The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kisah 4 orang sekawan yang cuba meneroka sesuatu perkara yang dilarang sehingga menjadikan kejadian itu sebagai satu perkara yang membuatkan mereka insaf dan akur akan larangan yang diberitahu oleh ibu bapa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHAMMAD HAFIQHAIRIL AIMAN MUSTAZA, 2023-12-06 03:11:32

4 SEKAWAN & NENEK KEBAYAN

kisah 4 orang sekawan yang cuba meneroka sesuatu perkara yang dilarang sehingga menjadikan kejadian itu sebagai satu perkara yang membuatkan mereka insaf dan akur akan larangan yang diberitahu oleh ibu bapa.

Keywords: Aimetoja16

4 SEKAWAN & NENEK KEBAYAN Aiman Mustaza


Di negeri Saranjana, terdapat sebuah perkampungan yang dipanggil Kampung Pelikat. Penduduk yang mendiami Kampung Pelikat ini terdiri daripada kalangan petani dan nelayan. Aiman merupakan seorang budak yang cergas. Aiman teruja untuk belajar perkara baru dan selalu bertanya soalan kepada Ibu bapanya. Pada suatu hari, Aiman bertanya kepada ibunya mengenai rumah usang yang terdapat di atas bukit hujung kampung mereka itu yang dianggap misteri oleh penduduk kampung. 1


"Ibu, ibu tahu cerita mengenai rumah usang yang terdapat di atas bukit hujung kampung kita itu?" tanya Aiman. "Kamu tidak perlu tahu tentang rumah itu. Ibu juga tidak membenarkan kamu untuk cuba-cuba mahu pergi ke sana. Ingat pesan ibu! Sudah, ibu mahu ke dapur untuk memasak makanan tengahari kita, " jawab ibu kepada Aiman dengan tegas. 2


Keesokannya, Aiman berjanji untuk bermain bola bersama rakan-rakannya. Mereka sering bermain bola di lapangan berdekatan rumah mereka. Disebabkan perasaan ingin tahu Aiman yang membuak-buak. Semasa berehat, Aiman bertanya kepada kawan-kawannya mengenai rumah usang di hujung kampung mereka itu. 3


"Kalian tahu tentang rumah usang yang terdapat di atas itu?" tanya Aiman. "Nenek aku beritahu yang rumah usang dibina berdekat lamanya telah dihuni oleh seorang nenek kebayan yang menakutkan. Nenek kebayan itu akan menangkap sesiapa yang datang ke rumah itu " cerita Budin, kawan Aiman dengan panjang lebar. Aiman menjadi semakin teruja apabila mendengar cerita itu. Dia mahu pergi ke sana dan melihat sendiri bagaimana keadaan rumah usang itu. Aiman ingin mengajak rakan-rakannya, Budin, Yusri dan Aizat untuk pergi ke rumah tersebut. Budin dan Yusri segera bersetuju. 4


"Aizat, kau mahu ikut kami ke sana?" tanya Aiman kepada Aizat. "Aku tidak mahu ikut,kalian pergilah" tegas Aizat kerana tidak mahu mengambil risiko. 5


Pada malamnya, Aiman mula mencorak strategi untuk pergi ke rumah usang itu. Keesokannya, Aiman berkumpul di lapangan tempat mereka bermain bola bersama rakan- rakannya. Aiman memberitahu rancangan yang telah dibuat. 6


Semasa berbincang Aizat menyampuk dan memberitahu kepada Aiman yang dia ingin turut sama ke rumah itu. Setelah Aizat membuat keputusan mahu mengikut mereka, Aiman memberitahu yang mereka akan berkumpul di rumahnya pada keesokan harinya selepas matahari terbit. 7


Keesokannya, semua berkumpul di rumah Aiman dan mereka mula bergerak ke rumah itu. Mereka sangat teruja kerana ingin mencari jawapan misteri yang ada pada rumah itu sama ada ianya sekadar mitos atau benar. Semasa mereka berjalan, tiba-tiba mereka terjumpa dengan seekor rusa putih yang sedang melintas di hadapan mereka. Aiman cuba menghalau rusa tersebut dengan menggunakan sebatang kayu kerana takut dan terlalu risau akan rusa itu yang dianggap aneh, namun rusa tersebut terus menghampiri mereka sambil bercakap yang membuatkan mereka sangat terkejut. . 8


"Kenapa kalian berada di kawasan ini? Aku sudah lama tidak menjumpai manusia. Adakah kamu mahu pergi ke rumah usang di atas bukit ini?" tanya rusa itu kepada mereka. Budin mengiyakan. Rusa tersebut merupakan penjaga kawasan hutan ini. Rusa itu memarahi mereka kerana masih mahu pergi ke rumah usang itu walaupun mereka tahu akibatnya. . 9


"Sekiranya kalian masih mahu pergi ke sana, kalian perlu mencari tongkat sakti yang berada di sekitar rumah usang itu, " ujar rusa kepada mereka kerana tongkat itu boleh membantu sekiranya mereka tertangkap nenek kebayan. . 10


Mereka mengucapkan terima kasih kepada rusa tersebut dan meneruskan perjalanan dan akhirnya mereka tiba di rumah itu. Keadaan rumah itu membuatkan Aizat berasa takut. Tidak lama kemudian, mereka terdengar suara seorang perempuan sedang bercakap sesuatu. Mereka tahu yang suara itu adalah milik nenek kebayan dan segara mencari tongkat sakti itu dengan berhati-hati. . 11


"Aku sudah jumpa tongkat sakti ini!" teriak Aizat yang berada dibelakang rumah itu. Aiman sudah mulai risau akan keberadaan mereka di rumah itu dan cepat-cepat mahu meninggalkannya. Namun nenek kebayan terlebih dahulu mengetahui keberadaan mereka. 12


Aiman mengajak rakan-rakannya untuk beredar segara. Namun, kaki mereka tidak boleh bergerak akibat dibelit akar pokok yang mencakar kaki mereka. Perasaan takut dan gelisah semakin kuat dalam diri mereka. Aiman menyuruh Aizat menyerahkan tongkat itu kepadanya. Aiman menghalakan tongkat sakti itu ke arah nenek kebayan namun tiada apa yang berlaku malah nenek kebayan itu ketawa. 13


"Aku perlu lakukan sesuatu, " bisik Aiman. Aiman segera berfikir tentang cara mahu melepaskan diri mereka. Aiman ternampak segulung kertas di atas tanah. Aiman cuba menguisnya dan segera mengambil dengan hujung tangannya. Dia mendapati bahawa itu adalah mantera yang terikat pada tongkat sakti itu tadi. Dia mencuba untuk membaca mantera itu. 14


Nenek kebayan yang sudah siap memanaskan kawah itu menghampiri mereka sambil tersenyum jahat dan berasa gembira kerana mendapat habuan yang besar setelah sekian lama tidak mendapatkannya. Aiman pula memberanikan diri membaca mantera lalu menghalakan tongkat sakti itu ke arah nenek kebayan. Nenek kebayan terkejut dan teriak kepanasan. Nenek kebayan itu berasa seperti dibakar. Rumah yang usang itu mulai runtuh dengan tiba-tibanya. Mereka akhirnya dapat menarik nafas lega dan segera pulang ke rumah. 15


Selepas daripada peristiwa itu, barulah Aiman sedar mengapa ibunya melarang untuk pergi kesana kerana takut hal yang buruk itu terjadi kembali. 16


PENGAJARAN DARIPADA KISAH “4 sekawan & nenek KEBAYAN” Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah 4 SEKAWAN & NENEK KEBAYAN ini adalah, kita janganlah membantah kata-kata ibu bapa kita. Sekiranya ibu bapa kita berkata jangan, maka akurlah. Jangan jadi seperti Aiman yang masih berkeras mahu pergi ke rumah USANG itu meskipun sudah ditegah oleh ibunya kerana ibunya tahu bahawa akan ada sesuatu bahaya yang menimpa anaknya nanti dan risau takut terjadi perkara yang buruk ke atas anaknya.


Click to View FlipBook Version