PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANPERLEMBAGAANKELAB STAF SK PEKAN PUTATANSESI 2025Disediakan oleh,_______________________________NUR LIYANA BINTI OSMANSetiausaha Kelab StafSK Pekan PutatanDisahkan oleh,_______________________________PENGIRAN ISMAIL BIN PG ABD KHAFIDPengerusi Kelab StafSK Pekan Putatan
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANPERLEMBAGAANPERKARA 1 : NAMA DAN ALAMATa. Nama Kelab :Kelab StafSK Pekan Putatan(selepas ini disebut SKPP )b. Alamat :Kelab StafSK Pekan PutatanJalan Pejabat Daerah Putatan88200 Kota KinabaluSabah.PERKARA 2 : MATLAMATMemupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di SKPP lebih kondusif dan produktif.PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB1. Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru- guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli 2. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah3. Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan4. Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANPERKARA 4 : FUNGSI KELAB1. Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam PERKARA 3, seperti:• Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan AKP serta menjaga kebajikan mereka• Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan AKP serta sekolahPERKARA 5 : KEAHLIAN1. Terbuka kepada semua guru dan AKP serta pekerja SKPP2. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik3. Guru Besar juga merupakan ahli kelab (Penasihat)4. Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika: • Ahli telah berpindah tugas ke sekolah lain.• Ahli telah meninggal duniaPERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA1. Kelab hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Staf. Jawatankuasa Kelab Staf hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan.2. Ahli Jawatankuasa Kelab Staf hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di SKPP. Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Stafmanakala ahli yang tidak dapat hadir mesti memberikan surat tunjuk sebab dan tidak layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Staf.3. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. Ahli jawatankuasa tertinggi yang telah dilantik tidak boleh dilantik semula selama 2 penggal (4 tahun).4. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat 5. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengerusi.
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATAN6. Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:i. Pengerusiii. Naib Pengerusi iii. Setiausahaiv. Bendahariv. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan dan bilangan keseluruhan perlulah ganjil).7. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa Kelab Staf adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau suatu tempoh yang difikirkan sesuai.8. Jawatankuasa Tertinggi Kelab Staf hanya boleh memegang jawatan bagi tempoh maksimum 2 sesi pemilihan berturut-turut sahaja.9. Pemilihan Jawatankuasa Kelab Staf hanya dibuat setiap 2 tahun sekali atau jika ada keperluan.PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA1. Fungsi Jawatankuasa Kelab Staf ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.➢ Pengerusi• Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kelab Staf dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.• Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.• Bertanggungjawab atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.• Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa - apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli.
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATAN• Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi.• Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.➢ Naib Pengerusi• Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsifungsi pengerusi.• Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi ➢ Setiausaha• Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.• Menyediakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa Kelab Staf.• Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa Kelab Staf dan Mesyuarat Agung Tahunan.• Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. • Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab ➢ Bendahari• Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan laporan/ rekod kewangan yang di kemaskinikan dari semasa ke semasa.• Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa Kelab Staf.• Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana - mana ahli atau sumber – sumber lain dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.• Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang daripada akaun kelab.• Menyediakan Laporan atau Penyata Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATAN➢ Ahli Jawatankuasa• Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.• Mempengerusikan biro yang telah ditetapkan.• Hadir dalam semua mesyuarat dan memberikan idea – idea untukmenambah baik kelab.➢ Pemeriksa Kira-Kira (Juru Audit)• Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangantahunan dan bertangungjawab ke atasnya.• Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.PERKARA 8 : KEWANGAN1. Setiap ahli kelab DIWAJIBKAN menjadi ahli dan WAJIB membayar yurantahunan mengikut ketetapan berikut :• Guru Besar - RM160• Guru Penolong Kanan - RM140• Guru - RM120• AKP - RM100 2. Bayaran yuran boleh dilakukan sebanyak dua kali setahun.3. Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.4. Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dipersetujui oleh 2/3 ahli semasa mesyuarat kelab.5. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaanbesar boleh membuat kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut denganpersetujuan 2/3 ahli.6. Semua pungutan/ penyimpanan mestilah diserahkan kepada bendahari untuk dimasukkan dalam akaun kelab.7. Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM500.00 memerlukan persetujuan 2/3 ahli.8. Pengeluaran wang yang kurang daripada RM500.00 tetapi melebihi RM200.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATAN9. Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang kurang daripada RM200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi.10. Bendahari hanya boleh memegang tunai RM500.00 sahaja.11.Semua Kebajikan ahli adalah seperti Lampiran 1 (Sebarang perubahan dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung diadakan)12.Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan pada setiap tahun berakhir dalam Mesyuarat AgungPERKARA 9 : PENGEMBALIAN YURAN1. Sekiranya mana-mana ahli Kelab Staf yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru atau AKP berpindah keluar dari sekolah sebelum bulan Jun pada tahun semasa, ahli tersebut layak menerima pengembalian yuran secara pro rata berdasarkan baki bulan yang belum digunakan.2. Pengiraan pengembalian yuran adalah berdasarkan kadar yuran tahunan dibahagikan kepada 12 bulan, tertakluk kepada Jadual Pengiraan Pengembalian Yuran Secara Pro Rata yang telah ditetapkan oleh kelab.3. Sekiranya perpindahan berlaku pada atau selepas bulan Jun, tiada sebarang pengembalian yuran akan dibuat kerana bulan Jun dianggap sebagai tempoh matang yuran tahunan kelab.4. Sebarang tuntutan pengembalian yuran hendaklah dibuat secara bertulis dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kelab. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.JADUAL PENGIRAAN PENGEMBALIAN YURAN SECARA PRO RATABulan PerpindahanBaki BulanGuru Besar (RM160)GPK (RM140)Guru (RM120)AKP (RM100)Januari 11 RM146.70 RM128.30 RM110.00 RM91.70Februari 10 RM133.30 RM116.70 RM100.00 RM83.30Mac 9 RM120.00 RM105.00 RM90.00 RM75.00April 8 RM106.70 RM93.30 RM80.00 RM66.70Mei 7 RM93.30 RM81.70 RM70.00 RM58.30Jun dan selepasnya- Tiada pengembalianTiada Tiada Tiada
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANPERKARA 10 : KEHADIRAN/ PENYERTAAN1. Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.2. Sekiranya tidak dapat hadir hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.PERKARA 11 : AKTIVITI KELAB1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa Kelab Staf.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.3. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan.PERKARA 12 : PERLUCUTAN KEAHLIAN1. Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan kepada Lembaga Pentadbir Kelab dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan dan untuk keputusan muktamad.PERKARA 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda 12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa Kelab Staf semasa Mesyuarat Agung Tahunan.2. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Staf dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut danmeluluskannya jika perlu.3. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh pengerusi sebelum dipamerkan.PERKARA 14 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum berakhir bulan Januari tahun semasa. 2. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat - lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat 3. Agenda Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATAN• Ucapan pengerusi • Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.• Membentang dan menerima laporan kewangan/ aktiviti • Membahaskan perkara berbangkit • Pemilihan Jawatankuasa Kelab Staf bagi tahun berkenaan • Ucapan penangguhan• Hal – hal lain 4. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih calon – calon jawatan dalam jawatankuasa Kelab Staf serta membincang serta memutuskan perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab.5. Pemilihan calon jawatan di buat seperti yang berikut:• Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 dan perenggan 3.• Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong.• Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi.• Calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.6. Mesyuarat Agung Luar Biasa ( khas ) boleh diadakan :• Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kelab Staf• Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 3/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.7. Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu. 8. Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat 9. Perkara 15 dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa 10.
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANPERKARA 15 : KUORUM1. Kuorum mesyuarat adalah seperti yang berikut:• Kuorum Mesyuarat Agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli.• Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Staf hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa Kelab Staf.2. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika ketetapan kedua juga kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan–keputusan mengenai semua ahli.PERKARA 16 : PEMBUBARAN KELAB1. Kelab akan dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun semasa jika berlaku PERKARA 15 Perenggan 15.22. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti dalam PERKARA 15 Perenggan 15.2.‘ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT’
PERLEMBAGAAN KELAB STAFF SK PEKAN PUTATANLAMPIRAN 1 Ahli bermaksud ahli yang membayar yuran Kelab Staf, suami/isteri, ibu-bapa bermaksud ayah dan ibu termasuk ibu dan ayah mertua, anak bermaksud anak yang dilahirkan sah mengikut undang-undang dan anak angkat yang disahkan (tinggal bersama) akan mendapat manfaat seperti berikut :1. Khairat Kematian • Ahli - RM1000• Suami/isteri - RM300• Ibu/Bapa - RM300• Anak - RM3002. Sumbangan kemasukan ke wad hospital (penyakit kronik) – Ahli akan menerima sumbangan sebanyak RM200 sekali setahun.3. Mendapat anak pertama di SKPP (ahli sahaja) – RM100 (Tunai)4. Bersara (wajib / pilihan) untuk ahli sahaja – RM300 (Tunai /Cenderamata)5. Berpindah (ahli) jika berkhidmat di SKPP (berbentuk cenderamata)1 – 9 tahun : RM10010 tahun ke atas :RM1506. Sambutan Hari Lahir ahli Kelab Staf (2 kali setahun)Sesi 1 (Januari – Jun) : RM10 / seorangSesi 2 (Julai – Disember) : RM 10 / seorang7. Ahli yang terlibat dengan musibah / kemalangan – RM200 (Tunai)8. Ahli yang berkahwin (perkahwinan pertama) – RM150 (Tunai/Cenderahati)***Sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam kebajikan ahli boleh dilakukan di dalam mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 3 daripada ahli Kelab Staf SKPP.