The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rr3613, 2021-01-18 00:42:42

Sejarah Bab 1

kandungan bab ting.1

Keywords: Menengah Rendah

1.Maksud / Latar belakang / Konsep : Imperialisme Barat di Asia Tenggara.
(Buku teks T5 mukasurat 3-4)

Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan

wilayahnya . Caranya dengan menjajah negara lain tujuan untuk kepentingan tertentu .

Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.

Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai

wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. [4m]

Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong

oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi. Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain,

Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara kuasa Barat yang terlibat dengan

imperialisme di Asia Tenggara. Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya

menawan Melaka pada tahun 1511. [2m]

.

Tujuan awal, imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah

sahaja. Namun, apabila Revolusi Perindustrian tercetus di Eropah, persaingan antara

kuasa Barat menjadi semakin sengit. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara

kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat. [3m]

2. Faktor / Sebab / Mengapa Imperialisme Barat di Asia Tenggara.
(Buku teks T5 mukasurat 5-7)

Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara kerana kedudukan Asia Tenggara

yang strategik. Asia Tenggara terletak di antara China dan India. Keadaan ini telah

menarik minat imperialis Barat untuk menguasainya kerana penguasaan tersebut dapat

menjamin pasaran yang luas. [2m]

Faktor lain ialah tanahnya yang subur. Asia Tenggara juga kaya dengan bahan

mentah. Contohnya Tanah Melayu kaya dengan bijih timah. Indonesia pula kaya dengan

bijih timah. Thailand mempunyai sumber bijih timah dan kayu jati. Burma mempunyai

sumber kayu jati. Filipina mempunyai sumber tebu dan kelapa. [4m]

Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah

sejak abad ke-17.Keadaan ini telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil

perkilangan secara besar-besaran. Impaknya mereka memerlukan bekalan bahan mentah

secara konsisten. [3m]

Selain itu, mereka memerlukan kawasan pasaran baru. Keadaan ini mendorong
perluasan imperialisme yang lebih pesat di Timur, terutamanya di China, India dan Asia
Tenggara. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat.Faktornya kerana
berpotensi kedua-dua negara tersebut dijadikan pasaran yang luas bagi barangan mereka.

[3m]

1

Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan

dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Penggunaan kapal berkuasa wap

membolehkan muatan yang lebih banyak. Malah dapat mempercepatkan perjalanan antara

Barat dengan Timur. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan

jarak perjalanan di antara Barat dan Timur. Maka dengan ini, menjadikan perjalanan

lebih selamat dan menjimatkan kos. [5m]

Disamping itu penciptaan telegraf pula telah membawa perubahan terhadap

perhubungan antara Barat dengan Timur. Kuasa-kuasa imperialis dapat memberikan

arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan

berkesan. Begitu juga dengan ahli-ahli perniagaan di Barat, mereka dapat berhubung

dengan wakil-wakil mereka di Timur. Selain itu, urusan perniagaan menjadi lebih

mudah. Malah perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat. [5m]

Faktor seterusnya ialah persaingan antara kuasa Barat. Semakin luas tanah jajahan

mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah

jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. [2m]

Faktor terakhir ialah Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British

dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih

maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur

ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula berpegang pada slogan tugas

menyebarkan tamadun. Ini bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan

orang Timur. Mubaligh Kristian juga berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab

menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan. [4m]

3. Perubahan Sistem Politik Dan Pentadbiran di Asia Tenggara Sebelum Dan Selepas

Penjajahan Barat. ( Buku teks T5 mukasurat 8-13)

a) Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah

diperkenalkan. Sistem ini menggantikan sistem pemerintahan beraja. Antara ciri-ciri

umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara ialah

penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat adalah hasil penyatuan wilayah-

wilayah di tanah jajahan. [3m]

Selain itu pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
Seterusnya pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan). Ciri lain ialah pelantikan
pegawai Barat sebagai ketua biro .Ciri terakhir ialah pengenalan undang-undang Barat.

[4m]

2

b) Perubahan Politik di Negara Berikut .......
c) Bandingkan Sistem Pemerintahan Sebelum Dan Selepas Imperialisme di Asia

Tenggara

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI FILIPINA- SEPANYOL
( buku teks mukasurat 8-9)

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil

dikenali sebagai barangay. Barangay diperintah oleh golongan datu. Di selatan

kepulauan Filipina pula wujud kerajaan-kerajaan Islam. [3m]

Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan sistem

pentadbiran berpusat. Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi. Manakala

pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan bawah sistem Encomienda

(menggabungkan barangay).Sistem ini, diketuai oleh Encomiendero. Tugas encomiendero

ialah menjaga keamanan. Selain itu mengutip cukai. Encomiendero juga

mengkristiankan penduduk barangay. Penyatuan barangay telah menyebabkan

kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional. Malah menyebabkan pengaruh

golongan datu merosot. [6m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI INDONESIA – BELANDA
( buku teks mukasurat 9)

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa beberapa buah

kerajaan yang berasingan. Contohnya kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.

Kerajaan tersebut diketuai oleh raja. Raja dibantu oleh golongan pembesar. Pada

peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau

bupati (di Jawa). [5m]

Setelah menguasai Indonesia, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua, iaitu

pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor

Jeneral. Manakala pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan. Walau

bagaimanapun diletakkan di bawah pengawasan pegawai Belanda. [3m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI BURMA – BRITAIN
( buku teks mukasurat 10-11)

Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan
beraja di bawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya diketuai oleh Raja.
Dibantu oleh Hluttaw (Majlis diraja). Wun (Pegawai tinggi kerajaan). Myothugyi (Ketua
bandar). Ahmudan (Pegawai diraja). Akhir sekali Athi(Pembesar-pembesar tradisional).

3

Raja juga merupakan penaung kepada sami Buddha. Kemenangan British dalam Perang

Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma. [6m]

Setelah penguasaan British terhadap Burma telah menyebabkan Dinasti Konbaung

berakhir. Kesannya institusi raja tersingkir. Malah jawatan pembesar tradisional pada

peringkat pusat terhapus. [3m]

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma. Pengenalan

Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan

terus sistem pentadbiran tradisional. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok

(pegawai bandaran). Undang-undang Barat diperkenalkan. Pengaruh golongan agama

merosot. Keadaan ini berlaku berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah

diambil alih oleh undang-undang Barat. Majlis Perundangan telah diperkenalkan.

Beberapa jabatan juga diperkenalkan. Contohnya jabatan perhutanan, jabatan kesihatan

dan jabatan pelajaran telah ditubuhkan. [6m]

.
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI INDOCHINA – PERANCIS

( buku teks mukasurat 11)

Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah
kerajaan pusat berkuasa mutlak. Pentadbiran ini memberikan kuasa penuh kepada
pernbesar ternpatan. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan
Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

[4m]

Selepas dikuasai Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor

Jeneral. Beliau bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

Perancis juga telah membentuk sebuah kerajaan pusat. Malah Perancis menubuhkan

Union Indochinoise. Semua rang undang-undang di Indo-China diluluskan oleh

Parlimen Perancis. Walaupun begitu, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri

oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun mereka perlu membayar cukai dan

menyediakan kerahan tenaga. [6m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI TANAH MELAYU – BRITAIN
( buku teks mukasurat 12)

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkanSistem

Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu. Namun,

setelah penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja di Melaka.

Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini terus terhapus. [4m]

4

Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah

digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS). Gabenor merupakan pemerintah

tertinggi NNS. Beliau dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan. [4m]

Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan

Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen. Di Negeri-Negeri

Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor pula

British memperkenalkan Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di

bawah Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk

menasihati Sultan dalam semua perkara. Kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat

Melayu. [4m]

Selain itu, British telah memperkenalkan pelbagai perubahan. Contohnya sistem

kehakiman barat telah diperkenalkan. Sistem pengutipan cukai turut diperkenalkan.

Negeri-negeri dibahagi kepada beberapa daerah. Seterusnya penubuhan balai polis.

Walaupun struktur pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu tidak berubah, namun, peranan

raja dan pembesar Melayu telah terjejas. [4m]

PERUBAHAN PENTADBIRAN DI THAILAND ( buku teks mukasurat 12-13)

a) Pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh Thailand telah berjaya mengekalkan

kemerdekaannya.

b) Faktor Thailand tidak mengalami imperialisme Barat

Di Thailand, birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh raja-rajanya.

Contohnya oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkut telah melantik 80

orang penasihat Barat. Tujuannya untuk mengetuai pelbagai jabatan. Di samping melatih

pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari

Britain. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat

dan Perancis. [5m]

Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah. Majlis ini

merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara, Majlis Mesyuarat Tertinggi

dan Kabinet Menteri terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat.

Fungsinya ialah mengetuai kementerian. Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk

berkhidmat dalam perbendaharaan negara. [3m]

Sehubungan dengan itu telah muncul golongan baru. Mereka terdiri daripada

pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden. Kedudukan mereka

berdasarkan tahap pendidikan mereka. Pada tahun 1932, sistem raja berperlembagaan

yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa

mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi

raja. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam

mengekalkan kemerdekaan Thailand. [4m]

5

4. Pengamalan Sistem Birokrasi Barat Dalam Sistem Pentadbiran Malaysia

Pengamalan sistem birokrasi barat dalam sistem pentadbiran Malaysia berasaskan

pembentukan sebuah kerajaan berpusat. Pembentukan negara kita pada tahun 1957

berdasarkan gabungan 11 buah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kuala

Lumpur sebagai kerajaan pusat.. Pengamalan sistem kerajaan berpusat semakin

berkembang apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dengan kemasukkan Sarawak

dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Perubahan pusat pentadbiran negara ke Putrajaya

telah memperkasakan lagi sistem kerajaan berpusat di negara kita. [4m]

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Yang di Pertuan Agong (YDPA) dilantik sebagai ketua negara.
Sebagai ketua negara, YDPA mempunyai bidang kuasa tertentu berdasarkan peruntukan
perlembagaan persekutuan. YDPA mempunyai kuasa perundangan dan pentadbiran.
Contohnya kuasa melantik Perdana Menteri dan meluluskan undang-undang parlimen.

[4m]

Bagi melincinkan pentadbiran negara, kerajaan telah membentuk sistem kabinet

atau Jemaah Menteri. Peranannya bagi membantu Perdana Menteri menjalankan tugas

pentadbiran negara. Terdapat 32 kementerian yang diketuai oleh seorang menteri.

Dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Bagi memudahkan

pentadbiran, jabatan dan agensi bagi sesebuah kementerian ditubuhkan..Bagi setiap negeri

ditubuhkan cawangan. Contohnya Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan

Daerah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. [4m]

Sistem perundangan dan kehakiman yang diamalkan di negara kita merupakan

penerusan sistem perundangan dan kehakiman Barat. Penubuhan sistem mahkamah seperti

Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisterit membuktikan

pengamalan sistem perundangan barat. [2m]

Secara keseluruhanya, memang tidak dinafikan sistem pentadbiran Malaysia kini

mewarisi sistem birokrasi barat yang yang terlah diperkenalkan di Asia Tenggara pada

zaman penjajahan Barat. [1m]

5. Mengapa Sistem Birokrasi Barat Tidak Diterima Oleh Penduduk Tempatan

Sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan kerana pegawai

Barat telah mengambil alih sistem pemerintahan tempatan. Melaluinya, mereka telah

campur tangan dalam adat resam tempatan dan agama. Malah pegawai kerajaan terdiri

daripada orang Barat. Kesannya, birokrasi Barat telah menghapuskan sistem pentadbiran

tradisional. [4m]

6

Pengenalan birokrasi Barat telah menyebabkan berlaku kerahan tenaga kepada
penduduk tempatan. Contohnya yang berlaku di Filipina (Sistem Polo) dan Indonesia
(Sistem Tanaman Paksa). Kesannya hasil bumi tempatan dimonopoli oleh penjajah. [3m]

Seterusnya penduduk juga dikongkong dengan pelbagai peraturan. Contohnya

pengenalan sistem tanah yang dilakukan di Terengganu. Pihak British juga memberikan

layanan yang berat sebelah. Kesannya penduduk perlu mendapatkan pas kebenaran

untuk membuka tanah. [4m]

Manakala dalam sistem pendidikan pula, penduduk tempatan tidak diberi peluang

mendapat pendidikan tinggi. Contohnya di Tanah Melayu hanya golongan elit dan

bangsawan berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Kesannya rakyat tidak berpeluang

mendapatkan pendidikan yang tinggi. Impaknya mereka tidak berpeluang menjawat

jawatan dalam kerajaan. [4m]

Seterusnya penduduk tempatan tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan ekonomi

dagangan. Mereka hanya terlibat dalam kegiatan ekonomi sara diri sahaja.Contohnya

aktiviti penanaman padi dan menungut hasil hutan. Kesannya ekonomi orang Melayu tidak

berkembang dan mundur. [4m]

6. Kesan Imperialisme Terhadap Negara-Negara Asia Tenggara.

Kesan Politik

Kesan dari segi politik ialah Asia Tenggara menjadi tanah jajahan kuasa Barat. Ini

kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak antara China dan India. Contohnya

Belanda menguasai Kepulauan Indonesia dan British menguasai Tanah Melayu. Oleh

itu, negara di Asia Tenggara telah menjadi sasaran kuasa imperialis. [3m]

Seterusnya pembesar kehilangan kuasa. Di mana peranan mereka diambil alih oleh

penjajah. Contohnya pengenalan Sistem Encomienda oleh Sepanyol di Filipina. Hal ini

menyebabkan pengaruh golongan Datu merosot. [2m]

Di samping itu ialah lenyapnya sistem pentadbiran tradisional. Hal ini demikian

kerana penjajah telah melaksanakan Undang-Undang Barat di negara yang dijajah.

Contohnya pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma

1889. Kesan pengenalan undang-undang Barat telah menyebabkan institusi raja terus

terhapus. [3m]

Kesan Ekonomi
Kesan ekonomi pula ialah imperialisme telah menyebabkan sumber ekonomi

tempatan dibolot oleh penjajah. Keadaan ini berlaku kerana penjajah memerlukan bekalan
bahan mentah dalam kuantiti yang banyak. Bahan mentah ini untuk Revolusi

7

Perindustrian. Contohnya British telah menguasai perlombongan bijih timah di Tanah

Melayu. Oleh itu, keperluan bahan mentah secara konsisten oleh penjajah telah

menyebabkan mereka menguasai sumber ekonomi negara yang dijajah. [4m]

Kesan Sosial

Kesan sosial ialah imperialisme juga telah menyebabkan munculnya semangat

menentang penjajah dalam kalangan penduduk tempatan. Hal ini kerana penduduk

tempatan tidak berpuashati dengan dasar penjajah Barat. Contohnya penentangan terhadap

penjajah Belanda di Indonesia yang dipimpin oleh Soekarno. Akibatnya, pengenalan

pelbagai dasar dan perubahan yang dilakukan oleh penjajah telah membangkitkan

semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. [4m]

7. Slogan Menyebarkan Tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah
muslihat mereka untuk menjajah Asia Tenggara

Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa ini

mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab

untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis
menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab

untuk mentamadunkan orang Timur. [4m]

Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan

tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan kepentingan

mereka. [2m]

Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat bersaing

sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas.

Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan. Contohnya kuasa British

berjaya menguasai Tanah Melayu. [4m]

Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi

perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia Tenggara yang

kaya dengan bahan mentah Dengan penjajahan ini dapat menjamin bekalan bahan

mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia Tenggara untuk dapat meluaskan

pasaran hasil perkilang pasaran ke India dan China. [3m]

Kesannya Asia Tenggara berjaya dikuasai dengan mudah oleh imperialis barat

hasil daripada tipu muslihat yang telah direncanakan. [1m]

8

8. Setujukah anda, imperialisme Barat bertujuan menyebarkan tamadun

Saya bersetuju bahawa imperialisme Barat telah menyebarkan tamadun mereka di

Asia Tenggara. Sistem birokrasi Barat diperkenalkan telah mewujudkan pentadbiran

yang lebih sistematik dan seragam. Contohnya melalui penyatuan wilayah-wilayah, Di

Filipina, Sepanyol menyatukan barangay. Di Indonesia, Belanda menyatukan kerajaan-

kerajaan tradisional seperti Mataram. Di Tanah Melayu, British mewujudkan Negeri-

Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Hasil

daripada penyatuan inilah kemudiannya muncul negara bangsa yang moden. Contohnya

Indonesia, Malaysia, Burma dan Filipina selepas mencapai kemerdekaan daripada

penjajah. [7m]

Imperialisme Barat juga telah memperkenalkan tanaman komersil di negara-negara
Asia Tenggara. British memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu. Amerika
mengkomesilkan tanaman tebu, tembakau dan abaka di Filipina. Manakala Belanda
mengkomesilkan tanaman kopi dan tembakau di Indonesia. Kemajuan ekonomi ini telah
menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Malah tanaman komersil ini juga telah
menyumbang kepada pendapatan negara. Contohnya getah sebagai komoditi eksport
yang utama semasa dan selepas tercapainya kemerdekaan di negara-negara berkenaan.

[7m]

9. Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan dasar penjajahan
mereka di Asia Tenggara
Asia Tenggara.

Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem

birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan. Sebaliknya digantikan penubuhan kerajaan

pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina. Gabenor Jeneral telah mengambil

alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat. [3m]

Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara menubuhkan

jabatan kerajaan (biro). Contohnya Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan

Polis telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah dilantik untuk menjalankan

pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara

Barat. [3m]

Kuasa imperialisme Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan
menguatkuasakan undang-undang Barat. Contohnya, Akta Perkampungan Burma dan
Akta Ulu Burma yang diperkenalkan oleh British di Burma. Pelaksanaan undang-undang
tersebut melenyapkan penguasaan pembesar tradisional tempatan dalam pentadbiran.

[3m]

9

Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara mengeksplotasi

ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, British menguasai bijih timah di Tanah

Melayu,. Hal ini menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan cara

mengaut sumber kekayaan tanah jajahan. [3m]

Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara
memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, British
memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. Tujuannya untuk mengasingkan kaum
mengikut etnik masing-masing. Tindakan yang diamalkan berjaya memecahkan
perpaduan rakyat tempatan. Impaknya, tidak timbul penentangan terhadap mereka.

[4m]

10. Kesan pelaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional
negara-negara di Asia Tenggara.

Antara kesannya ialah sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan. Melalui

penyatuan pentadbiran telah menyebabkan berlakunya kemerosotan sistem

pemerintahan tradisional. Malah pengaruh golongan pembesar tradisi merosot.

Contohnya di Indonesia, pentadbiran terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan

pentadbiran tempatan. Kesannya menyebabkan kedaulatan negara tergugat. [4m]

Kesan lain ialah pemerintahan tradisional peringkat pusat terhapus. Ini disebabkan
peranan raja diambil oleh British. Contohnya melalui sistem birokrasi Barat telah
menamatkan Dinasti Konbaung di Burma. Impaknya pengaruh golongan agama merosot.

[3m]

Kesan seterusnya, penjajah Barat juga telah memperkenalkan undang-undang

Barat. Melaluinya mereka memperkenalkan peraturan tanah dan cukai yang tinggi. Hal

ini menyulitkan kehidupan rakyat tempatan. Kesannya penduduk tempatan merasakan

diri mereka ditindas. [3m]

Seterusnya raja terpaksa menerima penasihat Barat. Contohnya British

memperkenalkan Residen dalam pentadbiran. Fungsi residen menasihati sultan dalam

pentadbiran kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu. Keadaan ini

menyebabkan kuasa Raja atau Sultan terbatas. Malah pembesar tempatan kehilangan

kuasa dan pengaruh. [4m]

10

11.Usaha mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan
kemerdekaan.
Berikan penjelasan.

Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati diri

Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir masyarakat.

Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan bersamping mula dilupakan

terutama ketika menyambut hari raya. Generasi muda lebih gemar memperagakan fesyen

terkini berbanding baju kurung yang melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih

selesa mengenakan fesyen pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan. Kesimpulannya

budaya barat telah meresapi pemikiran generasi muda. [4m]

Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak berteraskan

nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya, gejala seks bebas, seks

songsang, gay dan lesbian menarik perhatian golongan yang menyimpang daripada ajaran

agama. Muda-mudi tanpa segan silu memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial

sehingga seluruh dunia menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian

lama merdeka. Rumusanya apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih

terjajah dalam bidang kebudayaan tanpa disedari. [4m]

Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras keharmonian

negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat yang cuba diseludup ke negara

ini hendaklah ditentang habis-habisan. Kegiatan menyelewengkan ajaran agama perlu

dibanteras. Usaha pihak tertentu yang ingin mencetuskan huru-hara hendaklah

dihentikan. [4m]

Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik untuk

mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita mestilah hidup

bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang terhadap usaha pihak tertentu yang

cuba meniupkan api perkauman dan perpecahan. Kesannya kemerdekaan tetap

terpelihara. [4m]

12. Keistimewaan / keunikkan Asia Tenggara yang menarik minat Imperialis Barat
.

Asia Tenggara menarik minat imperialis kerana kedudukannya yang strategik. Hal

ini kerana Asia Tenggara terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat.

Contohnya di Selat Melaka atau Laut China Selatan. Kesannya Asia Tenggara menjadi

tumpuan kuasa imperialis Barat. [3m]

Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Bahan mentah penting untuk
memenuhi keperluan perindustrian di Eropah. Contohnya Tanah Melayu, Indonesia yang
kaya dengan Bijih Timah. Kesannya berlaku ekploitasi ekonomi di Asia Tenggara. [3m]

11

Seterusnya, Asia Tenggara mempunyai pasaran yang luas untuk barang keluaran

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah. Ini membawa kepada persaingan kuasa-

kuasa Barat merebut tanah jajahan di rantau ini. Contohnya China dan India menjadi

sasaran imperialisme untuk memasarkan barangan mereka. [4m]

Asia Tenggara dijajah kerana mempunyai tanah yang subur. Justeru itu sesuai

untuk tanaman dagangan. Contohnya tanaman getah, tembakau dan kopi. Malah

disokong oleh iklim Asia Tenggara yang panas dan lembab sepanjang tahun. Iklim ini

sesuai untuk pertanian. [3m]

13. Cara untuk mengelakkan penjajahan semula berlaku di negara kita

Cara untuk mengelak penjajahan semula daripada berlaku di negara kita ialah

memilih pemimpin bijaksana. Pemimpin yang bijaksana mampu merancang strategi

dengan baik. Contohnya pemimpin yang banyak melakukan pembaharuan untuk negara.

Impaknya akan membawa kemakmuran kepada negara. [4m]

Seterusnya kita perlu mengamalkan prinsip dan pendekatan berbaik-baik dengan

negara-negara lain. Tujuannya untuk mengelak penjajahan semula. Caranya ialah

sentiasa bermuafakat antara pemimpin negara. Contohnya melalui ASEAN. Kesannya

wujud hubungan yang erat antara negara. [4m]

Di samping itu, kita perlu mengekalkan perpaduan kaum. Langkahnya ialah
dengan mengamalkan sikap bekerjasama. Contohnya dengan meraikan majlis perayaan
bersama-sama antara setiap kaum. Kesannya wujud sifat toleransi antara kaum. [3m]

Cara lain ialah kita perlu berani mempertahankan negara. Melaluinya kedaulatan

negara dikekalkan. Sepatutnya semua kaum harus bersedia menjadi anggota

keselamatan. Contohnya menyertai polis dan tentera. Kesannya keamanan dapat

dikekalkan. [4m]

Akhir sekali, rakyat perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan

masalah. Dengan ini mewujudnya persefahaman. Contohnya pandangan semua kaum

harus diberi perhatian. Kesannya imej negara akan terpelihara. [3m]

14. a) Sejauh manakah Imperialisme /Penjajahan alaf ke 21 / Penjajahan bentuk
baru / Neokolonisme berlaku pada hari ini.

b) Apakah bentuk penjajahan alaf Baharu ?
c) Bagaimanakah imperialisme moden berlaku pada masa kini ?

Antara penjajahan bentuk baharu yang berlaku pada hari ini ialah penerapan
budaya asing. Penularan ini berlaku menerusi filem, muzik dan media sosial yang telah

12

mempengaruhi pemikiran generasi muda. Penerapan cara hidup Barat ini merupakan
satu bentuk neokolonialisme. Contohnya pergaulan bebas dalam masyarakat telah menjadi
budaya baharu dalam generasi muda. Kesannya, muda mudi sekarang gemar
mengamalkan budaya hedonisme dan terpengaruh dengan ideologi ekstrimis. [4m]

Dari segi ekonomi, penjajahan bentuk baharu berlaku apabila negara maju

mengawal kewangan negara. Hal ini kerana negara kita terlalu bergantung kepada

kuasa besar dunia untuk memajukan ekonomi negara. Contohnya kita meminta

bantuan dana daripada negara China. Kesannya kita terpaksa tunduk dan akur kepada

ketetapan yang dibuat oleh negara berkenaan. [4m]

Penjajahan ekonomi berlaku apabila negara maju menguasai pasaran bahan
mentah dunia. Hal ini kerana negara membangun tidak mempunyai kepakaran dan
modal. Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk memproses bahan mentah menjadi
barangan siap. Contohnya negara maju mengenakan kawalan harga terhadap bahan
mentah. Malah mereka mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang
diberikan. Kesannya negara membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada negara
maju. Kesan pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil [4m]

15. a) Kesan penjajahan bentuk baharu (Neokolonialisme) / Kesan Imperialisme
terhadap rantau Asia Tenggara hari ini.

b) Kesan / Implikasi / Impak yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar
imperialisme bentuk baru (neokolonialisme)

Kesan Sosial

Dari segi sosial, penjajahan bentuk baharu akan menghakis nilai kebudayaan

ketimuran. Dalam dunia globalisasi kemasukan budaya negatif dari Barat berlaku dengan

mudah. Contohnya penularan budaya hedonisme, pergaulan bebas, dan LGBT.

Kesannya telah membawa keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat terutama generasi

muda. [3m]

Selain itu, berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan dengan meningkatnya kes

penceraian dan keganasan rumah tangga. Pegangan agama juga semakin rapuh.

Akibatnya membawa kepada keruntuhan akhlak. Contohnya berlaku keciciran

pelajaran dan persekolahan di kalangan anak-anak. Kesannya berlaku kegagalan

negara untuk melahirkan modal insan yang sempurna. [4m]

Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian

daripada cara hidup masyarakat tempatan. Wujudnya masyarakat berkelas elit yang

kurang mengamalkan dan menghayati nilai ketimuran. Contohnya masyarakat bandar

yang bersifat individualistik dan mementingkan diri sendiri. Kesannya masyarakat

tempatan hilang jati diri. [4m]

13

Kesan Ekonomi

Penjajahan baharu dalam bidang ekonomi menyebabkan kuasa besar mengawal

kewangan negara melalui bantuan asing. Oleh yang demikian, negara kita terpaksa

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kuasa besar. Contohnya, syarikat asing

seperti KFC. Syarikat ini akan menguasai pasaran tempatan melalui sistem franchais.

Akibatnya produk tempatan tidak mampu bersaing di pasaran tempatan. [4m]

Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi negara dunia ketiga masih

terjajah. Negara membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses

bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa bergantung kepada negara maju.

Malaysia sendir masih bergantung kepada negara luar dalam pembinaan projek mega

berteknologi tinggi. Contohnya KLIA, Menara Berkembar Petronas, ETS dan lain-lain.

Kesannya negara kita masih belum setanding dengan negara maju yang lain. [4m]

Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan dari aspek pandangan dan penerimaan

penduduk tempatan terhadap barangan buatan Malaysia. Kebanyakan rakyat masih lagi

memandang barangan luar lebih berkualiti dan bermutu berbanding dengan barangan

tempatan. Contohnya kereta nasional tidak mendapat sambutan dalam kalangan elit

tempatan. Mereka masih lagi menganggap kereta yang diimport adalah bermutu dan

berprestij tinggi. Kesannya berlaku pengaliran wang keluar dan menjejaskan ekonomi

negara. [4m]

Kesan Politik

Dari segi politik, persaingan antara kuasa-kuasa besar. Contohnya Amerika

Syarikat, Rusia dan China. Keadaan ini telah menyebabkan negara-negara yang sedang

membangun terpaksa memilih untuk cenderung menyokong sama ada blok Barat atau

blok Timur. Keadaan ini menyebabkan negara-negara ini tersepit ekoran pertelingkahan

kuasa besar dunia. Contohnya walaupun Malaysia mengamalkan dasar berkecuali,

namun Malaysia terpaksa memilih untuk cenderung berpihak sama ada kepada China

ataupun Amerika Syarikat. Kesannya Malaysia banyak diseret untuk terlibat dalam krisis

antarabangsa. [4m]

Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan kepada dasar kepimpinan negara.

Pembentukan sesebuah kerajaan dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh kuasa-kuasa

besar tertentu. Contohnya negara Mesir dan Iraq. Masyarakatnya membentuk kerajaan

dan juga menjatuhkan kepimpinan disebabkan peranan dan pengaruh kuasa besar dunia.

Kesannya sistem pemerintahan kerajaan tersebut mestilah mengikut telunjuk kuasa besar

dunia. [4m]

Penjajahan bentuk baru juga memberi kesan dalam aspek hubungan diplomatik.
Kuasa besar dunia telah mengawal dan seolah menentukan corak hubungan diplomatik

14

sesebuah negara. Contohnya walaupun Malaysia mengamalkan dasar berkecuali. Namun

kita masih lagi dikongkong dan dipengaruhi oleh kuasa besar untuk menjalinkan

hubungan diplomatik dengan negara-negara tertentu. [4m]

16. Cabaran kepada Malaysia untuk menghadapi penjajahan bentuk baharu /
Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan.

Antara cabarannya ialah Malaysia menghadapi masalah mengukuhkan sistem

pertahanan negara. Akhir-akhir ini sempadan dan perairan negara sering diceroboh

oleh kuasa asing. Contohnya perairan Sabah diceroboh oleh tentera Sulu dan militan Abu

Sayyaf. Manakala sempadan Malaysia-Thailand juga sering dibolosi oleh sindiket

pemerdagangan manusia yang mengancam keselamatan negara. Selat Melaka pula tidak

terkecuali daripada ancaman lanun. Kesannya kedaulatan negara telah dicabar dengan

sewenang-wenangnya. [4m]

Selain itu, negara menghadapi cabaran mengekalkan perpaduan rakyat. Terdapat

segelintir masyarakat yang suka menimbulkan isu sensitif yang menyinggung perasaan

kaum lain. Malah terdapat ahli politik yang menggunakan isu perkauman dan agama

untuk kepentingan sendiri. Contohnya isu Hindraf yang dipolitikkan. Keadaan ini telah

mewujudkan perasaan takut di kalangan rakyat. Kesannya membawa kepada perbalahan

politik yang merugikan semua pihak. [4m]

Jenayah rasuah yang semakin berleluasa. Fenomena ini telah mencemarkan imej

negara. Keadaan ini mengurangkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Contohnya kes berprofil tinggi di Malaysia semakin meningkat. Kesannya menyebabkan

hilangnya ketelusan dan integriti dalam pentadbiran Malaysia. [4m]

Produk Malaysia menghadapi saingan sengit di peringkat antarabangsa. Keadaan

ini berlaku kerana kualiti dan harga produk Malaysia tidak mampu menandingi produk

luar negara. Hal ini kerana kurangnya usaha penyelidikan dan pembangunan yang

menghasilkan inovasi. Contohnya pengeluaran beras tidak dapat menampung keperluan

penduduk. Disamping kualiti pengeluaran yang tidak setanding dengan negara luar.

Contohnya Thailand. Kesannya negara kita terpaksa mengimport bekalan makanan

daripada luar. [4m]

17. Langkah /Persediaan/ Persiapan bagi menghadapi penjajahan bentuk baharu
a) Peranan Pelajar/ Peranan Masyarakat
b) Peranan Kerajaan/Peranan Pemimpin

a) Peranan Pelajar / Peranan Masyarakat

Persediaan yang mesti saya lakukan untuk menghadapi penjajahan bentuk baharu
pada masa hadapan ialah saya mesti melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

15

pengetahuan. Melaluinya dapat memberi sumbangan untuk pembangunan negara.

Contohnya saya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT. Kesannya negara dapat

bersaing dalam arus globalisasi. [4m]

Saya juga akan mengukuhkan semangat perpaduan. Tindakan saya ialah melalui
pergaulan dengan semua kaum. Malah tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh
menggugat perpaduan kaum. Contohnnya saya akan menghormati budaya dan agama
kaum yang lain. Konsep 1 Malaysia akan dijadikan pegangan hidup dan amalan saya.
Kesannya akan mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatupadu dan harmoni.

[4m]

Seternya saya perlu mengekalkan jati diri bangsa. Di mana saya akan elak daripada

dipengaruhi penjajah luar. Contohnya mengamalkan nilai ketimuran dalam kehidupan

seharian. Saya perlu mengamalkan ajaran agama yang mengandungi segala nilai-nilai

positif. Tujuannya untuk mempersiapkan diri dari aspek rohaniah. Kesannya kita dapat

mewujudkan keamanan negara. [4m]

Langkah seterusnya adalah saya perlu sama-sama menangani dan menjauhi

gejala negatif yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Contohnya masalah

pelacuran dan rasuah yang semakin berkeluasa ketika ini. Kesannya negara dapat

meningkatkan imej negara. [4m]

b) Peranan Kerajaan / Peranan Pemimpin

Dasar luar negara yang mantap dapat mengelakkan dari berlakunya penjajahan. Di

mana kerajaan perlu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara. Dengan

ini dapat mengukuhkan kedaulatan. Ini kerana hubungan baik di peringkat antarabangsa

akan menjamin kestabilan negara. Contohnya dengan meneruskan Dasar Berkecuali

yang dilaksanakan sejak dahulu lagi. Impaknya dapat membebaskan Malaysia dari

campur tangan mana-mana kuasa. [4m]

Langkah lain ialah pemerintah hendaklah mengawal kekayaan negara daripada

dieksploitasi oleh kuasa Barat. Contohnya menguatkuasa undang-undang dengan

berkesan. Malah pihak berkuasa harus mengawal harga bahan mentah daripada

ditentukan oleh kuasa Barat. Kerajaan juga perlu berwaspada dengan syarat perdagangan

yang tidak adil. [4m]

Selain itu dengan mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contohnya menjalankan

program Jamuan Satu Malaysia. Program sambutan Kongsi Raya juga amat sesuai.

Kesannya perpaduan akan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. [4m]

Langkah seterusnya ialah memupuk semangat nasionalisme. Pemimpin negara
perlu memberi contoh dan teladan yang baik tanpa mengira bangsa, agama dan

16

fahaman politik. Pemimpin-pemimpin juga perlu berusaha menangani isu-isu negara.
Misalnya isu kemiskinan, keselamatan dan lain-lain dengan bijaksana. Ini terbukti apabila
kerajaan berjaya menangani isu keselamatan di Lahad Datu yang berlaku beberapa tahun
dengan bijaksana. Kesannya kedaulatan dan keamanan negara kita dapat dikekalkan.

[4m]

18.Kesan pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara terhadap corak
pentadbiran negara Malaysia hari ini

Semasa penjajahan Barat pentadbiran Kerajaan Pusat telah ditubuhkan.

Malahan pentadbiran Malaysia masih meneruskan pentadbiran Kerajaan Pusat. Kerajaan

Persekutuan negara hari ini adalah dengan menggabungkan pentadbiran 14 buah negeri

di Malaysia. Contohnya, pusat pentadbiran kerajaan pusat ini terletak di Putrajaya.

Manakala pentadbiran di peringkat negeri adalah gabungan pentadbiran daerah-daerah

dalam negeri tersebut. Kesimpulannya pembahagian pentadbiran tersebut mengelakkan

pertindihan tugas antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. [5m]

Seterusnya pentadbiran Barat melalui biro (jabatan). Pada peringkat Malaysia,

pentadbiran melalui biro ialah penubuhan pelbagai kementerian. Contohnya

Kementerian Kesihatan. Malahan kementerian ini mempunyai kuasa di peringkat

Persekutuan Biro. Sementara pada peringkat negeri, pentadbiran adalah di bawah jabatan

dan pejabat pentadbiran. Contohnya Jabatan Polis dikekalkan pada hari ini.

Kesimpulanya, pentadbiran yang sistematik dapat diwujudkan. [4m]

Melalui sistem birokrasi Barat, penjajah telah melaksanakan undang-undang

Barat. Malahan undang-undang Barat telah digunakan sehingga ke hari ini. Namun

disesuaikan dengan keadaan budaya tempatan. Contohnya selepas negara mencapai

kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan telah

diperkenalkan. Kesannya negara menjadi aman dan makmur. [4m]

Semasa penjajahan Barat, Gabenor telah dilantik sebagai ketua pentadbir di

peringkat pusat. Dibantu oleh pegawai Barat. Fenomena ini diteruskan sehingga

pentadbiran hari ini. Dimana pentadbiran negara hari ini diketuai oleh Perdana Menteri.

Dibantu oleh menteri-menteri, menteri tidak berportfolio dan Ketua Setiausaha Negara.

Melalui pentadbiran yang tersusun ini telah melahirkan pentadbiran yang mantap. Malah

semua dasar negara dapat dilaksanakan. Kesannya imej pentadbiran negara telah

dikenali sehingga peringkat dunia. [4m]

19. a) Iktibar daripada penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara
b) Iktibar dari imperialisme Barat

Iktibarnya ialah kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh
yang memperjuangkan kedaulatan tanah air. Contohnya, Dato’ Maharaja Lela, Rentap

17

dan Mat Salleh. Perjuangan mereka wajar dijadikan sebagai inspirasi untuk memajukan

negara. [3m]

Iktibar lain ialah rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara

daripada ancaman pihak luar. Contohnya, kita mestilah sanggup memainkan peranan

menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah dengan pendirian politik negara kita.

Kesannya dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara. [4m]

Iktibar seterusnya ialah rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan.

Adat dan kebudayaan kebangsaan Malaysia menjadi identiti negara. Nilai murni dan

budaya Melayu mestilah sentiasa dipertahankan. Kesannya dapat menjadi teras Dasar

Kebudayaan Kebangsaan . [3m]

Di samping itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh

diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Tujuannya supaya dapat terus

diwarisi oleh generasi akan datang. Malah boleh meningkatkan perpaduan kaum di

negara kita. [4m]

Akhir sekali ialah melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara.

Melaluinya pemimpin yang berwibawa dapat menangani isu-isu semasa tanpa campur

tangan asing. Contohnya, pemimpin hari ini haruslah bijak dalam membuat keputusan

setelah menilai dari pelbagai sudut pandangan. [3m]

20.Nilai dan iktibar daripada perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan
kuasa asing.

Antara nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah perjuangan pemimpin

tempatan menentang penjajahan asing ialah kegigihan. Ini terbukti apabila tokoh

pemimpin tempatan negara telah menentang penjajah tanpa mengenal erti kegagalan.

Contoh perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak. Oleh itu sebagai rakyat

Malaysia kita haruslah sanggup mengorbankan diri untuk membebaskan negara daripada

penjajahan Barat. [3m]

Selain itu, iktibar yang boleh diambil ialah para pemimpin tempatan perlu

menunjukkan keberanian yang utuh. Contohnya Penghulu Dol Said yang berani

menentang pasukan British. Kita wajar mempunyai semangat ini supaya

negara kita tidak mudah diceroboh oleh kuasa luar. Kesannya keamanan

negara terus dikekalkan. [3m]

Seterusnya, pemimpin tempatan bersemangat waja dan berjiwa kental semasa
berperang dengan musuh. Hal ini dapat dilihat dalam perjuangan Mat Salleh di Sabah
sehingga beliau sendiri turut terkorban dalam pertempuran dengan Syarikat Borneo Utara
British (SBUB). Contoh lain ialah semasa berhadapan dengan pencerobohan di Lahad

18

Datu, Sabah. Di mana telah mengorbankan para pejuang negara. Impaknya dapat

mempertahankan keselamatan negara. [3m]

Akhirnya, pemimpin tempatan mempunyai keimanan dan ketakwaan yang

kuat. Semangat ini dapat menjadi benteng untuk mengelakkan ancaman

penjajahan bentuk baru dalam negara. Melaluinya rakyat bebas daripada

pengaruh luar. Kesannya keharmonian negara dikekalkan. [4m]

21. Apakah maksud nasionalisme? Buku teks T5 mukasurat 14

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa

saja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Nasionalisme

bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan

membebaskan tanah air daripada penjajahan. [3m]

Gerakan nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik tetapi juga

melibatkan pembebasan cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Kemunculan

gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dilihat sebagai reaksi pemimpin dan rakyat

setempat terhadap segala perubahan yang mengancam kedudukan mereka di tanah air

sendiri. Contohnya, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin tempatan

seperti Dol Said, Rentap dan Dato Bahaman sejak abad ke -19. Gerakan nasionalisme yang

menyeluruh bermula pada awal abad ke-20. [4m]

22.Faktor-faktor kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara.
Buku teks T5 mukasurat 14-17

Dasar penjajah Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan

rakyat negara-negara di AsiaTenggara. Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak

memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran

moden. [2m]

Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
Contohnya dasar ekonomi penjajah iaitu Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem
Polo di Filipina. Dasar ekonomi penjajah jelas menindas penduduk peribumi. [3m]

Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial. Mereka menganggap bahawa
mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Selain itu mereka hanya layak berdampingan
sesama mereka . Malah hanya bergaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri
daripada golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.

[4m]

19

Faktor lain ialah Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran. Dasar

ini telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat tempatan. Keadaan ini berlaku kerana

penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi. [2m]

Pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.
Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan. Penyatuan tersebut supaya rakyat
dapat menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama
Kristian.Contohnya kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta
penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906). Rumusannya menunjukkan peranan agama
sebagai alat perpaduan .Sementara golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.[4m]

Selain itu Gerakan Islah telah memperjuangkan Pan-lslamisme. Dengan ini

penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat dilakukan. Agama Kristian yang

diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang

kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas

kedua. Berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. [4m]

Karya kesusasteraan di Asia Tenggara turut berperanan dalam membangkitkan

nasionalisme di Asia Tenggara. Karya-karya ini merupakan media untuk menyampaikan

mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Malah telah

membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Contohnya di

Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan

nasionalisme di negara itu. Novel tersebut juga menjadi inspirasi terhadap gerakan

nasionalisme di rantau Asia Tenggara. [5m]

Di Indonesia, cerpen Kerikil-Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil

Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako

adalah antara puluhan novel yang terkenal. [2m]

Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme.

Ini adalah kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan

kemudahan pendidikan Pihak penjajah mengutamakan sekolah yang menggunakan

bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. [3m]

Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah. Malah terhad

kepada golongan elit dan penduduk bandar. Misalnya, di Indonesia, anak golongan

priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang

kebanyakan. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda ini bertujuan untuk

memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Di Burma, pendidikan sekular dan

pendidikan mubaligh yang diperkenalkan. Kesannya menjadi ancaman terhadap sekolah

Buddha. Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan

berbanding lepasan sekolah Inggeris. [6m]

Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme.
Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat. Mereka

20

telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman mereka di Barat

dan di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir

tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri. Golongan inilah

kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada

peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela. Namun

akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka . [6m]

Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah juga telah menyemarakkan

semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan

idea-idea nasionalis. Malah telah menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.

Contohnya di Vietnam,Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang

berpengaruh. Di Tanah Melayu,al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah

antara akhbar yang utama. Pihak penjajah menganggap perkembangan media massa

sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan. Malah sikap

mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka di

negara mereka sendiri. [5m]

Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga berperanan

dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kewujudan perkhidmatan

telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. Pembinaan jalan

kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya

terpisah. Kesannya memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu. Malah

memudahkan tokoh nasionalis membincangkan idea idea nasionalisme. [7m]

Pengaruh luar turut mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. Contohnya

kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905.

Kejayaan tersebut telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan

sebuah negara kecil mengalahkan negara besar. Selain itu perjuangan Mahatma Gandhi

di India menentang British. Perjuangan tokoh tersebut telah memberikan inspirasi kepada

nasionalis di negara-negara Asia Tenggara. [4m]

23. a) Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara Buku teks T5 mukasurat 18
b) Ciri-ciri umum gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua

tahap. Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka. Namun

bersifat setempat. Malah tidak berorganisasi. [3m]

Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan
gerakan nasionalisme pada tahap ini: Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan
yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Para pemimpin nasionalis ini lebih

21

menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. Mereka menuntut hak-hak

mereka dikembalikan. Mereka juga menuntut taraf hidup mereka dibaiki. Secara

umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera. [5m]

Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Tahap ini

telah mempunyai organisasi yang tersusun. Perubahan ini adalah disebabkan gerakan

nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya itu gagal. [ 3m]

Gerakan pada tahap kedua ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta

berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. Dengan

itu, mereka dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah. Malah

mengetahui kesannya terhadap bangsa dan negara mereka. Matlamat perjuangan

mereka lebih jelas. Di mana mereka menuntut kemerdekaan. Seterusnya ingin

membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat. [5m]

24. a) Tindak Balas Masyarakat Tempatan di Asia Tenggara
b) Cara / Bentuk Penentangan Masyarakat tempatan terhadap imperialisme
Barat

Cara penentangan penduduk tempatan ialah menggunakan gerakan dakyah.

Contohnya di Filipina, Jose Rizal telah menggunakan cara ini untuk menentang penjajah

Sepanyol. Beliau mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan

berpendidikan Barat. Gerakan dakyah juga berlaku di Vietnam. Gerakan ini dijalankan

oleh Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) bagi menentang penjajah Perancis. [3m]

Cara penentangan seterusnya menerusi penubuhan persatuan atau pertubuhan.

Contohnya di Indonesia, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan

Islam yang sebenar. Juga untuk menghindari sekularisme Barat serta agama Kristian.

Di Burma, golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha. Tujuannya

untuk mengekalkan tradisi Buddha. Selain itu untuk memajukan pendidikan rakyat

Burma. Dalam pada itu, golongan sami Buddha juga telah menubuhkan Majlis Am

Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San. Muncul juga Liga

Antipemisahan yang mengganggap pemisahan dengan India akan melewatkan

kemerdekaan. [5m]

Cara penentangan yang lain ialah dengan menubuhkan parti-parti politik yang
bersifat radikal. Contohnya di Filipina, Parti Nasional Filipina berjaya memenangi pilihan
raya pada tahun 1907. Kesannya Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan
Perhimpunan. Kerajaan Amerika juga telah membenarkan penubuhan parti-parti politik
sederhana. Di Indonesia, gerakan nasionalisme telah diperjuangkan oleh parti-parti politik
radikal. Contohnya Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional
Indonesia (PNI). Parti-parti ini memperjuangkan kemerdekaan Indonesia walaupun
secara kekerasan. Di Vietnam terdapat parti-parti politik yang radikal seperti Viet Nam

22

Quang Phu Hoi . Parti ini telah melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin tetapi

gagal. Perjuangan diteruskan oleh Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti

Komunis Vietnam. Walau bagaimanapun perjuangan tersebut gagal kerana pemimpin-

pemimpin parti tersebut ditangkap oleh Perancis. Di Burma, golongan Thakin

menubuhkan Parti Dobama Asiayone. Tujuannya untuk menuntut kemerdekaan. Dr. Ba

Maw yang memenangi pilihan raya telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang

pertama. [5m]

Seterusnya ialah menerusi akhbar dan majalah. Contohnya di Vietnam, Tribune

Indigene dan Choche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu

terdapat akhbar al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis. Di Filipina Katipunan

telah menerbitkan akhbar Kalayan. Tujuan akhbar ini untuk menyebarkan fahaman

revolusi kepada rakyat. [4m]

Selain itu ialah menerusi novel dan karya sastera. Karya-karya untuk

menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah. Contohnya di

Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil

Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar. Di samping itu, Raden Adjeng Kartini

berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah

Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa yang mendedahkan kemunduran dan

penindasan oleh penjajah . Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak

Sako. Impaknya mesej yang disampaikan menerusi media cetak tersebut dapat

membangkitkan perasaan cinta akan negara. [6m]

Cara penentangan seterusnya ialah bekerjasama dengan kuasa besar lain.

Contohnya di Filipina, Emilio Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika untuk

mengusir Sepanyol. Walaupun berjaya mengusir Sepanyol, Filipina dikuasai pula oleh

Amerika. [5m]

Mereka juga menggunakan pengaruh agama. Melaluinya dapat menyatukan rakyat

menentang penjajah. Contohnya pengaruh agama Islam telah membawa kepada

penubuhan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu. Gerakan ini memperjuangkan

Pan-Islamisme. Tujuannya untuk penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat.

Agama Buddha telah menyatukan penduduk Burma untuk menentang British.

Penentangan ini berlaku kerana pihak British tidak menghormati budaya tempatan.

Contohnya pihak British telah memakai kasut ketika memasuki kuil. [5m]

Cara terakhir ialah menggunakan kaedah revolusi dan kekerasan. Contohnya di

Filipina, revolusi bersenjata oleh Katipunan. Tujuannya untuk menggulingkan Sepanyol

tetapi gagal. Di Vietnam Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di bawah pimpinan Phan

Boi Chau. Mereka melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin tetapi gagal. Tokoh-

tokoh tersebut telah dipenjarakan. Di Burma, tercetusnya Revolusi Pelajar yang menuntut

penubuhan sebuah universiti untuk mereka. [5m]

23

25. a) Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap satu dan dua di AsiaTenggara
b) Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
c) Terangkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Buku teks T5 mukasurat 18-23

NASIONALISME DI FILIPINA ( buku teks mukasurat 18-19)

Tahap pertama (Filipina)

Gerakan nasionalisme di Filipina mendahului negara lain di Asia Tenggara. Tahap

pertama gerakan nasionalisme di negara ini merupakan gerakan dakyah. Gerakan ini

dipimpin oleh Jose-Rizal. Perjuangan ini disokong oleh golongan pertengahan yang

berpendidikan Barat. [3m]

Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol. Tuntutan lain ialah

bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol.

Malah bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara. [3m]

Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas Sepanyol, Jose Rizal

kemudiannya telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892. Tuiuannya untuk

mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

Kerajaan Sepanyol berasa terancam. Lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke

Dapitan di Mindanao. [4m]

Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam

gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyahini berakhir tetapi gerakan ini

kemudiannya telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap

kedua. [2m]

Tahap kedua (Filipina)

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula apabila Katipunan

ditubuhkan oleh Andres Bonifacio. Pertubuhan ini telah memulakan penentangan secara

radikal terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa

Filipina . Selain itu untuk mencapai kemerdekaan melalui revolusi. [6m]

Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi

kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut. Pada tahun 1896,

Katipunan melancarkan revolusi bersenjata. Tujuannya untuk menggulingkan

pemerintahan Sepanyol. Tetapi gagal. Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio

dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897. [4m]

Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat. Hasilnya
berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Namun, penyingkiran Sepanyol itu telah

24

memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina. Pengisytiharan
kemerdekaan Filipina oleh Aquinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan Amerika. [3m]

Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan
Amerika Syarikat terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.
Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan. Lantikan ini berlaku
apabila partinya iaitu Parti Nasionalis memenangi pilihan raya pada tahun 1907. [3m]

Walaupun begitu, hanya pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali

menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan. Tuntutan ini berlaku setelah pucuk

pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal. [2m]

NASIONALISME DI INDONESIA ( buku teks mukasurat 19-20)

Tahap pertama (Indonesia)

Para nasionalis di Indonesia pada tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan

terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah

nasib rakyat Indonesia. Contohnya Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan

pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang danPenulisan

Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan

oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-

pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun. [6m]

Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat

pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan lslam yang sebenarnya. Selain itu untuk

menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini banyak

membina sekolah, klinik dan masjid. [3m]

Tahap kedua (Indonesia)

Tahap Kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-

parti politik radikal . Contohnya Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan

Parti Nasional Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang

menuntut kemerdekaan Indonesia. Taktik yang digunakan ialah cara kekerasan. PNI di

bawah pimpinanSoekarno begitu popular. Ini kerana perjuangannya dapat mempengaruhi

rakyat Indonesia. Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan

menangkap pemimpin yang radikal Antaranya termasuklah Soekarno. Seterusnya

Belanda telah mengharamkan PNI. [6m]

25

NASIONALISME DI INDOCHINA (b.teks mukasurat 20-21)

Tahap pertama (Indo China)

Gerakan nasionalisme di IndoChina tahap pertama lebih tertumpu di Vietnam.

Gerakan ini dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan

Mandarin. [3m]

Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Golongan
menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat dalam
kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini ialah Phan Boi Chau. Beliau telah
memimpin satu gerakan revolusi. Tetapi gerakan tersebut gagal. Beliau kemudiannya
menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH). Kemudiannya telah melancarkan
beberapa pemberontakan di Tongkin . Juga melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.
Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan. VNQPH diharamkan oleh Perancis.

[7m]

Tahap kedua (Indo China)

Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah

melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Gerakan nasionalisme tahap kedua

memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis

Vietnam (PKV). [2m]

Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD.

Termasuklah menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Ho Chi Minh pemimpin PKV

terpaksa melarikan diri ke Hong Kong. Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan

nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Usaha-

usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat. Malah baginda dilarang

melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme. [4m]

NASIONALISME DI BURMA ( buku teks mukasurat 21-22)

Tahap pertama (Burma)

Gerakan nasionalisme tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan

golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami Buddha

telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906. [2m]

Penubuhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha. Selain itu

untuk memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini menggunakan

Isu Kasut. Tujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat. [3m]

Menjelang tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang
lebih radikal. Contohnya U Ba Pe. Pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha

26

kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun

1920 yang lebih radikal. [3m]

Tahap kedua (Burma)

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-

Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah

universiti untuk mereka. [2m]

Gerakan nasionalisme seterusnya merupakan gerakan golongan sami Buddha.

Perjuangan melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya

San. Pomberontakan tersebut diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi dan pemimpin di

Tharawaday. Kemudian muncul pula Liga Antipemisahan. Mereka menganggap

pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan. [4m]

Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan

sendiri. Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone

pada tahun 1935. Objektifnya untuk menuntut kemerdekaan. Para pemimpinnya terdiri

daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai

"Tuan". Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937. Beliau telah

dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. [5m]

NASIONALISME DI THAILAND ( b.teks mukasurat 22-23)
Mengapakah gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara
Asia Tenggara yang lain?

Tahap pertama (Thailand)

Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di

Asia Tenggara yang bersifat anti-penjajah. Nasionalisme di Thailand pada tahap pertama

merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja. Selain itu

penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. [3m]

Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap
fahaman liberal. Malah pendedahan berkaitan sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. Kelemahan sistem pentadbiran dan
sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Ini membawa
penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932. Parti ini ditubuhkan oleh Nai Pridi
Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi
Thai pada tahun 1932. Tujuannya untuk menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

[5m]

27

Tahap kedua (Thailand)

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati

rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. [1m]

Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri. Beliau meluluskan undang-

undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Malah

sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan

diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut

agama Buddha. [4m]

Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada

Thailand. Bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa

Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di

IndoChina dan di Tanah Melayu. [3m]

26. Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan nasionalisme di
negara-negara Asia Tenggara

Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati

di kalangan rakyat. Ini kerana telah melenyapkan sistem pemerintahan beraja.

Contohnya sistem residen. Sistem ini telah menyebabkan raja-raja dan pembesar

tempatan telah kehilangan kuasa serta kewibawaan. Hal ini menyebabkan timbulnya

gerakan nasionalisme kerana rakyat tidak mendapat peluang yang sewajarnya sebagai

penduduk peribumi. [3m]

Dasar ekonomi yang mengeksploitasi ekonomi penduduk tempatan. Contoh Sistem

Polo di Filipina dan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia. Sistem ini menyebabkan

rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Akibat kemiskinan rakyat

menyebabkan mendorong mereka menuntut pembaikan terhadap taraf hidup. [3m]

Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan gerakan

nasionalisme. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan

pendidikan. Mereka hanya memberi keutamaan kepada golongan elit dan penduduk

bandar sahaja. Contohnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberi pendidikan

berasingan daripada anak orang kebanyakan. Di Burma, pendidikan sekular dan

pendidikan mubaligh menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. Kesan dasar ini

menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. [4m]

27. Bagaimanakah Barat mengekang / menghalang kebangkitan nasionalisme di Asia
Tenggara

Pada tahap pertama, cara yang digunakan oleh kuasa imperialisme Barat
menghalang / mengekang penentangan mereka ialah dengan bertindak menangkap

28

pemimpin-pemimpin yang menentang mereka. Contohnya Jose Rizal yang menentang
Sepanyol di Filipina dibuang negeri ke Dapitan Mindanao. Manakala Haji Abdul Rahman
Limbong dibuang ke Makkah. Selain itu, mereka juga telah dihukum mati. Contohnya
Tok Janggut di Tanah Melayu, Jose Rizal dan Andres Bonafacio di Filipina. Tindakan
imperialisme Barat ini telah berjaya mengekang kebangkitan penentangan buat seketika

[6m]

Imperialisme Barat juga menggunakan kuasa sultan. British misalnya telah

menggunakan nama Sultan Terengganu untuk menghadapi penentangan Haji Abdul

Rahman Limbong. Selain itu menggunakan Sultan Pahang untuk menghadapi
penentangan Dato’ Bahaman. Ini kerana British memahami psikologi penduduk

tempatan yang tidak akan menderhaka kepada sultan mereka. Ini menunjukkan bahawa

imperialisme Barat telah mengkaji kekuatan dan kelemahan penduduk yang dijajah oleh

mereka. [4m]

Pada tahap kedua, imperialisme menggunakan cara yang lebih halus dan

diplomasi. British memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di Burma dan Tanah

Melayu. Sepanyol pula menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

Ini bertujuan untuk mendidik anak tempatan menjadi tali barut dengan penerapan

idealisme dan dakyah penjajah. Kesannya, muncul golongan-golongan yang mendokong

sistem penjajah di seluruh Asia Tenggara atas alasan pemodenan. [4m]

Apabila penduduk tempatan menjalankan gerakan yang lebih tersusun melalui

penubuhan parti-parti politik untuk menentang secara radikal, imperialisme telah bertindak

menangkap pemimpin-pemimpin. Contohnya Phan Boi Chau dan Soekarno. Parti-parti

pimpinan mereka iaitu Viet Nam Quang Phu Hoi dan Parti Nasional Indonesia

diharamkan. Imperialialisme hanya membenarkan parti-parti politik yang bersifat

sederhana dalam perjuangan mereka. Contohnya Parti Nasional Filipina untuk

melewatkan kebangkitan penentangan. [4m]

28.Kepentingan / Kebaikan/ Manfaat / Faedah / Impak / Kejayaan nasionalisme

Kepentingan nasionalisme kepada negara ialah dapat melahirkan rakyat yang

mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang kuat. Melalui sikap ini rakyat dalam

menghadapi sebarang ancaman luar. Sebagai contohnya, pencerobohan di Lahad Datu

telah dapat ditangani oleh pihak kerajaan dengan jayanya. Ini jelas menunjukkan rakyat

sanggup berkorban untuk negara. Malah sanggup demi memastikan keselamatan dan

kedaulatan negara dapat dipertahankan. [4m]

Selain itu nasionalisme penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Caranya melalui pengamalan semangat bekerjasama daripada pelbagai kaum.
Pihak kerajaan telah mengadakan beberapa program Contohnya penganjuran sambutan
perayaan Majlis Rumah Terbuka Satu Malaysia. Melalui program ini dapat

29

menyemarakkan hubungan antara kaum. Kesannya perpaduan pelbagai kaum dapat

diperkukuhkan. [4m]

Semangat nasionalisme yang mantap akan dapat mendorong rakyat untuk

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang. Secara tidak langsung

dapat meningkatkan ekonomi negara. Contohnya negara kita merupakan pengeluar hub

halal yang telah mendapat pengiktirafan dari luar negara. Kesungguhan ini akan

meningkatkan produktiviti negara..Seterusnya negara mampu bersaing dengan negara

maju yang lain. Kesannya pendapatan negara akan dapat ditingkatkan. [4m]

29. Gerakan Nasionalisme banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Bincangkan.

Gerakan nasionalisme dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara.

Kestabilan politik ini dapat menjamin keharmonian negara. Oleh itu rakyat dapat hidup

dalam keadaan aman dan damai. Politik yang kukuh dapat menghalang kuasa asing

campur tangan dalam politik negara. Oleh itu rakyat perlu bersama-sama membantu

mempertahankan negara dari anasir-anasir luar [3m]

Melalui gerakan nasionalisme dapat membangkitkan kesedaran kepada rakyat.

Contohnya dapat menjana kemajuan ekonomi negara. Dimana semua rakyat

bersepakatan untuk menceburi dalam pelbagai bidang pembangunan negara. Maka

pelabur asing akan tertarik untuk membuat pelaburan di Malaysia. Contohnya di

Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor dan wilayah ECER. Kesannya dapat

meningkatkan ekonomi negara. [3m]

Antara manfaat lain gerakan nasionalisme kepada masyarakat setempat ialah dapat

mewujudkan semangat saling bekerjasama. Melalui kerjasama dapat memupuk nila

bertolenrasi antara satu sama lain. Hubungan yang erat ini membolehkan kemajuan

dan pembangunan dapat dicapai. Impaknya masyarakat setempat dapat hidup bebas dan

mengamalkan agama, kebudayaan serta adat resam masing-masing. [3m]

Gerakan nasionalisme yang menentang pengaruh kuasa Barat boleh

mengekalkan sistem pemerintahan dan budaya masyarakat setempat. Gerakan

nasionlisme membolehkan keutuhan, kedaulatan dan maruah negara dipertahankan.

Contohnya Malaysia hari ini terkenal dipelosok dunia kerana kemajuan pentadbiran dan

kebudayaan yang unik dan menarik. [3m]

Manfaat lain daripada gerakan nasionalisme ialah dapat mempertahankan tanah air
daripada terus dijajah, Ini membolehkan masyarakat dapat menikmati kekayaan hasil
bumi mereka. Mereka tidak akan ditindas dan tenaga mereka tidak akan diperas oleh
kuasa asing. Kesannya masalah mengekspolitasi tenaga buruh dapat dielakkan. [3m]

30

30. Faktor semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur

Faktor semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur kerana menularnya

gejala sosial . Gelaja ini telah meruntuhkan akhlak masyarakat.Contohnya remaja hari ini

terlibat dengan gejala dadah. Akibatnya membawa kepada kes pecah rumah, merompak

dan membunuh. Natijahnya perlakuan ini menggugat ketenteraman awam. [4m]

Faktor seterusnya kerana kemasukan pengaruh luar. Pengaruh ini telah membawa
kesan negatif terhadap generasi muda. Ini adalah hasil daripada perkembangan industri
hiburan dari luar negara tanpa batasan. Akibatnya membawa kepada perkembangan
budaya pergaulan bebas dan pesta arak. Kesannya remaja hari hilang nilai-nilai murni.

[4m]

Faktor lain ialah generasi kini tidak memahami dan menghayati maksud

patriotisme dengan lebih mendalam. Dengan ini mereka tidak berusaha untuk

menghayati perjuangan nasionalis terdahulu yang menentang penjajahan British. Mereka

juga tidak mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh pejuang terdahulu. Contohnya

Tok Janggut, Rentap dan Dato Maharaja Lela. Impaknya mereka tidak mengambil peduli

isu-isu nasional berkaitan dengan negara kita. Contohnya isu gerakan militan (DAESH)

dan pencerobohan Lahad Datu. [5m]

31. Kesan / akibat / Impak sekiranya warganegara tidak mempunyai semangat
Nasionalisme

Kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme ialah

akan wujudnya masalah perpaduan kaum. Hal ini menyebabkan negara tidak akan

aman akibat perpecahan kaum. Contohnya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut

telah membawa kepada terpalitnya sejarah hitam dalam negara kita yang telah

mencetuskan huru-hara. Justeru semangat nasionalisme perlu diperkukuhkan kembali

demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu. [4m]

Sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme, mereka tidak

mempunyai perasaan sayang kepada negara. Mereka tidak berusaha untuk

mempertahankan negara dari diganggu gugat oleh anasir luar. Sebagai contohnya

peristiwa pencerobohan di Lahad Datu. Sehingga ada segelintir rakyat tempatan yang

bersubahat dengan kumpulan militan. Malah mereka bertindak melindungi kumpulan

tersebut daripada pihak keselamatan. Kesimpulannya semangat cintakan negara perlu

disemai sedari kecil lagi dalam kalangan masyarakat. [4m]

Seterusnya kelunturan semangat nasionalisme juga membawa kepada tindakan
segelintir individu yang sanggup menjatuhkan imej negara. Tindakan mereka ialah

31

melakukan perlakuan yang negatif . Contohnya menghina lagu Negaraku. Malah ada

yang sanggup memijak bendera. Ada juga yang menghina pemimpin negara. Kesannya

nama baik negara akan terjejas di mata dunia. Oleh itu, kita sebagai warganegara perlulah

berusaha untuk meningkatkan jati diri dan maruah negara. [4m]

32. Semangat Nasionalisme boleh menjamin kedaulatan Negara.

Semangat nasionalisme boleh menjamin kedaulatan negara iaitu semangat

nasionalisme yang utuh akan melahirkan warganegara yang setia kepada negara. Dalam

hal ini mereka akan rela berkorban demi negara. Contohnya mereka sedia

mempertahankan negara jika diancam musuh. Kesannya negara kita akan kekal aman

dan harmoni. [3m]

Seterusnya semangat nasionalisme yang tinggi akan melahirkan rakyat yang berani

menghadapi cabaran. Rakyat tidak mudah berputus asa dalam perjuangan mereka.

Contohnya mereka akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Impaknya akan

melahirkan masyarakat yang berdaya saing. [3m]

Di samping itu, warga negara yang mempunyai semangat nasionalisme akan

berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan. Mereka akan

akur terhadap pemerintahan demokrasi. Malah mereka sedar ia boleh menjamin

keamanan dan keselamatan negara. Contohnya, semua kaum akan menanam taat setia

kepada pemerintah negara Malaysia. Kesannya boleh mengekalkan kemerdekaan

negara. [4m]

Akhirnya pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha

memperkenalkan dasar ekonomi yang adil dan saksama. Keadilan ini penting bagi

menjamin keharmonian rakyat. Pada masa yang sama, pemimpin akan meningkatkan

taraf hidup rakyat. Contohnya, dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas.

Kesannya akan meningkatkan kesejahteraan rakyat. [4m]

33. Kepentingan perpaduan untuk mengekalkan kemerdekaan.

Perpaduan penting untuk mengekalkan kedaulatan negara. Melalui perpaduan
juga dapat mewujudkan kestabilan politik negara. Kestabilan politik menjamin
kesejahteraan negara. Kesannya, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Politik yang kukuh dapat menghalang kuasa asing campur tangan dalam politik negara.
Keadaan ini berlaku kerana semua rakyat bersat upadu mempertahankan negara. [4m]

Seterusnya perpaduan juga dapat menjana kemajuan ekonomi negara. Kemajuan
ekonomi tercapai melalui kerjasama semua kaum. Justeru itu dapat mewujudkan
keamanan negara yang menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan di
Malaysia. Contohnya di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor dan wilayah ECER.

32

Kemajuan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Malah dapat

mengurangkan kadar pengangguran. [5m]

Perpaduan kaum dapat mengekalkan kedaulatan negara. Contohnya menerusi

perpaduan antara kaum dapat mewujudkan kepelbagaian budaya dan adat resam di

Malaysia. Secara tidak langsung dapat menggalakkan pembangunan industri

pelancongan negara. Kemajuan industri pelancongan dapat menjana kemakmuran

ekonomi negara. Kesannya dapat meningkat imej negara dimata dunia. [4m]

Dalam aspek sosial, masyarakat yang bertolak-ansur dapat menggelak berlaku
pertelingkahan dan perselisihan faham. Akibatnya boleh menggugat kedaulatan negara.
Masyarakat yang bertolak ansur dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Oleh
itu kegiatan masyarakat dalam bidang ekonomi dapat dilaksanakan dengan efisien. Hal ini
akan membawa kepada perkembangan ekonomi. Kesimpulannya negara dapat mengatasi
masalah kemelesetan ekonomi yang sedang melanda negara kita pada hari ini. [4m]

34. Bagaimana semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam kalangan rakyat
Malaysia?

Salah satu caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses

pemupukan semangat nasionalisme sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini

membolehkan semangat nasionalisme sebati dalam diri pelajar. Semangat ini akan terus

diamalkan hingga dewasa. Rakyat perlu elak daripada melakukan perkara-perkara yang

akan mencemarkan nama negara. Contohnya permerdagangan manusia di luar negara.

Perkara ini penting kerana dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan

negara. [5m]

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Contohnya kempen “Negara Kita Tanggungjawab Kita”.

Kempen ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan

semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Impaknyai akan mendorong

masyarakat untuk terus taat setia kepada negara. [4m]

Semangat nasionalisme juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama
dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-
pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan kepada rakyat betapa pentingnya menghargai kemerdekaan yang
telah dicapai hasil perjuangan pemimpin yang terdahulu . Hal ini penting kerana,
kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-
bila. [4m]

33

35.Bukti semangat nasionalisme semakin kukuh dalam jiwa masyarakat Malaysia
hari ini.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta negara kita dalam sukan peringkat

antarabangsa telah membuktikan semangat nasionalisme yang semakin kukuh dalam jiwa

mereka. Mereka berjuang berhabis habisan dalam menjuarai setiap acara yang

dipertandingkan. Contohnya semasa Sukan SEA 2017. Malaysa telah menjuarai sukan

tersebut dengan mendapat sebanyak 145 pingat emas. [4m]

Seterusnya, semangat “Malaysia Boleh” telah dipraktikkan oleh masyarakat kita

hari ini. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan lima anak muda FELDA yang berjaya

menawan Gunung Everest .Ini membuktikan bahawa kemampuan rakyat kita setanding

dengan masyarakat luar. Hal ini secara langsung dapat memperkukuhkan jati diri rakyat

Malaysia. [4m]

Seterusnya, Konsep 1 Malaysia telah berjaya di pratikkan di negara kita. Perkara ini telah
mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita. Contohnya sambutan perayaan
peringkat kebangsaan seperti Rumah Terbuka 1 Malaysia. Program ini telah berjaya
diadakan dan dihadiri oleh pelbagai kaum. Ironinya perpaduan kaum bertambah erat.

[4m]

36. Ekonomi negara kita masih lagi dijajah.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Bersetuju

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana lambakan barangan luar negara

di pasaran tempatan. Ini telah membuktikan mereka menguasai ekonomi negara. Mereka

mendirikan pasaraya besar dan menguasai peniagaan borong dan runcit. Antara contoh

ialah pasaran TESCO, AEON, IKEA dan sebagainya telah tumbuh seperti cendawan

selepas hujan. Barangan Barat seperti Pepsi, Milo, maggi dan sebagainya telah berada di

seluruh stesyen minyak dan kedai runcit tempatan. Situasi ini jelas telah menyebabkan

barangan tempatan tidak mampu bersaing. Malah memberi kesan negatif kepada peniaga

tempatan. [5m]

Syarikat pemasaran asing turut menguasai pasaran negara. Perkembangan ekonomi

global telah menyebabkan mereka bebas menggunakan teknologi maklumat untuk

menguasai pasaran negara. Antara contohnya ialah penggunaan media social facebook,

Instagram, you tube dan sebagainya digunakan untuk menembusi pasaran Malaysia. Hal

ini telah menyekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS). Kesannya akan

merugikan peniaga tempatan. [4m]

34

Penguasaan teknologi maklumat turut membantu negara luar memudahkan

penguasaan ekonomi negara. Antaranya mereka menghasilkan aplikasi-aplikasi canggih

untuk mendapatkan keuntungan ekonomi daripada negara kita. Sebagai contoh UBER,

GRAB, dan sebagainya. Tindakan tersebut dengan mudah mendapat tempat di hati

pelancong asing dan rakyat Malaysia. Kesannya ramai pemandu teksi di negara kita

tidak dapat bersaing dengan mereka. Malah telah menyekat sumber pendapatan rakyat

Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka telah menjajah secara tidak

langsung di negara kita. [4m]

Tidak bersetuju

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi

ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, . Sebagai contoh

ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus. Malah pelaburan langsung asing (FDI)

meningkat kepada RM17 bilion. Ini jelas membuktikan Malaysia mampu membangunkan

ekonomi negara dengan berkesan. [3m]

Malaysia mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Ini membuktikan dasar

yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah

yang tepat. Sebagai contoh antaranya agensi antarabangsa Price water House Coopers

yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia. [2m]

Selepas kemerdekaan, Malaysia juga telah berjaya memajukan ekonomi.

Buktinya berlaku penurunanan kadar kemiskinan negara. Contohnya penurunan kadar

kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada

tahun 2010. Hal ini jelas menunjukkan negara telah berjaya memajukan ekonomi yang

memberi manafaat kepada Malaysia. [3m]

37. Huraikan peranan anda untuk memperkasa semangat nasionalisme

Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan

Negara Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan

kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Menyentuh perkara sensitif yang

melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan sebagainya perlu

dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu dibincang dengan hati dan

fikiran yang terbuka. [4m]

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan
dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan”

saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya saya akan menjadi

warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri

saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara. Contohnya

vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama

35

dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri. Kesannya saya dapat menangkis

pengaruh-pengaruh luar yang negatif. [4m]

Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat

memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan

membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan

dengan lancar. [2m]

Saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain
bersopan santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang
lain. Contohnya bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada
diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang
yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini menjadikan aset negara yang berguna.

[3m]

38. a) Cabaran Malaysia dalam usaha mengekalkan kemerdekaan negara
b) Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang patriotik

Cabarannya adalah negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Terdapat segelintir rakyat Malaysia cuba mengeruhkan hubungan harmoni antara kaum.

Objektifnya demi mencapai matlamat dan cita-cita politik mereka. Mereka menghidupkan

api perkauman. Contohnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Impaknya akan menimbulkan

perasaan curiga antara kaum di negara kita. Malah akan menghakis kepercayaan

sesama mereka. [5m]

Cabaran lain ialah untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh. Hal ini

memastikan momentum pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara berada di

landasan yang betul. Contohnya dalam memulihkan kembali nilai mata wang negara.

Kesannya akan menarik pelabur asing untuk melabur ke negara kita. [4m]

Selain itu perbezaan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat

pelbagai kaum di negara kita. Ada segelintir pihak yang memainkan isu-isu keagamaan.

Akibatnya boleh menjejaskan keharmonian kaum. Sebagai contoh isu kedai dobi hanya

untuk orang Islam sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan segelintir masyakat bukan Islam

tidak berpuashati dengan tindakan tersebut. Keadaan ini boleh mencetuskan keadaan

yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. [5m]

Cabaran seterusnya ialah pengaruh budaya negatif dari negara luar. Budaya luar ini
jelas bertentangan dengan nilai moral dan normal masyarakat Malaysia. Contohnya
budaya barat seperti pergaulan bebas lelaki perempuan. Keadaan ini telah membawa
kepada hilangnya budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan adat ketimuran.

[4m]

36

39.Langkah untuk memastikan negara terus dapat mengekalkan kemerdekaannya

Antara langkah untuk memastikan negara terus dapat mengekalkan kemerdekaan

negara kita ialah kita mesti setia kepada raja dan negara. Setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Baginda menjadi lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang

kaum. Jelaslah bahawa kesetiaan sangat penting bagi menjaga keselamatan dan perpaduan

negara. [4m]

Langkah lain ialah kita mestilah mendukung prinsip Rukun Negara. Hal ini

kerana ianya dapat menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang

sama. Sebagai contoh, rakyat Malaysia sentiasa mematuhi undang-undang yang telah

ditetapkan. Prinsip hidup ini boleh dijadikan panduan untuk melahirkan rakyat Malaysia

yang berkualiti dan bersatupadu. [4m]

Langkah seterusnya ialah mewujudkan kerjasama antara kaum. Melalui kerjasama

dapat melahirkan rakyat Malaysia yang harmoni. Sebagai contoh rakyat Malaysia

bersama-sama menyokong pasukan negara semasa Sukan SEA 2017. Mereka menyokong

tanpa mengira bangsa dan kaum demi menunjukkan kesetiaan dan kebanggaan kepada

negara. Hal ini akan dapat merealisasikan Konsep Satu Malaysia yang menjadi cita-cita

negara. [4m]

Walau bagaimanapun, tanpa jati diri yang tinggi sukar untuk mengekalkan

kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Semangat ini akan melahirkan rasa kebanggaan

dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta. Sebagai contoh

rakyat Malaysia yang telah lama menetap di luar negara tetap mengekalkan identiti dan

kewarganegraan Malaysia. Hal ini sangat penting dan menjadi resepi kepada kestabilan

dan kedaulatan negara. [4m]

40. Cabaran untuk menyemarakkan semangat nasionalisme atau cintakan negara dalam
kalangan generasi muda masa kini dan Langkah mengatasinya

Cabaran yang dihadapi ialah tiada perasaan cinta akan negara di kalangan

generasi muda masa kini. Hal ini berpunca daripada kurangnya kesedaran dalam diri

tentang pentingnya semangat nasionalisme. Contohnya generasi muda masa kini lebih

kepada penggunaan gajet yang keterlaluan. Kesannya kehidupan seharian mereka

tersisih daripada kehidupan bermasyarakat. [4m]

Cabaran lain ialah generasi muda leka dengan lambakan hiburan yang
berleluasa. Hal ini akan melalaikan mereka. Malah generasi muda akan lupa peranan

37

mereka terhadap negara. Contohnya lambakan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam.

Kesannya membawa kepada gejala-gejala yang tidak sihat yang akan menghakis

semangat patriotik dalam diri. [4m]

Cabaran seterusnya ialah pengaruh media massa. Contohnya media cetak dan

media elektronik seperti akhbar, majalah dan internet. Pengaruh media massa boleh

membawa kepada terjerumusnya remaja dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Contohnya

penagihan dadah. Kesannya membawa kepada masyarakat yang kurangnya nilai murni

dalam kehidupan mereka. Oleh itu semangat untuk menjaga kedaulatan negara akan

pudar. [4m]

Cara / Langkah mengatasinya

Langkahnya ialah mengadakan kempen mencintai negara. Dengan adanya kempen

ini ianya akan memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya semangat

nasionalisme. Contohnya kempen Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan di sekolah.

Melalui kempen ini generasi muda akan didedahkan tentang perjuangan tokoh-tokoh

kemerdekaan negara. Kesannya generasi muda akan merasa bertanggungjawab untuk

bersama-sama menjaga nama baik negara. [4m]

Langkah lain ialah merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Satu Malaysia. Hal ini

akan menjadikan mereka berinteraksi dengan pelbagai kaum. Malah akan menjadikan

mereka lebih serasi antara satu sama lain. Contohnya mengadakan sambutan Hari

kemerdekaan di sekolah yang melibatkan pelbagai kaum. Kesannya akan

menyemarakkan semangat nasionalisme dan perpaduan antara kaum. [4m]

Langkah seterusnya ialah semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam mata

pelajaran sejarah dan juga matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah-sekolah.

Hal ini dapat memberi kesedaran dan pemahamaman tentang perjuangan yang telah

dilakukan untuk mendaulatkan negara. Kesannya akan menaikkan nilai patriotisme dalam

diri generasi muda masa kini [4m]

41. Cabaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita dan
langkah mengatasinya

Antara cabaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita ialah

kewujudan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya antara

Melayu, Cina dan India. Ini akan mewujudkan kepelbagaian bahasa, budaya dan agama.

Kesannya kurangnya interaksi dalam masyarakat pelbagai kaum. [3m]

Cabaran lain ialah terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab gemar memainkan
isu-isu sensitif berhubung kaum dan agama di media sosial. Perkara ini akan
menyinggungkan perasaan kaum yang lain. Contohnya tidak menghormati budaya dan

38

agama kaum lain. Kesannya akan mencetuskan permusuhan antara kaum yang akan

menggugat keamanan negara. [4m]

Cabaran seterusnya ialah masalah integasi antara wilayah. Sifat kenegerian yang

begitu menebal menyebabkan kurangnya persefahaman antara penduduk Malaysia.

Terutamanya antara penduduk Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

Contohnya perlawanan bola sepak yang membawa kepada perbalahan antara penyokong

kedua-dua belah. Kesannya menyebabkan wujudnya pandangan yang negatif terhadap

penduduk di negeri lain. [4m]

Cara / Langkah mengatasinya
Langkah untuk, mengatasi isu di atas, pihak kerajaan perlu melaksanakan konsep 1

Malaysia dalam pelbagai bidang. Kebudayaan masyarakat berbilang kaum perlulah
dipaparkan dalam media massa, terutamanya media elektronik. Contohnya Rumah
Terbuka 1 Malaysia perlulah diadakan sempena perayaan masyarakat berbilang kaum.
Tujuannya untuk membolehkan rakyat mengenali kebudayaan kaum yang lain. [4m]

Langkah lain ialah pihak kerajaan perlulah berusaha untuk memartabatkan

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah memperkasakan bahasa

Inggeris. Peranannya supaya rakyat Malaysia mudah berkomunikasi antara satu sama

lain. Contohnya kempen Bahasa Jiwa Bangsa perlu disemarakkan semula. Hal ini boleh

membawa kepada perasaan kebersamaan antara kaum. [4m]

Langkah seterusnya pihak sekolah haruslah memainkan peranan mendidik

generasi muda sejak dari bangku sekolah. Pelajar digalakkan terlibat dalam aktiviti

kurikulum dan kokurikulum. Tujuan untuk memupuk sikap bergaul secara sihat.

Contohnya Program RIMUP. Melaluinya pelajar dididik agar mengenali dan

menghormati kaum yang lain. Misalnya dari segi budaya, adat dan agama. Kesannya

dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. [4m]

Selain itu, langkahnya ialah pihak kerajaan haruslah mengukuhkan integrasi
nasional secara menyeluruh. Dengan ini dapat mendedahkan cara hidup penduduk di
setiap wilayah. Malah dapat menyemai sifat toleransi antara kaum. Contohnya melalui
media massa yang menyiarkan dokumentari tentang kebudayaan etnik-etnik di Malaysia.
Kesannya masyarakat dapat mengetahui kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat
Malaysia lain. Kesannya boleh membawa kepada kesejahteraan rakyat. [4m]

42. Usaha / Langkah / Cara / Tindakan memupuk semangat patriotisme dalam
warga Malaysia

Antara langkahnya ialah kita mesti setia kepada raja dan negara. Caranya ialah
dengan menghormati dan menerima institusi raja berpelembagaan yang menjadi
lambang perpaduan rakyat Malaysia. Seterusnya rakyat mestilah mendukung prinsip

39

Rukun Negara. Melaluinya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu

padu.Impaknya dapat membentuk jati diri masyarakat yang kukuh. [4 m]

Langkah lain ialah kita mestilah menjaga keselamatan negara. Tindakannya

ialah mematuhi undang-undang. Dengan ini dapat mewujudkan persekitaran kondusif.

Seterusnya dapat menjamin pembangunan ekonomi negara. Contohnya dengan

bergabung tenaga bagi membenteras anasir-anasir luar yang cuba untuk menjatuhkan

negara kita. Kesannya akan mengekalkan kemerdekaan negara. [4m]

Langkah seterusnya ialah pihak yang bertanggungjawab hendaklah

menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Melalui kempen

perpaduan dapat dipupuk di kalangan masyarakat negara kita. Contohnya Kempen Cintai

Negara Kita. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat nasionalisme ini akan

memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam

kalangan masyarakat di negara kita. [4m]

Selain itu, langkahnya ialah mengadakan Program Pusat Latihan Khidmat

Negara (PLKN). Program ini terbukti dapat memperkukuh jati diri. Malah dapat

menyemai semangat nasionalisme pelajar. Malah dapat mempertahankan kedaulatan

negara. Contohnya pelajar-pelajar lepasan SPM hari ini terlibat dalam kursus Khidmat

Negara sebelum mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara tidak langsung dapat memberi kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai

generasi Pembina Negara Bangsa Malaysia yang berdaulat. [5m]

Langkah terakhir ialah mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan perlu

dimantapkan kurikulum dan perlaksanaanya di sekolah. Hal ini dapat melahirkan

pelajar yang mempunyai semangat kekitaan kepada negara dan bangsa. Impaknya dapat

melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani dan rohani. [3m]

43. Iktibar yang diperoleh dalam usaha menjadikan negara kita aman dan makmur serta
bebas daripada penjajahan bentuk baru.

Iktibar yang diperoleh ialah perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

Melalui perpaduan dapat menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan

kesejahteraan negara. Sikap tolak ansur dan saling hormat menghormati walaupun

berbeza budaya dan agama mengukuhkan negara. Malah tiada bagi bagi kuasa asing untuk

campur tangan dalam pentadbiran negara. [3m]

Iktibar lain ialah sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempunyai semangat

inovasi. Melalui semangat ini dapat meningkatkan pencapaian dan taraf hidup dalam

masyarakat. Kita juga perlu bersikap terbuka bagi menerima pengaruh luar yang positif.

Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kegemilangan negara. [3m]

40

Iktibar seterusnya ialah kita mestilah mematuhi undang-undang negara. Dengan

ini dapat menjamin keamanan rakyat. Justeru itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat

perlu diwujudkan dengan cara bekerjasama demi kesejahteraan. [2m]

Iktibar lain ialah kita juga perlu mempunyai sikap tanggungjawab terhadap tugas
dan amanah yang diberi. Melalui sikap ini dapat menjamin kejayaan seseorang individu
dalam kehidupan. Seterusnya, masyarakat mestilah sedar akan kepentingan ilmu . Ilmu
penting dalam kehidupan sebagai asas kecemerlangan. Dengan demikian, keadilan dalam
masyarakat dapat ditegakkan. Impaknya akan mengukuhkan keharmonian hidup. [3m]

Iktibar terahkhir ialah kita juga perlu berbangga dengan pejuang negara yang

sanggup menggadaikan nyawa demi maruah tanah air. Semangat perjuangan mereka

perlu kita sanjungi. Ini kerana mereka tabah menghadapi cabaran bagi memastikan

keamanan negara kita dapat dipertahankan. Oleh itu, kita mestilah menghayati susah

payah dan pengorbanan pejuang negara dalam membebaskan tanah air. [3m]

44. Rumusan 1

Unsur Pengetahuan

Kehadiran Imperialis barat untuk kepentingan ekonomi mereka telah mencetuskan

gerakan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Pengenalan birokrasi barat

telah mengubah sistem politik ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara dengan

mengamalkan diskriminasi dan penindasan terhadap penduduk tempatan. [2m]

Unsur nilai dan patriotisme

Rakyat pelbagai kaum perlu mengekalkan semangat perpaduan.Melalui perpaduan

dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Perjuangan para nasionalis telah

memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi.

Mereka bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara. Rakyat dan

pemimpin juga seharusnya mempunyai semangat sayangkan negara. Malah menyemai

sikap sanggup berkorban. Impaknya dapat membebaskan diri daripada cengkaman

penjajah. [4m]

Harapan

Harapan saya agar pemimpin dan rakyat mengembleng tenaga untuk

mempertahankan kedaulatan negara. Dengan ini dapat menyelamatkan negara daripada

jatuh ke tangan kuasa asing. Saya juga berharap agar generasi muda dapat

memperkukuhkan semangat nasionalisme. Juga mempunyai sikap jati diri yang kental.

Kesannya kemerdekaan negara dapat dipertahankan. [3m]

41

45. Rumusan 2
Pengetahuan yang saya peroleh daripada topik di atas ialah imperialisme Barat di

Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat
tempatan. Mereka telah berjuang untuk menuntut pembaikan terhadap taraf hidup.
Seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.

Nilai-nilai murni daripada topik di atas ialah semangat bertoleransi akan dapat
memupuk kerjasama yang erat antara kaum. Persefahaman rakyat akan mewujudkan
keharmonian dalam kehidupan.

Unsur patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat ialah setiap
rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kita harus
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara . Selain itu perlu
mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia memiliki semangat cinta akan negara
yang tinggi. Selain itu berusaha mempertahankan kemerdekaan negara. Saya juga
berharap agar rakyat Malaysia terus berusaha memajukan negara. Kesannya kita dapat
mewariskan suasana kehidupan yang aman dan bahagia kepada generasi berikutnya.

42

LAMPIRAN

KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus
/ istilah / terminology
Bagaimanakah Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian
Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
Mengapakah Memberi sebab/punca /faktor sesuatu peristiwa atau perkara.
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian /
Nyatakan sokongan
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
Tafsirkan Menyatakan fakta dengan sokongan/bukti/menjelaskan sesuatu dengan sebab yang
munasabah/relevan.
Terangkan Menyatakan sesuatu dengan bukti /hujah yang kukuh berkaitan tentang sesuatu
perkara atau peristiwa
Tunjukkan/ Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
buktikan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Bezakan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
Bincangkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
Ulas/hujah perkara
Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif
Bandingkan atau negative
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / secara terperinci/ada
Cadangkan perkembangan isi dan mampu memberikan contoh yang jelas.

Huraikan

Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak
Hubungkaitkan tertentu
Syorkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor/mengaitkan di antara
Nilaikan satu fakta dengan fakta yang lain yang berkaitan dengan faktor/peristiwa.
Wajarkah Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu
Galurkan situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
/perkembangan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai
Sejauh manakah aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan

Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi

Calon boleh setuju sepenuhnya, membantah sepenuhnya pernyataan itu, atau setuju
dan juga menentang pernyataan itu. Hal ini kerana pernyataan itu memberi
kebebasan untuk calon memberi pendirian mereka.
Contoh: Sejauhmanakah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rantau
ini?
Pelajar perlu memberikan jawapan yang menyokong sepenuhnya iaitu memberikan
bukti dan hujah yang relevan/ tepat.

43

Contoh jawapan: Malaysia mampu menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan
kerana negara kita mempunyai prasarana yang lengkap. Kemudahan yang
lengkap membantu memudahkan pelajar membuat rujukan atau kajian
mendalam tentang ilmu pengetahuan. Antara contoh prasarana tersebut ialah
jalur lebar yang meluas dan perpustakaan yang digital. Kesannya Universiti
tempatan telah berjaya mendapat rangking universiti terbaik dunia. Universiti
Malaya kini berada pada kedudukan ke-114 universiti terbaik dunia

Makna istilah/maksud perkataan

ISTILAH MAKSUD/ MAKNA/ TAKRIFAN
Alaf baru
Berorganisasi Alaf : 1000 tahun lamanya/ milenium;
Birokrasi baru :tempoh masa selepas alaf terdahulu.
Bolot/membolot Mempunyai organisasi/ tersusun dengan baik dan rapi
Ekploitasi
Eksekutif Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai yang tidak dipilih
oleh rakyat /cara pemerintahan yang sangat-sangat dikuasai oleh pegawai
Globalisasi kerajaan/cara pentadbiran yang banyak melibatkan peringkat dan peraturan.
Membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sebagai hak sendiri dan
Hedonisme tidak ada untuk orang lain/ memonopoli
Intelektual Pemanfaatan untuk keuntungan sendiri/ pemerasan.
Luntur
Neokolonialisme orang atau sekumpulan orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab
Pemodenan dalam pentadbiran atau dalam pengurusan sesebuah organisasi.
Radikal Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi Maklumat
Raja /mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi/
Perlembagaan kebudayaan dan sebagainya keperingkat dunia.
Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
Revolusi kesenangan hidup.
Orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan. Mempunyai
Sistematik kemampuan yang tinggi untuk berfikir (menggunakan akal budi)
Tidak turun warna/ berubah,/bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dan
sebagainya.
Peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar keatas negara lain yang
baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi.
Perbuatan atau hal memodenkan/ pembaharuan.

Memperjuangkan (menyokong atau cenderung kepada) perubahan-perubahan
dasar pada bidang atau keadaanpolitik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, )/ parti
yang akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri daripada parti
pemerintah/tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang
pun yang melebihi pengalamannya ada tidak ada pula yang melebihinya.
Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya
adalah terhad oleh perlembagaan negara
Kerajaan yang mengamalkan Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan
yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai
ketua negara.
Perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan
secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata/
Perubahan yang menyeluruh dan mendadak, terutamanya daripada segi cara
berfikir dan bertindak.
Sesuatu proses, prosedur, atau acara yang dianjurkan dan mengalir dengan

44

lancar.

Kata kerja yang mesti mempunyai ayat penyambut.

Kata kerja ContohSubjek/kata peyambut
Memastikan Keselamatan negara terjamin.
Menghargai tokoh-tokoh negara.
Mengukuhkan Kestabilan negara
Memupuk Semangat patriotisme
Melengkapkan Ilmu pengetahuan
Menimbulkan Perasaan cintakan negara.
Mendapatkan hak-hak
Mengamalkan Semangat bersatupadu/ gaya hidup sihat.
Mengelak Perselisihan kaum/perbalahan.
Mengekalkan kemerdekaan/perpaduan rakyat.
Memperkenalkan Sistem pemerintahan yang berkesan.
Mengadakan Demontrasi secara aman.
Menjadikan Negara aman dan makmur
Mewujudkan Negara yang gemilang.
Memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat.
Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
Mengukuhkan Integrasi nasional secara menyeluruh.
Melaksanakan Konsep Satu Malaysia
Menerapkan Semangat perpaduan
Mendokong Prinsip Rukun Negara.
Menghormati Institusi Raja Berpelembagaan
Mendedahkan Cara hidup bertoleransi.

45


Click to View FlipBook Version