The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PIBG 2021
SK TAMAN NUSA DAMAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Guru KPM, 2021-05-20 14:45:26

BUKU PROGRAM PIBG 2021 SKTND

BUKU PROGRAM PIBG 2021
SK TAMAN NUSA DAMAI

Keywords: PIBG SKTND

SK TAMAN NUSA DAMAI

JALAN DAMAI UTAMA
TAMAN NUSA DAMAI
81700 PASIR GUDANG
JOHOR DARUL TA’ZIM

Mesyuarat
Agung Tahunan

(KALI KE – 10)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 22 MEI 2021
(PIBG) SABTU

SEKOLAH KEBANGSAAN 10.00 PAGI
TAMAN NUSA DAMAI
MAT PIBG 2021

RUMAH KEDIAMAN MASING-MASING

SECARA ATAS TALIAN

MENGGUNAKAN
APLIKASI

MICROSOFT TEAM

#PENERAJUKEUNGGULANPENDIDIKAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 Notis Mesyuarat 1

2 Kata Alu-aluan YDP PIBG 2-3

3 Atur Cara Majlis 4-5

4 Agenda Mesyuarat 6-7

5 AJK PIBG 2020/2021 8

• Senarai AJK 9
• Ucapan Penghargaan Setiausaha PIBG 10

6 AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 2021 11-12

7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 2020 13-18

8 Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020 19-21

9 Penyata Kewangan PIBG dari 01.01.2020 hingga 22-24
31.12.2020

10 Cadangan Usul 25-26

11 AJK PIBG SK Taman Nusa Damai Sesi 2021/2022 27

12 Penghargaan dan Terima Kasih 28

Kementerian Pendidikan Malaysia
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Taman Nusa Damai
Jalan Damai Utama
81700 Pasir Gudang, Johor.
No. Telefon : 011-11910843

Rujukan Kami : JBA 1129/100-9/4/1/( 96 )
Tarikh : 4 Mei 2021

Yang dihormati,
Ibubapa/Penjaga dan Guru-guru,
Sk Taman Nusa Damai,
Jalan Damai Utama,
81700 Pasir Gudang, Johor.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN NUSA DAMAI KALI KE-10

Adalah dengan hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

2. Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Mei 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Aplikasi : Microsoft Teams

3. Agenda mesyuarat

1.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG)
1.3 Ucapan Guru Besar SK Taman Nusa Damai
1.4 Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020
1.5 Pengesahan dan Pembentangan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020
1.6 Pembahasan Usul
1.7 Ucapan Penangguhan

4. Tuan/Puan dikehendaki mengemukakan cadangan usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-10 sebelum atau pada 12 Mei 2021(Rabu) melalui pautan yang
disediakan(https://forms.gle/Q9hTYmH8Mm3hG3JV9)

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………...........
(RIZAL BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG,
SK Taman Nusa Damai.

1

2

3

4

• 10.00 pagi : Pendaftaran para ibu bapa, penjaga,
• 10.30 pagi guru dan tetamu melalui Google Form.

• 11.30 pagi : Majlis bermula
: Bacaan Doa

(Ustaz Abdul Hakim bin Ramli)

: Ucapan alu-aluan YDP PIBG
(Encik Abd Rashid bin Abdullah)

: Ucapan Guru Besar SK Taman Nusa
Damai
(Puan Hajah Norlida binti Mohd Noor)

: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 2021

: Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-10 2021 oleh YDP PIBG Sesi
2021/2022

: Majlis bersurai

5

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-10

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG)

AGENDA 2 : Ucapan Guru Besar SK Taman Nusa Damai

AGENDA 3 : Pembentangan dan Pengesahan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-9
Tahun 2020

AGENDA 4 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan
Kewangan PIBG Tahun 2020

AGENDA 5 : Pembahasan Usul

AGENDA 6 : Ucapan Penangguhan

7

8

AJK PIBG Sesi 2020 /2021 adalah lantikan semasa Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-9 yang diadakan pada 1 Mac 2020

Senarai AJK PIBG SK TAMAN NUSA DAMAI bagi Sesi 2020 /2021

Penasihat : Puan Hajah Norlida binti Haji Mohd Noor
Yang Dipertua : Encik Abdul Rashid bin Abdullah
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Firly bin Jaafar
Setiauhasa : Encik Rizal bin Othman
Naib Setiausaha : Puan Ayuni binti P.Ramli
Bendahari : Puan Halimathon Saadiah binti Rahim
AJK GURU : Encik Abdul Hakim bin Ramli

AJK GURU : Encik Pauzan bin Abu Bakar
AJK GURU : Encik Muhammad Syafiq bin Norazmi
AJK GURU : Puan Rodiah binti Haron
AJK IBUBAPA : Encik Salim bin Jamigan
AJK IBUBAPA : Encik Hamidi bin Abd Hamid
AJK IBUBAPA : Puan Maniyatu Yunah binti Zulkefli
AJK IBUBAPA : Puan Mazlilah binti Tukimon
AJK IBUBAPA : Puan Rabu binti Haji Abil

AJK IBUBAPA : Puan Yu Lee Li
AJK IBUBAPA : Puan Thilagavanthy a/p Kanagasundaram

9

UCAPAN PENGHARGAAN

Saya bagi pihak AJK PIBG ingin mengucapkan seRnggi-Rnggi penghargaan
dan terima kasih yang Rdak terhingga kepada Guru Besar SK Taman Nusa
Damai, Puan Hajah Norlida binR Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Azry bin Mohd Sam, Penolong Kanan HEM, Ustaz Shahrin bin Mat
Saleh, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Nik Zuliana binR Nik Mohamad
Mokhtar, Penolong Kanan Petang, Cikgu Noraisah binR Bachok, atas
sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada PIBG SK Taman Nusa
Damai sepanjang sesi 2020/2021.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan guru dan
seluruh warga sekolah yang turut memberikan sumbangan bakR dalam
memasRkan AJK PIBG dapat memikul amanah yang telah diberi. Semoga
usaha dan pengorbanan kita mendapat ganjaran yang seRmpal.
Terima kasih sekali lagi.

RIZAL BIN OTHMAN
SeRausaha
PIBG SK Taman Nusa Damai
Sesi 2020/2021

10

11

AAJK KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG

JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 2021

Bacaan Doa : En. Abdul Hakim bin Ramli
Pengacara Majlis : Pn. Noor Azah Bin? Md Asbol
Pengurusan Sijil : Pn. Si? Nurain bin? Muhamed.
: Pn. Si? Kasma bin? Yaacob
Banner : En. Nik M. Hafidzu Bin Nik M. Nizam
: En. Faizal bin Ab Rahman
Fotografi : En. Wan Azrol Bin Wan Ahmed
P.A Sistem : En. Muhammad Syazwan bin Zulkifli
Buku Program : Pn. Nazarina bin? Abd Aziz
PendaKaran : Pn. Zaharah Bin? Tairan
Pengira Undi : En. M. Noor Kyairi Bin Hassan.
: En. Mohamad Zul Aizat bin Awang
Runner : En. Mohd Faiezul bin Abidin
Pencatat Minit : Pn. Aida bin? Mustafa
Dokumentasi : Pn. Zuhairah bin? Abdul Rahman
: Pn. Si? Nor Fa?mah bin? Azik
Cabutan Bertuah : Pn. Norhaya? bin? Sa'mah
: Pn. Si? Hawa bin? Ahmad
Teks Ucapan : Pn Jihan bin? Abdul Ghani

***********************************❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤**************************************

12

13

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK TAMAN NUSA DAMAI KALI KE - 9/ TAHUN 2020

Tarikh : 1 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 9.55 pagi
Tempat : Dewan Seri Damai Utama, SK Taman Nusa Damai
Pengerusi : Encik Abd Rashid bin Abdullah
Kehadiran : dihadiri oleh 295 orang ibubapa dan 114 orang guru.

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Yang Dipertua (YDP) Encik Abd Rashid bin Abdullah, memulakan ucapan dengan
rasa kesyukuran kepada Allah yang melimpahkan rahmat-Nya kerana mengizinkan
kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat PIBG pada Kali ini, beliau juga mengucapkan ribuan
terima kasih atas kehadiran ibu bapa. Beliau juga berharap kehadiran ibu bapa pada kali
ini dapat membina kekuatan dan kecemerlangan anak-anak di samping berpeluang
memilih wakil ibu bapa dalam majlis Persatuan Ibu bapa.

1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa yang menjadi tulang
belakang kekuatan barisan PIBG yang sama-sama dapat berbincang isu dan
permasalahan anak-anak didik SK Taman Nusa Damai. Beliau memandang serius soal
pendidikan anak-anak untuk masa depan.

1.3 Beliau turut memohon maaf atas ketidak hadiran barisan AJK PIBG yang tidak
dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau turut menerangkan
komitmen yang telah dijalankan oleh barisan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus
menyumbang tenaga untuk memastikan anak-anak didik SK Taman Nusa Damai dapat
bersaing standing dengan sekolah-sekolah lain.

1.4 Encik Abd Rashid turut mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama guru besar

Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-8/2019

2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-9 dibentangkan oleh Encik Rizal
bin Othman iaitu Setiausaha Kehormat PIBG kali ke-8 bermula pada m/s 6, Pengesahan
minit dinyatakan oleh Encik Hamidi bin Abdul Hamid dan disokong oleh Encik Norhizam
bin Jaafar.Encik Rizal meminta ahli mesyuarat membaca dan menyemak minit

14

Mesyuarat kali ke-8 satu persatu dan beliau membentangkan minit mesyuarat pada kali
ini. Selesai pembentangan, beliau meminta ahli mesyuarat mengemukakan sebarang
permasalahan atau soalan berkaitan minit mesyuarat.

2.2 Teguran Perkara 1.4 tidak ada nama, sepatutnya Encik Abd Rashid bin Abdullah
dan skip turutan nombor 9.2 sepatutnya 8.2, kesalahan teknikal dan Encik Rizal
mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut.

Makluman

3.0 LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019

3.1 Laporan Penyata Kewangan pada tahun 2019 telah dibentangkan oleh Bendahari
Kehormat PIBG Puan Halimaton Sad’iah . Pendapatan yang diperoleh pada tahun 2019
berjumlah RM 98255.28 manakala perbelanjaan sebanyak RM 42164.65.Jumlah baki
berakhir 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM 56090.63 tidak termasuk perbelanjaan
pada hari ini iaitu mesyuarat PIBG pada kali ini dan perbelanjaan untuk Hari Anugerah
Cemerlang.

3.2 Beliau meminta ahli mesyuarat menyemak penyata kewangan yang telah
dibentangkan.

3.3 Pengerusi memaklumkan betapa pentingnya kedudukan kewangan PIBG
daripada sumbangan ibu bapa untuk memastikan keselesaan anak-anak didik SK
Taman Nusa Damai , disamping menyumbang serta membantu pihak sekolah dalam
menguruskan hal-hal yang berlaku pada tahun 2019 seperti kecemasan Bencana Sungai
Kim-kim, membantu kelancaran murid menghadapi UPSR, mengusahakan dan
menyalurkan permasalahan sekolah sehingga peringkat kementerian iaitu lantai kelas
yang bermasalah seperti lantai berlubang dan syukur permasalahan itu dapat
diselesaikan dengan usaha barisan AJK PIBG.

3.4 Di samping itu, beliau menjelaskan permohonan pihak sekolah daripada PIBG
sentiasa diambil berat. Semua ahli jawatankuasa PIBG sentiasa menyokong dan
mengadakan perbincangan dalam semua aspek untuk kecemerlangan anak-anak didik
SK. Taman Nusa Damai terutamanya dari segi kewangan. Contoh sumbangan PIBG
kepada pihak sekolah seperti sumbangan kewangan kepada anak-anak yang
memperoleh kecemerlangan dalam UPSR 2019 sebagai motivasi dan pendorong
kepada murid-murid tersebut.

3.4.1 Beliau meminta ahli mesyuarat yang ada kemusykilan tampil mengemukakan jika
ada isu berbangkit.

15

3.4.2 Laporan Penyata Kewangan 2019 dicadang untuk disahkan oleh Encik Hamidi bin
Abdul Hamid . Cadangan tersebut disokong oleh Encik Nor Izham bin Jaafar.

Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

5.0 PEMBENTANGAN USUL

USUL 1
Puan Yin Wi Lin menyatakan isu kesesakan lalu lintas sewaktu

Ulasan YDP
Pengerusi memanjangkan permasalah ini kepada pihak AJK setempat, kerana pihak
PIBG tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan lanjut namun pihak PIBG sentiasa
memandang isu ini sebagai serius memandangkan melibatkan semua pihak.
Kesesakan berterusan akan dibuka pintu pagar masjid sebagai alternatif untuk
menghantar dan mengambil anak dari sekolah untuk mengelakkan kesesakan
memandangkan penggunaan laluan jalan raya yang maksimum. Beliau juga meminta
para ibu bapa merancang dan menghantar perjalanan anak-anak ke sekolah dengan
lebih baik

USUL 2
Puan Nur Azah
Meminta anak-anak yang cemerlang dalam UPSR mendapat penghargaan dalam bentuk
kewangan atau piala.

Ulasan YDP
Pihak sekolah telah mengambil inisiatif memberi penghargaan kepada murid yang
cemerlang.

Beliau meminta jika ada ibu bapa yang ada permasalahan boleh terus berhubung
dengan pihak sekolah dan pengerusi berjanji akan cuba melayan permasalahan tersebut.
Encik Abd Rashid bin Abdullah membubarkan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi
Tahun 2018/2019 dan meminta ahli majlis melantik barisan AJK Pibg yang baharu bagi
Tahun 2020/2021.
6.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

16

6.1 Ucapan Pengerusi Guru Besar, Puan Fauziah binti Mamat mengucapkan terima
kasih kepada semua barisan PIBG 2018/2019 atas kerjasama yang diberikan kepada
pihak sekolah. Beliau mencadangkan perlantikan Encik Abd Rashid bin Abdullah
sebagai Pengerusi Sementara untuk mengendalikan majlis.

6.2 Pengerusi sementara meminta ibu bapa berlapang dada menyumbang tenaga
kepada pihak sekolah untuk memacu kecemerlangan anak-anak kita serta sentiasa
berniat untuk membantu pihak sekolah dan bersedia untuk menerima pencalonan
sebagai Ahli jawatankuasa PIBG 2020/2021.

6.3 Beliau memaklumkan ibu bapa adalah tulang belakang kepada kecemerlangan
sekolah, dan mengharapkan ahli mesyuarat menyumbang tenaga dan sentiasa
menyokong pihak sekolah serta menjadikan PIBG sebagai platform amal dan
sumbangan kepada pihak sekolah untuk duduk bersama pihak sekolah .

6.4 CADANGAN YANG DIPERTUA PIBG : Encik Hamidi bin Abd Hamid
mencadangkan agar Encik Abd Rashid bin Abdullah kekal sebagai Yang Dipertua PIBG
bagi tahun 2020/2021 walaupun beliau tiada anak yang bersekolah di sekolah
ini..Cadangan En.Hamidi telah dipersetujui sebulat suara oleh para ibu bapa yang hadir
untuk mengekalkan keahlian beliau.

6.5 Pn. Noraizah binti Md Noh dari Zon Kijang mencadangkan AJK lama dikekalkan
dan ada wakil bagi setiap Zon/Fasa .Cadangan disokong oleh semua ahli mesyuarat.

Zon Kijang : Puan Mazlilah binti Tukimon

Zon Kancil : Encik Salim bin Jamigan

Zon Kiara : Encik Mohd Firly bin Jaafar

Zon Harmoni : Encik Hamidi bin Abd Hamid

: Puan Yu Lee Li

Zon Sejahtera : Encik Khairudin bin Koming

Zon Riang : Puan Maniyatu Yunah binti Zulkefli

ZonTenteram : Puan Thilagavanthy A/P Kanagasundaram

Zon Helang : Encik Nor Izham bin Jaapar

Zon Sentosa : Puan Rabu binti Haji Abil

Makluman

7.0 PERBINCANGAN DAN PENETAPAN SUMBANGAN PIBG BAGI SESI 2020/2021
7.1 YDP mencadangkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM70.00 bagi setiap

17

keluarga dikekalkan untuk membantu pihak sekolah menyediakan frasarana yang
kondusif . Cadangan beliau mendapat sokongan sebulat suara daripada pihak ibu bapa
yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN
Tiada hal-hal lain

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 YDP sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ibu bapa
yang hadir dan turut sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 bagi tahun
2020. Beliau mengharapkan ibu bapa secara terbuka dapat berhubung dengan pihak
sekolah atau barisan AJK PIBG jika ada permasalahan dan beliau dengan tangan
terbuka menerima kehadiran ibu bapa.

9.2 YDP menangguhkan mesyuarat PIBG pada kali ini tepat jam 9.55 pagi dan majlis
berhenti rehat dan seterusnya majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2019 diadakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh
........................................... ........................................................
(EN. RIZAL BIN OTHMAN ) ( EN. ABD RASHID BIN ABDULLAH)
Setiausaha,
Persatuan IbuBapa dan Guru, Yang Di Pertua,
SK Taman Nusa Damai. Persatuan IbuBapa dan Guru,

SK Taman Nusa Damai.

18

19

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI 2020

AJK PIBG Sesi 2020 /2021 adalah lantikan semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 yang diadakan
pada 1 Mac 2020

A. Senarai AJK PIBG SK TAMAN NUSA DAMAI bagi Sesi 2020 /2021

1. Penasihat : Puan Hajah Norlida binti Haji Mohd Noor

2. Yang Dipertua : Encik Abdul Rashid bin Abdullah

3. Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Firly bin Jaafar

4. Setiauhasa : Encik Rizal bin Othman

5. Naib Setiausaha : Puan Ayuni binti P.Ramli

5. Bendahari : Puan Halimathon Saadiah binti Rahim

6. AJK GURU : Encik Abdul Hakim bin Ramli

7. AJK GURU : Encik Pauzan bin Abu Bakar

8 AJK GURU : Encik Muhammad Syafiq bin Norazmi

9. AJK GURU : Puan Rodiah binti Haron

10. AJK IBUBAPA : Encik Salim bin Jamigan

11. AJK IBUBAPA : Encik Hamidi bin Abd Hamid

12. AJK IBUBAPA : Puan Maniyatu Yunah binti Zulkefli

13. AJK IBUBAPA : Puan Mazlilah binti Tukimon

14. AJK IBUBAPA : Puan Rabu binti Haji Abil

15. AJK IBUBAPA : Puan Yu Lee Li

16. AJK IBUBAPA : Puan Thilagavanthy a/p Kanagasundaram

B. Mesyuarat AJK PIBG SK Taman Nusa Damai Tahun 2020

i. 22 Januari 2020 - Mesyuarat Ajk PIBG Kali Pertama

(Fokus kepada persediaan Mesyuarat Agung PIBG dan

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid)

ii. 10 November 2020 -Mesyuarat Ajk PIBG Kali Kedua

(Fokus kepada program-program anjuran sekolah)

C. Aktiviti-aktiviti PIBG SK Taman Nusa Damai Tahun 2020

BIL TARIKH AKTIVITI
1 01 / 3 / 2020 MESYUARAT AGUNG PIBG DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID

20

D. Derma / Sumbangan TUJUAN JUMLAH
PENYELENGGARAAN ALAT RM 1800
BIL SUMBANGAN PENDINGIN HAWA DI BILIK
1 MENAIK TARAF PRASARANA SEKOLAH RM 1200
MESYUARAT RM 3800
2 MURAL SEKOLAH KECERIAAN SEKOLAH RM110
3 PRASARANA SEKOLAH(KHEMAH) RUANG MENUNGGU RM 2500
4 PRASARANA SEKOLAH(CANVAS) RUANG MENUNGGU
5 PENGURUSAN SEKOLAH PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH RM 5000

6 PRASARANA SEKOLAH NORMA BAHARU RM 4891
PENDAWAIAN ELEKTRIK DI DEWAN RM 3000
7 PERSIAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH
8 PRASARANA SEKOLAH UTAMA
PENGURUSAN
PEMBINAAN PADANG

Disediakan oleh,
_______________________
(RIZAL BIN OTHMAN)
SetiausahaPIBG
SK TAMAN NUSA DAMAI
PASIR GUDANG, JOHOR

21

22

23

24

25

PERNYATAAN USUL PIBG 2021

BIL USUL
1 Ikut sahaja keputusan yang dicadangkan.
2 Mohon ada pengawal yang memantau lalu lintas semasa waktu puncak murid datang

dan murid pulang ke sekolah di pintu pagar C.
3 Bayaran PIBG tahun ini bagaimana? Masih kekal atau bayaran PIBG tahun ini dapat

dikurangkan lagi disebabkan wabak pandemik covid yang menyebabkan kerja terbatas
sekaligus kurangnya pendapatan. Terima kasih…
4 Setuju sahaja
5 1) Diharapkan pihak sekolah dapat menasihati pengawal supaya lebih proaktif dalam
memastikan kelancaran lalu lintas terutama ketika waktu balik sekolah...

2) Pengawal perlu menghalang ibu bapa yang memakir kereta di atas jalan terutamanya
berdekatan pintu masuk/keluar pagar C (ibu bapa).

3) Harap pihak sekolah dapat bertindak lebih cepat dalam membuat keputusan yang
melibatkan kes covid 19.

4) Diharap pihak guru-guru lebih prihatin terhadap sijil-sijil pelajar dalam apa jua
pertandingan lebih-lebih lagi secara online sekarang iaitu dengan cara sentiasa
memastikan sijil-sijil ini wajib diterima oleh pelajar tersebut dengan segera atau ada
proses kemaskini untuk mendapatkan sijil dari penaja atau penganjur sampai ke tangan
pelajar dengan selamat.
6 Diminta pihak pentadbiran dapat menimbang tara anak-anak dapat balik awal sejam
awal untuk mengelakkan covid 19 melanda.
7 Memandangkn keutamaan pembelajaran norma baharu, kami harap kerjasama
daripada para guru. Masuk pautan pembelajaran mengikut masa yang telah ditetapkan
dalam jadual. Ada sesetengah guru yang beri kerja awal dari masa yang sepatutnya dan
ada juga yang beri tugasan walaupun pada hari tersebut tiada PdPR subjek berkenaan.
Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan pada pelajar malah juga pada ibu
bapa untuk sama-sama memantau PdPR anak-anak.

26

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK TAMAN NUSA DAMAI
SESI 2021/2022

27

Penghargaan

Kami bagi pihak PIBG SK Taman Nusa Damai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah
dan terima kasih kepada:-

• Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
• Guru Besar SK Taman Nusa Damai
• Yang Dipertua PIBG SK Taman Nusa Damai
• AJK PIBG SK Taman Nusa Damai
• Guru-guru SK Taman Nusa Damai
• Staf sokongan SK Taman Nusa Damai
• Murid-murid SK Taman Nusa Damai
• Ibu Bapa dan Penjaga SK Taman Nusa Damai
• Serta semua pihak yang telah bekerjasama dan menyumbang dalam menjayakan

majlis ini…

28

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI
JALAN DAMAI UTAMA, TAMAN NUSA DAMAI,

81700 PASIR GUDANG, JOHOR.
011-11910843

[email protected]

SENADA
SK TAMAN NUSA DAMAI BOLEH!

Peneraju Keunggulan Pendidikan

29


Click to View FlipBook Version