The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIDANG 2 - PERSETIAAN DAN UNDANG² PENGAKAP (NOTA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-18124147, 2023-12-28 02:41:34

SIDANG 2 - PERSETIAAN DAN UNDANG² PENGAKAP (NOTA)

SIDANG 2 - PERSETIAAN DAN UNDANG² PENGAKAP (NOTA)

SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 1 SIDANG 2 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP OBJEKTIF SIDANG Di akhir sidang ini peserta kursus akan: 01 Memahami pengertian dan falsafah dalam Persetiaan Pengakap 02 Mengetahui tatacara malafaz atau memperbaharui Persetiaan Pengakap Menghayati dan 03 mematuhi Undangundang Pengakap 04 Menerapkan nilai-nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2 APA ITU PERSETIAAN PENGAKAP? ‘Aku janji’ oleh setiap ahli Pengakap untuk berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsipprinsip kepengakapan yang dilafazkan 1 Bertujuan supaya setiap ahli Pengakap dapat memahami, menghayati, dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian 2 Prinsip-prinsip yang termaktub dalam Persetiaan Pengakap menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup Melahirkan insan yang 3 seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengamalan Persetiaan Pengakap 4 FALSAFAH PERSETIAAN PENGAKAP 1 Penzahiran Persetiaan dan Undang-undang Pengakap bukanlah terletak kepada ungkapan perkataan atau perlafazan semata-mata 2 Ia mesti disusuli dengan pemahaman dan perubahan tingkah laku yang menggambarkan penghayatan secara terus ahli Pengakap 3 Kegagalan memahami dan menghayatinya menyebabkan seseorang Pengakap itu tersasar daripada fungsi dan peranan yang sepatutnya diamalkan


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 3 PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap TAFSIRAN PERSETIAAN PENGAKAP PERENGGAN PENGAKUAN BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA Pengakuan dan aku janji untuk melaksanakannya secara tulus ikhlas. BERJANJI DAN BERSETIA Ikrar ahli untuk berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsipprinsip Persetiaan Pengakap secara berterusan. SEBERAPA DAYA UPAYA Melaksanakan prinsip-prinsip Persetiaan Pengakap mengikut kemampuan diri sendiri.


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 4 TAFSIRAN PERSETIAAN PENGAKAP PRINSIP-PRINSIP DALAM PERSETIAAN PENGAKAP TERAS PERTAMA TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA TAAT KEPADA TUHAN Setiap ahli Pengakap mesti beragama dan mengamalkannya mengikut tuntutan agama masingmasing serta menghormati agama dan kepercayaan orang lain. TAAT KEPADA RAJA Setiap ahli Pengakap hendaklah taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Wakil-wakil Raja Memerintah. TAAT KEPADA NEGARA Setiap ahli Pengakap hendaklah menghormati dan mematuhi perlembagaan dan undangundang negara serta menyokong penuh dasar dan polisi kerajaan. TAFSIRAN PERSETIAAN PENGAKAP PRINSIP-PRINSIP DALAM PERSETIAAN PENGAKAP TERAS KEDUA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA Setiap ahli Pengakap hendaklah menolong orang tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara serta sentiasa membuat kebaikan kepada masyarakat. Pengakap juga ikhlas dan jujur menabur bakti serta menyuburkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman awam.


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 5 TAFSIRAN PERSETIAAN PENGAKAP PRINSIP-PRINSIP DALAM PERSETIAAN PENGAKAP TERAS KETIGA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP Setiap ahli Pengakap hendaklah berusaha untuk memahami, menerapkan ke dalam jiwa dan minda, serta melaksanakan secara berterusan dalam kehidupan seharian kesemua ajaran, nasihat dan bimbingan yang terkandung di dalam Undang-undang Pengakap agar setiap ahli Pengakap memiliki sifat-sifat dan keperibadian terpuji. BILA PERSETIAAN PENGAKAP DILAFAZKAN? TAKRIFAN Dalam aturcara / sebutan TIDAK BOLEH DINAMAKAN bacaan atau lafaz Persetiaan Pengakap MEMPERBAHARUI PERSETIAAN PENGAKAP mesti dipanggil Dalam aturcara / sebutan BOLEH DINAMAKAN Bacaan atau Lafaz Persetiaan Pengakap ISTIADAT MELANTIK AHLI BAHARU SAHAJA hanya untuk


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 6 MEMPERBAHARUI PERSETIAAN BILA PERSETIAAN PENGAKAP DILAFAZKAN? WAKTU 1 Istiadat Mengibarkan Bendera 3 Istiadat Menerima Jawatan / Tauliah 6 Perkhemahan Pengakap 2 Istiadat Meningkat Naik 5 Istiadat Pengalungan Manikayu Melantik ahli baharu bagi Pengakap Kanak-kanak atau ahli baharu Pengakap Muda atau ahli baharu Pengakap Kelana MELAFAZ PERSETIAAN 4 Majlis Rasmi Pengakap ISYARAT PENGAKAP Kedudukan jari Kedudukan tangan ketika Persetiaan Sekiranya memegang tongkat Dalam kedudukan kalih tongkat ke tangan kiri. Tapak tongkat masih berada di sebelah kaki kanan. Penggunaan bahasa isyarat dibenarkan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) 1. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan; 2. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan; dan 3. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas. (CARA MELAFAZKAN PERSETIAAN)


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 7 ISYARAT PENGAKAP TANGAN KANAN Taat kepada Tuhan Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undangundang Pengakap Ibu Jari menekan jari kelingking bermaksud : semua ahli Pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagai ingatan yang kuat mesti sentiasa menolong yang lemah. Mempunyai makna seperti berikut: 10 Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan 09 Berjimat 08 Tabah Hati 07 Menurut Perintah 06 Kasihkan Haiwan 05 Berbudi 04 Bersaudara 03 Berguna 02 Taat 01 Dipercayai UNDANG-UNDANG PENGAKAP


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 8 Sebagai kemestian Melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin sebagai suatu amanah dan penghormatan, tidak membiarkan diri dipergunakan atau dimanipulasi pihak lain. 1 Sebagai kekuatan Melambangkan kejujuran, keyakinan dan integriti seseorang dalam masyarakat. 3 Mengatasi masalah sosial Tingkah laku negatif yang boleh menimbulkan masalah kepada pasukan seperti berbohong, melengahkan tugas, mementingkan diri sendiri, selalu mencari alasan, mengelakan diri daripada membantu pasukan, tidak amanah dan ponteng tugas. 2 Sebagai amalan Mengamalkan prinsip-prinsip agama dan moral dalam tingkah laku. 4 Sebagai identiti Mengamalkan nilai murni sebagai jati diri yang membanggakan. 5 UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN DIPERCAYAI 01 Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 5 Ciri-ciri dipercayai: TAAT 02 Pengakap adalah seorang yang taat kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja dan Pemimpin-pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya, dan orang-orang di bawahnya. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Berikut adalah beberapa situasi ahli Pengakap perlu menunjukkan taat: Taat kepada SPB YDPA, DYMM Raja-Raja dan TYT Berdiri tegak ketika mendengar lagu kebangsaan dan lagu negeri. Menyanyikan dengan betul dan bersemangat. Akur dan mematuhi adat istiadat jika berurusan dengan istana. Taat kepada Ibu Bapa Pengakap itu perlu menyenangi, menyayangi, dan menghormati ibu bapa serta keluarganya. Taat kepada Pemimpin² Pengakap Pengakap itu harus menyayangi pemimpin, berkomunikasi secara sopan dan mematuhi arahannya. Taat kepada Majikan Pengakap itu perlu mamatuhi arahan majikan dan peraturan pekerjaan. Berkhidmat dengan jujur, tekun, dan dedikasi. Taat kepada Orang² di bawahnya Pengakap itu harus menghormati dan menghargai orang bawahannya. Beri galakkan, pujian dan motivasi serta pastikan kebajikan terjaga.


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 9 Kepada dirinya sendiri Memperlengkapkan diri dengan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran yang boleh membantu orang lain ke arah kebaikan. Kepada negara Bertanggungjawab dan menyumbang kepada keharmonian negara melalui hubungan baik dengan pihak lain dengan melakukan kerjakerja amal, bergotong-royang dan sebagainya. BERGUNA 03 Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Situasi menunjukkan dirinya berguna BERGUNA Kepada Keluarga Menjalankan urusan harian mengikut keperluan dan kemampuan. Berjasa dan bertanggungjawab terhadap keluarga dengan menjaga nama baik keluarga dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kepada masyarakat setempat Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, mengenali, dan menghormati pemimpin tempatan dan orang yang lebih tua. BERSAUDARA 04 Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lainlain ahli Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Sahabat Ahli Pengakap harus memahami latar belakang ahli lain dan menjadi sahabat dalam Pergerakan Pengakap Sedunia. 1 Beramah mesra Ahli Pengakap perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat mengikut tempat, masa, dan keadaan serta mengamalkan sikap mesra antara ahli, pemimpin dan semua lapisan masyarakat. 2 Mengikut peraturan sejagat Ahli Pengakap perlu mengetahui peraturan dan undang-undang kesejagatan untuk nilai persahabatan antara negara bagi menjalinan hubungan yang lebih erat. 3 Kejiranan dan perpaduan Ahli Pengakap harus memahami dan mengamalkan semangat kejiranan dan perpaduan serta budaya semua lapisan untuk keharmonian negara. 4


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 10 UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN BERBUDI 05 Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi. Baik adalah nilai yang sesuai dan diterima dalam sesuatu kumpulan atau masyarakat yang meliputi aspek tingkah laku, pertuturan, pemikiran, dan penerimaan terhadap pandangan serta pendapat. Berbudi pekerti bermaksud tingkah laku yang disenangi dan terpuji serta diterima baik oleh masyarakat yang meliputi ciri-ciri lemah lembut, bersopan santun, hormat-menghormati, tulus ikhlas, belas kasihan, pemurah, dan penyayang. KASIHKAN HAIWAN 06 Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala haiwan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Contoh-contoh amalan kasih terhadap haiwan: 1 Tidak mencederakan atau menganiaya haiwan tanpa sebab 2 Haiwan ternakan hendaklah dilindungi dan dipelihara 3 Pengakap digalakkan memelihara haiwan yang jinak 4 Haiwan yang hendak dijadikan makanan perlu diuruskan dengan baik dan sempurna 5 Haiwan buas perlu diuruskan supaya tidak mendatangkan bahaya 6 Membantu pihak berkuasa dalam usaha melindungi kepupusan haiwan


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 11 MENURUT PERINTAH 07 Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Menurut perintah dilaksanakan dengan kesukarelaan bukannya dengan sebab terpaksa atau sesuatu sebab lain. Sekiranya tidak jelas sesuatu arahan atau tugasan, rujuk semula untuk memastikan arahan atau tugasan tersebut tepat dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Setiap ahli Pengakap perlu berfikiran positif dan kreatif kepada setiap arahan dan tugasan yang diberikan sebelum melaksanakannya. TABAH HATI 08 Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya walaupun semasa kesusahan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN Kesusahan atau masalah yang sedang dialami tidak didedahkan kepada umum Senyum merupakan satu elemen permulaan komunikasi bukan lisan yang sihat. Senyum mampu mencerminkan keikhlasan dan keterbukaan individu dalam sesuatu perhubungan dan persahabatan. Kesabaran mampu mendidik Pengakap menjadi orang yang bertakwa, berakhlak mulia, dan matang. Sabar mengajar individu menghadapi dan mengatasi masalahnya dengan lebih rasional dan teratur.


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 12 BERJIMAT 09 Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN JIMAT Jimat tidak hanya tertumpu kepada penggunaan wang semata-mata malah melibatkan harta benda, masa, dan tenaga supaya tidak berlaku pembaziran. CERMAT Cermat merupakan sikap berhati-hati, teliti, memberi keutamaan dalam sesuatu kerja, tugasan dan penggunaan harta benda. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN 10 Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya, dan perbuatannya. UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN BERSIH DAN SUCI FIKIRANNYA Merujuk kepada niat yang bersih dalam melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas, jujur, dan penuh kerelaan hati tanpa mengharapkan balasan. BERSIH DAN SUCI PERKATAANNYA Merujuk kepada pemilihan kosa kata, ungkapan dan susunan ayat yang bertatasusila dalam berkomunikasi. Gunakanlah perkataan yang membina semangat, galakan dan pujian. BERSIH DAN SUCI PERBUATANNYA Merujuk kepada tingkah laku terpuji seiring dengan pemikiran dan perkataan yang bersih dan suci. Perbuatan yang bersih akan membantu memajukan Malaysia selaras dengan wawasan negara.


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 13 UNDANG-UNDANG PENGAKAP TAFSIRAN 10 perkara dalam Undang-undang Pengakap adalah nilai-nilai murni yang patut diterapkan untuk diri sendiri dan ahli Pengakap RUJUKAN


SIDANG 2 – PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 18/10/2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA MILIK PASUKAN LATIHAN NEGARA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 14 TUGASAN Peserta Kursus e-Training Anda dikehendaki menjawab kuiz untuk sidang ini untuk melayakkan anda menyertai sidang berikutnya. (7 hari masa diperuntukkan kepada anda untuk menyelesaikan semua tugasan sebelum Sidang Terbuka Bersama Ketua Kursus, Pengerusi Latihan Negeri dan jurulatih yang berkenaan) SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version