The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SMK TAMAN DESA KALI KE - 40
23 APRIL 2022 (SABTU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohayabudiman, 2022-04-21 20:59:36

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAMAN DESA KALI KE - 40

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SMK TAMAN DESA KALI KE - 40
23 APRIL 2022 (SABTU)

Keywords: MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAMAN DESA KALI KE - 40

SEK MEN KEB TAMAN DESA

JALAN DESA BAKTI, OFF JALAN KLANG LAMA,
58100 KUALA LUMPUR.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)

KALI KE-40

TARIKH: 23 APRIL 2022 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: lokasi masing-masing (GOOGLEMEET)

ATUR CARA PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran online
-Tayangan Montaj

9.00 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis
-Bacaan doa
-Ucapan Penasihat PIBG SMK Taman Desa
-Ucapan YDP PIBG SMK Taman Desa Sesi 2021/2022
-Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-39 Sesi 2021/2022
-Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2021/2022
-Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2021/2022 yang berakhir
31 Disember 2021.
-Perbahasan Usul
-Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
-Pelantikan Pengerusi Sementara bagi Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-40
sesi 2022/2023
-Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2022/2023
-Ucapan oleh YDP PIBG Sesi 2022/2023 dan penangguhan mesyuarat

12.00 tgh : Bersurai

2

KANDUNGAN MUKA SURAT
4
BIL PERKARA 5
1 AGENDA MESYUARAT KALI KE-40 6
2 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2021/2022 7
3 UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA 8
4 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 18
5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SESI 2021/2022 19
6 LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA PIBG SESI 2021/2022 21
7 LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 22
8 AJK PIBG SESI 2022/2023
9 PENGHARGAAN

3

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG sesi 2021/2022, En. Jufri Lai bin Abdullah
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-39
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG oleh

Setiausaha Kehormat
5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG oleh

bendahari Kehormat
6. Membahaskan usul-usul
7. Membubarkan Jawatankuasa PIBG Ibu Bapa sesi 2021/2022
8. Melantik Pengerusi Sementara
9. Memilih Jawatankuasa Sesi 2022/2023

9.1 Yang Di Pertua PIBG
9.2 Naib Yang Di Pertua PIBG
9.3 Ahli Jawatankuasa

9.3.1 Enam (6) orang wakil Ibu Bapa
9.3.2 Satu (1) orang Juruaudit (Ibu Bapa)
10. Ucapan Penangguhan

4

UCAPAN YDP PIBG SESI 2021/2022,
EN. JUFRI LAI BIN ABDULLAH

Hadirin yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., atas limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun
bersama-sama pada kali ini dalam dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-40 SMK Taman
Desa. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana dapat hadir bersama-sama dalam mesyuarat
pada kali ini.
Kita semua sedia maklum bahawa mesyuarat kali ini juga dilaksanakan secara hybrid seperti tahun
lepas iaitu sebahagian secara bersemuka dan sebahagian lagi secara atas talian. Tahniah saya
ucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan
mesyuarat kali ini.
Barisan AJK PIBG juga mengucapkan selamat datang kepada Pengetua SMK Taman Desa, Pn.
Mas Ayu binti Dahalan yang dilantik sebgai Pengetua SMK Taman Desa pada 20 Disember 2021.
Ucapan Selamat datang juga untuk Pn. Sujata Rani Dev yang mula berkhidmat sebagai PK HEM
yang baharu dilantik dan berharap kerjasama erat antara pihak PIBG dan pengurusan sekolah akan
diteruskan untuk kecemerlangan SMK Taman Desa.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada barisan AJK PIBG SMK Taman Desa kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung PIBG dalam keadaan yang mencabar dengan pelbagai kekangan dan hambatan
akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak lebih dua tahun lalu.
Mesyuarat ini merupakan medium terbaik ibu bapa untuk berkongsi idea dan memberikan
pandangan yang bernas agar kita dapat sama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, apatah lagi dalam pembinaan sahsiah anak-anak.
Justeru, saya berharap agar kita semua dapat bekerjasama dengan baik untuk menjayakan program
dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Saya juga memohon agar lebih ramai ibu bapa
tampil untuk dipilih sebagai ahli jawatankuasa PIBG yang baharu. Semoga mereka yang terpilih
dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat ini.

Wabillahitaufik walhidayah
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

5

UCAPAN PENGETUA SMK TAMAN DESA,

PN. MAS AYU BINTI DAHALAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., atas limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun bersama-sama pada kali ini dalam dalam
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-40 SMK Taman Desa. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana dapat hadir bersama-sama
dalam mesyuarat pada kali ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG tahun 2022 atas usaha dan kesungguhan
dalam menjayakan program secara norma baharu ini. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan sangat besar ertinya kepada pihak sekolah
sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah ini.

Di kesempatan ini saya, bagi pihak barisan pentadbir dan guru SMK Taman Desa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG
dibawah pimpinan En. Jufri Lai dan semua ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan kerjasama untuk kemenjadian murid seterusnya
mencemerlangkan SMK Taman Desa.

Kita telah sedia maklum, seluruh dunia kini terjejas akibat pandemik Covid-19. Sistem Pendidikan negara turut menerima tempias dan
menghadapi situasi yang mencabar berhadapan dengan kemelut ini. Namun, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab membina modal
insan dan kemenjadian murid, situasi sebegini tidak mematahkan semangat kita untuk terus melahirkan insan yang cemerlang dengan
sokongan padu daripada PIBG sekolah. Walaupun pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka ada kalanya tidak dapat dilaksanakan,
namun pembelajaran tetap diteruskan di rumah secara atas talian. Komitmen daripada para guru dan ibu bapa dalam memastikan penglibatan
anak-anak untuk bersama-sama mengikuti kelas secara atas talian amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Kita sedar, bahawa dunia pendidikan hari ini mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang
mencukupi, sukar untuk anak-anak kita membina masa hadapan yang cemerlang. Tambahan pula anak-anak kita hidup dalam zaman yang
semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi yang kian bertambah. Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan
sepenuhnya supaya anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti seterusnya berjaya
dalam kerjaya yang dipilih. Justeru, kita perlu bersama-sama untuk terus bekerja keras dan lebih fokus supaya kecemerlangan sekolah amnya
dan kecemerlangan pelajaran anak-anak khususnya dapat dicapai.

Pihak sekolah akan terus merancang program-program yang bermanfaat bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi
akademik, kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan. Justeru, pemuafakatan antara ibu bapa dan guru wajar diteruskan
bagi memastikan kejayaan anak-anak. Kepakaran ibu bapa dalam pelbagai bidang tertentu amat diperlukan dan dikongsi agar dapat
mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa bersedia untuk menerima teguran, bimbingan, sokongan
dan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih membanggakan.

Sokongan dan penglibatan ibu bapa amat penting bagi kesinambungan pembelajaran anak-anak di sekolah. Jika ibu bapa terleka dan alpa,
dibimbangi proses pembelajaran anak-anak akan terbantut dan tersekat ketika mereka keluar dari kawasan sekolah. Saya percaya, jika berlaku
pertautan pembelajaran di rumah dan di sekolah, anak-anak kita akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pendidikan serta mempunyai
sahsiah diri yang tinggi.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan. Mudah-
mudahan usaha ini diberkati. Saya juga berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah
S.W,T.

Sekian, terima kasih

Wabillahitaufik walhidayah

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

6

NOTIS MESYUARAT PIBG

7

MINIT MESYUARAT PIBG KE-39 SESI 2021/2022

Tarikh : 24 April 2021
Masa : 9:00 pagi
Tempat: GOOGLE MEET / SMK TAMAN DESA

1.0 UCAPAN DAN PERUTUSAN

1.1 Ucapan Penasihat PIBG SMK Taman Desa

1.1.1 Tuan Penasihat PIBG SMK Taman Desa – En Mohd Yusof bin Ibrahim mengalu-alukan kehadiran ibu bapa,
penjaga dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Taman Desa. Beliau menyatakan baha-
wa penglibatan ibu bapa dalam membantu sekolah adalah penting bagi mencapai hasrat dalam membentuk
kemenjadian murid yang merupakan fokus utama bagi melahirkan warganegara yang baik. Sokongan dan
dorongan daripada ibu bapa amatlah diperlukan termasuklah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Beliau menyatakan tahun ini mempunyai kelainan dalam melaksanakan mesyuarat PIBG melalui medium
atas talian yang menggnakan tiga bentuk iaitu, YOUTUBE, GOOGLE MEET dan bersemuka. Hal ini
demikian kerana penularan pandemik covid 19 yang membimbangkan. Beliau bersyukur kerana kita masih
lagi diberi kesihatan untuk menjalankan aktiviti dan urusan kita dengan baik walaupun dalam situasi yang
mencabar. Beliau berkata kerisauan ibu bapa dengan kehadiran anak-anak ke sekolah turut dirasai oleh
guru-guru.

1.1.2 Penasihat memaklumkan PIBG SMK Taman Desa banyak memberi kerjasama yang cemerlang dalam
pelbagai aspek iaitu idea-idea, tenaga dan juga sumbangan kewangan dalam menjayakan aktiviti dan pro-
gram murid dan pembangunan sekolah ini. Antara program-program yang mendapat kerjasama dari PIBG
ialah menjayakan Program RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Walaupun dalam situasi Pan-
demik Covid 19, program masih berjaya dilaksanakan. Beliau sukacita menyatakan dengan pelaksanaan
program tersebut dapat meningkatkan penglibatan murid secara PDPR. Beliau menyeru agar pihak barisan
PIBG dan ibu bapa untuk membantu dari segi teknikal kerana program-program yang dilaksanakan banyak
berlandaskan kepada penggunaan teknologi secara tidak lansung dapat memberikan pengetahuan kepada
murid-murid.

1.1.3 Beliau berharap para ibu bapa dan guru dapat bekerjasama untuk mencetus idea dan kreativiti untuk mere-
alisasikan fokus utama adalah pelajar untuk cemerlang. Dari tahun lepas pelajar telah ketinggalan pelajaran
walaupun PdPR dilaksanakan. Hal ini disebabkan sokongan teknologi yang sedia ada tidak mampu untuk
memberikan keupayaan maksimum kepada PdPR. Guru-guru juga terpaksa belajar menggunakan teknolo-
gi baru yang tidak pernah didedahkan sebelumnya..

1.1.4 Beliau memakluman kepada ibu bapa 1 kes di kalangan pelajar dan bukan penularan di dalam sekolah
telah diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Beliau menyatakan bahawa hanya pihak KKM sahaja yang
bolleh mengutuskan keputusan sama ada sekolah dibuka atau ditutup. Penularan berita palsu beberapa
hari lepas akan dibincangkan bersama barisan ahli PIBG. Beliau memaklumkan sekiranya murid tidak hadir
ke sekolah, murid perlu memberikan surat ketidakhadiran dan memaklumkan kepada pihak sekolah.

1.1.5 SMK Taman Desa telah mendapat peningkatan yang baik dari aspek tenaga, sepanjang tempoh pendemik,
PIBG banyak memberi sokongan, apabila sekolah dibuka, PIBG bersama-sama guru untuk penyediaan
pengoperasian buka sekolah.

8

1.2 Perutusan Pengerusi

1.2.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan berterima kasih kepada ibu bapa dan pihak sekolah terutama
Tuan Pengetua dalam membuat persediaan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa
kali ke-39 sesi 2021/2022.

1.2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG merupakan medium yang berkesan untuk mengeratkan hubungan
antara pihak sekolah dengan komuniti. Malahan, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan
sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.

1.2.3 Menurut beliau, sejak PIBG SMK Taman Desa ditubuhkan PIBG banyak berkolaborasi dalam menjalankan
pelbagai aktiviti sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMK Taman Desa. Beliau berharap agar program
dan aktiviti PIBG yang dirancang bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar dapat diteruskan dari
tahun ke tahun agar potensi murid dapat dicungkil dan diperkasakan. Beliau menyatakan keadaan kini agak
sukar kerana masyarakat hidup dalam norma baharu, pendidikan dan pembelajaran juga turut dil-
aksanakan secara norma baharu. PdPc secara bersemuka baru sahaja dilksanakan April 2021, dan beliau
berharap semuanya akan berjalan dengan selamat dan lancar

1.2.4 Sepanjang tempoh beliau menerajui PIBG SMK Taman Desa bagi sesi 2020/2021, beliau dan para AJK
PIBG sentiasa menyokong segala usaha pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan
murid. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru yang telah banyak berjasa
dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak walapun dalam keadaan pandemik COVID 19.
Beliau berharap, ibu bapa dan penjaga SMK Taman Desa dapat sama-sama lebih proaktif melibatkan diri
berganding bahu dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengharapkan semo-
ga ikatan antara ibu bapa penjaga serta guru semakin erat.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39

2.1 En. Jufri Lai bin Abdullah meminta semua para hadirin meneliti minit mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39
yang terdapat di dalam buku program.

2.2 Pn. Chung Chai Yin mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 39 disahkan dan disokong oleh
Pn. Jamilah binti Mat Dom.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

9

4.0 UCAPAN/ LAPORAN

4.1 Laporan Tahunan PIBG oleh Setiausaha Kehormat

4.1.2 Laporan Tahunan Setiausaha telah dibentangkan oleh Pn. Mariasuzila binti Mahadi. Laporan adalah ten-
tang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh PIBG pada tahun 2020/2021.

Makluman

4.2 Laporan Kewangan Bendahari sesi 2020/2021

4.2.1 Laporan Tahunan Bendahari telah dibentangkan oleh Pn. Yap Geok Toh berdasarkan butiran laporan da-
lam Buku Program.

Makluman

4.2.2 En. Low Chee Yong meminta penjelasan mengenai perbezaan baki jumlah kewangan tahun 2019 iaitu RM

7932.99 dan 2020 iaitu RM 73 809.94. Encik Jufri Lai menerangkan bahawa pada tahun 2020 ban-

yak kewangan telah dipulangkan kepada PIBG semula kerana program sekolah tidak dapat di laksanakan

kerana Covid -19.

Makluman

4.2.3 Laporan Kewangan disahkan sebulat suara ahli mesyuarat.

4.3 Perbincangan Usul

En. Jufri Lai bin Abdullah meneruskan Mesyuarat Agung kali ke-39 dengan membincangkan usul-usul yang diterima.
Berikut adalah usul yang telah dibincangkan :

4.3.1 Sumbangan PIBG (Usul Pertama)

Hasil perbincangan AJK PIBG telah bersetuju untuk mengusulkan atau mencadangkan sumbangan PIBG
dan bayaran bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM140.00 bagi murid tingkatan 3 dan 5 yang bukan be-
ragama Islam dan murid beragama Islam tingkatan 3 dan 5 sebanyak RM145.00. Bagi murid kelas Perali-
han, tingkatan 1, 2, 4 dan 6 yang bukan beragama Islam adalah sebanyak RM130.00 dan murid tingkatan
1, 2, 4 dan 6 yang beragama Islam sebanyak RM135.00. Sumbangan PIBG mengikut jumlah seperti dalam
jadual di bawah bagi setiap pelajar. Pecahan bayaran adalah seperti berikut;

Sumbangan PIBG Pelajar tingkatan 3 dan Pelajar Kelas Peralihan,
5 Tingkatan 1, 2, 4 dan 6

RM 80 RM 80

Program 3P (bahan latih tubi & peperiksaan) RM 40 RM 30

Majalah sekolah RM 20 RM 20

*Kegiatan Agama Islam RM 5 RM 5
RM 130
(bagi murid beragama Islam sahaja) RM 140 RM 135
Jumlah
Makluman
(bagi murid bukan beragama Islam) RM 145
Jumlah

(bagi murid beragama Islam)
Usul ini disokong dan telah dipersetujui sebulat suara semua ahli mesyuarat.

10

4.3.2 Menyediakan kemudahan loker.

Pembawa usul: En. Chu Syee Ming
Maklumbalas;

Bagi kemudahan loker, pihak sekolah akan mempertimbangkan dan mendapatkan persetujuan melalui
koperasi sekolah.

4.3.3 Memperbaiki kemudahan dalam tandas.

Pembawa usul: Pn. Mok Yuet Fong

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

4.3.4 Tandas tiada pintu dan kunci.

Pembawa usul: En. Low Chee Leong

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

4.3.5 Keadaan dalam tandas murid perlu dibaiki.

Pembawa usul: Pn. Yee Wai Ling

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

4.3.6 Kemudahan dan kebersihan setiap tandas murid perlu ditingkatkan.

Pembawa usul: Pn Vanitha Balasubramaniam

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

11

4.3.7 Kebanyakan pintu bilik air rosak. Diharap pihak PIBG dapat menyelesaikan masalah ini.

Pembawa usul: Pn Che Yen Siam

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

4.3.8 Meningkatkan kebersihan tandas murid perempuan dan membaikpulih pintu tandas.

Pembawa usul: En Chu Syee Ming-

Maklumbalas;

Permohonan untuk membaiki tandas telah diajukan kepada JPWPKL tetapi masih belum mendapat
maklumbalas. Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada PIBG sekiranya peruntukan dari JPWPKL
lewat diterima.

4.4 Pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020

AJK PIBG Sesi 2020/2021 telah dibubarkan untuk pemilihan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2021/2022.

4.5 Melantik Pengerusi Sementara

Mesyuarat sebulat suara melantik En. Rosli bin Ibrahim sebagai Pengerusi Sementara bagi pemilihan AJK PIBG sesI
2021/2022.

4.6 Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022

Pemilihan dan pengundian AJK PIBG yang baru sesi 2021/2022 telah berjalan dengan lancar dan keputusannya ada-
lah seperti berikut:

Penasihat : En. Mohd Yusof bin Ibrahim

Yang Dipertua : En. Jufri Lai Bin Abdullah

Naib Yang Dipertua : En. Low Chee Leng

Setiausaha Kehormat : Pn. Mariasuzila binti Mahadi

Bendahari Kehormat : Cik. Loke Cheng Wei

AJK (Ibu Bapa) : En. Koh Swee Hyong

: Pn. Loo Yen Yen

: Pn. Chung Chai Yen

: Pn. Kassina binti Kasmin

AJK (Guru) : Cik. Fathin Emylia bte Dzul Albakri

: Pn. Gan Su Moi

: Pn. Nurul Akmal binti Ahmad Fatan

: Pn. Aida Suraya bt Abdul Rahim

: Pn. Anpumalar A/P Singaram

Co-opted : En. Koh Swee Hyong
: En. Kenneth Gorden Ng
Juruaudit Ibu Bapa : En. Abdul Razak bin Sharif
Juruaudit Guru : En. Mohamad Noh B.Mustafah Hussain

12

4.7 Menyampaikan Sijil-sijil Penghargaan Kepada AJK PIBG sesi 2020/2021
Penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 telah disempurnakan oleh Tuan
Pengetua, En. Mohd Yusof bin Ibrahim sebagai tanda terima kasih kerana menjalankan tugas sepan-
jang tahun 2020.

5.0 HAL-HAL LAIN
Semua AJK PIBG 2021/2022 diperkenalkan.
Makluman

6.0 PENUTUP / UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 En.Jufri Lai Bin Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada
tuan pengetua dan semua anggota yang hadir kerana memberi kepercayaan untuk mene
rajui PIBG SMK Taman Desa bagi sesi 2021/2022.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 Tengahari

Disediakan oleh:

(CIK FATHIN EMYLIA BTE DZUL AL BAKRI )
Naib Setiausaha PIBG
Sesi 2021/2022
SMK Taman Desa, KL

13

Kehadiran :

Guru
1. Mohd Yusof bin Ibrahim
2. Rozita binti Kamarudin
3. Teow Siew Foon
4. Maheran binti Abd Mutalib
5. Haslina binti Hassan
6. Fauziah binti Mail
7. Azian binti Abdul Aziz
8. Low Bee Lay
9. Siti Zulaiha binti Mohd Rais
10. S.Rosli bin Ibrahim
11. Yap Phaik Hwei
12. Saleza binti Mohamed Hashim
13. Nurul Akmal binti Ahmad Fatan
14. A. Jacqueline Albeper
15. A. Punitha Arjunan
16. Adeline Vasanthi Jagan
17. Aida Suraya binti Abdul Rahim
18. Anpumalar A/P Singaram
19. Barathi A/P Perumal
20. Carolyn Soosay
21. Chai Hui Choo
22. Desi Andriani binti Zirman
23. Faridah binti Nisar Ahmad
24. Fathin Emylia binti Dzul Albakri
25. Fatihah binti Mokhtar
26. Fazlina binti Mat Ail
27. Gan Su Moi
28. Hafizah binti Abdullah Hashim
29. Hani Harliza binti Ghazali
30. Hartini Muhammad
31. Jamilah binti Mat Dom
32. Jamilah binti Ismail
33. Kalaiyarasi A/P Gurusamy
34. Kong Lai Yen
35. Kuan Set Kiaw
36. Lau Bee Yong
37. Leong Kit Wai
38. Liew Lee Foong
39. Lim Nan Chong
40. Lim Sie Che

14

41. Lina Lee
42. Loke Cheng Wei
43. Luqmannulhakim bin Mohamed
44. Maheswari A/P Sivalingam
45. Mahyan Mohd Hashim
46. Mariasuzila binti Mahadi
47. Megala A/P Thangapu
48. Marzieta binti Mohamad Rawi
49. Mohamad Asraf Bin Khozari
50. Mohamad Noh bin Mustapha Husin
51. Mohd Amin binti Mat Sidik
52. Mohd Kalam Amin bin Abdul Wahab
53. Mohd Izwan bin Abd Rahman
54. Nazariah Binti Mohd Nor
55. Neo Siow Fong
56. Nik Rahayu binti Nik Mustapha
57. Noor Azilah binti Baharudin
58. Noor Ezani binti Sumarni
59. Nor Haslindawaty binti Che Hasan
60. Nor Saimah binti Sain
61. Norhayati Binti Ehasha
66. Norhidayu binti Md Yusop
67. Norliana binti Zaini
68. Normardiana binti Mohamad
69. Nur Amni binti Ariffin
70. Nur Atirah binti Fathil Suhairi
71. Nur Ayuni Nusaibah Husin
72. Nur Hasyidah binti Dahalan
73. Nuralia Syuhada binti Mohd Nasir
74. Nurul Aini Binti Sallih
75. Nurul Asma’ binti Hamid
76. Nurul Huda binti Che Hamzah
77. Nurul Liyana binti Mohd Reban
78. Rahayu Widya binti Ramli
79. Redzuan bin Muhamad
80. Rinayati binti Yusoff
81. Rohaya binti Muhammad Yaw
82. Rokiah binti Ali
83. Ros Diana Binti Mat Ludin
84. Rospadzilah binti Hassan
85. Shantini Shanmuganathan
86. Sharifah Nurul Najwa binti Syed Abdullah Latiff Nazri

15

87. Sii Diong Liong
88. Siti Mariyam binti Zo
89. Siti Zahirah binti Zainon
90. Tan Huey Sim
91. Tan Kim Peng
92. Ting Choh Lui
93. Woon Yoke Lan
94. Yap Geok Teoh
95. Yong Sueet Ping
96. Zarina binti Mamat

Ibu bapa/ Penjaga

1. Tang Wai Mei
2. Jufri Lai bin Abdullah
3. Ang Keng Chi
4. Carolyn Soosay
5. Haripriyah Nadarajah
6. Hema Latha Krishna Nair
7. Henry Jimeno
8. Saravanan Vimalanathan
9. Sham Surya Shohaili
10. Tan Leh Meng
11. Yong FooSeng
12. Ann Tan Joo Kim
13. Chan Su Yen
14. Cheah Bee Hong
15. Low Chee Leong
16. Low Siew Fong
17. Cheong Fong Ling
18. Mohamad Azlan Saary
19. Nik Kutina Mat Tahir
20. Norfairuszah binti Abdullah
21. Perpetua Liew May Suan
22. Tan Pey En
23. Young Ai Lee
24. Chu Syee Ming
25. The Sze Shan
26. Leong Lee Yeong
27. Steven Lau Pak Hon
28. Abu Hanifah bin Mohammed Yaacob
29. Bama Moses
30. Tun Mohd Muazzam bin Mustafa Al-Bakri
31. Yasutha A/P Arumugam
32. Asrul Mahjuddin Ressang
33. Lim Yen Hoong
34. Nor Azlin Aziz

16

35. Paremeswary Rajaratnam
36. Lim Bella Natalia
37. Chung Chai Yin
38. Rajendran Raju
39. Cho Ngai Choong
40. Kassina binti Kasmin
41. Suhana binti Abdul Samad
42. Chee Boon Ping
43. Nurinnisha bte Abdul Satar
44. Lai chen Kong
45. Kenneth Gorden Ng
46. Chan Sook Teng

17

LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA PIBG 2021/2022

(PAPARAN DISEDIAKAN DALAM BENTUK GAMBAR SEMASA MESYUARAT)

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA

• Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa kali ke-39 pada 24 April 2021 secara atas talian
• Mesyuarat bersama AJK PIBG sebanyak dua kali iaitu pada:

-28 Ogos 2021 (atas talian)
-9 April 2022 (bersemuka)
SUMBANGAN KEWANGAN PIBG

• Sumbangan sistem automasi s-lib pusat sumber sekolah
• Radas ujikaji makmal fizik – ujikaji jatuh bebas
• Bengkel teknik menjawab kimia SPM
• Program ‘Back To School’
• Baik pulih pam tandas sekolah
• Program panitia Bahasa Inggeris
• Peruntukan makanan calon SPM 2021
• Pendaftaran Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 2022/2023
• Keperluan peperiksaan
• Modul-modul pembelajaran/ latihan PdPc
• Sijil (PBD untuk murid tingkatan 5- kerja kursus/aktiviti-sijil penghargaan dan penyertaan)
• Papan putih – kegunaan aktiviti di bilik rekreasi

PENGLIBATAN PIBG

• RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina 2021&2022 secara atas talian
• Semburan sanitasi sekitar sekolah dengan kerjasama TDRA dan PIBG
• Program munajat SPM 2021
• Mendapatkan sumbangan khemah dan hand sanitizer daripada Malaysian Red Crescent Society

ISU SEMASA DI SEKOLAH

• Kerosakan bumbung di Bengkel Seni
• Pergerakan tanah di sempadan sekolah
• Semak kawasan astaka di padang sekolah
• Pendawaian elektrik di sekolah

Laporan disediakan oleh:

(MARIASUZILA BINTI MAHADI)
Setiausaha PIBG
Sesi 2021/2022
SMK Taman Desa Kuala Lumpur

18

LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN PIBG 2021/2022

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEK MEN KEB TAMAN DESA KUALA LUMPUR

PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN KEWANGAN 2021 BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

NOTA RM

PENERIMAAN 73809.94
BAKI B/B Penyata PIBG MAC 2021 49390.00
KUTIPAN PIBG SESI 2021/2022 2393.03
PENYELARASAN AKAUN BANK
PENERIMAAN SUMBANGAN KEPADA PIBG SMKTD 500.00
CEK TUMPANG UNIT KAUNSELING 1050.00

JUMLAH PENERIMAAN 127142.97

PEMBAYARAN 625.70
TELEKOM MALAYSIA BERHAD 1725.90
BIL INTERNET YES 4G 2120.40
RENTOKIL INITIAL (M) SDN BHD 2 8724.00
SUMBANGAN ACARA SEKOLAH 3 2480.00
PROGRAM 3P 4 10670.00
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
8.50
CHEQUES PROCESSING FEES 20.00
BANK SERVICE CHARGE
26374.50
JUMLAH PEMBAYARAN 100768.47
BAKI WANG DI BANK

19

2. SUMBANGAN ACARA SEKOLAH RM
5336.00
BIL ITEM 3388.00
1 SUMBANGAN SISTEM AUTOMASI S-LIB PUSAT SUMBER SEKOLAH
2 PEMBELIAN PEMADAM API

JUMLAH PERBELANJAAN 8724.00

3. PROGRAM 3P RM
1500.00
BIL ITEM 200.00
1 PEMBELIAN FREE FALL APPARATUS
2 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KIMIA KERTAS 2 780.00
3 PEMBELIAN KEPERLUAN PEPERIKSAAN(BORANG OMR/DAKWAT MESIN OMR)

JUMLAH PERBELANJAAN 2480.00

4. LAIN-LAIN PERBELANJAAN RM
9620.00
BIL ITEM 1050.00
1 BANTUAN MAKANAN YAYASAN PPW BANGSAR PUDU
2 PROGRAM BACK TO SCHOOL YAYASAN PELAJARAN MARA

JUMLAH PERBELANJAAN 10670.00

20

PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023

Penasihat : Pn. Mas Ayu binti Dahalan
Yang DiPertua : .................................................................................
Naib Yang DiPertua : .................................................................................
Setiausaha Kehormat : ……………………………………………………………………………...
Bendahari Kehormat : ……………………………………………………………………………...
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : 1. ............................................................................
2. ............................................................................
Ahli Jawatankuasa Guru 3. ............................................................................
4. ............................................................................
Juruaudit Ibu Bapa 5. ............................................................................
Juruaudit Guru : 1. ………………………………………………………………………...
Co-opted 2. ………………………………………………………………………….
Ex-officio 3. …………………………………………………………………………...
4. …………………………………………………………………………...
5. …………………………………………………………………………...
: .................................................................................
: ………………………………………………………………………………..
: 1. …………………………………………………………………………...
2. …………………………………………………………………………….
: 1. Pn. Rozita binti Kamarudin
2. Pn. Sujata Rani Dev
3. Pn. Maheran binti Abdul Mutalib
4. Pn. Haslina binti Hassan
5. Dr. Fauziah binti Mail

21

SEKALUNG PENGHARGAAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Desa Kuala Lumpur
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan ini sepanjang sesi 2021/2022.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada
Pn. Mas Ayu binti Dahalan selaku Penasihat PIBG,
En. Jufri Lai bin Abdullah selaku YDP PIBG,
En. Low Chee Leng selaku NYDP PIBG,
Semua AJK PIBG,
Taman Desa Residents Association,
Ibu Bapa dan Penjaga,
Guru-guru SMK Taman Desa Kuala Lumpur,
Murid-murid SMK Taman Desa Kuala Lumpur serta

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

“DESARIAN CEMERLANG”

22


Click to View FlipBook Version