The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fikrahnews.skt, 2022-01-20 00:15:22

Buletin SK Tempinis bil.1/2022

Aktiviti Sekolah dan Maklumat

Keywords: 123456

fikrah Magazine Log
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Buletin TS25 Bil.1, Januari 2022
Kandungan

‘Semua murid perlu belajar Kembali ke Sekolah Muka depan 2
dengan penuh kesungguhan, Tinta & Pena 3
keyakinan dan keikhlasan. . Aktiviti Skinis 4
Ingatlah bahawa menuntut 9 Januari 2022 - Kegembiraan jelas Wadah PPKI 5
terbayang pada wajah murid-murid Pedoman 6
ilmu adalah suatu perkara apabila mereka dapat menjejakkan Info TS25 7
yang dianjurkan dalam Islam kaki ke sekolah setelah sesi Suara Panitia 8
dan amat dicintai oleh Nabi persekolahan penggal ketiga Karya Murid 9
dimulakan. Kebanyakan murid Cerpen 10
Muhammad SAW. Justeru, dihantar oleh ibu bapa, namun ada Uji Minda
murid-murid perlu juga segelintir murid yang
berbasikal dan berjalan kaki Sidang Redaksi
memanfaatkan masa muda khususnya bagi mereka yang tinggal
dengan menuntut ilmu berdekatan dengan kawasan Penasihat
sebanyak yang mungkin. sekolah. En. Rosli Omar
Saya mendoakan semua
murid beroleh kejayaan Bagi adik Nur Aiman Shahirah (3P), Guru Besar
dia rasa gembira kerana dapat
demi mencapai kebahagiaan belajar bersama rakan-rakan dalam Pen. Penasihat
hidup di dunia dan akhirat’. suasana yang ceria. En. Razali Hassan
(GPK Pentadbiran)
HJ. ABDULLAH ZAWAWI En Che Zakaria Che Othman
BIN HJ. YAHYA
(GPK HEM)
PEGAWAI PENDIDIKAN Pn. Nor Mazida Husin (GPK KO)
DAERAH BESUT
Pn. Zunaimah Abdullah
(GPK PPKI)

Adik Danial Isyraq (2P) pula memberitahu keterujaannya untuk Ketua Editor
datang ke sekolah adalah kerana sudah terlalu lama berada di rumah. Dr. Nor Asmawati Ismail
Belajar secara bersemuka lebih menggembirakan berbanding belajar

secara on-line, demikian menurut adik Nur Balqis (5C). Editor
Pn. Zuraidah Ab. Rahim
Puan Wan Salina Yusof pula berharap agar sesi persekolahan pada kali ini
dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat penggal ketiga. Ini kerana En. Nor Anuar Nor
anak-anak memerlukan didikan dan bimbingan di sekolah secara terus En. Aminuddin Mohd Aris
daripada guru-guru untuk berjaya dalam pelajaran. Beliau juga
mengharapakan agar semua murid boleh datang ke sekolah setiap hari tanpa Pn. Nik Norakma Rosli
adanya sistem penggiliran.
Bahan Berita
Sementara itu, guru besar SK Tempinis, Rosli Omar mengharapkan Semua Ketua Panitia

Semua Guru

agar sesi Pembelajaran dan Pengajaran secara bersemuka dapat Wartawan Cilik
Ahmad Wafi Dasuki
dimanfaatkan oleh murid-murid dengan menumpukan perhatian Muhammad Najib Muhd. Nur
ketika guru mengajar, dan bertanya kepada guru-guru sekiranya Muhammad. Habib Ubaidillah
terdapat tajuk yang kurang difahami. Beliau mengharapkan agar Muhammad Iman Hazeem
seluruh warga sekolah mematuhi SOP yang ditetapkan terutamanya N1ur Dahiyah Musfirah Mat Nawi
ketika berada di kawasan sekolah. Wan Sya Damia Wan Sanusi

Adriana Melissa Sabri

BMW – Bersih Manusiawi Wibawa Nik Asfa Nazurah Nik Pazuri
Nur Afia Zahari

Muhammad Daniyyal Isyraq

TINTA & PENA

Tinta Guru Besar

Assalamualaikum WBT.

Sebagai tirai pembuka bicara, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah
SWT atas limpah kurnia serta keizinan-Nya maka saya berpeluang menulis kalam
tinta melalui blog rasmi sekolah ini. Tujuan buletin ini diadakan adalah sebagai rujukan dan
menjadi panduan kepada semua warga sekolah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan, selaian menjadi penghubung antara sekolah dan pihak luar.

Adalah menjadi tanggungjawab semua agar memahami matlamat dan tujuan pendidikan di
sekolah. Harapan yang tinggi diletakkan kepada semua warga sekolah dan kakitangan agar
dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan visi dan misi serta hala tuju sekolah. Disamping dapat memberikan sumbangan
yang terbaik untuk kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai aspek.

Fokus saya adalah memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid-murid seiring
dengan peningkatan sahsiah dan kerohanian. Murid-murid perlu diberi peluang dan ruang yang
seluas mungkin untuk persediaan mereka pada masa hadapan. Perancangan pembangunan
murid akan dilaksanakan berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang menuntut semua guru dan kakitangan berusaha dengan lebih berdedikasi.

Marilah kita bekerjasama, berganding bahu, menggembleng tenaga, langkah sederap dan mara
sepakat untuk membangunkan SK Tempinis. Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Buletin Sekolah atas usaha dan
kerjasama yang diberikan dalam menyediakan laman rasmi ini. Mudah-mudahan kerjasama
yang diberikan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Sekian. Terima kasih.

Tinta Penolong Kanan 1 Pena Ketua Editor

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Assalamualaikum WBT.
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menerbitkan buletin sekolah pada kali ini. Melalui Alhamdulilah, berkat kerjasama yang diberikan
buletin ini, kita dapat merakamkan peristiwa oleh semua pihak sama ada guru, murid dan ibu
suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengala bapa, pihak Sidang Redaksi telah dapat
man warga sekolah. Saya pasti semangat juang dan menerbitkan buletin bil. 1/2022. Tujuan utama
dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi kami menerbitkan buletin ini adalah adalah untuk
yang cemerlang dalam aspek akademik maupun mendokumentasikan aktiviti yang dijalankan oleh
s ah s iah. warga sekolah. Selain itu, kita dapat menyalurkan
Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan sebarang bentuk maklumat kepada warga SKINIS
tunjang utama dalam melahirkan kejayaan anak- khususnya dan pihak luar amnya secara lebih
anak. Kejayaan dan komit men yang tinggi ini mudah dan cepat kerana buletin ini adalah dalam
mampu membuahkan hasil yang optimum dalam bentuk soft copy yang boleh disebarkan melalui
pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam whatsapp atau telegram. Kami juga menyediakan
kurikulu m maupun kokurikulu m . Justeru, saya satu platform untuk memberi peluang kepada
menyeru agar murid-murid sentiasa berusaha guru-guru, ibu bapa atau murid-murid yang ingin
memperbaiki pencapaian diri dan mematuhi menyalurkan idea dalam bentuk penulisan melalui
peraturan sekolah. Kegigihan murid-murid mampu ruangan ‘Suara Panitia’, ‘Pedoman’, Karya Murid’
membentuk pelajar yang pintar dan berakhlak baik. dan ‘Uji Minda’. Harapan kami agar semua pihak
Akhirnya, saya mengharapkan SK Tempinis sentiasa dapat info yang berguna dengan sentiasa
beroleh kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi. mengikuti perkembangan sekolah yang disalurkan
Terima kasih. melalui ruangan ini.

2

Salam mesra,
Ketua Editor

AKTIVITI SKINIS

Bank Kerjasama Rakyat Sumbang Wang Zakat

2 Dis 2021 - Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jertih telah

menyumbangkan wang zakat sebanyak RM3500 untuk diagihkan

kepada 35 orang murid SK Tempinis. Nik Baharom Nik

Rithauddeen,

Penolong Pengurus Cawangan Jertih berkata setiap tahun pihak

kami akan menyumbangkan wang zakat kepada sekolah-sekolah

terpilih khususnya di Daerah Besut. Sebanyak RM400 turut

disumbangkan oleh dana sekolah dan salah seorang guru

di SK Tempinis. Ini menjadikan penerima sumbangan wang zakat

seramai 39 orang murid, masing-masing menerima RM100,

demikian dinyatakan oleh Che Zakaria Che Othman, Penolong

Kanan HEM. Sementara itu, Cik Amira selaku penjaga kepada adik

Siti Hajar Ainaa (6C) dan Siti Nor Nasuha (4C) menzahirkan rasa

syukur kerana mendapat wang zakat ini dan akan digunakan untuk

pembelajaran adik-adiknya. Murid Jalani Ujian Saringan Covid-19 Kali Pertama

1 Dis 2021 – Seramai 15 orang murid menjalani ujian saringan covid-19 di

SK Tempinis. Semasa saringan, semua murid memberikan kerjasama yang
baik, demikian menurut Rozaimi Mohamed yang bertugas pada hari

berkenaan.

Seramai empat orang guru bertugas membantu murid-murid semasa

ujian saringan tersebut, iaitu Saripah Yaakub, Noor Hayati Latif, Che

Zakaria Che Othman dan Rozaimi Mohamed. Kit Ujian Saringan Covid-19

Sebahagian guru yang terlibat yang digunakan oleh murid-murid adalah dibekalkan oleh pihak KPM.

semasa saringan covid.

Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah Pembugaran Program j-QAF &
Pendidikan Islam
1 Dis 2021 – Kunjung Bantu bagi memastikan
penjaminan kualiti PBD dilakukan oleh Nurul 22 Nov. 2021 – Pemantauan terhadap Panitia
Shafinaz Ishak, Pegawai SISC+ (TVET). Shafinaz Pendidikan Islam telah dilakukan oleh Tuan
menjelaskan bahawa PBD perlu dilaksanakan Harun Tuan Cob, Penolong Pengarah, Unit
dengan terancang, namun bimbingan dan Perancangan dan Pembangunan Pendidikan
pementoran oleh pihak pentadbir perlu Islam, Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPNT.
dilaksanakan secara berterusan. Pada tahun ini, Khairul Hasimin Mohamed, Ketua Panitia
semua guru telah berjaya mengisi Tahap Pendidikan Islam menyatakan bahawa pihak SPI
Penguasaan murid mengikut masa yang ditetapkan, mengucapkan tahniah kepada GPI kerana
jelas Razali Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran. pengurusan panitia telah dilaksanakan dengan
jayanya. Tuan Haron turut menghadiahkan

sebuah buku kepada Panitia Pendidikan Islam

kerana berpuas hati dengan pengurusan panitia.

KKM Pantau SOP 3

5 Dis 2021 – Empat orang pegawai KKM telah Nik Haron memberi penerangan mengenai
memantau SOP di SK Tempinis. Dalam siri pembugaran program j-QAF dan Pendidikan
pemantauan tersebut, pegawai yang terlibat Islam kepada guru besar dan GPI.
melawat seluruh kawasan sekolah termasuklah
kantin, kelas, dan ruang pejabat. Pegawai KKM
mengingatkan agar semua warga sekolah mematuhi
SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan tersebarnya
Covid-19 kepada murid-murid dan guru.

WADAH PPKI & PRA SEKOLAH

4

PEDOMAN

(Penulis Jemputan)

Pengaturan Kendiri dan Pembelajaran
Oleh; Dr. Norsimah Dasan

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Penggunaan teknologi internet dalam menelusuri perkembangan pendidikan tidak dapat dinafikan. Disaat
kemampuannya memudahkan capaian informasi tanpa sempadan, keresahan dan kebimbangan pengaruh negatif
yang dibawa bersilih ganti. Dalam hal ini, kemantapan pengaturan kendiri murid menjadi penting dalam proses
pembelajarannya seiring dengan penetapan matlamat. Pengaturan kendiri murid adalah merujuk dengan keupayaan
murid untuk mengawal selia, mengurus persekitaran belajar yang boleh memperkasakan pengetahuan yang
diperolehi dan keazaman merealisasikan matlamat pembelajarannya. Murid yang mempunyai pengaturan kendiri
yang tinggi tidak mudah terpengaruh dengan sebarang anasir yang boleh melencongkan motivasi dan usahanya.
Sebaliknya murid yang rendah pengaturan kendiri mudah di kawal oleh persekitaran dalam mengganggu-gugat
matlamat asal pembelajaran. Kemampuan pengaturan kendiri agak berbeza mengikut usia kerana ia melibatkan
faktor kematangan dalam membuat keputusan.

Oleh itu, sokongan dan bantuan ibu bapa di rumah dengan memantau aktiviti pembelajaran menerusi pelbagai
platform teknologi internet perlu diperkukuhkan terutama murid yang masih di usia kanak-kanak dan awal remaja.
Kecenderungan mereka untuk mengakses pelbagai informasi interaktif internet memberikan keseronokan,
penggunaan yang berulang dan akhirnya boleh menyebabkan ketagihan. Secara tidak langsung hal ini boleh
menyebabkan pelaksanaan pembelajaran tertangguh, tersekat dan jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan
terhentinya penguasaan ilmu. Selaras dengan itu, ibu bapa perlu mempunyai sikap mengambil tahu pembelajaran
anak, dan bekerjasama menggembling tenaga ke arah kejayaan anak secara positif. Pengaturan kendiri murid turut
berupaya diperkasakan oleh bimbingan guru-guru di sekolah. Pelaksanaan program pengaturan kendiri murid yang
terkait dengan memberi kesedaran,perancangan pembelajaran dan strategi memperkukuhkan penyeliaan belajar
secara kendiri adalah antara usaha yang boleh dijalankan. Sesungguhnya, pengaturan kendiri itu elemen internal
individu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah penyaring kepada informasi persekitaran yang boleh
mempengaruhi tindakan yang di ambil. Usaha daripada pelbagai pihak untuk pengukuhan pengaturan kendiri adalah
perlu bagi memastikan kelestarian ilmu yang menghasilkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang positif
dalam kalangan murid-murid.

Ke Arah Melahirkan Keluarga Sakinah
Oleh; En. Mohd Zuki (bapa kepada Muhamad Harraz Zikry,3C)

Keluarga secara sinonimnya ialah rumahtangga, dan sebuah institusi sosial yang berasas kerana keluarga menjadi
penentu utama watak dalam sesebuah masyarakat. Manakala Sakinah pula bererti kedamaian, ketenteraman,
ketenangan, dan kebahagiaan. Ringkasnya, keluarga sakinah bererti keluarga yang hidup secara aman damai dan
tenteram.

Apakah ciri-ciri Keluarga Sakinah sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam? Sebenarnya terdapat beberapa ciri
Keluarga Sakinah antaranya; (i) Rumah tangga yang dibina atas landasan taqwa, berpandukan Al-Quran dan Sunnah
dan bukannya atas dasar cinta semata-mata. Ia menjadi panduan kepada suami isteri sekiranya menghadapi pelbagai
masalah dalam kehidupan berumahtangga. Firman Allah SWT, maksudnya; “Kemudian jika kamu berselisih pendapat
tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasulullah (al-Sunnah)” (An-Nisa’: ayat 59). (ii)
Rumah Tangga Berasaskan Kasih Sayang (Mawaddah wa Rahmah). Tanpa ‘al-mawaddah’ dan ‘al-Rahmah’,
masyarakat tidak akan dapat hidup dengan tenang dan aman terutamanya dalam institusi kekeluargaan. Dua perkara
ini sangat diperlukan kerana sifat kasih sayang yang wujud dalam sebuah rumah tangga dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang bahagia, saling menghormati, saling mempercayai dan tolong-menolong. (iii) Mengetahui
Peraturan Berumahtangga. Setiap keluarga seharusnya mempunyai peraturan yang patut dipatuhi oleh setiap ahlinya
yang mana seorang isteri wajib taat kepada suami selagi suami tidak melanggar syariat.5Anak pula wajib taat kepada
kedua ibubapa selama perintah keduanya tidak bertentangan dengan perintah Allah. Suami yang merupakan ketua
keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah. Marilah
kita sama-sama membentuk sebuah Keluarga Sakinah dan membawa keluarga kita ke jalan syurga.

Info TS25

Ramai yang tanya apa maksud Program Transformasi Sekolah 2025 TS25? Apa itu TS25? Adakah
ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia? Mesyuarat Majlis
Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah
meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM. Manakala Mesyuarat Profesional
KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya
pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah
sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah.
Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and
Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut
Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pada tahun 2017
hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG,
S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.

PMeenn6djiedliaknagn tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan
Negeri (JPN) dengan didokong oleh bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM).

MATLAMAT PROGRAM OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 2025 (TS25)
(TS25) Objektif utama Program TS25 adalah untuk:
Matlamat Program TS25 adalah
untuk: 1. Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pangajaran dan
1. Kepimpinan : pembelajaran (PdP);
Memantapkan kepimpinan sekolah.
2. Kualiti pengajaran dan 2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan
pembelajaran; yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing
Memaksimumkan potensi guru dan kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah
murid menerusi peningkatan kualiti Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara
3. Pelibatan Komuniti; (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harian (GPK),
komuniti dan pihak berkepentingan School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan
demi kejayaan murid. School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan

3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih
bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan
sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang
kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Tahukah Anda?
SK Tempinis adalah sekolah TS25 Kohort 6 / 2021.

Suara panitia

(Panitia BM & BI)

B Perumpamaan Maksud

1 Bagai aur dengan tebing Tolong-menolong antara satu sama lain

2 Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan gadis yang tiada tandingannya

3 Bagai dihiris dengan sembilu Perasaan yang sangat pedih

4 Bagai duri dalam daging Sesuatu hal yang tidak menyenangkan

5 Bagai isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat

6 Bagai kacang lupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi

7 Bagai melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu kerja sambal lewa

8 Bagai menatang minyak yang penuh Mendidik anak dengan penuh kasih
sayang

9 Bagai pinang dibelah dua Pasangan yang sama cantik sama padan

10 Bagai tikus membaiki labu Merosakkan lagi barang yang dibaikinya

Practice Your English

N. ENGLISH MALAY

1 Good morning Selamat pagi

2 May Allah bless you. Semoga Allah merahmati awak.

3 How are you? / I’m fine, thank you. Apa khabar? / Khabar baik.

4 What day is today? Hari ini hari apa?

5 What subject is it now? Subjek apa sekarang?

6 What date is today? Apa tarikh hari ini?

7 Excuse me, may I go to the rest room? Maafkan saya, boleh saya ke bilik
air?

8 Good! / Great! / Excellent! Bagus! / Hebat! / Bijak!
9 Clap your hand. 7

Tepuk tangan

10 Thank you / You’re welcome. Terima kasih / Sama-sama

KARYA MURID

Tajuk: Jasa Adiwiraku Mohd Shahrul Ramadhan, 5C
Telah sekian lama masa berlalu,
Nur Adriana Alyasha,5C
Membawa kisah sendu,
Dalam diri dan masyarakat. Tajuk: Azam Membara
Saat kita bahagia bersama keluarga, Jalan-jalan yang ku lalui,
Saat kita makan duduk semeja,
Saat kita bertanam bunga, Penuh onak dan duri.
Saat kita menghela nafas lega. Walau kini aku rebah,
Walau jalanku makin payah,
Namun adiwiraku, Aku tetap terus melangkah,
Berhempas tenaga penuh ikhlas, Tidak berundur takkan menyerah.
Ku pintal kudrat sehabis daya,
Tidak peduli lapar dahaga Ku tiup semangat agar menyala,
Keringat mengalir tanpa henti Ku genggam azam kian membara,
Kerja hingga habis tenaga dan sengsara Ku hampar doa pada Yang Esa.
Lihatlah di sana ada mentari,
Bagai mati sebelum mati.. Menyimbah sinar ke bumi,
Di sana ada virus corona yg mengganas Lihatlah di sana ada bulan,
Terang menyuluh malam,
Di sana ada jiwa cekal walau parah
Di sana ada nyawa hampir ke noktah. Ku pasti kejayaan
dalam genggaman.
Alangkah rindu hatimu
Pada keluarga yg ditinggalkan Nukilan;
Anak menangis memegang kaki Muhammad Najib M. Nur, 5C

Merayu usah pergi
Namun adiwiraku tetap melangkah

dalam lelah
Tugas pada negara terus diredah..

Pergilah adiwiraku,
Jalankan tugas murnimu..

Nukilan;
Syarmila Mohd Azhar, 5C

Muhammad Danish Mu’izz, 1P

Hebahan 8

Pihak kami mengalu-alukan cadangan, komen membina, karya dan buah fikiran daripada murid, guru dan
ibu bapa. Elakkan unsur-unsur politik dan sebarang bentuk kecaman dalam hasil penulisan. Sila hantar

penulisan anda menerusi email; [email protected] Terima kasih.

CERPEN BERSIRI...
Bara Yang Kugenggam

Minggu persekolahan penggal ketiga akan bermula Hari pertama sekolah
tidak lama lagi, dan dia sudah tidak sabar untuk ke
sekolah. Sudah tiga minggu cuti, bererti sudah tiga Sebelum subuh lagi Naqib sudah bangun.
minggu terperuk di rumah. Tahun ini mereka Semangatnya berkobar-kobar untuk datang ke
sekeluarga tidak ke mana-mana. Stay at home kata sekolah. Selepas menjamah nasi goreng ikan yang
ayah, itu lebih baik daripada kita bersesak-sesak dibuat oleh ibunya, Naqib bergegas keluar.
dengan orang ramai. Bahaya! Tegas ayah lagi. Ayahnya sudah sedia menunggu di atas motor.

Naqib menarik nafas. Petang tadi semasa dia Suasana di sekolah masih lengang. Naqib antara
membantu kakaknya menjemur kain, dia secara tak orang terawal yang sampai. Dia menghalakan
sengaja mendengar perbualan ayah dan ibunya. dahinya untuk memeriksa suhu, 36.4°celcius,
“Banyak belanja tu..nanti sekolah dah nak buka. Hari desisnya.
tu PKP, lama juga saya tak kerja. Kita guna yang perlu
saja lah” kata ayah perlahan. Sebelum itu ibu ada Dari jauh, Naqib nampak beberapa orang rakan
suarakan hendak bawa kami ke Kuala Terengganu, nak sekelasnya tiba. Syarmili, Zaza dan Anaz. Mereka
tengok Jambatan Angkat, salah satu mercu tanda bertiga berjalan menghampiri Naqib. Tiba-tiba
negeri Darul Iman. mereka dikejutkan oleh suara yang begitu mereka
kenal. “Cikgu Yusri!” Spontan keempat-empat
Naqib rasa bersalah. Dialah yang bercerita pada ibu murid tersebut meletakkan tangan di dada, tunduk,
tentang Shahran Ramadan, kawan sekelasnya yang senyum dan mengucapkan salam.
pergi melihat Jambatan Angkat. Shahran siap upload
dalam instagramnya, bercerita tentang kegembiraan Di kelas, mereka mula buka cerita. Syarmili
mereka sekeluarga ketika berada di sana. Siap ada bercerita yang dia menolong kakaknya berniaga
video lagi, cantik sungguh panorama di Jambatan online. Kakaknya buat sendiri sambal geprek
Angkat pada waktu malam, penuh lampu berwarna- resepi turun temurun keluarga, dan dia sendiri
warni. Naqib penasaran! mendapat upah yang lumayan hanya dengan
menekan butang reply dan melayani para
Malam itu Naqib masuk awal ke biliknya. Dia pelanggan dengan menjawab soalan-soalan
mencapai kasut sekolah, ada sedikit koyak di bahagian melalui whatsapp. Paling gempak apabila Naqib
belakang. Walaupun pada awalnya Naqib ingin menyatakan hari ini dia harus pulang segera.
meminta ayahnya membeli kasut baru tetapi Naqib Pakciknya dari Kedah akan sampai jam tiga
membatalkannya. Dia faham kewangan mereka petang, dan kedua-dua orang sepupunya akan
sekeluarga kurang kukuh sekarang, selepas virus covid menumpang bersekolah di SK Tempinis selama 3
melanda dunia. Bukan mereka sekeluarga sahaja, bulan, kerana ayah mereka dihantar oleh
bahkan keluarga yang lain juga ramai yang mengalami syarikatnya untuk bekerja di London selama dua
nasib yang sama. tahun. Sepupunya yang sebaya dengan Naqib dan
adiknya, akan tinggal di rumah mereka buat
Tiba-tiba Naqib tersenyum. “Tak apa pakai kasut lama sementara, dan sepupunya itu akan mengikut ibu
pun, kalau koyak sikit pun masih boleh dipakai, yang bapanya nanti setelah cuti persekolahan minggu
penting bersih”. Itu jawapan Cikgu Yusri apabila ketiga bermula.
Naqib whatsapp cikgunya berkenaan kasutnya itu.
Petang itu Naqib mundar-mandir di laman
“Bismikallah humma ahya waamuut”. Doa sebelum rumahnya. Sekejap-sekejap dia tengok jam di
tidur yang diajar oleh Ustaz Kamarul semasa dia darjah tangannya, dan tanpa sengaja Naqib berasa ada
satu, masih terpahat kukuh diingatannya. Naqib mula sesuatu yang bergerak-gerak di sebalik rumpun
pejamkan mata, sekejap sahaja dia terlena. buluh. Naqib mengamati, tetapi bayang-bayang itu
cuba berselindung. Naqib malas memikirkannya,
mungkin saja ada jiran ambil rebung.

Tepat jam 3.35 petang, sebuah kereta mewah
masuk perlahan-lahan ke halaman rumah. Naqib
bersorak, dan apabila cermin kereta dibuka, raut
wajah Naqib tiba-tiba berubah!

…bersambung

…Kenapa raut wajah Naqib berubah? Siapa yang mengintip Naqib dari jauh? Sepupu Naqib
perempuan atau lelaki? Baik kah? Atau sombong? Nantikan sambungannya bulan hadapan...

Uji minda

Untuk dijawab oleh murid Tahap 1 Nama: _____________________
Arahan: Cari gambar tersembunyi dan warnakan. Kelas: _________

Untuk dijawab oleh murid Tahap 2 Nama: _____________________
Arahan: Cari Penjodoh Bilangan dan warnakan. Kelas: _________

10

Anda perlu print helaian ini dan jawab di atas kertas tersebut. Sila masukkan penyertaan anda ke dalam kotak
yang disediakan di luar Bilik Guru. Tarikh akhir penghantaran penyertaan selewat -lewatnya pada27 Januari
2022. Penyertaan ini adalah secara sukarela. Nama-nama pemenangakan disiarkan di dalam buletin bilangan

2/2022.


Click to View FlipBook Version