The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by c Longciew, 2020-05-30 17:54:28

GAHARU TEAM

GAHARU TEAM

VRT 3023 - 5 PERALATAN BENGKEL PERABOT

AHLI KUMPULAN:

1)Muhammad Habil Bin Kewa Ama (D20182085208).
2)Muhammad Rifqi Bin Adnan (D20182086387).
3)Noor Ashikin Binti Yusof (D20182086381).
4)Nur Fatin Nasuha Binti Mohamad Firdaus Chong (D20182086379).
5)Fadhlin Nadhirah Binti Zulkifli (D20182086389).

GAHARU INSIDE
1

2

1.0 PENGENALAN

Kegunaan alatan tangan sangat penting bagi seseorang individu dan
pelbagai sektor pembinaan. Dalam mengendalikan atau melaksanakan
sebuah projek berskala kecil, menggunakan alat tangan sebagai
medium dalam proses penghasilan sebuah produk dilihat lebih mudah
berbanding menggunakkan peralatan yang kompleks bagi keperluan
manusia. Dalam tajuk ini, kumpulan kami akan menghuraikan beberapa
peralatan bengkel yang sering digunakkan dan diinovasikan untuk
kegunaan bengkel perabot.

3

1.1 Pengenalan Peralatan Mesin Ketam Kayu

• Ketam kayu merupakan alat yang digunakan untuk menyerut kayu hingga
mendapatkan hasil yang lebih halus.

• Pada zaman dahulu, alat ketam kayu hanya dilakukan secara manual menggunakan
tenaga manusia dengan menggunakkan blok kayu yang dipasang pisau dibahagian
tengah kayu tersebut.

• Seiring dengan peredaran zaman, manusia menghasilkan alat ketam yang
menggunakan motor penggerak dengan kuasa elektrik dipanggil sebagai ‘wood
planner machine’.

KONVENSIONAL MODEN KOMPONEN

4

1.2 Pengenalan Peralatan Tukul

• Tukul merupakan sejenis alat pertukangan yang digunakan untuk mengetuk atau memukul.
• Bentuk tukul yang asal adalah hulu yang lurus dan mempunyai kepala dihujungnya. Kepala

tukul mempunyai pelbagai bentuk dan rupa.

• Tukul mempunyai pelbagai jenis antaranya tukul kayu dan tukul besi. Tukul kayu selalunya

digunakan pada bahagian yang tidak tercalar oleh ketukan. Tukul besi pula keseluruhannya
diperbuat daripada besi dan ia biasanya digunakan untuk mengetuk logam dan
memecahkan batu.

5

1.3 Pengenalan Peralatan Roofus Tools

• Hasil inovasi baharu oleh seorang pemuda berasal dari Australia yang
bernama Sean Pepper pada tahun 2019.

• Produk terhasil daripada beberapa prinsip gabungan peralatan
seperti;

MOCK-UP

Sesiku bergabung Pengukur segi tiga Sesiku serong Penimbang air
boleh laras

• Berjaya mencipta sebuah alat hasil daripada inovasi tersendiri iaitu

kebolehan membina pelbagai sudut dan kepelbagaian fungsi dalam

satu alat, bagi memudahkan pekerjaan khususnya dalam bidang

PRODUK DIPASARKAN pertukangan kayu.

6

1.4 Pengenalan Peralatan Kertas Pasir

• Kertas pasir adalah sejenis kertas yang digunakan untuk
membuat permukaan menjadi lebih halus dengan cara
menggosokkan salah satu permukaan kertas pasir yang
telah ditambahkan bahan kasar kepada permukaan
tersebut

• Kertas pasir mempunyai pelbagai jenis & gred. Ia
digunakan untuk menghasilkan kemasan pada
permukaan kayu/ besi seperti menanggalkan cat lama
atau melicinkan permukaan.

• Untuk kemasan, permukaan sering digunakan kertas

pasir. Jenis-jenis bahan mempunyai ciri-ciri teknikal

tertentu saiz bijian yang berbeza, jenis yang digunakan

kasar dan halus. 7

1.5 Pengenalan Peralatan Gerudi Engkol

• Gerudi engkol adalah sebuah alat tangan konvensional. Mesin gerudi akan
digunakan ketika kerja-kerja membuat lubang pada kayu

• Mata gerudi diperbuat daripada besi dan berbentuk tirus dan tajam. Gerudi
mempunyai pemutar untuk menggerakkanya. Mata gerudi akan dimasukkan
dihujung gerudi.

• Kini, gerudi tradisional ini sudah digantikan dengan gerudi yang lebih
moden seperti gerudi lantai dan gerudi elektrik ataupun “drill”

8

2.0 FUNGSI PERALATAN PERABOT

2.1 Fungsi Mesin Ketam Kayu

Mesin ketam kayu mempunyai fungsi yang
tersendiri untuk kegunaan kerja-kerja
pertukangan antaranya ialah;
• Mengatasi masalah pemotongan kayu yang

tidak rata daripada mesin gergaji
• Meratakan permukaan kayu tanpa

mengubah bentuk asal kayu tersebut.
• Meratakan kayu bersaiz panjang yang

mengalami perubahan bentuk atau bengkok
apabila kering

9

2.2 Fungsi Tukul

• Tukul ialah alat yang digunakan untuk mengetuk bahan kerja.

Contohnya untuk memasukkan paku ke dalam objek seperti kayu
dan memecahkan benda.

• Selain itu, bagi tukul kuku kambing ianya mempunyai fungsi tambah

untuk memudahkan kerja mencabut paku.

• Tukul memiliki pemegang panjang, manakala di bahagian kepalanya

mempunyai permukaan mendatar dan berat. 10

2.3 Fungsi Roofus Tools

• Roofus tools ini diinovasikan menjadikan sebuah alat ringkas yang berfungsi
untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan sebuah produk.

• Digunakan bagi mengaris kayu yang panjang.
• Membina kepelbagaian sudut darjah yang diperlukan.
• Mempunyai timbangan air bertujuan untuk mengukur kerataan kayu atau

objek.
• Menghasilkan pengukuran yang lebih tepat.

11

2.4 Fungsi Kertas Pasir

• Menghaluskan permukaan dan meratakan
. permukaan dengan cara gosokkan, halus dan

kasarnya kertas pasir mengikut angka. Semakin
besar angka digunakan semakin halus kertas pasir
tersebut
• Terdapat 3 jenis kertas pasir yang biasa digunakan
iaitu kertas pasir biasa, kertas pasir kalis air
(waterproof) , kertas pasir kain (cloth sandpaper).
Semua kertas pasir ini digunakan mengikut keadaan
yang sesuai dengan bahan.
• Memadatkan pori-pori kayu.

12

2.5 Fungsi Gerudi Engkol

• Untuk memudahkan kerja melubang pada objek kerja
• Menebuk lubang pada kayu
• Saiznya ditentukan pada ayunan pemegangnya
• Kaedah konvensional

13

3.0 CARA PENGUNAAN PERALATAN PERABOT

3.1. Mesin Ketam Kayu

Cara penggunaan.

1. Pastikan mata pisau masih tajam dan diasah jika
perlu.

2. Hidupkan suis mesin.

3. Apabila memulakan proses mengetam kayu,
faktor kecepatan yang sesuai dan stabil perlu
diambil kira. Hal ini kerana, mengelakkan kayu
bergelombang (cuttermark) apabila
pengetaman dilakukan.

4. Bersihkan kayu dan ulang mengikut kerataan

yang diinginkan. 14

3.2 Tukul

Cara penggunaan.

1. Memakai pelindung mata.
2. Bersih tangan dari sebarang minyak.
3. Pastikan tukul menyasarkan ke arah paku atau bahan

kerja.
4. Gunakan tukul dengan cara yang betul.
5. Memastikan binaan tukul kukuh sebelum, semasa dan

selepas menggunakannya
6. Gunakan jenis tukul yang bersesuaian mengikut

bahan kerja.

15

3.3 Roofus Tools Cara penggunaan

1. Pastikan permukaan kayu rata dan
lurus agar ukuran lebih tepat.

2. Buka kekunci yang berada pada tools
tersebut ,ianya berfungsi agar alat
lebih mencengkam dan tidak berubah
kedudukan apabila digunakan.\.

3. Selaraskan penggunaan mengikut
darjah yang diperlukan seperti sudut
45° dan 90° darjah.

4. Boleh juga digunakan untuk mengaris
garisan lurus yang panjang.

5. Manfaatkan penimbang air sebagai
medium untuk memudahkan kerja.

16

3.4 Kertas Pasir

Cara penggunaan

1. Pastikan kertas pasir yang digunakan
bersesuaian dengan permukaan agar lebih
berkesan.

2. Pegangan kertas pasir juga amat penting bagi
mengelakkan permukaan bahan menjadi tidak
rata.

3. Menggosok bahagian permukaan secara
sehala ataupun sekali jalan.

4. Penggunaan kertas pasir secara berlebihan

juga akan mendatangkan hasil kerja yang

buruk. Oleh itu, amat penting untuk kita

memastikan penggunaan kertas pasir dengan

betul dan secukupnya. 17

3.5 Gerudi Engkol Cara penggunaan

• Gerudi tangan digunakkan untuk

membuat lubang yang berdiameter

tidak melebihi 8 mm.

• Bahagian utama ialah hulu, pemegang

tepi, tangkal engkol, piring, gear, pinion,

bindu dan rahang.

• Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4 mm

hingga 12.5 mm.

• Ianya boleh menebuk lubang pada kayu

dan logam.

• Semasa mengerudi logam, letakkan

minyak pada mata gerudi bagi

mengelakkan mata menjadi panas dan

terbakar. 18

4.0 CARA PENJAGAAN PERALATAN PERABOT

4.1 Mesin Ketam Kayu
• Membersihkan bahagian dalaman mesin tersebut

agar menghindari daripada kehilangan fungsinya.
• Penggunaan mesin perlulah mengikut langkah yang

betul agar mengurangkan risiko kerosakan pada
mesin sekaligus mengelakkan pembaziran kos.
• Penggunaan perlulah menghadkan arus terus
sekiranya mesin tidak digunakkan bagi mengelakkan
risiko mesin menjadi panas.

19

4.2 Tukul • Pastikan tangan bersih
apabila menggunakan tukul
bagi mengelakkan hakisan
pada pemegang.

• Ketuk paku atau bahan kerja
mengikut kemampuan
sederahana agar jangka
hayat tukul tersebut lebih
lama.

• Elakkan daripada mengetuk
bahan kerja diluar
kemampuan tukul.

20

4.3 Roofus Tools

• Gunakan mengikut kemampuan alat yang betul bagi mengelakkan
kerosakkan.

• Sentiasa meletakkan grease agar pergerakkan alat menjadi lebih
efisien.

• Benda asing seperti habuk juga dapat menyekat alat berfungsi
dengan baik. Bersihkan selepas menggunakanya.

21

4.4 Kertas Pasir

• Kertas pasir merupakan bahan kerja pakai buang namun ianya juga
perlu dijaga dengan baik dengan.

• Gunakkan kertas pasir apabila perlu saja, kerana ianya berisiko untuk
mencalarkan sesuatu permukaan terutamanya benda yang berharga di
sekeliling.

• Gunakan kertas pasir mengikut keperluan bagi mengelakkan
pembaziran.

• Elakkan daripada terkena air dan simpan ditempat yang kering. 22

4.5 Gerudi Engkol

1. Bersihkan mata gerudi dengan menggunakan air dan kemudian keringkan

2. Pastikan gerudi dibersihkan sebelum disimpan

3. Tuangkan minyak pada bahagian piring gear agar lebih tahan digunakan di
masa akan datang.
23

5.0 Cara Penyimpanan

Matikan suis terlebih dahulu. 5.1 Mesin ketam kayu

Rekodkan sekiranya tedapat

kerosakan.

Gulungkan wayar mesin tersebut

dengan kemas bagi mengelakkan
kerosakan.

Tanggalkan bahagian asing mesin yang

boleh ditukar ganti di tempat yang
disediakan.

Simpan peralatan mesin di almari atau

tempat yang disediakan di bengkel.

Susun dengan kemas bagi

mengelakkan mesin jatuh dan
terhentak yang mungkin menyebabkan
kerosakkan.

24

5.2 Tukul 5.2 Tukul

Membersihkan tukul setelah selesai

menggunakannya.

Laporkan sekiranya terdapat

kerosakkan.

Menyimpan tukul di tempat yang

mudah dicapai atau tempat yang telah
disediakan di bengkel.

Susun dengan kemas bagi

mengelakkan alatan terjatuh ataupun
tidak tersusun kerana ia mungkin
menyebabkan berlakunya kemalangan.

25

5.3 Roofus Tools

Simpan alat di tempat penyimpanan seperti stor, dan rak.

Letakkan alat di kotak khas bagi mengelakkan kerosakkan pada timbang air.

Sediakan tempat yang bersesuaian kerana alat ini memerlukan tempat yang

lebar untuk penyimpanan secara rapi. 26

5.4 Kertas Pasir

Bersihkan kertas pasir yang telah digunakan dan

kemudian asingkan dengan yang baru dan yang masih
boleh digunakan.

Susun dengan kemas mengikut gred ataupun nombor

b a g i m e n g e l a k k a n k e r t a s p a s i r b e r c a m p u r.

Letakkan kertas pasir di dalam bekas yang sepatutnya

bagi mengelakkan kerosakan berlaku pada kertas
pasir

Simpan kertas pasir yang telah dimasukkan ke dalam

bekas dan letakkan ia di tempat selamat.

27

5.5 Gerudi Engkol

 Gerudi engkol perlu disimpan di dalam almari atau

tempat yang telah disediakan selepas digunakan.

 Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak

penyimpan mata gerudi setiap kali selepas ianya
digunakan.

 Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada

chuck dan jangan sekali-kali mencengkam terlalu
terlalu hampir dengan hujung lurah, Ini boleh
menyebabkan mata gerudi mudah patah.

 Bersihkan setiap bahagian gerudi selepas digunakan.
 Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk

mengelakkan ianya berkarat.

28

6.0 Kelebihan Dan Keterbatasan

6.1 Mesin Ketam Kayu 29

Kelebihan :
• Mempercepatkan kerja pengetaman kayu yang berskala

tinggi.
• Menghasilkan kayu yang rata dan kemas.
• Penggunaan yang mudah, cara pengoperasian mesin ini

amat mudah dan boleh digunakan oleh tenaga separa.
m a h i r.

Keterbatasan :
• Kos pembelian yang agak mahal.
• bahagian dalam mesin perlu diselenggara dan

diperiksa dengan kerap.

6.2 Tukul

Kelebihan:
● Kos operasi yang rendah.
● Mudah digunakan.
● Mampu menghancurkan material

kepada beberapa saiz.
● Mampu memukul paku untuk

kemudahan pemasangan perabot.
Keterbatasan:
● Berat.
● Memerlukan tenaga yang tinggi

untuk menggunakannya.

30

6.3 Roofus tools

Kelebihan:
• Kebolehfungsian yang pelbagai dalam satu alat
• Mampu bergerak dengan fleksibel mengikut sudut yang

diperlukan.
• Mudah digunakkan mengikut kreativiti penguna.
• Kemampuan pengunaan membuatkan alat ini mudah

dibawa ke mana-mana.

Keterbatasan:
• Sukar untuk diperolehi, kerana produk belum terjual

secara meluas dipasaran.
• Harga yang mahal.

31

6.4 Kertas Pasir

Kelebihan

• Kos yang rendah.
• Alatan kerja yang kecil dan mudah untuk disimpan.
• Membantu kekemasan pada bahan untuk .
• Mengelakkan bahan daripada mudah pecah.
• Saiz alatan yang kecil membuatkan dapat digunakan

di ruang kerja yang kecil dan terhad.

Keterbatasan

• Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja.
• Menimbulkan debu-debu di tempat kerja.
• Membahayakan kesihatan.

32

6.5 Gerudi Engkol

Kelebihan

• Gerudi engkol digunakan untuk kerja

membuat lubang pada permukaan

kayu dan papan. Ianya dikhaskan untuk

melakukan tugasan yang melibatkan

bahan mentah iaitu kayu. Keterbatasan

• Saiz mata gerimit adalah lebih besar • Kerja menjadi lebih rumit kerana perlu

jika dibandingkan dengan saiz mata mengambil masa untuk menebuk

gerudi pintal. lubang.

• Untuk mengendalikan gerudi engkol ini • Menggunakan sepenuhnya tenaga

tidak memerlukan kuasa elektrik. manusia yang akan menyebabkan

keletihan.

33

7.0 FAKTOR KESELAMATAN KESELAMATAN

SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN

BENGKEL

• Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru
sebelum pelajar menggunakanya.

• Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.

• Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum
memulakan sesuatu projek.

• Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali setelah selesai
menggunakanya.

• Jaga jarak antara rakan apabila melakukan kerja pemotongan.

• Tidak bergurau dalam menggunakan alat.

• Sentiasa berhati-hati mengendalikan mesin.

• Sentiasa peka terhadap peralatan elektrik yang digunakan. 34

8.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, Pengetahuan tentang latar belakang
alat tangan yang digunakan adalah sangat
penting bagi memastikan kelancaran perjalanan
sebuah pekerjaan. Hal ini kerana, kita dapat
mengurangkan risiko kecederaan semasa
menggunakan alat tersebut . Dengan
terhasilnya E-book ini, kami berharap agar isi
kandungan yang disampaikan dapat difahami
dan memudahkan anda memanfaatkannya
dengan sebaik mungkin dalam mempelajari
ilmu pertukangan.

35

9.0 LAMPIRAN

36

10.0 RUJUKAN 37

• https://www.builder.id/mengenal-mesin-serut-mesin-ketam-planer-tangan-dan-fungsinya/
• https://www.youtube.com/watch?v=mfVx0O3Vj00

• http://www.tentangkayu.com/2008/02/prinsip-kerja-mesin-serut-kayu-planer.html
• https://ms.rollingthunderky1.org/tips-for-properly-using-a-hammer-1825125
• https://www.wikihow.com/Use-a-Hammer-Safely?amp=1
• http://warisanbudaya.50webs.com/file/Tukul.html

• https://id.wikipedia.org/wiki/Amplas
• https://www.bioindustries.co.id/jenis-jenis-amplas-7287.html
• https://www.dekoruma.com/artikel/82880/manfaat-ampelas-selain-penghalus-kayu
• https://vdokumen.net/83021234-folio-projek-kayu-55c9a16db57a2.html
• http://mrazhashim.blogspot.com/2010/11/langkah-menjaga-mata-gerudi-dan-mesin.html
• https://www.slideshare.net/annuarkangkong/alatan-tangan-dalam-kerja-kayu
• https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/991/1/JWIK_2010_Bil22_9.pdf
• https://vdocuments.mx/83021234-folio-projek-kayu-55c81458ed9e2.html
• https://roofus.tools/wp-content/uploads/2020/03/English-Userguide-11-mar-2020.pdf

QUIZ

Kahoot!:

https://create.kahoot.it/share/quiz/73c1
K6AcH1OcO-Te: 0bc-44f5-bfd7-3b0bd0206c6e

38


Click to View FlipBook Version