hebat tergantung bakat
Boleh juga yang bertekad kuat
Yang pendiam disangka lemah

Bias juga menjadi gagah
Terserlah bakat yang dulunya terpendam

Saat-saat setiap memori diputar kembali
Tidak terganti nilainya itu

11 tahum berharga dikenang
Bersama menjulang kejayaan dan azam

Yang tidak pernah kenal erti putus asa
Lelah dan penat akan terbayar
Jayanya hidup dimasa depan
Itulah penantian si anak muda

KAU,AKU DAN MEMORI
Nukilan Puteri nur syafiqa

Andai bumantara menyinarkan kemilaunya,
membuatkan Aku terpesona seketika,

melihat indahnya ciptaan Yang maha esa,
Ku imbau memori Yang pernah Kita cipta,

antara engkau Dan Aku,
Yang Akan Ku Patri Di lubuk hati.

Andai kau sedar dari lamunan,
melihat betapa setia Ku menanti,
sungguhpun kini kau hilang menyepi,
menusuk jiwa kecilku Yang Kian merintih.

Memoriku kini Kian bergelojak,
menanti kasih tak saling kunjung,
Akan Ku sampaikan rinduku buat dikau,
Ku kirimkan mawar merah buat kenangan,

Ku sulam kasih Di alam abadi

putsyaf
5.4.2022

Seuncang Kenangan
Nukilan Atirah NurSyafiqah

Tiap-tiap senja
Melengkapi ruang angkasa

Langit hitam mengiringi
Juga dihiasi sinaran candra
Tanda manusia beristirahat
Setelah seharian mencoret kisah

Terlihat ada riang dan ketawa
Sedih dan duka turut bersama
Namun itulah lumrah kehidupan

Tanpa diduga
Hamparan cerita kita
Menjadi ingatan di jiwa
Terkadang menggamit rindu
Dalam pahit serta manisnya memori.

Atirah Nursyafiqah, 2022

UCAPAN PERPISAHAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat cikgu
Umpang,sahabat handai serta adik-adik Kesusasteraan
Melayu Komunikatif yang sangat kami sayangi dan hormati
sekalian.Coretan terakhir ini akan memberikan memori dan
kenangan yang begitu indah buat kami pelajar KMK sesi 2020-
2021.Dalam arus pendidikan yang kian bertukar formatnya,kami
sebagai batch pertama ingin meluahkan sedikit isi hati kami
yang telah lama kami pendamkan.Begitu banyak cabaran dan
dugaan yang telah kami tempuhi bersama cikgu Umpang
khususnya sewaktu Pembelajaran Dari Rumah telah dijalankan.
Kami begitu kagum dengan semangat dan tanggungjawab yang
telah diberikan oleh cikgu Umpang dalam mencurahkan bakti
dan meluangkan semua waktunya untuk mengajar kami..
Tidak kira masa..pagi,petang dan juga malam..cikgu Umpang
sanggup menghabiskan masanya untuk mendidik kami tanpa
jemu.Beliau tidak pernah merungut mahupun meninggikan suara
kepada kami walaupun ada diantara kami yang keras kepala dan
sering berbual kosong di dalam kelas…Besar sungguh jasamu
cikgu umpang…
Jika adik-adik tanya,mengapa kami memilih subjek ini…

Jawapannya adalah kami ingin mendalami dan mengkaji lebih
banyak kosakata dan ilmu yang selama ini tidak pernah kami
ketahui…Sesungguhnya..kami telah menimba banyak ilmu
sepanjang sesi pembelajaran bersama Cikgu Umpang.Sebelum
mengakhiri coretan ini…Sekali lagi kami ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada cikgu Umpang atas segala
pengorbananmu…Kami akan berusaha untuk mencapai
kejayaan dimasa hadapan kelak…Kepada adik-adik yang
mengambil subjek KMK…Kami ingin mengucapkan selamat
maju jaya dan bersungguh-sungguhlah dalam menimba ilmu..

Sekian….

Terima Kasih

TAMAT


Click to View FlipBook Version