Buku
Sirah
MASYARAKAT ARAB
SEBELUM KEDATANGAN
ISLAM
Terjemahan Oleh
Zainal Daynial . Muzamil Adam . Nur Syahidah
Najwa Alia . Farah Najwa . Aini Wahidah
Farah Aina . Siti Nazihah . Zulzilaten Najihah
اﻟﻌﺮب ﻗﺒﻴﻞ اﻻﺳﻼم
Masyarakat Arab Sebelum
Kedatangan Islam
Terjemahan kepada:
Al-Arab Qab'il Islam oleh Dr. Shawqi Abu
Khalil
Terjemahan oleh:
Zainal Daynial
Muzamil Adam, Nur Syahidah, Najwa
Alia, Farah Najwa, Aini Wahidah,
Farah Aina, Siti Nazihah,
Zulzilaten Najihah
Dedikasi &
Penghargaan
Alhamdulillah, dengan limpah dan izin-Nya projek terjemahan
buku kecil ini berjaya disiapkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah kami Dr. Taj Rijal
bin Muhamad Romli yang mengajar kami subjek BAT3042 Al-
Tarjamah 1. Dengan ilmu yang dicurahkan dapatlah kami
menyiapkan projek terjemahan ini. Terima kasih Dr! Semoga Allah
membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan.
Untuk rakan-rakan yang sama-sama menyiapkan tugasan ini,
terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Walaupun kami
hanya berbincang dan berkejasama secara maya tetapi masing-
masing berjaya memberikan komitmen yang baik. Semoga tidak
lama lagi kita dapat meneruskan pembelajaran seperti sedia kala
di universiti tercinta kami Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Doakan kejayaan kami!
Masyarakat Arab
Sebelum
Kedatangan Islam
Di sebalik meja, kelihatan Yasir sedang sibuk melukis. Lukis padam,
lukis padam begitulah tindakan abangnya yang dari tadi
diperhatikan Amir.
“Abang buat apa tu?“ Tegur Amir.
Tidak semena-mena tanpa menjawab soalan Yasir terus
menunjukkan isyarat diam dengan meletakkan jari di bibirnya agar
Amir diam dan tidak mengganggunya melukis.
Amir merehatkan dirinya dengan buku, sambil membaca dia
masih memerhatikan abangnya yang sedang melukis itu dari tadi.
Tanpa sedar rupanya sudah satu jam suasana itu berlalu.
“Abang, sebenarnya kamu lukis apa tu” Tanya Amir lagi buat
kali kedua.
“Diamlah.” Jawab abangnya sambil menunjukkan isyarat jari
di bibir.
Amir akur.
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
Amir menyambung pembacaannya tetapi matanya kadang-
kadang menjeling ke arah abangnya.
“Abang Yasir, apa yang kamu buat tu”? Tanya Amir lagi yang
sudah tidak dapat bersabar untuk mengetahui jawapan dari
abangnya.
“Sinilah, tengok sendiri!” Balas Yasir.
Amir bingkas bangun, dia berjalan ke arah meja dan berdiri di
sebelah abangnya. Laju tangannya mencapai gambar yang ada di
meja Dan memerhatikan gambar yang dipegang dengan kedua-
dua belah tanganya itu.
“Ini peta Semenanjung Arab bang.” Kata Amir.
“Haah, betul lah tu, inilah yang abang lukis dari tadi lagi.
Kamu tahu tanah Arab ini adalah tanah yang memancarkan
cahaya Islam ke seluruh dunia, dan tengoklah abang mewarnakan
seluruh laut dengan warna biru, kawasan pegunungan pula dengan
warna coklat”. Jelas Yasir kepada adiknya Amir.
“Nanti baki kawasan dalam peta ini abang akan warnakan dengan
warna kuning ke sebagai tanda ia adalah padang pasir? Tanya
Amir.
“Emmm, kalau warna kuning ia akan nampak biasa-biasa ja. Jadi
abang akan warnakan Bahariya Oasis, Najd dan beberapa
kawasan di sekitar ini, termasuklah Laut Mati dengan warna hijau.”
Jelas Yasir satu persatu kepada Amir.
Kemudian Zainah datang dan memberi salam kepada Yasir dan
Amir. Sesampainya di meja dia melihat peta Semenanjung Arab
yang cantik diwarnakan abangnya.
2
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
“Eh, ini peta Semenanjung Arab abang. Zainah ingat lagi Zainah
ada belajar dalam subjek geografi.” Kata Zainah.
“Ha, jadi marilah kita sama-sama tentukan nama kawasan-
kawasan yang penting dalam peta ini.” Ajak Yasir.
“Ini adalah Teluk Arab atau dikenali juga sebagai Teluk Parsi dan ini
Laut Oman dan ini Laut Arab dan ini Teluk Aden dan ini pula
adalah Laut Merah.” Kata Zainah satu persatu sambil tangannya
menunjuk kawasan-kawasan yang ada dalam peta itu.
“Dan dataran yang kecil dan sempit yang ada di sepanjang Laut
Merah ini adalah dataran Tihamah.” Sambung Yasir.
“Gunung-ganang yang bersebelahan dengan Laut Merah dipanggil
Pegunungan Midiyan yang terletak di utara dan di tengahnya
adalah Pegunungan Hijaz. Diikuti pula dengan Pegunungan Asir
yang terletak di selatan dan kemudian dataran Tinggi di Yaman.
Gunung-ganang ini berpecah ke arah Laut Merah dan perlahan-
lahan ke arah timur.” Kata Amir, dia juga tidak ketinggalan dalam
menamakan kawasan-kawasan yang terlakar di peta itu.
“Dan di sini di tengah-tengah semenanjung adalah dataran tinggi
Najd.”
“Sini kawasan Oman, Yaman dan Bahrain yang dinamakan Al-
Ardhas yang tidak memintas diantara Yaman dan Najd.”
“Ini pula Rub’ al Khali, gurun pasir yang merangkumi sebahagian
besar sepertiga selatan Semenanjung Arab. Ini pula Al-Ahsa dan
ini Badiyah Ash-Sham iaitu Gurun Syam.
Sedari tadi Zainah dan Yasir rancak berborak menamakan
kawasan-kawasan yang terlakar di peta itu.
3
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
“Abang, tulislah nama kawasan-kawasan itu, lepas itu jom kita
bawa lukisan peta ini ke ruang tamu. Mama, baba dan Daimah
tengah tunggu kita tu, hari ini kan hari minggu hari kita berbincang
dan berborak perkara ilmiah dengan mama dan baba. Mari kita
tanya baba dan mama tentang keadaan Semenanjung Arab
sebelum kedatangan Islam, bagaimana mereka hidup dan apa
pegangan mereka. Jom!” Ajak Amir.
Di ruang tamu, Yasir, Amir, Zainah dan adiknya berkumpul dalam
bulatan mengelilingi ayah mereka. Begitulah rutin harian mereka
setiap kali hujung minggu.
“Yasir, kamu pegang apa tu?” Tanya ibunya.
“Ini lukisan peta semenanjung Tanah Arab ma. Yasir lukisnya
dengan teliti, lepastu Yasir warnakannya dan sebentar tadi, Yasir,
Amir dan Zainah sama-sama menamakan kawasan dan had
sempadannya.” Jawab Yasir panjang lebar.
Ibunya membelek peta hasil lukisan Yasir itu lalu dia menunjukkan
kepada suaminya.
“Abang, tengoklah ni pandai betul Yasir melukis dan mewarnanya.”
Kata ibunya kagum akan anaknya.
“Yasir ni memang anak baba yang pandai melukis dan betul-betul
tekun bila melukis. Tapi baba ada satu soalan, mengapa kamu lukis
peta Semenanjung Tanah Arab ni Yasir?” Tanya ayahnya ingin
tahu.
4
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
“Oh. Hehehe, kadang-kadang kan baba Yasir tertanya-tanya dan
selalu terfikir tentang keadaan Semenanjung Tanah Arab sebelum
kedatangan Islam. Bagaimana kehidupan mereka, apa pegangan
mereka. Haaa macam tulah baba.
“Haaa, Amir, Zainah kamu pun fikir apa yang Yasir fikir juga?”
Tanya ayahnya kepada Amir dan Zainah
“Haah, ya ya ayah.” Jawab Amir dan Zainah serentak.
Ayah mereka pun memulakan cerita.
“Semenanjung tanah Arab adalah kawasan yang subur dan
lembap, kemudian secara beransur-ansur ia menjadi kering, dan
penghijrahan utama berlaku adalah ke Bulan Sabit Fertil atau
Fertile Crescent iaitu wilayah yang berbentuk bulan sabit di Timur
Tengah, yang meliputi Iraq, Syria, Lebanon, Palestin, Israel, Jordan,
dan Mesir, bersama-sama dengan wilayah tenggara Turki dan
pinggiran barat Iran. Dan penghijrahan utama juga adalah ke
Afrika Utara dan Afrika Timur. Dan kebiasaan semenanjung Arab ini
memiliki dua jenis kehidupan masyarakat iaitu masyarakat yang
tetap dan masyarakat nomad Yang mana mereka hidup secara
berpindah randah.” Jelas ayahnya panjang lebar.
“Penduduk yang menetap di Yaman membina kerajaan di pinggir
semenanjung tanah Arab contohnya kerajaan Hira, kerajaan
Ghassan, kerajaan Al-khidr (Arabia), kerajaan Nabata, kerajaan
Tadmir dan kerajaan Kinda.” Sambung ibunya pula.
5
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
Selepas selesai ayah mereka mengenalkan kerajaan-kerajaan yang
ada dalam peta yang dilukis Yasir itu lalu ayah mereka
menyambung lagi ceritanya tentang semenanjung Arab.
“Pemerintahan di Mekah diberikan kepada Qusay bin Kilab pada
tahun 440 Masihi. Beliau membina dan memimpin “Darul Nadwa”
yang merupakan sebuah persatuan Quraisy. Ianya juga merupakan
kompleks yang terkenal. Qusay juga memiliki kontak panji sebagai
“Jeneral Utama” iaitu ketua kepada pasukan tentera. Al-Hijab
adalah perkhidmatan di Kaabah yang terhormat dan terpelihara.
Pintu Kaabah tidak akan dibuka kecuali kepada jemaah haji dan
pembekal air serta kebaikannya. Pembekal air memberikan kepada
jemaah haji air zam-zam, sedikit kurma dan kismis. Perkara
tersebut merupakan perkara yang disukai mereka kerana mereka
sangat ramah dan bermurah hati.”
Selesai saja ayah mereka habis bercerita Amir bertanya satu
soalan.
“Baba, tahun gajah itu apa? .”
Jawab ayahnya.
“Yaman merupakan sebahagian kemaharajaan-kemaharajaan
Minaean, Sabaean, Himyarit, Qataban, Hadramawt dan Himayar.
Yusuf Dhunwas merupakan salah seorang raja Himayar yang telah
memeluk agama Yahudi dan dia menindas penganut Kristian.
Selepas itu, maharaja rom meminta orang Abyssinia untuk
menyerang Yaman. Maharaja Rom menjadikan Yaman sebagai
kemudahan untuk perdagangannya ke timur dengan tujuan untuk
menghapuskan perdagangan orang Parsi.”
“Dan pemimpin Habashi yang bernama Aryat berjaya menduduki
Yaman, kemudian dia digantikan dengan Abrahah yang membina
sebuah gereja besar iaitu Al-Qulais untuk mengalihkan perhatian
para Jemaah dari Mekah tetapi dia tidak berjaya.
6
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
Dan kemudian Abrahah berangkat dengan pasukan tenteranya
yang besar bersama sejumlah gajah yang ramai untuk
menghancurkan kaabah pada tahun 570 masihi.” Sambung ibunya.
Tekun ibu dan ayahnya bercerita dan anak-anak mereka kusyuk
mendengar.
“Mama, jadi siapa yang berkuasa di Mekah pada tahun 570
Masihi itu?” Tanya Yasir ingin tahu.
“Yang berkuasa pada masa itu adalah Abdul Mutalib bin Hasyim
bin Abd Manaf, beliau adalah pemimpin Quraisy pada zaman
jahiliah dan salah seorang ketua Arab. Beliau seorang yang bijak,
mempunyai sifat yang baik dan bersungguh. Beliau juga suka
menolong. Dan kalau nak tahu, beliau adalah datuk Rasulullah
SAW.” Jelas ibunya.
“Mama, apakah yang terjadi kepada tentera Abrahah selepas
menyerang Mekah?” Tanya Zainah akan ibunya.
Disebabkan oleh tentera Abrahah yang ramai bersama dengan
sejumlah gajah yang banyak, orang-orang Quraisy yang dipimpin
oleh Abd Mutalib tidak dapat untuk melawan tentera Abrahah. Dan
ketika tentera Abyssinian sampai di Al-Maghmas yang berhampiran
dengan Mekah, Abd Mutalib berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa.
Ibu mereka membaca doa yang dibaca oleh datuk Rasulullah pada
masa itu.
Ya Allah, Aku tidak meminta kepada mereka melainkan Engkau, Ya Allah
cegahlah mereka dari melakukan kerosakkan. Sesungguhnya mereka
adalah musuh rumah-Mu ini, Hentikanlah mereka, Sesungguhnya
mereka telah memusnahkan kota ini.
Ibu mereka sambung bercerita lagi.
7
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
“Dan selepas itu, ribuan orang Quraisy melihat burung-burung
Ababil terbang membentuk kumpulan yang bertaburan dan
berurutan seperti kawanan unta. Burung-burung itu melemparkan
batu panas yang diperbuat daripada tanah kearah tentera
bergajah sebagai balasan. Mereka panik dan berpecahlah setiap
pasukan mereka.”
“Dan untuk pengetahuan anak-anak baba, peristiwa itu sangat
penting sehinggakan masyarakat Arab memberi nama tahun
tersebut sebagai “Tahun Gajah”. Peristiwa itu jugalah memberikan
kedudukan yang tinggi kepada kaum Quraisy dan Masjidil Haram
supaya dihormati sehingga masyarakat Arab berkata “mereka
adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah. Allah berperang
untuk mereka dan mereka diselamatkan daripada ancaman
musuh.”
Selepas itu, sambung ibunya lagi.
“Selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W. maka Allah menurunkan
surah Al-Fil ayat satu hingga lima dalam al-Quran.
أﻟﻢ ﺗﺮ ﻛﻴﻒ ﻓﻌﻞ رﺑﻚ ﺑﺄﺻﺤﺐ اﻟﻔﻴﻞ • أﻟﻢ ﻳﺠﻌﻞ ﻛﻴﺪﻫﻢ ﻓﻲ ﺗﻀﻠﻴﻞ • وأرﺳﻞ
ﻋﻠﻴﻬﻢ ﻃﻴﺮا أﺑﺎﺑﻴﻞ • ﺗﺮﻣﻴﻬﻢ ﺑﺤﺠﺎرة ﻣﻦ ﺳﺠﻴﻞ • ﻓﺠﻌﻠﻬﻢ ﻛﻌﺼﻒ ﻣﺄﻛﻮل
8
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
Maksudnya, “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu
telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh
pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah
Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam
keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah
menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-
pasukan, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis
tanah yang dibakar keras, Lalu Ia menjadikan mereka hancur
berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.”
Peristiwa ini diceritakan turun temurun daripada datuk dan nenek
kepada cucu-cucu mereka.” Tambah mak lagi.
“Dan baba, apa pengetahuan masyarakat Arab sebelum
kedatangan Islam?” Tanya Yasir.
“Untuk pengetahuan Yasir, mereka mempunyai ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan seharian.
Antaranya Al-Anwa iaitu mereka dapat mengenal pasti waktu
hujan dan arah angin bertiup, selain itu Al-Qiyafa iaitu mereka
mempunyai pengetahuan khusus untuk mengetahui jejak kaki di
padang pasir yang mana kelebihan itu membantu mereka dalam
perjalanan dan pengembaraan mereka. Dan bagi mereka salasilah
adalah penting dalam mengadakan pakatan perang, dan mereka
menjaganya dengan baik. Dan dalam perubatan pula
pengetahuan mereka kadang-kadang bercampur dengan ramalan
mereka.” Jawab ayahnya panjang lebar semata-mata untuk
menjawab soalan anaknya itu.
“Baba, lepas itu apa pula kepercayaan mereka?” Tanya Amir.
“Sebahagian besar orang Arab ni Amir mereka adalah orang
yahudi,dan berhala terpenting bagi mereka adalah Hubal, Manat,
Al-Latta, Al-Uzza, Suwa' dan Wudda… Di Yaman mereka
menyembah matahari, bulan dan bintang, dan untuk pengetahuan
9
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
kamu sebanyak 40 berhala yang dimusnahkan antaranya Alba’lu
iaitu berhala yang paling penting dalam 40 berhala itu.” Kata
ayahnya.
“Haaa, selain itu di Semenanjung Tanah Arab, terdapat juga
agama-agama lain seperti, agama Sabeans yang mana para
pengikutnya menyembah bintang dan kepercayaan ini telah
tersebar di Yaman dan Harran iaitu di utara semenanjung Arab.
Seterusnya agama Yahudi, agama ini dikenali di Yaman, Yathrab
dan bahagian utaranya. Selepas itu, agama Kristian yang mana
dikenali dengan kabilah-kabilah yang mengalahkan pemerintahan
di Ghassan dan Yaman yang mana mempunyai jalan untuk sampai
ke Habsyah. Dan akhir sekali, agama Hanif agama ini dikenali
dengan agama tauhid, yang mana ia merupakan kesinambungan
syariat Nabi Ibrahim AS.” Sambung ibunya.
“Baba, mama… terima kasih!.” Ucap Amir.
“Terima kasih juga baba, mama. Sekarang kami dah tahu, macam
mana keadaan muka bumi di semenanjung Arab, kami tahu nama-
namanya, kami tahu keadaan cuaca dahulu dan kepentingan raja
mendirikan pemerintahannya. Terima kasih!” Ucap Zainah juga.
“Jadi sekarang kita sudah tahu keadaan Makkah pada zaman
Qusai Bin Kilab”. Kata Amir dengan nada yang teruja.
“Yayyy, kita dapat tahu cerita gajah!” Jerit Daimah yang paling
kecil dalam keluarga itu, seronok...
“Kita juga telah mengetahui budaya-budaya arab dan akidah
mereka sebelum kedatangan Islam.” Tambah Yasir.
Kini giliran ayah mereka pula bersuara.
10
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
"Dan pada minggu depan baba akan ceritakan tentang Nabi
Muhammad SAW pula, Insya-Allah. Dan anak-anak baba semua ni
bolehlah nak tanya apa-apa soalan yang kamu semua ingin tahu
tentangnya.” Janji ayahnya kepada mereka.
Selesai
11
Info tambahan
Najd ()ﻧﺠﺪ
Bahariya Oasis ()اﻟﻮاﺣﺎت Dataran Tihamah ()ﺳﻬﻞ ﺗﻬﺎﻣﺔ
Pegunungan Midiyan ()ﺟﺒﺎل ﻣﺪﻳﻦ Pegunungan Hijaz ()ﺟﺒﺎل اﻟﺤﺠﺎز
Pegunungan Asir ()ﺟﺒﺎل اﻟﻌﺴﻴﺮ Oman ()ﻋﻤﺎن
Rub' Al-Khali ()اﻟﺮﺑﻊ اﻟﺨﺎﻟﻲ
12
Info tambahan
Yaman ()اﻟﻴﻤﻦ
Gurun Syam ()ﺑﺎدﻳﺔ اﻟﺸﺎم Bulan Sabit Ferit @ Wilayah Fertile
Crescent ()اﻟﻬﻼل اﻟﺨﺼﻴﺐ
Teluk Aden ()ﺧﻠﻴﺞ ﻋﺪن Teluk Arab ( )ﺧﻠﻴﺞ ﻋﺮﺑﻲ
اﻟﻘﻠﻴﺲGereja Al-Qalis ( ) Laut Merah ()اﻟﺒﺤﺮ اﻻﺣﻤﺮ
Semoga Bermanfaat!
13