The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by acengrush, 2024-04-03 00:20:20

TEKS UCAPAN PERASMI KHATAM AL QURAN

TEKS UCAPAN PERASMI KHATAM AL QURAN

SEMPENA IHYA’ RAMADAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Majlis Khatam dan e-Khatam Al-Quran SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPWPKL kelolaan SK SERI BINTANG UTARA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA KUALA LUMPUR Anjuran TUAN HAJI ROSLAN BIN ABU HASAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Dirasmikan oleh APRIL 2024 KHAMIS 4


SALUTASI SALUTASI PENGARAH PENDIDIKAN Yang Berusaha Dr Zalina binti Mohd Tahir, AMN Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Encik Abdul Aziz bin Md Hashim Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En Zainudin bin Mohamad, AMN Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan Haji Mohamed Nor bin Haji Salleh,AMN Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Puan Hajah Noorlia binti Arshad KMW Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan Haji Azuar bin Hussin Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu Yang Dihormati Encik Rohaidatul Akmal bin Rosedi Penlong Pegawai Pendidikan Daerah Merangkap Pegawai Perhubungan SK Seri Bintang Utara Yang Dihormati Puan Wan Noraida binti Wan Nordin Pengetua SMK Seri Bintang Utara Yang Dihormati Puan Norlela binti A Wahid Pengetua SMK Seri Bintang Selatan Yang Dihormati Puan Hajah Atnawati binti Abu Hanipah Guru Besar SK Seri Bintang Utara Selaku pengelola Majlis Khatam & E-Khatam Al- Quran Yang Dihormati Encik Rohaidatul Akmal bin Rosedi Pegawai Perhubungan SK Seri Bintang Utara Yang Berbahagia Datin Normaziyah binti Setapa Yang Di-Pertua PIBG SK Seri Bintang Utara Barisan Penolong Kanan Barisan guru, Ahli jawatankuasa PIBG, Para Ibu Bapa dan murid-murid yang diraikan sekalian. .


TEKS UCAPAN YBrs. TUAN HAJI ROSLAN BIN ABU HASSAN, PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR BERSEMPENA MAJLIS KHATAM & E-KHATAM AL- QURAN SEMPENA IHYA’ RAMADAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2024 YANG DIANJURKAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR dengan KELOLAAN SK SERI BINTANG UTARA TEMA: “SEMARAK CINTA KALAM ILAHI 1445H” TARIKH & TEMPAT: 4 April 2024 (Khamis) Laman Bestari SKSBU & Aplikasi Zoom


ُمْرَسِلْين ْل َعاَلِمْين ،َوالَّص َالُة َوالَّس َالُم َعىَل َاْش َرِف ا ْل َحْمُد للِه َرِّب ا َوَعىَل آِلِه َوَاْص َحاِبِه َاْجَمِعْين َاْل Terima kasih kepada Pengacara Majlis, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Anak Yang Baik Lagi Cerdik, Salam JPWPKL Mercu Kegemilangan (SALUTASI) MUKADIMAH Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana denganlimpah danizin-Nya dapat kita bersama-sama di pagi hari Khamisyang berbahagiaini bagi menjayakan Majlis Khatam dan E-Khatam Al-Quran bersempenaIhya ’ Ramadan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Sektor PendidikanIslam, JabatanPendidikan Wilayah Kuala Lumpur dengan kelolalan SK Seri Bintang Utara dengan bertemakan “Semarak Cinta KalamIlahi 1445h”. Selawat dansalam kepadajunjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Penghulusegala Rasul, pembawarahmat sekalianalam.


MAJLIS KHATAM AL QURAN Hadirin danhadirat sekalian Sempena bulan Ramadan yang berkat ini, program Ihya ’ Ramadantelah dilancarkan di seluruh sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur danantara pengisiannyaialah Majlis Khatam dan E-Khatam Al-Quran. Majlis Khatam dan E-Khatam Al-Quran yang merupakansatu program tahunan yang dilaksanakan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 dan murid – murid yangtelah berjaya mengkhatam bacaan Al-Quransebanyak 30 Juzuk sepanjang berada dialam sekolah rendah. Membaca Al-Quran merupakansatuibadah yang dituntutagamaIslam. Semua umat Islam digalakkan berusahasedayaupayauntuk mengkhatam Al-Quran sekurang-kurangnyasekali dalam bulan Ramadan. Namun,apa yanglebih penting, pembacaan Al-Quranituadalahuntuk menghidupkan Al-Quran dalam diri setiap individu Muslim. Saya berkeyakinan bahawa program tadarus AlQuran peringkatnegeri ini sedikit sebanyak menyumbang kearah pembentukan akhlak dan kemenjadianseorang murid.


Hadirin danhadirat sekalian Saya berharap agar program yang dijalankanini dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagaiaspek serta mencapai objektif yangtelah dirancangseperti dapat menghubungkantaliukhwah islamiah sesamaguru dan murid, mengeratkanjalinan dan jaringanukhwahantara wargasekolah SK Seri Bintang Utara dengansekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur yanglain keranasaya dimaklumkan bahawa program ini turut disertai sekolah-sekolah lain menerusiaplikasi Zoom. Syabas dantahniah kepada penganjur sertasekolah yangturut memberi penyertaan. Dengan penganjuran Majlis Khatam dan E-Khatam Al-Quranini jugasebenarnya kita dapat menghargai dan mengiktirafusahagigihanak murid membaca Al-Quran. Dalam masa yangsamaianyaturut dapat memberi pendedahan kepada kumpulan murid yang terpilih berkenaan keterlibatan mereka dalam majlis khatam. Di sampingitu, majlis begini juga dapat menarik minat murid lain yang belum mengkhatam bacaan Al-Quranuntuk turut sama membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguhagar merekajugaakan berada dihadapanseperti murid khatam lain yangada padahari ini. Bertepatan denganhadisnabi SAW: “Bacalah Al-Quran keranasesungguhnyaia(Al-Quran)akan datang di hariakhirat sebagai syafaat kepada orang yang membacanya ”.


PESERTA KHATAM LELAKI Hadirin danhadirat sekalian Pada kesempatanini sayaingin berpesan bahawa kitatelah berada di penghujung Ramadan. Beberapahari sahajalagi, semuaumat Islam di seluruh duniaakan menyambut kedatangan Syawal dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kedatangan Aidilfitri bermaksud kitatelahpun kembali kepadafitrahasal. Penyucianjiwasertatarbiyah Ramadan yang dilalui padatahunini seharusnya dimanfaatkanuntuk kita berdepan dengan bulan-bulan yangakan datang. Begitulahajaibnya bulan Ramadan. Kadangkalaadaibadah yangsukar dilakukan pada bulanlain,namun boleh dilakukan denganjayanya dalam bulan Ramadan. Bermula dari menahanlapar dan dahaga, menjaga pandangan, menjagatelinga malah turut menjaga pancaindera yanglain. Semuaini bertujuan mendidik jiwasupaya kembali patuh dan taat kepada Allah. Suka mahupuntidak, kitatelah memasuki fasaterakhir Ramadan. Padafasaakhir ini, Allah S.W.T telah menjanjikan kepada kita dengananugerah yangsangat besar iaitu, terdapat Lailatul Qadar. Malam yanglebih baik daripadaseribu bulan. Sebagai mana yang disebut dalam Al-Quransurah Al-Qadrayat 3 : ٍر ِف َشْه َأْل ِّمْن ٌۭر َخْي ِر َقْد ْل ٱ َل ُة ْي َل Maksudnya: “ malam al-qadr itulebih baik daripadaseribu bulan ”.


Hadirin danhadirat sekalian Aktiviti ibadah pada malam Laitatul Qadar merupakan peluang bagi kita untuk bersungguh-sungguh mengejarganjaranhebat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadaumat Muhammad SAW. Sayaingin mengambil peluanguntuk mengajak semua warga SK Seri Bintang Utara danjuga wargasekolah lain yang bersama-sama dalam siaranini bagi memperhebatkanamal ibadah pada10 malam terakhir ini. Jika kita mampu untuk berjaga malam kerana menunggusiarantertentu kenapatidak kita berjaga malam untuk menanti Lailatul Qadar yangsudah pastiganjarannya lebih baik 1000 bulan.


Hadirin danhadirat sekalian Saya difahamkan Panitia Pendidikan AgamaIslam telah mengatur jadual bertadarusuntuk murid-murid mengikut kelas danguru-guru pula bertadarus mengikut bilik guru masing-masing dan dijalankan pada wakturehat dengan pemantauansemuaguru. Tahniah dan syabas sayaucapkan. Akhir kata, saya berharap agar program ini dapat memberi kesedaran kepada kitasemuatentang kepentingan menghayati dan mengamal Al-Quranagar dapat melahirkaninsan-insan yang berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Sayajuga mengharapkanagar program ini dapat digarap denganlebih jituserta dijalankansecara berterusan dari masa kesemasa agar membentuk generasicelik Al-Quran. Denganlafaz bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Khatam dan E-Khatam Al-Quran peringkatnegeri dengansepotong hadis Nabi SAW. Daripada Abu Umamah RA,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ِه ِب َحا ْص ِقَياَمِة َشِفيًعا َأِل ْل ْوَم ا َي ِتي ْأ َي ُه َّن ِإ َف ُقْرآَن ْل ُءوا ا َر ْق ا Maksudnya: “Bacalah Al-Quran keranasesungguhnyaiaakan datang padahari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya ” . [Riwayat Muslim (804)] Sekian daripadasaya, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version