Tarikh : .............................
walaupun selama ini tidak mengizinkan mereka menyertai aktiviti tersebut.
D Anak-anak mendapat restu daripada Encik Hussin untuk menyertai kegiatan
kokurikulum dan turut berbangga dengan pencapaian mereka dalam aktiviti yang
disertai.
Soalan 25 – 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25. I Dia majukan surat peletakan jawatan kepada ketua jabatannya.
II Set pinggan mangkuk ibu terpamer di dalam almari hiasan di rumah.
III ”Bilakah dapat kauhantar joran ini kepada Kassim,” tanya Haris kepada Farid.
IV Semua kanak-kanak di Tadika itu terselamat daripada kebakaran yang berlaku.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
26. I Pandangan adik kian kabur kerana sering menggunakan komputer riba.
II Ibu ke pasar malam tiap hujung minggu untuk membeli barang keperluan dapur.
III Puan Maheran, sila jemput menepung tawar pasangan mempelai di pelaminan.
IV Pekerja itu menyapu sarang lelabah yang melekat di siling dengan penyapu.
A I dan IV
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
27. I Apakah kamu sudi menerima lamaran saya ini?
II Munirah bukan sahaja cantik, bahkan juga peramah orangnya.
III Wah, asyik benar kamu termenung hinggakan saya pulang pun kamu tidak sedar!
IV Yang berjerebu di ibu kota mengehadkan jarak penglihatan para pemandu.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.
28. Sikap penduduk kampung yang tidak bermuafakat dan sentiasa mementingkan diri seperti
___________ tidak membawa kebaikan kepada sesiapa.
A bagai isi dengan kuku
B bagai tikus membaiki labu
C bagai kacang lupa akan kulit
D bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing
29. John didakwa telah menggelapkan wang syarikat sejak beberapa tahun lalu. Oleh sebab tidak
mahu mengganggu siasatan, dia telah meletakkan jawatan secara suka rela. Keadaan ini
ibarat...
A buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
B biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
C bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
ROSS/2020 Page 51
Tarikh : .............................
D berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai
30. Ayah telah merotan adik kerana menyangka bahawa adik telah menyembunyikan buku
latihan Matematik kakak yang akan dihantar pada hari esok. Namun begitu, buku tersebut terselit
di dalam beg sekolah kakak. Tindakan ayah tanpa usul periksa samalah seperti pepatah...
A di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut
B dengarkan cerita burung, anak di pangku dilepaskan
C sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan
D kecil anak, besar onak
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------
PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B DAN
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak
menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda.
Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata
pepatah….(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa
maksud ‘banjir’.
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja
‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini
menunjukkan……
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang
membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’
bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan :
….. mempunyai pilihan yang banyak…
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama.
‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata
pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan
undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah
untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
ROSS/2020 Page 52
Tarikh : .............................
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai
langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan.
Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain.
(berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh:
Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan
menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan
dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……
15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata
sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya
… Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana,
bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang
sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa –
(orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang
sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya
semula jadi.
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula”
tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis
karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan
karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi.
Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.
KARANGAN BAHAGIAN C
(a) Menabung.
Pendahuluan:
- Menyimpan wang untuk masa depan.
- Di simpan di dalam bank-bank – lebih selamat.
- Kegunaan masa cemas atau untuk modal perniagaan.
Isi-isi penting:
1. Peranan individu.
- Ada kesedaran diri.
ROSS/2020 Page 53
Tarikh : ............................. Page 54
- Mempunyai arah dan tujuan dalam hidup.
- Berwawasan.
2. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak.
- Menyemai sikap menabung semenjak kecil.
- Sediakan tabung untuk anak menabung.
- Mengajar anak-anak berjimat-cermat.
3. Peranan Institusi Kewangan.
- Bank menyediakan faedah tinggi.
- Menyediakan bonus dan dividen.
- Menawarkan hadiah tertentu seperti Sijil Simpanan Premium.
4. Kempen menggalakkan masyarakat menabung.
- Menggalakkan masyarakat berjimat cermat.
- Kempen kesedaran menabung.
- Papan tanda kesedaran menabung.
5. Peranan kerajaan.
- Menyediakan saham amanah seperti ASB, ASW, ASN dan lain-lain lagi.
- Menjamin wang tidak hilang.
- Memberi jaminan bahawa simpanan menguntungkan.
Penutup:
- Menabung akan meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.
- Rakyat perlu sedar penting menabung untuk masa depan.
- Rakyat perlu menyahut seruan menabung.
(b) Pengaruh Internet.
Isi-isi penting:
1. Mewujudkan budaya lepak di Pusat Siber.
- Main permainan komputer.
- Berceloteh melalui internet.
- Melayari maklumat yang negatif.
2. Keruntuhan moral.
- Terpengaruh dengan gambar-gambar lucah.
- Melayari laman web yang bertentangan dengan nilai agama.
- Terpengaruh dengan maklumat berbentuk hasutan.
3. Berita palsu dalam internet.
- Mudah mempercayai berita-berita yang disebarkan melalui internet.
- Menjadi penyebar berita palsu.
- Orang ramai menjadi panik dengan berita-berita palsu.
4. Budaya tersendiri.
- Menjadikan anak-anak suka mengasingkan diri dalam bilik.
- Tidak bercampur gaul dengan masyarakat.
- Tidak suka bermesra dalam keluarga.
5. Merugikan diri sendiri.
- Kos yang tinggi sedangkan faedahnya tidak ada.
- Menghabiskan masa tanpa faedah.
- Meningkatkan kos elektrik.
ROSS/2020
Tarikh : ............................. Page 55
Penutup:
- Pengaruh internet amat tinggi - sama ada baik atau buruk.
(c) Keruntuhan Budaya.
Pendahuluan:
- Setiap bangsa memiliki adat dan peraturan hidup.
- Diwarisi sejak zaman berzaman.
- Pegangan kepada adat semakin longgar di kalangan masyarakat hari ini.
Isi-isi penting:
1. Pelbagai pencemaran budaya di kota.
- Keruntuhan moral remaja.
- Gaya fesyen yang keterlaluan.
- Budaya lepak, bohsia, dan lain-lain.
2. Punca pengaruh persekitaran.
- Suasana hidup di kota -ragam penduduk.
- Kebebasan hidup dan kesibukan masyarakat.
- Pelbagai hiburan dan kelab-kelab malam.
3. Kelemahan institusi keluarga.
- Remaja berjauhan dengan keluarga.
- Ibu bapa sibuk dengan tugas.
- Anak tiada asuhan dan kasih sayang.
4. Sikap kebendaan masyarakat kota.
- Tidak menghiraukan orang lain.
- Tiada permuafakatan.
- Mengejar kemewahan.
5. Kemasukan budaya asing.
- Bandar kosmopolitan tumpuan masyarakat antarabangsa.
- Membawa budaya bertentangan.
- Mempengaruhi masyarakat remaja.
Penutup:
- Pencemaran budaya perlu disekat.
- Dapat memelihara budaya bangsa sendiri.
(4) Penderaan.
Isi-isi penting:
A. Punca penderaan:
Masalah tidak dapat kawal emosi oleh ibu bapa.
- Mempunyai sikap mudah marah.
- Fikiran terganggu akibat kemiskinan.
- Berlaku pergaduhan keluarga.
Kurang kasih sayang kepada kanak-kanak.
- Anak dilahirkan tanpa kerelaan diri.
ROSS/2020
Tarikh : ............................. Page 56
- Anak-akan istimewa juga mudah didera.
- Anak-anak angkat - bukan anak sendiri.
Ibu bapa yang kurang pendidikan agama.
- Merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
- Mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa / pahala.
- Mudah ikut perasaan.
B. Cara-cara mengatasi:
Kesedaran pada ibu bapa.
- Kempen menyayangi anak.
- Memberi ceramah keagamaan kepada ibu bapa atau penjaga.
- Kesedaran tentang hak kanak-kanak dilindungi undang-undang.
Tindakan undang-undang.
- Hukuman penjara dan sebat.
- Memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa yang telah dihukum.
- Hukuman mati.
Penutup:
- Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes
penderaan berlaku di persekitaran mereka.
- Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
(5) Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya.
Isi-isi penting:
1. Menyediakan sistem jalan raya yang baik dan teratur.
- Melebarkan jalan / membina lebuh raya.
- Memperbaik jalan raya yang berlubang / rosak.
- Membina jejambat / membanyakkan jalan satu hala.
2. Membuat perancangan bandar yang teratur.
- Membina kilang di kawasan luar bandar.
- Mengadakan jalan raya bertingkat.
- Menggelakkan laluan penting merentasi bandar.
3. Penguatkuasaan undang-undang.
- Tindakan kepada pengguna jalan yang melanggar undang-undang.
- Membanyakkan penguat kuasa.
- Hukuman berganda bagi mereka yang melakukan kesalahan yang
berulang.
4. Zon khas.
- Membanyakkan kenderaan awam di kawasan zon kereta penuh
penumpang.
- Zon jalan kaki.
- Berkongsi kereta.
5. Kesedaran masyarakat.
- Meletakkan kereta di luar zon khas.
- Melaksanakan kempen berkongsi kereta.
- Menggunakan kenderaan awam.
ROSS/2020
Tarikh : .............................
Penutup:
- Mengurangkan kesesakan boleh mengurangkan kadar kemalangan.
- Semua pihak harus mengatasi masalah ini secara bersama-sama.
(6) Menarik Kedatangan Pelancong.
Isi-isi penting:
1. Membanyakkan kemudahan di tempat-tempat tertentu.
- Baik pulih kawasan dan bangunan supaya menarik.
- Menyediakan jalan-jalan perhubungan yang lebih baik.
- Menyediakan tempat-tempat tinggal untuk kemudahan pelancong.
2. Mempromosikan tempat-tempat menarik di negara kita.
- Menyediakan duta-duta pelancong.
- Menghantar rencana dan gambar.
- Mempromosi melalui internet.
3. Tahun Melawat Malaysia.
- Khusus bertujuan menarik pelancong.
- Menyediakan pesta-pesta untuk menambat hati pelancong.
- Menyediakan kedai-kedai bebas cukai.
4. Peranan Sistem Penerbangan MAS.
- Memberikan tambang murah kepada pelancong.
- Mengiklankan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia pada
badan-badan kapal terbang.
- Melayani pelancong dengan perkhidmatan terbaik.
5. Peranan masyarakat setempat.
- Mengekalkan sikap peramah masyarakat tempatan.
- Memberikan kerjasama kepada pelancong yang melawat negara ini.
- Menyediakan kedai-kedai budaya / pasar seni budaya / kedai-kedai kraf
tangan.
Penutup:
- Kerjasama semua pihak penting untuk menjadikan negara kita sebagai
pusat pelancongan yang terkemuka di dunia.
- Kejayaan usaha ini ditentukan juga oleh peranan Kementerian
Pelancongan Negara.
ROSS/2020 Page 57
Tarikh : .............................
KERTAS 1 (LATIH TUBI)
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawaban yang paling sesuai.
1. "Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui ________ yang diwujudkan", kata wakil
rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
A sumbangan
B simpanan
C derma
D dana
2. Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan
_____ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
A mendirikan
B menegapkan
c menegakkan
D melempangkan
3. Dompet itu diperbuat ____________ kulit ikan pari.
A daripada
B oleh
c pada
D dari
4. "Titah perintah tuanku terjunjung di atas batu jemala __________,” kata Syeikh
Shamsuddin kepada Sultan Mansur Syah. ·
A beta
B patik
C hamba
D baginda
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah
5. Seorang nelayan yang sedang memancing terpempan apabila seekor buaya
_____ ekornya.
A melipatkan
B melibaskan
c mengilaskan
ROSS/2020 Page 58
Tarikh : .............................
D mengibaskan
6. Keropok yang dibelinya itu sedap dimakan kerana _______________
A reput
B rangup
C rapuh
D retas
7. Razi mengait se ____ langsat dengan menggunakan se ____ galah
bergunting.
A biji ... batang
B mayang ... kaki
C gugus ... batang
D bakuI. .. kaki
Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda
dengan D. Pilih jawaban yang paling sesuai.
8. Wajah gadis itu merah padam apabila diusik oleh beberapa orang pemuda
AB
di jalan simpang. Tiada kesalahan.
CD
9.Doktor pakar-doktor pakar itu sedang berbincang tentang penemuan rawatan
AB
terbaharu penyakit kanser. Tiada kesalahan.
CD
10. Tidak ada apa yang berharga disimpan di dalam peti besi itu. Tiada kesalahan.
AB C D
11. "Tolong jangan bermain di tepi longkang yang besar itu," kata ibu kepada adik.
ABC
Tiada kesalahan.
D
12. Sebelum ke pasar raya, ibu akan menulis senarai barangan yang ingin dibeli.
ABC
Tiada kesalahan.
D
13. Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ
AB
teramat licin. Tiada kesalahan.
CD
14. lbu menyeret guni yang berisi buah durian itu kerana terlalu berat untuk diangkat.
ABC
Tiada kesalahan.
D
Soalan 15-17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
ROSS/2020 Page 59
Tarikh : .............................
15. I Naskhah lama itu menggunakan lontar sebagai kertas.
II Pertandingan lontar lembing itu baru sahaja tamat.
Ill Dia lontar puntung rokok ke halaman rumah.
IV Ahmad lontar kata-kata indah semasa menyampaikan syarahan.
A I dan II sahaja
B Ill dan IV sahaja
c I, II dan Ill sahaja
D II, Ill dan IV sahaja
16. I Katanya yang pekat itu menggores hatiku.
II Hanif menelan kopi pekat yang disediakan oleh Hasif.
Ill Malam yang gelap pekat itu menyukarkan dia untuk terus memandu kereta.
IV "Santan yang pekat itu perlu ditambah air sejuk," kata Chef Malim kepada anak
didiknya.
A I dan II sahaja
8 Ill dan IV sahaja
C I, II dan Ill sahaja
D II, Ill dan IV sahaja
17. I Dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian
bapanya.
II Mak Som menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.
Ill Dia menggalas meja menggunakan kain bercorak flora.
IV Barangan yang dijaja olehnya menggalas turun kerana be rat amat.
A I dan II sahaja
8 Ill dan IV sahaja
c I, II dan Ill sahaja
D II, Ill dan IV sahaja
Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan
dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
18. Para pelajar sabar menunggu daripada detik kepada sedetik ketibaan jaguh skuasy
negara, Datuk Nicol Ann David.
A dari detik ke detik.
B daripada detik ke sedetik.
C daripada sedetik ke sedetik.
D daripada detik kepada sedetik.
19.Lambakan novel-novel picisan di pasaran telah mempengaruhi minda remaja
dewasa ini.
A Lambakan novel-lambakan novel
B Lambakan-lambakan novel
C Lambakan novel
D Lambakan novel-novel
20.Tidak termakan oleh saya lauk yang pedas itu.
A Tidak dimakan saya
B Tidak dimakan oleh saya
C Tidak termakan saya
D Tidak termakan oleh saya
ROSS/2020 Page 60
Tarikh : .............................
21. Majlis Perbandaran Seberang Perai diberikan, mandat untuk memperindahi lagi
kawasan bandar itu.
A untuk memperindahkan lagi kawasan bandar itu.
B untuk memperindah kawasan bandar itu.
C untuk memperindahkan kawasan bandar itu.
D untuk memperindahi lagi kawasan bandar itu.
Soalan 22 -24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
22. Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang
tinggi untuk mengharumkan nama negara.
A Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang
tinggi demi mengharumkan nama negara.
B Demi mengharumkan nama · negara telah mendorong mereka untuk
memenangi pertandingan itu dengan jayanya.
C Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu
telah mengharumkan nama negara dengan jayanya. ·
D Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka
menjuarai kejohanan tersebut.
23. Kursus kepemimpinan pengawas itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar
tentang sifat-sifat sebagai pemimpin yang perlu ada dalam diri mereka.
A Sifat-sifat sebagai pemimpin yang wujud dalam diri pelajar membolehkan
mereka mengikuti kursus kepemimpinan pengawas.
B Sifat-sifat sebagai pemimpin dapat dilatih sekiranya pelajar menjadi
pengawas dalam sesuatu kursus kepemimpinan.
C Matlamat utama kursus kepemimpinan yang dihadiri oleh pengawaspengawas itu
adalah untuk melatih mereka memiliki sifat-sifat seorang
pemimpin.
D Sebagai pemimpin pengawas, pelajar perlu mengikuti kursus kepemimpinan
yang bertujuan untuk membentuk sifat-sifat pemimpin dalam diri mereka.
24. "Marilah kita menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu
hadapan,"ujar pengetua kepada murid-murid.
A Pengetua berharap agar murid-murid dapat menyertai Karnival Bahasa pada
minggu yang akan datang.
B Pengetua mengajak murid-murid menjayakan Karnival Bahasa peringkat
sekolah pada minggu yang akan datang.
C Pengetua berharap agar Karnival Bahasa dapat dianjurkan oleh murid-murid
dengan jayanya pada minggu yang akan datang.
D Pengetua menggalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian dalam
Karnival Bahasa pada minggu akan datang.
Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.
ROSS/2020 Page 61
Tarikh : .............................
25. I Anuar menamai kucingnya Si Tompok.
II Wajah tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.
Ill Adik saya yang belajar dalam tingkatan satu sudah pergi sekolah.
IV Tolong beritahu pihak pengelola sekiranya anda menghadapi lain-lain masalah.
A I dan II sahaja
B Ill dan IV sahaja
C I, II dan Ill sahaja
D II, Ill dan IV sahaja
26. I Kami memperoleh pengajaran yang berguna daripada ceramah tersebut.
II Para pelancong amat tertarik oleh keindahan Pulau Redang.
Ill Dia sudah.agak dewasa tetapi hidupnya masih bergantung kepada orang tuanya.
IV Notanya yang banyak itu ada dengan rakan sekelasnya.
A I dan II sahaja
B Ill dan IV sahaja
C I, II dan Ill sahaja
D II, III dan IV sahaja
27. I Suasana di pasar borong menjadi lengang selepas pukul 12.00 tengah hari.
II Tegurannya bukan menghina kita, tetapi sekadar mengingatkan kita sahaja.
Ill Mereka menunggu di pejabat tanah itu sejak satu jam setengah yang lalu.
IV Sampah mengotorkan lantai yang baru dilap oleh kakak.
A I dan II sahaja
B Ill dan IV sahaja
C I, II dan Ill sahaja
D II, Ill dan IV sahaja
Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Peribahasa yang berikut membawa maksud membuat dua tiga pekerjaan serentak
kecuali
A ke sungai sambil mandi.
B sambil berdiang nasi masak.
C sebagai condong ditumpil, lemah dianduh.
D sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar.
29 Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap rela berkorban nyawa demi
mempertahankan sesuatu yang hak ialah
A hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
B biar putih tulang jangan putih mata.
C bagai cincin dengan permata.
D alah bisa tegal biasa.
Soalan 30 berdasarkan gam bar di bawah.
ROSS/2020 Page 62
Tarikh : .............................
Keadaan hidup lelaki itu sangat miskin dan melarat bagai
A anjing buruk kepala.
B gembala diberi keris.
C layang-layang putus tali.
D kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Soalan 31 - 35
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soa/an-soalan yang berikutnya.
MARIAH: ltulah aku katakan. Kita mesti, belajar berniaga kecil-kecilan dulu, seperti
menjual aiskrim, membeli pisang, dan berniaga barang-barang runcit. Perniagaan ini tidak
memerlukan modal yang banyak.
HAN I: Saya tak faham. Mengapa Haji Dollah pekedai barang-barang runcit itu tak boleh
maju? Padahal dia telah berniaga 10 tahun lebih.
FIRDAUS: Hutang, saudara, hutang. Engkau tahu, orang-orang kita kuat berhutang. Kalau tak
diberikan hutang dikatakan sombong . Apabila diberikan begitulah. Entah
bila nak bayar. Esok dan esok. Apabila hutang dah banyak mereka berhenti. Pergi pula ke
kedai orang lain.Tak menempuh-nempuh ke kedai Haji Dolah tu.
Macam mana nak maju kedainya?Seribu tahun berniaga begini, takkan maju.
YAHYA: Orang-orang kita ter/a/u manja. Duduk di kampung. Tetapi membeli sayur juga.
Di keliling bukan tanam sayur-sayuran. Apa salahnya kalau ditanam sayur kacang, bayam,
dan lain-lain? Menanam bunga rajin. Berpasu-pasu pula. Mengenyangkankah bunga tu?
ZAINAL: Engkau cuma pandai mengkritik.
YAHYA: (Menengking) Hai, kita mesti berani mengkritik diri kita ! Kesanggupan diri sendiri
bermakna kesanggupan untuk mencari kemajuan. Engkau mahu maju? Memandang ZAINAL.
MARIAH: Orang gila saja yang tak mahu maju.
YAHY A: (Memandang ZAINAL) Kalau engkau mahu mesti sanggup mencermin diri
sendiri.
HAN I: (Memotong percakapan YAHYA) Mesti sanggup melihat ke dalam diri sendiri,
apakah yang kurang? Apakah yang perlu ditokok tambah? Berguna untuk
mencapai kemajuan.
(Dipetik dan diubah suai daripada drama Cabaran,
antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31 Berdasarkan petikan drama di atas, apakah faktor utama yang menghalang kemajuan
sesuatu perniagaan?
A Sikap tidak mahu belajar berniaga secara kecil-kecilan.
ROSS/2020 Page 63
Tarikh : .............................
8 Sikap sombong dalam kalangan peniaga.
C Sikap masyarakat yang suka berhutang.
D Sikap masyarakat yang terlalu manja.
32 Berdasarkan petikan drama di atas, apakah gambaran yang tepat bagi perwatakan
Yahya
A Seorang yang berpandangan positif.
B Seorang yang suka berniaga.
C Seorang yang rajin berusaha.
D Seorang yang kreatif.
33 Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas?
A Kita mestilah menepati janji yang telah dibuat.
B Kita mestilah berani mengakui kelemahan diri sendiri.
C Kita mestilah mengamalkan sikap bertolak ansur.
D Kita mestilah tetap pendirian dalam memperjuangkan nasib.
34 Frasa orang-orang kita terla/u manja dalam petikan drama di atas membawa
maksud
A masyarakat yang malas berusaha.
B masyarakat yar~g suka meminta-minta.
C masyarakat yang tidak bijak menggunakan peluang.
D masyarakat yang suka berhutang.
35 Persoalan-persoalan yang berikut terdapat dalam keseluruhan drama kecuali
A perubahan sikap dan pemikiran dalam kalangan masyarakat.
B pentingnya sikap jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
C pentingnya permuafakatan dalar'n usaha memajukan bangsa.
D pentingnya sektor pertanian dalam memajukan bangsa.
Soalan 36-40
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Warkah Buat Generasi
Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di lang it alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita
Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air,mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.
AMIRUDDIN MD. All HANAFIAH(Dipetik daripada antologi
Gema Sepi GadisGenius,Tingkatan 2,Dewan Bahasa danPustaka)
36 Apakah nada sajak di atas?
A Melankolik
B Patriotik
C Prates·
D Sinis
ROSS/2020 Page 64
Tarikh : .............................
37 Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap kedua di atas ?
A Generasi terdahulu telah membina sebuah negara yang bebas.
B Generasi terdahulu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan.
C Generasi terdahulu telah berjanji untuk memajukan negara.
D Generasi terdahulu telah berjuang bermati-matian.
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini
38 Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan oleh generasi hari ini agar hasrat
penyajak tercapai kecuali
A generasi hari ini perlu menjadi bangsa yang berani dan bermaruah.
B generasi hari ini perlu memartabatkan dan mendaulatkan tanah air.
C generasi hari ini perlu mengenang sejarah perjuangan terdahulu.
D generasi hari ini perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
akar sejarah
39 Apakah unsur gaya bahasa di atas?
A Simpulan bahasa
B Simile
C Metafora
D Hiperbola
40 Sajak ini bertemakan
A Semangat perjuangan nenek moyang.
B Semangat cinta akan tanah air.
C Semangat nasionalisme yang tinggi.
D Semangat kemerdekaan anak bangsa.
ROSS/2020 Page 65
Tarikh : .............................
KERTAS 2 (LATIH TUBI)
Bahagian A (i) – Ringkasan
[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha kerajaan dalam
membangunkannegara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Usaha Kerajaan Dalam Membangunkan Negara
Malaysia ialah sebuah negara kecil dan sedang membangun dengan jumlah penduduk
melebihi 25 juta orang. Malaysia telah berubah wajah sejak merdeka 50 tahun yang lalu daripada
sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan sektor pembuatan. Sektor ini
telah menyumbang 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Malaysia sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Oleh
sebab itu, rakyat negara ini disarankan agar berusaha melibatkan diri dalam bidang ini dengan
jayanya. Usaha kerajaan dalam era digital telah terbukti dan diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa.
Negara ini telah memasuki gerbang era maklumat dengan pelancaran Wawasan 2020 yang
bertujuan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Pada asasnya Malaysia ingin
menjadi sebuah negara yang mempunyai nilai etika yang tinggi hingga mampu berdiri sendiri
menerusi kepakaran dalam pelbagai maklumat dan pengetahuan.
Terdapat tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk menjayakan aktiviti dalam Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar, teleperubatan, penyelidikan dan
pembangunan kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia, dan pemasaran tanpa
sempadan. Pada hari ini telah ada lebih 1000 buah syarikat menerima taraf MSC dan lebih 25
peratus daripadanya mempunyai rakan niaga dari negara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagi meningkatkan status teknologi maklumat, pihak kerajaan dan swasta menggalakkan
rakyat negara ini melayari internet dan meningkatkan penggunaan e-dagang dalam perniagaan.
Cabaran untuk mencapai wawasan bukan mudah kerana tahap inovasi negara masih
rendah dan tahap pekerja mahir dan berilmu dalam bidang pembangunan dan penyelidikan perlu
dipertingkatkan. Pelbagai usaha bagi membangunkan negara harus diterima oleh rakyat dengan
pemikiran yang positif agar semua perancangan berjalan dengan sempurna.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian A(ii)
[10 markah]
Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata era digital? [2 markah]
2. Apakah tujuan pelancaran Wawasan 2020?[4 markah]
3. Sebagai rakyat Malaysia, nyatakan dua cara yang boleh anda lakukan bagi memastikan
Wawasan 2020 tercapai. [4 markah]
ROSS/2020 Page 66
Tarikh : .............................
Bahagian B
[20 markah]
Lihat iklan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang Faedah-faedahSektor
Pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
ROSS/2020 Page 67
Tarikh : .............................
Bahagian C
[40 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.
1. Anda telah diminta untuk menulis berita tentang kejohanan bola sepak peringkat daerah
yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan berita itu selengkapnya.
2. Kelab Pustakawan sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa
buah negeri. Anda selaku setiausaha kelab dikehendaki menulis laporan lengkap tentang
lawatan itu untuk diserahkan kepada pengetua sekolah anda.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
3. Selaku pegawai perubatan, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang “Cara-
cara mengelakkan penyakit demam denggi” di sebuah sekolah.
Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
4. Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda telah menyertai suatu perkhemahan program
motivasi diri yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
Tuliskan pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan itu.
5. Peribahasa ‘Bagai kacang lupakan kulit’ sering digunakan untuk menilai orang yang tidak
tahu mengenang budi.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.
Bahagian D
ROSS/2020 Page 68
Tarikh : .............................
[10 markah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 3
seperti yang berikut:
(i) Merenang Gelora karya Ruslan B Ngah
(ii) 6:20 Karya Siti Jasmina Bt Ibrahim
(iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Bt Deraman
Berdasarkan daripada novel di atas, jelaskan lima nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam
novel yang anda kaji.
KERTAS SOALAN TAMAT
DISEDIAKAN OLEH:-
PN ROSSNITA BT SARDI
SMK SERI TANJONG
MELAKA
ROSS/2020 Page 69