INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 1
TUGASAN 2:
PENULISAN
Nama Pelajar : THOMAS ANAK USOP
Angka Giliran : 2021311380017
No. Kad Pengenalan : 010207-13-0451
Kumpulan /Unit : PAKK1621
Kod Kursus : PAKK2302D
Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Nama Pensyarah : PUAN ZURAIDA BINTI SALEHHUDIN
Tarikh Hantar : 11 APRIL 2022
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :THOMAS
Nama : Jason Lim
Tarikh :
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan limpah kurnianya dapat juga
saya hasilkan penulisan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini yang
merupakan sebahagian kerja kursus individu.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
individu penting yang banyak membantu saya dalam sepanjang masa saya menyiapkan
kerja kursus penulisan saya ini. Pertama sekali kepada Puan Zuraida Binti Sallehudin
selaku pensyarah PAKK2302D “Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-kanak” kerana
beliau banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya. Sekalung
penghargaan saya berika kepada Puan Zuraida Binti Sallehudin kerana memberikan
tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan penulisan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan
projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai penulisan
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
saya maklumat tidak akan saya lupakan. Ahkir sekali terima kasih kepada pihak yang
telah membantu secara langsung atau sepanjang penulisan saya dijalankan.
Perkembangan Emosi Pada
Kanak-kanak
Proses pembelajaran emosi yang berlaku kepada kanak-kanak bermula pada mereka
masih di usia muda dan pembelajaran ini semakin bertambah seiring waktu dengan
usia mereka yang kian meningkat. Pada masa bayi, bayi akan meluahkan perasaan
mereka melalui komunikasi bukan lisan dan bergantung pada pengasuh untuk
mengenali isyarat mereka. Ekpresi mereka adalah berkaitan dengan kemampuan
mereka mengatur keadaan emosi mereka.
Ekpresi emosi amat berkait rapat dengan pengaruh sosial dan budaya keluarga serta
persekitarannya. Hubungan anak dengan pengasuh akan memberikannya kemampuan
untuk mengekspresikan emosi positif dan negative dengan cara yang dapat diterima
secara sosial dan budaya.
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
Fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.
penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana menjadi asas
kepada pembelajaran dan perkembangan murid serta mempengaruhi
kejayaan dalam pembelajaran mereka.
perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,semangat
berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami
emosi,keperluan dan menghormati pandangan orang lain.
membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra
dan harmoni.
kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan,ini
bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi
menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang.
sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang
keterlalauan tidak baik dipandang oleh masyarakat.
SOSIO-EMOSI
dua perkataan iaitu sosial dan emosi
kamus pelajar Edisi pertama -sosial bermaksud segala hal yang berkaitan
dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
kamus Dewan Edisi ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang
berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakat.
perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya.
terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,pembentukan
kendiri,penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. "identiti sosial dan
kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri"(Lewis,1995;Lewis & Books-
Gunn,1979).
EMOSI
Emosi berasal daripada perkataan G reek iaitu "emovere" yang membawa
maksud "untuk keluar"
satu perasaan afektif /berkesan yang dialami oleh seseorang individu dalam
sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar
sebagai rangsangan kepada persaan emosi
AHLI PSIKOLOGI DAN FISIOLOGI BERPENDAPAT:
Emosi melibatkan perasaan,gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan
emosi.
datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira,sedih,takut marah dan
lain-lain.
tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai
emosi positif seperti gembira, teruja, girang dsan emosi negatif pula adalah
seperti marah,sedih,kecewa, dan lain-lain.
FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada perkembangan sosioemosi
kanak-kanak. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-
kanak ialah faktor persekitaran dimana persekitaran membawa maksud keadaan yang
berada di sekililing kanak-kanak yang termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya,
politik dan interaksi diantara manusia dan alam sekitarnya dengan menurut Rahil &
Habibah (2002), persekitaran atau “nuture” ialah segala ransangan yang akan
mempengaruhi perkembangan individu. Manakala menurut Coon (2000) pula
memberikan definisi bahawa persekitaran itu ialah “The sum of all external conditions
affecting development, especially the effects of learning”. Perkembangan seorang
kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitaran dengan setiap individu menunjukkan
ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang
tertentu tetapi berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak. Kita
tahu bahawa persekitaran adalah segala yang terdapat disekililing mampu
mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Contohnya keluarga dapat mempengaruhi
persekitaran kanak-kanak iaitu institusi keluarga dengan memberikan pengaruh yang
amat kuat dan utrama terhadap proses perkembangan kehidupan manusia. Bak kata
pepatah “melentur buluh biar lah dari rebungnya”. Antara unsur-unsur keluarga ini akan
melibatkan corak kehidupan mereka semasa berada di rumah, makanan, asuhan serta
status ekonomi dan faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan
setiap individu. Contohnya kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang
mesra dan penuh dengan kasih sayang kepada kanak-kanak mereka akan mengalami
emosi yang sihat. Selain itu, makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-
kanak akan mempengaruhi perkembangan jasmani kanak-kanak dengan sempurna
yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan
potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Antara faktor yang lain ialah
pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi perkembangan intelek, sahsiah, emosi
dan sosial. Contohnya kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar
akan membawa atau mendorong kanak-kanak dapat meningkatkan potensi mereka
serta intelek ke tahap yang lebih optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan dan bermoral akan menyerap nilai-nilai yang baik
daripada rakan mereka. Selain itu, status sosioekomi juga akan mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak bahawa status sosiiekonomi keluarga yang
baik atau tinggi akan membantu kanak-kanak ke tahap yang optimum dengan contoh
ibubpa yang berupaya dengan memberikan manakan yang berzat dan seimabng serta
kemudahan yang lengkap untuk pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak. Guru
dan sekolah juga mempunyai peranan dalam perkembangan kanak-kanak dari segi
intelek, emosi, dan sosialnya bahawa guru yang penyayang dan cekap dalam
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan
kanak-kanak yang berilmu tinggi, pintar bermoral dan bertanggungjawab. Iklim sekolah
yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran serta
pembelajaran akan membantu kanak-kanak berkembang dalam kognitif mereka secara
afektif dan psikomotor kanak-kanak. Seterusnya kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat juga merupakan alam kehidupan manusia yang akan mempengaruhi
sosioemosi kanak-kanak dari aspek emosi, personaliti dan mental mereka. Kebudayaan
dan kepercayaan akan membezakan corak kehidupan dan perlakuan. Sumber teknologi
juga mempengaruhi emosi kanak-kanak dan sosial kanak-kanak yang merujuk kepada
maklumat yang sihat diperoleh daripada bahan bacaan. Kanak-kanak yang didedahkan
dengan sumber teknologi keganasan, kuning atau kezaliman akan membentuk budaya
atau sikap dan personaliti yang negative. Media juga berpengaruh dalam memberikan
informasi mengenai aspek dunia bahawa ibu bapa yang terdedah kepada informasi
kepada kesihatan, kehidupan, dan budaya akan mementingkan serta mengutamakan
faktor pemakanan dan pendidikan anak-anak serta diambil sebagai contoh ibu bapa
yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media bacaan bagi merujuk
pemakanan dan pendidikan anak secara sihat. Ini akan membantu kanak-kanakuntuk
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang baik dalam kehidupan mereka
dengan mengambil berat tentang faktor ini. Pusat ibadat juga salah satu mempengaruhi
sosioemosi kanak-kanak dengan mampu membentuk emosi yang baik dari segi
perkembangan sahisah dan rohani yang positif.
IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Antara implikasi perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah akan membantu kanak-
kanak untuk menilai terhadap permasalahan yang sedang mereka hadapi serta
membantu kanak-kanak untuk menilai perspektif orang lain dengan menceritakan
pengalaman atau perasaan mereka terhadap orang lain dan diri sendiri secara terbuka.
Selain itu, ia juga akan membantu kanak-kanak membuat hubungkait antara nilai yang
dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat bagi memberikan kesedaran kepada
kanak-kanak untuk tidak keseragaman antara tingkah laku mereka serta menilai apa
mereka perbuat itu betu atau salah. Mereka akan mengenalpasti ketidak seragaman
orang lain dahulu kepada diri sendiri. Dalam aktiviti kumpulan kanak-kanak akan
menyatakan emosi mereka dalam melakukan aktiviti kumpulan dengan memberi
peneguhan kepada merekayang akan menjadi pendengar yang baik dengan
menunjukkan kesdaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan menilai nilai-nilai
sejagat serta mampu membuat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-
nilai moral serta emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang mendapat keadilan dan
layanan samarata kepada semua murid di dalam bilik darjah dan kanak-kanak dapat
membezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-
undang yang melibatkan nilai-nilai moral. Ia juga akan membantu kanak-kanak untuk
mendewasakan diri dengan persekitaran mereka serta menyampaikan perasaan
mereka kepada kita. Semua individu akan melalui pelbagai peringkat perkembangan
yang bersiri dari hari pertama dilahirkan sehingga dewasa. Pada setiap peringkat
terdapat pelbagai krisis yang akan dihadapi sebelum boleh berkembang ke peringkat
yang seterusnya. Jika krisis tersebut tidak dapat ditangani dengan baik, maka mereka
akan mengalami kesukaran untuk mengatasi dan menangani krisis pada peringkat yang
seterusnya. Emosi kegembiraan, kemarahan, kerisauan, dan tindak balas emosi yang
lain memfokuskan kepada tumpuan kanak-kanak terhadap aspek penting dalam
kehidupan mereka serta membantu mereka untuk mengembangkan idea, matlamat dan
perancangan yang baru. Pada tempoh awal usia kanak-kanak, ia merupakan tempoh
yang paling penting kerena mereka akan mempelajari dan mengenal pasti tentang
emosi-emosi pada setiap manusia. Perkembangan ini bergantung kepada orang
dewasa terutamanya ibubapa dan guru untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi
kanak-kanak. Pada peringkat ini juga akan berpengaruh terhadap perkembangan
kanak-kanak melalui pengalamannya. Kanak-kanak akan dapat mengenal pasti setiap
emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Mereka juga akan mengalami perkembangan
kognitif dan kemahiran sosial yang sangat cekap yang dapat mengelakkan situasi yang
boleh mendatangkan emosi yang negatif atau mengekalkan emosi yang menyenangkan
dan emosi yang sedia ada. Pada peringkat pertengahan pula, konsep kanak-kanak ini
akan mula bertambah dengan mula mengetahui apa yang disebut. Kanak-kanak ini juga
akan meningkatkan kemahiran untuk berdikari contohnya dari segi belajar berjalan,
bercakap, makan dengan sendiri. Selain itu, mereka juga akan membina konsep kendiri
melalui mengawal pergerakan motor kasar. Dalam masa yang sama, mereka juga
berkebolehan untuk membezakan tingkah laku yang betul atau salah. Kanak-kanak ini
juga akan merasa takut untuk melakukan kesalahan tetapi tingkah laku yang positif dan
diingini juga patut diberi pujian. Pada peringkat akhir pula kanak-kanak akan bertambah
matang atau komples dan akan melakukan pelbagai tindakan dan tetapi, sesetengah
daripada kanak-kanak akan Berjaya dalam menangani situasi-situasi yang mencabar,
dan terdapat juga kanak-kanak yang akan kalah dan akhirnya akan membawa kepada
tingkah laku yang negatif seperti tekanan, ketakutan dan kebimbangan. Oleh itu, pada
peringkat yang seterusnya kanak-kanak akan lebih memahami serta mudah untuk
menangani tekanan berbanding dengan peringkat awal kanak-kanak.Kesimpulannya,
kanak-kanak digalakkan untuk menjelajah dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan
kepuasan emosi. Kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai sifat yang unik dan
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Cara
menggalakkan perkembangan ialah meminta mereka untuk meneka emosi serta
membincangkan pengalaman emosi dalam sesuatu watak serta menggalakkan mereka
mengekspresikan perasaan mereka. Dengan cara ini juga dapat membantu dan
memberi keselesaan kepada mereka ketika emosi mereka tidak stabil dan dapat
menjadi contoh kepada mereka dengan cara yang bijak apabila berhadapan dengan
emosi yang negatif.
PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Guru memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi kanak-kanak
serta meningkatkan akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, sebagai serang guru
pendidikan awal kanak-kanak itu akan menjadi satu tanggungjawab dalam memberikan
ransangan kepada pembelajaran kanak-kanak sama ada secara langsung atau secara
tidak langsung dengan memotivasikan mereka untuk Berjaya di peringkat yang lebih
tinggi. Contohnya jika sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta
dirancang dengan baik dan teliti kanak-kanak akan mendapay pelbagai pengalaman
melalui aktiviti tersebut dan membantu mereka mengalami sesuatu aktiviti tersenut
dengan perasaan gembira serta mampu menarik minat mereka. Sebagai seorang guru
kita merupakan sebagai ibubapa dan pengasuh kepada kanak-kanak yang perlu
mencerminkan sikap yang baik dan mendorong mereka kea rah pembelajaran yang
mampu membentuk mereka serta kita berpengaruh penting dalam dalam membentuk
perwatakan kanak-kanak serta proses penyesuaian diri mereka. Guru pendidikan awal
kanak-kanak juga perlu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak secara menyeluruh
serta guru itu sendiri juga perlu mendalami pengetahuan mereka dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Berikut merupakan peranan guru dalam membantu serta
menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak:
1.Guru sebagai pengganti ibu bapa
Kanak-kanak yang datang ke pusat prasekolah pada awal kali pertamanya sudah
tentu akan berasa takut, sedih, dan menghadapi masalah emosi yang boleh
menggangu ketenteraman minda mereka.Oleh itu,guru mestilah faham dan perlulah
mewujudkan suasana yang dapat memenuhi keperluan emosi dan fizikal mereka. Pada
peringkat ini kanak-kanak sangat sensitif kepada keadaan di sekeliling mereka.
Ketenteraman emosi, kepercayaan dan keselamatan diri sangatlah penting pada
peringkat ini.Guru mestilah menunjukkan sangat kasih sayang, tingkah laku yang lemah
lembut, riang dan aktif, bermuka manis dan menggunakan nada suara yang lunak bila
bercakap.Di samping bersikap adil dan tegas,bertolak ansur dan bertimbang rasa
semasa melayani kanak-kanak. Di antara keperluan emosi dan fizikal kanak-kanak
ialah:
latihan menggunakan tandas
tatatertib ketika makan
penerimaan dan pujian daripada guru selepas membuat dan mencuba sesuatu
rasa selamat di samping guru
suasana tenang ketika berehat
2.Guru sebagai contoh yang baik kepada kanak-kanak
Guru mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kaak-kanak.Di pusat
prasekolah guru adalah contoh yang utama kepada mereka.Secara langsung atau tidak
kanak-kanak memerhati dan meniru kelakuan guru.Guru hendaklah menggunakan
peluang yang didapati di pusat prasekolah untuk menunjukkan teladan yang baik serta
menerapkan tabiat yang positif kepada kanak-kanak itu.
3.Guru sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak
Melalui permainan atau aktiviti tidak formal yang lain adalah cara kanak-kanak
belajar dan ianya patut disediakan oleh guru prasekolah dengan berbagai-bagai jenis
aktiviti dan seboleh-bolehnya hendaklah aktiviti pembelajaran yang mengembirakan
dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif.Semasa kanak-kanak berinteraksi dengan
alam sekeliling, mereka digalakkan menyoal, mencuba, meneroka dan menggunakan
segala derianya untuk menyedari dan memahami perkara-perkara yang berlaku di
persekitarannya. Aktiviti yang dirancang oleh guru hendaklah membolehkan kanak-
kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.Guru bukan sahaja memberi
pujian kepada kanak-kanak yang telah berjaya bahkan juga memberi pujian kepada
kanak-kanak yang telah mencuba.Dengan ini konsep diri yang positif diharapkan dapat
membantu.Jika seorang kanak-kanak itu berasa kecewa akan sesuatu sudah tentu
dapat diatasinya kerana mempunyai keyakinan atas kebolehan diri sendiri dan
seterusnya dapat membentuk sikap kesetiaan diri.
4.Peranan guru dalam membentuk perwatakan dan proses penyesuaian diri
kanak-kanak
Mewujudkan suasana riang dan mesra kepada kanak-kanak dapat mendorong mereka
ke arah pembelajaran yang aktif serta perkembangan yang seimbang.Program
prasekolah seharusnya menggalakkan kanak-kanak memperolehi amalan mental yang
sihat,seperti suka dan bergembira membuat sesuatu aktiviti,bersikap pengasih dan
penyayang terhadap sesuatu aktiviti dan orang lain, sanggup menolong dan membantu
sesama sendiri,berkongsi menggunakan alat-alat permainan dengan cara
bergilir,menghormati dan menghargai hak orang lain.Selain itu,guru prasekolah
hendaklah mengetahui berbagai cara untuk membantu kanak-kanak yang terlalu aktif
(hyper-active) dan menguasai emosi mereka yang meluap-luap dengan
menggunakannya dalam aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-
kanak itu sendiri.
5. Peranan guru sebagai pengelola pusat prasekolah
Untuk mengelola pusat prasekolah dengan licin dan teratur,guru prasekolah
hendaklah mengetahui sedikit sebanyak tentang prosedur pentadbiran di sekolah bagi
memudahkan mereka (guru prasekolah),dalam melaksanakan tugas serta mengetahui
perkara-perka: :
Mendaftar dan menyimpan rekod kanak-kanak
Menyediakan dan menyimpan kira-kira mengenai perbelanjaan
Merancang apa yang perlu dibeli atau didapati dengan percuma
Memeriksa dan membuat senarai barang-barang,bahan-bahan,alat dan lain-lain yang
sudah dibeli dan menyediakan tempat untuk menyimpannya
Berhubung dengan ibu bapa dan masyarakat untuk mendapatkan kerjasama dalam
membantu program sekolah.
6. PERANAN GURU DALAM MASYARAKAT
Peranan yang penting dimainkan oleh guru dipusat prasekolah kearah
pembentukan perkembangan seorang kanak-kanak. Guru memerlukan kerjasama dan
sokongan ahli-ahli masyarakat tempatan juga untuk menjalankan peranannya ini
dengan lebih berkesan dan profesinoal. Guru prasekolah hendaklah seboleh-bolehnya:
Menyertai dengan cergas aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat
Berhubung dengan ahli masyarakat terutama sekali bagi menyampaikan penerangan
mengenai pendidikan prasekolah
Melahirkan perasaan penuh simpati,hormat menghormati dan bertimbang rasa
terhadap ibu bapa
Mengetahui dan memahami kanak-kanak di bawah jagaaanya,bukan sahaja sebagai
individu dalam satu keluarga tetapi juga dalam masyarakat
Menyesuai diri sebagai seorang ahli masyarakat di tempat ia bertugas,serta melahirkan
sikap bertimbang rasa dan jujur terhadap orang lain.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Sekolah : Tadika Methodist Sungai Rassau
Tarikh : 12 April 2022
Masa : 10. 00 a.m. hingga 11.00 a.m.
Bilangan Pelajar : 7 orang
Tajuk : Kenali Anggota Badan
Tunjang Utama : Sains dan teknologi
Fokus : SA 3.0 Menyiasat Alam Hidupan
Standard Kandungan : SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian
badan dan deria manusia
Standard Pembelajaran : SA 3.2.1 Mengenal pasti anggota badan
Kesepaduan Tunjang : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penggunaan motor halus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dapat:-
i. Mengenalpasti nama anggota badan berdasarkan gambar pada kad imbasan dengan
betul.
ii. Mengambil gambar anggota badan lalu lekatkan pada model anggota badan dengan
betul.
iii. Memberitahu fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan baik.
Pengetahuan Sedia Ada : Mengetahui nama anggota badan
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, model anggota badan dan kad imbasan
Kemahiran Berfikir (KB) : Menganalisis dan mengaplikasi
Penerapan Nilai : Kerajinan, keberanian dan kerjasama
Fokus MI : Kecerdasan visual-ruang dan verbal-linguistik
Masa / Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Langkah Menunjukkan video 1. Guru ABM
Set Lagu Kanak Kanak | Anggota Badan | Didi & menunjukkan Komputer
Induksi Friends video kenali riba
( https://www.youtube.com/watch?v=1OZFmyq62n anggota badan MI
10 Minit) E kepada murid- Visual-ruang
murid.
Langkah Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai 2. Guru ABM
1 gambar anggota badan manusia meminta Kad imbasan
(10 Minit murid-murid KBAT
) Melengkapkan model anggota badan manusia melihat video Menganalisis
tersebut PN
Langkah dengan penuh Kerajinan
2 perhatian
( ABM
10 Minit) 1. Guru Model
menunjukkan anggota
kad imbasan badan
kepada murid-
murid yang
mempunyai
gambar
anggota badan
manusia.
2. Guru
memberitahu
setiap nama
anggota badan
manusia.
3. Guru
menunjukkan
gambar
anggota badan
secara rawak
lalu meminta
murid-murid
menyebut
nama anggota
badan
manusia yang
guru
tunjukkan
tadi.
1. Guru
menunjukkan
model anggota
badan
manusia di KBAT
hadapan kelas. Mengaplikas
2. Guru i
mencabut
beberapa PN
anggota badan Kerjasama
yang terdapat
pada model MI
tersebut. Visual-ruang
3. Guru
meminta
murid-murid
melengkapkan
model anggota
badan
manusia itu
dengan betuk.
Langkah Memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada 1. Guru ABM
3 setiap anggota badan menunjukkan Kad imbasan
( kad imbasan KBAT
10 Minit) yang Menganalisis
mempunyai PN
Penutup Bersoal jawab gambar Keberanian
( 5 Minit) anggota badan MI
manusia. Verbal-
2. Guru linguistik
meminta
setiap orang KBAT
murid-murid Menganalisis
memberitahu PN
fungsi-fungsi Verbal-
yang terdapat linguistik
pada setiap
anggota bada
n dengan
berani.
1. Guru
bersoal jawab
dengan murid-
murid tentang
apa yang
dipelajari.
Refleksi Guru :
Kelebihan- Aktiviti pada langkah kedua merupakan aktiviti yang lebih berpusatkan kepada
murid. Hal ini kerana pada langkah tersebut, murid-murid diminta untuk melengkapkan anggota
badan yang hilang pada model anggota badan itu dengan menggunakan pengetahuan mereka
sendiri serta mereka menggunakan fizikal mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut. Hal ini
telah menunjukkan rasa minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu video yang
dipertontonkan kepada murid-murid dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar.
Kelemahan- Alat bantu mengajar model anggota badan ini dilihat tidaklah begitu kukuh untuk
digunakan. Hal ini demikian kerana ABM hanyalah diperbuat daripada kotak.
Penambahbaikan- ABM yang dihasilkan perlulah lebih kukuh agar boleh digunakan pada
pengajaran yang lain serta boleh digunakan pada masa yang akan datang.
KOD KONSTRUK STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
PERKEMBANGAN FIZIKAL
FK 1 FK 1.1 Perkembangan 1 Boleh menjalankan aktiviti yang
Motor Halus melibatkan kemahiran motor halus.
2 Boleh melakukan kemahiran motor
halus menggunakan alatan dengan cara
yang betul.
3 Boleh melakukan kemahiran motor
halus yang melibatkan pelbagai aktiviti
yang lebih kompleks.
Standard Prestasi / Pentaksiran
ITEM / KEMAHIRAN
Bil Nama murid
Item Item 2 Item
1 Mengenalpasti Mengambil gambar 3 Memberitahu
nama anggota badan anggota badan lalu fungsi yang terdapat
berdasarkan gambar lekatkan pada model pada setiap anggota
pada kad imbasan anggota badan dengan badan dengan baik.
dengan betul betul.