KEMPEN GALAKAN MEMBACA
SEPANJANG PDPR 3.0 DAN
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
ANJURAN
PUSAT SUMBER ABU BAKAR AS-SIDDIQ
SK BUKIT CERMIN
PENGENALAN
Pusat Sumber Abu Bakar As-Siddiq SK
Bukit Cermin terus berperanan dalam
melahirkan murid-murid yang berilmu
pengetahuan melalui aktiviti membaca.
Kempen Galakan Membaca ini
dijalankan bagi menyokong Program
NILAM yang dijalankan sepanjang tahun
di SK Bukit Cermin.
Memandangkan pendemik Covid 19 telah
melanda negara kita semenjak tahun 2020,
maka pusat sumber sekolah merancang
dan melaksanakan program ini bagi terus
menyemarakkan amalan membaca. Dengan
yang demikian, lahirlah program ini untuk
dijalanlan sepanjang PdPr3.0 dan cuti
penggal agar masa murid-murid diisi
dengan aktiviti yang berfaedah.
ANTARA OBJEKTIF PROGRAM INI
Agar murid meminati dan mencintai buku
sepanjang waktu PdPr dan cuti
persekolahan.
Menarik pernyataan murid dalam
program dan aktiviti berkaitan
pembacaan bagi menyuburkan minat
membaca.
Selain itu, diharapkan program ini
dapat:
Memupuk kesedaran betapa pentingnya
membaca sepanjang hayat,
mengamalkan membaca dari pelbagai
sumber bahan bacaan dan menjadikan
membaca sebagai budaya hidup.
Siapakah yang terlibat dalam
program ini?
Semua murid
tahun 1 sehingga 6
terlibat dalam program ini.
Bilakah program ini perlu
dilaksanakan?
Program ini perlu
dilaksanakan pada bila-bila
masa sepanjang musim
PdPr3.0
dan
cuti sekolah.
Apakah yang perlu murid
lakukan untuk menjayakan
program ini?
Mudah sahaja, murid perlu
membaca bahan bacaan buku
dan bukan buku. Kemudian,
murid perlu merekodkan
bacaan ke dalam buku NILAM.
Apakah yang dimaksudkan
dengan bahan buku dan bahan
bukan buku?
Bahan tersebut ialah……….
Tiga orang murid daripada
setiap kelas yang merekodkan
bacaan terbanyak akan
menerima hadiah daripada
PSS. Jadi, bacalah banyak-
banyak ye….
Siapakah yang akan
mengumpul data
NILAM murid-
murid sekalian?
Cikgu Yani
Cikgu Ekin
Cikgu Emi
Cikgu Paiz
Cikgu Zul
Cikgu Lah
Cikgu Naza
Cikgu CD
Jom kita sama-sama
menjayakan program ini.
Hadiah menarik pasti
Menanti anda.
NADI ILMU AMALAN
MEMBACA