RANIA ERYNA FALYSHA BINTI
CHE KAMARUDIN
4 ZAMRUD
Kuih Akok
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi
tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai
Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat
beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat
berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga
atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis
bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran
merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok
itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna
gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja
bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk
tekstur berspan.
Kuih Bingka
Kelapa
kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan
luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak.
Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair
dalam mulut
Kuih Nekbat
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional
pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras
dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai
Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat
biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa
pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga
gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras.
Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau
dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya
sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih
lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira
dalam air gula yang dimasak dengan daun
pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan
dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan
air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar
kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang
telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan
menjadi kembang dan hancur.
Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang
bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.
Pautan luar
Kuih Asam
Gumpal
Kuih Asam Gumpal. Bila tiba bulan Ramadan, kuih
muih dan manisan tentunya jadi pilihan ramai. Salah
satunya ialah Asam Gumpal ni. Ia merupakan sejenis
hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di
Pantai Timur, dihasilkan menggunakan biji sagu dan
dimasak menggunakan santan
Kuih Puteri
Mandi
Kuih Puteri Mandi merupakan kuih yang berasal dari
Kelantan dan Terengganu. Namun terdapat juga kuih
puteri mandi dari Jawa yang seakan sama rasanya.
Kuih ini juga merupakan kuih yang agak popular di
bazar Ramadan di serata Malaysia.
Kuih Lompat
Tikam
Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur.
Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk
sarapan dan minum petang.