The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thomasusop74, 2022-04-09 10:15:36

SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK (3)

SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK (3)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 1

TUGASAN 2:
PENULISAN

Nama Pelajar : THOMAS ANAK USOP
Angka Giliran : 2021311380017
No. Kad Pengenalan : 010207-13-0451
Kumpulan /Unit : PAKK1621
Kod Kursus : PAKK2302D
Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALEHHUDIN
Tarikh Hantar : 11 APRIL 2022

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.

Tandatangan :THOMAS

Nama : Jason Lim

Tarikh :

PENGHARGAAN

Salam sejahtera

Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan limpah kurnianya dapat juga
saya hasilkan penulisan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini yang

merupakan sebahagian kerja kursus individu.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
individu penting yang banyak membantu saya dalam sepanjang masa saya menyiapkan

kerja kursus penulisan saya ini. Pertama sekali kepada Puan Zuraida Binti Sallehudin
selaku pensyarah PAKK2302D “Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-kanak” kerana

beliau banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya. Sekalung
penghargaan saya berika kepada Puan Zuraida Binti Sallehudin kerana memberikan

tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan penulisan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan

projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai penulisan
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
saya maklumat tidak akan saya lupakan. Ahkir sekali terima kasih kepada pihak yang

telah membantu secara langsung atau sepanjang penulisan saya dijalankan.

Perkembangan Emosi Pada

Kanak-kanak

Proses pembelajaran emosi yang berlaku kepada kanak-kanak bermula pada mereka
masih di usia muda dan pembelajaran ini semakin bertambah seiring waktu dengan
usia mereka yang kian meningkat. Pada masa bayi, bayi akan meluahkan perasaan

mereka melalui komunikasi bukan lisan dan bergantung pada pengasuh untuk
mengenali isyarat mereka. Ekpresi mereka adalah berkaitan dengan kemampuan

mereka mengatur keadaan emosi mereka.

Ekpresi emosi amat berkait rapat dengan pengaruh sosial dan budaya keluarga serta
persekitarannya. Hubungan anak dengan pengasuh akan memberikannya kemampuan
untuk mengekspresikan emosi positif dan negatif yang akan diterima secara sosial dan

budaya.

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

 Memfokuskan terhadap penguasaan emosi yang matang.
 Kehidupan kanak-kanak amat penting kerana tunjang utama pembelajaran

serta perkembangan kanak-kanak untuk mempengaruhi kejayaan
pembelajaran mereka.
 Perkembangan emosi kanak-kanak bermula daripada kebolehan mereka
untuk memahami dan mengurus keadaan emosi sendiri, dengan diikuti emosi
yang positif iaitu kebolehan kanak-kanak untuk menguruskan emosi dalam
membantu keyakinan mereka serta semangat berdikari dan sikap positif
pembelajaran mereka.
 Merupakan keupayaan dalam mengurus emosi diri sendiri dengan
membolehkan kanak-kanak untuk memahami emosi, keperluan serta
menghormati pandangan orang lain.
 Kanak-kanak mempunyai peringkat sosioemosi yang memberansangkan
bahawa mereka akan mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi untuk
menyesuaikan diri dalam kehendak orang sekeliling secara cemerlang.
 Sosioemosi ini ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang tidak
bermoral atau keterlaluan yang dipandang oleh masyarakat.

SOSIO-EMOSI

 Sosioemosi dibahagi kepada dua perkataan iaitu sosial dan emosi
 Kamus pelajar edisi yang pertama yang membawa maksud sosial iaitu segala

hal yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan
 Manakala kamus dewan edisi yang ketiga pula menerangkan sosial sebagai

segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakat.
 Perkembangan sosial merupakan satu keadaan apabila kanak-kanak belajar

untuk berhubung dengan orang lain yang melalui proses yang dapat diterima
orang ramai serta budayanya.
 terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,pembentukan
kendiri,penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. "identiti sosial dan
kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri"(Lewis,1995;Lewis & Books-
Gunn,1979).

EMOSI

 Emosi merupakan perkataan daripada G reek iaitu "emovere" yang
membawa arti "untuk keluar"

 satu perasaan afektif /berkesan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak
dalam sesuatu situasi dengan memberi maksud kepada diri mereka.

 Dimaksudkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditunjukkan
sebagai rangsangan kepada perasaan emosi

AHLI PSIKOLOGI DAN FISIOLOGI BERPENDAPAT:

 Emosi yang melibatkan tindak balas fisiologi, perasaan, gerak hati serta
pernyataan emosi.

 Hadir dengan pelbagai bentuk seperti takut, marah, gembira, sedih dan
lain-lain

 Tahap emosi juga pelbagai dan secara amnya emosi dibahagi sebagai emosi
positif seperti gembira, teruja, girang dsan emosi negatif pula adalah seperti
marah,sedih,kecewa, dan lain-lain.

FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan keadaan
sosio-emosi kanak-kanak. Menurut Rahil & Habibah (2002), punca yang melibatkan
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak termasuklah faktor persekitaran, di mana
persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling kanak-kanak, termasuk keadaan
fizikal, iklim, sosiobudaya, politik, dan interaksi manusia-persekitaran), persekitaran
atau "pemakanan" adalah semua rangsangan yang boleh menjejaskan perkembangan
seseorang individu. Manakala, menurut Coon (2000), persekitaran ialah "jumlah
semua keadaan luaran yang mempengaruhi pembangunan, terutamanya pengaruh
pembelajaran". Perkembangan seorang kanak-kanak itu amat dipengaruhi dengan
persekitaran dan setiap individu akan menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa
dalam beberapa peringkat pertumbuhan yang tertentu tetapi berbeza dari segi fizikal,
kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak. Kita tahu bahawa persekitaran adalah segala
yang terdapat disekililing mampu mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Contohnya
keluarga dapat mempengaruhi persekitaran kanak-kanak iaitu institusi keluarga dengan
memberikan pengaruh yang amat kuat dan utrama terhadap proses perkembangan
kehidupan manusia. Bak kata pepatah “melentur buluh biar lah dari rebungnya”. Antara
elemen keluarga ialah gaya hidup, makanan, didikan, dan status ekonomi di rumah,
semuanya mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu. Contohnya,
dalam keluarga yang mesra kanak-kanak dan penyayang Anak yang dilahirkan akan
mengalami emosi yang sihat.Selain itu, pemakanan yang seimbang akan membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak.Dengan asuhan dan pendidikan yang baik, kanak-
kanak akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan
sempurna.Faktor lain termasuk mempengaruhi kecerdasan, personaliti, emosi dan
sosial perkembangan rakan sebaya.Contohnya kanak-kanak yang berinteraksi
dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan membawa atau menggalakkan kanak-
kanak mengembangkan potensi dan kecerdasan mereka ke tahap yang lebih baik..
Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan dan bermoral
akan menyerap nilai-nilai yang baik daripada rakan mereka. Selain itu, status
sosioekomi juga akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak bahawa

status sosiiekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu kanak-kanak ke
tahap yang optimum dengan contoh ibubapa yang berupaya dengan memberikan
manakan yang berzat dan seimabng serta kemudahan yang lengkap untuk pendidikan
yang sempurna kepada kanak-kanak. Guru dan sekolah juga memainkan peranan
dalam perkembangan intelek, emosi dan sosial kanak-kanak, dan pengurusan guru
yang prihatin dan cekap dalam aktiviti bilik darjah akan melahirkan kanak-kanak yang
berpendidikan, pintar, beretika dan bertanggungjawab. Iklim sekolah yang menyokong
dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap akan membantu kanak-
kanak mengembangkan kemahiran kognitif-emosi dan psikomotor mereka. Selain itu,
budaya dan kepercayaan masyarakat juga merupakan bidang kehidupan manusia
yang akan mempengaruhi emosi sosial kanak-kanak dari aspek emosi, personaliti dan
psikologi. Budaya dan kepercayaan akan membezakan corak kehidupan dan tingkah
laku. Sumber teknologi juga mempengaruhi emosi kanak-kanak dan sosial kanak-kanak
yang merujuk kepada maklumat yang sihat diperoleh daripada bahan bacaan.
Pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang ganas, lucah atau kejam
boleh membentuk budaya atau sikap dan personaliti negatif. Media juga berpengaruh
dalam memberikan maklumat tentang pelbagai aspek dunia.Media menyebut tentang
pemakanan dan pendidikan anak yang sihat. Ini akan membantu kanak-kanak
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang baik dalam kehidupan mereka
dengan menjaga faktor-faktor ini. Pusat ibadat juga merupakan pusat sosial-emosi
yang mempengaruhi kanak-kanak, yang boleh membentuk emosi yang baik dari segi
keaslian yang positif dan perkembangan rohani.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Antara implikasi perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah akan membantu kanak-
kanak untuk menilai terhadap permasalahan yang sedang mereka hadapi serta
membantu kanak-kanak untuk menilai perspektif orang lain dengan menceritakan
pengalaman atau perasaan mereka terhadap orang lain dan diri sendiri secara terbuka.
Selain itu, ia juga akan membantu kanak-kanak membuat hubungkait antara nilai yang
dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat bagi memberikan kesedaran kepada
kanak-kanak untuk tidak keseragaman antara tingkah laku mereka serta menilai apa
mereka perbuat itu betu atau salah. Mereka akan mengenalpasti ketidak seragaman
orang lain dahulu kepada diri sendiri. Dalam aktiviti kumpulan kanak-kanak akan
menyatakan emosi mereka dalam melakukan aktiviti kumpulan dengan memberi
peneguhan kepada merekayang akan menjadi pendengar yang baik dengan
menunjukkan kesdaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan menilai nilai-nilai
sejagat serta mampu membuat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-
nilai moral serta emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang mendapat keadilan dan
layanan samarata kepada semua murid di dalam bilik darjah dan kanak-kanak dapat
membezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-
undang yang melibatkan nilai-nilai moral. Ia juga akan membantu kanak-kanak untuk
mendewasakan diri dengan persekitaran mereka serta menyampaikan perasaan
mereka kepada kita. Semua orang akan melalui beberapa proses dalam peringkat
perkembangan yang bertukar ganti dari hari ke hari seperti pada mula kita lahir
sehingga kita dewasa. Pada kesemua peringkat terdapat pelbagai kemaslahatan yang
akan dialami sebelum berkembang ke peringkat yang seterusnya. Jika kemaslahatan ini
tidak dapat dikawal dengan sempurna maka kanak-kanak sukar untuk mengatasi serta
mengawal keadaan diamana pada peringkat seterusnya. Emosi seperti kerisauan,
kegembiraan, kemarahan serta bertindak balas terhadap emosi yang fokus terhadap
perhatian kanak-kanak dalam beberapa aspek penting yanag ada pada kehidupan
mereka serta membantu kanak-kanak dalam menjana idea, matlamat dan melahirkan
perancangan yang baharu. Berawal usia kanak-kanak, ini merupakan masa yang amat
penting bahawa mereka akan belajar dan mengenal tentang keadaan emosi pada
semua orang. Hal begantung kepada orang yang keluarga lebih matang bagi kanak-
kanak dan guru mereka dalam memenuhi keperluan dan emosi kanak-kanak.Pada

peringkat ini akan berpengaruh terhadap perkembangan melalui proses pengelaman
merek .Kanak-kanak juga dapat mengetahui keadaan emosi yang diperbuat secara
mudah .Kanak-kanak mengelami perubahan kognitif dan kemahiran secara sosial yang
berkembang dengan cekap serta melarikan diri dalam situasi yang boleh
mendatangkan emosi negatif atau emosi yang menyenangkan serta dikekalkan melalui
emosi sedia ada.Pada peringkat pertengahan pula,kanak-kanak mengetahui apa yang
kita maklumkan yang sesuai dengan konsep kanak-kanak.Hal ini kerana mereka dapat
menambahkan kemahiran yang baharu seperti berdikari dan contohnya,belajar dari segi
berjalan,makan dengan sendiri serta bercakap. Seterusnya,mereka akan membuat
konsep kendiri seperti pengawalan pergerakan motor kasar. Pada tempoh ini
mempunyai kebolehan dalam membuat perbezaan pada tingkah laku sama ada itu
betul atau salah. Oleh yang demikian,kanak-kanak yang berasa takut untuk melakukan
kesalahan tetapi tingkah laku yang yang baik dan diingini patut diberi ganjaran serta
pujian manakala peringkat akhir kanak-kanak akan meningkat dewasa dan komplex
dalam melakukan sesuatu tindakan namun beberapa daripada kanak-kanak yang
berjaya mengawal beberapa situasi yang mencabar,dan kanak-kanak yang tewas
akhirnya membawa mereka kepada tingkah laku yang negatif seperti tekanan
kebimbangan dan ketakutan.Peringkat seterusnya mereka lebih mendalami
pemahamam seta mudah dalam mengawal tekanan berbeza pada peringkat awal
kanak-kanak .Maka dari itu,kanak-kanak diminta menjelajah serta membuat pelbagai
aktiviti bagi mendapatkan kepuasan emosi mereka.Antara cara menggalakan
perkembangan dengan meminta kanak-kanak meneka keadaan emosi serta
menceritakan pengelaman emosi pada setiap watak dengan menggalakan kanak-kanak
membuat eksperisi emosi mereka.Dengan cara ini dapat membantu serta memberi
keselesaan kepada kanak-kanak semasa emosi mereka kurang stabil dengan membuat
contoh kepada kanak-kanak cara yang bijak untuk menghadapi masalah emosi yang
negatif.

PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Guru memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi kanak-kanak
serta meningkatkan akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, sebagai serang guru
pendidikan awal kanak-kanak itu akan menjadi satu tanggungjawab dalam memberikan
ransangan kepada pembelajaran kanak-kanak sama ada secara langsung atau secara
tidak langsung dengan memotivasikan mereka untuk Berjaya di peringkat yang lebih
tinggi. Contohnya jika sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta
dirancang dengan baik dan teliti kanak-kanak akan mendapay pelbagai pengalaman
melalui aktiviti tersebut dan membantu mereka mengalami sesuatu aktiviti tersenut
dengan perasaan gembira serta mampu menarik minat mereka. Sebagai seorang guru
kita merupakan sebagai ibubapa dan pengasuh kepada kanak-kanak yang perlu
mencerminkan sikap yang baik dan mendorong mereka kea rah pembelajaran yang
mampu membentuk mereka serta kita berpengaruh penting dalam dalam membentuk
perwatakan kanak-kanak serta proses penyesuaian diri mereka. Guru pendidikan awal
kanak-kanak juga perlu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak secara menyeluruh
serta guru itu sendiri juga perlu mendalami pengetahuan mereka dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Berikut merupakan peranan guru dalam membantu serta
menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak:

1.Guru sebagai pengganti ibu bapa

Kanak-kanak yang hadir ke pusat pendidikan awal kanak-kanak pada awal
pertama kalinya mereka memang akan merasa ketakutan ,berasa sedih dan
akan menghadapi permasalahan mengenai emosi yang menganggu
kenteteraman jiwa kanak-kanak.Oleh itu,guru mestilah faham untuk membina
suasana bagi memenuhi keperluan fizikal dan emosi mereka .Pada mulanya
peringkat ini mereka berasa sensitive terhadap keadaan di sekeliling mereka.
Keselamtan diri,kenteteraman emosi merupakan aspek yang sangat penting
pada peringkat ini bahawa seseorang guru haruslah menimbulkan perasaan
kasih sayang seperti tingkah laku lemah lembut,aktif,periang,menggunakan
suara yang bernada lembut dan bermanis muka dengan kanak-kanak.Di
samping itu,guru hendaklah bersikap tegas ,bertolak ansur,bertimbang rasa dan
bersikap adil semasa melayani kanak-kanak. Antara keperluan fizikal dan emosi
kanak-kanak:

 latihan menggunakan tandas
 tatatertib ketika makan
 penerimaan dan pujian daripada guru selepas membuat dan mencuba sesuatu
 rasa selamat di samping guru
 suasana tenang ketika berehat

2.Guru sebagai contoh yang baik kepada kanak-kanak
Guru yang berpengaruh penting dalam kehidupan kanak-kanak seperti di pusat

pendidikan awal kanak-kanak iaitu guru merupakan contoh utama kepada kanak-kanak.
Dengan secara langsung atau tidak langsung kanak-kanak dapat memerhati serta
meniru kelakuan guru mereka serta guru pendidikan awal kanak-kanak hendaklah
mengambil peluang yang terdapat di pusat prasekolah bagi menunjukkan teladan yang
sangat baik dan dapat menerapkan tabiat positif kepada kanak-kanak tersebut.

3.Guru sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak

Permainan atau aktiviti yang tidak formal merupakan salah satu cara mereka
untuk belajar yang sepatutnya dirancang oleh guru Pra-sekolah dengan pelbagai aktiviti
serta merancang aktiviti Pdp yang menyeronokan dengan penglibatan semua kanak-
kanak secara aktif. Sewaktu kanak-kanak melalui proses beriinteraksi dengan sekeliling
mereka,mereka hendaklah meneroka,menyoal,dan mencuba sesuatu alam sekeliling
mereka dengan menggunakan deria bagi kesedaran dan memahami sesuatu yang
berlaku di persekitarannya.Aktiviti yang dibuat oleh pendidik awal kanak-kanak haruslah
membantu kanak-kanak untuk mencapai kejayaan setanding dengan kebolehan
mereka.Pendidik awal kanak-kanak perlu memberi ganjaran kepada mereka yang
mencapai kejayaan serta memberi pujian terhadap yang mencuba. Maka konsep diri
kanak-kanak yang baik diminta dapat membantu dan jika salah satu kanak-kanak
merasakan kekecewaanterhadap sesuatu jadi ia dapat mengatasi kerana terdapat
keyakinan akan kebolehan mereka serta dapat membentuk sikap ketrampilan diri yang
baik dan setia.

4.Peranan guru dalam membentuk perwatakan dan proses penyesuaian diri
kanak-kanak

Pewujudan suasana yang ceria terhadap kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak
ke arah pembelajaran yang baik dan aktif dengan mengembangkan bakat yang
seimbang. Program pendidikan awal kanak-kanak semestinya mendorong kanak-kanak
mendapat amalan yang baik serta mental yang sihat seperti bergembira dalam
melakukan pelbagai aktiviti, bersikap prikemanusian, penyayang, suka menolong dan
berkongsi bahan permainandengan cara bertukar ganti serta menghargai hak orang lain
dengan cara menghormati. Selain itu, pendidik awal kanak-kanak hendaklah
mengetahui berbagai cara untuk membantu kanak-kanak yang terlalu aktif (hyper-
active) dan menguasai emosi mereka yang meluap-luap dengan menggunakannya
dalam pelbagai aktiviti yang mampu mendorong kanak-kanak itu mendapatkan manfaat
itu sendiri.

5. Peranan guru sebagai pengelola pusat prasekolah
Bagi mengelolakan pusat pendidikan awal kanak-kanak dengan lancar dan

teratur, pendidik awal kanak-kanak hendaklah mengetahui serba sedikit tentang
prosedur pentadbiran di sekolah bagi memudahkan pendidik awal kanak-kanak (guru
prasekolah),dalam melaksanakan tugas serta mengetahui perkara-perka: :
 Mendaftar dan menyimpan rekod kanak-kanak
 Menyediakan dan menyimpan kira-kira mengenai perbelanjaan
 Merancang apa yang perlu dibeli atau didapati dengan percuma
 Memeriksa dan membuat senarai barang-barang,bahan-bahan,alat dan lain-lain yang
sudah dibeli dan menyediakan tempat untuk menyimpannya
 Berhubung dengan ibu bapa dan masyarakat untuk mendapatkan kerjasama dalam
membantu program sekolah.

6. PERANAN GURU DALAM MASYARAKAT

Peranan yang penting dimainkan oleh guru dipusat prasekolah kearah
pembentukan perkembangan seorang kanak-kanak. Guru memerlukan kerjasama dan
sokongan ahli-ahli masyarakat tempatan juga untuk menjalankan peranannya ini
dengan lebih berkesan dan profesinoal. Guru prasekolah hendaklah seboleh-bolehnya:

 Menyertai dengan cergas aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat
 Berhubung dengan ahli masyarakat terutama sekali bagi menyampaikan penerangan

mengenai pendidikan prasekolah
 Melahirkan perasaan penuh simpati,hormat menghormati dan bertimbang rasa

terhadap ibu bapa
 Mengetahui dan memahami kanak-kanak di bawah jagaaanya,bukan sahaja sebagai

individu dalam satu keluarga tetapi juga dalam masyarakat
 Menyesuai diri sebagai seorang ahli masyarakat di tempat ia bertugas,serta melahirkan

sikap bertimbang rasa dan jujur terhadap orang lain.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Sekolah : Tadika Methodist Sungai Rassau
Tarikh : 12 April 2022
Masa : 10. 00 a.m. hingga 11.00 a.m.
Bilangan Pelajar : 7 orang
Tajuk : Kenali Anggota Badan

Tunjang Utama : Sains dan teknologi
Fokus : SA 3.0 Menyiasat Alam Hidupan
Standard Kandungan : SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian
badan dan deria manusia
Standard Pembelajaran : SA 3.2.1 Mengenal pasti anggota badan
Kesepaduan Tunjang : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penggunaan motor halus

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dapat:-

i. Mengenalpasti nama anggota badan berdasarkan gambar pada kad imbasan dengan
betul.
ii. Mengambil gambar anggota badan lalu lekatkan pada model anggota badan dengan
betul.
iii. Memberitahu fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan baik.

Pengetahuan Sedia Ada : Mengetahui nama anggota badan

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, model anggota badan dan kad imbasan

Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi

Penerapan Nilai : Kerajinan, keberanian dan kerjasama

Fokus MI : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik

Masa / Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Langkah Menunjukkan video ABM
Set Lagu Kanak Kanak | Anggota Badan | Didi & 1. Guru Komputer
Induksi Friends menunjukkan riba
( https://www.youtube.com/watch?v=1OZFmyq62n video kenali MI
10 Minit) E anggota badan Visual-ruang
kepada murid-
Langkah Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai murid. ABM
1 gambar anggota badan manusia 2. Guru Kad imbasan
(10 Minit meminta KBAT
) murid-murid Menganalisis
melihat video PN
tersebut
dengan penuh
perhatian
1. Guru
menunjukkan
kad imbasan
kepada murid-
murid yang
mempunyai
gambar

Langkah Melengkapkan model anggota badan manusia anggota badan Kerajinan
2 manusia.
( 2. Guru ABM
10 Minit) memberitahu Model
setiap nama anggota
anggota badan badan
manusia. KBAT
3. Guru Mengaplikas
menunjukkan i
gambar PN
anggota badan Kerjasama
secara rawak MI
lalu meminta Visual-ruang
murid-murid
menyebut
nama anggota
badan
manusia yang
guru
tunjukkan
tadi.

1. Guru
menunjukkan
model anggota
badan
manusia di
hadapan kelas.
2. Guru
mencabut
beberapa
anggota badan
yang terdapat
pada model
tersebut.
3. Guru
meminta
murid-murid
melengkapkan
model anggota
badan
manusia itu
dengan betuk.

Langkah Memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada 1. Guru ABM
3 setiap anggota badan menunjukkan Kad imbasan
( kad imbasan
KBAT

10 Minit) yang Menganalisis
mempunyai PN
Penutup Bersoal jawab gambar Keberanian
( 5 Minit) anggota badan MI
manusia. Verbal-
2. Guru linguistik
meminta
setiap orang KBAT
murid-murid Menganalisis
memberitahu PN
fungsi-fungsi Verbal-
yang terdapat linguistik
pada setiap
anggota bada
n dengan
berani.

1. Guru
bersoal jawab
dengan murid-
murid tentang
apa yang
dipelajari.

Refleksi Guru :

Kelebihan- Aktiviti pada langkah kedua merupakan aktiviti yang lebih berpusatkan kepada

murid. Hal ini kerana pada langkah tersebut, murid-murid diminta untuk melengkapkan anggota

badan yang hilang pada model anggota badan itu dengan menggunakan pengetahuan mereka

sendiri serta mereka menggunakan fizikal mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut. Hal ini

telah menunjukkan rasa minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu video yang

dipertontonkan kepada murid-murid dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar.

Kelemahan- Alat bantu mengajar model anggota badan ini dilihat tidaklah begitu kukuh untuk
digunakan. Hal ini demikian kerana ABM hanyalah diperbuat daripada kotak.

Penambahbaikan- ABM yang dihasilkan perlulah lebih kukuh agar boleh digunakan pada
pengajaran yang lain serta boleh digunakan pada masa yang akan datang.

KOD KONSTRUK STANDARD PRESTASI

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL

FK 1 FK 1.1 Perkembangan 1 Boleh menjalankan aktiviti yang
Motor Halus melibatkan kemahiran motor halus.

2 Boleh melakukan kemahiran motor
halus menggunakan alatan dengan cara
yang betul.

3 Boleh melakukan kemahiran motor
halus yang melibatkan pelbagai aktiviti
yang lebih kompleks.

Standard Prestasi / Pentaksiran

ITEM / KEMAHIRAN

Bil Nama murid

Item Item 2 Item

1 Mengenalpasti Mengambil gambar 3 Memberitahu

nama anggota badan anggota badan lalu fungsi yang terdapat

berdasarkan gambar lekatkan pada model pada setiap anggota

pada kad imbasan anggota badan dengan badan dengan baik.

dengan betul betul.


Click to View FlipBook Version