The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afiqah Syahirah, 2024-06-11 03:54:41

tempat menarik di dungun final

tempat menarik di dungun final

Pulau Tenggol, yang berkeluasan 232 hektar dan terletak kira-kira 25KM dari pesisir pantai Kuala Dungun, merupakan sebuah pulau yang kaya dengan pelbagai khazanah alam dan tumbuhtumbuhan, serta dianggap sebagai syurga bagi penggemar aktiviti menyelam skuba. Pulau ini boleh dicapai dengan mudah melalui perjalanan bot selama 45 minit. Sebagai sebahagian daripada Taman Laut Terengganu, Pulau Tenggol adalah kawasan perlindungan laut yang penting. Terumbu karangnya adalah antara yang terbaik di Semenanjung Malaysia, dengan kebolehlihatan air yang sangat jernih serta kehidupan laut yang berwarna-warni, menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti menyelam skuba, snorkeling, dan sukan air. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang boleh di lihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, rumpai laut (seaweed), batfish, penyu, Napoleon Wrass, clownfish dan jerung paus. TEMPAT MENARIK DI DAERAH DUNGUN PULAU TENGGOL


Pantai Teluk Lipat, yang terletak di Dungun, Terengganu, adalah salah satu destinasi pantai yang paling popular di kawasan ini. Pantai ini terletak berhampiran dengan bandar Dungun, menjadikannya mudah diakses oleh penduduk tempatan dan pelancong. Pantai Teluk Lipat juga mempunyai sejarah yang menarik. Pada zaman dahulu, pantai ini merupakan salah satu lokasi pendaratan para nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara tradisional. Walaupun kini pantai ini lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan, jejak sejarah tersebut masih dapat dilihat melalui budaya dan cara hidup penduduk tempatan yang mesra dan kaya dengan tradisi. Selain itu, Pantai Teluk Lipat adalah lokasi yang sesuai untuk bermain layang-layang, terutamanya pada waktu petang apabila angin pantai bertiup kencang. Pantai ini juga merupakan tempat yang popular untuk berkelah, dengan banyak kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah atau tikar dan menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan. PANTAI TELUK LIPAT Pantai Rantau Abang, yang terletak di Terengganu, adalah salah satu pantai paling ikonik di Malaysia. Terletak kirakira 22 kilometer ke selatan Dungun, pantai ini terkenal dengan pasirnya yang lembut dan pemandangan laut yang menakjubkan. Salah satu daya tarikan utama Pantai Rantau Abang adalah kehadiran penyu raksasa, terutamanya penyu belimbing, yang datang ke pantai ini untuk bertelur. Antara bulan Mei hingga September, pengunjung boleh menyaksikan penyupenyu ini datang ke pantai untuk bertelur, satu pengalaman yang sangat luar biasa dan mendidik. Untuk menghormati dan melindungi penyupenyu ini, pengunjung dinasihatkan untuk mengikuti panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pantai Rantau Abang bukan sahaja menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan tetapi juga pengalaman pendidikan mengenai pemuliharaan penyu dan sejarah tempatan. PANTAI RANTAU ABANG


Pantai Teluk Bidara, yang terletak di Dungun, Terengganu, adalah destinasi pantai yang memukau dengan keindahan semula jadi dan sejarah yang menarik. Terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Dungun, pantai ini dikelilingi oleh bukit-bukau yang menghijau, menjadikannya tempat yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi dan santai. Pantai Teluk Bidara mempunyai sejarah yang kaya dan menarik. Pada masa dahulu, kawasan ini merupakan lokasi penting bagi aktiviti nelayan tempatan. Kini, ia telah menjadi destinasi pelancongan yang popular, menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Terdapat sebuah gua di kawasan ini yang dikenali sebagai Gua Kambing, yang menyimpan pelbagai cerita dan lagenda tempatan. Keindahan semula jadi dan ketenangan pantai ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk beristirehat dan menikmati keindahan alam. PANTAI TELUK BIDARA Pantai Paka, yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, adalah salah satu destinasi pantai yang menarik di pantai timur Malaysia yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu.Pantai Paka mempunyai sejarah yang kaya, terutama sekali sebagai sebuah perkampungan nelayan yang penting. Pada masa lalu, ia merupakan lokasi utama bagi aktiviti penangkapan ikan dan perdagangan hasil laut. Kini, walaupun pantai ini telah berkembang sebagai destinasi pelancongan, warisan nelayan tempatan masih dapat dilihat melalui cara hidup penduduk dan festivalfestival tempatan yang sering diadakan. Pantai Paka juga menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau. Pengunjung boleh menikmati pemandangan bukit-bukau yang menghijau di sekitar pantai dan menyaksikan pelbagai jenis burung laut yang sering berkunjung ke kawasan ini. PANTAI PAKA


Lokasi ini merupakan tempat di mana Sungai Paka mengalir ke Laut China Selatan, mencipta satu kawasan muara yang kaya dengan kehidupan marin dan tumbuhan air tawar. Muara Sungai Paka memainkan peranan penting dalam ekosistem tempatan dan kehidupan komuniti nelayan di sekitarnya. Kawasan ini telah menjadi pusat aktiviti nelayan selama bertahun-tahun, dengan penduduk tempatan bergantung kepada sumber laut dan sungai untuk kehidupan harian mereka. Selain daripada aktiviti perikanan, muara ini juga berfungsi sebagai habitat penting bagi pelbagai spesies ikan, burung, dan hidupan liar lain. Sejarah Muara Sungai Paka juga berkait rapat dengan perkembangan industri minyak dan gas di kawasan ini, di mana beberapa syarikat minyak terkemuka mempunyai operasi berdekatan. Kawasan muara adalah tempat yang popular untuk memancing ikan air tawar dan air masin. Pengunjung boleh menyewa peralatan memancing atau menyertai lawatan memancing yang diatur oleh penduduk tempatan. MUARA SUNGAI PAKA Muara Sungai Dungun adalah permulaan yang mengagumkan bagi Sungai Dungun yang mengalir melalui kawasan Dungun, Terengganu. Terletak di perbatasan antara sungai dan laut, muara ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Muara Sungai Dungun telah lama menjadi sumber kehidupan yang penting bagi masyarakat tempatan, terutama dalam bidang perikanan dan perdagangan. Sebagai pintu masuk ke Sungai Dungun yang subur, muara ini menyediakan habitat yang kaya dengan kehidupan marin dan tumbuhan air. Kawasan sekitar muara juga memainkan peranan penting dalam sejarah perdagangan dan pelayaran di pantai timur Semenanjung Malaysia. MUARA SUNGAI DUNGUN


Pantai Teluk Gadong yang letaknya di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu adalah sebuah pantai yang agak cantik dan menarik sesiapa yang melihatnya. Selain keadaan landskapnya yang rata, keadaan pantai ini agak berteluk di beberapa lokasi. Jadi, agak sesuailah jika pantai ini dinamakan Pantai Teluk Gadong. Pantai ini letaknya berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun dan kira-kira 8 kilometer dari bandar Dungun. Pantai ini sebenarnya bersambung dengan Pantai Teluk Lipat yang juga letaknya di Dungun. Terdapat banyaknya pokok-pokok rhu yang tumbuh subur menghiasi dada pantai ini bermula dari pangkal sehingga tiba di hujungnya. Bentuk geografi Pantai Teluk Gadong ini sebenarnya agak memanjang di mana di bahagian hujungnya terdapat sebuah bukit dan sebuah tasik yang agak tenang dan menarik. Keadaan tasiknya yang berteluk itu seolah-olah permai apabila memandangnya dari tepi hingga di bahagian hujungnya. PANTAI TELUK GADUNG Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun, Terengganu, yang terletak kira-kira 10 KM ke utara dari Kuala Dungun dan 65 KM dari bandar Kuala Terengganu, adalah destinasi pantai yang menakjubkan dan menarik perhatian ramai. Pantai ini terkenal dengan sebuah batu besar yang unik yang berbentuk seperti pelanduk, dengan ketinggian kira-kira 20 kaki. Pantai ini berjiran dengan Pantai Rantau Abang yang juga terkenal dengan keindahannya. Pantai ini juga merupakan lokasi yang penting semasa musim penyu bertelur, yang berlaku antara bulan April hingga Ogos setiap tahun. Pengunjung berpeluang melihat penyu-penyu bertelur di pantai ini, satu pengalaman yang jarang dapat dilihat dan sangat berharga bagi pencinta alam dan hidupan liar. Selain itu, Pantai Batu Pelanduk adalah tempat yang ideal untuk menangkap gambar matahari terbit (sunrise), yang pastinya memberikan kepuasan kepada penggemar fotografi. Pantai ini juga adalah antara pantai berbatu yang paling menarik di Terengganu, menambah daya tarikan kepada keindahannya. PANTAI BATU PELANDUK


Air terjun Chemerong merupakan satu tumpuan pengunjung untuk mandimanda dan berkelah. Ia terletak sekitar 30 km dari bandar Al Muktafi Billah dalam daerah Dungun, dalam Hutan Lipur Chemerong. Air terjun Chemerong adalah setinggi 305 meter dan merupakan air terjun menegak tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan tempat permulaan pendakian terbaik bagi mendaki Gunung Berembun. Di Hutan Lipur Chemerong juga terdapat satu pokok Cengal terbesar di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 65 meter dan ukuran lilit 16.75 meter. Air Terjun Chemerong yang terletak di Kampung Jongak Batu, Dungun Terengganu merupakan satu tumpuan pengunjung untuk mandi-manda dan berkelah. Ia terletak sekitar 35.6km dari Bandar Al Muktafi Billah, Dungun. Air Terjun Chemerong mempunyai ketinggian 305 meter dan merupakan salah satu yang air terjun yang tertinggi di negara ini. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan. HUTAN LIPUR CHEMERONG Hutan Simpan Bukit Bauk, atau juga dikenali sebagai Rimba Bandar Bukit Bauk, terletak di Dungun, Terengganu, merupakan salah satu kawasan hutan simpan yang kaya dengan biodiversiti dan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Kawasan ini diwartakan sebagai hutan simpan dengan tujuan untuk melindungi flora dan fauna tempatan serta mengekalkan ekosistem hutan tropika yang unik. 6 km dari Bandar Dungun melalui Jalan Dungun - Kuantan dan 130 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Terengganu - Dungun. Bukit Bauk menawarkan pelbagai laluan trekking yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pendaki boleh menikmati pemandangan indah dari puncak bukit serta menyusuri laluan yang dikelilingi hutan hijau. Hutan Simpan Bukit Bauk diwartakan pada tahun 1968 dengan keluasan sekitar 10,896 hektar. Ia bertujuan untuk melindungi sumber semula jadi dan memastikan kelestarian ekosistem hutan. HUTAN SIMPAN BUKIT BAUK


Taman Rekreasi Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu merupakan tempat pelancongan yang unik kerana satu-satunya hutan rekreasi di Malaysia yang terletak di sebuah desa dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Paling unik adalah memiliki sungai yang sangat luas sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak. Di sini disediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung antaranya kawasan perkhemahan, tandas, surau, tangga konkrit serta pondok rehat. Selain itu, para pengunjung boleh berkelah, berkhemah serta berenang di sungai yang airnya nyaman ini. BUMBUNG RAJA, PASIR RAJA Hutan Gelam merupakan sebahagian daripada sistem wetland (tanah bencah) di kawasan pantai Terengganu yang sangat penting untuk kitaran hidrologi serta memberikan pelbagai manfaat ekologi. Paya Gelam di Rhu Batil merupakan sebuah kawasan semulajadi yang indah dan kaya dengan biodiversiti, terletak di daerah Dungun, Terengganu. Paya Gelam terkenal dengan sejarahnya yang panjang sebagai kawasan tanah lembap yang penting bagi ekosistem tempatan. Salah satu tumbuhan ikonik di sini ialah pokok gelam, sejenis pokok yang mampu bertahan di persekitaran yang basah dan masin. PAYA GELAM, RHU BATIL


Pokok ini, yang boleh mencapai ketinggian lebih daripada 60meter dan berdiameter melebihi 2 meter, sering digunakan dalam industri pembinaan dan pembuatan perabot kerana ketahanannya. Cengal atau nama saintifiknya ‘Neobalanocarpus-heimii’ adalah kayu keras popular di negara ini. Pokok cengal ini spesis Neobalanocarpus heimii. Pokok ini dijumpai di Kompartment 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu. Pokok cengal terbesar dan berusia kirakira 1300 tahun ini ditemui di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Pokok yang terletak lebih kurang 200meter dari sempadan Taman Negara dan 390meter dari paras laut di kawasan Kompartment 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan di dokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001. CENGAL BESAR, PASIR RAJA Sungai Loh di Pasir Raja merupakan salah satu permata alam yang terletak di Dungun, Terengganu. Sungai ini mengalir melalui Hutan Simpan Pasir Raja, menawarkan pemandangan yang memukau dan menjadi destinasi popular bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Jeram Kelembak Sungai Loh merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun, Terengganu, kawasan ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Sungai Loh ialah berkhemah, memancing, dan berkelah bersama keluarga. Tapak perkhemahan di Sungai Loh sering menjadi tumpuan terutama semasa cuti persekolahan. Bagi mereka yang ingin membawa keluarga untuk berkelah, kawasan ini amat sesuai kerana tebing sungainya yang landai membolehkan keluarga mengawasi anak-anak mereka dengan selamat. Di samping itu, kemudahan parkir dan tandas awam turut disediakan. Bagi kaki pancing pula, pelbagai spesies ikan yang terdapat di Sungai Loh termasuk ikan Kelah, Tengas, Sebarau, dan Baung SUNGAI LOH, PASIR RAJA


Gunung Berembun terletak di Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia, dengan ketinggian setinggi 1,108 meter (3,635 kaki). Pendakian bermula dari air terjun Chemerong, yang menyediakan laluan pendakian ke gunung Berembun. Walaupun mencapai puncak memerlukan masa antara 6 hingga 10 jam, ia tetap menjadi destinasi pilihan ramai peminat hiking kerana sungai yang mengalir di sekitarnya. Gunung Berembun merangkumi pelbagai jenis hutan termasuk Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora yang mempunyai nilai perubatan di gunung ini. Sungainya dikatakan sangat jernih seperti kristal, mirip dengan air di sekitar pulau. Untuk mencapai kawasan aliran air ini, anda perlu mendaki selama kira-kira 1 hingga 2 jam ke Air Terjun Lata Langsir atau Sungai Bangang. GUNUNG BEREMBUN Batu Penyu mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai seekor penyu, satu fenomena semulajadi yang menakjubkan hasil daripada proses hakisan dan cuaca sepanjang zaman. Batu ini telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat dan mitos tempatan, di mana penduduk setempat percaya bahawa batu ini membawa tuah dan perlindungan. Bukit Che Hawa pula dikenali sebagai kawasan berbukit yang menawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan, termasuk pemandangan laut yang luas. Bukit ini sering menjadi lokasi untuk aktiviti mendaki dan rekreasi. Batu Penyu yang terletak di atas Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun memiliki cerita lagendanya tersendiri. Batu ini dikatakan berasal dari salah seekor penyu yang mendarat di kawasan Pantai Rantau Abang, kemudiannya merayau-rayau sehinggalah tersesat di atas Bukit Che Hawa. BATU PENYU, BUKIT CHE HAWA


Tiang Opal di Sura Jeti, yang terletak di Dungun, Terengganu, adalah sebuah struktur ikonik yang mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri. Tiang Opal merupakan peninggalan dari zaman perlombongan bijih besi di Bukit Besi, di mana ia digunakan sebagai sebahagian daripada infrastruktur pengangkutan bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan Sura Jeti. Kawasan ini dikenali dengan nama Sura Jeti bersempena jeti tempat pemunggahan bijih besi ke laut untuk dihantar ke kapal besar. Tiang Opal dan Sura Jeti adalah simbol penting kemajuan industri perlombongan di Terengganu pada awal abad ke-20. Struktur ini mengingatkan kita tentang zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi dan peranan penting yang dimainkan oleh Sura Jeti dalam ekonomi tempatan dan negara. TIANG OPAL, SURA JETI Kubu ini menjadi tempat perlindungan dan pertahanan Mat Kilau bersama para pengikutnya, serta tempat mengatur strategi untuk menyerang kembali penjajah. Selain itu, kubu ini juga menjadi tempat persinggahan Mat Kilau sebelum menuju ke Kuala Terengganu. Kini, kubu ini sering menjadi lokasi kajian penyelidik sejarah, penuntut universiti, orang ramai, dan pelancong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk melawat kesan peninggalan sejarah, menjalankan penyelidikan, mengikuti jejak Mat Kilau, pengembaraan, dan merentasi hutan. Kubu ini bersaiz 14.6meter lebar dan 17.2meter panjang, diperbuat daripada timbunan tanah. Terdapat dua binaan yang digunakan sebagai tempat pengawal bertugas untuk memantau pergerakan musuh. Kubu yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang di dalamnya suatu ketika dahulu masih kelihatan elok tetapi mula mengalami hakisan disebabkan faktor alam dan usianya yang sudah menjangkau lebih 120 tahun. KUBU MAT KILAU, PASIR RAJA


Taman Kucing Dungun, yang terletak di Bukit Bauk, Terengganu, adalah satu destinasi unik yang menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara. Taman ini bukan sahaja menawarkan pengalaman menarik bersama kucingkucing yang comel, tetapi juga memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar Bukit Bauk. Taman Kucing Dungun ditubuhkan sebagai inisiatif untuk menyediakan tempat perlindungan bagi kucing-kucing terbiar serta mempromosikan kesedaran mengenai penjagaan haiwan. Taman ini terletak di Bukit Bauk, sebuah kawasan berbukit yang kaya dengan flora dan fauna, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk rekreasi dan pendidikan. Taman ini menempatkan pelbagai jenis kucing, termasuk kucing kampung dan kucing baka tertentu, yang telah diselamatkan daripada situasi yang tidak diingini. Pengunjung boleh belajar tentang cara-cara penjagaan kucing, kepentingan vaksinasi, dan pemakanan yang sesuai. TAMAN KUCING, BUKIT BAUK Muzium Daerah Dungun ini bertempat di sebuah bangunan bersejarah yang sebelumnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Dungun. Bangunan Muzium Daerah Dungun ini telah dibina pada tahun 1941 di bangunan yang pernah menjadi kediaman Penasihat British di Dungun suatu ketika dahulu.Penubuhan Muzium Daerah diilhamkan semasa Pelancaran Wilayah Ekonomi (ECER) oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007. Cadangan membuka sebuah muzium bagi daerah Dungun dihantar oleh Lembaga Muzium Negeri perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun sejak tahun 1930-an lagi. Pelancaran majlis pembukaan awal Muzium Daerah Dungun telah diadakan pada 19 Ogos 2008. Diantara barangan yang menarik yang turut dipamerkan di Muzium Daerah Dungun adalah barangan artifak yang diambil dari bangkai kapal Wanli yang telah dijumpai di luar Pantai Tanjung Jara pada tahun 1997. MUZIUM DUNGUN


Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784) merupakan Putera sulung Sultan Abdul Ismail yang pernah memerintah Kerajaan Siak. Baginda dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760) yang memerintah Johor Riau. Selepas kemangkatan Raja Kecil Sultan Siak, berlaku perebutan takhta di antara Sultan Mahmud dan Putera sulung Raja Kecil, Raja Alam. Apabila Sultan Mahmud mangkat, beliau digantikan oleh Raja Ismail. Kerajaan Terengganu Sultan Ismail berjaya merampas kembali takhtanya dari Raja Alam. Setelah kemangkatan beliau, Sultan Yahya ditabalkan menjadi Sultan Siak yang baru. Walau bagaimanapun baginda hanya sempat memerintah selama dua tahun, 1782- 1784. Akhirnya baginda dan rombongannya belayar sehingga sampai ke Kota Tanjung Pati- Bemban (Dungun) dan menetap di sana sehingga mangkat pada tahun 1784. Baginda dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Lijah. MAKAN SULTAN YAHYA SIAK Menurut cerita orang tua-tua Kampung Kuala Jengai, mula diterokai pada tahun 1877 Masihi oleh seorang anak Raja yang bernama TUN ALI yang berasal dari Negeri Johor yang berketurunan Bendahara. Pada masa itu terdapat banyak Pokok Cengal di Kuala Sungai dan kawasan persekitaranya. TUN ALI juga membawa seekor burung tekukur yang sangat disayanginya. Semasa meneroka tanah tersebut burung tekukur itu hinggap diatas Pokok Cengal dan dari burung itulah beliau mendapat ilham untuk menamakan kawasan yang diterokanya sebagai Kuala Cengal. Perubahan dari generasi ke generasi membuatkan nama Kuala Cengal akhirnya berubah menjadi Kuala Jengai. Pada tahun 1930 an TUN ALI telah meninggal dunia. Menurut cerita orang tua-tua beliau meninggal kerana sakit tua. Beliau meninggal ketika berumur 100 tahun. MAKAM TUN ALI, JENGAI


Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik. Tasik ini terletak dalam Daerah Dungun dan merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Tasik ini melibatkan kawasan persekitaran kirakira 5km persegi, bersempadan Kampung Dikinson di sebelah utara, terletak kira-kira 3km dari Bandar Bukit Besi bila menghala ke Kuantan melalui Jabor. TAMAN REKREASI TASIK PUTERI Taman Tasik Tanjung Sura dibina di atas tapak seluas 0.8 hektar di tebing Sungai Dungun dengan kos RM 1.7 Juta. Lokasi Taman Tasik Tanjung Sura ini ialah berhampiran dengan UITM Terengganu Cawangan Dungun.Selain memberi keselesaan kepada penduduk setempat termasuk pelajar UITM Terengganu Cawangan Dungun yang sering melalui kawasan ini, Taman Tasik Tanjung Sura ini sebenarnya berpontensi untuk muncul sebagai produk pelancongan berasaskan alam semulajadi.Antara kemudahan yang disediakan di Taman Tasik Tanjung Sura ini ialah trek berjoging, pondok rehat, jeti, ruang niaga, tandas awam, bilik persalinan, lampu limpah dan peralatan permainan untuk kanak-kanak. TAMAN TASIK TANJUNG SURA


Kelab Golf Bukit Besi (KGBB) terletak bersebelahan Tasik Puteri di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jarak perjalanan 32km dari Bandar Dungun, 77km dari Kuala Terengganu dan 100km dari Kuantan. Berkeluasan 74 hektar, KGBB mempunyai 18 lubang padang golf dengan 72 par, rumah kelab, driving range dan chalet. Tarikan utama adalah pemandangan tasik buatan dan keindahan alam semulajadi. Mempunyai lapangan 18 lubang di kawasan seluas 300 ekar dan satu-satunya padang golf yang dikelilingi tasik semulajadi dan masih kekal terpelihara dari sebarang pencemaran. Lapangan yang cantik juga mampu menarik ramai golfer untuk mencuba bermain di sini. KELAB GOLF TASIK PUTERI Dungun di Terengganu adalah pelabuhan kecil tepi laut yang indah, di mana kehidupan berjalan dengan perlahan dan santai. Di sepanjang pantainya, menghadap Laut China Selatan adalah Kelab Golf Desa Dungun yang tenang dan tenang, padang golf 18 lubang par-72. Seperti kebanyakan kelab golf yang lebih kecil di Malaysia, padang Dungun dimulakan oleh ekspatriat yang kebanyakannya adalah pekebun ladang. Susun atur kursus yang ringkas adalah bebas daripada bahaya air, tetapi semburan laut yang masin telah menjejaskan laluan itu sedikit sebanyak, walaupun ini tidak mengganggu pemain yang berpuas hati dengan peraturan pembohongan pilihan yang dikenakan oleh kelab. Kemudahan di Kelab Golf Desa Dungun termasuk kolam renang, bilik permainan dan padang memandu. KELAB GOLF DESA DUNGUN


Dataran ini terletak di Daerah Dungun yang berhampiran dengan Majlis Perbandaran Dungun. Oleh yang demikian juga ia adalah satu kawasn yang strategik dan boleh menarik ramai pengunjung untuk berkunjung di dataran itu jika terdapat suatu majlis ataupun aktiviti yang diadakan. Dataran ini juga pernah digunakan oleh Allahyarham Tun Abdul Rahman Hussin untuk merasmikan Pesta Pembangunan Negeri pada 1974. Dataran ini juga adalah suatu tampat aktiviti kemasyarakatan Dungun semenjak 70-an. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah ·Padang ·Landskap ·Laluan berjalan kaki ·Lampu jalan ·Tandas DATARAN ARENA MERDEKA Bukit Besi mula dikenali pada tahun 1916 apabila bijih besi ditemui di sini. Pada tahun 1929, aktiviti perlombongan bijih besi mula dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat Nippon Mining Company dari Jepun. Perlombongan bijih besi di Bukit Besi mencapai kemuncaknya pada tahun 1960-an, menjadikannya salah satu lokasi perlombongan terpenting di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. BANDAR BUKIT BESI


Tapak rekreasi adalah merupakan taman rekreasi utama di Bandar Dungun yang berkeluasan 3.10 ekar. Taman ini dilengkapi dengan fasiliti yang cukup seperti alatan permainan kanakkanak alatan bersukan (Outdoor Gym), trek lumba kereta mini, trek joging, gerai-gerai. Selain itu terdapat juga kemudahan landskap kejur lain eperti wakaf dan tempat duduk. Terdapat juga kemudahan yang disediakan berhampiran taman rekreasi tersebut seperti tandas awam. Geraigerai yang terdapat disitu ada menjual pelbagai makanan yang dapat dinikmati apabila berada di taman bersama keluarga. TAMAN REKREASI SURA JETI Watersport tasik teluk gadung ini terletak di tasik teluk gadung. Ianya terletak di kawasan mukim Sura bersebelahan dengan Universiti Teknologi Mara (UITM). Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas awam, taman permainan kanak-kanak berhampiran, wakaf dan ruang rehat. Terdapat juga gerai-gerai berhampitan tasik tersebut. Selain itu juga, kawasan meletak kenderaan yag luas adalah mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Aktiviti ini mula beroperasi pada awal ke pertengahan tahun 2023. Pelbagai aktiviti disediakan seperti paddle boat, kayak dan banyak lagi. Aktiviti berkumpulan juga digalakkan untuk dilakukan di kawasan tersebut kerana tempat yang begitu cantik. WATERSPORT TASIK TELUK GADUNG


Click to View FlipBook Version